You are on page 1of 25

2.0 SISTEM RANGKA Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Terdapat 206 ketul tulang padarangka manusia.

Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon, kartilej dan sendi..

TULANG Tulang sebenarnya diliputi dengan porestium. Di hujung pangkal pula diliputi kartilej (rawan). Tulang juga diselaputi dengan kapilari darah. Semua tulang mempunyai mineral. Garam mineral mengeraskan bahan antara sel tulang. Kandungan tulang ialah 2/3 garam galian dan 1/3 bahan organic (sel-sel yang laru dalam gliserol). Jika tiada gaam dalam tulang maka tulang akan menjadi lebih teguh, lentur dan elastic.

Tulang terdiri dari empat jenis saiz iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan tulang tidak sama bentuk. Tulang Panjang Berfungsi sebagai system tuas. Berbentk bengkok sedikit dan merupakan tulang mampat. Contoh femur, fibula dan tibia (kaki), radius, ulna, humerus (tangan) dan klavikel (badan). Struktur tulang panjang ialah: epiphyses hujung tulang panjang; diaphysis dikenali sebagai aci, bersifat mam;pat dan mempunyai sum-sum tulang; periosteum merupakan tisu penghubung yang berfiber.

Tulang Pendek Berfungsi sebagai daya pergerakan dan bentuknya tidak tetap. Contohnya tarsal (tulang pergelangan kaki), karpal (tulang pergelangan tangan)

Tulang Leper Tulang ini berbentuk melengkung dan nipis dan berfungsi sebagai ikatan pada otot. Contohnya kepala (tulang-tulang pada tengkorak) dan badan (sternum, scapula, pelvis).

Tulang Tidak Sama Bentuk Kebanyakkannya terdapat pada tulang belakang dan berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contohnya tulang servikel, torasik, lumbar, sacrum dan koksiks.

Rawan/Cartilage Berfungsi sebagai kusyen pada tulang, bersifat kenyal dan terdapat di hujung tulang.

Sendi Sendi merupakan bahagian yang membolehkan system rangka melakukan pergerakan. Tiga pergerakan sendi ialah: Amphiarthroses pergerakan yang terhad (sendi lutut); Diathroses pergerakan yang bebas (sendi bahu); Synarthroses tiada pergerakan (sendi di bahagian tengkorak).

Jenis-jenis Pergerakan Sendi Pergerakan bebas sendi pelana, sendio lesung, sendi engsel, sendi pangsi dan sendi gelungsur.

Pergerakan terhad radius, ulna, fibula, tibia, bahagian pubis, tulang rusuk dan sternum.

Tiada pergerakan tulang-tulang tengkorak, lengkungan pelvis dan sendi di antara gigi.

Ligamen Berfungsi untuk menyambungkan tulang dengan tulang, merupakan tisu berfiber dan menyokong pergerakan sendi-sendi tulang.

Tendon Berfungsi untuk menyambunghkan pergerakan anggota-anggota badan.

otot

dengan

tulang

dan

meregangkan

2.3Jenis-jenis Sistem RangkaSistem Rangka terdiri daripada dua iaitu : axial (paksi). Contoh tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra. appendicular (hujung/keluar dari badan). Contoh klavikel, skapula, radius,ulna . 2.4 Klasifikasi Tulang Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya.

Tulang panjang Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuasuntuk memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat.Contoh:humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges Tulang pendek Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapatidi ruangruang yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:- karpal dan tarsal. Tulang leper/pipih Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:- kranium, rusuk dan sternum. Tulang tak sama bentuk Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper.Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dankoksiks.

2.5 Struktur Tulang Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakandalam aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan secaramemanjang. Terdiri daripada empat lapisan iaitu periosteum, tulang mampat, tulangberongga dan sum-sum tulang. Periosteum Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiridaripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan salurandarah dan saraf ke tulang. Berfungsi menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter dan melindungi diafisis. Tulang mampat (diafisis) Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai bahagian batang yang halus dankeras serta disaluti periosteum. Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang mengandungi lemak. Tulang berongga (epifisis) Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat. Sum-sum tulang Lapisan paling dalam pada struktur tulang. Berperanan menghasilkan sum-sum asal dalam tulang.

2.6Perkembangan dan Pembentukan Tulang Sel-sel tulang Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organik fiberfiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit.Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas akanbertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.Osteoblas aktif ketika usiamuda atau kanak-kanak manakala osteoklas aktif kepada orang dewasa. Osifikasi tulang Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin.Tulang lembut ini membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui prosesosifikasi tulang. Proses ini berlaku ketika usia embrio enam minggu dan berterusan sehingga dewasa.

Peringkat semasa proses osifikasi tulang: i.Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. ii.Osteoblas memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej kebahagian dalam tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadiosteosit untuk membentuk tulang baru. iii.Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras.iv.Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang dilarutkan oleh osteoklasuntuk membentuk kaviti medulari. Tumbesaran tulang Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Semasa proses tumbesaran,sel-sel pada plat epifisial tulang panjang akan membahagi secara mitosis untukmemanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksanapada kedua-dua hujung epifisis.Pada akil baligh, hormon estrogen dan testosteron akan merencatkanpembahagian sel-sel pada plat epifisial. Plat efipisial akan mengecil. Pada usia18 tahun, tumbesaran tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada plat epifisial juga akan berhenti. Tetapi, osifikasi tulang akan terus berlaku sehingga lapan tahun berikutnya.

Keperluan mineral, vitamin dan hormon Garam mineral Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang. Vitamin Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat kedalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak. Hormon Hormon-hormon tiroid, estrogen dan testosteron diperlukan untuk merangsang proses tumbesaran tulang.

2.7Sendi Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang.Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukanoleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen,otot, dan tendon. Terbahagi kepada dua jenis iaitu sendi berdasarkan struktur dansendi berdasarkan fungsi. Jadual 1: Jenis-jenis sendi Sendi berdasarkan fungsi Sinartosis Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak. Amfiartrosis Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendiantara tibia dan fibula. Diartrosis Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh,sendi engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi,abduksi dan hiperekstensi.Sendi berdasarkan struktur

Fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium. Sendi cartilagenous Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat olehligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh,sendi antara vertebra. Sendi sinovial Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovialbagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej danmengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkanpergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang.

Terdapat beberapa jenis sendi sinovial iaitu: i.Sendi lesung (antara humerus dan scapula) ii.Sendi engsel (humerus dan patella) iii.Sendi gelungsur (karpal dan tarsal) iv.Sendi paksi (antara radius dan ulna) v.Sendi kondil (antara metacarpal dan falang) vi.Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengankarpal)

2.8 Pergerakan Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan. Kedudukan anatomi Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan.Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar. Jenis-jenis pergerakan Pegerakan tubuh terdiri daripada empat jenis iaitu: Linear Pergerakan linear adalah pergerakan menegak,mendatar atau melengkung pada arah Contoh,meluncur dan menggelungsur.

yang melibatkan sesaran dan kelajuan yang sama.

Putaran Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh, supinasi danpronasi.

You might also like