You are on page 1of 17

CONTOH ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

IPG Kampus Sarawak

-Nur Amalina -Nur Hafizah -Noor Amiza -Siti Sarah -Nurul Afifah

Israiliyyat dalam Tafsir Anwar alBaidhawi


Tafsir Anwar al-Baidhawi karya Abd. al-Rauf bin Ali al-Fansuri al-Singkili @ Sheikh Abdurrauf Sheikhkuala

Kisah Talut dan Jalut


Dan nabi mereka berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga nabi-nabi Musa dan Harun, peti tabut itu dibawa oleh oleh malaikat, sesungguhnya peristiwa kembalinya tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika benar kamu orang yang beriman (al-Baqarah 2: 248)

Abd Rauf Fansuri menafsirkan ayat tadi dengan: Dan telah berkata bagi mereka itu Nabi mereka itu tatkala dituntut mereka itu daripadanya tanda atas kerajaan Thalut itu bahawasanya tanda kerajaannya bahawa didatangkan akan kamu suatu peti di dalamnya ketetapan bagi segala hati kamu daripada Tuhan kamu dan yang mati daripada peninggalan Musa dan Harun pada hal menanggung akan dia segala malaikat. Tersebut di dalam Khazin adalah peti itu di dalamnya rupa segala nabi yang diturunkan Allah Taala ia atas Adam maka turun temurun hingga datang kepada Musa dan adalah mereka itu menuntut kemenangan pada Allah Taala dengan berkat peti itu atas seteru mereka itu dan dihantarkan mereka itu peti itu di hadapan mereka itu maka tatap (melihat) mereka itu kepadanya tatkala perang dan ditaruh di dalamnya oleh Musa, Taurat dan mata bendanya di taruh Harun di dalamnya tengkoloknya maka tatkala mati Musa tinggalah peti itu pada padang maka tatkala ditentu oleh mereka itu akan tanda kerajaan Thalut maka ditengking akan dia oleh malaikat antara langit dan bumi pada hal mereka itu menilik kepadanya hingga dihantarkan malaikat akan peti itu pada Thalut maka percayalah mereka itu akan kerajaan Thalut.

Unsur Israiliyyat dalam tafsiran kitab Tafsir Anwar alBaidhawi

Kitab Tafsir Fi Zilalil al-Quran

Dalam al-Quran, Allah SWT ada menceritakan tentang kerajaan Talut dan peti Tabut. Peti Tabut ini diceritakan sebagai tempat menyimpan kitab Taurat tetapi tidaklah sampai kepada mempunyai segala nama dan rupa dari Nabi Adam a.s sehinggalah Musa a.s

Kitab tafsir Fi Zilal al-Quran juga mentafsirkan ayat tentang kerajaan Talut. Dalam kitab tafsir Fi Zilal al-Quran ini, diceritakan bahawa malaikat membawa peti yang berisi kitab Taurat kepada Talut. Peti tersebut ialah peninggalan daripada keluarga Nabi Musa (a.s.) dan Harun (a.s.). Apabila Nabi Musa (a.s.) wafat, pihak musuh mengambil peti tersebut. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa peti yang mengandungi naskah Taurat itu adalah pemberian daripada Allah Taala kepada Nabi Musa (a.s.) di Bukit Tur (Sayyid Qutb 1972: 268).

Kisah Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis


Setelah itu dikatakan kepadanya, dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka tatkala ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta ia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata, sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. Mendengar yang demikian, Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan sekarang aku menegaskan bahawa aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman kepada Allah Tuhan sekalian alam (al-Naml 27: 44).

Tafsiran ayat

Unsur Israiliyyat

Tatkala dikhabarkan oleh jin kakinya seperti kaki keldai maka disuruh Sulaiman segala syaitan berbuat halaman dari kaca supaya dicubainya dengan tiada menyuruh membukakan kainnya maka tatkala disumbatkan oleh Balqis kainnya maka tahulah ia akan baik kakinya (al-Fansuri t.th.: 305). Tatkala berkehendak kepada Sulaiman mengahwin dia maka benci ia akan bulu betisnya dan dibubuh oleh segala syaitan baginya kapur maka dihilangkannya ia dengan dia (al-Fansuri t.th.: 305).

Jin telah mengkhabarkan kepada Nabi Sulaiman tentang kaki Puteri Balqis seperti kaki keldai Nabi Sulaiman kemudian memerintahkan supaya syaitan membina sebuah halaman dalam istana yang seakan-akan kolam air untuk memastikan cerita tersebut. apabila Balqis menyingsing kainnya, ternyata kaki Balqis berkeadaan baik. Menurut riwayat ini juga, Nabi Sulaiman terpandang akan bulu betis Balqis. Nabi Sulaiman tidak suka melihatnya, lalu syaitan menghilangkannya dengan kapur.

Bandingan dengan tafsir lain

Sayyid Qutb (1974: 150-151) mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa apabila Puteri Balqis tiba di istana Nabi Sulaiman, maka baginda pun dipersilakan masuk. Perkara yang memeranjatkan Balqis ialah keadaan istana tersebut yang diperbuat daripada kaca. Lantai istana itu dibina di atas air, dan ini membuatkan ia kelihatan seakanakan seperti sebuah kolam air. Oleh kerana baginda menyangka bahawa baginda akan mengharungi sebuah kolam, baginda pun menyingsingkan kainnya. Keadaan ini menyebabkan Nabi Sulaiman menjelaskan rahsianya dengan berkata: Sesungguhnya istana ini adalah sebuah istana yang dibuat dengan cara yang halus iaitu dari bahan kaca.

Ibn Kathir (1966: 238-239) pula menjelaskan bahawa ketika Puteri Balqis dipersilakan masuk ke dalam istana yang lantainya diperbuat daripada kaca dan kelihatan seperti sebuah kolam air, baginda masuk sambil menyingkapkan kainnya. Setelah itu Nabi Sulaiman (a.s.) pun berkata: Sesungguhnya bukanlah air yang engkau pijak, lantai ini sangat licin kerana diperbuat daripada kaca. Puteri Balqis yang sangat kagum dengan struktur binaan istana tersebut, kemudiannya memeluk Islam.

Kesimpulan
Tafsir Anwar Baidhawi - Kitab paling banyak digunapakai oleh masyarakat Melayu
-

- Banyak kisah-kisah israiliyyat


-

Penjelasan atau tafsiran hendaklah disertakan bersama kisah-kisah tersebut bahawa apa yang diriwayatkan tersebut adalah daripada periwayatan israiliyyat. Paling baik, tentunya jika pengarang tidak menukilkan atau memasukkan kisah-kisah tersebut dalam kitab tafsir mereka ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat yang kurang memahami dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai israiliyyat.

Israiliyyat dalam tafsir nur alihsan


Haji Muhammad Said bin Umar JShatab bin Aminuddin bin Abdul Karim.

Kisah Ashabul Kahfi


Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk (al-Kahfi:13)

Unsur israiliyyat dalam penafsiran ayat dalam kitab tafsir ini ialah: terdapat penambahan dalam nama-nama Ashabul Kahfi (Kata Ibn Abbas, tujuh orang Makslamina, Tamlikha, Marthunas, Nionunas, Sarobunas, Zununas, dan Falentionunas adalah merupakan seorang pengembala kambing. Nama anjing Qitmir) dan sebagai huraian dinyatakan pula terdapat sembilan khasiat yang boleh didapati daripada nama-nama tersebut. setengah ulama' menyuruh supaya diajar nama-nama ini kepada anak-anak dan jika ditulis di pintu rumah, rumah tersebut tidak akan terbakar begitu juga jika diletakkan di atas harta benda, benda tersebut tidak akan hilang dan jika diletakkan di dalam perahu, perahu tidak karam. diceritakan bahawa raja semasa peristiwa ini berlaku bernama Dikyanus yang mana merupakan seorang pemerintah yang zalim. Dia menyuruh rakyatnya menyembah patung berhala dan melakukan penyembelihan korban kepada patung-patung tersebut.

Bukti unsur israiliyyat

Syed Qutb menegaskan bahawa para penghuni gua itu adalah terdiri daripada sekumpulan pemuda yang tidak diketahui bilangan mereka. Ini bermakna telah berlaku penambahan terhadap fakta tersebut yang mana al-Quran sendiri tidak menyebut mengenai nama-nama mereka dan bilangannya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa semua itu adalah rekaan dan tambahan dalam melengkapkan sesebuah kisah. Nama bagi bandar yang dinyatakan juga adalah satu unsur luar yang tidak jelas. Kisah ini adalah satu kisah diceritakan turun temurun dan tidak dapat dinyatakan kesahihannya.

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: Biilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka, dan setengahnya pula berkata, bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka. Secara meraba-raba dahm gelap akan sesuatu yang tidak diketahui dan setengahnya yang lain berkata bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilanganya melainkan sedikit. >> Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederbana) yang nyata (keterangannya didalam al-Quran) dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkan). >> (Surah Al-Kahfi 18:22)

Kisah Nabi Nuh a.s


Surah Hud ayat 37

Tafsiran Kitab Nur Ihsan

Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orangorang yang zalim itu; sesungguhnya mereka itu akan ditenggelam (Hud:37)

Dan perbuat Nub akan bahtera daripada kayu jati ditanamnya IOO tahun kemudian dipotong perbuat bahtera itu 100 tahun. Panjang 300 hasta lebar 50 hasta, tinggi 30 hasta, tiga lapisan maka binatang yang liar dan buas dilapisan bawah, binatang kambing dan binatang ternakan di hpisan tengah, Adam dengan anaknya di atas sekali, telah didahului 40 lelaki dan 40 perempuan, maka tatkala banyaknya tahi-tahi binatang diwahyukan ALLah s. w.t. kepada Nub bahawa menyentak ekor gajah maka jatuh daripadmya babi jantan dan betina dan sapu di atas babi betina keluarlah tikus yang makan tahi-tahi binatang itu. Dan tatkala binasa tikus akan tali-tali bahtera maka diwahyu disuruh pukul unta dua mata harimau maka keluar daripada lubang

Unsur Israiliyyat dalam tafsiran ayat ini adalah: kandungan dan muatan kapal: - kapal tersebut mempunyai tiga lapisan - lapisan bawah: binatang buas dan liar; lapisan tengah: binatang ternakan; lapisan atas: Nabi Nuh bersama anak-anaknya dan 40 orang lelaki, 40 orang perempuan. cerita tentang kejadian binatang: - tikus lahir daripada babi betina - kucing jantan dan betina daripada lubang hidung harimau

Bukti unsur israiliyyat

Kebanyakkan kitab-kitab tafsir muktabar hanya menceritakan muatan kapal secara umum sahaja dan tidak diceritakan langsung berkaitan kejadian binatang. Contohnya kitab tafsir lbn Katbir menyatakan bahawa lapisan tersebut di mana lapisan bawah adalah binatang buas dan liar, lapisan -tengah adalah manusia dan yang lapisan paling atas adalah burung. Jelas di sini, kejadian binatang mengikut ayat ini adalah terang lagi bersuluh ianya daripada bangsa Israil (Ibn Kathir, 1993: 2:444).

Kebanyakan kitab-kitab tafsir muktabar menceritakan tentang sifat-sifat kapal, wahyu Allah s.w.t. kepada Nabi Nuh untuk membuat kapal dan kandungan serta penghuni kapal tersebut. Ini jelas kitab tafsir Nur Al-Ihsan menokok tambah cerita-cerita yang tiada sumber asas daripada htab-kitab yang muktabar.

Kesimpulan
Kitab Tafsir Nur Ihsan

Tafsiran yang terdapat di dalamnya kebanyakan adalah daripada kitab-kitab tafsir Arab Walau bagaimanapun, pengarang tidak mentakhrijkan semua riwayat yang dinukilkan menyebabkan terjerumus sama dalam menukilkan riwayat tersebut Pujian harus diberikan kepada kedua-dua penulis kitab tadi dalam usaha menghasilkan kitab tafsir Melayu sebagai sumber alternatif Namun begitu, apa yang perlu ialah tidak menerima riwayat israiliyyat sebagai sebahagian daripada tafsir

You might also like