DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN
TAHUN SATU
2010

DRAF KANDUNGAN Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Kandungan Pelaksanaan Modul KAIMaL Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 1 1 2 2 3 3 5 6 6 7 7 8 9 – 15 iii .

DRAF iv .

DRAF RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. masyarakat dan negara. 1 . emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. berketerampilan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. MAKA KAMI. menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak. rohani. rakyat Malaysia. berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA `KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. berakhlak mulia. mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. memelihara satu cara hidup demokratik.

Bagi memenuhi keperluan individu. yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan supaya mereka menjadi insan yang seimbang. masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti. MATLAMAT Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah bersifat holistik. mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid. harmonis dan berakhlak mulia. peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani. rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang. emosi.DRAF PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu. berdikari dan berjaya dalam kehidupan. perkembangan individu secara menyeluruh. 2 . proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Komunikasi Kerohanian. rohani dan intelek. ix. iv. ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian.DRAF OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: i. Sikap dan Nilai 3 . v. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna. vi. iii. berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam. x. ii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. viii. STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. emosi. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. menghargai keindahan alam dan warisan budaya. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna. vii.

iv. Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri Bentuk Kurikulum Transformasi 4 .DRAF iii. vi. v.

DRAF KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. 5. kemahiran dan nilai. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan. 5 . 5.1 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. kemahiran dan nilai.2 Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti Penglihatan dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan..

selesa dan selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin. vi. iii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan peralatan khas Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah penglihatan Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran. OBJEKTIF MATA PELAJARAN Kurikulum KAIMaL sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: i. iv. v. 6 . ii. Modul ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Meningkatkan kemahiran sosialisasi.DRAF FOKUS MATA PELAJARAN Modul teras asas Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL) ini adalah untuk melahirkan dan membentuk jati diri murid bermasalah penglihatan supaya mempunyai kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Orientasi dan Mobiliti ii. KAIMaL dilaksanakan sebagai kurikulum modular yang terbahagi kepada 3 modul iaitu : i. Di dalam modul ini. kemahiran serta nilai bagi menguasai kemahiran-kemahiran dalam menjalani kehidupan harian sebagai insan kurang upaya penglihatan. Tajuk-tajuk yang disediakan mengambil masa antara 1/2 jam atau 3 jam bergantung pada standard pembelajaran yang ditentukan. Kemahiran kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii.DRAF ORGANISASI KANDUNGAN Modul Teras Asas: Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). kemahiran Kod Braille dan penggunaan peralatan khas serta kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan. PELAKSANAAN MODUL KAIMaL Modul ini diajar 60 minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah). murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan. 7 . Asas TMK masalah penglihatan Standard yang dinyatakan di dalam dokumen ini merupakan keperluan yang perlu dicapai oleh semua murid Tahun 1 pendidikan khas masalah penglihatan. Guru-guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid. Komposisi Modul Teras Asas KAIMaL terdiri daripada disiplin ilmu dan kemahiran meliputi Orientasi dan Mobiliti.

Guru boleh menggunakan hasil kerja murid seperti lembaran kerja. Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya bagi merancang dan menyediakan bahan P&P yang sesuai.DRAF PENTAKSIRAN Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif. folio murid dan pemerhatian untuk ditaksir. 8 .

2. badan.2.2 Membezakan ransangan yang diterima oleh organ deria. 2. 2.2 Mengenal pasti organ deria. 1. 9 .4 Menceritakan perasaan selepas melakukan pergerakan di dalam bilik darjah. *(dengan langkah keselamatan) 2.1 Mengenal pasti anggota badan.2 Bergerak di dalam bilik darjah tanpa bantuan guru.0 Anggota Badan dan Deria Saya Murid dapat : i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada. dewan makan dll STANDARD PEMBELAJARAN 2. tangan kiri. Contoh: bau masakan-kantin. 1.2. kulit. Contoh: telinga. kaki kanan. kaki kiri.1 Bergerak di dalam bilik darjah dengan bantuan guru. tangan kanan.1 Menyatakan fungsi deria. hidung. STANDARD KANDUNGAN 1.3 Menyatakan petunjuk yang dilalui semasa bergerak di dalam bilik darjah. ii) Memaksimumkan penggunaan deriaderia lain iii) Memahami dan mempraktikkan penggunaan anggota badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian.DRAF STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN Bidang 1 : Orientasi dan Mobiliti. lidah. 1. 1. Contoh: kepala.0 Saya dan Bilik Darjah Murid dapat : i) Bergerak dalam bilik darjah dengan selesa dan selamat. 1. mata.3 Menggunakan deria-deria dalam menentukan kedudukan dan arah.

waktu ke sekolah. i) Bergerak dengan bantuan dan tanpa bantuan pemandu celik dengan selesa 4. 4.2. 10 .2 Menggunakan teknik asas tongkat putih dengan cara yang betul. waktu sarapan. pegang.0 Pengurusan Diri Saya 3.3 Menyatakan waktu aktiviti harian Contoh: waktu tidur.2 Menggunakan tandas dan bilik air dengan cara yang betul. Murid dapat : 4. waktu riadah dsb.0 Pratongkat.3 Bergerak menggunakan teknik menyusur (trailling).0 Saya danTongkat Putih 5. 5. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Bergerak dengan pemandu celik.1 Bergerak dengan teknik pemanduan celik.DRAF STANDARD KANDUNGAN 3.1 Memegang tongkat putih dengan cara yang betul. waktu bangun tidur.1.2 Mengayun tongkat putih dengan cara yang betul.2. 5. Murid dapat : 5. 3.1 Menjaga kebersihan diri dan anggota badan. pengadang bawah (lower hand) jika perlu. Contoh: sentuh. i) Berjalan menggunakan tongkat putih dengan selesa dan selamat. 4. bergerak. i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan baik.1 Menyatakan bahagian tongkat. Murid dapat : 3. 5.2 Bergerak menggunakan teknik pengadang atas (upper hand) dan dan selamat.

*(dengan langkah keselamatan) 6.0 Persekitaran Sekolah Saya Murid dapat : 6.2 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah tanpa bantuan pemandu celik.1 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam persekitaran sekolah dengan bantuan pemandu celik.DRAF STANDARD KANDUNGAN 6. STANDARD PEMBELAJARAN i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat.3 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah dengan menggunakan tongkat putih. 6. 11 .

DRAF 12 .

2.3 Menggunakan ”slate and stylus” dengan betul.5 Menggunakan mesin Braille dengan betul.1 Mengenal titik-titik Braille.1 Mengenal “slate and stylus. 1.DRAF Bidang 2 : Kemahiran Kod Braille dan Peralatan Khas STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD KANDUNGAN 1.0 Saya dan Peralatan Khas 2.4 Mengenal bahagian mesin Braille.2 Mengenal pasti enam kedudukan titik-titik Braille dengan betul. 13 .” Murid dapat : 2. 2.0 Saya dan Titik-titik Braille Murid dapat : i) Mengenal dan mengetahui kedudukan titik Braille. 2. 1.2 Menyatakan kegunaan “slate and stylus.” i) Mengenal dan menggunakan “slate and stylus” serta mesin Braille dengan betul. 2.

DRAF 14 .

Delete dan kekunci Arrow.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci. mesin pencetak dan unit pemprosesan pusat ) 1.1 Mengenal bunyi setiap kekunci. 2. 3.2 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk Tab. 2. Backspace. pembesar suara. tetikus.0 Ceria bersama-sama papan kekunci i) Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari. Spacebar (Bar Ruang ).1.1. papan kekunci. 15 .DRAF Bidang 3: Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) Masalah Penglihatan Kandungan Standard 1.0 Saya dan Komputer Murid dapat : i) Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika Standard Pelajaran Tahun 1 1.0 Saya dan Perisian Pembaca Skrin Murid dapat : i) Menggunakan Perisian Pembaca Skrin.1 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk huruf dan nombor 3.1 Mengenal pasti bahagian-bahagian komputer (monitor.1. Enter.1.3 Menggunakan peralatan komputer secara berhemah 2.1 Membina kemahiran mengecam bunyi dan kedudukan kekunci 2.2 Mendengar dan mengenal pasti setiap kekunci (huruf dan nombor) dengan menggunakan perisian pembaca skrin 3.2 Menghidup dan mematikan (menutup) komputer dengan kaedah yang betul 1. 3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful