You are on page 1of 15

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

keliru dengan nombornombor yang hampir sama seperti 9 dan 6, 3 dan 5.

sukar menghafal jadual sifir.

sukar mengingati siri langkah-langkah operasi matematik.

Isu Asas Nombor


sukar membuat operasi mental berkaitan arah.

sukar mengingat turutan nombor.

Keliru dengan arah kanan dan kiri dalam operasi pengiraan.

Tidak menetapkan jarak dalam tulisan pengiraan.

keliru dengan simbol-simbol Matematik

ISU MASALAH PENGUASAAN NOMBOR ASAS.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

Terdapat banyak masalah penguasaan kemahiran mengira dalam aktiviti pembelajaran matematik. Di antara isu yang dipertikaikan dalam buku Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan karya

Kamaruddin bin Hj Hassan (1986) adalah seperti berikut:-

Murid biasanya tidak akan mengenal bentuk nombor yang seakan akan sama seperti 9-6, 1-7, 2-3 dan sebagainya. Bentuk nombor yang berlainan tidak dapat dikenalpasti oleh mereka dan sering keliru dengan bentuk nombor. Ini akan menyebabkan murid-murid untuk menulis angka dengan tidak tepat. Contonya :6 ditulis sebagai ____ 7 ditulis sebagai ____ 3 ditulis sebagai ____

Selain itu murid juga kadangkala tidak dapat menyusun nombor mengikut turutan. Misalnya, murid tidak tahu yang mana lebih besar, 6 atau 7. Ini secara tidak langsung menyebabkan murid salah tafsir nombor lalu menggunakan nombor yang salah dalam operasi nombor. Ini adalah punca utama murid gagal dalam pengoperasian nombor.

Ada juga murid yang tidak dapat memahami nilai tempat nombor. Bagi mereka yang mengalami masalah sebigini 23 akan dianggap sebagai 32 dan 507 akan dianggap sebagai 57.

Intervensi yang sesuai bagi masalah diatas.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

1. Strategi Mnemonik (Mnemonic strategies) Bahasa matematik boleh diajar dengan menggunakan kata kunci mnemonic. Kaedah katakunci ini sangat berkesan untuk mengingat konsep-konsep penting dalam matematik. Penggunaan kata kunci biasanya akan berserta dengan gambar dan kata yang mengandungi bunyi yang hampir sama dengan kata asal. Sebagai contoh, apabila guru hendak mengajar nombor kepada murid, guru akan menggunakan nama nombor tersebut dengan membandingkan perkataan yang sama bunyi dengannya. .

Contoh aktiviti menggunakan strategi ini adalah:-

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

one (bun) Two (shoe) Three (tree) Four ( floor) Five (hive) Six (sticks) Seven (heaven) Eight (gate) Nine ( line) Ten (hen)

Penggunaan kata kunci juga boleh diajar dalam mengajar murid untuk mengingat prosedur mathematik. Contohnya:-

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

My Dear Aunty Sally (Multiplication Division Addition Substaction

King Make Chocolate (Kilometer Milimeter Centimeter)


2) Pengajaran menggunakan bahan-bahan maujud.

Dalam matematik, kepentingan penggunaan bahan-bahan maujud adalah sering diperkatakan oleh pakar psikologi kanak-kanak. Bahan-bahan maujud lebih mendorong pelajar untuk memahami nombor dan operasi matematik. Kaedah ini lebih membantu murid untuk mengingati konsep sesuatu operasi. Contoh aktiviti adalah seperti apabilaguru mengajar tentang nombor guru boleh menggunakan jam dinding untuk tunjuk cara untuk mengenalpasti angka 1 hingga 10. Kelebihan kaedah ini:1) Murid dapat meneroka pengetahuan dengan mencuba sendiri. 2) Murid dapat belajar melalui pengalaman sendiri. 3) Murid akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan. (trial and error)

Guru boleh menunjukkan cara rujuk angka dalam jam.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

Strategi- strategi lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran matematik.
1) Beri pengukuhan. Guru perlu member pengukuhan dan motivasi yang secukupnya untuk membolehkan murid disleksia cuba sedaya upaya untuk Berjaya

menghafalkan nombor yang diberikan kepadanya.

2) Pengulangan dan lafazan. Pengulangan konsep atau urutan nombor amat penting bagi membolehkan murid ingat akan apa yang diajar oleh gurunya. Murid perlu mengimbas kembali setiap satu yang diajar dan perlu melafaz dengan suara kuat. Muridjuga boleh diajar untuk mewujudkan lagu formula dengan menggunakan nada lagu kegemaran murid.

3) Permainan matematik. Guru perlu menyelitkan unsur permainan dalam proses pengajarannya. Ini adalah disebabkan pengalaman daripada aktiviti hands-on dapat membolehkan murid ingat sekian lama berbanding dengan belajar melalui teori. Contoh aktiviti :- mengajar topik nombor dengan mewujudkan suasana pasar malam. Guru perlu menyediakan duit palsu dan melibatkan murid dalam proses jual beli untuk mereka mengetahui harga dan duit yang hendak dibagi. Guru perlu membimbing kanakkanak dan membetulkan kesalahannya.

4) Assosiasi konsep.(Association) Kanak-kanak perlu diajar untuk mengassosiasikan konsep matematik dengan benda yang senang mereka ingat. Contohnya murid diajar untuk mengingat pyramid untuk segi tiga.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

ISU PENGUASAAN OPERASI DARAB.

MASALAH BERKAITAN URUTAN (SIFIR)

Kaedah hafalan yang lazim digunakan untuk jadual sifir sering menjadi masalah besar kepada murid. Lazimnya digunakan untuk jadual sifir. Kebanyakan murid tidak dapat menghafazkan sifir darab dengan tepat. Murid mudah lupa akan sifir yang dipelajarinya dan membuat kesalahan semasa Contohnya, 1) 3 x 7 = 24 2) 8 x 7 = 64

Kanak perlukan strategi tertentu apabila mereka tidak lagi dapat bergantung sepenuhnya kepada ingatan.

Langkah pertama adalah menentukan susunan pembelajaran mereka. Contohnya, sifir sepuluh lebih mudah diingati ( menggunakan duit syiling 10 sen) dan ini akan meningkatkan keyakinan. Ini diikuti dengan sifir lima dan dua. Kaedah yang dapat membantu bagi menguasai sifir dua dan lima adalah menggunakan gambar orang, ayam dan dinosaur, cop dan sebagainya. Seterusnya sifir tiga, empat dan sembilan. Sifir sembilan dapat diajar sebagai sifir yang menyeronokkan kerana jawapannya dapat diingati dengan mudah sambil menggunakan jari. Kaedah pengajaran operasi darap Gypsy

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

KAEDAH GANTI BENDA.

Kaedah ini disyorkan oleh Bulgrem,1997 dalam menyelesaikan masalah bagi kaedah hafalan sifir. Kanak-kanak dislesksia sering mengalami masalah dalam menghafal urutan sifir dan ia mengandungi unsur bahasa di dalamnya. Bagi mengelakkan mereka tercicir dalam kemahiran mengetahui sifir kaedah ini sesuai digunakan. Ia lebih sesuai untuk murid yang mengalami masalah pertuturan dan masalah pengingatan yang biasa. Contoh aktiviti bagi kaedah ini adalah: Langkah 1: guru akan memberi satu soalan yang berkaitan dengan sifir. Langkah 2 : murid dibekalkan guli yang banyak Langkah 3 : murid akan diarahkan untuk mengikut arahan guru. Langkah 4 : guru tunjukkan contoh soalan.

1 x 2= 2
Di sini guru tunjukkan bahawa angka 2 akan digandakan 2 kali

2 x

2=4

3 x 2=6
Di sini guru tunjukkan bahawa angka 2 akan digandakan 3 kali

Langkah 5 : murid akan menggunakan guli dan menghitung sifir tersebut. Kaedah akan diulang sehingga murid dapat capai kepada barisan ke 12.

Catatan : murid akan melukis bulat dalam mengira dalam peperiksaan.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

ISU PENGUASAAN OPERASI TAMBAH DAN OPERASI TOLAK.

Murid biasanya tidak dapat menyusun ayat matematik dalam bentuk lazim. Biasanya murid tidak dapat mengenal pasti nilai tempat dan menulis angka di tempat yang salah. Contohnya:16 + 3 = 16 +3

Seterusnya, masalah dari segi Matematik. Murid yang kamu uji itu menghadapi masalah dari Calculation iaitu pengiraan. Murid mengira dari kiri ke kanan yang sepatutnya dikira dari kanak ke kiri. Mereka juga tidak mengenali symbol tambah (+) dan juga symbol tolak (-). Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dia buat apabila adanya tanda (+) dan adanya (-). Bila ditanya kepadanya, mereka tidak dapat memberitahu apa fungsi symbol tersebut.

Adakalanya sesetengah murid tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murid-murid yang normal. Dia hanya melihat nombor dan membuat pengiraan bercampur aduk. Ertinya, apabila ada suatu soalan penyelesaian tiga angka, dia mula membuat dari kiri. Dia menambah angka yang pertama. Seterusnya, dia terus menolak angka yang kedua dan menambah angka yang ketiga. Dia juga tidak tahu kaedah menolak yang menyerapkan konsep pinjam dan bawa nombor ke atas dalam operasi penambahan. Inilah masalah yang dihadapi oleh murid dalam Pengiraan Matematik. Masalah yang paling asas yang harus ditangani adalah mengenali operasi penambahan dan penolakan. Maka, strategi strategi yang boleh digunakan adalah:

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM OPERASI TAMBAH DAN TOLAK.

Kaedah Belajar Sambil Bermain Kaedah ini akan dapat pelajar belajar sesuatu tanpa pengetahuan
mereka dengan seronok dan tanpa rasa jemu.

Aktiviti 1 :
Bagi masalah penambahan, guru boleh cuba memberi permainan seperti Ludo dan dam ular bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar. Secara tidak sengaja, mereka akan cuba mengira dan mendapatkan jawapan yang betul bagi memenangi permainan tersebut. Jadi ini akan mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam

penambahan.

Kaedah Pictorical
Bagi memperkenalkan simbol pula, guru boleh menggunakan kaedah simbolik iaitu menggunak teknik pictorical. Kaedah ini adalah menggunakan gambar-gambar untuk mengajar operasi tambah (+). Guru akan melukis atau menggunakan apa-apa gambar yang boleh dilihat oleh murid disleksia. Contohnya, menggunakan pensil untuk menyelesaikan masalah misalnya, 3 + 4 =. +

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

Aktiviti 1 :
Seterusnya, suatu contoh aktiviti bagi mengenali simbol-simbol Matematik (operasi penambahan). Sediakan sekeping kad yang mempunyai tanda tambah dan darab di satu bahagian dan tanda tolak dan bahagi di bahagian sebelahnya. Apabila kanak-kanak itu menyebut jawapannya adalah lebih banyak mereka dapat memilih sama ada tambah ataupun darab, dan sekiranya mereka mengatakan jawapannya adalah kurang, mereka dapat berfikir sama ada tolak atau bahagi. Begitulah guru harus memaksa murid itu berfikir sendiri supaya dapat mengingat apa yang telah dipelajarinya.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

ISU DALAM MEMPELAJARI KONSEP PECAHAN.


Murid-murid sekolah rendah mempelajari pecahan selama tahun 3 tahun dari tahun 3 hingga 5. Akan tetapi kebanyakan murid sekolah rendah mengalami kesukaran dalam menguasai konsep pecahan ini. Mengikut artikel, keadaan ini berlaku kerana guru tidak memberikan contoh yang banyak bagi meningkatkan kefahaman murid dalam Pecahan. Ini adalah antara perkara penting yang menyebabkan murid tidak mahir dalam pecahan.

Apabila murid tidak ditunjukkan contoh yang jelas maka murid tidak dapat menaakul konsep dan langkah penyelesaian bagi tajuk tersebut. selain itu, murid-murid juga akan menjadi bosan apabila mereka tidak dapat memahami konsep asas yang diajar oleh guru.

Murid juga tidak dapat menguasai maksud perkataan numerator dan denominator. Ini juga antara isu penting yang boleh merumitkan proses pembelajaran murid. Murid-murid juga keliru dengan sebutan pecahan. Kadangkala murid tidakdapat membanding bezakan sebutan mengikut numerator dan

denominator. Contohnya murid keliru dengan sebutan pecahan serta menyebut 2/4 (dua per empat) sebagai 4/ 2 (empat per dua). Ini secara tidak langsung akan membezakan nilai pecahan lalu member makna yang salah.

Murid juga lemah dalam meringkaskan pecahan kepada yang terkecil. Murid keliru dalam ringkaskan pecahan dan sering kali mengabaikan pecahan begitu sahaja tanpa ringkaskannya. Mereka juga lemah dalam mempelajari langkah peringkasan pecahan kepada yang terkecil.

Selain itu, murid juga tidak mahir dalam menukar pecahan tak wajar kepada pecahan bercampur. Mereka sering keliru dengan mempelajari langkah penyelesaian dan sering membuat kesalahan dalam menyelesaiakan soalan seperti itu. Murid juga tidak dapat mentafsir gambar pecahan dan tidak dapat mengenalpasi nilai pecahan mengikut gambar.

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONTRASI)

Tunjukcara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Oleh itu, teknik tunjukcara ini juga dikenali sebagai demonstrasi. Perancangan Penentuan topik dan objektif Perancangan langkah-langkah demontrasi Persediaan alatan dan radas Penyusunan tempat demonstrasi Pelaksanaan Peneranagan tujuan demonstrasi Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup Penggunaan alat/ radas mengikut langkah-langkah yang disediakan Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian Latihan Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran Guru membetulkan kesilapan murid Penutup Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota berkaitan

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

ISU DALAM MEMPELAJARI MATA PELAJARAN PERPULUHAN.

Melalui artikel, isu yang dipertikaikannya adalah murid menghadapi masalah dalam pendaraban nombor perpuluhan. Apabila murid mendarab nombor yang mengandungi perpuluhan mereka sering meletakkan titik perpuluhan secara tidak betul. Contohnya, 1.3 x 100 = 130, akan tetapi murid menulis sebagai 1.30

Ini akan membuat jawapannya menjadi tidak betul. Murid juga akan membuat kesalahan yang sama jika mereka diberi soalan-soalan yang lain berkaitan dengan perpuluhan.

Murid juga tidak dapat menulis ayat matematik yang berkaitan dengan perpuluhan. Ini akan membolehkan nilai dan maksud perpuluhan berubah mengikut apa yang murid tulis. Murid keliru dengan nombor dan titik perpuluhan. Contohnya murid apabila murid diberi sesuatu nombor perpuluhan seperti 1.5, murid akan menyalahtafsir dan menulis lima perpuluhan satu (5.1).

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM PERPULUHAN.


MODEL POLYA

Strategi pertama yang boleh digunakan Model Polya. Model ini dibina oleh George Polya membina model ini pada tahun 1957. Mengikut beliau, penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu memahami soalan bermasalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak masalah dan penyelesaiannya semula. Di peringkat pertama ini murid-murid akan dibimbing untuk memahami itemitem yang terlibat sesuatu masalah, perkaitan di antara item-item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab. Seterusnya diperingkat merancang strategi guru akan membimbing murid merancang strategi penyelesaiaanya. Strategi-stategi penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dengan beberapa cara seperti memilih operasi-operasi yang sesuai, menggunakan cara gambarajah dan menggunakan kaedah uniter. Diperingkat melaksanakan strategi pula murid boleh melaksanakan stateginya untuk menyelesaikan masalah. Di peringkat akhir pula murid boleh menyemak jawapan dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama.

Contoh aktiviti: Balan pergi ke kedai untuk membeli seutas tali. Dia hendak membeli sebanyak 3.2 meter. Akan tetapi sebanyak 0.2 meter kurang daripada tali yang ada di kedai itu. Berapa meter talikah yang ada di kedai itu?

Peringkat 1: Memahami soalan bermasalah Berapa meter tali yang ada. Peringkat 2: Merancang strategi tali : 3.2 meter berapa meter kurang= 0.2meter Baki :3.2 0.2= 3 meter

MTE 3109-MENGAJAR NOMBOR BULAT, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

SEM 5 2011

Peringkat 3: Melaksanakan strategi 3.2meter 0.2meter 3.0 meter

Peringkat 4: Menyemak jawapan dan penyelesaian 3.2 3.0 0.2 meter

You might also like