You are on page 1of 26

KONSEP KESENIAN

Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang yang membawa maksud kemahiran, cara atau kaedah (skill, way or method). Namun begitu, secara lahiriah manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. Dalam konteks tamadun awal, segala bentuk hasilan manusia yang mempamerkan sesuatu yang halus dan indah serta segala bentuk perdagangan dan profesion diistilahkan sebagai kesenian. Antara lainnya kesenian merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang menggambarkan sesuatu yang indah dan yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.

Estetika bererti perceive, daripada perkataan Yunani kemudiannya menjadi perception, merupakan istilah yang membawa maksud kecantikan yang secara intrinksiknya memberikan kepuasan dan keselesaan kepada naluri manusia. Mengikut Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art, (1959), seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan(pleasure). Tambahnya lagi, nilainilai indah, tidak cantik(buruk) adalah bidang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia kadang-kadang lebih berpengaruh daripada nilai-nilai logik.

Kesenian mencakupi banyak bidang dan perkara. Ini termasuklah bidang mengarang sesuatu cerita yang dikenali sebagai kesusasteraan, mendirikan bangunan atau seni bina, seni ukir, melukis, kaligrafi, seni lakon (kalau dahulunya lebih kepada lakonan teater) dan juga seni tari. Seni ini dapat dikategorikan sebagai seni halus (fine art) dan seni gunaan (applied arts). Seni halus lebih memberi penekanan kepada sesuatu hasil nukilan manusia yang menggambarkan kecantikan dan curahan perasaan, manakala seni gunaan lebih memberi maksud sesuatu yang dilakukan untuk menghasilkan bahan dan barangan yang nampak jelas serta untuk digunakan.

Seni gunaan ini antara lainnya meliputi seni ukir dan seni bina (perkakas, pakaian, perhiasan, tembikar dan seumpamanya). Menurut Richarson dalam bukunya, Introducing Art, A First Book on The History and Appreciation of The Visual Arts, kesenian merupakan luahan perasaan manusia dan menggambarkan sifat dan perangai manusia. Apabila kita meninjau akan sejarah perkembangan tamadun manusia di dunia ini, sememangnya kita tidak dapat lari daripada melihat bagaimana manusia dari segenap lapisan masyarakat di dunia ini melahirkan segala macam bentuk hasil seni yang indah dan mengagumkan.

Apa yang lebih menarik dan unik ialah setiap tamadun itu mempunyai hasil seni mereka yang tersendiri. Tamadun-tamadun awal dunia banyak menumpukan kepada penghasilan seni bina yang bermula dengan pembinaan keagamaan seperti rumah berhala, kuil dan candi seperti Angkor Wat, Borobodur, dan piramid-piramid. Ini jelas dapat dilihat pada tamadun Mesir yang dapat melahirkan seni bina piramid. Di India pula terdapat pembina stupa iaitu menara berbentuk kubah dengan ukiran gambar manusia, haiwan dan dewa-dewi pada dinding-dindingnya.

Falsafah politik tamadun Rom adalah untuk memperluas tanah jajahan, memperbesar empayar dan menyediakan segala bentuk kemudahan untuk rakyatnya. Maka kesenian di zaman Rom ini lebih menumpukan kepada seni bina, seni ukir dan kesusasteraan kerana ini dianggap memainkan peranan penting dalam memupuk semangat cinta akan tanah air. Tamadun Yunani pula berjaya melahirkan seni drama, tamadun China dan seni kaligrafinya, tamadun India dengan syair, mentera, lagu-lagu suci, teks-teks ulasan dan epik-epik yang menjadi asas dalam agama, tamadun arab dengan seni syairnya, tamadun Islam banyak menghasilkan seni bina yang indah dan mengagumkan seperti Islam Monghul.

Ini bersesuaian dengan pandangan Sidi gazalba dalam bukunya Islam, Integerasi ilmu dan Kebudayaan (1967) bahawa seni lahir dari agama dan ia mempunyai talian yang rapat dengan perkembangan bidang kesenian. Beliau juga menyatakan bahawa seni adalah semua yang menimbulkan rencana keindahan dan keharuan dan semua yang diciptaan utnuk melahirkan rencana itu. Rencana tersebut melahirkan kesenangan dan bertujuan kesenangan. Kesenian ini mempunyai dua aliran utama iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat. Dalam aliran seni untuk seni, seniman mencipta kerana rencana keindahan dan untuk keindahan semata-mata. Oleh itu, seniman menurut aliran ini bertujuan untuk melahirkan sesuatu yang menyenangkan dirinya sematamata. Ini bererti aliran seni untuk seni dianggap indivisualistik dan egoistik.

Ini berlainan dengan aliran kedua iaitu seni untuk masyarakat kerana aliran ini bertujuan kemasyarakatan, untuk politik dan ahkhlak. Ini membawa pengertian bahawa seni penciptaan seni adalah untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, seni mestilah difahami oleh masyarakat. Penciptaan seni tidak bererti sekiranya tidak difahami oleh masyarakat.

Seni Kesasteraana tamadun Mesopotamia ini bermula di Sumeria kira-kira abad ke-3 S.M. Kebanyakan seni sasteranya dihasilkan oleh penyairpenyair dan pujanga-pujanga yang dikenali sebagai Nar yang mendapat naungan dari pihak istana dan pemerintah. Justeru, mereka dengan bangganya menghasilkan cerita-cerita tentang kegemilangan dan keagungan raja dan Tuhan. Tamadun Mesopotamia ini juga telah berjaya menghasilkan epik terawal dunia dengan diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain walaupun pada ketika itu tiada kertas dan pena berwarna. Perkembangan ini dapat dirangkumkan dalam bentuk karya-karya tulisan.

KESUSTERAAN MESOPOTAMIA

Ini terbukti dengan terhasilnya beberapa seni sasteranya yang masih wujud hingga ke hari ini. Karya-karya terawalnya kira-kira sekitar tahun 2500 S.M banyak ditulis atau dihasilkan pada kepingankepingan tanah liat dengan tulisan cuniefrom (tulisan berbaji). Antara karya terawalnya ialah mitos tentang Enlil dan Ninhursag. Karya-karya lainnya pula yang terkenal ialah Lagenda Etana dan Lagenada Adapa. Namun begitu karya yang palng masyur ialah Epik Gilamesh. Epik glimaseh merupakan puisi berbahasa Akkadia yang ditulis dengan panjang lebar dan dibahagikan kepada beberapa rangkap. Keindahan dalam puisi lama seumpamanya ini jelas dengan penggunaan kata-kata yang mempunyai makna berlawanan dan unsur-unsur simili.

Epik Gilgamesh adalah kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan mempunyai sifat dua per tiga Tuhan, satu per tiga manusia, wajah yang tampan dan susuk badan yang sasa. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan Kota Uruk. Epik ini menceritakan tentang pemerintahan, percintaan dan kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian. Selain daripada epik Gilgamesh, epik Sumeria juga menceritakan tentang lagenda wira-wira mereka seperti Enmaker dan Ligalbanda. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat tradisi kehidupan yang menghubungkan epik-epik bertulis dengan kehidupan dan pemerintahan raja yang agung.

Dari segi gaya dan bentuk, epik Sumeria mempunyai banyak persamaan dengan epik Yunani iaitu mempunyai deskripsi yang lengkap, pengulangan rangkap yang panjang, ungkapan yang ditetapkan dan penggunaan cakap pindah. Penyair Eninnu misalnya telah menghasilkan Puisi panjang yamg meraikan kejayaan Gudea membina kuil Eninnu di kota Lagash. Terdapat juga puisi berbentuk sejarah seperti The Curse of Agade oleh Lugalzagesi yang mengisahkan detik-detik kejatuhan atau keruntuhan Akkad ke tangan orang-orang Guti.

Selepas kejatuhan Dinasti Ketiga, sekolah-sekolah penulisan telah menyalin dan menyemak semula kandungan teks-teks lama. Kegiatan seumpama ini diteruskan sehingga Zaman Babylon Lama yang memperlihatkan bahawa jurutulis bukan sahaja menyalin karya-karya lama dari bahasa Sumeria tetapi juga menghasilkan karya-karya baru dalam bahasa Akkadia.

Secara amnya, hasil kesusasteraan Sumeria dan Akkada dapat dilihat dalam beberapa kategori seperti mitos-mitos Tuhan, ceritacerita epik tentang raja-raja, lagu-lagu suci mengenai Tuhan (hymns), lamentasi, elegi bercorak sejarah, pepatah dan koleksi persepsi.

Kesusasteraan mesir dapat dilihat perkembangannya dalam tiga fasa iaitu: Fasa awal Fasa pertengahan Fasa akhir Fasa awal (Zaman Kerajaan Tua, 3500 S.M-2700 S.M.). Kesusasteraan yang dihasilkan berbentuk keagamaan dan falsafah yang sebahagian besar bahan-bahan tulisan terdapat pada dinding bilik diraja dalam piramid dan di candi-candi terutama pada kuru ke-5 dan ke-6. Terdapat juga teks-teks keranda yang ditulis pada keranda Firaun. Antara karya-karya yang dihasilakn pada fasa awal ini ialah Lagenda Osiris dan Isis yang mengandungi banyak versi dan mengisahkan Tuhan-Tuhan mereka.

KESUSASTERAAN MESIR

Fasa pertengahan atau Zaman Kerajaan Pertengahan, terdapat karya-karya klasik yang ditulis pada daun lontar (papyrus) dan telah disalin semula secara teliti. Nasihat-nasihat berguna dikumpulkan dalam buku dan antara yang terkenal ialah Hymn to The Sun dan Book of Dead (Buku klasik yang mengandungi 90 bab yang mengisahkan perjalanan orang yang telah mati di hari akhirat). Kesusateraan Mesir ini terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Antara hasil kesusasteraan Mesir Purba yang penting ialah nasihat-nasihat Ptahhotep iaitu seorang cendekiawan dan wazir Mesir purba yang telah direkodkan ke dalam buku. Ptahhotep merupakan wazir Firaun yang telah mencatatkan nasihatnya dalam sebuah buku yang menjadi panduan dan rujukan dalam bidang kesusasteraan mesir lama.

Ptahhotep mengesyorkan supaya seseorang itu menghormati orang yang lebih tinggi darjatnya agar mereka tidak diseksa oleh orang-orang itu dan menghormati orang yang rendah darjatnya agar tidak dimurkai oleh Tuhan kelak. Terdapat beberapa cerita panjang yang dihasilkan terutamanya pada Zaman Kerajaan Pertengahan seperti tale of the Shipwrecked Sailor. Karya-karya ini berbentuk naratif dan banyak menyentuh tentang kehidupan seharian. Tale of Sinute pula adalah merupakan kisah pengenbaraan. Karya-karya seperti Tale of Truth and Fashehood, Tales of Hours and Seth dan Vovage of Wenamon pula mengandungi kisah-kisah kezaliman. Firaun Akhenaton pula pernah menghasilkan puisi yang memuja Tuhannya iaitu Tuhan Matahari.

KESUSATERAAN TAMADUN INDIA


Kesusasteraan tamadun India dikatakan bermula dan diwarisi sejak zaman Empayar Gupta. Ini kerana rajaraja Gupta begitu meminati bidang kesenian dan sering menjadi penaung setiap kali bidang ini diketengahkan. Raja-raja tersebut telah menjemput ramai penyair untuk datang ke istana bagi mengadakan persembahan dan menunjukkan bakat mereka dalam apa jua bidang ini. Bangsawan dan orang istana yang begitu meminati kesusateraan. Selain itu, bangsa Aryan telah memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan kesenian ini dengan menggunakan bahasa Sanskrit.

Kesusasteraan India terbahagi kepada dua iaitu kesusasteraan Zaman Gupta dan Zaman Brahma. Pada Zaman Gupta, kesusasteraan ini turut dikenali sebagai sastera Zaman Vedik. Kesusasteraan Vedik adalah sastera yang tertua sekali di India dan bersifat suci. Mengikut kepercayaan masyarakat Hindu, veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan menjadi asas kepada kebudayaan dan agama masyarakat Hindu. Orang Aryan dikatakan telah menghasilkan Rig Veda yang merupakan sajak-sajak agama dan ini adalah juga satu tradisi lisan. Karya-karya ini hanya ditulis pada zaman 1000 S.M. Kesusasteraan Vedik ini dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu: Samshitta atau mentera Brahmana Arayanka Upanishad Karya-karya ini bersifat keagamaan.

Kesusasteraan Samshita Satu koleksi mazmur-mazmur (hymns), mentera, doa dan formula bagi menjalankan upacara korban. Keseluruhan Samshitta ini ditulis dalam bentuk puisi dan terdapat empat bentuk Samshitaa iaitu, Reg Veda,Athava Veda, Sama veda dan Yajur Veda. Samshitta Rig Veda. Merupakan koleksi mazmur-mazmur suci yang terdiri daripada 10 mandala atau buku yang dibahagikan kepada 8 bahagian ashataka. Mazmur-mazmur ini terawal sekali yang telah dicipta ahli agama iaitu Gritsamada, Visvamitra, Vamaveda, Atri, Bharadvaja dan Vasistha.

Samshitta Atharva Veda Merupakan koleksi mentera atau jampi-jampi yang bertujuan unutk menghindarkan penyakit, kematian dan sihir yang dikatakana berpunca daripada makhluk-mahkluk halus dan pihak musuh. Dapat dilihat dalam dua bahagian iaitu Sauakiya(mengandungi 731 mazmur, dalam 20 buah buka) dan Paippalada. Samshitta Sama Veda Merupakan koleksi nyanyian suci yang dinyanyikan oleh sekumpulan sami yang dikenali sebagai Udgatar dalam upacara Soma. Samshita ini terbahagi kepada tiga buah buku iaitu Kauthuma, Jaiminiya dan Ranayaniya. Pengikut-pengikut Sama veda menggunakan teksteks ini kerana bagi mereka melodi dianggap penting dan Sama Veda ini memainkan peranan yang begitu penting dalam sejarah muzik India.

Samshitta Yajur Veda Samshitta Yajur Veda merupakan koleksi formulaformula bagi upacara korban. Yajur Veda ini merupakan institusi sekolah yang mengajar beribu-ribu puisi. Terdapat hampir 101 sekolah Yajur Veda initetapi yang tinggal hingga kini hanya lima sekolah sahaja iaitu, Kathaka Samshita, Kapishthaka Katha Samshita, Maitrayani Samshitta, Taittiriya Samshitta dan Vajasaneyi Samshitta. Empat sekolah pertama digolongkan sebagai Yajur Veda Hitam dan satu yang terakhir digolongkan sebagai Yajur Veda Putih.

Dua epik agung dalam kesusasteraan India adalah: I.Ramayana II.Mahabharata Kedua-dua epik ini berbeza dengan kesusasteraan zaman Vedik yang bersifat keagamaan kerana epik ini lebih bersifat sekular. Kedua-dua epik ini menceritakan kehidupan tamadun awal India. Epik ini dianggap sebagai kesusasteraan Khastriya yang menggambbarkan kepewiraan dan sifat-sifat baik golongan pemerintahan. Biasanya epik ini dinyanyikan semasa upacara-upacara penting. Karya ini mungkin dicipta pada ke-4 S.M. Epik ini juga bukan dilahirkan oleh seorang penulis sahaja sebaliknya dikarang oleh beberapa penulis daripada beberapa generasi.

KESUSASTERAAN EPIK.

MAHABHARATA
Epik ini dihasilkan dan ditulis oleh Vyasa. Epik ini merupakan epik terpanjang di dunia yang pada asalnya 24 000 seloka yang akhirnya berkembang menjadi 100 000 seloka. Epik ini dikarang dalam bentuk puisi. Disamping cerita-cerita utama epik ini juga turut memuatkan cerita-cerita sisipan, mitos, legenda, dongeng dan banyak unsur moral. Secara ringkasnya, epik ini menceritakan permusuhan dan peperangan antara kumpulan Pandawa dan kaurava yang ingin menguasai pemerintahan Kerajaan Kuruksherta.

Ramayana
Epik Ramayana yang terkenal ini dihasilakn oleh seorang penyair yang bernama Valmiki. Epik ini mengandungi 24 000 seloka/bait puisi. Lebih bersifat sejarah yang turut memuatkan unsur-unsur dongeng, mitos dan legenda. Epik ini dianggap sebagai sebuah karya berunsur Dharma kerana mengandungi prinsip-prinsip abadi.

SMRITI
Merupakan teks yang berbentuk koleksi puisipuisi yang mengandungi peraturan-peraturan untuk dijadikan panduan oleh masyarakat. Teks ini dihasilkan berdasarkan konsep Dharma-Sutra dan Grihya-Sutra.

Purana
Merupakan bentuk kesusasteraan yang meliputi mitos, dogma, legenda, tradisi, upacara suci, peraturan moral, keagamaan dan falsafah. Bahasa yang digunakan amat mudah difahami yang menyebabkan amat popular di kalangan masyarakat. Antara Purana yang terkenal ialah Matsya Purana, Vishnu Purana, Vayu Purana dan lain-lain lagi.

You might also like