P. 1
Kesesakan Lalu Lintas

Kesesakan Lalu Lintas

|Views: 3,552|Likes:
Published by cekurmanis007

More info:

Published by: cekurmanis007 on Feb 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

03/12/2013

5

BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Penggunaan sistem lampu isyarat di persimpangan akan menyebabkan lengah yang mesti dialami oleh pemandu, setidak-tidaknya selama lampu merah dipamerkan kepadanya. Banyak kajian telah dijalankan berkait rapat dengan lengah di persimpangan sebegini. Walau bagaimanapun, sehingga laporan ini dibuat, kajian-kajian khusus tentang sistem lampu isyarat yang dilengkapi penunjuk tempoh belum lagi terdapat. Kajian ini dilakukan untuk menilai sejauh mana sistem lampu isyarat dengan penunjuk tempoh mampu mengatasi masalah yang wujud dengan lampu isyarat tanpa penunjuk tempoh. Kajian ini akan menilai kesan penunjuk tempoh di persimpangan berlampu isyarat terhadap lengah mula yang wujud di persimpangan tersebut. Secara umumnya, keberkesanan sesuatu sistem kawalan lalu lintas bergantung kepada sikap dan kelakuan pemandu di samping faktor operasi lalu lintas di persimpangan berlampu isyarat. Kelakuan pemandu dan lengah lalu lintas merupakan

6 dua perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam mempengaruhi keberkesanan penggunaan lampu isyarat di persimpangan.

2.2

Persimpangan Berlampu Isyarat

Lampu isyarat dengan tiga aspek iaitu hijau untuk meneruskan perjalanan, kuning untuk membenarkan memasuki atau melalui persimpangan dengan syarat tiada kenderaan melalui persimpangan sebelum lampu bertukar merah, dan merah untuk berhenti, merupakan satu operasi yang membenarkan sebilangan kenderaan sahaja memasuki atau melalui persimpangan pada satu masa supaya perlanggaran antara kenderaan dalam konflik lalu lintas dapat dielakkan (Morlok, 1978). Lampu isyarat adalah cara yang efektif untuk mengawal lalu lintas di persimpangan jalan. Objektif penggunaan lampu isyarat adalah untuk memberikan pengawalan lalu lintas yang cekap dan keselamatan yang maksimum kepada pengguna jalan raya di persimpangan tersebut. Penyusunan fasa pergerakan lalu lintas yang direka sebegitu rupa untuk mengurangkan atau menghapuskan titik-titik konflik di persimpangan. Persimpangan berlampu isyarat akan digunakan di satu-satu simpang apabila purata bilangan kenderaan perjam di antara 800 hingga 5500 (JKR, 1987). Rajah 2.1 menunjukkan pemilihan jenis kawalan persimpangan yang bergantung kepada purata bilangan kenderaan dalam kedua-dua arah pergi dan balik pada waktu puncak (JKR, 1987).

7

8 2.3 Kebaikan dan Kelemahan Lampu Isyarat

Penggunaan kawalan lalu lintas menggunakan lampu isyarat ini mempunyai kebaikan dan kelemahan. Antara kebaikan dan kelemahannya adalah seperti berikut (Othman Che Puan, 2004):

2.3.1

Kebaikan

Jika direka bentuk dengan sempurna, lampu isyarat lalu lintas di persimpangan mempunyai beberapa kebaikan seperti: (a) (b) (c) (d) Menyediakan laluan yang tersusun dan teratur bagi lalu lintas yang melalui persimpangan. Meminimakan bilangan pergerakan konflik. Menambah kapasiti pengendalian dan keupayaan mengawal aliran lalulintas. Menyediakan kaedah atau cara memintas yang teratur bagi lalu lintas yang sesak untuk memasuki atau menyilang ke persimpangan lain. (e) Memberikan keyakinan kepada pemandu mengenai hak pergerakannya. Boleh dikoordinasikan dengan persimpangan lain.

9

2.3.2

Kelemahan

Akan tetapi, penggunaan lampu isyarat juga mempunyai beberapa kelemahan yang tersendiri. Di antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) Menambahkan jumlah lengah terutamanya di luar waktu puncak. Meningkatkan kemalangan ketika memmberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah. Apabila diletakkan di tempat yang tidak sesuai, boleh mengakibatkan kelewatan dan boleh mengakibatkan pengawalannya tidak dihiraukan. Memerlukan penyelenggaraan.

2.4

Permohonan Pemasangan Lampu Isyarat

Permohonan bagi pemasangan kawalan lampu isyarat adalah berpandukan kepada beberapa sumber di bawah: (a) (b) (c) (d) (e) Tanggungjawab agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Agensi Perlaksanaan Lalu Lintas seperti Polis. Kemajuan industri atau perdagangan dan pengendalian lalu lintas untuk sesuatu kawasan. Media atau pengguna awam.

10

2.5 Waran Pemasangan Lampu Isyarat

Agensi-agensi yang bertanggungjawab memohon pemasangan lampu isyarat haruslah memastikan permohonan pemasangan adalah munasabah. Kriteria-kriteria yang diperlukan untuk pemasangan lampu isyarat dijadikan panduan bagi menentukan kewajaran penggunaan lampu isyarat di persimpangan yang dipohon. Antara berikut ialah kriteria yang harus diberi keutamaan semasa pemasangan lampu isyarat (JKR, 1987) : (a) Pastikan fungsi persimpangan adalah berkaitan dengan keseluruhan sistem jalan. (b) Kefahaman yang jelas mengenai data lalu lintas dan keadaan fizikal sesuatu lokasi adalah amat perlu untuk memastikan keperluan rekabentuk lampu isyarat yang sesuai. (c) Sekiranya terdapat sebarang peraturan lain yang boleh dikuatkuasakan bagi menjamin lalu lintas yang lebih selamat dan berkesan daripada lampu isyarat. (d) Menggunakan waran yang kukuh untuk memastikan sama ada kawalan lampu isyarat diperlukan di sesuatu persimpangan. Pemasangan lampu isyarat dilakukan dengan mengambil kira waran-waran berikut iaitu: (a) (b) (c) Operasi kenderaan Keselamatan pejalan kaki Sejarah kemalangan

11 Sebarang pemasangan lampu isyarat hanya boleh dilakukan apabila satu atau lebih daripada waran yang telah digariskan dipenuhi. 2.5.1 Waran 1: Operasi Kenderaan

2.5.1.1 Isipadu Kenderaan

Keberkesanan dan paras perkhidmatan sesuatu persimpangan dipengaruhi oleh isi padu kenderaan yang menggunakan persimpangan tersebut. Isi padu lalu lintas yang tinggi di jalan utama terutamanya pada waktu puncak akan mengakibatkan berlakunya lengah kepada lalu lintas. Isipadu kedua-dua jalan major dan minor diambil kira bagi memastikan keperluan kawalan isyarat. Kawalan lampu isyarat akan diwarankan sekiranya isipadu lalu lintas 8 jam purata harian memenuhi keperluan minimum dalam Jadual 2.2

Jadual 2.1:

Keperluan Isipadu Minimum Kenderaan Untuk Mendapatkan Waran (JKR, 1987)

Bilangan Lorong Jalan Major Jalan Minor 1 2 atau lebih 2 atau lebih 1 1 1 2 atau lebih 2 atau lebih

Keperluan Minimum (ukp/j) Jalan Major Jalan Minor (jumlah untuk kedua-dua (isipadu tertinggi dari jalan tuju) mana-mana jalan tuju) 500 350 150 105 600 600 500 420 420 350 150 200 200 105 140 140

12

2.5.1.2 Isipadu Waktu Puncak

Isi padu kenderaan pada waktu puncak boleh digunakan dalam menentukan keperluan dan pengubahsuain fasa lampu isyarat. Keadaan ini boleh diaplikasikan berdasarkan daripada pengalaman yang lepas apabila mendapati: (a) (b) (c) (d) Sukar dan merbahaya bagi kenderaan dari jalan minor untuk memasuki jalan major. Isi padu kenderaan yang tinggi bagi jalan major dan jalan minor. Apabila 80% daripada laju kenderaan di jalan major melebihi 60 km/j. Persimpangan melalui kawasan bandar

2.5.1.3 Pergerakan Progerasif

Lampu isyarat sesuai dipasang walaupun tidak mematuhi waran yang lain sekiranya pemasangannya dapat mengawal halaju kenderaan di sesuatu persimpangan. Lampu isyarat didapati sesuai dipasang apabila: (a) (b) (c) Laju kenderaan dapat dikawal Lengah dapat dielakkan Dapat mengurangkan kemalangan bila kurang kenderaan yang berhenti.

13

2.5.2

Waran 2: Keselamatan Pejalan Kaki

Pemasangan lampu isyarat di persimpangan juga mengambil kira keselamatan pejalan kaki. Lampu isyarat akan diwarankan apabila setiap satu daripada 8 jam purata bagi sehari pada waktu puncak wujud: (a) 600 ukp/j kenderaan dari jalan utama memasuki atau melalui persimpangan bila ‘median island’ meningkat sebanyak 1.2m atau lebih dalam kelebaran 1000 atau lebih kenderaan per jalan memasuki atau melalui persimpangan di jalan utama. (b) Terdapat 150 pejalan kaki/jam atau lebih pejalan kaki yang melintasi 85% laju kenderaan di jalan utama melebihi 60 km/j persimpangan yang melalui kawasan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang di mana isipadu pejalan kaki minimum adalah 70% daripada jumlah di atas.

jalan utama

Lampu isyarat yang dipasang di kawasan terpencil haruslah mempunyai butang tekan untuk kegunaan pejalan kaki. Sekiranya sistem lampu isyarat termasuk masa untuk pejalan kaki, ia mestilah dilengkapi dengan kawalan yang memberikan koordinasi yang sesuai.

14 Pertimbangan yang sewajarnya harus diberikan terhadap sekolah-sekolah yang mempunyi ramai pelajar yang menyeberangi jalan utama. Penting bagi mengutamakan keselamatan pejalan kaki terutamanya pelajar yang melintas jalan utama. Penggunaan lampu isyarat dapat mengurangkan lengah di kawasan sekolah di samping mengelakkan kemalangan yang melibatkan pejalan kaki.

2.5.3

Waran 3: Sejarah Kemalangan

Waran bagi pemasangan lampu isyarat memperuntukan rekod kemalangan yang diambil dalam jangka masa dua atau tiga tahun. Keperluan kepada pemasangan lampu isyarat atau memperbaharui sistem lampu isyarat akan diterima sekiranya: (a) (b) (c) (d) Percubaan dengan penguatkuasaan undang-undang gagal untuk mengurangkan kemalangan. Terdapat 5 atau lebih kemalangan dalam setahun. Wujud 80% pejalan kaki daripada isi padu kenderaan Pemasangan lampu isyarat tidak mengganggu aliran prograsif lalu lintas.

2.6

Jenis-jenis Lampu Isyarat

2.6.1

Lampu Isyarat Masa Tetap

15 Lampu isyarat masa tetap ialah salah satu jenis lampu isyarat yang digunakan di negara ini. Lampu isyarat jenis ini telah ditetapkan tempoh nyalaan lampu hijau, kuning, dan merah dengan tempoh tertentu. Ia diatur secara bergilir-gilir bagi setiap lorong. Set lampu isyarat ini diatur untuk mengulangi siri nyalaan lampu isyarat yang telah ditetapkan untuk memberi aturan yang baik. Rajah 2.2 menunjukkan satu contoh rajah pemasaan.

saat

saat

saat

Rajah 2.2: Pemasaan Lampu Isyarat-Kawalan Dua Fasa (Hobbs, 1979)

Kelebihan lampu isyarat masa tetap (Hobbs, 1979) : (a) (b) Peralatan minimum yang mudah dijaga dan diservis; iaitu tiang lampu dan lampunya sahaja. Dapat memberikan aliran lalulintas yang berterusan pada kelajuan yang diberikan di sepanjang jalan seterusnya memberikan kawalan yang positif terhadap kelajuan.

16 (c) (d) Dapat mengubahsuai tempoh masa dengan mudah. Dalam keadaan tertentu, ia dapat disetkan mengikut waktu puncak. Walau bagaimanapun, penggunaan lampu isyarat jenis ini turut mempunyai kelemahan, iaitu: (a) (b) Menyebabkan lengah kepada kenderaan ketika di luar waktu puncak. Tidak memenuhi keperluan jangka masa panjang lalu lintas di sesetengah kawasan.

2.6.2

Lampu Isyarat Berdasarkan Pengesan Kenderaan

Operasi lampu isyarat jenis ini bergantung kepada keperluan lalu lintas itu sendiri. Pengesan diletakkan di lorong yang telah ditentukan. Pengesan berfungsi untuk menentukan sama ada wujud atau tidak kenderaan untuk membolehkan lampu isyarat itu menunjukkan hijau bagi membenarkan aliran lalu lintas bergerak lancar.

Kelebihan penggunaan lampu isyarat berdasarkan pengesan kenderaan (Davies, 1963) : (a) (b) Dapat mengurangkan lengah yang terjadi sekiranya direka bentuk dengan baik. Dapat disesuaikan dengan keadaan lalu lintas jangka pendek yang berubah-ubah.

17 (c) (d) (e) Meningkatkan kapasiti jalan dengan memaksimumkan penggunaan masa hijau. Menyediakan operasi lalu lintas secara berterusan dalam keadaan muatan rendah disamping menambah ciri-ciri keselamatan. Sangat berkesan bagi persimpangan yang mempunyai pelbagai fasa. Kelemahan penggunaan lampu isyarat jenis ini pula ialah: (a) (b) (c) Memerlukan kos yang tinggi sehingga lima kali ganda daripada kos penggunaan lampu isyarat masa tetap. Memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjaga dan menyelengara kerana lampu isyarat jenis ini lebih kompleks. Alat pengesan terlalu mahal dan juga memerlukan penjagaan yang khusus dan teliti kerana mudah rosak.

2.8

Kelakuan Pemandu Di Persimpangan Berlampu Isyarat

Kenderaan bermotor yang menggunakan jalanraya berada di bawah kawalan manusia. Pemandu kenderaan merupakan pengguna jalanraya yang utama berbanding pengguna jalanraya yang lain. Tindakan yang diambil oleh pemandu di atas jalan raya adalah berdasarkan penilaian mereka ke atas dan reaksi kepada maklumat yang diperoleh daripada sesetengah perangsang yang mereka lihat atau dengar (Garber dan Hoel, 1999). Proses yang dilalui oleh pemandu (atau pejalan kaki) untuk menilai dan memberi reaksi terhadap perangsang boleh dibahagi kepada empat subproses: (Garber dan Hoel, 1999)

18

(a)

Tanggapan: pemandu melihat alat kawalan lalulintas, tanda amaran atau objek di sepanjang perjalanan

(b)

Kenalpasti: pemandu mengenalpasti objek atau alat kawatan lalulintas dan kemudian memahami rangsangan

(c)

Emosi: pemandu menentukan tindakan yang akan diambil terhadap rangsangan; seperti contoh, untuk menekan pedak brek, untuk melepasi, untuk membelok, atau untuk berpindah. lorong.

(d)

Reaksi atau kemahuan: pemandu akan melaksanakan tindakan yang telah ditentukan semasa subproses emosi.

Proses menilai dan memberi reaksi adalah faktor yang penting dalam menentukan jarak untuk membrek, dimana dalam menukar arahan ke minimum jarak penglihatan di jalan raya dan tempoh fasa kuning di persimpangan berlampu isyarat. Masa menilai dan memberikan reaksi adalah berbeza-beza di kalangan pemandu dan mungkin, hakikatnya, berbeza untuk pemandu yang sama dalam situasi yang berlainan. Perbezaan masa dalam menilai dan memberi reaksi bergantung kepada sejauh mana kesukaran situasi, keadaan persekitaran yang wujud, umur, samada pemandu tersebut penat atau dipengaruhi oleh dadah mahupun alkohol, dan samada rangsangan sudah dapat diagak atau tidak (Garber dan Hoel, 1999). Kelakuan pemandu di persimpangan banyak mempengaruhi tahap keberkesanan persimpangan berlampu isyarat dalam memastikan lampu isyarat menjalankan operasinya dengan baik. Sikap pemandu yang mematuhi peraturan lalulintas akan membuatkan persimpangan berlampu isyarat selamat untuk digunakan dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan lengah.

19

Kelakuan pemandu di persimpangan. berlampu isyarat boleh dikelaskan kepada dua iaitu (i) mematuhi peraturan lalulintas dan (ii) tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Sikap pemandu jenis (ii) boleh membahayakan pengguna lalulintas yang lain dan merupakan faktor utama penyebab berlakunya kemalangan jalanraya di negara ini. Kelakuan pemandu di persimpangan berlampu isyarat mungkin berpunca daripada gabungan sifat dan sikap pemandu disamping faktor operasi lalu lintas. Faktor kelakuan pemandu di persimpangan berlampu isyarat bergantung kepada umur, pandangan dan masa perjalanan yang telah ditempuhi. Keadaan geometri simpang, bilangan lalulintas dan kelajuan juga merupakan faktor operasi yang mempengaruhi kelakuan pemandu di persimpangan berlampu isyarat (Gordon dan Robertson,1988).

2.9

Lengah Di Persimpangan Berlampu Isyarat

Lengah didefinasikan sebagai masa yang hilang disebabkan oleh gangguan lalu lintas atau alat kawalan lalu lintas (Homburger dan Kell, 1977). Lengah ialah masa yang hilang akibat daripada kenderaan berdasarkan punca disebalik kawalan pemandu (Garber dan Hoel, 1999). Lengah juga adalah satu ukuran yang secara langsung berkaitan dengan pengalaman memandu, malah ia juga menggambarkan jumlah masa yang digunakan untuk melalui suatu persimpangan (Roess et.al, 1998). Lengah di persimpangan berlampu isyarat ialah masa diambil oleh pemandu di hadapan sekali untuk memulakan pergerakan ketika bermulanya fasa hijau dan juga kenderaan dalam baris gilir memulakan pergerakan (Currin, 2001). Ukuran lengah boleh dinyatakan dalam bentuk jumlah atau purata per kenderaan. Unit bagi lengah ialah kenderaan-jam (kenderaan-saat atau kenderaan-minit)

20 iaitu jumlah lengah kenderaan-jam yang diterima oleh kesemua kenderaan yang melalui suatu persimpangan pada masa yang sama. Lengah purata individu pula boleh dinyatakan dalam unit saat/kenderaan (jam/kenderaan atau minit/kenderaan), dan ia juga disukat untuk masa yang spesifik.

2.9.1

Jenis-Jenis Lengah

Lengah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan punca-punca lengah dan situasi atau pergerakan kenderaan atau aliran lalu lintas itu sendiri. Jenis-jenis lengah adalah seperti yang di senaraikan di bawah (Homburger dan Kell, 1977) : (a) Lengah operasi: adalah salah satu jenis lengah yang berpunca daripada pengaruh komponen lalu lintas yang lain atau gangguan kenderaan lain. Lengah operasi terbahagi kepada dua jenis. Pertama; perselisihan sisi, di mana arah aliran diganggu oleh lalu lintas lain seperti kenderaan yang berhenti di bahu jalan, pejalan kaki atau kenderaan penjaja. Kedua; perselisihan dalaman, iaitu gangguan yang berpunca daripada aliran lalu lintas seperti memotong dalam muatan lalu lintas atau kesesakan lalu lintas. (b) Lengah Berhenti: lengah ini ialah tempoh masa kenderan tidak bergerak atau berhenti apabila menunggu untuk melalui suatu persimpangan.

21 (c) Lengah mula: berlaku di persimpangan berlampu isyarat iaitu masa yang diambil oleh pemandu dihadapan sekali untuk memulakan perjalanan ketika bermulanya fasa hijau dan juga kenderaan di baris gilir memulakan pergerakan. (d) Lengah Tetap: ialah lengah yang banyak terjadi di kawasan persimpangan yang berpunca daripada alat kawalan lalu lintas seperti lampu isyarat dan lintasan keretapi. Lengah ini berlaku tanpa menghiraukan jumlah lalulintas atau halangan yang wujud. (e) Lengah berbaris: ialah lengah yang dialami pemandu berpunca daripada interaksi kenderaan di persimpangan berlampu isyarat. Lengah akan terjadi apabila berlakunya aliran lalu lintas yang melebihi kapasiti persimpangan berlampu isyarat tersebut. (f) Lengah geometri: berlaku disebabkan oleh keadaan geometri persimpangan. Lengah jenis ini tetap berlaku walaupun tiada kenderaan di persimpangan. Lengah geometri bergantung kepada geometri simpang, kelajuan pemandu, pecutan dan nyah pecutan di persimpangan. Lengah ini dapat diatasi dengan mereka bentuk persimpangan yang baik.

2.9.2

Faktor Yang Mempengaruhi Tempoh Lengah

Faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh lengah di persimpangan boleh di kategorikan kepada 3 jenis iaitu (Homburger dan Kell, 1977) :

22 (a) Faktor fizikal: faktor yang berkaitan dengan cirri-ciri fizikal persimpangan. Contohnya bilangan lorong, kelas, kelebaran lorong, kawalan lalu lintas dan kemudahan membelok. (b) Faktor lalu lintas: faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri lalu lintas termasuklah sikap pengguna jalan raya dan aliran lalu lintas. Contohnya isipadu, sikap pemandu, pergerakkan membelok, pejalan kaki, kelajuan dan tempat meletak kenderaan. (c) Kawalan lalu lintas: faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri kawalan lalu lintas yang disediakan di suatu bahagian jalan. Contohnya jenis kawalan lalu lintas dan kawalan tempat letak kenderaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->