1.0 PENDAHULUAN Pada semester ini kami telah mempelajari subjek PengantarLinguistik (BMM 3107).

Dalam pada itu kami telah dikehendaki membuat satu tugasan berkaitan tajukini. Antara aspek yang perlu dikaji ialah mengenai bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa, susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga abad ke-19 serta menganalisis tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. Perkataan linguistik pada dasarnya berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Tugasan ini sememangnya menepati perkara yang dipelajari kerana setiap aspek yang dinilai merupakan antara yang terkandung dalam bidang linguistik ini. Malah, melalui tugasan ini pelajar dapat memperdalam ilmu yang dipelajari. Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, namun subjek ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannya sahaja memerlukan daya penumpuan yang tinggiserta daya pemahaman yang kritis. Hal ini kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu meneroka susur galur linguistik itu sendiri. Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintifik. Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebih mendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyibunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yang sememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasa Melayu.

2

2.0 BIDANG LINGUISTIK Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu “lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai “langage-langue” manakala Italia menyebutnya sebagai “lingua”. Di Sepanyol, bahasa dikenali sebagai “lengua” dan “language” ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik Selain itu,

memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.

linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar. Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau „kajian ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: “The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,

comparative linguistics, and structural linguistics.”

Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidanga linguistik seperti linguistik am, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguuistik kontestual. Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi pecahan subbidang.

3

Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

Linguistik Terapan

Bidang Linguistik

Linguistik Historis

Linguistik Komparatif

Linguistik Kontekstual

4

2. Bidang ini mengkaji aspekaspek teori Ilmu linguistik secara umum. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. deskripsi. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. Selain itu. Bukan itu sahaja. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus . Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar bahasa. Linguistik ini juga bertindak sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan 5 . ejaan. Kaedah inimengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik umum disebut juga dikenali sebagai linguistik am. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. ialah terjemahan dan perkamusan. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. iaitu secara deskriptif. bentuk kata. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia.2.1 Fonetik dan fonologi Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara). Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada „fon‟ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan. bukan bunyi bahasa. iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Fonetik juga menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyibunyi bahasa tersebut. didengar dan diintepretasikan. dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Pragmatik Wacana Sintaksis Morfologi Fonologi Fonetik Rajah 2.1.1 Kedudukan fonetik dalam tatatingkat linguistik. Selain itu.1. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. baik bunyi manusia. 6 . mahupun bunyi-bunyi marginal.

F. iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. proses pemajmukan dan penggandaan. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada kata proses ialah pengimbuhan. morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Penggolongan pula menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut Abdullah Hassan (2007) dalam bukunya Linguistik Am. perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata. bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. 2. Bidang ini memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti morfologi dan sintaksis. bentuk. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur.2 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur. terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan. Parker (1974:112) mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa. Kamus Linguistik hasil penulisan Harimurti Kridalaksana (1984:61) pula menyebut fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Kajian ini dilakukan proses-proses membentuk 7 .1.Fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Bahasa merupakan satu bidang yang amat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa.

semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Asal perkataan semantik ialah daripada kata adjektif Yunani. semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. bidang sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 2.1. struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk. Secara umumnya. sintaksis dapat didefinisikan sebagai:    Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.3 Sintaksis Menurut Nik Safiah Karim (2008).1. Akmajian et. Al (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik. Dalam bidang logik. Secara ringkasnya. 8 . Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna. semantikos yang bermaksud penting atau bererti. semantik mempunyai kaitan dengan bidang pragmatik. struktur dan binaan atau konstruksi ayat.4 Semantik Menurut Palmer (1992). Hal ini kerana pragmatik mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Maklumat semantic merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Selain itu.2. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk.

benda dan keadaan dalam dunia sebenar. Sebagai contohnya. ii. Kedudukan semantik dalam ilmu linguistik dapat digambarkan seperti dalam Rajah 2.Semantik juga bermakna satu kajian yang teorikal tentang makna dalam sistem tanda. Fonetik Tatabahasa Semantik Sintaksis Morfologi 9 .1. Hubungan pada tanda-tanda itu dengan tanda lain yang juga disebut sebagai konsep. ayat „Guru Sejarah saya Puan Rini‟ menunjukkan: i.4. Hubungan pernyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsure (tanda).

membentuk bahan mengajar. Linguistik terapan bukanlah mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji bahasa secara umum seperti sifat asas mana-mana bahasa manusia. linguistik terapan memanfaatkan teori. (Abdullah Hassan. 2005) Linguistik terapan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa. linguistik terapan merupakan salah satu bidang baru yang kajian penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. deskripsi.1997) Linguistik terapan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain. menguji kemahiran bahasa. leksikografi. 2005) 10 . (Arbak Othman. (Kamus Linguistik. dan terjemahan. sains sosial. mencari satu sistem yang baik untuk mengajar kanak-kanak membaca unsur-unsur linguistik khususnya bidang fonetik. mengkaji kaedah mengajar bahasa. 1986) Ilmu linguistik terapan digunakan untuk mengkaji bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. ( Nik Hassan Basri.2. fonemik dan digunakan juga untuk menolong mengatasi masalah gagap di kalangan sesetengah penutur khasnya kanak-kanak. Linguistik terapan dapat didefinisikan kepada: Penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi. psikolinguistik.2 Linguistik Terapan Secara umumnya. dan kemanusiaan. Antara disiplin yang terdapat dalam linguistik terapan ialah integrasi sains. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menullis buku-buku teks.

dan untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.2005) Bidang linguistik merangkumi beberapa subbidang. ensiklopedia. Penterjemahan : Mempelajari bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Grafologi : Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat. Grafonomi atau Ortografi : Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. bahasa kedua atau bahasa asing mengikut pendekatan.The study of language teaching. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan. seperti:  Fonetik Terapan : Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam praktisnya. kesesuaian dan keberuntungan penulis. You will sometimes find that stylistics and comparative linguistics are treated as sub-brunches of applied linguistics. dan tesaurus. Medikolinguistik : Mempelajari bahasa untuk diterapkan dalam pengubatan. Misalnya aspek pembakuan bahasa. Pembinaan Bahasa : Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik.   Mekanolinguistik : Mempelajari bahasa yang digunakan dalam penyusunan program mekanik. Leksikografi : Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus. (Geoffrey Finch. nasib.   Perancangan Bahasa : : Mempelajari bahasa dalam konteks perkembangan bahasa. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius.      Pengajaran Bahasa : Mempelajari bahasa ibunda. 11 . kaedah dan teknik tertentu. Fokusnya pada cara penyusunan kamus. Ilmu ini juga dinamakan juga sebagai ilmu perkamusan.

Dalam bidang leksikologi pula (penelitian semantik tentang perbendaharaan kata. 2. emosi. iaitu dengan mengambil kira situasi. maksud. Sebagai contohnya.2. leksikografi disebut leksikologi terapan.2. ilmu psikologi meneliti pengalaman manusia menurut perkembangan. Ilmu ini penting untuk menentukan bahasa induk atau proto. Selain itu. linguistik deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasabahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. linguistik ini juga menghuraikan bentuk dan sistem bahasa secara empirical iaitu 12 . Linguistik ini tidak mengkaji sejarah perkembangan atau pertumbuhan bahasa Melayu sebaliknya menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif. hubungan dengan sesame manusia dan sebagainya. perasaan. Oleh itu. ilmu linguistik yang menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Walaubagaimanapun. 2.  Leksikostatistik : Ilmu yang mempelajari usia kata sejak kewujudannya dengan menggunakan rumus statistik. dapat digunakan sebagai „leksikografi‟ atau penyusunan kamus. watak. kebanyakkan ilmu dibezakan mengikut aspek teoritisnya dan manfaatnya secara praktis. Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik) : Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial. contohnya.1 Linguistik Teoritis Lazimnya. status penutur.2 Linguistik Deskriptif Linguistik deskriptif merupakan satu cabang linguistik yang menghuraikan sesuatu bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. dalam bidang kaunseling. psikologi diterapkan pada persoalan konkrit dan disebut psikologi terapan.

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. dan perubahan-perubahan sistematik. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. bahasa Jawa. 13 . bahasa Tamil. 2. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik dan diakronik. Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem seperti fonologi. Pada dasarnya. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. Linguistik hubungan pula memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. Kajian secara sinkronik merupakan satu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu manakala kajian secara diakronik pula membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. sintaksis. umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi. Linguistik deskriptif boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan sebarang bahasa yang terdapat di dunia sama ada bahasa Melayu. dan leksikon.3 Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. morfologi. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. bahasa Perancis dan sebagainya.seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. dijangka amat tetap. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.2.

Lazimnya.4 Linguistik Diakronik Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahasa (atau bahasa-bahasa) pada masa yang tidak terbatas. Kajian sinkronik bahasa mengandungi sistem yang tinggi. Bidang kajian tersebut dikenali sebagai sinkronik. 2. tetapi juga struktur bahasa tertentu tanpa memperlihatkan aspek diakroniknya. Linguistik sinkronik atau linguistik huraian adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu.  Kaedah glotokronologi Kaedah ini mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Linguistik ini juga memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa yang kadangkala selama berabad-abad lamanya. meskipun beliau banyak berkecimpung dalam kajian diakronik. sedangkan kajian diakronik tidak begitu. 14 . kajian linguistik bersifat historis dan komparatif. dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasabahasa yang lebih kurang serupa. Beliau juga menyatakan bahawa kajian bahasa secara sinkronik amat perlu.Terdapat 2 kaedah dalam linguistik perbandingan iaitu:  Kaedah leksikal massa Kaedah ini menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembanganperkembangan. Linguistik diakronik ini bertujuan untuk mengetahui sejarah struktural sesuatu bahasa beserta dengan segala bentuk dan perubahannya. beliau telah menganjurkan satu bidang kajian bahasa yang tidak hanya meneliti perkaraperkara yang historis.5 Linguistik Sinkronik Menurut Ferdinand de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique Generale.2.2. 2.

Sebagai contohnya. Perbandigan juga dilakukan untuk membandingkan bidang fonologi. ahli-ahli bahasa membanding-bandingkan ciri-ciri bahasa serumpun seperti membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. morfologi dan sintaksis antara dialek-dialek seperti dialek Kedah. Linguistik ini juga mengkaji sejarah perkamusa bahasa Melayu atau sejarah sistem ejaan bahasa Melayu dan seumpamanya. linguistik komparatif turut membuat perbandingan antara dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Terengganu. 15 . iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain sama ada dari segi fonologi. Linguistik ini juga dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif.2. mengklasifikasi dan memerikan perkembangan struktur bahasa dari dulu dan kewujudannya hingga kini. dialek Negeri Sembilan.3 Linguistik Historis Bidang linguistik historis menyelidik. menganalisis. 2. Perkara yang diutamakan dalam bidang kajian linguistik historis ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain. Lazimnya. bahasa Iban.4 Linguistik Komparatif Linguistik komparatif merupakan satu cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara perbandingan. Selain itu. Terdapat juga ahli bahasa yang membandingkan struktur bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan ayat bahasa Inggeris. bahasa Kadazan dan bahasa Murut. sintaksis dan seumpamanya. dialek Perak dengan bahasa Melayu baku. linguistik historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. bahasa Tagalog. morfologi.

linguistik evolusi.5 Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa. linguistik antropologi. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Sosiolinguistik. serta sains kognitif. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. 16 . linguistik antropologi dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksiinteraksi linguistik dengan masyarakat secara keseluruhannya. Sosiolinguistik.2. linguistik pengiraan.

Terdapat beberapa konsep dan takrif bahasa yang dipetik daripada beberapa naskhah kamus seperti: Bahasa ialah satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berturutan yang boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu.3.1 Konsep dan takrif bahasa Bahasa diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Chomsky (1957) menyatakan bahawa kecekapan berbahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.0 SIFAT-SIFAT BAHASA 3. terutamanya melahirkan perasaan. Proses komunikasi berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. (Oxford University Press) 17 . Lambang-lambang yang diujarkan mempunyai makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. (The American Heritage Science Dictionary) Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. Bloch dan Trager (1942) mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. iaitu membantu manusia untuk menyampaikan percakapan. Antara fungsi bahasa yang paling ketara ialah sebagai alat komunikasi. pemikiran dan memberikan arahan. buah fikiran dan maklumat kepada orang lain. cara ini juga pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan asal-usul manusia dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum tertentu.

Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan teks bertulis atau lisan. Bahasa juga melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik. (Etymology Dictionary) 18 .Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional.

3.2 Huraian Sifat Bahasa

bahasa sebagai sistem bahasa itu bervariasi bahasa sebagai lambang

bahasa itu dinamis

bahasa adalah bunyi

Sifat Bahasa

bahasa itu universal

bahasa sebagai alat komunikasi

bahasa itu unik

bahasa bersifat arbitrari

19

3.2.1 Bahasa sebagai sistem Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Setiap bahasa

mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis. Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai sistem, namun sistem setiap bahasa mempunyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Sebagai contohnya, jika diminta untuk menerangkan struktur bahasa Melayu, kita mungkin tidak dapat menerangkan peraturan dan strukturnya dengan terperinci. Walaupun begitu, kita masih mengetahui dan menerangkan strukturnya secara automatik. Hal ini dapat dirumuskan bahasa setiap bahasa itu bersistem dan apabila bertutur, secara automatik kita dapat menyusun struktur bahasa dengan betul. 3.2.2 Bahasa sebagai lambang Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbol atau lambang untuk menerangkan sesuatu. Kemudian, manusia menggunakan

kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi yang sistematik disusun secara berurutan untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. Contohnya, simbol # mempunyai pelbagai nama yang mengelirukan mengikut tempat seperti simbol ukuran berat – Amerika, simbol pound iaitu mata wang – British dan sharp – dalam muzik.. Lazimnya, simbol ini disebut hash. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol yang digunakan merujuk kepada perkataan atau ungkapan yang membentuk simbol tersebut

20

3.2.3 Bahasa adalah bunyi Menurut Kridalaksana(1983:27), bunyi adalah kesan pada pusat saraf sebagai akibat dari getaran gendang telinga yang bertindak balas kerana perubahan-perubahan dalam tekanan udara. Bunyi bahasa atau bunyi ujaran (speech sound) adalah satuan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia yang terdapat dalam fonetik dikenali sebagai “fon” dan dalam fonemik sebagai “fonem”. Oleh itu, bahasa adalah bunyi bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan menghasilkan bahasa. Bunyi bahasa adalah lambang-lambang yang

dikonsepsikan melalui pendengaran. Tulisan pula bukanlah merupakan bahasa, tetapi tulisan merupakan pemetaan pertuturan.

3.2.4 Bahasa sebagai alat komunikasi Komunikasi merupakan satu bentuk tingkah laku sosial dan untuk memenuhi keperluan tersebut mereka yang berkomunikasi perlu menguasai beberapa perkara seperti bagaimana hendak menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri pembicaraan, mencelah perbualan dan mendapatkan penjelasan lanjut. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan dan tulisan. Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi menitikberatkan beberapa faktor seperti:   Penutur - Penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesej penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar. Pendengar – pendengar yang berbeza seperti rakan, ibu bapa, orang tua serta yang berbeza status atau mempunyai gelaran akan membuatkan ujaran yang sama ditafsirkan secara berbeza.   Latar belakang/ komunikasi – hal ini termasuklah masa, tempat, situasi dan hubungan antara penutur dengan pendengar. Topik pembicaraan – topic yang dibicarakan perlu mudah difahami oleh pendengar supaya adanya tindak balas komunikasi.

21

3. dalam bahasa Sepanyol disebut caballo. Sifat arbitrari inilah yang menyebabkan bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang dapat dilihat. sebaliknya makna sukar dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol tersebut. maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasa Melayu dan bukanlah bahasa Cina.2. apabila ditunjukkan gambar seekor kuda. Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita pelajari secara tidak langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Sebagai contohnya. Dalam bahasa Melayu kita akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut. jika seorang bayi Cina yang sejak kecil dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Melayu.6 Bahasa bersifat unik Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat. Contohnya. bahasa Perancis membunyikan sebagai cheval dan bahasa Jerman menyebutnya sebagai pferd. iaitu bukanlah seperti mewarisi ciri-ciri fizikal keluarga. susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.5 Bahasa bersifat arbitrari Bahasa bersifat arbitrari bermakna tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyibunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Sebaliknya dalam bahasa Inggeris. Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memperolehi bahasa itu. 22 . Semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur tetapi mempunyai huraian yang tersendiri.2. 3. kuda disebut sebagai horse. Contohnya dalam Bahasa Melayu jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang berbeza.

23 .2. terdapat lapan ciri yang berkaitan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia ini. membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. ii. Menurut Anderson (1972). struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa itu lazimnya tidak akan berubah. viii. iaitu: i. Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain mempelajari manamana bahasa di dunia ini. vi. iv. Walaupun begitu.7 Bahasa itu universal Setiap bahasa mempunyai sifat sejagat atau universal yang bermaksud sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja.3. vii. v. Secara alamiah. Bahasa merupakan satu sistem Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran Bahasa terdiri daripada lambang-lambang yang arbitrari Bahasa terbina daripada kebiasaan Bahasa merupakan alat perhubungan Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat bahasa itu dituturkan Bahasa sentiasa berubah-ubah Bahasa mempunyai sifat khas dan unik 3. bahasa berpotensi untuk berbeza dan beraneka.8 Bahasa itu dinamis Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang. iii. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa.2. Sifat bahasa sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan beinteraksi dengan manusia yang lain.

3.9 Bahasa itu bervariasi Bahasa bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi suatu bahasa itu. Maksud bervariasi juga adalah sesuatu bahasa mempunyai dialek yang pelbagai diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam suatu bidang ilmu.2. istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu. Kepelbagaian itu termasuklah cara dan gaya mengajarkannya. 24 .

Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates.4. zaman Iskandariah. Walau bagaimanapun. zaman Peralihan (Renaissance). ekonomi. kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India.Tamadun Yunani merupakan satu bumi ini. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu 25 . Dalam sejarah ilmu linguistik. zaman India. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. zaman Arab. zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah. budaya dan politik. zaman pertengahan. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani. golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah tamadun orang-orang Yunani. Kehebatan tamadun ini terawal yang wujud di atas muka merangkumi semua aspek seperti bahasa. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. zaman Rom. iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini.

Antara perkara-perkara yang disentuh mereka adalah soal-soal mengenai asal usul perkataan. Akibatnya. keterangan-keterangan tentang gejala bahasa dan huraian-huraian mengenai bahasa yang dilandaskan kepada bahasa bertulis. Falsafah bahasa bermula zaman pra-Socrates. Dalam pengkajian tentang bunyi. dan harus dipatuhioleh setiap pemakai jika mereka inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu fasafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. iaitu Cratylus. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa. iaitu antara kumpulan analogis yang mempecayai bahawa bahasa bersifat alamiah. bahasa itu dianggap tetap dan tidak boleh berubah-ubah. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau 26 . Plato (427-347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidiki bahasa sebagai satu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog. Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristostle. budaya dan politik. iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. dan logis dengan kumpulan anamolis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Dialog Cartylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya.4.1 Zaman Yunani Dalam sejarah linguistik. Tamaduan Yunani merupakan satu pengkajian bahasa terawal yang wujud di atas muka bumi ini. orang-orang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah. lalu tidak harus pula diperbaiki kerana bahasa mereka itu sudah sempurna dan termulia. iaitu murid Plato. Dengan menggunakan bahasa tulisan sebagai dasar dan sumber penghuraian. ekonomi. maka huraian-huraian mereka terlalu dipengaruhi oleh keangkuhan mereka dengan kemegahan falsafahnya bahawa bahasa Yunani bertulis itu adalah termulia dan semuelajadi. maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa bahasa ialah orang-orang Yunani. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum Masihi.

Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. iaitu pertuturan.2 Zaman Iskandariah Zaman Iskandariah bermulapada abad ketiga tahun Masihi. betul dan murni. tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Aristostle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. 4. namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan. ganti nama dan kata depan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum Masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani. iaitu kata penghubung. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristostle ialah fungsi bahasa sebagai alat. Alexanderia adalah satu daripada tanah jajahan Negara Yunani yang sejak permulaan abad ke-3 telah berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik. iaitu berdasarkan persutujuan masyarakat. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia. berbanding dengan bahasa Koloquil 27 . Para sarjana turut memperkenal bidang sintaksis. khususnya untuk retorik dan puisi. iaitu ayat yang merupakan satu unit deskripstif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya suatu kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan dalam teks mereka dikatakan suatu yang paling tulin.konvensyen. Beliau juga menyelidiki tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. participal.

mereka sehari-sehari. sarjana Iskandariah adalah golongan analogis dan penyelidikan mereka mengenai keseragaman dalam bahasa telah menyebabkan mereka menubuhkan pola-pola fleksi. Sarjana-sarjana Iskandariah tidak membuat pembaharuan dalam hal ini. Pada masa ini belum ada lagi usaha untuk memberikan perbezaan yang konsisten antara bunyi-bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi-bunyi itu. Buku nahu yang ditulis oleh Dionysius Thrax. komprehensif dan sistematik pernah diketahui tercetak di Eropah Barat. 4. bahasa yang bertulis oleh orang-orang Attik adalah lebih sempurna dan tulin daripada bahasa pertuturan mereka ketikaitu. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem 28 . iaitu Techne. Berbeza dengan sarjana Stoik.Tatabahasa tradisional Yunani itu dikatakan telah dikodifikasikan. melainkan jika dibandingkan dengan bahasa orang-orang Iskandariah yag buta huruf pada ketika itu. adalah satu-satunya yang paling baik.3 Zaman Rom Orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Malahan. tetapi hanyalah melanjutkan sahaja usaha-usaha seperti ini oleh orang-orang Yunani. Anggapan serupa ini tidak sekali-sekali betul melainkan jika kita merujukannya kepada suatu bentuk bahasa yang dipilih sebagai paling standard. Bahasa Plato yang dikatakan bahasa Yunani yang sempurna dan tulin itupun tidak seluruhnya benar. Istilah tatabahasa yang diamalkan oleh orang-orang Yunani selama ini sebenarnya berpokok kepada bahasa bertuli. Apa yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Iskandariah adalah melanjutkan usaha ahli tatabahasa Stoik. Hubungan di antara bahasa tulisan dengan bahasa yang dituturkan sebenarnya erat sekali. Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.

Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan pengkajian tatabahasa zaman Roma. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang tatabahasa tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani sebelum darinya. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. kasus. jelas sekali terlihat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian tentang bahasa Latin. persamaan yang dikatakan hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan. 29 .bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Cuma yang berbeza adalah dari segi bahasa yang dikaji itu sahaja. bahkan juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa. Usaha-usaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah diakukan khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah dibuat terhadap bahasa Latin. sistem kala. pusat pengajian berpindah ke Rom. Setelah runtuhnya zaman Iskandariah. manakala orang-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh oran-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani terhadap bahasa yang dikaji oleh mereka itu. Pengaruh orang-orang Iskandariah dan Stoik misalnya. nombor. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat pengkajian orang-orang Yunani seperti Aristostle. Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaianterhadap bahasa.

Appolonius Discollus Beliau mungkin merupakan orang yang pertama sekali bertanggungjawab dalam mengkodifikasikan bidang sintaksis dengan bergantung kepada hasil kajian orangorang Yunani yang terdahulu. di samping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kedua-dua jenis utama tadi. Sebenarnya. Beliau dikatakan telah banyak menerima pengaruh daripada penghuraian tatabahasa Yunani yang telah dilakukan oleh Dionysius Thrax.T. 30 . Selain dari itu. Mereka itu ialah Appolonius Discollus. Appolonius telah melakukan kajiannya dengan berdasarkan kepada bahan yang terdapat di dalam Techne oleh Thrax dan bahan-bahan pemerhatian yang telah dilakukan oleh penulis-penulis yang lebih dahulu dalam bidang sintaksis. Dengan kata lain. Varro dan Priscian. pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan di zaman Roma ini. apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma itu hanya mengubahsuai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin.Dalam zaman ini juga. khusunya dalam bidang tatabahasa tradisional. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyak membuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik. pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga. Antara yang menarik menngenai kerja-kerja Appolonius ini adalah usahanya menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama atau ganti nama dengan kata kerja. M. Appolonius dengan tegas telah menubuhkan penghuraian sintaksisnya dengan berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja. beliau merupakan ahli tatabahasa yang benar-benar menyedari akan hakikat penggolongan perkataan-perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian.

Dalam bidang morfologi. Varro (116-27 SM) Varro hidup semasa dengan Thrax. Priscian bergantung dengan banyaknya kepada usahausaha Thrax dan Appolonius khususnya dalam bidang penggolongan perkataan dan penentuan perkataan-perkataan kepada jenis-jenisnya. tetapi dalam bidang masalah-masalah linguistik beliau telah dianggap sebagai ahli tatabahasa yang paling tulin dalam kalangan bijak pandai bahasa Latin. Varro merupakan seorang penulis tatabahasa yang bebas dan asli mengenai beberapa aspek dan pegangan linguistik bahasa Roma. bahkan hingga sekarang. Varro berpendapat bahawa bahasa adalah seragam. Dalam pada itu. beliau juga menyedari kontroversi bijak pandai Stoik dan Iskandariah. Princian (500 TM) Hasil kajian beliau yang diberi namanya Institutiones gramaticae telah diterima sebagai suatu yang standard untuk beberapa lama. Varro telah menghuraikan beberapa kategori tatabahasa yang tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani yang terdahulu. Anomalia yang bermaksud „tidak seragam‟ merupakan istilah teknikal yang kerap dipakai dalam tatabahasa dalam kalangan kepada jenis-jenisnya. Dalam banyak hal. Di sinilah letaknya keaslian dan ketulinan beliau dalam penghuraian tatabahasa Latin itu.M. Oleh yang demikian. Dalam pada itu penghuraianya terhadap tatabahasa tradisional Latin itu dikatakan tidak konsisten. bahkan diterima sebagai satu yang standard untuk beberapa lama. cara penghuraian beliau pernah dikritik sebagai tidak menarik. 31 . Beliau telah banyak terpengaruh dengan pemikiran orang-orang Stoik.T. Dia berpendapat yang ahli anomali adalah salah faham kerana tidak melihat seragaman bahasa yang semulajadi. Priscian menggunakan perkataan analogia untuk maksud unsur-unsur fleksi perkataan-perkataan yang seragam. malahan kriteria yang dipakai bercampur-aduk antara yang formal dengan bersifat semantik.

4 Zaman Pertengahan Zaman Pertengahan juga dikenali zaman Renaissance. mahupun penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dibuat oleh Priscian pada umumnya. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. kelainan logka dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Bahasa pada era ini juga teori sebab musabab. 32 . beliau telah menyentuh antara lain soal-soal pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi dan sebagainya. penghuraian beliau itu adalah kurang memuaskan jika dibandingkan dengan kajian yang telah diakukan oleh Varro. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan imu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti suesuatu bahasa. Bidang fonetik melampaui kajian mengenai suku kata yang dikatakan unit yang boleh dituturkan dalam satu hembusan nafas. 4. Antara perkara-perkara yang dikaji dengan baiknya oleh beliau termasuklah penjenisan bunyi-bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan itu.Fikiran dan pandangan Varro mengenai pembahagian perkataan-perkataan Latin. Golonan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Dalam bidang morfologi pula. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. tatabahasa Priscian yang mengandungi 18 buah buku yang diterbitkan hingga hari ini dapatlah dianggap sebagai kajian grammarian orang-orang Roma yang representatif. Dalam bidang morfologi.

Sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja-kerja analisa tentang bahasa Latin khususnya mengenai tatabahasanya. Kajian-kajian mereka mengenai tatabahasa itu masih ini sebagai tatabahasa tradisional. Bahasa Latin pada ketika itu merupakan bahasa pengantar asing dalam bentuk tulisan. kedudukan bahasa Latin tetap kita akui sebagai suatu faktor yang penting dalam perkembangan taabahasa semua bahasa di dunia. Dalam abad pertengan orang-orang Eropah. mencurahkan minat mereka terhadap bahasa Latin semula. Pandangan mereka terhadap sifat-sifat bahasa yang dikatakan universal itu sebenarnya tumbuh kerana kedudukannya bahasa Latin itu sendiri yang dianggap sempurna dengan mengenepikan taraf bahasa-bahasa vernikular yang jikapun ada pada ketika itu. yang kita anggap selama ini sebagai tatabahasa tradisional.Bahasa Latin tetap mengambil tempat yang terpenting sebagai alat yang dipakai dalam seluruh sistem pendidikan di zaman ini bahasa Latin yang telah terpakai sebagai bahasa pengantar untuk semua bidang perhubungan dalam kebudayaan. iaitu yang menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah.Kajian-kajian mereka mengenai tatabahasa itu masih memberikan pertimbangan-pertimbangan falsafah yang digalurkan kepada kajian bahasa Segala ramalan-ramalan mereka mengenai bahasa yang kita anggap tidak benar adalah sebenarnya benar pada zaman itu sekalipun tidak muasabah pada masa ini. dipengaruhi oleh bahasa Latin. iaitu termasuk sebagai bahasa pengantar yang mesti dikuasai oleh semua pelajar-pelajar di sekolah. Dalam pada itu. adalah didasarkan kepada tatabahasa Priscian dan Donatus. 33 . iaitu termasuk sebagai bahasa penantar untuk semua bidang perhubungan dalam kebudayaan.

Erasmus (1513) telah menerbitkan satu kajian mengenai sintaksis bahasa Latin iaitu dengan berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Donatus itu. tatabahasa merupakan satu alat panduan bagi memahami kesusasteraan kesusasteraan dan menuliskan bahasa Latin yang baik dan bermutu. pengkajian terhadap bahasa-bahasa vernikular telah mula berkembang dengan pesat dan jumlah tatabahasa semakin bertambah. Jerman. kajian mengenai tatabahasa pada zaman ini. Kebanyakan tatabahasa yang dihuraikan pada zaman ini bersifat spekulatif.5 Zaman peralihan (Renaissance) dan Selepasnya Pada zaman ini. Scandinavia dan bahasa Ghotik. Pada zaman ini telah bermula minat ahli bahasa vernacular dan tatabahasatatabahasa vernikular telah banyak diterbitkan. baik di sekolah-sekolah mahupun di university masih bersifat tradisional. Antara kerja-kerja ini termasuklah kajian mengenai catitan-catitan purba bahasa Inggeris dan hubungannya dengan bahasa Fristian. Tatabahasa normatif kemudiannya disuburkan kembali di Perancis (abad ke-17) oleh guru-guru di Port Royal. Belanda. yakni sesudah terciptanya De vulgaria eloquenta oleh Dante. Bahkan konsep-konsep tradisional telah diperluas kepada bahasa-bahasa di Eropah. akademi ini telah menerbitkan karangan yang paling terkenal iaitu Grammaire generale et raisonnee (tatabahasa umum berurai) dengan tujuan untuk memperlihat bahawa struktur bahasa itu merupakan hasil daripada sebab musabab. Kerja ini telah dilaksanakan oleh Franciscus Junius (1589-1677) yang kemudiannya disambung usahanya ini oleh Geoge Hickes (1642-1715) yang telah menerbitkan tatabasa Gothik dan Anglo-Saxon. Zaman peralihan telah banyak menarik minat ahli-ahli bijak pandai melakukan kahian terhadap catatan-catatan bahasa mereka yang lebih tua. Dengan mulanya zaman peralihan dan sesudahnya.4. 34 . Pada umumnya. Pada tahun 1660.

terdapat perkembangan yang penting dalam zaman ini. Dalam pada itu. Tradisi Yunani dan Roma mempengaruhi penghuraian Eropah yang lain-lain. Kesemua nahu Eropah dan bukan Eropah seperti Armenia. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan perkataan dalam bahasa Arab. kerja-kerja menyelidiki bahasa telah dijalankan oleh paderi-paderi di gereja-gereja dengan penumpuan diberi kepada perkembangan perkataan-perkataan. merangkumi penghuraian fonetik yang agak lengkap dengan tujuan mengekalkan pengucapan al-Quran dengan betul.4. Al-Masri dan lain-lain.6 Zaman Arab Dengan runtuhnya zaman Roma. Eropah pada waktu itu mengalami sejarah gelap dan ilmu linguistik terus berkembang melalui sumbangan-sumbangan daripada ahli-ahli bahasa dalam sejarah Islam seperti Al-Khalil di Basrah. Pada mulanya minat mereka tertumpu dalam bidang perbendaharaan kata. Dalam bahagian tatabahasa. Sejarah gelap yang melanda Eropah dalam zaman pertengahan menyebabkan kegiatan-kegiatan dalam hidup ilmu linguistik menjadi terhad. Syria. maka mereka melanjutkan kerja-kerja mereka dalam bidang leksikografi sehingga dapat mereka menerbitkan kamus yang lengkap dan memuakan dalam bhasa Arab. 35 . Kajian mereka sudah agak maju. mereka telah menggunakan dasar paradigm dalam analisa bahasa. Hebrew dan Arab dipengaruhi oleh tradisi Yunani-Latin. Dalam masa inilah ilmu linguistik berkembang di Negara Arab dengan agak pesat. perkembangan ilmu linguistik berpindah ke Baghdad iaitu pusat pengajian tinggi zaman Islam. Bahasa Hebrew juga telah dopengaruhi oleh buku ini melalui tatabahasa Arab. Buku tatabahasa yang ditulis oleh Thrax dan Techne diterjemahkan ke dalam bahasa Syria yang dikatakan mempunyai pengaruh langsung terhadap bahasa Arab yang pada mulanya dipengaruhi oleh bahasa Syria terjemahan daripada buku tatabahasa tradisi Yunani-Latin Thrax.

Panini tidak sahaja mengkaji teks agama. iaitu seawal lebih kurang 300 SM. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Kitab ini diterbitkan kembai di Eropah oleh Otto Bohtlingk dalam abad ke-19. di mana sekurang-kurangnya tradisi inilah yang telah membawa perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah dalam abad ke-18.7 Zaman India Zaman India pula telah menggunakan bahasa Sanskrit dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada imu linguistik. yang dianggap paling lengkap berbanding dengan hasil tatabahasa India yang lain mengandungi lebih kurang seribu makalah yang masih lagi tersimpan jelas memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistikstruktural oleh orang-orang Hindu. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Hasil Panini (kira-kira kurun ke-4 SM). akan tetapi isinya sudah diketahui lebih dahulu daripada naskah India. tetapi juga bahasa sebutan kontemporari yang diketepikan oleh orang-orang Yunani. bahkan juga morfologi. mereka telah menggunakan simbol-simbol dan singkatan-singkatan dalam penghuraian tatabahasa Sanskrit mereka sehingga perkara-perkara ini begitu mempengaruhi sarjana-sarjana Barat di Eropah. Dalam bidang morfologi. Mereka telah pun memulakan kerja-kerja yang melibatkan penyusunan rumus-rumus yang teknikal sifatnya pernah dibuat sebelumnya. Mengetahui tatabahasa Sankrit Panini itu. 36 . Selanjutnya. Pengetahuan linguistik atau tradisi tatabahasa di India adalah lebih awal dari yang diketahui berlaku di Yunani. demi kepentingan ekonomi ruang.4. morfologi dan sintaksis. Kajian yang telah dibuat adalah mengenai bahasa Sanskrit. iaitu bahasa suci yang terpakai dalam kitab sucinya Rig-Veda. Ahli bahasa India melebihi kejayaan ahli tatabahasa linguistik Yunani dan Roma dalam bidang bukan sahaja fonetik. maka sikap ahli-ahli bahasa Eropah terhadap bahasa turut berubah. khususnya tentang struktural kata dengan tujuan mengekalkan penggunaan bahasa agama yang murni. Tradisi linguistik India tidak pula kurang pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu linguistic moden.

Pendek kata. Pendekatan yang agak objektif dan saintifik terhadap pengkajian bahasa bermula dengan pengaruh zaman baru yang diterokai melalui pengkajian ilmu anthropologi dan sosiologi. Ahli-ahli linguistik dalam abad ke-19 telah terpengaruh dengan pendekatan bidang ini dalam pengkajian bahasa kerana pendekatan yang dibuat dalam ilmu kemasyarakatan itu adalah berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata. 4.8 Zaman Linguistik Perbandingan (komparatif) Sejarah perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke-19. Ahli anthoropologi dan sosiologi seperti Dirkhymes. Von Humboldt dan lainlain adalah orang-orang yang mengkaji ilmu kemasyarakatan dengan berdasarkan bukti-bukti yang dapat dipertanggungjawabkan. iaitu bidang yang menkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. Penemuan dengan huraian yang lengkap tentang bahasa Sanskrit itu telah membuka jalan kepada bidang baru dalam sejarah ilmu linguistic iaitu ilmu perbandingan bahasa. ahli tatabahasa Hindu telah banyak mengajar orang-orang Eropah cara-cara menganalisa bentuk-bentuk bahasa yang memerlihatkan kesamaan tertentu antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Malinowski. yang penting sekali ialah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik mahupun struktur tatabahasanya antara beberapa bahasa yang dibanding. Kesedaran telah mulai timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan antara bahasa-bahasa yang berhubungan yang telah melahirkan bahasa-bahasa di dunia. Kajian bahasa dalam kurun ke-19 memperlihat kegiatan-kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa. Sebagai contoh persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah talah membuktikan kekeluargaan golongan bahasa-bahasa Indo-Eropah. Dalam usaha ini. Ilmu perbandingan bahasa adalah cabang ilmu linguistik yang mengadakan perbandingan antara bahaa-bahasa. Tujuannya tidak lain adalah untuk mencari dan 37 .

Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpum yang sama. 38 . 4. Bantu. Austroneis. Hasil daripada kajian mereka itu terdapatlah rumpun-rumpun bahasa sedunia.9 Zaman Moden Zaman ini dikatakan sebagai permuaan kepada linguistik moden. TibetoChina. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok. perubahan-perubahan itu sebenarnya perbezaan-perbeaan bunyi yang berlainan itu sebenarnya dapat diterngkan melalui hukum-hukum bunyi. Japhetit dan lain-lain yang masing-masing rumpun itu mempunyai golongan bahasa yang kecil. Austro-Asia. Kesan daripada ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Jika sesuatu bahasa tergolong kepada satu rumpun tertentu yang sama. antaranya termasuklah bahasa-bahasa rumpun Indo-Eropah. linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha kea rah menentukan rumpun-rumpun bahasa di dunia melalui perbandingan. Pada umumnya. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. ciri-ciri persamaan tetap ada pada sekumpulan perkataan yang menjadi dasar bahasa itu dengan bahasa-bahasa lain yang tergolong ke dalam keluarga yang sama. berimbuhan dan bahasa berfleksi.menentukan kekerabatan antara bahasa-bahasa. Sekalipun telah berlaku perubahan sebagai akibat pemisahan oleh batas geografi dan sebagai akibat pemisahan oleh batas geografi dan sebagaiya. iaitu sekitar abad ke19. iaitu antropologi dan sosiologi. Pada peringkat permulaan zaman ilmu perbandingan ini. Hokum baru mula wujud yang dikenali sebagau hokum R-G-L dan R-D-L. iaitu bahasa berisolasi. bidang ini merupakan ukuran yang paling tepat bagi menentukan pertalian antara bahasa-bahasa yang sekeluarga. kajian lebih banyak ditumpukan pada bidang fonetik kerana inya. Hamito-Semit. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. Finno-Ugrla.

Dengan kata lain. Kajian ini berminat khususnya kepada „keadaan‟ bahasa pada satu masa dan mengenepikan sama sekali proses-proses yang terlibat dalam menubuhkan „keadaan‟ bahasa itu sendiri pada masa-masa lampau. iaitu yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau itu sehingga terhasilnya bentuk buku dengan nama Course in General Linguiscs itu. yang wujud sebagai satu „keadaan‟ pada sesuatu masa yang tertentu. Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistic diakronis. Ketokohan beliau sebagai „bapa ilmu linguistik moden‟ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa cara moden. beliau telah mengemukakan bahawa linguitik deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistic historis dan masing-masingnya menggunakan pendekatan yang berlainan dalam usaha menganalisa bahasa.Sejarah perkembangan linguistik zaman moden abad ke-20 pula memberi penekanan kepada „linguistik deskriptif‟. Penekanan ini tidak lain adalah merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah.Antara lain. Dalam sejarah ilmu linguistik moden. menghuraikannya tanpa sebarang pertimbangan diberi dari segi sejarah perkembangan yang dilaluinya. lenguistik sinkronis bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu waktu yang tertentu. Oleh yang demikian. abad ke-20 lebih dikenali sebagai zaman linguistik deskriptif. Seorang ahli bahasa mengumpulkan contoh-contoh yang terdapat pada suatu masa. Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup. Bukunya ini merpakan daya usaha murid-muridnya juga.Tokoh yang mula-mula sekali memperkenalkan teori deskriptif ialah Ferdinand de Sassure yang telah menjadi terkenal dengan hasilnya „Cours de linguistique generale’ yang telah diterbitkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1915 dan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin pada tahun 1959. iaitu bidang yang mempelajari perkembangan 39 . Ferdinand de Saussure adalah orang yang pertama yang telah mengasaskan ilmu linguistik moden. beliaulah orang yang pertama mengemukakan malahan menekankan tentang pentingnya tinjauan megenai bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza iaitu kajian sinkronis dan kajian diakronis.

Dengan kata lain. 40 . di samping berusaha mencari dan merekonstruktursi bahasa induk yang daripadanya berbagai bahasa itu diturunkan.yang dilalui oleh bahasa melalui masa. Linguistik lomparatif-historis bertugas antaranya membandingkan berbagai bentuk bahasa yang berkerabat. perubahanperubahan bahasa dan sebagainya. linguistik diakronis bermaksud kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa. Linguistik diakronis pada hakikatnya merupakan kajian yang merangkum linguistic perbandingan (komparatif) dan linguistik sejarah atau salah satu daripanya.

Tuntasnya. hanya terdapat dua teori sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam pengajaran bahasa. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran bahasa berlaku dan menghasilkan beberapa teori. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga ( 1996:87 ) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari. 1984 : 2 ). linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau „belajar ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews 1997). Tetapi. Teori-teori ini ialah teori mekanis yang mewakili aliran behaviorisme dan teori mentalis yang mewakili aliran kognitif. yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. 41 .5. Selain itu.0 TEORI BAHASA Dalam berbagai kamus umum. teori bahasa ialah segala pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa ( Abdullah Hassan. Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah bergantung pada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran.

Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ia menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga. Mengikut teori ini. Penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Selain itu. Selain itu. Dari segi pembelajaran bahasa. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Apa yang perlu dikaji ialah proses yang terjadi di dalam otak dan saraf yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. terdapat dua bahagian penting iaitu bahagian pertama ialah kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi. Selain itu. mata dan lain-lain alat pancaindera. teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. kerana sesuatu yang tidak dapat difahami adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Teori ini juga menyatakan bahawa kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi adalah satu percubaan hipotesis. Teori mentalis mengutarakan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa kerana telah dilengkapi oleh peranti pemerolehan bahasa ( Language Acquisition Device ) atau LAD dan perkara ini adalah semula jadi.5. semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik.1 TEORI MENTALIS Teori mentalis menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran. pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. teori ini menganggap pengetahuan seseorang pelajar tentang struktur-struktur bahasa yang hendak dipelajari itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini memudahkan pembelajaran bahasa itu. aspek pemikiran. dalam proses penguasaan bahasa. 42 . Teori ini sangat menegaskan „makna‟ dan proses-proses yang tersembunyi yang terlibat dalam penghasilan bahasa.

Aziz Abd. Soalan yang diutarakan ialah adakah kuantiti cecair itu masih sama apabila aras air yang diperhatikan telah berubah.kanak boleh dibahagikan kepada empat peringkat ( Abd. Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya mampu berfikir secara konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal.sensori iaitu bermula umur 0 hinggalah dua tahun.1.5. pola pemikiran murid boleh ditentukan dengan menganalisis respons mereka terhadap soalan yang melibatkan manipulasi bahan biasa. 2000). Pada tahap ini kanak-kanak mula matang dan mampu berfikir secara logik untuk menyelesaikan masalah termasuklah masalah secara abstrak. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit namun kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik. Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun. Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua hinggalah tujuh tahun. Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin meluas. Perlakuan kanakkanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor ( fizikal). Contohnya. 43 .1 Teori Perkembangan Kognitif : Jean Piaget Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Mengikut Piaget. Perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun. manipulasi bahan yang berubah bentuk seperti menuang cecair dari sebuah bikar ke dalam tabung uji. Peringkat pertama melibatkan tahap motor . Talib. Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15 tahun. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak.

iaitu operasi pemikiran formal seperti membuat kesimpulan. Apabila umur murid meningkat iaitu 11-12 tahun. Perkara ini boleh menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. Dalam peringkat ini. Kemajuan besar dalam perkembangan kognitif kanak-kanak semasa berumur 6 atau 7 tahun ialah memahami konsep keabadian. iaitu kebolehan memikirkan bentuk yang telah diubah boleh berbalik semula ke bentuk asal. rumusan dan hipotesis. murid cuba mengurangkan penggantungannya kepada pengalaman konkrit untuk menyelesaikan masalah yang bersifat abstrak. Perubahan proses pemikiran daripada operasi pemikiran konkrit kepada pemikiran formal melambangkan kemajuan dalam pemikiran dan kebolehan menyelesaikan masalah.Pandangan kanak-kanak dalam apa yang dikatakan masa pemikiran instuisi ( 47 tahun ) akan dipengaruhi oleh kesan persepsi. Melalui pencapaian kognitif ini. 44 . pencapaian kognitif yang dapat dikuasai oleh murid ialah kebolehan menyelaraskan hubungan . Oleh sebab murid terpengaruh dengan tingginya cecair dalam bekas yang sempit. iaitu kebolehan membuat perhatian terhadap dua aspek persepsi dalam satu masa. murid tidak perlu menjalankan tindakan fizikal yang menghasilkan perubahan yang berbalik itu. Selain itu. murid dapat membuat pembalikan. mereka mengandaikan bahawa terdapat lebih banyak cecair di dalamnya. Murid itu dikatakan telah memulakan pemikiran yang agak kognitif. Murid itu tidak dapat membuat hubungan antara perubahan dalam satu dimensi dengan dimensi yang lain. Pada peringkat umur ini. iaitu kuantiti masih sama walaupun perubahan persepsi berlaku pada bentuk. sistem pemikiran operasi konkrit berkembang sepenuhnya.

justeru itu pembelajaran dan penyelesaian masalah melibatkan penerokaan pelbagai alternatif. Jika ia terlalu mudah. Sekuen (Turutan) dan Peneguhan ‟. Selain itu. ahli psikologi ini memberi penekanan kepada proses induktif di mana aktiviti pembelajaran yang bermula daripada pemerhatian yang umum dan menjurus kepada pemerhatian yang spesifik. seseorang guru harus menyajikan masalah yang sesuai dari tahap kesukarannya untuk merangsangkan motivasi intrinsik untuk menggiatkan penerokaan. Motivasi intrinsik berkait rapat dengan naluri ingin tahu seseorang individu. Fasa penggiatan di mana untuk menggiatkan penerokaan. Oleh itu.5. Beliau lebih mengutamakan motivasi intrinsik daripada ekstrinsik. 45 . Sesuatu penerokaan haruslah dikekalkan setelah dimulakan. beliau mementingkan pemikiran intuitif. pengekalan dan arahan. mereka hilang minat dan jika terlalu sukar akan menyebabkan kekeliruan. Bruner juga menyarankan satu sistem pengekodan di mana manusia membina susunan berhierarki terhadap sesuatu kategori yang terlibat iaitu pembentukan konsep dan pencapaian konsep. Struktur .2 Teori Pembelajaran Penemuan : Jerome Bruner Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas dan berpandu atau latihan penyiasatan. Dari perspektif pembelajaran pula. ini dikenali sebagai fasa pengekalan dan melibatkan proses meyakinkan kanak –kanak bahawa penerokaan tidak berbahaya atau menyakitkan. Motivasi intrinsik terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa penggiatan.1. Bruner menggalakkan kanak – kanak berfikir secara logik dan membuat ramalan. Teori pembelajaran Bruner terdiri daripada empat prinsip utama iaitu „Motivasi. Prinsip motivasi menetapkan syarat – syarat yang membolehkan seseorang belajar iaitu persoalannya ialah tentang apakah pemboleh ubah penting yang membantu dalam memotivasikan seseorang untuk belajar. kreatif serta analitis. kanak – kanak perlu menghadapi sesuatu asas ketidaktentuan.

Contoh. Contohnya. Faktor ini berkait rapat dengan pendapat Bruner bahawa seseorang individu memiliki tiga peringkat untuk mencapai kefahaman. Misalnya. sebarang pengetahuan boleh disusun dengan cara tertentu yang membolehkan penyampaiannya difahami oleh hampir semua pelajar. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperoleh pengertian. Maka.Arah adalah penentu penerokaan yang bermakna. 46 . Faktor Kaedah Penyampaian.4 tahun. kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Peringkat pertama iaitu Enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Pada peringkat ini digunakan kepada kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringkat pembentukan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. ekonomi dan kuasa. Fasa arahan memberi penerokaan terbimbing supaya kanak – kanak tahu matlamatnya dan kedudukan mereka berbanding dengan matlamatnya. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. adalah punca utama mengapa guru tidak berjaya menyampaikan maklumat –maklumat yang hendak disalurkan. Struktur sesuatu pengetahuan mencakupi tiga aspek utama iaitu kaedah penyampaian. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Prinsip ini menyarankan bahawa dalam semua bidang mata pelajaran. menurut Bruner. guru harus mengurus dan tingkatkan motivasi tersebut supaya kanak –kanak jelas bahawa penerokaan terbimbing lebih efektif dan memuaskan daripada belajar sendiri. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Prinsip kedua Bruner adalah struktur. Bruner merumuskan kanak – kanak mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar. kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas dan melecurkan dan melontarkan bola untuk mengetahui boleh melambung. kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Menurut prinsip pertamanya. Peringkat kedua iaitu Ikonik berlaku pada usia 2.

kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit. Lazimnya. guru menyebabkan perkara yang senang. Ringkasan yang padat dalam pengajaran mewujudkan ekonomi yang baik. kanak-kanak tersebut mengetahui bahan itu boleh melukakan tangan sekiranya tidak digunakan dengan betul. Maksudnya. Penyampaian yang berkuasa atau berpengaruh merupakan penyampaian yang ringkas dan mudah 47 .Membayangkan cara berbasikal dengan baik Konkrit . Peringkat akhir iaitu pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Faktor Kuasa adalah faktor ketiga dalam prinsip ini. bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak.walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor. Kuantiti maklumat yang perlu disimpan dalam minda murid untuk meneruskan pembelajaran adalah dianggap sebagai faktor ekonomi dalam penyampaian sesuatu pengetahuan.Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk bahasa kepada rakan sebaya. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. maka semakin tinggi ekonominya. pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperoleh pengalaman pada permulaan. Semakin kurang maklumat yang perlu disimpan dalam minda. kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa.Kemahiran berbasikal Ikonik . Faktor kedua dalam Prinsip Struktur ialah ekonomi. simbol seperti perkataan. Dalam peringkat pembelajaran simbolik. akhirnya ke idea abstrak (simbolik). maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. sukar untuk difahami oleh murid. dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol.sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik). Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Pada peringkat ini. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut : Enaktif .

Prinsip Bruner yang ketiga adalah turutan (sekuen). Prinsip keempat beliau adalah Peneguhan. J. Manakala. ikonik dan simbolik. peneguhan terlewat pula akan menyukarkan pembetulan mana –mana maklumat yang salah yang telah diaplikasikan. Sebarang fakta serta perkaitan yang ditemui oleh kanak – kanak secara penerokaannya sendiri adalah lebih efisien dan akan lebih kekal dalam minda berbanding dengan cara hafalan. Selain itu. Ahli psikologi ini percaya bahawa perkembangan intelek adalah mengikut turutan tiga peringkat iaitu enaktif. Lantaran. 48 . tahap pencapaian penguasaan sesuatu pelajaran atau masalah hanya boleh diukur melalui maklum balas kemajuann yang dikecapi.difahami supaya murid dapat melihat perkaitan baru dan imbanginya antara fakta awalnya yang mungkin kabur. jenis pembelajaran ini juga memupuk pemikiran kreatif yang penting untuk perkembangan minda serta boleh menyumbang kepada penghasilan pelbagai rekaan atau produk baru melalui pemikiran logik. Penyediaan persekitaran yang kondusif dengan pembelajaran penemuan boleh menjadi pemangkin jenis pembelajaran ini. Bruner juga menyatakan aktiviti soal jawab antara pengajar dan murid juga boleh menjana pelbagai bentuk penemuan. Tahap kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam menguasai sesuatu mata pelajaran bergantung kepada turutan atau sekuen sesuatu bahan itu disampaikan. Peneguhan pada masa yang tepat adalah sangat penting untuk kejayaan pembelajaran. Menurutnya. Peneguhan yang dibuat sebelum penilaian prestasi murid diketahui akan akibatkan kekeliruan. Menurut beliau. sesuatu pelajaran harus berpandukan turutan ini.S Bruner melalui teori pembelajaran penemuan telah menyarankan bahawa pembelajaran yang bermakna memerlukan penemuan sebenar.

Pembelajaran sejarah bukan hanya sekadar menekankan kepada pengertian konsep-konsep sejarah belaka. Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Sesuatu bahan subjek itu mesti sesuai dengan keterampilan murid dan mesti relevan dengan struktur kognitif yang dimiliki mereka. faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan pembelajaran. Pembelajaran bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka.3 Teori Pembelajaran Bermakna : David Ausubel David Ausubel (1963. Struktur kognitif ialah fakta.1. termasuk pentingnya maklumat lisan. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning). konsep dan generalisasi yang telah dipelajari dan diingati oleh murid. Suparno (1997) mengatakan pembelajaran bermakna adalah suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran. tetapi bagaimana melaksanakan proses pembelajarannya. dan meningkatkan kualiti proses pembelajaran tersebut. hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari murid mestilah “bermakna” (meaningfull). sehingga konsep-konsep baru tersebut benar-benar terserap oleh mereka. Bagaimanapun. Teori pembelajaran Ausubel merupakan salah satu dari teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam „cooperative learning‟. Dengan demikian. sehingga 49 .5. subjek mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang sudah dimiliki murid. Oleh itu. 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.

dan generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh (a) Model Pembelajaran Ekspositori Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta 50 yang lengkap. Belajar bermakna adalah suatu proses di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Menurut Ausubel. Oleh itu. Kekuatan dan makna proses pemecahan masalah dalam pembelajaran sejarah terletak pada kemampuan siswa dalam mengambil peranan pada kumpulannya. sama ada secara lisan mahupun dengan tingkah laku. Bagi melancarkan proses tersebut maka bimbingan secara langsung diperlukan daripada guru. Belajar akan bermakna bila murid mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. melainkan ada sesuatu yang dapat dipraktikkan dan dilatih dalam situasi nyata dan terlibat dalam penyelesaian masalah. konsep murid. Ausubel menegaskan . Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Ausubel mengatakan bahawa terdapat dua jenis belajar.pembelajaran tersebut menjadi benar-benar bermakna. penyelesaian masalah yang sesuai adalah lebih bermanfaat bagi murid dan merupakan strategi yang efisien dalam pembelajaran. khasnya pembelajaran sejarah yang sukar dikuasai oleh murid selama ini. Struktur kognitif ialah fakta. iaitu belajar bermakna (meaningful learning) dan belajar menghafal (rote learning). pembelajaran koperatif akan dapat mengusir rasa jemu dan bosan pembelajaran mata pelajaran sejarah yang lebih banyak menggunakan pendekatan ekpositori. Melalui pembelajaran koperatif. Hal ini merupakan penekanan dalam pembelajaran koperatif atau cooperative learning. tentu bahan sejarah yang dipelajarinya tidak hanya sekadar menjadi sesuatu yang dihafal dan diingat. manakala murid diberi kebebasan untuk membangunkan pengetahuannya sendiri.

1998). iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran. Oleh itu. supaya pembelajaran optimal berlaku. menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Aspek kedua pula ialah menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif iaitu am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk. (b) Penyusunan Awal Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran. Kaedah ini merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal. Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. 51 . Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua aspek iaitu pertama.

bahasa adalah sesuatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan.5. 52 . Behavioris ialah nama ahli teori yang mengemukakan pelbagai prinsip berdasarkan teori yang sama iaitu teori psikologi behaviorisme. bahasa dikuasai melalui proses pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi satu kebiasaan. Brooks dan B. perkataan-perkataan dan seterusnya membentuk ayat-ayat. Boas.F Skinner. Sapir. Bagi golongan behaviorisme.2 TEORI BEHAVIORISME Di antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield.ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan bahasa lisan. Teori ini berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Terdapat lima prinsip yang dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli psikolinguistik dan linguistik aliran Behaviorisme (Kamaruddin Hj Husin . Hal ini diikuti pula dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ahli . Sekiranya tingkah laku manusia berpunca daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas maka bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.1988). Seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulang sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi. Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua terpenting. Tegasnya. tingkah laku bahasa wujud ketika ucapan terlahir daripada mulut seseorang dan ucapan itu diterima dan difahami oleh pendengar dan sebaliknya. Mengikut teori behaviorisme. Fries.

Dalam situasi pembelajaran bahasa. bahasa guru adalah model yang mutlak yang diikuti oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. pengiktirafan. Hal ini kerana pengukuhan merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua. Latihan ini merupakan latihan yang dikukuhkan dan dilakukan secara ulangan satu-satu gerak balas dengan satu. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan secara bermakna.dua unsur ini dapat diwujudkan. Bagi membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa kedua mestilah dilaksanakan secara intensif dan bukan secara berselang seli. Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran. maklum balik. Hal ini akan memudahkan pembentukan kebiasaan yang diingini itu. contoh pengukuhan adalah pujian. Kanak . galakan dan sebagainya. pembelajaran hendaklah mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. keistimewaan. Prinsip ini amat sesuai sekali diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa yang baru perlu diajar kepada murid-murid itu. Selain itu. Prinsip ketiga ialah pengukuhan di mana salah satu syarat penting dalam pembelajaran. Oleh itu.kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Prinsip behaviorisme yang kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah dikukuhkan.satu rangsangan. 53 . Bahasa adalah hasil operasi dan tindak balas. dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah.Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat.

2. Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997). Arahan ialah rangsangan. air liur haiwan itu keluar.1 Teori Pelaziman Klasik : Ivan Pavlov Menurut teori pelaziman klasik. apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan. Beliau membuat kesimpulan bahawa 54 . Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Contohnya. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik. Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan.5. setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. mengaitkan nama dengan watak. Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov Berdasarkan hukum perkaitan ini. Hasil daripada kajiannya. Pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.

penguasaan berkenaan. semakin kukuh . Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. penghapusan dan pembelajaran semula. Prinsip Asas Pelaziman Klasik Pavlov Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini. terdapat beberapa prinsip penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh beliau. diskriminasi. 55 Lebih kerap organisma itu mencuba. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh. Konsep terakhir iaitu penguasaan atau pembelajaran semula ialah bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Dalam kajian terhadap anjing. bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging).anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi. didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja. Dalam hal ini. Prinsip tersebut terbahagi kepada empat iaitu generalisasi. Dalam kajian Pavlov. Tindak balas akhir akan terhapus.

Contohnya. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas. Hal ini bermakna. apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas). Dalam pembelajaran. penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran. 56 . semakin kukuh gerak balas terlazim itu.Implikasi Teori Pavlov ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Implikasi teori ini ke atas pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan.

Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan.F Skinner berpendapat bahawa kebanyakan tingkah laku manusia dan haiwan adalah dikuasai oleh ganjaran yang diterima apabila melakukannya.5. gerak balas itu akan terhapus juga. Skinner telah memajukan cara membentuk tingkah laku yang disebut sebagai pelaziman operan.2 Teori Pelaziman Operan : B. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Hal ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam Kotak Skinner. Apabila alat itu ditekan. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.F Skinner B. biji-biji makanan akan terkeluar. Hal ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. 57 . Dalam eksperimennya. Eksperimen Pelaziman Operan Skinner Dalam eksperimennya. tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Pelaziman operan ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisma itu bertindak balas ke atas persekitarannya. Kemudian secara tidak sengaja. biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya. seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya tingkah laku tersebut akan diikuti dengan makanan. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa jika alat penekan dipijak maka makanan akan diperoleh. Sekiranya ganjaran dihentikan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Contohnya.2. Perkataan operan dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas.

prinsip Premack dan pelupusan. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau dikukuhkan lagi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. menepuk bahu pelajar. pengukuhan diberikan adalah untuk memuaskan kehendak individu dan mengurangkan tekanan dan merangsang otak. denda (punishment).Prinsip Asas Pelaziman Operan Skinner Menurut Skinner. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Contohnya. memberikan senyuman. pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan. Dalam bilik darjah. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis. seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. 58 . Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya. memberi hadiah dan sebagainya. peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan. maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Rachlin (1991). Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Implikasi Teori Skinner ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran. 59 . Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. peneguhan itu tidak lagi digunakan. Tegasnya. Seseorang guru juga sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan. kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. Sebagai guru. Contohnya.Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. kemahiran atau teknik yang baru dipelajari perlu diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuhkan dan dikekalkan. kita boleh menerapkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. selepas mengakhiri mata pelajaran matematik. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma‟s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Selain itu. Selain itu. Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. peneguhan hendaklah diterapkan iaitu peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.

Tambahan pula. teori ini membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah. Contohnya. Penggunaan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuhkan dan dikekalkan.Prinsip penghapusan pula sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. 60 . Peneguhan negatif wajar diterapkan dalam sesuatu perkara iaitu untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

3 Teori Permodelan : Albert Bandura Teori permodelan yang dipelopori oleh Albert Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan „permodelan‟. Bandura menggunakan sekumpulan kanak. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Pertama. Selain itu. Hal ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan. persaingan. Melalui ganjaran.2. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama.5.pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. pembelajaran boleh berlaku melalui peneguhan. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak . contohnya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar .kanak tadika berumur 3 . Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain. 61 . individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. teori ini juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran.

cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung. model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. penghasilan dan peneguhan atau motivasi. Tumpuan ( Attention ) Tingkah laku model hendaklah diperhatikan bagi membolehkan subjek meniru perlakuan yang dilakukan oleh model. Hasil kajian menunjukkan murid dalam setiap kumpulan eksperimen melakukan satu set tindakan agresif terhadap anak patung.Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. satu kumpulan menonton filem kartun yang agresif dan satu kumpulan lagi dijadikan sebagai kawalan yang tidak terdedah kepada contoh agresif. Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Peniruan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu tumpuan. Contohnya. Bandura dan Walters telah mengkaji peniruan tingkah laku agresif dalam kalangan kanak-kanak. Eksperimen Permodelan Bandura Dalam suatu eksperimen. Empat kumpulan kanak – kanak berumur 3 -6 tahun telah didedahkan kepada pelbagai contoh agresif. satu kumpulan memerhati contoh dalam filem. penyimpanan. 62 . Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. Satu kumpulan memerhati contoh sebenar. Pada kebiasaannya.

Peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Motivasi ( Motivation ) Peneguhan atau motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran pemerhatian. Penghasilan ( Reproduction ) Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku. seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan . bermain tenis dan sebagainya.kata seperti ‟syabas‟. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Contohnya. pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara. pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan meniru tingkah laku orang yang diperhatikan.cara melakukan tingkah laku tersebut.kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. 63 .Penyimpanan ( Retention ) Subjek yang memerhati harus menyimpan peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkannya tanpa peneguhan. memandu kereta. Contohnya kanak. Hal ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Contohnya. Sebagai contoh. Bagi sesetengah tingkah laku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponenkomponen tingkah laku yang telah diperhatikan. seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia dipuji oleh jurulatihnya dengan kata. Peneguhan kedua. Ketiga ialah peniruan melalui proses elisitasi. Pertama. subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku.rakan dan peniruan tersebut akan dihentikan.

Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Guru juga boleh menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai seperti memberi hadiah atau pengiktirafan dan sebagainya. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa. Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. Tambahan pula. penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi „role model‟ kepada pelajar. lukisan atau alat bantu mengajar hendaklah bermutu tinggi. Oleh itu. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Keempat peniruan sekat lakuan. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Implikasi Teori Bandura ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Teori ini memberi penekanan kepada permodalan atau prose peniruan oleh murid terhadap apa yang diperhatikan. Sebagai contoh. selain itu. guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. 64 . Sebagai contoh. Hasilan guru seperti kraftangan.apa jua situasi. tunjuk cara guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat dan berkesan. Murid lain yang kagum dengan pencapaian yang memberangsangkan akan cuba memerhati dan meniru tingkah laku yang dilakukan.

bahasa juga telah didefinisikan mengikut pelbagai cara seperti sifat semula jadi. bahasa mempunyai sifat atau cirinya sendiri. Teori bahasa pula menunjukkan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Selain itu. Perkembangan bidang linguistik bermula sejak zaman Yunani dan berkembang sehingga ke zaman moden. Bukan itu sahaja. Jika sebelum ini. Setiap bidang kajian mempunyai pecahannya yang tersendiri seperti linguistik terapan.0 RUMUSAN Setelah melaksanakan tugasan BMM 3108 Pengantar Linguistik ini. Antara bidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik umum. namun setelah melaksanakan tugasan ini. 65 . Secara ringkasnya.7. linguistik historis dan linguistik komparatif. bidang linguistik mempunyai beberapa bahagian seperti pembahagian bidang linguistik. perkembangan linguistik juga telah dikaji sejak zaman-berzaman bermula dari zaman Yunani lagi sehinggalah ke zaman moden. Sebagai seorang guru. adalah amat penting untuk mengetahui teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa untuk mengajar bahasa Melayu kepada murid-murid kelak. kami kurang faham berkenaan ilmu linguistik. peranan dan fungsinya. Setiap bidang dipelopori ada dipelopori oleh tokoh-tokoh linguistik. kami banyak mendapat manfaat dan ilmu baru berkenaan dengan linguistik ini sendiri. linguistik terapan. Oleh itu. Tambahan lagi. Dalam setiap perlakuan manusia. linguistik menunjukkan perkembangannya yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh tertentu. linguistik telah berkembang sejak zaman-berzaman. Linguistik merupakan satu bidang kajian yang mengkaji bahasa secara saintifik. Pada setiap zaman. kami memperoleh banyak ilmu baru. bahasa memainkan peranan penting.

0 REFLEKSI NAMA : NURASYIDAH BT MOHD RASID NO. atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. semantik dan leksikologi. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Bahasa Melayu ini dengan jayanya. menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga ke abad ke – 19 dan menganalisis pemikiran tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. Hal ini amat menggembirakan kami kerana dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan yang telah ditetapkan.8. Antara aspek yang perlu diberi perhatian dan penegasan ialah menghuraikan tentang bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa. beliau memberi keringanan kepada kami untuk melakukan tugasan ini secara berkumpulan. Dalam tugasan ini. saya dikehendaki memahami segala struktur bahasa dengan jelas dan menguasai kemahiran tersebut dengan baik supaya dapat melaksanakan P & P dengan berkesan. Selain itu. Pada mulanya. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada semester empat ini menuntut saya mempelajari Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Kajian bahasa ini dikaji secara terperinci dan menyeluruh iaitu mencakupi struktur dalaman bahasa seperti fonologi. Setelah mendapat tugasan ini. morfologi. tugasan ini adalah berdasarkan individu tetapi pensyarah pembimbing iaitu Puan Fazilah binti Mat Zain menyedari bahawa tugasan yang diperlukan mempunyai subtajuk yang banyak. sintaksis. saya telah melakukan perbincangan dengan pensyarah Bahasa Melayu iaitu Puan Fazilah supaya lebih memahami tugasan ini dengan lebih terperinci. Oleh itu. Pembelajaran ini adalah mengenai kajian terhadap bahasa. beliau juga turut memberi penekanan dalam aspek penulisan supaya menepati format 66 . Saya telah mengambil beberapa inisiatif dalam menyiapkan tugasan ini supaya dapat menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. K/P : 900913 – 11 – 5368 Alhamdulillah.

Tambahan pula. dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. 67 . berkat kesabaran dan usaha yang gigih. Sesungguhnya. Dalam mencari maklumat berkaitan linguistik. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan atas kerjasama yang diberikan. Akhirnya.penulisan yang sebenarnya. saya dan rakan-rakan telah membuat rujukan di perpustakaan. kami turut menemu bual beberapa pelajar yang lebih mahir iaitu pelajar semester lain dan pensyarah pengajian Bahasa Melayu. Ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing. Hal ini boleh membantu saya dalam menghasilkan satu tugasan yang menepati aspek-aspek yang berkaitan. Puan Fazilah binti Mat Zain atas segala ilmu yang dicurahkan serta bantuan yang diberikan ketika menjalani kursus BMM 3107 dan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Kami bernasib baik kerana perpustakaan menyediakan banyak bahan mengenai linguistik dan ini amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan. kursus dan tugasan ini memberi saya banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baru. Selain itu. Pengalaman seperti ini sudah pastinya menjadi titik tolak bagi membina guru yang berkualiti pada masa akan datang. teknologi yang canggih pada masa kini iaitu penggunaan internet turut memudahkan kami dalam mencari maklumat yang berkaitan.

K/P : 900520 – 06 – 5398 Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi ahirnya kerja khusus ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang diberikan. cara pelaksaan tugas ini. Saya juga menunjukkan hasil kerja saya dengan rakan sekumpulan agar kesalahan yang saya lakukan dapat dibetulkan terlebih dahulu sebelum merujuk ke pensyarah pembimbing. istilah yang digunakan kebanyakannya sukar untuk difahami. khusnya mengenai bidang linguistik itu sendiri. dan seterusnya memperbanyak membaca mengenai topik yang dikaji. Saya telah melakukan pencarian isi. saya telah membuat draf terlebih dahulu dan membuat kolaborasi dengan pensyarah pembimbing agar hasil kerja saya menepati kriteria yang dinilai. Seterusnya. dan perkara-perkara tambahan yang bersesuaian untuk dimuatkan ke dalam kerja khusus ini dengan cara mencari bahan di perpuastakaan. Saya tidak mengalami masalah besar dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga saling bertukar-tukar Oleh bagi pendapat dan saling membantu agar hasil kerja ini tidak sekadar melepaskan batuk ditangga. bertanya kepada pensyarah pembimbing.NAMA : RUSLINA BINTI NAJAHUDDIN NO. 68 . Namun begitu. Antara masalah yang saya alami ialah bahan rujukan yang dijumpai dalam bentuk bahasa Melayu Indonesia. saya telah berusaha memuat turun perisian kamus Indonesia mengatasi masalah ini. rujukan. yang demikian. susur galur perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga abad ke-19. Secara tidak langsung melalui tugas ini saya telah berjaya mendalamkan ilmu mengenai linguistik terutamanya aspek-aspek yang dikaji. serta turut mengkaji tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. iaitu perkembangan ilmu linguistik dan sifat-sifat bahasa. dan pengetahuan dalam pelbagai aspek. mengakses maklumat dari internet. Malah. ilmu. Sepanjang tempoh ini saya telah mendapat palbagai pengalaman. terdapat juga masalah-masalah kecil tetapi berjaya diatasi.

Saya juga mendapati bahawa subjek ini memerlukan pengahayatan ketika membacanya.Menerusi kerja khusus ini saya mendapati subjek Pengantar Linguistik merupakan satu subjek yang mencabar kerana memerlukan kesabaran dalam memahaminya terutama mengenai susur galur perkembangannya. 69 . Kerja khusus ini juga telah saya jadikan rujukan tambahan saya terutama dalam menghadapi peperiksaan akhir semester nanti Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Fazilah selaku pensyarah pembimbing serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Hasil titik peluh selama sebulan ini saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dinilai. Mempelajari dan mengkaji mengenai linguistik membuatkan rasa cinta mengenai bahasa semakin meninggi.

Pensyarah kami. Kami juga telah mendapatkan maklumat dari pada pelbagai sumber seperti buku dan internet. Walaubagaimanapun.K/P : 901112-06-5342 Bersyukur saya ke hadrat Ilahi. Hal ini menyukarkan kami untuk menterjemahkan bahan tersebut. 70 . melalui sejarah perkembangan ilmu linguistik. Tugasan ini menghendaki kumpulan kami menyediakan beberapa perkara berkaitan seperti pembahagian bidang linguistik. Bloomfield. saya juga dapat mengenali tokoh-tokoh yang terlibat dalam bidang linguistik seperti Edward Sapir. Setiap bidang linguistik mempunyai cara kajian yang tersendiri. saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu bidang itu dibahagikan dan subbidang yang terdapat di dalamnya. Dalam bahagian bidang linguistik. saya dapat mengetahui perkembangan bidang tersebut sejak zaman mula diperkenalkan sehingga ke zaman moden. Antara kesulitan yang dialami ialah kurangnya buku berkaitan linguistik di perpustakaan. kami menghadapi sedikit kesulitan semasa mengumpulkan bahan untuk dibuat rujukan. Mat Zain telah memberi taklimat kepada kami mengenai penyediaan tugasan seperti yang dikehendaki soalan.NAMA : NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK NO. Ferdinand de Saussure dan beberapa orang lagi. Puan Fazilah bt. setelah memperoleh maklumat yang berkaitan. sejarah perkembangan linguistik dan teori bahasa serta teori pemerolehan bahasa. Saya telah menerima tugasan ini pada 27 Julai 2011 dan perlu menghantar tugasan pada 29 Ogos 2011. Ilmu linguistik telah berkembang sejak zaman Yunani lagi. Sebelum tugasan ini dilaksanakan. Setiap tokoh linguistik ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap ilmu linguistik. Selain itu. saya dan rakan sekumpulan telah membina jadual kerja bagi memudahkan kami melaksanakan tugasan. kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya. kami mengadakan perbincangan untuk menyediakan tugasan ini. Bahan yang diperoleh dari internet juga adalah dalam bahasa Indonesia. dapat juga saya menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik (BMM3107) ini. Bukan itu sahaja. Namun.

Tambahan lagi. saya kurang faham mengenai teori bahasa. saya dapat memahaminya. tetapi setelah diterangkan oleh rakan sekumpulan. setelah menempuh banyak dugaan dan cabaran. Saya juga banyak memperoleh pengalaman dan ilmu baru melalui 71 . Akhirnya. Pada mulanya. kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Fazilah kerana banyak memberikan dorongan dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan. penyediaan tugasan ini turut memberikan penambahan ilmu kepada diri saya berkenaan teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. tugasan ini. Saya dan rakan sekumpulan turut berjumpa dengan pensyarah subjek bagi mendapatkan bimbingan beliau untuk menyiapkan tugasan ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful