You are on page 1of 9

Apa itu ARCA?

Maksud: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Di mana? Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis jenis Arca

Arca bersifat realis atau abstrak. *Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. *Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. *Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca Asemblaj Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah Homeege to New

York, karya Jean Tinguely Arca Binaan Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan. Arca Luakan

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung David karya Mochelangelo Arca Timbulan Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirriciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Arca Tambahan Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara. Arca Mobail Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Arca Stabail Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj Arca Dinding Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding

yang terkenal adalah Langkawi 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin. Tahukah anda ciri ciri arca? DIORAMA Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.STABAILStabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.MOBAILMobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.ASEMBLAJAsemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?DIORAMABahanKotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas

warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuaiMOBAILBahanDawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.MODELBahanGam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod, kertas warna dan bahan kutipanSTABAILBahanDawai, tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung

ARCA DEFINISI. -Merupakan pengucapan hasil seni yang bersifat 3D. -Boleh diamati pada ruang 360 darjah. -Hasil karya dalam ruang rialiti atau ruang sebenar. -Penghasilan menggunakan unsur seni reka.

SEJARAH ARCA. -Penciptaan sejak zaman Srivijaya sekitar tahun ke-7 hingga 13 Masihi. -Bukti dilembah cemur perak(patung menggambarkan seorang mawata(arca terawal)). -Batu nisan dikeramat sungai udang pengkalan kampas negeri sembilan. -Arca moden pada tahun 1960 diterajui oleh Shed Ahmad Jamal dan Latif Mohidin Anthoni Lau dan Lee Kian Seng. Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M.Masyarakat zaman tamadun awal seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.Pada zaman ini, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang bekaitan dengan system kepercayaan dan keagamaan mereka.

Pengarca yang termahsyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland.Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain.

Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cyladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika itu boleh

dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebagai contoh ialah arca terkenal yang bertajuk The Laocoon (50 SM) yang menunjukkan satu situasi dramatik tiga orang lelaki di belit ular. Pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry Moore dan Alberto Giacomitti.

Di Malaysia pula arca tidak berkembang dengan meluas. Perkembangannya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan. Sebagai contoh, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri. Pada sekitar tahun 1960-an pengarca-pengarca di Malaysia mula membentuk arca moden. Antara arcawan tempatan yang terkenal ketika itu ialah Anthony Lau (Rimba), Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian

JENIS ARCA. 1. Arca berfungsi. - Berbentuk 3D menekankan fungsi dan kegunaan. - Contoh arca berfungsi ialah labu sayong, tugu negara, dan keris. 2.Arca Estetika. - Aspe keindahan dan menyampaikan sesuatu mesej kepada audien seni. -Diletakkan di galeri atau tempat yang mudah dilihat. 3.Arca tanah liat. -Dihasilkan mengikut gubahan idea. -Pembuatan daripada kaulin(tanah liat putih untuk menghasilkan porselin) 4. Arca ukiran kayu. -Arca paling tua dan boleh didapati dalam tokong cina purba. -Arca ini paling banyak di Malaysia. Terutamanya dikalangan suku kaum peribumi. 5. Arca ukiran batu. -Ukiran ini amat rumit kerana perlu memahat. -Contoh Datu Qualam Ala Bastem, Batu kapur, Granit dan Marmar. -Ianya dihasilkan dalam bentuk gabungan.

6. Arca logam. -Menggunakan oksiasetilena menyebabkan logam mudah dikecilkan. -Ia boleh dibentuk dan memotong logam dengan menyacip,menukul atau mencantum dengan skru ribet. 7. Arca gangsa. -Gangsa merupakan kumpulan alaoy atau pancalogam daripada kombinasi tembaga, zink dan timah.

TEKNIK PENGHASILAN ARCA. 1. Arca binaan. -Menggunakan bahan -Contoh: binaan atau cantuman daripada bongkah kayu , besi, lidi, tanah liat dan batu serta menggunakan teknik cantuman. 2. Arca luakan. -Sesuai untuk teknik luakan ialah di buang bahagian tertentu. -Contoh: batu kelikir dan ranting kayu. -Tertumpu kepada arca yang mempunyai saiz yang kecil dan sederhana besar. 3. Arca inatalasi pemasangan. -Bersifat cantuman atau pemasangan binaan arca yang meliputi kawasan yang tidak terhad. -Contoh: sebuah bilik. 4. Arca mobil. -Boleh bergerak pada kedudukan yang tetap. -Bahan yang sesuai digunakan ialah bahan yang ringan. 5. Arca stabil. -Mempunyai tapak sebagai dasar arca. -Teknik dan penggunaan bebas. 6.Arca lembut. -Menggunakan bahan yang lembut. -Contoh: arca dairpada kain dan span. 7. Arca timbulan.

- Dihasilkan dari permukaan bahan 2D. -Ia dilihat daripada bahagian hadapan dan terhasil dari teknik ukiran atau lakaran. -Bahannya adalah tanah liat. 8.Arca acuan. -Kegunaan acuan untuk membentuk arca. -Contoh: tanah liat , plaster of paris dan getah.

You might also like