You are on page 1of 5

AMALI 1: EKOSISTEM TANAH BIOTA TANAH DAN SIRATAN MAKANAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

. Kumpul sampel daun-daun kering dan tanah lapisan atas (< 3cm) dari dua lokasi yang berbeza. Letak sampel-sampel tanah itu dalam beg plastik yang berlainan (labelkan) dan lengkapkan Jadual 1 (Ciri Lokasi). Di makmal, campurkan daun-daun kering dengan tanahnya dari lokasi yang sama. Sediakan dua set Corong Tulgren (untuk dua sampel campuran tanah). Letakkan 50g campuran tanah dalam Corong Tulgren selama dua hari. Keluarkan balang kaca yang mengandungi etanol dan tutupkannya. Memerhati organisma-organisma dalam balang kaca dan lengkapkan Jadual 2 (Mesofauna). Letakkan 500g campuran tanah dalam sebuah talam dan memerhati spesimenspesimen dengan menggunakan kanta tangan. Mengenal pasti spesimen yang dijumpai dan lengkapkan Jadual 3 (Makrofauna). Rumuskan hasil pemerhatian dengan mengira bilangan order organisma dalam setiap liter tanah, bagi setiap sampel (Jadual 4: Keputusan).

Jadual 1: Ciri Lokasi Ciri Lokasi Jenis tumbuhan Lokasi 1 Lokasi 2

Tahap kegelapan kawasan

Kekeringan / kelembapan tanah

pH tanah

Kemampatan tanah

Tektsur tanah (berpasir, liat, dsb.)

Jadual 2: Mesofauna Order organisma Bilangan / Lokasi 1 (isipadu tanah: 50g ) Bilangan / Lokasi 2 (isipadu tanah: 50g )

Jadual 3: Makrofauna Order organisma Bilangan / Lokasi 1 (isipadu tanah: 500g ) Bilangan / Lokasi 2 (isipadu tanah: 500g )

Jadual 4: Rumusan Order organisma Lokasi 1 Bilangan / liter tanah Lokasi 2 Bilangan / liter tanah

SOALAN / PERBINCANGAN 1. (a) Apakah perbezaan dalam diversiti antara tanah dari dua lokasi itu? (b) Bolehkah anda mencadangkan mengapa terdapat perbezaan antara dua lokasi itu? (c) Parameter-parameter tanah yang manakah boleh menjadi penyebab bagi perbezaan-perbezaan itu? 2. Huraikan peranan makrofauna dalam tanah. 3. (a) Kaji siratan makanan yang diberi dan labelkan biota (bahan hidup cth. fungi, nematoda, dsb.) dan nyatakan fungsinya (pengeluar, pengguna primer, detrivor dsb.) dalam ekosistem. (b) Huraikan pengaliran tenaga dalam siratan makanan ini (dari aras pertama hingga yang terakhir pada rantai makanan). (c) Apa akan terjadi pada tenaga dan nutrien apabila pengguna pada aras tertinggi rantai makanan mati? (Serahkan gambarajah siratan makanan yang telah dilengkapkan bersama laporan amali anda.) 4. (a) Namakan kumpulan-kumpulan mesofauna. (b) Namakan kumpulan-kumpulan mikrofauna. (c) Apakah fungsi kedua-dua kumpulan organisma tersebut di atas? 5. Siratan makanan menggambarkan kompleksiti biologi dan sedemikian kesihatan tanah. (a) Jelaskan bagaimana kaedah pengurusan tanah yang kita mengamalkan boleh mengubah kesihatan tanah. 6. (a) Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang terhadap kemampanan ekosistem tanah. (b) Nyatakan perkhidmatan ekosistem di bawah kawalan biota tanah.

You might also like