You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KOIR DI SEKOLAH

1.0 Tajuk Penubuhan Kelab Koir di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa.

2.0 Tujuan Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir SMJK Keat Hwa bagi menubuhkan Kelab Koir.

3.0 Matlamat Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan falsafah pendidikan negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan Kelab Koir sebagai medium penting untuk menjadi sumber modal insan yang berupaya mencapai matlamat Wawasan 2020 yang menjadi impian negara Malaysia.

4.0 Objektif Objektif penubuhan Kelab Koir dibahagikan kepada dua, iaitu:

4.1 Objektif bukan muzikal Melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin yang baik Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang disertai Meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang maksima Melatih semangat bekerja secara kumpulan Mewujudkan budaya toleransi sesama ahli kumpulan

4.2 Objektif muzikal Dapat mengenali dan belajar kemahiran-kemahiran semasa menyanyi Menguasai kemahiran membaca notasi muzik dengan baik Dapat mempersembahan koir semasa aktiviti rasmi di sekolah

5.0 Pendahuluan Kokurikulum yang melibatkan muzik contohnya kelab koir mempunyai perkaitan yang jelas terhadap pembentukan modal insan dan semangat perpaduan antara kaum. Hal ini telah dijelaskan dengan nyata dalam laporan Jawatankuasa Kabinet (1980) yang mengkaji dasar pelajaran (1979) yang menyebut bahawa penubuhan kelab atau persatuan beruniform seperti kelab koir adalah penting untuk menanamkan semangat perpaduan berbilang kaum.

Perkara ini turut disokong oleh Noraidah Bt Mohammad Kasran (1988) yang mendapati aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni, bahasa dan pengalaman amali. Oleh yang demikian, aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 mampu dicapai melalui aktiviti kokurikulum berbentuk Muzik.

6.0 Latar belakang Koir (Choir), Chorale (masih tiada terjemahan khas bahasa Melayu), atau Korus (Chorus) adalah kumpulan penyanyi vokal yang membentuk sebuah ensembel muzik. Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama." Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza. Perkataan "koral" (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan chorale dipanggil muzik koral.

Secara praktikalnya, ramai orang dapat membuat perbezaan 4 istilahistilah ini, walaupun hakikatnya tidak terdapat takrif-takrif yang kuat sebenarnya untuk membezakan mereka. "Koir" sering dirujukkan kepada kumpulan koral yang berkaitan dengan gereja atau sekolah. "Korus" pula kerap digunakan dalam konteks teater, contohnya opera atau teater muzikal; iaitu merujuk kepada kumpulan penyanyi-penyanyi (dan juga penari-penari) yang menjadi penyanyi latar sesuatu persembahan.

7.0 Rasional 7.1 Kelab ini dapat memperkenalkan konsep nyanyian koir yang lebiih menyeronokkan dengan menggunakan aplikasi ICT dan alat muzik dan secara langsung ini dapat membangkitkan minat murid-murid terhadap muzik. 7.2 Kelab ini adalah terbuka kepada semua pelajar SMJK Keat Hwa. Oleh itu, pelajar SMJK Keat Hwa dapat menguasai ilmu luar daripada kelas. 7.3 Kebanyakan pelajar di SMJK Keat Hwa mempunyai minat dalam koir.

8.0 Cadangan pelaksanaan 8.1 Tenaga pengajar a) Sekurang-kurangnya 2 orang jurulatih akan mengendalikan latihan bagi setiap sesi latihan. b) Untuk permulaan, 2 orang jurulatih atau lebih adalah diperlukan bagi mengendalikan latihan yang berbentuk kumpulan, iaitu: woodwind, brass dan perkusi. c) Tenaga pengajar adalah terdiri daripada jurulatih dan pakar dalam bidang masing-masing. d) Bayaran saguhati adalah sebanyak RM100 sejam untuk seorang tenaga pengajar.

8.2 Latihan Sesi latihan akan dijalankan seminggu dua kali. Satu sesi latihan akan mengambil masa dua jam. Salah satu daripada sesi latihan akan diambil alih oleh tenaga pengajar luar yang berpengalaman.

8.3 Tempat Latihan koir ini akan dilaksanakan di Bilik Multimedia 1, Blok A setiap kali.

8.4 Sasaran Bagi sasaran ahli, semua yang berminat terhadap koir boleh menyertai kelab ini.

9.0 Penutup Kesimpulannya, penubuhan Kelab Koir di SMJK Keat Hwa merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam kelab koir mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat SATU MALAYSIA dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, ............................. (TEH SI SIAN)

REFLEKSI Semasa diberitahu oleh pensyarah bahawa kami perlu membuat satu kertas kerja tentang penubuhan kelab koir, saya agak risau dan bimbang. Hal ini disebabkan saya tidak pernah membuat kertas cadangan seperti ini. Oleh itu, saya tidak begitu yakin tentang keupayaan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam membuat kertas kerja ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah. Masalah yang paling utama saya menghadapi ialah tidak mengetahui formatnya. Saya telah menanya kawan saya namun mereka tidak dapat memberi jawapan yang pasti kepada saya. Walau bagaimanapun, pensyarah telah menberi satu sampel kertas cadangan kepada kami dan saya dapat merujuk kepadanya. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah mencari maklumat melalui Internet supaya saya dapat lebih memahaminya dan menggunakannya dalam tugasan saya. Saya juga sentiasa berbincang dan bertukar pendapat dengan kawan saya. Hal ini membolehkan saya dapat menyempurnakan kertas kerja ini dengan lebih efektif dan sempurna. Selain itu, saya telah mendapati kekuatan saya iaitu dapat menaip dengan cepat. Oleh sebab itu, saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui tentang kepentingan dan keperluan menubuhkan persatuan koir di sekolah. Bakat pelajat dapat dicungkil dan potensi pelajar dapat dikembangkan melalui persatuan koir.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan. Malah, saya telah belajar banyak perkara penting tentang penubuhan persatuan koir. Saya akan mengaplikasikan perkara yang saya telah belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya pada masa depan.

You might also like