You are on page 1of 3

Minggu 3 Refleksi Teori Lontar peluru

Kami telah mempelajari satu topik yang baru pada hari ini iaitu mengenai lontar peluru. Pensyarah telah memberi .mengenai sejarah lontar peluru . Walaupun lontar peluru tidak mempunyai satu sejarah atau asal usul yang tetap namun ia menjadi salah satu acara olahraga yang sering dipertandingkan dipersada antarabangsa kini. Kami juga telah didedahkan dengan beberapa teknik lontaran iaitu teknik memegang peluru dengan 3 jari dan teknik memegang peluru dengan 5 jari. Antara gaya lontaran ialah lontaran O Brien, gaya berdiri, gaya lungsuran dan gaya rangkaian sempurna. Kami juga sempat melihat demonstrasi lontaran oleh pensyarah kami . Antara elemen yang telah kami perhatikan adalah cara memegang peluru, gerakan kaki dan cara lontaran. Beberapa gambar mengenai ukuran standard gelanggang lontar peluru turut ditayangkan. Selain itu, kami juga telah mempelajari tentang peraturan peraturan dalam acara lontar peluru. Ini sudah tentunya dapat membantu kami dalam mengelolakan satu acara lontar peluru pada masa kelak.

Bulatan balingan

Teknik memegang peluru

Urutan keseluruhan

Refleksi Amali Lontar Peluru ( 17 Jan 2013)

Pada hari ini kami dikehendaki menjalankan amali bagi lontar peluru tanpa kehadiran encik. Semua guru pelatih telah tiba tepat pada masanya. Kami memulakan amali kami dengan warming up dan berlari sebanyak 2 kali sekeliling padang. Peralatan untuk lontar peluru telah kami dapatkan terlebih dahulu dari setor sukan. Malangnya, gelanggang lontar peluru yang sedia ada tidak dapat digunakan kerana lantainya yang telah becak dan licin. Jadi , kami telah mengukur dan menyediakan satu gelanggang lontar peluru dengan menggunakan skits. Oleh kerana tiada peluru 4 kg dan 5 kg kami menggunakan peluru yang beratnya 2kg dan 3.25 kg . 3 orang guru pelatih telah mengambil tempat sebagai hakim. Secara bergilir kami telah membuat latihan melontar peluru. Ukuran diambil sebaik sahaja setiap lontaran. Kami telah membuat latihan ini sepenuhmya mengikut peraturan standard yang telah kami pelajari dalam kelas teori. Sepanjang amali ini, kami telah memberi sokongan moral antara satu sama lain dan cuba membetulkan kesilapan rakan kami. Ini banyak membantu kami dalam mengeratkan hubungan sesama ahli kelas kami dan sekali gus memberi peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.

You might also like