You are on page 1of 59

KPS 3014-PENGURUSAN PEMBELAJARAN

(KUMPULAN PEMBENTANGAN: 2) PENGURUSAN MURID KUMPULAN KULIAH: N AHLI KUMPULAN NAMA NURHAFIZA BT JAMALUDIN NOR SAKHIYAH BINTI ILYAS WAN NORFARHAH BT WAN HARUN NUR IZZAH BT IBRAHIM AZMA AMIRA BT MOHAMAD NOOR IZZATIE BT AMIR MUHHAMMAD HAFIZ B ABD KADIR NO. MATRIK D20091034727 D20091034756 D20091034864 D20091034874 D20091034859 D20091034878 D20091034812

BAB 5: PENGURUSAN MURID 5.0 PENGENALAN Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimana perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau pemulihan. Perancangan merupakan satu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan murid yang bertujun bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kemudian, pengelolaan pula merupakan pengumpulan resos-resos serta pembentukan prosedur dalam menguruskan murid. Meminoin boleh diertikan sebagai aktiviti pentadbiran seperti penyeliaan dan penyelarasan program murid. Aspek yang terakhir ialah pengawalan serta pemulihan yang melibatkan laporan dan maklum balas untuk memperbaiki rancangan pengurusan murid yang telah dijalankan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara penyelaras dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya terutama kepada para pelajar bagi memastikan sistem pengurusan murid ini lebih dinamik.

5.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN MURID Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. 5.2 KOMPONEN PENGURUSAN MURID Bagi memastikan kejayaan seseorang individu dan pencapaian sesebuah sekolah berada pada tahap yang tinggi, pengurusan yang strategik perlu diambil. Seperti yang telah dinyatakan, pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik serta sahsiah murid. Maka, pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebih dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkara-perkara lain seperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. Bagi memastikan proses pengurusan murid berjaya, semua pihak yang terlibat di sekolah perlu bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara pihak yang terlibat didalam organisasi tersebut ialah pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru besar atau pengetua, penolong kanan (Hal Ehwal Murid), guru serta murid. Antara langkah yang boleh diambil atau komponen dalam pengurusan murid ialah dengan menguruskan rekod murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiap matapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Melalui proses ini, guru dapat melihat turun naik prestasi murid tersebut serta mengenal pasti murid yang lemah dalam satu-satu mata

pelajaran. Setelah itu, secara tidak langsung para guru boleh melakukan kelas tambahan bagi membantu pelajar yang lemah serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut agar prestasi dan potensi murid dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa murid mengetahui tahap prestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Seterusnya ialah kesediaan murid belajar dimana guru perlu memastikan bahawa murid mereka bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan proses pembalajaran dan pengajaran. Bagi memastikan kesedian murid belajar, pihak sekolah perlu memaklumkan murid mengenai sukatan pelajaran kerana melalui cara ini dapat membantu para pelajar untuk membuat persediaan awal melalui pembelajaran akses kendiri iaitu mencari maklumat dengan sendiri berkaitan tajuk yang akan dipelajari di dalam bilik darjah nanti. Selain itu, bagi memastikan kesediaan murid belajar, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya melakukan set induksi iaitu menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat murid agar dapat member perhatian kepada pngajaran yang akan berlaku. Selain daripada itu, guru boleh memastikan kesediaan murid belajar dengan menguruskan bahan pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran, bahan pembelajaran dan bahan rujukan serta secara tidak langsung dengan menggunakan bahan tersebut, para guru boleh merancang aktiviti pengajaran dalam menyampaikan konsep dengan cara yang efektif. Murid juga boleh menggunakan bahan tersebut untuk memahami konsep dan kemahiran dengan lebih seronok dan mudah difahami. Memotivasikan murid merupakan antara komponen yang terdapat di dalam pengurusan murid. Pihak sekolah seharusnya memberikan peranan yang lebih dalam memotivasikan pelajar kerana sekiranya murid di sekolah tersebut kebanyakannya mempunyai masalah emosi atau tidak mempunyai semangat untuk belajar. Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat dijalankan terhadap murid dalam memotivasikan mereka. Jika pihak sekolah tidak mengambil sebarang tindakan sama ada mengadakan aktiviti atau program untuk memotivasikan murid maka murid yang berjaya dalam bidang akademik tidak dapat dilahirkan. Bagi memotivasikan pelajar, guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti atau program iaitu dengan memberi khidmat kaunseling atau konsultasi kepada murid, mengadakan seminar atau program motivasi dengan menjemput

penceramah luar di samping bimbingan kerohanian dan psikososial yang dapat membantu murid untuk mengembangkan potensi diri.

5.3 MENGURUS REKOD PELAJAR 5.3.1 Pengenalan Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Hal ini menandakan bahawa mengurus rekod murid adalah satu perkara yang perlu dilakukan supaya maklumat yang berkaitan dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat dari perkara-perkara yang akan memusnahkannya. Jika ini terjadi pastinya memberi kesan yang mendalam kerana data berkenaan murid amat diperlukan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sebelum aktiviti rekod ini berlaku pentaksiran perlu dilakukan. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Perkara ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan dan dilaksana secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara tidak langsung, hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. 5.3.2 Kepentingan Mengurus Rekod Mengurus maklumat murid dengan baik adalah penting. Hal ini kerana, secara tidak langsung dapat membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah. Bilik darjah merupakan antara medium yang penting dalam berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Jika bilik darjah berada dalam keadaan selesa maka guru dapat menyampaikan ilmu dengan jayanya. Keadaan ini ditambah lagi apabila guru memiliki maklumat berkenaan murid secara tidak langsung guru dapat menggunakan kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh anak didiknya

untuk mempertingkatkan dan memperkasakan kaedah pengajaran supaya cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai dengan berkesan. Selain itu, maklumat peribadi murid-murid dapat membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Hal ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. Tambahan pula, melalui maklumat peribadi murid juga dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain, misalnya bantuan dari segi kewangan. Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah. Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut. Hal ini penting supaya murid tersebut tidak tercicir dalam akademik serta tidak bersikap rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki. Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidak melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatan penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu, maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid. Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat. Seterusnya, rekod yang mengandungi catatan atau komen guru mata pelajaran serta markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya. Hal ini bermakna ibu bapa dapat mengetahui keadaan sebenar anak mereka dan tidak akan berlaku kecurangan dari pihak murid seperti menipu ibu bapa. Keadaan ini berikutan segala maklumat telah direkodkan akan dirujuk jika pihak yang berkaitan ingin melihatnya. Selain itu, keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun

dicatat dalam Buku Laporan. Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata pelajaran tersebut. Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anak-anak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini. Secara tidak langsung, kesepakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat dijalinkan dan mengetahui segala tindak tanduk anak-anak ketika berada di sekolah. Buku kedatangan murid juga merupakan salah satu lagi rekod rasmi murid. Buku ini mencatat kehadiran murid pada setiap hari persekolahan. Sehubungan dengan itu, guru boleh mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan dan membantu guru memperoleh tren kehadiran muridnya. Buku ini membantu memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk atau murid tercicir daripada kelas tersebut. Maka, bagi murid yang sering tidak hadir guru boleh mengambil tindakan menghubungi ibu bapa murid tersebut dan secara tidak langsung jika semua perkara ini dilaksanakan dengan telus sudah pasti gejala sosial yang semakin meruncing dapat dikurangkan sedikit demi sedikit dan matlamat untuk mencapai negara maju 2020 akan tercapai dengan jayanya bak kata pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju didunia. Selain daripada persekitaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran dan sumber maklumat murid mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah. Keadaan ini berikutan maklumat diri murid yang terdiri daripada pelbagai macam dapat diubahsuai dengan mangikut kesesuaian keadaan diri murid-murid itu sendiri. Hal ini bermakna rekod yang ada dapat dijadikan sumber rujukan dalam membuat keputusan. Perkara ini penting supaya kesukaran yang dialami oleh murid dapat dibantu dan secara tidak langsung murid-murid akan berasa tertarik untuk belajar. Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan.

5.3.3 Merekod Maklumat Merekod dapat didefinisikan sebagai aktiviti mencatat maklumat secara bersistematik berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Secara umumnya, merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu secara huraian, mengira masa dan menghitung jumlah serta mencatatkan maklumat secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu perkara. Pemilihan rekod yang sesuai merupakan aspek terpenting untuk memastikan rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang bakal dibuat ke atas rekod. Oleh yang demikian, antara perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum melaksanakan rekod ke atas tingkah laku murid adalah tujuan, aspek, perincian dan pertimbangan yang praktikal.

5.3.4 Kaedah Merekod 5.3.4.1 Naratif 5.3.4.2 Rekod anekdot Kebiasaannya merekod maklumat secara huraian melibatkan penggunaan rekod anekdot dan rekod berterusan, di mana rekod-rekod ini mengaplikasikan teknik merekod secara cerita atau naratif. Rekod anekdot merupakan rekod yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa dan berbentuk catatan ringkas yang merekodkan satu kejadian atau tingkah laku yang penting. Justeru, rekod ini akan menerangkan sesuatu peristiwa yang dicatatkan secara berperingkat dan diterangkan secara fakta dengan menimbulkan pelbagai

persoalan bagi menceritakan peristiwa tersebut. Misalnya, guru mempersoalkan di mana, bagaimana, apa, bila, siapa dan tujuan atau objektif peristiwa tersebut berlaku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menulis rekod anekdot adalah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang, murid yang ingin diperhatikan tidak perlu ditentukan dan mengenal pasti kepentingan peristiwa yang berlaku serta signifikan kepada aspek perkembangan murid. Selain itu, setiap pemerhatian perlu ditulis secara objektif dan perkara-perkara yang ditulis mestilah

menggambarkan perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang diperoleh murid. Setiap persoalan yang timbul mengenai peristiwa atau tingkah laku yang ingin direkodkan dapat diterangkan oleh guru dengan menggunakan perkataan iaitu dalam bentuk ayat atau menggunakan gambar. Sesuatu rekod harus mengandungi maklumat tentang nama murid, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru, cadangan dan tindakan yang diambil oleh guru. Jika sesuatu peristiwa yang berlaku memerlukan campur tangan guru, maka guru akan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid keluar daripada permasalahan yang dihadapinya. Persediaan alat tulis dan buku kecil atau helaian kertas di tempat yang mudah dicapai amat penting agar guru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan serta-merta. Antara kebaikan penggunaan rekod anekdot adalah tidak memerlukan latihan dan guru boleh menulis apa-apa sahaja yang diingininya. Selain itu, tiada panduan yang perlu diikuti dalam melaksanakan rekod ini. Justeru, sesiapa sahaja boleh melakukan rekod anekdot. Kebiasaannya, rekod anekdot digunakan untuk merekod kejadian yang tidak diduga dan mencatatkan tingkah laku yang diperlukan. Namun, sekiranya pemerhati tidak mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan segera, pemerhati berkemungkinan lupa tentang perkara tersebut atau salah mencatatkan fakta mengenai peristiwa tersebut. Kadangkala catatan peristiwa yang direkod sukar untuk dianalisa oleh orang lain. Hal ini kerana pencatat mencatatkan peristiwa yang berlaku terlalu ringkas sehinggakan tidak mempunyai gambaran peristiwa yang lengkap.

Contoh Rekod Anekdot

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar Umur : 6 Tahun Kelas : Pra Bestari

Tarikh : 22 Februari 2009 Masa : 8.35 Pagi Tempat : Taman Permainan Prasekolah Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan: Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit. Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam. Ulasan Guru: Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan. Cadangan: Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.

5.3.4.3 Rekod Berterusan Rekod berterusan adalah suatu catatan terperinci mengenai sesuatu kejadian mengikut urutan masa.Lazimnya, urutan masa yang ditetapkan adalah di antara lima minit sehingga sepuluh minit. Catatan rekod jenis ini akan diulang beberapa kali dan dicatatkan secara berterusan. Secara ringkasnya, rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perbuatan dan percakapan murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Prosedur untuk melaksanakan rekod ini adalah dengan memfokuskan kepada murid yang diperhatikan, memastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian dan merekodkan setiap perkara yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatatkan hendaklah tepat dan padat serta setiap perlakuan mestilah dicatatkan dengan jelas mengikut urutan. Rekod berterusan amat membantu ibu bapa dan guru dalam memahami perkembangan potensi murid. Setiap hasil kerja atau perubahan yang berlaku pada murid dapat dikenal pasti dengan kadar yang segera. Justeru, rekod berterusan memberi makna yang besar untuk murid dalam memperlihatkan kemampuan dan kejayaan yang mampu mereka capai. Sekiranya guru dan ibu bapa prihatin dan sentiasa memberi galakan kepadanya untuk membuat yang terbaik secara tidak langsung keazaman, kepercayaan diri dan keyakinan diri murid akan meningkat. Di samping itu, guru dapat merekodkan setiap perkara yang disukai oleh guru kerana rekod berterusan merupakan satu bentuk rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada sesuatu peristiwa sahaja. Oleh yang demikian, setiap perkara boleh dicatat tetapi mesti berpandukan masa manakala, dari sudut pemerhatian, guru dapat lakukan pemantauan dan pemerhatian tanpa perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang khusus. Rekod berterusan memerlukan guru peka dengan perubahan masa. Oleh sebab itu, semasa merekod guru perlu menjauhkan diri daripada murid-murid agar tidak diganggu oleh mereka. Sekiranya pemerhatian dilakukan secara berkumpulan, data yang direkodkan sukar untuk ditentukan ketepatan peristiwa yang berlaku dengan masa yang dicatatkan. Percanggahan data akan berlaku dan ini menyebabkan guru sukar untuk

merekod semua kejadian yang berlaku secara terperinci. Masa yang banyak akan diperlukan dalam menyiapkan laporan rekod.

Contoh Rekod Berterusan Nama : Ainon Bakar Umur : 6 tahun Tarikh : 26 September 2002 Masa : 10.00 - 10.10 pagi Nama Guru : Puan Sofia Pemerhatian rakannya. Dia bangun dan mengatakan Penatlah main pasir, jom main jongkang jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu. Menunjukkan Ainon : Janganlah berebut-rebut kerjasama sifat toleransi dan Ulasan

Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang Ada ciri kepimpinan

Liza : Saya pun nak naik juga

Ainon : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk di hujung sana. Noni dan Milah di hujung sini,ya! Memahami konsep matematik

Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab saya dua-dua kurus, tentu lebih ringan, nanti tak sama.

Ainon : Ya betul, nanti tak sama

Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga.

Memahami konsep keseimbangan

Ainon : OK, Som pun kurus, tolong duduk depan Noni. Hah, baru sama berat.

5.3.5 Mengira Masa dan Menghitung Jumlah 5.3.5.1 Senarai Semak Cara merekod berdasarkan masa dan menghitung jumlah masa adalah melibatkan kaedah event sampling, time sampling dan senarai semak. Senarai semak adalah satu senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang akan disediakan adalah untuk mengkaji dan menentukan sama ada masa tingkah laku yang berlaku, dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah laku tersebut berlaku. Guru akan menandakan () atau cara lain mengikut arahan dalam borang senarai semak. Senarai semak mudah untuk digunakan kerana guru hanya perlu menanda serta banyak maklumat yang dapat diperolehi melalui kaedah ini. Di samping itu, borang senarai semak tidak perlu dilengkapkan dalam masa sehari dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tetapi, item-item yang terdapat dalam borang senarai semak adalah terhad dan perlu ditafsir dengan berhati-hati agar maklumat yang ingin disampaikan dapat dikenal pasti. Tambahan pula, senarai semak kurang melibatkan maklumat mengenai kekerapan, jangka masa dan keterangan tentang tingkah laku. Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah menyediakan senarai semak lebih awal daripada pemerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas sahaja tanpa huraian yang panjang. Senarai semak sesuai untuk digunakan menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks semula jadi dan hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai tersebut. Setiap item hendaklah disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Guru perlu

melaksanakan pemerhatian beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Sekiranya guru ingin melihat peningkatan pencapaian murid, senarai semak tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini kerana senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan atau hasil pembelajaran dan tingkah laku murid. Contoh Senarai Semak Komponen: Bahasa dan Komunikasi Nama murid: .. Kelas:

Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu. Komponen: Bahasa dan Komunikasi Nama murid: .. Kelas:

Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu. HASIL PEMBELAJARAN ULASAN /TARIKH 1. Berinteraksi dengan mesra Berbual menggunakan bahasa yang mudah dan betul. sebutan yang Tidak ramai kawan Sudah boleh berbual semasa berkongsi bahan Berinteraksi secara sopan bertatasusila dan Apabila disoal, beliau menjawab dengan satu Sudah mula menggunakan ucapan terima kasih dan Yakin apabila bercakap Sebutan jelas Sudah ramai kawan 13/1/2001 ULASAN /TARIKH 16/5/2001 ULASAN /TARIKH 18/10/2002

dua patah perkataan

tolong

5.3.5.2 Event Sampling Manakala event sampling merupakan satu catatan ringkas tentang keadaan sebelum dan selepas sesuatu tingkah laku berlaku. Maklumat yang direkod menggunakan event sampling lebih mudah untuk dianalisa dan lebih objektif atau bermatlamat. Kaedah ini amat bersesuaian dalam merekod serta mengkaji kekerapan tingkah laku yang berlaku. Memandangkan hanya cacatan ringkas yang dicatatkan semasa merekod, maklumat yang diperolehi akan kurang lengkap dan sekiranya merekod mengenai sesuatu perkara, guru akan merekod perkara tersebut sahaja secara khusus. 5.3.5.3 Time Sampling Time sampling adalah merekod kekerapan tingkah laku dalam masa yang ditetapkan dan tingkah laku yang dikaji adalah nyata dan kerap berlaku. Kawalan masa secara berhemah dapat menjimatkan masa yang yang digunakan dan pemerhatian yang dilakukan lebih terkawal. Ini kerana guru mengetahui tempoh masa yang akan digunakannya dalam merekod tingkah laku yang ingin dikajinya. Justeru, pembaziran masa dapat dielakkan dan hasil rekod pemerhatian lebih bermatlamat kerana guru akan mengkaji serta memantau terlebih dahulu tentang tingkah laku yang ingin dikaji beserta jangka masa tingkah laku tersebut berlaku. Daripada pemantauan tersebut, guru dapat menetapkan tempoh masa yang akan digunakan agar bersesuaian dengan kekerapan tingkah laku berlaku. Apabila guru telah menetapkan rekod tingkah laku yang diinginkan, berkemungkinan guru akan tertinggal untuk merekod tingkah laku yang sangat berguna. Hal ini kerana guru akan memfokuskan perhatiannya terhadap tingkah laku yang ditetapkan tanpa menghiraukan perubahan-perubahan yang berlaku di persekitarannya.

5.3.6 Pertimbangan menggambarkan sesuatu Guru akan memilih kaedah rekod skala kadar sekiranya ingin merekodkan maklumat tingkah laku secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu tingkah laku yang dikaji. Skala kadar digunakan bagi merekod kadar tingkah laku seseorang murid dan sesuai digunakan untuk mengkaji murid yang mempunyai tingkah laku yang sama pada masa yang sama. Skala ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru akan menilai kemahiran dan pencapaian murid berdasarkan skala. Skala yang digunakan boleh dinyatakan dalam gred atau angka. Kaedah ini mudah dan menjimatkan masa kerana dapat merekodkan beberapa tingkah laku yang melibatkan beberapa orang murid dalam satu masa. Walaupun kaedah ini berbentuk tertutup iaitu hanya merekod tingkah laku yang khusus sahaja namun mudah untuk guru memberikan skor. Pemerhatian melalui kaedah ini juga secara tidak langsung rekod yang didapati akan menunjukkan tingkah laku yang positif dan negatif tetapi menyukarkan guru untuk membezakan mata dalam skala.

5.3.7 Pemerhatian Pemerhatian perlu dilaksanakan terhadap murid-murid di dalam bilik darjah bagi melihat aktiviti yang dijalankan. Hal ini penting supaya guru dapat menilai perkembangan yang dilalui oleh murid-murid dalam pertumbuhannya. Temuduga berstruktur merupakan contoh pemerhatian yang boleh dilaksanakan. Temuduga ini dilakukan semasa murid menjalankan aktiviti. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika sesi temuduga dijalankan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah ketekalan. Ketekalan boleh didefinisikan sebagai konsisten atau sesuatu yang tidak berubah-ubah. Contohnya, semasa murid sedang bermain bersama rakannya, guru menanyakan soalan berkenaan matematik seperti 3 + 4 bersamaan dengan berapa. Keesokannya, guru tersebut mengulang jenis soalan yang sama iaitu 2 + 5 bersamaan dengan berapa. Daripada sini boleh dilihat bahawa matlamat yang mahu ditekankan adakah murid dapat memberi jawapan yang sama untuk soalan yang sama pada hari yang berbeza. Aspek kedua yang ditekankan adalah ketepatan iaitu adakah murid menjawab soalan dengan betul. dalam konteks tadi, jawapannya adalah tujuh. Selain itu, kejelasan juga

dititikberatkan dalam temuduga berstruktur ini. Keadaan ini bermakna respon atau tindak balas yang diberi oleh murid jelas dan boleh diterima. Di samping itu, tindak balas yang diberikan termasuk dalam senarai jawapan yang lengkap. Perkara ini perlu kerana perkara tersebut dapat menilai perkembangan murid berdasarkan jawapan yang diberikan.

5.3.8 Portfolio. Setiap maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang dilakukan secara sistematik akan disimpan dalam portfolio. Portfolio merupakan himpunan bukti atau keterangan yang dikumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Melalui data yang terdapat dalam portfolio, gambaran secara realistik tentang kemampuan murid dapat diperolehi daripada terlalu bergantung kepada penilaian secara ujian. Justeru, tujuan diwujudkan portfolio adalah untuk merekodkan pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid serta kejayaannya ketika bersama-sama rakan-rakan yang lain. Portfolio menyediakan medium asas untuk menilai perkembangan murid dan panduan untuk merangka pembelajaranyang seterusnya. Justeru, perkongsian portfolio dengan ibu bapa murid atau penjaga murid amatlah penting agar mereka dapat mengetahui dengan jelas mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka. Jika dilihat secara fizikal, portfolio adalah satu fail, kotak atau disket komputer yang menyimpan bukti dan maklumat murid. Antara kandungan portfolio adalah pelaporan perkembangan murid, hasil kerja terpilih murid, rekod peribadi murid serta rekod perkembangan dan kemajuan murid. Hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai daripada setiap komponen sekurangnyakuranya dua bulan sekali. Setiap hasil kerja yang terpilih menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Justeru, pemilihan setiap hasil kerja perlulah dibuat oleh guru bersama-sama murid. Antara hasil kerja murid adalah lukisan, tulisan, binaan yang disempurnakan, cerita yang ditulis dan buku skrap. Guru perlu memberikan ulasan terhadap setiap hasil kerja murid setelah dianalisis dan dinilai. Kebiasaannya catatan yang dibuat oleh guru menggambarkan tahap pencapaian murid. Sebagai contoh ulasan guru adalah baik, teruskan usaha dan telah berjaya membuat bulatan. Setiap koleksi kerja murid yang dipilih harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid terutamanya ketika pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi

kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dilakukan oleh murid. Melalui pemilihan hasil kerja ini, hubungan antara murid dan guru dapat dieratkan. Malah, maklumat daripada hasil kerja murid juga dapat membantu guru memahami murid dari segi sikap, perasaan dan mengenal pasti tahap kemajuan penguasaan murid berkaitan sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan-amalan nilai murni. Rekod maklumat peribadi murid amat penting bagi guru. Hal ini kerana rekod tersebut bukan sahaja mengandungi maklumat diri murid malah turut mengandungi maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal. Jika berlaku sesuatu hal kecemasan, guru akan menggunakan rekod maklumat peribadi murid untuk mendapatkan nombor telefon ataupun alamat rumah. Justeru, guru perlu memastikan maklumat yang diperolehinya adalah tepat dan terkini. Manakala untuk murid bermasalah dari segi kesihatan, rekod maklumat peribadi murid penting sebagai bahan rujukan untuk guru mengambil tindakan sewajarnya. Rekod perkembangan dan kemajuan murid adalah rumusan yang dibuat oleh guru berdasarkan maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis berkaitan dengan perkembangan diri murid secara keseluruhan dan spesifik. Rekod ini berbentuk ulasan mengenai item-item yang telah dibina menerusi hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

5.3.9 Melapor Pelaporan dapat didefinisikan sebagai proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Maklumat untuk pelaporan kebiasaannya didapati daripada analisis yang dibuat daripada pemerhatian dan pelaporan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan murid, pihak sekolah dan guru serta tindakan susulan yang diambil daripada cadangan atau hasil maklumat yang diperolehi. Laporan akan dicatatkan dalam rekod kemajuan murid sekurangkurangnya tiga kali. Rekod kemajuan murid merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dan pencapaiannya dari segi kemahiran, komunikasi, sikap dan kreativiti. Tindakan susulan dapat ditarifkan sebagai aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan setelah mengenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Secara ringkasnya, tindakan susulan merupakan tindakan untuk membantu murid meningkatkan lagi potensi dan prestasi diri serta mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak

terhimpun. Setelah diberikan bimbingan, murid akan dinilai semula untuk melihat tahap penguasaannya berkaitan kemahiran yang telah diajarkan oleh guru. Selain itu, untuk memantapkan lagi pemahaman sedia ada murid, aktiviti pengukuhan akan diberikan kepada murid iaitu sebagai contoh, menyelesaikan masalah matematik berdasarkan topik yang telah diajarkan oleh guru pada hari tersebut. Selain itu, guru turut akan memberikan aktiviti pengayaan berkaitan soalan yang lebih mencabar untuk menguji tahap pemahaman murid. Aktiviti pengayaan lebih menekankan kepada pemikiran secara kreatif dan kritis. Sebagai guru yang memegang amanah, guru perlu memastikan semua maklumat berkaitan dengan murid adalah sulit. Maka kesemua rekod penilaian berkaitan perkembangan dan kemajuan murid perlulah dijaga dengan teliti berdasarkan Akta Pendidikan 1996, segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak tertentu sahaja seperti ibu bapa, guru besar, pakar perubatan atau pihak-pihak yang berkenaan. Oleh yang demikian, rekod tersebut tidak boleh dipamerkan sewenang-wenangnya kepada umum. Sekiranya ingin mengambil gambar dan merakam video murid, guru perlu meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

5.3.10 Kaedah Terkini dalam Mengurus Rekod Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pihak kerajaan telah mula memperkenalkan aplikasi komputer dalam bidang pendidikan. Urusan merekod menjadi lebih mudah dan pantas. Sistem yang diperkenalkan ialah E- Sekolah. Sistem ini terdiri daripada Sistem Maklumat Murid Berkomputer, Sistem Pengurusan Peperiksaan, Sistem Merit Demerit, Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar. Setiap sekolah perlu mempunyai sistem rangkaian setempat (LAN) yang mana aplikasi menyimpan data akan diinstall di dalam komputer server dan aplikasi memasukkan data pula akan diinstall di komputer-komputer pelanggan yang disambungkan dengan wired atau wireless. Ringkasnya, pengguna hanya boleh memasukkan data di dalam komputer pelanggan yangmempunyai sistem LAN. Melalui pengurusan maklumat digital, maklumat bukan sahaja dapat dikemaskini secara atas talian malah dapat menggunakan data yang terkini untuk sebarang kegunaan. Urusan-urusan seperti menganalisis enrolmen murid dapat diperoleh dengan pantas.

5.3.10.1 Sistem Maklumat Murid Berkomputer Sistem Maklumat Murid merupakan sistem maklumat murid berkomputer yang diperkenalkan pada tahun 2000. Sistem ini bukan sahaja mengandungi maklumat mengenai butir-butir peribadi murid malah turut mencakupi maklumat senarai rekod kesihatan murid, rekod Rancangan Makanan Tambahan, Rekod Skim Pinjaman Buku Teks, rekod kedatangan harian dan kemudahan mendaftar untuk murid. Selain itu, antara kelebihan lain sistem ini adalah nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Tambahan pula, sistem ini amat memudahkan guru untuk mencari maklumat murid iaitu hanya dengan memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Penggunaan sistem yang sistematik dan berteknologi memudahkan urusan guru serta pengurusan sekolah menjadi lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan. Di samping itu, sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara. Justeru, sekiranya murid bertukar ke sekolah baru, guru hanya perlu mengemaskinikan maklumat tentang nama sekolah baru dan alamat baru murid. Hal ini kerana maklumat lain telah sedia ada di dalam komputer. Sistem ini dibangunkan di peringkat sekolah untuk membolehkan guru menggunakan kemudahan teknologi maklumat atau ICT dalam mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa. Setiap urusan berkaitan dengan bantuan seperti biasiswa dapat dilaksanakan dengan segera. Murid yang layak untuk menerima bantuan dapat dikenalpasti melalui sistem ini tanpa memerlukan guru mengedarkan borang untuk mendapatkan maklumat yang diingini. Malah rekod penerima bantun, anggaran belaja mengurus, kes kecemasan serta penglibatan mutid dapat diperolehi daripada sistem ini. Semua maklumat hanya berada di hujung jari. Guru hanya perlu sentiasa mengemaskinikan maklumat murid agar maklumat yang ada adalah maklumat yang terkini.

Rajah 1: Sistem Maklumat Murid

5.3.10.2 Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah merupakan salah satu sistem yang berangkaian dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer. Tujuan sistem ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban guru membuat kerja-kerja perkeranian terutamanya berkaitan dengan ujian lisan. Hal ini kerana guru boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dihendakinya sama ada sebaik sahaja murid melakukan cerapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah membuat cerapan dalam satu penggal adalah minimum sebanyak 3 kali bagi setiap penggal dan laporan pentaksiran lisan boleh dijana setelah cerapan dilakukan.

Rajah 2: Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

5.3.10.3 E-pantau E-Pantau merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan. Tujuan sistem ini dilaksanakan adalah untuk memantau prestasi peperiksaan bulanan di sekolah-sekolah. Dengan kewujudan sistem ini, bebanan guru untuk membuat analisis tahap pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan dapat diringankan. Sistem ini juga membolehkan sekolah-sekolah menentukan Take-off Value (TOV) setiap murid sebelum melaksanakan Expected Target Result (ETR). Untuk mengira TOV, markah-markah Ujian Pertengahan Tahun Lepas, Ujian Akhir Tahun Lepas, Ujian Sebenar Akhir Tahun semasa, Ujian Pengesanan Awal Tahun diperlukan. Markah-markah ini akan dicarikan nilai purata dengan setiap ujian telah ditentukan

pemberatnya. Guru perlu memasukkan markah-markah sahaja dan sistem ini akan mengeluarkan keputusan TOV. Berdasarkan markah TOV yang diperoleh, murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR. Malah sistem ini juga akan mencadangkan ETR untuk setiap murid. Tetapi pengubahsuaian masih boleh dilakukan agar bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Sistem ini juga dapat mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap mutid akan cuba mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Apabila guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Target Result (ATR) markah ini akan dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Tujuan perbandingan ini dilakukan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit. Seandainya hasil perbezaan daripada perbandingan OTI-ATR bernilai positif, ini bermakna pembelajaran murid melangkaui target. Sekiranya bernilai 0 bermakna berjaya mencapai target yang ditetapkan dan nilai negatif menunjukkan murid gagal mencapai target. Secara tidak langsung, sistem ini dapat menyenaraikan murid-murid berdefisit besar bagi memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan. Tindakan susulan akan diambil untuk membaiki tahap pencapaian murid. Pelbagai strategi akan dirangka oleh guru supaya murid-murid defisit ini dapat diberikan bantuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam ujian-ujian OTI yang akan datang. Proses ini dikenali sebagai Auditan Hasilan Berteraskan OTI (AHBOTI). Akhir sekali guru hanya perlu menghantar disket data yang dieksport melalui sistem ini untuk digabungkan di peringkat daerah dan negeri. 1. Sistem Pengurusan Peperiksaan Sistem Pengurusan Peperiksaan mempercepatkan proses keputusan peperiksaan untuk dikeluarkan. Guru hanya perlu memasukkan markah-markah ujian dan markah sasaran sahaja (rujuk E-pantau). Nama murid tidak dimasukkan dalam sistem ini kerana dihubungkan dengan Sistem Maklumat Murid. Setiap markah TOV dan unjuran OTI akan diproses oleh komputer. Justeru, sistem ini dilengkapi dengan Sistem Auditan Berteraskan OTI. Maka setiap kali selesai ujian, markah yang didapati oleh murid akan

dibandingkan dengan markah OTI yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku defisit, auditan akan dilakukan untuk mengesan kelemahan murid agar pengukuhan atau bimbingan yang sesuai dapat diberikan. Proses ini dikenali sebagai pembetulan. Proses ini akan dilakukan dari satu ujian ke satu ujian sehingga ke ujian yang terakhir iaitu sama ada peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam.

Rajah 3: Sistem Pengurusan Peperiksaan

2. Sistem Kutipan Data Peperiksaan Sistem kutipan data peperiksaan yang diguna di sekolah-sekolah ialah Sistem Pengurusan Kawalan Auditan Hasilan Berteraskan OTI. Sistem ini bukan sahaja berperanan mengumpul data tetapi juga mengeluarkan analisis ujian. Maka ketepatan analisis amat bergantung kepada kesempurnaan data yang diperolehi. Kebiasaannya kesilapan data yang diberikan sekolah dapat dikesan di peringkat daerah.

Rajah 4: 3 Sistem Kutipan Data Peperiksaan

5.3.10.4 Sistem Laporan Adab Belajar Sistem Laporan Adab Belajar mula dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2004 ekoran daripada cadangan daripada Kementerian Pendidikan (2003) untuk menilai murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat melahirkan muid yang seimbang sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah sebagai medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Kesibukan ibu bapa bukanlah penghalang lagi dalam mengambil tahu tentang potensi, kekuatan serta kelemahan anak mereka. Kebiasaannya guru akan memaklumkan kepada

ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun dan sekiranya perlu tindakan susulan, guru akan berbincang dengan ibu bapa cara yang terbaik untuk membantu perkembangan murid. Menerusi pengenalan sistem ini, ibu bapa dapat berinteraktif bersama-sama guru kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran. Laporan Adab Belajar hanya boleh dilakukan oleh guru kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran. Hal ini kerana guru-guru tersebut banyak meluangkan masa bersama murid semasa waktu persekolahan dan seterusnya dapat memahami tingkah laku serta perangai murid berbanding guru lain. Laporan yang dibuat oleh guru kelas perlulah meliputi tentang profil murid berkenaan iaitu dari segi kedatangan dan pencapaian akademiknya. Manakala guru mata pelajaran akan melaporkan prestasi atau pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajarkan oleh mereka. Di samping itu, kegiatan dan pencapaian kokurikulum turut perlu dimasukkan dalam laporan. Segala maklumat berkaitan dengan kerja kelas, kerja rumah, kelakuan dan sikap turut akan dilaporkan dalam sistem ini. Kerja kelas merupakan kerja atau penglibatan murid dalam aktiviti atau ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun semasa berada di sekolah. Guru akan mencatatkan serta memberi komen mengenai kualiti kerja yang dihasilkan oleh murid. Guru juga akan melaporkan di dalam sistem sekiranya murid tidak menyiapkan atau sebaliknya. Laporan berkenaan akan dilaporkan mengikut tahap atau kualiti serta jangka masa yang telah ditetapkan. Apabila memperkatakan tentang sikap dan kelakuan, pastinya setiap orang akan mengatakan bahawa kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Kelakuan merupakan tingkah laku seseorang murid dalam semua situasi sama ada ketika berada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Manakala sikap merujuk kepada kemahuan untuk belajar dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sebagainya. Memandangkan guru perlu melaporkan dalam sistem yang menggunakan teknologi komputer, maka guru boleh mencatatkan terlebih dahulu adab murid di dalam Buku Rekod Mengajar untuk digunakan sebagai rujukan semasa ingin membuat Laporan Adab Belajar. Sekiranya guru tidak mencatatkan di mana-mana, berkemungkinan guru akan lupa tentang perkara yang ingin dicatatkan.

Antara kelebihan sistem ini adalah dapat membantu guru dan ibu bapa dalam mengikuti serta melihat dengan jelas Peringkat Formatif dan Peringkat Perkembangan murid dalam semua bidang. Kelemahan murid dalam sesuatu bidang juga mudah untuk dikenalpasti oleh guru dan memudahkan guru untuk memberikan pengukuhan serta bimbingan sekiranya diperlukan oleh murid. Di samping itu, guru dapat menggunakan maklumat daripada sistem ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik dan seterusnya dapat menimbulkan minat murid untuk mengikuti pengajaran yang diajarkan.

Rajah 5: Sistem Laporan Adab Belajar

5.3.10.5 Sistem Pengurusan Disiplin Sistem Pengurusan Disiplin juga dikenali sebagai Sistem Merit Dimerit. Untuk memudahkan kerja guru, sistem ini dihubungkan dengan nama-nama murid di Sistem Maklumat Murid Berkomputer. Tujuan mewujudkan Sistem Pengurusan Disiplin adalah untuk merekodkan kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap kesalahan

disiplin yang dilakukan ada markah demeritnya dan begitu juga sekiranya murid melakukan sumbangan. Setiap markah akan dikira dan dianalisis oleh komputer. Murid akan diberikan 40 markah setiap tahun dan markah ini perlulah dijaga oleh murid untuk memastikan rekod disiplin murid bersih daripada pungutan markah dimerit. Hal ini kerana sekiranya murid melanggar peraturan sekolah markahnya akan berkurangan. Justeru, murid perlu melakukan sumbangan seperti membantu guru untuk mendapatkan markah tambahan. Sebagai contoh, Ali telah ditangkap ponteng kelas oleh guru disiplin. Sebagai hukuman, dia telah diberikan dimerit sebanyak 3. Maka dari jumlah markah keseluruhannya iaitu 40 markah akan ditolak dengan 3. Jumlah markah yang tinggal kini hanyalah sebanyak 37. Untuk menambahkan kembali markahnya, Ali perlu melakukan kerja sumbangan seperti membersihkan makmal sains atau membantu guru. Namun, sekiranya markah merit lebih banyak daripada markah dimerit, ini menunjukkan guru berjaya mengawal tingkah laku murid untuk berkelakuan baik. Murid yang markah dimeritnya berkurangan sehingga 10 markah, tindakan akan diambil dengan menghantar surat makluman kepada ibu bapa. Di samping itu, guru boleh mengenakan hukuman rotan terhadap murid tersebut. Bilangan hukuman rotan atau gantung persekolahan adalah bergantung kepada markah yang sentiasa berkurangan sehingga kepada tindakan buang sekolah sekiranya markah 40 yang diberikan pada awal tahun tidak mempunyai baki lagi. Selain itu, sistem ini dapat dibahagikan kepada beberapa kaedah pengurusan disiplin. Antaranya adalah Program Sistem Penalti dan Pengurusan Disiplin Konvensional. Program Sistem Penalti lebih mirip kepada Sistem Merit Dimerit yang menguruskan disiplin murid menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid. Selain itu, bentuk tindakan yang lain adalah seperti guru memberikan amaran, membuat kerja khidmat sosial, menghubungi ibu bapa atau penjaga, merotan, menandatangani surat perjanjian, memberikan khidmat kaunseling dan akhir sekali jika murid masih tidak berubah, tindakan buang sekolah akan diambil. Kerjasama antara guru disiplin dengan semua guru amatlah penting agar setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid dapat dikenalpasti dan tindakan yang sepatutnya dapat diambil.

Guru dapat menggunakan buku kawalan untuk mencatat setiap kesalahan tingkah laku murid sebelum merekodkan dalam Sistem Pengurusan Disiplin atau dicatatkan dalam kad penalti murid yang disimpan oleh guru disiplin. Program Sistem Penalti dilaksanakan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang bentuk tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin agar hukuman yang diambil tidaklah secara membuta tuli. Selain itu, murid juga akan mengetahui setiap jenis kesalahan disiplin dan mata penalti yang telah dikenakan terhadapnya. Penyelarasan bentuk tindakan salah laku disilin dapat menghindarkan daripada timbulnya isu masalah dari segi perundangan. Di samping itu, ibu bapa akan lebih jelas dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri tentang tindakan yang tidak dibenarkan di srkolah serta bentuk hukuman yang akan diambil ke atas anak mereka sekiranya melanggar peraturan sekolah. Dengan kewujudan sistem ini diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar serta kondusif.

Rajah 5: Sistem Pengurusan Disiplin

Jadual 1: Pelan Tindakan Program Sistem Penalti

Bil.
1. 2.

Mata penalti
5 10

Langkah/hukuman
Amaran Khidmat sosial Hubungi ibu bapa/penjaga Rotan satu kali Surat amaran Mengisi borang pengakuan pelajar Rotan dua kali Surat amaran Mengisi borang pengakuan pelajar Sesi kaunseling Hubungi ibu bapa/penjaga Rotan tiga kali Surat amaran Mengisi borang pengakuan pelajar Menandatangani surat perjanjian Surat pemberitahuan (pertemuan dengan ibu bapa/penjaga) Gantung sekolah Menandatangani surat perjanjian Sesi kaunseling Buang sekolah

3.

20

4.

30

5.

40

6.

50

5.3.10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Secara umumnya, sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, Pentaksiran Berasaskan Sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk format pentaksiran. Sebagai contoh, Pentaksiran Berasaskan Sekolah di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dibahagikan kepada bentuk projek, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah, kerja kursus, Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah serta modul (Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR 2007). Antara tujuan lain pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah untuk mengurangkan mata pelajaran dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi mata pelajaran yang tidak terkandung dalam peperiksaan awam, mata pelajaran tersebut akan diuji di peringkat sekolah. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mata pelajaran tersebut tidak penting. Sebenarnya tanpa mengira di peringkat mana pentaksiran atau ujian dijalankan mata pelajaran tersebut sama penting dan memainkan peranan penting dalam kecemerlangan akademik. Sistem tersebut dijalankan sebagai usaha untuk membangunkan sistem yang akan menggalakkan murid mencintai ilmu di samping dapat membangunkan budaya persekitaran kurikulum yang mantap tanpa perlu diberi keutamaan terhadap peperiksaan. Maka jelaslah di sini bahawa pelaksanaan sistem ini bukanlah untuk memansuhkan sistem peperiksaan sedia ada. Oleh yang demikian, selaras dengan matlamat kurikulum bahasa sekolah menengah iaitu untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian, penguasaan kemahiran ini amatlah penting dalam menyediakan murid untuk berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin mencabar.

5.3.10.1 Cara Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Setiap mata pelajaran mempunyai matlamat yang berbeza dalam merealisasikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Misalnya, Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Arab untuk memberikan penekanan terhadap penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi instrumen ini, kemahiran-kenahiran tersebut dapat dipertingkatkan terutamanya kemahiran mendengar serta bertutur. Sebagaimana yang diketahui, untuk mahir dalam sesuatu bidang terutamanya bidang bahasa memerlukan latihan yang banyak serta berterusan. Sebagai contoh, guru akan melaksanakan pentaksiran lisan beberapa kali dalam tempoh setahun. Oleh yang demikian, untuk memperolehi markah pentaksiran yang tinggi, murid perlu membiasakan diri menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan sehariannya. Manakala bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi, pentaksiran yang sesuai digunakan untuk menilai penguasaan murid adalah melalui tugasan menghasilkan projek kerja kursus. Misalnya, matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat kesetiaan terhadap negara dan jati diri sebagai seorang warganegara Malaysia. Justeru, projek kerja kursus yang diberikan oleh guru perlulah berkaitan dengan penghayatan serta pengetahuan tentang sejarah tanah air dan juga sejarah negara lain. Markah yang diberikan kepada projek kerja kursus tersebut merupakan markah murid untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, memahami penggunaan teknologi dan ekonomi. Justeru, melalui pengajaran mata pelajaran tersebut diharapkan keyakinan diri murid semakin bertambah, sentiasa kreatif dan berinisiatif dalam memajukan kehidupan agar selari dengan teknologi yang sentiasa berubah. Maka untuk menilai atau mengukur penguasaan murid dalam matapelajaran ini, guru akan menilai tahap pemahaman murid menerusi hasil tugasan kerja kursus murid berdasarkan modul-modul yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Bersepadu.

Berlainan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam, guru akan mengukur prestasi murid berdasarkan penguasaannya dalam kemahiran Tilawah dan Hafazan serta melalui Pemerhatian Adab dan Akhlak Islamiah. Selain itu, setiap murid yang akan mengambil peperiksaan awam untuk Pendidikan Islam sama ada semasa Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun Penilaian Sekolah Rendah perlu mengambil Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Ini bertepatan dengan matlamat Pendidikan Islam sendiri iaitu untuk menghasilkan seorang Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran dalam mendapatkan maklumat tentang prestasi pembelajaran murid. Pengukuran dapat ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran kebiasaannya berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Guru perlulah kreatif dalam menggunakan penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini kerana setiap mata pelajaran bukan sahaja mempunyai matlamat yang berbeza malah kemahiran yang dikuasai juga berbeza.

5.3.10.2 Peranan Guru Peranan guru amatlah penting dalam mendapatkan maklumat murid dan seterusnya melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Hal ini kerana maklumat yang tidak tepat akan menyebabkan data kajian atau hasil maklumat yang diperolehi tidak betul atau tidak tepat. Oleh yang demikian, sebelum melaksanakan pentaksiran guru perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu seperti menyertai kursus, mesyuarat atau seminar yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Hal ini kerana setiap peserta iaitu guru yang mengikuti seminar tersebut akan dilatih untuk melakukan tugas mereka dengan profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Prof Madya Mohamad Ali Hassan (2007) mengatakan bahawa kajian yang dilaksanakan

oleh Kementerian Pelajaran pada 2007 adala bertujuan untuk memastikan setiap guru mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan penilaian dan seterusnya

melaksanakannya dengan adil serta berhemah. Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein (2004) berpendapat universiti atau institusi perguruan perlu melahirkan guru terlatih dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah agar usaha untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam dapat dicapai. Selain itu, semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat alternatif dan tulen seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, kegiatan jasmani, ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan di semua peringkat persekolahan sama ada di bandar mahupun di kampung. Selari dengan arus teknologi yang semakin berkembang, peranan guru juga semakin mencabar. Peranan guru bukan lagi sebagai mendidik tetapi juga sebagai pemudah cara yang berkesan ketika proses pengajaran dan pembelajaran, mengurangkan peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang dihadapi oleh murid (Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein 2008).

5.3.10.3 Penyelarasan Penyelarasan dapat ditakrifkan sebagai suatu proses untuk memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor. Bukan itu sahaja, penyelarasan turut melibatkan proses penyeragaman alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terselaras. Antara objektif penyelarasan adalah untuk memastikan setiap penilaian dilakukan dengan adil, sahih dan amanah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Di samping itu, penyelarasan dilakukan untuk menentukan skor pentaksir mengikut kriteria yang ditetapkan dan ketekalan skor. Kaedah penyelarasan terbahagi kepada kepada tiga iaitu pentaksiran proses, pentaksiran produk serta pentaksiran proses dan produk. Pentaksiran proses merupakan

proses penyeragaman skor, alat , bahan dan situasi semasa calon iaitu murid melakukan tugasan atau aktiviti. Guru yang ingin menilai murid akan menyediakan kumpulan murid tersebut yang terdiri daripada murid kompeten dan belum kompeten. Guru penyelaras yang telah dilantik akan memilih sample murid yang mewakili kumpulan tersebut. Maka ketika calon melakukan aktiviti, pentaksiran akan dilakukan secara berasingan oleh guru dan guru penyelaras luar. Setelah selesai mengumpulkan data, guru penyelaras tersebut akan membandingkan skor yang diperolehi dengan skor guru. Sekiranya terdapat perbezaan skor, bimbingan akan diberikan kepada guru agar guru lebih memahami dan mendapatkan kesefahaman kriteria yang ditetapkan serta dapat menskor dengan betul. Memandangkan guru penyelaras mahir serta berkepakaran dalam bidang ini maka skor yang didapatinya adalah muktamad. Manakala pentaksiran produk adalah proses penyeragaman yang bertentangan dengan pentaksiran proses iaitu dilakukan selepas calon menjalankan tugasan atau aktiviti. Guru penyelaras luar akan memilih sampel evidens murid yang mewakili kumpulan yang kompeten dan belum kompeten. Pentaksiran dilakukan oleh guru penyelaras luar pada sample evidens murid dan apabila memperolehi skor, guru penyelaras tersebut akan membandingkan keputusan skornya dengan skor guru pentaksir. Seperti biasa, sekiranya keputusan skor berbeza, guru pentaksir akan diberikan bimbingan. Pentaksiran proses dan produk pula merangkumi kedua-dua keadaan di mana skor, alat , bahan dan situasi akan diseragamkan sebelum dan semasa calon melakukan tugasan atau aktiviti. Kebiasaannya, sampel evidens murid atau sampel murid akan dipilih sebanyak 10 sampel berdasarkan tahap pencapaian sama ada kompeten atau sebaliknya. Pemilihan sampel boleh dilakukan dalam dua cara. Pertamanya, semua sampel ditaksir berasaskan satu elemen atau konstruk dan keduanya, sampel ditaksir berdasarkan beberapa elemen atau konstruk yang berlainan.

5.4 KONSEP KESEDIAAN BELAJAR Dalam proses pembelajaran, kesediaan belajar merupakan satu permulaan yang sangat penting untuk memastikan setiap pembelajaran dapat difahami oleh pelajar. Kesediaan belajar merangkumi kesediaan pelajar dan juga kesediaan guru untuk mengajar. Menurut Bruner (1966) kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Kesediaan pelajar berkembang seiring dengan perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan pelajar. Sebagai contoh, kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Persediaan ini boleh membantu pelajar memahami pelajaran yang baru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Menurut hukum kesediaan Thorndike. (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapanpersiapan yang perlu ada,sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Selain kesediaan pelajar, guru sendiri perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kaedah pembelajaran yang ingin digunakan dan sebagainya. Dalam aspek ini, buku rekod mengajar dan juga jadual kedatangan menjadi persediaan untuk guru memahami peranan mereka di sekolah. Kesediaan pelajar yang merangkumi kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor ini adalah berbeza bagi setiap individu pelajar. Di sekolah, peranan guru sangat penting untuk menangani dan mengatasi kesediaan pelajar. Ini termasuk peranan guru untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar melalui teknik dan kaedah pembelajaran yang betul dan berkesan.

5.4.1 Kesediaan Pelajar 5.4.1.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Kognitif Persediaan dari segi kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menakul dalam keadaan pembelajaran yang baru. Kognitif dikaitkan dengan

proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada. Hal ini dapat melihat cara seseorang menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya dan peranan ingatan dalam membuat keputusan. Kemahiran kognitif seseorang berkembang seiring dengan perkembangan intelektual mereka. Sebagai contoh, muridmurid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit dan apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi yang kompleks. Ini bermaksud seorang pelajar telah bersedia bagi pembelajaran kognitif apabila pencapaian ilmiahnya sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Kesediaan kognitif bagi peringkat awal merupakan kebolehan mengamati dan mengenalpasti idea berdasarkan pengalaman mereka. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mendengar bunyi telefon dan bunyi itu sampai ke telinga. Maka, kanak-kanak itu dapat memberi makna kepada bunyi dan kanak- kanak itu boleh dikatakan sebagai pernah mendengar dan mempunyai pengalaman mendengar bunyi tersebut. Kesediaan kognitif berkembang bermula dengan

perkembangan semasa peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Tahap kesediaan mereka juga akan bersesuaian dengan tahap emosi, mental dan pemikiran mereka. Menurut Fox (1995), setiap kajian menunjukkan kecekapan yang berkembang secara beransur selama beberapa tahun, dengan tempoh penggabungan penghuraian dan inovasi. Tambahan pula, kesediaan kognitif melibatkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Jika pelajar menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi, maka mudah bagi mereka untuk memahami pembelajaran yang lebih mendalam. Pengetahuan sedia ada pelajar boleh dikutip dan disimpan daripada pengalaman mereka bersama masyarakat dan alam sekeliling sepanjang proses pembesaran mereka di samping itu, pengalaman dan pengetahuan tersebut akan terus menjadi memori bagi setiap individu.

5.4.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Afektif Kesediaan afektif ialah sikap keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Pembelajaran afektif

didemonstrasikan melalui perlakuan yang menunjukkan sikap kesedaran, minat, prihatin dan bertanggungjawab. Melalui kesediaan ini, pelajar dapat meningkatkan kadar pembelajaran pelajar, minat terhadap pembelajaran dan juga persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. Minat yang mendalam menjadi kunci utama dalam memotivasikan pelajar untuk mencapai tahap pemahaman dan pencapaian yang tinggi. Melalui minat juga, mereka juga akan menganggap bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkkan dan mendatangkan kepuasan kepada diri pelajar itu sendiri. Sebaliknya, jika seseorang pelajar mempunyai sikap negatif terhadap

pembelajaran kesediaan afektifnya rendah akan menyebabkan pembelajarannya tidak dapat dilakukan dengan kejayaan walau pun pelajar berkenaan telah banyak kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Domain afektif ini juga sangat berkait rapat dengan harga diri dan cara murid menganggap diri mereka sebagai pelajar. Apabila pelajar merasakan mereka bagus dan baik sebagai seorang pelajar, mereka akan lebih bersedia menghadapi risiko dan menumpukan kepada pembelajaran seterusnya.

5.4.3 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Psikomotor Persediaan yang terakhir adalah persediaan psikomotor. Domain psikomotor sendiri meliputi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot, seperti aktiviti fizikal dalam persembahan, menuruti dan membina atau mencipta. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Bagi kesediaan psikomotor pula, tahap perkembangan mereka adalah berbeza walaupun mempunyai umur yang sama. Keadaan ini kerana, kesediaan amat berkait rapat dengan latihan. Tidak dapat dinafikan kemahiran fizikal seperti ini memerlukan proses latihan yang berterusan dan betul. Contoh mata pelajaran yang berkait dengan kesediaan psikomotor adalah pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan permainan alat muzik. Melalui latihan ini, pelajar dapat memperbaiki prestasi psikomotor mereka disamping kesediaan psikomotor ini amat berkait rapat dengan kesediaan kognitif dan afektif. Hal

ini berikutan kemahiran psikomotor memerlukan tahap pemikiran yang kreatif dan kritis disamping minat dan sikap yang mendalam terhadap kemahiran ini. Pada permulaan, penerimaan pelajar amat agresif terhadap pembelajaran tetapi melalui latihan berterusan mereka mula dapat menerima dan menunjukkan perubahan dan tindakbalas yang lebih baik dan teratur. Perubahan penerimaan ini dapat dilihat apabila pelajar itu sendiri mempunyai tahap kesediaan psikomotor yang tinggi disamping kesediaan kognitif dan afektif.

5.4.4 Kesediaan Guru Mengajar Kesediaan belajar juga meliputi kesediaan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula, guru mestilah mempunyai buku rekod mengajar dan jadual waktu. Buku rekod mengajar merupakan himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Buku tersebut mengandungi rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian. Bagi rancangan pelajaran tahunan, ianya disusun berdasarkan takwim minggu persekolahan. Butiran yang perlu dimasukkan dalam buku rekod mengajar adalah matapelajaran, tingkatan, tajuk dan isi, objektif, kemahiran, nilai dan bahan bantu mengajar. Rancangan pelajaran harian pula merangkumi masa dan tarikh, mata pelajaran, tingkatan, tajuk, kemahiran, aktiviti, dan refleksi. Rekod pencapaian pelajar untuk setiap peperiksaan juga dimasukkan dalam buku rekod mengajar. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengenalpasti prestasi setiap pelajarnya. Buku rekod mengajar ini akan dinilai oleh Pengetua atau Guru Besar, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jemaah Nazir. Buku ini haruslah diserahkan kepada pihak sekolah sebelum cuti akhir tahun sebagai penilaian bagi setiap guru. Guru dapat memilih dan menyusun perancangan pembelajaran yang paling bagus dan berkesan untuk pelajar. Penggunaan buku rekod ini akan membantu guru dalam menjalankan proses pembelajaran. Hal ini kerana, guru mempunyai persediaan awal berkenaan dengan tajuk, gaya pembelajaran dan tindakan yang akan ditonjolkan di dalam kelas bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kelebihan lain termasuk guru sendiri dapat menilai keberkesanan atau kelemahan pengajaran hari ini untuk

diperbaik pulih bagi pembelajaran yang akan datang. Guru juga lebih mudah untuk menyediakan bahan bantu mengajar seperti peta minda, komputer, risalah dan sebagainya. Selain buku rekod mengajar, jadual waktu dan jadual kedatangan pelajar juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut Akta Pendidikan, jadual waktu haruslah mempunyai senarai mata pelajaran yang diajar, nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar. Jadual waktu akan diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan. Menerusi penggunaan jadual waktu, guru dapat merancang masa mereka dengan lebih teliti dan teratur. Penggunaan dan pembahagiaan masa yang efisien dapat membantu meningkatkan produktiviti seorang guru. Jadual kedatangan pelajar pula merekodkan kehadiran setiap pelajar pada setiap hari di sekolah. Jadual ini akan ditanda setiap oleh guru kelas untuk memastikan bilangan yang hadir dan tidak hadir. Bagi pelajar yang tidak hadir, mereka perlu mengemukakan surat rasmi untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka. Guru akan menganalisis kedatangan pelajar dan mencari punca ketidakhadiran pelajar di dalam kelas. Kesediaan guru untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku rekod mengajar, jadual waktu dan jadual kedatangan pelajar akan memudahkan peranan guru sendiri disamping menyediakan corak pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar.

5.4.5 Peranan Guru dalam Menangani Kesediaan Pelajar Bagi mereka yang bergelar guru seharusnya memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan mengetahui cara untuk mengatasi dan memahami kehendak pelajar dalam usaha membantu pelajar menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan yang terbaik bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sedia untuk menimba ilmu dan juga pengalaman baharu di sekeliling mereka. Kesediaan pelajar untuk belajar perlu dititikberatkan oleh para guru untuk memastikan pelajar bersedia untuk menerima apa yang bakal diajarkan oleh guru di dalam kelas ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Lebih mudah jika kesediaan murid diberi perhatian mengikut aspek yang telah dibincangkan terlebih awal dalam tajuk ini iaitu merangkumi 3 aspek utama termasuklah kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan juga kesediaan psikomotor.

Kesediaan kognitif Untuk kesediaan kognitif, proses pembelajaran bagi pelajar meliputi pembelajaran terdahulu yang telah mereka pelajari akan banyak membantu mereka dalam aspek kognitif. Hal ini kerana pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas yang dimiliki oleh pelajar amat penting untuk membantu dan membolehkan mereka menguasai bahanbahan baharu berdasarkan pengalaman mereka yang ada terutamanya yang lebih mendalam dan tinggi serta kompleks. Kebanyakan daripadanya melibatkan konsep spontan yang dapat dibentuk berdasarkan pengalaman sedia ada. Keadaan ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kesediaan pelajar untuk proses pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Antara langkah-langkah yang diambil oleh guru adalah menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, untuk kesediaan kognitif guru boleh membantu pelajar untuk bersedia terlebih dahulu dengan memberikan tugasan yang berkaitan dengan tajuk yang bakal diajar seperti mereka lagu ataupun mengadakan sesi pembentangan secara sketsa atau drama ringkas. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk fokus pada tajuk yang bakal mereka pelajari di samping pelajar juga akan bersedia lebih awal untuk mempelajari topik tersebut. Guru juga boleh menggunakan deria para pelajar untuk memerhati, mendengar dan juga melakukan sesuatu di dalam kelas. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mengadakan kuiz yang menguji minda para pelajar serta keaktifan mereka di dalam kelas. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk bersiap sedia lebih awal dan mengulang kaji pelajaran yang terdahulu sekali gus membantu kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Tambahan pula, guru boleh menarik perhatian para pelajarnya dengan memulakan proses pengajaran melalui fakta-fakta yang menarik berkaitan dengan sesuatu yang dikatakan ajaib dan sesuatu yang jarang didengar misalannya fakta sains yang menarik. Contohnya, seorang guru ingin mengajar subjek biologi bertajuk fotosintesis perlulah menyediakan artikel ataupun keratan akhbar berkaitan untuk merangsang minat pelajar.

Situasi pembelajaran lebih menarik

Kesediaan kognitif

Kepekaan deria (memerhati dan mendengar)

Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik

Kesediaan afektif Bagi kesediaan afektif pula, guru hendaklah menekankan aspek perilaku pelajar seperti keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan juga minat seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Selain itu, dari segi kesediaan afektif, guru harus membantu pelajar dengan memberi bayangan jawapan sewaktu sesi soal jawab di dalam kelas. Sebagai contoh, guru bertanyakan definisi kemerdekaan kepada pelajar. Jika

pelajar tidak mampu menjawab, guru bolehlah memberikan kata kunci seperti bebas dan pengaruh barat untuk memandu pelajar menjawab. Guru tidak perlu melatah apabila mendapat jawapan yang salah daripada pelajar sebaliknya guru perlu memberi peneguhan yang positif agar mereka tidak takut untuk mencuba. Para pendidik harus peka kepada keperluan emosi pelajar. Misalnya, jika pelajar ingin menceritakan tentang perasaan kecewa dengan rakan sebaya, guru harus mendengar, bersimpati dan memberi nasihat serta panduan. Carl Rogers ada menyatakan bahawa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengamalkan kaedah pemusatan Lobcen. Melalui kaedah itu, guru berasa bertanggungjawab untuk mendengar sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Dengan cara ini, hubungan antara guru dengan pelajar menjadi lebih erat.

Kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran

Membantu pelajar menjawab soalan yang dikemukakan

Kesediaan afektif

Peka pada emosi pelajar

Penerangan yang jelas

Kesediaan psikomotor Antara langkah-langkah dalam menangani kesediaan psikomotor pelajar adalah guru perlu memahami keadaan fizikal pelajar itu terlebih dahulu. Guru juga harus mencakna dengan tahap kecerdasan setiap pelajar dan cuba untuk mengenalpasti kelemahan pelajar. Guru juga harus meletakkan jangkaan yang tinggi kepada pelajar untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal. Selain itu, guru bolehlah memberikan sokongan moral kepada pelajar dan mencuba untuk menyakinkan pelajar bahawa semua orang adalah sama dan apa-apa yang diperlukannya adalah keyakinan diri. Kita harus ingat bahawa pengalaman yang kita berikan kepada pelajar boleh mendatangkan kesan dalam kehidupan pelajar. Pengalaman itu mungkin boleh meningkatkan perubahan dalam diri pelajar apabila tahap pematangan dan kesediaan membenarkan perubahan itu. Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk melakukan tindakan motor seperti kemahiran menulis, membaca, berjalan dan sebagainya. Di samping itu, perlu ditegaskan bahawa penguasaan kemahiran psikomotor berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan afektif. Pemikiran yang cerdik dan sikap yang positif amat diperlukan untuk mencapai prestasi psikomotor yang cemerlang.

Memandu pelajar ke arah yang lebih menyokong pembelajarannya

Kesediaan psikomotor
Memahami dengan jelas proses pemahaman pelajar

Mengetahui kemampuan pelajar

5.4.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar


Fizikal

Intelek Faktor warisan Kematangan Emosi Kesediaan pembelajaran pelajar

Sosial

IQ Faktor Persekitaran Pengalaman EQ

Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikuti sesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. Kebiasaannya, kesediaan pelajar untuk belajar dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu warisan dan faktor persekitaran. Faktor ini menyebabkan terdapatnya kesediaan untuk sesorang itu belajar dalam kalangan pelajar. Kedua dua faktor ini menyumbang kepada perkembangan pelajar dalam proses mempelajari sesuatu perkara yang baru. Dalam hal yang berkaitan, faktor warisan dan persekitaran sentiasa saling mempengaruhi dalam menghasilkan kesan terhadap pembelajaran. Faktor warisan dan persekitaran turut menentukan kematangan dan pengalaman dan seterusnya akan mempengaruhi kesediaan pembelajarannya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh diertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

Kematangan

Fizikal

Intelek

Emosi

sosial

i.

Kematangan Fizikal

Setiap manusia normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam 5 peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pada peringkat bayi, perkembangan fizikal adalah cepat begitu juga pada peringkat remaja. Perubahan otot dan ketinggian serta saiz pelajar akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematangan fizikal pelajar. Proses pertumbuhan dalaman berlaku sebagai pengasas dan harus ada untuk pembelajaran yang efisien dan mungkin merupakan pra-syarat bagi sesetengah jenis pembelajaran. Pada peringkat dewasa, kematangan menjadi begitu bererti kerana seseorang itu boleh menggunakan apa-apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telah diperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal. Pada peringkat tua, kekuatan tenaga beransur-ansur hilang. Orang tua pula kelihatan mudah penat, cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan selalu terganggu. Kematangan fizikal biasanya akan sempurna tercapai kira-kira pada umur 17 tahun dan 18 tahun. Pada peringkat umur ini, seseorang individu itu sudah sampai di akhir perkembangan fizikal, individu tetap boleh membesar sedikit lagi dan boleh bertambah berat badannya. Aktiviti pembelajaran kadang-kadang berkait rapat dengan

perkembangan jasmani dan kebolehan kemahiran fizikal seseorang murid, perhatian terhadap corak kematangan fizikal murid-murid haruslah diambil kira oleh guru untuk menyediakan aktiviti yang sesuai dan selaras dengan kesediaan belajar mereka. Sebagai contoh, murid tahun 1 tidak boleh memegang reket tenis dan bermain dengan baik. Hal ini kerana mereka belum mencapai tahap kematangan fizikal di mana otot-otot mereka belum mampu untuk menampung reket tenis yang berat itu. Guru pula tidak seharusnya memaksa pelajar itu untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar itu tidak bersedia melakukannya. Biasanya corak pertumbuhan fizikal di antara individu berbeza. Guru harus mengetahui untuk menyesuaikan keadaan yang berbeza-beza ini. Misalannya, penggunaan alat bantu mengajar merupakan medium yang boleh digunakan dalam kaedah mengajar yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pelajar. Guru sepatutnya boleh membuat apa saja penyesuaian bersesuaian dengan kematangan fizikal pelajar. Tindakan berhati-hati daripada guru boleh memajukan lagi perkembangan potensi pelajar.

ii.

Kematangan Intelek

Kematangan intelek ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang pelajar meningkat. Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah cukup bersedia untuk menerimanya. Walau bagaimanapun, kadar perkembangan bagi setiap pelajar tidak sama tetapi beberapa sifat umum dapat diperhatikan dalam proses kematangan. Secara umumnya, kematangan mental berubah daripada operasi mental yang mudah kepada operasi mental yang kompleks. Oleh yang demikian, guru haruslah sentiasa menimbangkan tahap kematangan dan perbezaan mental antara murid-murid. Semasa merancangkan program pembelajaran kematangan ini tidak mempunyai hadnya di mana semasa kanak-kanak membesar, perubahan berlaku pada keupayaan mental mereka. Kesediaan pembelajaran bukan bergantung pada kematangan intelek sahaja faktor-faktor lain seperti latar belakang pengalaman dan pencapaian masa lalu juga mempengaruhi kesediaan pembelajaran. Maka, pelajar telah bersedia untuk menerimanya dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Setelah pembelajaran dapat dilaksanakan, maka terhasillah kepuasan dalam pembelajaran.

iii.

Kematangan Emosi

Kematangan emosi merupakan darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan, kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pembelajaran. Sehubungan dengan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan emosi yang mendorong pembelajaran. Walau bagaimanapun, rangsangan yang sama tidak semestinya membangkitkan emosi yang sama dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, guru haruslah sedar akan tahap emosi murid-murid sebelum merancangkan pengajarannya selaras dengan kesediaan belajar murid-murid. Guru hendaklah selalu mempelbagaikan pengajaran supaya keinginan dan kepuasan dalam pembelajaran berterusan dan jika minat serta keinginan ini dihapuskan, emosi akan berkurangan dan mungkin akan lenyap sama sekali. Maka timbullah pelajar yang malas, pasif dan tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru. Kadangkala perasaan benci pada guru juga mungkin berlaku.

iv.

Kematangan Sosial

Kematangan sosial ialah kebolehan murid-murid berinteraksi sesama mereka atau guruguru yang boleh mewujudkan keadaan yang mendorong pembelajaran. Dalam sesebuah darjah, sikap dan tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza. Ada pelajar yang pendiam, periang, suka berkawan dan ada juga yang suka menyendiri. Oleh itu, bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru yang mengurus bilik darjah haruslah memperkembangkan kematangan sosial yang positif untuk mengalakkan pembelajaran, misalannya bagi pelajar yang pendiam diberikan kerja berkumpulan, pelajar pendiam digabungkan dengan pelajar periang, pelajar yang lemah digabungkan dengan pelajar yang pandai. Melaui cara ini, pelajar-pelajar tersebut dapat berinteraksi dengan baik di antara mereka dan boleh menerbitkan suasana kesediaan belajar. Pergaulan di antara rakan sebaya adalah amat penting terutama dalam kalangan remaja. Sekiranya mereka gagal berinteraksi sesama mereka, kesediaan pembelajaran tidak boleh wujud kerana mereka tidak seronok belajar. Bagi pelajar yang pendiam dan pemalu, guru hendaklah sentiasa bersoal jawab supaya dapat mengaktifkan murid-murid tersebut. Bagi pelajar yang aktif atau cergas, guru hendaklah mengajarnya bertolak-ansur dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain.

v.

Pengalaman

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapat sesetengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa juga idea tentang urutan pembelajaran dan pra-syarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebih kompleks. Sebagai contoh, pelajar tingkatan tiga yang hendak masuk aliran sains mesti memenuhi pra-syarat sains dan matematik sekurang-kurangnya C dan ke atas. Jika pelajar tersebut tidak memenuhi pra-syarat tersebut, pelajar tersebut akan mengalami kesusahan

untuk meneruskan pelajaran yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, guru haruslah memberi perhatian terhadap hubungan antara kesediaan belajar dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid apabila konsep baru diperkenalkan atau melaksanakan sesuatu program pembelajaran yang baru.

Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Rakan sebaya boleh mempengaruhi murid-murid terutama di peringkat remaja supaya mengutamakan kegiatan yang bukan berkaitan dengan tugas pembelajaran. Selain rakan sebaya, keluarga juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesediaan pembelajaran murid. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Rosen (1958), keluarga daripada kelas menengah adalah kelas keluarga yang paling banyak membantu murid-murid dalam kesediaan pembelajaran. Kanak-kanak daripada keluarga kelas menengah, biasanya diasuh supaya menumpukan perhatian mereka kepada tugas pembelajaran. Mereka dibiasakan sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam persekolahan semenjak kecil lagi. Kesediaan belajar perlu dihubungkan dengan pengalaman asas kanak-kanak untuk mewujudkan perasaan yakin dan percaya terhadap diri sendiri.Melalui cara ini, pelajar tersebut merasakan diri mereka berkeupayaan untuk belajar dan dapat mengatasi situasi pembelajaran baru dengan berkesan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menimbulkan satu perkara baru yang seronok diterokai dan bukan satu tugas yang menyusahkan. Dari segi aspek pengalaman, faktor- faktor ini terbahagi kepada 2 iaitu dari segi Intelligence Quotient (IQ) dan juga Emotional Quotient (EQ).

IQ

(Intelligence

Quotient)

adalah

kemampuan

atau

kecerdasan

untuk

memecahkan sebuah pertanyaan dan selalu dikaitkan dengan hal akademik seseorang. Bagi seseorang pelajar, kemampuan IQ sangatlah penting untuk menentukan tahap mereka sebagai pelajar dan merupakan aspek yang dinilai dalam proses pembelajaran di sekolah. Dalam aspek ini, sebelum memasuki kelas pelajar sewajarnya mempunyai kemampuan IQ yang boleh menyokong pembelajarannya di dalam kelas. Sebagai contohnya, seseorang pelajar itu boleh mempersiapkan diri mereka dengan membaca atau meneroka terlebih dahulu apa yang akan dipelajarnya di dalam kelas nanti. Hal ini

seterusnya akan menyokong proses pembelajaran mereka dalam kelas kelak selain menambahkan kefahaman serta penghayatan pelajar dalam sesuatu tajuk. Bagi EQ (Emotional Quotient) pula kecerdasan emosi merupakan kemampuan untuk mengelola emosi atau perasaan. Goleman mengemukakan bahwa kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Bagi pelajar yang ingin berjaya mereka haruslah peka dengan persekitaran dan perlu pandai untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran sekeliling. Kesediaan pembelajaran yang dapat dibuat berdasarkan aspek ini adalah dengan menangani dan juga mengawai emosi mereka untuk menyiapkan diri menerima suasana proses pembelajaran yang mungkin akan berlaku. Peka terhadap keadaan sekeliling dan juga saling membantu kawan yang lain sebelum proses pembelajaran bermula contohnya untuk menstabilkan emosi kawan yang sedang dilanda masalah.

5.4.7

Langkah- langkah Membantu Kesedian Belajar Pelajar

Mempelbagaikan aktiviti

Asingkan murid- murid yang cerdik dan murid yang kurang cerdik

Isi kandungan yang menarik

Galakkan murid berkerjasama

Alat bantu mengajar

Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajar telah benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti mengasingkan

murid-murid yang cerdik dan murid kurang cerdik. Bagi murid-murid yang cerdik jika diberikan penekanan yang lebih, kesungguhan mereka untuk belajar di peringkat tinggi lebih cerah manakal, bagi murid-murid yang lemah, galakan perlu diberikan untuk menghabiskan peringkat mana yang mereka terdaya. Selain itu, guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. Bagi murid-murid yang cerdik berikan lebih latihan supaya dapat menguasai sesuatu mata pelajaran itu. Bagi pelajar yang lemah, guru haruslah memberi panduan yang lebih agar dapat menjalani aktiviti pemulihan serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar pelajar. Guru haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti kerja berkumpulan, guru haruslah membenarkan murid-murid memilih dengan sendiri rakan-rakan mereka supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh muridmurid dan alat bantu mengajar juga dapat menolong menarik minat murid kepada mata pelajaran tersebut. Alat bantu mengajar tidak boleh sama setiap kelas kerana ianya perlu mengikut kesesuaian pelajar. Di samping itu, murid-murid digalakkan bekerjasama, saling bantu membantu semasa membuat kerja berkumpulan.

5.5 MEMOTIVASIKAN MURID 5.5.1 Definisi Motivasi Motivasi boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Selain itu, motivasi turut melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zuraida, 2004). Menurutnya lagi, jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang

maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi. Selain daripada itu, motivasi tidak hanya terikat kepada pembelajaran semata-mata.

5.5.2 Kepentingan Motivasi Motivasi mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. Kepentingan yang pertama adalah untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran. Hal ini akan mecetuskan kepentingan yang kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, motivasi juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada. Terdapat 8 jenis motivasi yang boleh dikembangkan oleh guru di dalam kelas iaitu motivasi tugas, motivasi aspirasi, motivasi persaingan, motivasi afiliasi, motivasi kecemasan, motivasi menghindar, motivasi penguatan dan motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri. Motivasi tugas adalah motivasi yang ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan manakala motivasi aspirasi yang tinggi akan dapat dipupuk sekiranya pelajar memiliki perasaan ingin berjaya. Guru dapat membantu pelajar yang memiliki motivasi aspirasi yang rendah dengan menggalakan pelajar tersebut untuk mengejar citi-citanya. Bagi motivasi persaingan pula dapat diterapkan melalui persaingan yang sihat sekaligus menjadi motivasi yang kuat. Namun begitu, guru haruslah mengawal motivasi ini kerana persaingan yang tidak sihat mampu menjejaskan motivasi pelajar. Motivasi afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan sebaikbaiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain manakala motivasi kecemasan sangat berkesan untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar pelajar yang bermotivasi rendah dan yang memiliki kecerdasan tinggi. Sebagai contoh, guru subjek kimia boleh meningkatkan motivasi pelajarnya untuk menghafal simbol kimia dengan mengadakan kuiz

ringkas pada permulaan setiap kelas mengenai simbol kimia. Hal ini akan mencetuskan motivasi kecemasan di dalam diri pelajar sekaligus mendorong pelajar untuk belajar. Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar murid, memberikan komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan pelajar dan memberikan penghargaan. Motivasi ini dapat dilaksanakan dengan memberi penghargaan dan pujian sekiranya terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar dan memberi nasihat sekiranya terdapat sebarang penurunan dari segi prestasi murid. Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi ini menunjukkan tingkah laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang menjadi latar belakang tingkah laku mereka. Oleh itu, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya memberikan aktiviti yang bersesuai dengan pelajar.

5.5.3 Cara-Cara Memotivasikan Murid Terdapat 2 teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik. Teknik intrinsik ialah dorongan dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran dan boleh diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Teknik ekstrinsik pila boleh diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin untuk datang ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran. Dalam hal ini, guru adalah individu yang bertanggungjawab untuk memberikan motivasi kepada murid. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apakah tujuan melaksanakan kerja dan tugasan tersebut. Sebagai seorang pendidik, guru haruslah memberi penjelasan terhadap pelajarnya mengenai beberapa perkara tersebut.iaitu sebab-sebab tugasan yang diberikan penting, perkaitan

antara subjek dengan kehidupan dan memastikan pengetahuan asas pelajar mantap serta caracara bagi menilai hasil kerja mereka. Selepas pelajar jelas akan perkara-perkara di atas, ini mungkin dapat membantu pelajar memahami kepentingan mereka melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. Di sini terdapat beberapa cara dan kaedah yang boleh diambil oleh seorang guru untuk meningkatkan tahap motivasi dalam diri pelajar. 1. Ganjaran Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Antaranya, mengenal pasti kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkanya dan mereka pasti akan mengulangi kebaikan ini pada masa akan datang. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, markah bonus, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat tetapi juga bersaing antara satu sama lain untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ganjaran luar yang berkesan secara tidak langsung mampu menjana motivasi dalaman pelajar. 2. Tetapkan Matlamat Guru yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah menetapkan matlamat bagi setiap pelajarnya iaitu bagi setiap subjek yang dipelajarinya. Guru tersebut juga perlu mengikuti perkembangan pelajar dan memastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. Contohnya, bagi subjek Biologi, guru yang mengajar subjek tersebut haruslah menetapkan matlamat kepada pelajar bahawa mereka harus faham tentang topik yang diajar pada hari tersebut di akhir kelas. Jika matlamat tersebut tidak dapat dicapai, guru harus membimbing pelajar supaya matlamat tersebut tercapai. 3. Mengambil Berat Pelajar akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat mengenai diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu

bercerita mengenai pengalaman sendiri. Misalnyanya, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan sebagai satu teladan untuk pelajar. Keadaan ini kerana melalui cara ini dapat mewujudkan kemesraan antara hubungan guru dan pelajar. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang mereka di samping guru haruslah mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan secara personal dapat dilakukan kepada semua pelajar. 4. Penglibatan Pelajar Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Guru memainkan peranan untuk merangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar bilik darjah, dan interaksi antara pelajar dan guru. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka merasakan diri mereka penting dan diperlukan. Keadaan ini penting berikutan apabila pelajar berasa diri mereka diperlukan secara tuntasnya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya. Oleh itu, kesemua pelajar perlu terlibat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. 5. Penuhi Keperluan Pelajar Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Contohnya, memberikan peluang kepada pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan atau memberikan mereka membuat pilihan membuat tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti yang diketahui, pelajar yang sedang melalui alam remaja lebih mahukan kebenasan dan mahu individu lain memahaminya. Oleh itu, hubungan antara guru dan pelajar haruslah berterusan supaya pelajar dapat berkomunikasi serta mewujudkan silaturrahim baik dengan guru. Guru juga perlu menciptakan suasana pembelajaran yang seronok dan menarik yang membolehkan mereka bebas menyumbangkan idea dan ini akan mengaktifkan dan menaikkan semangat murid untuk berfikir dan menghasilkankan idea baru. 6. Lebihkan Pembelajaran Visual Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahan-bahan seperti gambar, lakaran, graf, carta, imej 3D, video, dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu kandungan penting

tentang sesuatu bab dan dapat melihat perkaitan antara subtopik dalam bab tersebut. Hal ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap sesuatu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. Kini, kerajaan telah menyediakan prasarana ICT di dalam kelas seperti projektor, LCD, dan skrin yang membolehkan guru menggunakannya untuk menanyangkan video serta nota dalam bentuk powerpoint yang berkaitan dengan subjek yang diajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan lebih memahami dengan jelas dan sekali gus menaikkan motivasi untuk belajar dalam diri pelajar. 7. Gunakan Pelbagai Emosi Untuk Merangsang Pembelajaran Dan Motivasi Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu apabila disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar lebih bersedia untuk belajar apabila terdapat unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan mudah berasa bosan. Guru haruslah mempelbagaikan watak, gaya, dan pendekatan demi menarik minat pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan. Hakikatnya, siapa guru tidak penting yang penting ialah siapa mereka iaitu pelajar 10 hingga 15 tahun akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas, dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakonan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik. 8. Strategi dan Teknik Berikan kaedah kepada pelajar mengenai teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota, dan sebagainya. Tanamkan dalam fikiran pelajar bahawa Belajar Itu Mudah. Buangkan sebarang halangan mental terhadap pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain. Contohnya, situasi ini sering berlaku kepada pelajarpelajar tingkatan empat yang ingin membuat pilihan aliran yang ingin diambil. Mereka sering terpemgaruh dengan pandangan rakan-rakan dan senior-senior mereka yang mengatakan aliran sains adalah aliran yang paling sukar, subjek Matematik Tambahan adalah subjek yang amat susah dan sebagainya. Mereka tidak sepatutnya terus terpengaruh dengan andaian-andaian tersebut. Jadi, guru haruslah memainkan peranan menjadi penasihat dan memberikan cadangan yang sesuai seiring dengan keupayaan pelajar-pelajar tersebut.

9. Terima Pelajar Seadanya Ramai guru berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar rajin, pandai, gigih, tekun, dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup menerima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu serta . tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang bermasalah. Pelajar ini juga tidak dipedulikan kerana mereka menganggap pelajar tersebut sukar dibentuk. Guru yang cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru tidak yakin dan memberikan ramalan awal bahawa mereka akan gagal.

5.6 KESIMPULAN Secara konklusinya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid disesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri. Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta pencapaiaan murid. Maka, segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akdemik dan juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan displin. Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk belajar kerana melalui persedian sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan juga psikomotor. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses memotivasikan murid. Bagi melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Antara insiatif yang boleh dilakukan adalah dengan menempatkan kaunselor di sekolah tersebut. Memotivasikan pelajar amat penting kerana perkara ini bukan sahaja untuk memotivasikan murid supaya lebih cenderung di dalam akademik tetapi untuk menangani masalah displin serta salah laku murid. Melalui pendekatan ini mungkin lebih sesuai untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid serta memotivasikan murid untuk lebih bersemangat untuk belajar atau menghadapi sesuatu peperiksaan. Seperti mana yang sering diperkatakan, sesuatu perkara tersebut tidak akan dapat dijayakan sekiranya tiada kerjasama. Secara tuntasnya, kerjasama semua pihak haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat dilakukan kerana pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid.

RUJUKAN 1. Peranan Pendidik Di dalam Kelas, diperloleh daripada

http://www.scribd.com/doc/14269856/peranan-pendidik-di-dalam-kelas, pada 3 Februari 2011. 2. Azman b. Hj Adnan, Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah, diperoleh daripada

http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.htm , pada 3 Februari 2011. 3. Drs. Robert J.Songgok. MOTIVASI DALAM BELAJAR, diperoleh daripada

http://www.oocities.com/usrafidi/motivasi.html , pada 27 Januari 201. 4. Psikologi sosial, Azizi Yahaya, Yusuf Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek, Fawziah Yahya & Amir Hamzah Abdul (2004) Psikologi Sosial. Skudai, Johor: Perpustakaan Negara Malaysia. 5. Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 6. Mohamad Sahari Nordin, Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah, Pusat Penyelidikan University Islam Antarabangsa Malaysia 2002. 7. Dr Robiah Sidin, Asas Pentadbiran Pendidikan, Pustaka Cipta Sdn Bhd 1988.

You might also like