MODUL BMM 3109 - MORFOLGI BAHASA MELA

as salam and welcome..♥

TAJUK 1

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unitunit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang

terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep Imbuhan. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan.2. Di dalam pemakaiannya. akhiran.Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. . Dalam kebanyakan bahasa. proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. 1. 1. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Raminah Hj. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu. imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. sisipan dan apitan.

2.3 Apitan Imbuhan.. dan lain-lain.-an dalam ke+cantik+an dan di-. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.dalam ber+jalan dan di.-erdalam s+er+uling dan –em-.1. yang hadir secara mengepit kata dasar.1.2. 1.2. em.1. .1. meny.-i dalam di+ikut+i. 1... iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar.1.. el-. 1. misalnya ke-. meng-.dalam t+el+unjuk.. men-. di-. ber-.dan in-.2. mem-. 1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. me-. se-.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.dalam di+ambil. dalam g+em+uruh.. ke-.dalam s+in+ambung. per-. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya ter-. -in.2.1 .5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.1. Misalnya ber...2. Misalnya –el. 1.1 Awala lan Imbuh an yang diletak kan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. pe-.

terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.2 Imbuhan Arab Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini .2. dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. Sebagai bahasa rasmi agama Islam. Namun. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu.2.2. Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita 1.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.1.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.

mono-. auto. terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran. terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya.anti-. Awalan proantipoliprobarat antikerajaan poliklinik -isme -isme -ik Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik .dan supra-.2. poli-. Namun demikian. Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin -at hadirat munafikat -ah qariah solehah 1. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-.3 Imbuhan Yunani – Latin .2.memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris.

autosubsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainter- autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal -ik -si -si -al -al -is -is saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis .

iaitu kata tunggal. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan. akhiran.. tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu.1 Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.Rajah 1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata. pemajmukan.. dan sisipan. Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1. iaitu awalan. dan kata ganda. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan. Imbuhan-imbuhan ini.-an Men-. Terdapat empat jenis imbuhan. dan kata adjektif..-i Ke-.. apitan...3. apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja. kata majmuk.-an bawa kuat Kata dasar Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan nasional dekat isytihar ikut sihat ...5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1. Prosesproses ini ialah pengimbuhan.. penggandaan dan akronim Rajah 1. kata terbitan..

.2 PROSES PEMAJMUKAN Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.. misalnya. Sebagai contoh.3. tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas.-an. Daripada kata dasar karang. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-..3. dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. menerbitkan kepengarangan. dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-.2. ke. Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar.1Pengimbuhan Kata Majmuk .. 1.Ber-. maksudnya.-an -er-emKata Dasar libat lanjur balik sambung lari gigi gilang Imbuhan terlibat terlanjur terbalik sinambung berlarian gerigi gemilang Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan Prose s pengi mbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua.+ tawa ( ketawa ) dan ke+ mudi ( kemudi ). kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri.. yang menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini. misalnya ber. Berikut ialah beberapa contoh lain : 1.+ tapa ( bertapa ).

1. penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran.3.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan.2.2 - berurus niaga mencari gali direka bentuk daya serapan Apabila kata majmuk menerima apitan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.2. urus niaga cari gali reka bentuk daya serap 1. iaitu : 1.2. ejaannya menjadi bercantum. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk. Dalam hal ini. .1. Contohnya : lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa - melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan 1. Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor - Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap.3.3. Contohnya : ejaannya tetap terpisah.Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain.

terdapat tiga jenis penggandaan.3. iaitu . Penggandaan penuh.3. 1. Penggandaan separa. iaitu :  Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Terdapat dua jenis penggandaan penuh. dan 3. Contohnya : . Dengan kata lain. sama ada secara penuh.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar.3. Contohnya : Sekolah makan besar baju     sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju  Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab-tanggungjawab 1. Penggandaan berentak.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. 1. 2.

iaitu :  pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar.pelari perbualan kekasih kejadian     pelari-pelari perbualan-perbualan kekasih-kekasih kejadian-kejadian 1.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. menjadikannya vokal e pepet.3. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut : jari siku sungut pohon laki  jejari sisiku susungut popohon lalaki jejari sesiku sesungut pepohon lelaki pada kata dasar yang berimbuhan. dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan.3. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap . Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan.

3.setinggi membantu mencuit menari mengejar setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar 1.3. iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian. seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Dalam penggandaan berentak. . bunyi yang diulang ialah vokal. penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis.3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. iaitu : 1 2 3 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan Berentak Bebas  Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini. Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai  Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini.

1.3.3.kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu. bergantung pada cara pembentukkannya.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.Berita Nasional Malaysia . Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation 1. . Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran .Contohnya : kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang.4. Salah.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan. jika bukan kata nama khas.3. turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. misalnya.Angkatan Belia Islam Malaysia . jika kata nama khas. jika ditulis *ipar duai. 1.

(2006).4. Selain itu. .pukul rata kugiran . proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas.3. BACAAN TAMBAHAN Nik Safiah dan rakan-rakan. Morfologi Bahasa Melayu. Abdullah Hassan. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. 1. Kuala Lumpur : PTS Profesional.taman bimbingan kanak-kanak purata . (2006). kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.Contohnya : tabika . Oleh itu.kumpulan gitar rancak 1.

kata terbitan. kata majmuk dan kata majmuk. tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan.1: Kerangka Tajuk 1 . TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) (iv) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda (v) (vi) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 2.Raminah Hj. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Selain itu. Sabran dan Rahim Sham. (1985).

cahaya.Akronim (Gabungan Huruf Awal) Kata Tunggal .2.Nama Khas) cerpen. suka. Contohnya : Kata Tunggal Satu Suku Kata had. bulat. zink. meja. mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda. ADUN.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan. cenderamata.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan . mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan. laksana.Akronim (Gabungan Suku Kata) Kata Tunggal . purata. am. Dalam bahasa Melayu. tadika.Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata . sini. rak. cat. kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. trak. MAS. almari. mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan. mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk. das. asal. sayembara. UMNO. gembira. wang. taska. pemajmukan dan penggandaan. skru dia. sana bahaya. isyarat universiti. bom. teks.cas. golf. cereka Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional) 2. Kata Tungga Dua Suku Kata Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih Kata Tunggal . cam. personifikasi ABIM. skrip. jauh. 2. akan.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal. berita. dekat. dram. mahasiswa.

-em-. diper-…-kan..Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar. per-. ke-…-an meN-…-kan. maha. memper-…-kan. -man. ko-. -an. pro-. Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama) peN-. meN-…. mikro-. infra-. pel-. ber-…-kan. sisipan dan apitan.. diper--.3 Kata . te- -an. semi-. akhiran. -an.bel-. -ita. -er-. -is. -an. -isme. juru. ter-.anti. -wati. per-. ber-…. - peN-. di-…kan. dwi-. pel-…-an. kenal pasti contohcontoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan 2. -wan. se-. di-…. ke-. pra-. -ah. telemeN-. -kan. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan. -em- -el-. kata kerja dan lain-lain. makro-. -in- LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas. diper- Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) ter-. tata-. -in. ber. memper-…ke-…-an Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Nama) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif) -el-. memper-. -at. eka-.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama. sub-. di-.

semua. tanggungjawab alat-alat tulis.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda . berat mulut. sukarela. telefon dail terus anak emas. 2. jawatankuasa. suruhanjaya. mengambil alih. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Persatuan Bekas Perajurit. pengambilalihan. kaki bola antarabangsa. setiausaha. Ketua Menteri. daya serapan mencampuradukkan. Contohnya seperti di bawah. kerjasama. Kata Majmuk Bebas bandar raya. kakitangan. sekumpulan. lut sinar. kaki ayam. bumiputera. Perdana Menteri. guru-guru besar. LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa. Kata Majmuk Istilah Khusus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa Kata Majmuk yang Mantap Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama) Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak . beritahu. sekumpulan guru penolong kanan. warganegara. persatuan. dikenal pasti. semua Ketua Setiausaha. tengah hari. pengenalpastian. pesuruhjaya.Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). matahari. olahraga. banyak. cakera padat. barisan. Naib Canselor. sebahagian) Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran) Kata Majmuk Terbitan (Apitan) dicampur aduk. terima kasih. Duta Besar model linear. pertubuhan. lebuh raya. kereta lembu. garis pusat. kapalkapal terbang. tandatangan. para. buah tangan.

lelayang. perasaan. Tompok. gunung-ganang 2.5 Golongan Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan. Sudirman Sang Kancil. tertanya-tanya. Alya Nabila.lintang-pukang. keadaan kemahuan. kalau-kalau. seluar.5. jangan-jangan.Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Si Belang. Dalam bahasa Melayu. . kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Kata Nama Khas (Hidup .Manusia) YAB Datuk Seri Dr. kehendak. pemajmukan dan penggandaan. kusut-masai. masjid mimpi. cantik-cantik. kucing. Contohnya seperti di bawah. tolong-menolong berlari-lari. Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak lauk-pauk. elok-elok. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Comel. Allahyarham Tun Abdul Razak. Mahathir. idaman. simpangperenang. pulau-pulau lelaki.1 Penggolongan Kata: Kata Nama Kata Nama Am (Konkrit) Kata Nama Am (Abstrak) baju. kupu-kupu. Rafeah. Kata Ganda Penuh rama-rama. 2.

mendiami. 2. berbantalkan Kata Kerja Transitif (Pasif) Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap) Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap) . saya Nama (Diri anda.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli. beliau. berapa sana. kami. itu Kata Ganti Nama (Tanya) Kata Ganti Nama (Tempat) apa. menggunakan. datang. sini. kalian. menguning. tuanku. mempererat. kerkibaran. engkau. disiram bangun. Proton Perdana V6. membesar. patik. kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya. Kementah (Diri aku. daku. mana. hamba. terduduk. beransur. situ LATIHAN : Dengan merujuk akhbar. dipererat. digunakan. didiami. diabaikan. mereka Ketiga) Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini. mengabaikan.Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup) Kata Ganti Pertama) Kata Ganti Kedua) Nama Vanda Diana (orkid) Jibrail. tinggal. tuan hamba Kata Ganti Nama (Diri baginda.5. ia. menyiram dibeli. Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. beta. dia. Jin. awak.Kata Nama Khas (Hidup . Proton Waja. dikau. siapa. tersenyum. kamu.

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya. 2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif Kata Adjektif Sifat/Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Pancaindera berani, cerdik, cerdas, gopoh hitam, putih, merah, biru cetek, dalam, kecil, nipis, tebal bukur, bundar, bulat, leper ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus Baru, lama, spontan, segera cepat, deras, laju, perlahan benci, cinta, ghairah, ingin

Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya. 2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugastugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen yang bahawa, untuk

2.5.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat wah, amboi, aduh bagaimana, siapa, bila, berapa sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. ya, benar, betul. Maka, alkisah, hatta, syahadan

2.5.4.3 Prafrasa

Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah 2.5.4.4 Kata Pascakata akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum amat, sangat, paling juga, lah, kah, tah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, ke, pada beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima atas, situ, dalam

Kata Pascakata Kata Pembenda yang, -nya

Kata Penekan

-nya

LATIHAN : 1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi „nya‟ sebagai kata pascakata.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 3  
SINOPSIS

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Tunggal Kata Terbitan

Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.

apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal . 2004). KERANGKA TAJUK-TAJUK 3. tidak mengalami proses Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar.1. ii.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. 3.HASIL PEMBELAJARAN i. Dua Suku Kata.1 Definisi Kata Tunggal Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan. Empat Suku Kata dan Akronim. Tiga Suku Kata. Tahukah anda.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata. jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. 3. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.

terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa. iii. Sudah? Ini? ii.5): i. kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1. pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1.3. 3.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 3. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.1.1. ya Contohnya : am . 1996). di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu 3. VK Contohnya : yu. KV 2. Berdasarakan rajah 1 di atas. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad. dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan.1. Kamu.suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. ru. iaitu dipercayai kira-kira 500. ii. Contoh: i.1. iii.3. ii. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i.

skaf. KKKVK Contohnya : Skrip. teko 9. KV + V Contohnya : dia. alat. V + KVK Contohnya : izin. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. V + KV Contohnya : aku. unta 5. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata. krim. umpan 6. straw 3. golf. senda 11. draf. tin. air 3. . KV + KVK Contohnya : jarum. sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. binti. aib. KVK + KVK Contohnya : sandar. ulat 4. bau. asli. acah. kuih 8.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. KV + KV Contohnya : jala.3. KVK Contohnya : cat. KVKK Contohnya : bank.1. jemput.3.1. gred. iri 2. bin. 3. iaitu 19.1. KV + VK Contohnya : jauh. blok. bah. liar. tetapi pola suku katanya agak banyak. V + VK Contohnya : ais. cap 4. KKVK Contohnya : staf. zink. ini. 7. brek 5.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil. aur. dan. VK + KV Contohnya : undi.1. KVK + KV Contohnya : lampu. lap.3. 6. apa. pasu. VK + KVK Contohnya : ambil. ria 7. KKKV Contohnya : skru. telur dan hiris 10. Iblis.

KV + V + KV Contohnya : cuaca. isteri.1. manfaat 8. elaun 14. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara. tempias.1. haluan 7. seluar 6. Antaranya seperti berikut : 1. KV + KV + KV Contohnya : seteru. terumbu keranda 18.1. V + KV + VK Contohnya : ideal. soldadu 13. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari. V + KV + VK Contohnya : mendiang. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah. KV + KV + KVK Contohnya : teratak. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. bijaksana 3. sanubari. KV + KV + VK Contohnya : tempua. selesema 6. singgahsana . idea. KV + KV + V Contohnya : mulia. V + KV + KVK Contohnya : ijazah. KVK + KV + KV Contohnya : menteri.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. amaran. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. asasi 9. kelompok 3. budaya. biasa. tualang 3. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat. cendawan.3. ilahi. mentua. V + KV + KV Contohnya : utara. VK + KV + KV Contohnya : almari. ibarat 10. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. akaun. umpama 11. biduanda 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman. KVK + KV + VK Contohnya : sekian. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. V + KV + V Contohnya : usia. biola 2. belukar. Teruna 12. sandiwara 4. sembilan 17. barua 5. urea 4. akliah 15. KV + KVK + KV Contohnya : belanja. mesteri. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing. hikayat 16. kelemumur 7.

turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.9.5 Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan.Berita Nasional Malaysia Kugiran . Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. Contohnya : ABIM . KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya . KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12. jika bukan kata nama khas. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat.1.1. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11.3. a.3.Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama .5. nasional 10. bergantung pada cara pembentukkannya.kumpulan gitar rancak 3.1. Contohnya : .1. jika kata nama khas. maharajalela 3. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia b.

dalam berjalan dan di.. yang hadir sesudah kata dasar. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.tabika ..dalam diambil. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas. yang hadir sebelum kata dasar. apitan..pukul rata kugiran . Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan...kumpulan gitar rancak c. iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar. 3.. proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu 3.. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. iaitu: 1.taman bimbingan kanak-kanak purata . akhiran. kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. yang hadir secara mengepit kata dasar. misalnya ke-.-i dalam diikuti.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Oleh itu. Terdapat empat jenis imbuhan . . 2. misalnya –kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti..-an dalam keindahan dan di. awalan. misalnya ber.

suprasistem. iaitu : 1. pencari. mahaguru. sisipan. dwibudaya perpekejurumahatataprasubsupraekadwi3. . Dalam bahasa melayu. pertapa pesara. subsistem. subkategori suprakelas. membentuk kata nama.1. suprakategori ekabahasa. pewangi. awalan kata nama 2. tatanama prasejarah.2 Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang. yang hadir di celahan kata dasar.dalam telunjuk dan -in. apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. pembeli. ekasuku. tatanegara.4. ekahala dwibahasa. kehendak. misalnya –el. Awalan kata kerja 3.imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. prakata.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan. pekedai. pengecat perasap. Contohnya : Awalan peN= pepempenpengpengePerkataan pelukis. penyanyi pembalut.2.dalam sinambung.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang. kelepek jurubahasa. Imbuhan. maharaja tatabahasa. juruterbang mahasiswa. Awalan kata adjektif 3. pengayuh. dwifungsi. penjual pengguna.1. apabila bergabung dengan kata dasar. pengukur pengebom. jurujual.2. pemberi pendatang.2. sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. pengetin. prasangka subbidang. 3. perbara. peguam ketua.

tersenyum diatur. berbangga terkata. membentuk kata nama.2.1. menari.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang. terdapat hanya dua awalan adjektif .5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang. disuruh diperisteri. dan 2. memperbesar. diperoleh 3. membentuk kata adjektif . mentadbir mengaji. akhiran kata kerja 3. merasa membeli.1. diperbesar. . sehalus. menghasut mengebom.2. membalut mendaki. menduga. mengasuh. memberi. mengecat memperberterdidiper- memperisteri. apabila bergabung dengan kata dasar. mengetin. iaitu : Awalan ter se- Perkataan terpandai. termerah. akhiran kata nama. terpanjang seputih. apabila bergabung dengan kata dasar. iaitu : 1. terasa.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran.2. sejernih 3.1. bersetuju.Contohnya : Awalan meN= mememmenmengmengePerkataan melukis. memperoleh berkata. dibeli.

..2. budayawan. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja.. pentauliahan penguduran. penyuluhan pembukaan.2..Contohnya : Akhiran -an -wan -man -wati -isme --in -at -ah Perkataan ajaran. sultanah 3.. sosialisme. pengeboman.8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang.. Contohnya : Akhiran -kan -i Perkataan lahirkan. membentuk kata kerja. iaitu –kan dan –i ... pengekodan .. seniman seniwati. apitan kata kerja 3. Contohnya : Apitan peN-. apitan kata adjektif 3.. apabila bergabung dengan kata dasar... ambilkan. apitan kata nama 2... pengkhayalan pengesahan.. hulurkan ikuti.1.-an Perkataan pelaksanaan.-an peng-. iaitu : 1. usahawan budiman.. jalani. muslimin hadirat.2. bacaan ilmuwan. pemburuan. peragawati nasionalisme...-an penge-. apabila bergabung dengan kata dasar. akan membentuk kata nama. perusuhan...-an pen-.. pencucian. sertai 3. pemfitnahan pendakian. penggandaan.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah.-an: pe-.1. muslimat ustazah.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan. silaan. komunisme hadirin..-an pem-.1.

digulingkan melalui.. mensyaratkan menggulingkan.....1. mencucuri..... memfatwakan... mengkhususkan mengehadkan. kepanasan. mengkhianati dianugerahi.. didorongkan.. melakukan.. Contohnya : Apitan ke-..kan me-..-i memper-...10 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang. membelakangi.pe-..... diperlihatkan... mengepinkan beralaskan...-kan meng-. petempatan perjumpaan...-i ke-... mengawasi.. mewarnai mendahului. kecurian ..1..-an 3... pesisiran..-kan diper-....-i meng-..-an ke-..-an ke-. kebijakan... diperbahaskan diperingati memperdengarkan.. berjudulkan bertaburan. beratapan ditaburkan.. menyedari.. memperlihatkan. kelurusan Apitan kata kerja ialah apitan yang..-i diper-.-i men-. memberikan mendirikan..... membentuk kata adjektif..-an ke-. dianuti diperdengarkan.. persamaan.kan ber-. menanyakan membezakan..-an di-...-kan mem-.. mentakrifkan.-an Perkataan kemelayuan keinggerisan kearaban perkataan memajukan.-kan menge-..-i di-.-an per-.. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif .... apabila bergabungan dengan kata dasar. bergantungan. Contohnya: Apitan meN-. memperingati kehujanan..9 Apitan Kata Kerja pendalaman. iaitu ke-.. mengelakkan.-an.2..-kan memper-..... perlumbaan kecantikan. membentuk kata kerja.-i mem-. mengesyorkan..-kan meN-...2.. berbekalkan.-kan ber-.....-an 3...... menjauhi membanjiri.....-kan men-.. membasahi menghendaki.. didekati... apabila digabungkan dengan kata dasar.-i me-....

gerodak gemilang.1. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain.1. gelembung serabut.13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang.11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. iaitu: 1. tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan.2. kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. kelemumur seruling. sisipan kata nama. Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk.3. keruping kemuning. Terdapat dua sisipan yang masih wujud. .1. sementara sinambung Secara berkumpulan.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang.2. 3. Contohnya : Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak. Maksudnya. sisipan kata adjektif. dan 2. membentuk kata adjektif. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. membentuk kata nama.2. kemuncup 3. telapak. apabila hadir di celahan kata dasar. gemuruh. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. apabila hadir di celahan kata dasar.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2006). Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. Abdullah Hassan. Nik Safiah et. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Tatabahasa Dewan. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980). berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Al (1996). . LATIHAN 1. (1985). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Secara berkumpulan. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari.Bhd.

Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi. (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. 4.TAJUK 4   SINOPSIS Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Majmuk Kata Ganda Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu . jenis dan perinciannya. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. 4. jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. iaitu : i.2. iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan. yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Ini berbeza dengan rumah besar.Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. contohnya : . iii. 1996).2 Jenis-Jenis Kata Majmuk Dalam bahasa Melayu. dan telefon dail terus. Berdasarkan jenisnya. dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. jumlah kata majmuk adalah besar. ii. yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ). Contoh kata majmuk : kerusi malas. terima kasih. misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk. kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit. 4. Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan 4. Antara rumah batu.sebuah frasa. biru laut.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau hijau daun terima kasih guru besar bom tangan kuning langsat campuk aduk segi empat panjang dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran.

2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa telefon dail terus segi tiga pita suara medan sinaran segi empat panjang 4. misalnya kertas kerja dan urus setia.2. walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar.2. terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh.Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor 4.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan. terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan. hulubalang . iaitu : antarabangsa sukarela jawatankuasa tanggungjawab olahraga setiausaha bumiputera tandatangan kerjasama pesuruhjaya beritahu suruhanjaya kakitangan warganegara matahari Selain itu. Namun.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann. Antaranya : Kata Nama Contohnya : peribadi. iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam rabun ayam panjang tangan pilih kasih anak emas tumbuk rusuk 4.

walhal. iaitu : a.Kata Adjektif Contohnya : sukacita. pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.2. tandatangan-tandatangan. kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.3. Guruguru Besar Namun.3 Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. kepada Kata Hubung Contohnya : manakala.2 Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk.3. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. setiausaha-setiausaha 4. Menteri-menteri besar. Contohnya : campur aduk ambil alih daya serap menjadi menjadi menjadi bercampur aduk mengambil alih daya serapan . Contohnya : Alat-alat tulis. Contohnya : Warganegara-warganegara. barangkali Kata Tanya Contohnya : bagaimana 4.2. Naib-naib Canselor. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan. gambar-gambar rajah. dukalara Kata Sendi Nama Contohnya : daripada.

3.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. iaitu : 1.b. kata ganda berentak 4. Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda separa.kata ganda penuh. dan 3. Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Contohnya : campur aduk ambil alih satu padu menjadi menjadi menjadi mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan 4. 1996). kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. 2.3 Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan. Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian .

Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. Contohnya : Laki-laki Siku-siku Jari-jari menjadi menjadi menjadi lalaki sisiku jajari lalangit menjadi menjadi menjadi menjadi lelaki sesiku jejari lelangit Langit-langit menjadi 2. tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.3. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu : Di bahagian Hadapan Kata Dasar cinta-mencintai bantu-membantu kejar-mengejar 1. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu.4. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai 4.3. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya : Sayur-mayur Calar-balar .

b. Nyatakan jenis kata majmuk tersebut. Kemudian. kata ganda berentak bebas. a. b. tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya . Simpang siur Mengadu domba Penyahtaksaan Melatih tubi Pengambilalihan rempah-ratus lintang-pukang 2. Gunung-ganang Lintang pukang Lelabi Pokok-pokok Anak beranak BAHAN BACAAN . c. nyatakan kata terbitan tersebut. a. Contohnya : kusut-masai ipar-duai LATIHAN 1.Saki-baki 2. iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi. mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. d. c. Kemudian. Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. e. d. e.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. iaitu frasa. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. (2006). TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU Abdullah Hassan.Abdullah Hassan .Bhd. Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. Walaupun demikian. kriteria struktur morfem. kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (2006). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. klausa dan ayat. (1985).al. (1980). perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et. Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya. Tatabahasa Dewan.al. Nik Safiah Karim et. SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:     Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum. kriteria struktur fonologi atau bunyi. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. . Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.

klausa dan frasa. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. iaitu frasa nama (FN). KERANGKA TAJUK-TAJUK 5. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. Sehubungan itu. 3. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. 2. 4. perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu . manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. Seterusnya.Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat. iaitu ayat. frasa kerja (FK). 5. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. Oleh itu. iaitu klausa dan frasa.

Golongan Kata Menurut Asmah (1968): Rajah 5. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) Rajah 5.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan . kata adjektif dan kata tugas. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996): Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996) 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812) b. perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5. namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan. Sehubungan itu. iaitu kata nama.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu. kata kerja. tempat atau benda.Walaupun Nik Safiah Karim et.2.al.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d. 2010) seperti berikut: a. ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun.al. Golongan Kata Menurut Marsden (1812): Rajah 5.

(1996) menyatakan. iaitu kata nama khas. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua.berdasarkan ciri-ciri semantik. iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja. bahasa. undang-undang. 5. Rajah 5. bangsa. perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua. pangkat. kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu. iaitu manusia dan bukan manusia.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama Seperti yang telah dibincangkan. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan. Rajah 5. iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama 5. haiwan. Nik Safiah Karim et al. perbadanan (institusi). (ii) manusia atau . kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah. dan seumpamanya.3. jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas. iaitu (i) hidup atau tidak hidup. kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.6: Kata nama khas b. benda. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda. iaitu kata nama khas. kata nama am dan kata ganti nama. a.1). Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya.

Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.8: Kata Ganti Nama 5. .al. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut: Rajah 5. iaitu (i) Kata ganti nama diri. iaitu (i) kata kerja aktif transitif. iaitu kata ganti nama diri orang pertama. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua. iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.7: Kata Nama Am c. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil. kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga. (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut: Rajah 5.al (1996).bukan manusia. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et. (iii) Institusi atau bukan institusi.3.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja 5. Seterusnya. dan (ii) kata ganti nama tunjuk.3.2006) seperti berikut: Rajah 5. (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif. iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. kedua dan ketiga. kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.

kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-.(a) Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini. ber…an dan ter seperti perkataan menangis. iii) Aminah sedang mencuci pakaian. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan. me-…i. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. berkereta. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. jatuh. . (b) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayatayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Padi sedang menguning. ii) Pengarang itu menulis buku. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-. memper-…kan. terjatuh. dan bersendirian. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. ber-. Gadis itu tersenyum. Pemuda itu sedang berbual. duduk. Contoh : i) ii) iii) iv) v) vi) Pegawai itu berkereta ke pejabat. memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur. Contoh: i) Samad membacakan ayahnya surat.

. bertulis dan sebagainya. kedinginan. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif. tercapai dan sebagainya. kehujanan dan sebagainya. pilih satu petikan akhbar yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut: . (iii) Kata kerja pasif ke ….seperti berasah. iaitu (i) Kata kerja pasif berawalan ber.(c) Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.an seperti kecurian. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang). (ii) Kata kerja pasif berawalan ter. kata nama khas dan kata ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut: Tugu Negara Cangkul Sepet Siti Meja Sedih Kamu Ali Dia Cantik Hospital Mereka Kuala Lumpur Komputer Tun 2.seperti terangkat. terbunuh. kenal pasti kata nama am. berlipat.Secara berpasangan. AKTIVITI 1.

nama______ nama _____dan nama_______. perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr. Kata nama khas dibahagikan kepada dua. v. iaitu nama khas ________dan nama khas_______ ___________. LATIHAN Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja. BAHAN BACAAN . iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________. Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang. ii. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan. iv. ii. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________ vi. haiwan. iii. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______. i. benda.

Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. Oleh itu. kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Ali Mahmood et.al.al. . Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et. Abdullah Hassan. (2006). Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.al (1996. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat. TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. sungguh dan sangat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1985). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.Sabran dan Rahim Syam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Abdullah Hassan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Untuk pengetahuan anda. (1980). (2007). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti. 2006). Rencana Linguistik. (2010). Sehubungan itu. Ali Mahmood et. Tatabahasa Dewan.

seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et. 2. 3. penerang. 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. 6. penafi. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. penegas. pemeri dan tugas-tugas lain.al (1996. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenisjenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. klausa. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. pendepan. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.Kata tugas pula hadir dalam ayat. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif . mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK 6. penentu. anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. pembenar.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. pembantu. penguat.

Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan.al. paling. masih lebat lagi. atau sisipan (Ali Mahmood et. benar. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et. (v) kata adjektif waktu. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurangkurangnya sembilan jenis. (ii) kata adjektif warna. sama ada imbuhan awalan. sudah lama sungguh. (iii) kata adjektif ukuran.dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. (iv) kata adjektif bentuk. sekali. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. (vii) kata adjektif cara. sangat. sungguh. (viii) kata adjektif perasaan. agak. dan (ix) kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama. seperti contoh berikut: kuat keras bijak pintar lemah cergas nakal sihat jahat . apitan. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali. (vi) kata adjektif jarak. 6. iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan.al. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali.

Budak nakal selalu kena marah ii. iv. v. seperti contoh yang berikut: tebal nipis tinggi gemuk kurus panjang pendek rendah kecil Contoh ayat: i. Anaknya masih kecil lagi. ii. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. Kereta merah itu kepunyaan abang. ii. v. Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna. Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran. . iii. iii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. v. iv.Contoh ayat: i. Badannya semakin kurus. Adik suka pakai baju hijau. Peserta itu berdiri dengan cergas. seperti contoh berikut: jingga putih perang biru hitam kelabu Contoh ayat: i. Anak Pak Kamar bijak sekali. iv. Buku tebal itu sudah saya baca. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. Dia lemah dalam matematik iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning. Dia memiliki mata berwarna biru. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Matanya tajam memandang ke hadapan Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa. Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di kampus sehari suntuk. iii. seperti contoh berikut: lurus bengkok lonjong Contoh ayat: i. v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: nyaris hampir dekat jauh . Mukanya bujur sirih. v. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. leper buncit bulat bundar tajam bujur Jalan lurus mudah dilalui. iv.Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk. ii. Kenangan silam sukar dilupakan. iv. seperti contoh yang berikut: kerap jarang baharu awal lewat dahulu sering silam lampau Contoh ayat: i. ii. iii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

Dia cermat apabila berbelanja. iii. Gasing itu berpusing ligat. v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara . iii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam. Mereka amat rindu akan kampung halaman. seperti contoh yang berikut: kasih sayang cinta takut hendak rindu malu geram marah Contoh ayat: i. Arus sungai itu sangat deras.Contoh ayat: i. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. Dia berdiri hampir dengan kereta saya. Dia masih marah kepada saya. ii. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. seperti contoh yang berikut: pantas lambat laju deras gopoh cermat ligat perlahan cepat Contoh ayat: i. ii. ii. v. iv. iv. iii. Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan. Siapa cepat dia dapat. Kereta itu dipandu dengan laju.

Pemuda segak itu guru saya. iii. Kulit mukanya sangat halus.  Lantai itu licin kerana baru dicuci. dengar. Indera dengar nyaring merdu garau lembut serak mersik i. dan rasa seperti contoh yang berikut: Indera sentuh lembik halus kasar kesat licin keras i. ii. v. . pandang. Alunan musik itu mersik. Buku itu berkulit keras. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh. Teriakannya nyaring sungguh. iv.  Suaranya merdu bagai buluh perindu. ii. v. bau. Kain yang kesat itu ialah kain lap. iii. Indera pandang comel cantik hodoh buruk segak molek i. iv.

Buah limau masam rasanya. Indera bau wangi busuk hanyir hancing harum tengik i. iv. Setiap hari kita minum air tawar. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. Kuih tradisional itu terlalu manis. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. iii.ii. v.  Bunga ros itu harum baunya. Setiap hari dia memakai minyak wangi.  Kakaknya suka berpakaian cantik. Saya tidak suka minum ubat pahit. v. iv. iii. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah. vi. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. 6. Indera rasa manis masin kelat payau masam lazat i. iv.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas . Pakaian pengantin itu molek sungguh. ii. Semua orang suka makanan lazat. ii. iii.

tolong. dari.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat. berapa. pun tidak. dan frasa adjektif. segala. fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri. tah. iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama. bukan ialah. sudah. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat. klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. berfungsi sebagai kata praklausa. lah. daripada ya. dalam. tepi 6. penguat. golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama. banyak atas. benar dua.al. tetapi wah. atau sebagai kata pascakata. syahadan akan. atau. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat. dan sebagainya. siapa sila.Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). adalah di. Dengan perkataan lain. betul. penentu. penegas.cis apa. kah. maka. bawah. amat. prafrasa. harap hatta.amboi. Sehubungan itu. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et. pernah sangat. pembenar. paling juga. penerang. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : : dan. frasa kerja.2010) Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan Kata Tugas Ayat . penghubung. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. klausa.

lalu.   Komplemen bahawa   . tetapi. malahan. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.  Gabungan dan. Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar. kemudian  Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.1. Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer.  Relatif yang  Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan. atau. Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. serta.   (ii) Kata Hubung Pancangan 1. sambil.

Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan. walaupun. sewaktu. celaka. cis. agar. pertanyaan. bila. 2. petani itu menanam jagung. Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan. kalau. hingga. semasa. sekiranya. awak telah berjaya! Aduhai. setelah. syabas. untuk. meskipun. amboi. awak datang lambat sangat!  Kata tanya berapa. andai kata. Kalau musuh menyerang. jikalau. wah. kata perintah. atau sebagai penerang pangkal kepada klausa  Kata seru aduh.      (iii) Kata Praklausa 1. oh. kata tanya. mana   Harga barang itu berapa? Mengapakah dia menangis semalam? Kesihatannya sekarang  . kami akan melawan. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa. siapa. Keterangan kerana. supaya. sementara. mengapa. sungguhpun. wahai   Syabas. eh. ketika. aduhai. tatkala. Sementara menanti padi masak. bagaimana. kata pembenar. apa. Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat. kendatipun. apabila  Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. dan kata pangkal ayat. semoga. iaitu yang terdiri daripada kata seru. pengiyaan.

Janganlah bersusah hati. alkisah. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu. betul. arakian   Hatta istana itu pun siaplah. Silalah masuk. jangan. Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja. jemput.      Kata pembenar ya. Ya. benar     Kata pembenar hatta. sekali peristiwa. tolong. maka. usah.    Kata perintah jangan. harap. minta. adapun. Sebermula berburulah baginda bersama-   . itulah orangnya. syahadan. kalakian. Harap saudara dapat datang petang ini. sila. Benar. tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian. sila. benar.bagaimana?  Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri? Manakah baju baharu saya? Siapakah yang datang semalam? Jangan buang sampah di sini. Betul. itulah cikgu baru di sekolah kita. sebermula.

 Kata bantu 1. atau frasa adjektif. Adik masih membersihkan meja. menyendikan. (iv) Kata Prakfrasa 1. menguatkan. sedang. menegaskan. memerikan. pernah. Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi. menunjukkan arah. masih. 2. dan membilang. Murid-murid itu baru tiba. menafikan. Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja. baru. iaitu sama ada frasa nama. belum     Pekerja itu telah pulang. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa.     . frasa kerja. Mereka pernah ke utara Malaysia. Semua kenderaan akan diperiksa esok. Bantu Aspek: telah. akan. Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer.sama hulubalangnya. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu.

nian  Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. mesti. Penguat Hadapan: terlalu. dapat  Cikgu Ramli bersungguhsungguh hendak mengadakan kelas tambahan. sungguh  Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas.    Lukisan di dinding itu cantik sekali. 3. Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka. paling. Penguat belakang: sekali. Dia keluar sebentar nian. Bantu Ragam: hendak. Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri. Bangau itu terlalu kurus.2. Lambat benar bas itu tiba. terlalu. sama ada di . benar. Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.       Kata penguat 1. boleh. Penguat bebas: amat. Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.    2. sangat. mahu. Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga. harus. agak  Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. Pendapatnya agak bernas. Cadangan yang dikemukakannya paling menarik. agak. paling.

 Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan. 1. Rumah lama itu tidak besar sangat   Kata nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat. Dia tidak berlari. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.hadapan atau di belakang kata adjektif. dan frasa sendi nama 1. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan  Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. iaitu frasa nama. frasa kerja. frasa adjektif. Orang itulah bapanya. Kami ingin juga ke pekan. Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.   3.  . hanya. -tah. -lah. memang  Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat    Kami juga ingin ke bandar. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga. 1. pun. Penegas frasa predikat: kah. Itu bukan mereka. Roti bukan diperbuat daripada besi. lagi. Hujan hanya turun pada musim dingin.  Kata penegas Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan   2. jua.    Siapakah majikan kamu itu? Apatah daya kita. hanya. Hujan turun hanya pada musim dingin.

1. haiwan. Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam. perbezaan. Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa. Menyatakan tempat atau arah. Punca: Dia menerima surat daripada kakak. Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang. Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan. dan perbandingan: daripada    . Menunjukkan tempat: di  2. 1. Arah: Mereka menuju ke selatan. unsur mujarad. Hadir di hadapan frasa nama: ialah  Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya. waktu atau masa: ke    3. Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah    Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. benda. Kenyataan itu adalah tidak benar. Menunjukkan: tempat. Perbezaan atau  2. asal kejadian. arah dituju. Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham. Kata pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. sumber.waktu atau masa: dari   4. Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok. Menyatakan punca bagi manusia.

bagi sedang   6. bagi   8. Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki. 5. menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada  Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani. haiwan. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada   7. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk. Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. unsur mujarad.perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka. Rumah pekerja dibaiki. Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi. . Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk  Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu. Bertugas membawa makna tujuan: demi  Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini. Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik. Membawa rujukan: tentang maksud  Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara. 9. 10.

Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak.11. semenjak} dua tahun yang lalu. Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak. hubungan yang membawa maksud sebab: oleh   . Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya. bagai. laksana} batu. Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya. Hubungan yang membawa maksud    13. Membawa rujukan: terhadap maksud  15. bagai. umpama. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan  16. 12. cara sesuatu dilakukan. semenjak  14. Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa. Membawa maksud perbandingan: seperti. Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya. umpama. Membawa maksud bersama-sama. memakai atau menggunakan. laksana  Perbandingan: Hatinya keras {seperti. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif. menyatakan perbandingan yang serupa: dengan  Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu.

belakang. dua. dalam. atau tempat: hingga. luar. Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya. 18. bawah. samping. sisi. Menunjukkan bilangan tentu: satu. Mereka bersembunyi bawah rumah. 17. segi. atas. sampai} peringkat universiti. barat. selatan. sepuluh. penjuru. tengah. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Menunjukkan bilangan tak  . sejuta  2. antara. Buku itu ada di atas meja. antara  Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. Kami mendirikan khemah di belakang rumah. hadapan. sudut. tepi.sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan. Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai. utara      Petani itu berjalan di tepi danau. sampai  Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam. timur. di   Kata arah 1. Bilangan tak tentu: Segala persiapan  Kata bilangan 1. waktu. Dia duduk di antara Ramli dan Salmah.

(ii) kata adjektif warna. 2. (viii) kata adjektif perasaan. (iii) kata praklausa.  Kata penekan 1. Berdasarkan petikan di bawah. semua. (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata. 1. catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata adjektif. kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza. (iii) kata adjektif ukuran. beberapa. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: nya sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya. iaitu (i). (iv) kata adjektif bentuk. sakitnya  Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. (vi) kata adjektif jarak. para. seluruh.  Kata pembenda 1. lajunya. Menjadikan  Lajunya ialah 100 km sejam. sekalian. -nya yang hadir selepas perkataan. sedikit (v) Kata Pascakata telah dibuat. (ii) kata hubung pancangan. iaitu (i) kata hubung gabungan. dan (ix) kata adjektif pancaindera. Secara berpasangan. (v) kata adjektif waktu. . 2. banyak. kata adjektif sifatan atau keadaan.tentu: segala. (vii) kata adjektif cara. AKTIVITI 1.

“krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk.my/klikdbp/klikdbp1apr7. Kuala Terengganu. Dalam ucapan perasmiannya.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa.pdf LATIHAN . seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.gov. bakal pendidik. dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran.” Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan.Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi. pegawai kerajaan. apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan. Oleh itu. pendidikan dan di tempat awam. penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan. Di samping itu. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan. Tegas beliau. media massa. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun. bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sumber: http://www. mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta. sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. Profesor Dr. guru. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental. beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. iaitu.dbp.

Dia mengorak senyum. tapi maksud kau. Kurang manis. . lalu menyuapkannya ke mulut.Berdasarkan petikan cerpen di bawah." balasnya. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Aku masih diam. Rasa terhina! BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. "Ya. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan. Tapi berkongsi pandangan. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. "Err. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Menarik nafas. Aku mencapai satu paket gula. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat.. kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (1980). Hilwah.." Aku menjawab acuh tidak acuh. mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. dan tidak. "Hilwah. Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.. kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring. Rencana Linguistik. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora." "Aku bukan mengajak bertekak. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?".

al. Abdullah Hassan (2008).al (1996.al. 2006). Tatabahasa Dewan. Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka . Ali Mahmood et.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Nik Safiah Karim et. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (2007).Abdullah Hassan (2006). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. 2006). (2010).Bhd. Ali Mahmood et. Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.al (1996.