You are on page 1of 4

Kurikulum Pendidikan Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Bincangkan Kurikulum Dan Pelaksanaan Pendidikan Islam Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W Di Mekah Dan Madinah. Pengenalan :
o

Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menajuhi larangan melalui bimbingan

agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran


o

Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca jadi asas pendidikan Islam

Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah

Latar belakang Mekah danMadinah : Mekah-terletak di Lembah yang kering kontang dan kedudukanMekah strategik iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan Yaman. Diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di situ mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun sebelum Muhammad dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah Quraisy telah menguasai pentadbiran Mekah.

Madinah kawasan oasis yang subur untuk pertanian. Kedudukan strategik iaitu jalan perdagangan antara Mekah dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi Allah Ibrahim a.s.

Isi : Kurikulum :
o

Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya

Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab

Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan

berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan Pelaksanaan pendidikan di Mekah :


o

Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.

Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda. Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa dihadiri olehsemua ketua-ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .

Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan

Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah :


o

Peluasan ajaran Islam : Aqidah diteruskan menanam keimanan. Akhlak akhlak manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, Kenegaraan 1 bulan kewajipan mendirikan solat Jumaat,

kejiranan,

mengerjakan puasa, haji, zakat, kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat


o

Institusi pengajian : Masjid Nabawi pusat pendidikan Islam serambi bersambung dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat

Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah.

Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam. Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.

Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.

Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang. otak yang cergas terletak di badan yang sihat

Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.

2.3.2 Implikasi pendidikan peringkat madinah.Pendidikan pada peringkat madinah merupakan titik tolak kepada kesinambungan pendidikan di zaman Khulafa AlRasyidin. Pengajian Al-Quran adalah pendidikan yang terpenting dalam cirri-ciri penting yang terdapat dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini juga gelah melahirkan para penghufaz Al-Quran yang tidak berdalahan dengan bacaan Rasulullah antaranya Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali B Abi Talib, Talhah Dan Abi Ubaidah dan ramai lagi. Manakala penghufaz wanita ialah Aisyah Bt Abu Bakar, Hafzah Bt Umar, Maslamah Dan Fatimah Bt Muhammad SAW

Kesimpulan : Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain. Stuktur Pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa stuktur: 1. Pendidikan Umum: dijalankan oleh Rasulullah atau para sahabat daripda khlulafa' alRasyidin. Pelaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas

sembahyang fardhu atau selepas sembahyang Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti lumba kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari. 2. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan baginda kepada orang tertentu tanpa mengira masa atau tempat. Sahabatsahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Hurairah dan lainlain adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung. 3. Pendidikan Institusi: Merupakan Intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Peringkat pertama adalah kanak-kanak. Mereka diajar membaca dan menulis. Peringkat ke dua diajar tentang ilmu jasmani dan rohani. Mereka adalah terdiri daripada Ahli Suffah dan perantau. Pengajian mereka ditanggung oleh Baitul Mal. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendikiawan Islam pada masa selanjutnya.

You might also like