You are on page 1of 2

Bincangkan tugas dan tanggungjawab guru Panitia dan guru Matapelajaran Pendidikan Moral. 1.

Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. 2. Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan. 3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . 4. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD. 5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu. 6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. 7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahanbahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah. 8. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini. 9. Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan. 10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak. 11. Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. 12.Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. 13 Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah. 14. Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM. 15. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan.

16.Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. 17. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain. 18. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik . 19.Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. 20. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P. 21. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM. 22. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.

You might also like