You are on page 1of 23

BAHASA MELAYU

3103

DOMAIN KRATHWOHL

Kandungan Pembentangan

1. Siapa Krathwohl ? 2. Domain Afektif . 3. Aras-aras domain afektif Krathwohl. 4. Contoh-contoh aktiviti 5. Contoh-contoh soalan

DOMAIN KRATHWOHL 1984


Siapa Krathwohl?

David R. Krathwohl ialah pengasas domain afektif Krathwohl.


Bekas presiden Persatuan Penyelidikan Pendidikan Amerika di Michigan State University.

Penasihat bagi Biro Penyelidikan USOE dan sebagai pengerusi serantau lembaga
Eastern Regional Institute for Education. Pada tahun 1964, David R. Krathwohl bersama rakan-rakannya iaitu Benjamin S. Bloom

dan Bertram Masia menyusun domain afektif dan menerbitkan The Classification of
Educational Goal, Handbook II : Affective Domain.

Domain Afektif
Objektif afektif mempunyai hubungan dengan soal perasaan, emosi, minat, sikap,

penghargaan dan nilai.


Bidang ini menekankan perubahan tingkah laku murid pada akhir sesuatu

pembelajaran. Oleh itu, guru berperanan untuk memupuk perasaan suka dan minat

serta sikap positif di kalangan murid dalam mata pelajaran yang diajarnya.
Hierarki pengelasan objektif afektif yang disusun lima peringkat mengikut kontinum internalisasi atau peringkat penghayatan daripada yang paling rendah hingga yang

paling tinggi iaitu penerimaan, membalas, menilai, organisasi, dan perwatakan


berdasarkan nilai.

Domain Afektif dalam Proses PnP ,

mengapa

Penting !
Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.

Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Terdapat 5 peringkat domain afektif Krathwohl :

Perwatakan

Organisasi Menilai

Bertindak balas
Penerimaan

Aras-aras domain afektif


1. Penerimaan

Kategori mengikut urutan


a) Kesedaran b) Kesanggupan menerima c) Perhatian terkawal atau terpilih

2. Bertindak balas

a) Persetujuan membalas b) Kesudian membalas c) Kepuasan membalas

3. Menilai

a) Penerimaan sesuatu nilai b) Pilihan terhadap sesuatu nilai c) Penglibatan

4. Organisasi

a) Penanggapan sesuatu nilai b) organisasi sesuatu sistem nilai

5. Perwatakan

a) Set am b) Perwatakan Jadual Aras-aras domain afektif dan kategorinya

1.

ARAS PENERIMAAN

-Peringkat yang paling rendah. -Merujuk kepada kesanggupan murid memberi perhatian dan kesedaran kepada sesuatu fenomena atau rangsangan seperti aktiviti pengajaran, bahan pelajaran, lakonan. -Terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

a) Kesedaran

merujuk kepada kesedaran faktor-faktor estetik yang mempengaruhi kecantikan sesuatu benda, seni lukis, reka bentuk, alat-alat rumah dan sebagainya. pada peringkat ini, murid sedar ada pelbagai pendapat mengenai sesuatu perkara serta setiap orang mempunyai perasaan sendiri.

b)

Kesanggupan menerima

merujuk kepada kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan orang dan menunjukkan toleransi serta menghormati kebudayaan orang lain. merujuk kepada kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan terpilih seperti mendengar orang mendeklamasi sajak, memberi perhatian kepada aktiviti membaca cerita dan sebagainya.

c) Perhatian terkawal/ terpilih

2.
-

ARAS BERTINDAK BALAS


merujuk kepada kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu fenomena atau rangsangan yang diberi perhatian. mengandungi tiga kategori iaitu: melibatkan kemahuan dan kesediaan mematuhi peraturanperaturan sedia ada. Contohnya: mematuhi undang-undang sekolah mengikut arahan guru menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan orang lain

a) Persetujuan membalas

b) Kesediaan membalas

menunjukkan sifat sukarela membalas iaitu melaksanakan tugas tanpa dipaksa. Contoh: membaca buku secara sukarela mengamalkan tingkah laku yang baik

c) Kepuasan membalas

Contoh : -

merujuk kepada perasaan kepuasan semasa bertindak balas. merasa suka hati bila melakukan aktiviti pembelajaran menikmati hasil seni semasa melukis

3.
-

ARAS MENILAI
merujuk kepada kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda, fenomena atau tingkah laku berdasarkan kriteria-kriteria yang sedia ada pada murid. dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: merujuk kepada kebolehan menentukan nilai sesuatu benda, fenomena, tingkah laku. murid menunjukkan kepercayaannya dengan keinginan melakukan sesuatu yang baik. Contoh : keinginan untuk menguasai kemahiran menulis esei yang bernas.

a) Penerimaan

b) Pilihan

Contoh : -

menunjukkan usaha memperoleh sesuatu nilau yang telah dipilih. menjalankan tugas mengikut kriteria-kriteria yang sedia ada menyatakan pendapat dalam majalah sekolah

c) Penglibatan

merujuk kepada kepercayaan teguh terhadap nilai yang dipilih sehingga sanggup melibatkan diri secara aktif dalam usaha mengembangkan nilai. Contoh : mengikut arahan ketua darjah menerima prinsip Rukun Negara sebagai amalan hidup

4.
-

ARAS ORGANISASI

Murid di anggap menaruh kepercayaannya terhadap nilai yang dipilih. Masa yang lain, murid menemui beberapa nilai yang berkaitan. Murid menunjukkan kebolehannya mengorganisasikan nilai-nilai berkaitan untuk membentuk satu sistem baru, menentukan saling berkaitan antara nilai-nilai tersebut serta membeza nilai-nilai yang penting dengan yang kurang penting. Mengandungi dua kategori yang di susun mengikut urutannya.

a) Penganggapan

merujuk kepada kebolehan membentuk konsep yang abstrak terhadap sesuatu nilai Contoh: berusaha mengenal pasti ciri-ciri sesuatu objek yang diminati.

b) Organisasi

merujuk kepada kebolehan menyatukan nilai- nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem. Contoh membentuk falsafah hidup berdasarkan nilai-nilai yang ditemui dan dipercayai.

5.
-

ARAS PERWATAKAN

Satu domain afektif yang tertinggi. Murid dianggap memperoleh nilai-nilai yang disusun dalam satu sistem yang tidak akan berubah. Murid boleh mengawal tingkah laku mereka sehingga membentuk suatu perwatakan sendiri. Tingkah laku seseorang adalah tekal ( konsisten ) dan boleh diramalkan. Dibahagikan kepada dua kategori yang disusun mengikut urutannya.

a) Set Am

merujuk kepada kebolehan mengekalkan nilai-nilainya dalam sistem yang dibentuk pada bila-bila masa. Contoh : menunjukkan kepercayaan terhadap perwatakan sendiri.

b) Perwatakan

merujuk kepada sifat ketekalan terhadap kepercayaan yang kuat dan tidak berubah terhadap sistem nilai yang dibentuk sehinggakan ciri-ciri ini menjadi falsafah hidup. wujudnya tingkah laku seperti disiplin diri, boleh menghadapi situasi yang rumit dan menyelesaikannya dengan pendekatan secara objektif dan rasional.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN DOMAIN AFEKTIF


Aras domain afektif Kategori mengikut urutan Contoh Aktiviti Pembelajaran Membina kesedaran faktor-faktor yang mempengaruhi kecantikan pakaian, perabot, seni lukis dan lain-lain. Mengenal bahawa ada beberapa pendapat mengenai sesuatu perkara. Menunjukkan kesedaran mengenai perasaan orang lain tidak sealiran. Membina sikap toleransi terhadap pelbagai jenis muzik, pelbagai kaum dan bangsa. Mendengar pertuturan orang lain dengan perasaan hormat. Menghormati agama, bangsa, dan adat resam agama lain.

1. Penerimaan

a) Kesedaran

b) Kesanggupan menerima

c) Perhatian terkawal/ terpilih

dapat menghayati keindahan bunyi dalam pantun dan sajak. mendengar bunyi dan mengesan makna dan melodi yang dimainkan oleh pelbagai alat-alat muzik. Mendengar, meneliti, dan meningati nama-nama orang yang diperkenalkan kepadanya.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN DOMAIN AFEKTIF


Aras domain afektif Kategori mengikut urutan Contoh Aktiviti Pembelajaran

2. Bertindak balas

a) Persetujuan ketika membalas

Menunjukkan kesedaran dan kerelaan ketika bekerjasama dengan orang lain. Menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mematuhi undang-undang jalan raya semasa menunggang basikal, berjalan kaki, dan melintas jalan. Membaca buku apabila diarahkan.

b) Kesudian membalas

Dengan rela hati mencari maklumat mengenai kegemaran sendiri. Dengan rasa senang hati membacakan majalah dan surat khabar untuk rakan-rakan. Mengamalkan sikap menjaga kebersihan, kesihatan, dan keselamatan diri. Merasa seronok membaca ketika masa senggang. Rasa gembira ketika menyanyi beramai-ramai. Menghayati alam sekitar seperti pokok, bunga, burung Menikmati alunan muzik, kerja seni dan kraf tangan sebagai penyuburan diri.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN DOMAIN AFEKTIF


Aras domain afektif 3. Menilai Kategori mengikut urutan Contoh Aktiviti Pembelajaran

a) Penerimaan sesuatu nilai

Keinginan membentuk kebolehan bercakap dan menulis dengan baik. Ingin kelihatan menarik dan baik Mengetahui dan menyedari mengenai perhubungan demokratik di antara suami dan isteri, antara ibu bapa dan anak, antara guru dan murid. Menulis kepada pihak surat khabar mengenai isu-isu yang dirasakan penting Memberikan kerjasama secara aktif untuk menjalankan persembahan seni lukis Mengambil tindakan untuk sesuatu kumpulan bagi mengatasi masalah. Setia terhadap kumpulan sebagai seorang ahli Penerimaan terhadap agama dalam kehidupan seharian dan keluarga.

b) Pilihan terhadap sesuatu nilai

c) Penglibatan

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN DOMAIN AFEKTIF


Aras domain afektif 4. Organisasi Kategori mengikut urutan a) Penanggapan sesuatu nilai Contoh Aktiviti Pembelajaran Mengenal ciri-ciri sesuatu objek yang diminati. Menghubungkan matlamat serta standard etika untuk diri sendiri dengan membaca bibliografi orang ternama.

b) Mengorganisasikan sesuatu sistem nilai

Membentuk teknik-teknik untuk mengawal perasaan menceroboh yang dapat diterima dalam kebudayaan Membentuk pertimbangan mengenai bagaimana masyarakat di negara kita dapat berubah Menerima pengubahsuaian keinginan mengikut batasan kebolehan, minat, dan keadaan fizikal

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN DOMAIN AFEKTIF


Aras domain afektif 5. Perwatakan Kategori mengikut urutan a) Set Am Contoh Aktiviti Pembelajaran

Bersedia untuk mengubah pertimbangan dan tingkah laku Melihat masalah dengan cara objektif, realistik, dan sabar. Menggunakan pelbagai cara yang objektif dan perancangan sistematik untuk mengatasi sesuatu. Keyakinan untuk berjaya

b) Perwatakan

Membentuk kod tingkah laku berdasarkan prinsipprinsip etika untuk panduan kehidupan seharian. Membentuk suara hati dan kesedaran hati (conscience).

Soalan Domain Krathwohl

Jenis soalan : Bahagian A Bahagian B

Bahagian C

Bahagian A { 20 markah } Jawab semua soalan 1. Teori Domain Afektif diasas oleh A Morgan dan Saxton B David R. Krathwohl C Edward Safir D Bolton S. Bloom

2.

Kompenan aras-aras penting yang terdapat dalam domain afektif Krathwohl ialah A Penerimaan, pelaksanan, tindak balas, perwatakan, dan organisasi B Gerak balas, organisasi, perwatakan, penilaian, dan pelaksanaan C Penerimaan, gerak balas. penilaian, organisasi, dan perwatakan. D Pengetahuan, kefahaman, penerimaan, pelaksanaan, dan penilaian ..kesanggupan murid memberi perhatian dan kesedaran kepada sesuatu fenomena atau rangsangan seperti aktiviti pengajaran, bahan pengajaran, lakonan.

3.

Petikan ini menunjukkan aspek yang terkandung dalam domain afektif. A penerimaan B pelaksanaan C perwatakan D penilaian

4.

Semua kenyataan di bawah benar tentang aras domain menilai, kecuali A penerimaan B pilihan C penanggapan D penglibatan

Bahagian B
Jawab semua soalan
1. Domain Afektif yang diasaskan oleh David R. Krathwohl mempunyai hubungan dengan soal perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Jelaskan lima peringkat domain tersebut mengikut hierarki daripada yang rendah kepada yang tinggi. _________________________________________________________________________________________ ____ _________________________________________________________________________________________ ____ _________________________________________________________________________________________ ____ _________________________________________________________________________________________ { 6 markah } Jelaskan tiga contoh aktiviti pembelajaran bagi aras domain Penerimaan dalam kategori kesedaran. i. _________________________________________________________________________________

____
2.

_________________________________________________________________________________ ii _________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________ iii _________________________________________________________________________________

BAHAGIAN C Jawab semua soalan.

Penerimaan Pilihan Penglibatan

1. Senarai di atas merupakan antara kategori dalam aras domain Menilai dalam domain afektif Krathwohl yang perlu dikuasai oleh setiap murid untuk membantu menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pembelajaran seharian. Berdasarkan senarai tersebut a) Terangkan ketiga-tiga kategori tersebut.

b) Nyatakan beberapa contoh objektif tingkah laku berdasarkan aktiviti pembelajaran dalam aras domain menilai.

[ 20 markah ]

Rujukan
wnazri.blogspot.com/2010/09/pembentukan-soalan-berdasarkan.html Mok Soon Sang Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, SJ, edisi kedua 1998. Mokhtar Ismail Pentaksiran Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, edisi kedua 2009. noorhainasulai.blogspot.com/2010/01/taksonomi-bloom-dan-domainkrathwohl.html akugpc.blogspot.com/2011/10/domain-affektif-krathwohl.html pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/07/taksonomi-bloom-dan-domainkrathwohl.html

You might also like