Kajian Kes Pintar Cerdas

1

FAKULTI PEMBANGUNAN DAN SUMBER MANUSIA KBC 3013 PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN KES

NAMA : N0RFAMILA A/P HARUN NO. MATRIK : D20101037257 PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS (AT10) SEMESTER : SEMESTER 2 SESI : 2010/2011

NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

2

SENARAI KANDUNGAN Perkara 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Pintar Cerdas 1.2 Definisi Berbakat 2.0 Pintar Cerdas 3.0 Teori Berdasarkan Pintar Cerdas 4.0 Latar belakang Keluarga 5.0 Perkembangan dari segi fizikal, dan emosi Sosial serta kognitif 6.0 Penilaian berdasarkan senarai semak 7.0 Cadangan 8.0 Penutup 19 -21 21 - 22 23 Halaman 3 3 4 5 5-7 12 - 14 15 - 18

Contohnya. menghasilkan sesuatu yang baru. asli. Seseorang itu dianggap berbakat dalam bidang – bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. atau muzik. mereka mendapat keputusan semua gred „A‟ dalam peperiksaan awam seperti UPSR. abstrak atau gagasan.0 PENGENALAN Istilah pintar cerdas dan berbakat bukan lagi suatu perkara yang baru kita dengar dalam negar ini.3 1. PMR dan SPM. kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain daripada lain atau keistimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. kreativiti. Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak – kanak atau belia yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinngi dari segi bidang seperti intelektual. Sesetengah pihak beranggapan bahawa mendapat keputusan yang cemerlang adalah ciri utama untuk menyatakan bahawa seseorang itu adalah pintar cerdas. Menurut. luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud. kerana Negara kita sudah menlancarkan program untuk kanak –kanak yang pintar cerdas iaitu seperti MENSA dan permata Pintar di UKM Bangi untuk meningkatkan serta menyediakan program yang sesuai bagi kanak – kanak ini. Berbakat pula bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang – bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. . Pintar cerdas adalah satu anugerah yang tidak ternilai kepada seseorang dari segi memiliki kelebihan kognitif dan juga bakat yang tersendiri contohnya dari segi kesenian. Kadang – kadang pencapaiannya dalam bidang tersebut belum terbukti cemerlang atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan. artistik.

Bakat lahir dari naluri asas manusia untuk . Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997). 1.sekolah. Pintar cerdas dapat dilihat sebagai satu konsep yang mempunyai dimensi dinamik yang terdiri daripada interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata. proses dan hasil dalam bidang tertentu yang dipengaruhi oleh genetik dan persekitaran iaitu rumah.4 1.1 DEFINISI PINTAR CERDAS Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat. Konsep Piirto‟s melihat bakat sebagai satu keperibadian. berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. masyarakat. banyak bercakap .1 DEFINISI BERBAKAT Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1997). membuat pertimbangan serta penaakulan yang baik. orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “ The Stanford . budaya dan jantina serta peluang. Menurut Renzulli (1986). Persekutuan memberi maksud kanak – kanak pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang dikenalpasti sercara semulajadi kemampuan luar biasa dan berkebolehan yang tinngi dalam melakukan sesuatu. kepintaran adalah satu tingkah laku yang perlu dikembangkan dan bukan secara semulajadi walaupun individu itu mempunyai skor IQ yang tinggi iaitu dalam model beliau yang dinamakan “The – Ring Conception of Giftedness” atau “Triat Model”. Manakala. Kanak – kanak ini memerlukan program pendidikan yang berbeza . pintar cerdas bermaksud cekap. Selain itu. pandai pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Stanford Binet (1916). pandai. berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. aras yang tinngi dalam tanggungjawab keoada tugas dan aras kreativiti yang tinggi.cerdik licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.Binet Test “ telah memberikan definisinpintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami.

sifat personaliti. Mereka memperlihatkan keupayaan yang tinggi dari segi intelektual.5 menghasilkan sesuatu yang baru.0 PINTAR CERDAS 2.Bakat tidak hanya bertumpu pada kecerdasan minda atau kemahiran seni seseorang. keupayaan memimpin atau cemerlang dalam bidang akademik. mendefinisikan kreativiti sebagai yang menarik.” Gowen (1972). 2. pengalaman dan persekitaran mereka. Kreativiti adalah sesuatu misteri yang fenomena semulajadi. pula menyatakan teori – teori peribadi dan persekitaran yang relative dengan amalan pengasuhan anak. Pada tahun 1994. 1. ada juga yang memeberi penekanan kepada pemikiran dan juga menekan kepada hasil usaha kriteria kreativiti. Mcnerney dan Mcnerney (1994). Jabatan Pendidikan Amerika Syarikatm dalam laporannya yang bertajuk Kecemerlangan Kebangsaan: Kes Bakat Rakyat Amerika mendefinisikan kanak – kanak cemerlang adalah kanak – kanak yang mempamerkan potensi yang tinngi dalam menyelesaikan sesuatu jika dibandingkan dengan umur. tetapi dalam semua bidang (1999). kreativiti adalah kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu.2 DEFINISI KREATIF Kreatif berasal dari bahasa latin “creare” yang bermaksud membuat. Manakala dalam bahasa greek ianya membawa makna memenuhi. Menurut Samson dan Vernon (1996).1 MENGENALPASTI PINTAR CERDAS Salah satu untuk mengenalpasti kanak – kanak pintar cerdas adalah melalui pelaksaan ujian kecerdasan terhadap mereka. menekankan sifat.Biasanya tahap skor kanak adalah sebanyak 120 dan keatas. . kreatif dalam bidang seni. Ensiklopedia Malaysian (1996).

Memiliki keinginan dan minat yang tinggi terhadap sesuatu yang telah lama berlaku 5. 16. Kebanyakan mereka dapat membaca sebelum umur 5 tahun. Boleh menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi. berpegang teguh kepada apa yang mereka percayai. 10. Mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminatikan dan kurang berminat dalam aktiviti lain. Mempunyai banyak kegemaran. 3. Mempunyai pengetahuan tatabahasa yang lebih baik daripada umur kronologinya 2. Mempunyai keupayaan berfikir aras tinggi dan mampu berfikir tentang abstrak. 15. Menggemari aktiviti yang kompleks dan ada cabaran. 13.6 2. 8. 14. Konsep kendiri yang positif. hobi dan minat mengumpul sesuatu yang unik. 17. 6. 12. Mempunyai daya ingatan yang tinggi. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta menyatakan segala kebimbangannya. Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu perkara tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku. Melakukan kerja dengan teliti 11. 7. 9. Mereka kurang tidur berbanding dengan rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan. 4. Mereka selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.2 CIRI – CIRI PINTAR CERDAS 1. . yakin dan optimistik. Selalu yakin terhadap diri sendiri.

Setiap cirri – cirri seperti komitmen dan kreativiti akan menyumbang kepada bakat itu yang terbahagi kepada dua bidang iaitu bidang umum seperti matematik. Modelnya. sains hayat dan seni pergerakan. penerbit filem. Tetapi. Renzulli mencadangkan bahawa kebolehan superior ini tidak semestinya bermaksud kepintaran yang tinggi. kebolehan yang lebih tinggi daripada purata. Mudah untuk menyesuaikan diri bersama rakan –rakannya dan tidak suka berkelahi. muzik. Bersedia menyesuaikan diri dalam situasi baru. Penguasaan terhadap salah satu ciri-ciri tidak menggambarkan bakat itu.7 18.0 TEORI BERDASARKAN PINTAR CERDAS 3. sains fizikal. 19. Renzulli menyatakan bahawa manusia terbahagi kepada tiga ciri-ciri. . Ciri-ciri pertama ialah kebolehan superior. agama. Bidang khusus pula yang terdiri daripada astronomi. seni visual. Mereka sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. yang juga dikenali sebagai „model bakat tiga cincin (Three-Ring Model of Giftedness)‟ yang banyak digunapakai di Amerika Syarikat. 20. Renzulli berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai atau berkebolehan membangunkan ciri-ciri ini dan mengaplikasikan ia ke dalam bidang yang berpotensi. 3. Contohnya.1 TEORI RENZULLI Teori kecerdasan lain yang diperolehi secara meluas adalah Teori Renzulli. beliau mencadangkan ia harus dipandang daripada perspektif intelligence quotients (IQ). pemikiran dan tindakan fleksibel serta tidak mudah terganggu jika keadaan biasa diubah atau berubah. undang – undang . Memberi kerjasama kepada guru dan rakan sekelas 21. komitmen dan kreativiti. interaksi antara ketiga-tiga ciri-ciri menyediakan ramuan untuk melahirkan insan kreatif dan produktif. kimia dan penyajak. Australia dan negara-negara lain. mudah kecewa walaupun dalam hal – hal yang kecil tetapi boleh mangalir air mata apabila melihat matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana simpati terhadap haiwan. koleografi.seni bahasa. Sebaliknya.

koordinasi. Walaubagaimanapun. Ini bermaksud cara berfikir yang berbeza daripada orang lain. Sebaliknya. Antara ciri-cirinya ialah kepimpinan.refleks. idea baru. Selain itu. Gagne menegaskan bahawa domain aplitud keberbakatan berkembang melalui proses pembangunan menjadi bakat. Antara domain bakat utama ialah intelektual. baru dan keaslian idea. Ini digambarkan melalui ciri-ciri keaslian. Beliau mencadangkan bahawa bakat ialah interaksi antara aplitud dan pemangkin interpersonal dan persekitaran.8 Seterusnya. domain psikomotor yang ditunjukkan dengan ciri-ciri kekuatan. Proses ini antaranya seperti pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Domain yang seterusnya ialah sosioaffektif. pemerhatian dan andaian. beliau menerangkan bahawa bakat ialah aplitud dalam pencapaian mereka dalam bidang ini. Proses ini dirangsang dengan dua jenis pemangkin. Renzulli menegaskan bahawa keseimbang ketiga-tiga ciri-ciri ini perlu. dan psikomotor. Antara domain aplitud ataupun bakat semulajadi ini ialah intelektual. Ciri-ciri intelektual adalah mahir dalam penaakulan induktif dan deduktif. interpersonal dan bidang sukan. domain yang lain ialah kreatif.2 TEORI MODEL KEBERBAKATAN DAN BAKAT (GAGNE‟S MODEL OF GIFTEDNESS AND TALENT) Ahli psikologi Kanada. latihan dan pratikal. Antara jenis pemangkin ialah pemangkin intrapersonal dan pemangkin . Beliau telah menggariskan bahawa individu ini lahir dengan bakat semulajadi ataupun bakat yang tidak digarap atau dilatih. komitmen. Ciri-ciri seterusnya kreativiti. sosioaffektif. 3. artistic. pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran. Francoy Gagne telah mencadangkan model teorikal bakat. Individu boleh mempunyai bakat semulajadi dalam akademik. Seterusnya. berinovasi dan humor. ketahanan dan kelenturan. kreatif. teknikal. Komitmen di sini bermaksud bahawa kesungguhan seseorang individu itu melakukan tugasan dalam bidang spesifik secara berterusan. Proses ini boleh dibantu atau dibantutkan oleh pemangkin. memori. impati dan mempunyai kesedaran diri. Bakat semulajadi ini berkembang menjadi bakat melalui proses pembangunan yang mengandungi proses pembelajaran.

barulah bakat semulajadi ini menjadi kemahiran yang telah dikembangkan. sendiri. Pemangkin seterusnya ialah persekitaran. Seterusnya ialah motivasi seperti keperluan. seni. pemangkin ini juga boleh membantutkan lagi proses mengasah bakat. Sebaliknya. fizikal. Individu juga memainkan peranan seperti ibu bapa. kehendak. Setelah melalui proses pembangunan ataupun mengasah bakat. dan keperibadian. kursus dan program. budaya. teknologi. permainan strategi. Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu Pemangkin persekitaran pula daripada faktor luaran individu itu. nilai ataupun minat. Antara kemahiran-kemahiran ini dalam akademik. sifat-sifat dan kekurangan upaya. Personaliti pula seperti tingkahlaku. Persekitaran sekeliling ialah seperti fizikal. anugerah dan kemalangan. Fizikal bermaksud bentuk tubuh badan. kecacatan ataupun kesihatan. dan sukan. individu. Peristiwa pula merujuk kepada pertemuan. perniagaan. . Pemangkin persekitaran ialah seperti pesekitaran sekeliling. pengurusan diri. Pemangkin intrapersonal ini memainkan peranan penting dalam mengasah bakat ini. Pemangkin intrapersonal pula terbahagi kepada empat bahagian.9 persekitaran. sosial dan kekeluargaan. inisiatif dan peristiwa. sosial. Inisiatif pula seperti mengikuti aktiviti tertentu. Manakala kehendak pula seperti daya tumpuan dan ketekunan. rakan sebaya dan mentor. motivasi. guru-guru. Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu sendiri.

10 PIRAMID PEMBENTUKAN BAKAT PIIRTO (PIIRTO PYRAMID OF TALENT DEVELOPMENT) .

Personaliti ini penting dalam membantu pembentukan bakat. Rumah penting dalam menyediakan suasana yang positif dan mengasuh kanakkanak itu. kestabilan emosi dan keterbukaan pengalaman. keramahan. Kebanyakan bakat itu diramal daripada tingkahlaku ramalan. Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Di dalam aspek ini ialah aspek-aspek seperti IQ. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual. rekaan. music. Seterusnya ialah sekolah. Plomin (1997) menunjukkan bahawa apabila kita menjadi dewasa. genetik yang diturunkan akan menjadi lebih dominan. ketahanan mental. Sekolah ialah faktor penting khususnya mengesan bakat dan menyediakan situasi dan pengalaman kepada . Aspek yang seterusnya ialah aspek kognitif. Individu dewasa yang mencapai kejayaan mempunyai banyak ciri-ciri yang tersenarai. Terdapat lima „matahari‟ pertama sekali ialah rumah (home). Individu yang mendapat markah yang tinggi dalam ujian IQ dianggap berbeza kerana kebolehannya menyelesaikan masalah yang jarang diketengahkan. Aspek yang seterusnya ialah aspek persekitaran yang digambarkan dengan „matahari‟.11 Firto menerangkan bahawa pembangunan bakat bermula dengan aspek genetik. sukan. lakonan. Ini diterangkan sebagai perbezaan individu sebagai terma extraversion. Menurut teori ini juga. Atribut personaliti ini merupakan aspek penting dalam pembangunan bakat. sifat berhati-hati. Aspek kedua yang ditekankan oleh Piirto adalah aspek emosi. Aspek seperti personaliti adalah perlu dan penting untuk pembangunan pembesaran. tarian. disiplin. Wiggins (1996) menyatakan bahawa bidang psikologi personaliti dalam domain psikologi telah menemui kebolehan personaliti yang dipanggil „big five’. berani mengambil risiko. matematik. Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai oleh masyarakat. kesempurnaan. imaginasi. kesusasteraan. persekitaran awal kanak-kanak lebih penting semasa kita kanak-kanak berbanding apabila kita dewasa. dan lain-lain. kegigihan. dan sebagainya. (predictive behaviours). intuisi. Antara atribut personaliti ialah kreativiti. Aspek afektif atau emosi diperlukan untuk sesorang individu itu untuk berjaya dan sesetengah trait atau kesabaran dan lain-lain boleh dibangunkan dalam individu itu. Piirto menyedari daripada kajiannya bahawa setiap individu berjaya mempunyai persamaan dalam atribut personaliti. keterbukaan. sains. Seterusnya ialah komuniti dan budaya (cummunity and culture) yang memainkan peranan dalam menyediakan institusi pendidikan yang bersesuaian dan menyediakan sokongan kepada rumah dan sekolah.

PROFIL RESPONDEN Nama Umur Alamat : Zuriana A/P Law Wau Kong : 17 Tahun : N0 57. „Matahari seterusnya ialah jantina dan peluang.4A1B.( Tingkatan 4 sehingga sekarang) Aliran : Sains Tulen Bil Adik – Beradik: Anak ke 3 daripada 6 Pencapaian Akademik: UPSR . Kehadiran ataupun ketiadaan „matahari‟ boleh melakukan perbezaan sama ada bakat dapat dibentuk ataupun tidak. PMR -7A Kelebihan : Menguasai mata pelajaran matematik dan sains dengan baik dan cemerlang. Kuala Lumpur. Blok A Kampung RPS Runchang. 4.0 LATAR BELAKANG RESPONDEN 4. Pahang Darul Makmur Hobi : Menonton televisyen dan membaca buku Cita – cita : Doktor Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan. 26700 Muadzam Shah. . Pahang ( Tingkatan 1 – 3) dan Sekolah Sains Seri Puteri.1. Pekan.12 kanak-kanak.

responden juga mengalami tahap – tahap perkembangan kanak –kanak yang normal seperti kanak.13 4.kanak lain. Menurut ibunya. respondan adalah sama seperti kanak – kanak lain juga . dia juga normal dan tidak mempunyai sebarang kecacatan sejak lahir.4 Sejarah kelahiran respondan Menurut ibunya. Responden pernah memegang jawatan ketua kelas semasa di darjah 6 dan responden juga pernah menjadi penolong ketua pegawas sekolah. Kemudian dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan sehingga tingkatan 3 dan dia telah mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya ke sekolah Sains Seri Puteri di Kuala Lumpur. . 4.3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN RESPONDEN Latar belakang pendidikan respondan dapat dilihat di sekolah rendah lagi apabila dia mula bersekolah di sekelah rendah Kebangsaan Runchang ( SKRU) dari darjah 1 sampai darjah 6. Kelebihan yang ketara dalam diri respondan adalah dia lebih kepada memilki kecerdasan logik matematik.Dari segi fixikal pula. Dia mempunyai ciri – ciri kepimpinan berbanding rakan perempuannya yang lain semasa berada di sekolah rendah. .2 LATAR BELAKANG KELUARGA Nama Ayah Umur Pekerjaan Pendapatan : Law Wau Kong : 62 Tahun : Sendiri : 500 sebulan Nama Ibu Umur Pekerjaan : Ramlah A/P Song Heng : 45 Tahun : Suri rumah 4.

14 4. Seorang yang berkeyakinan tinggi Responden percaya bahawa sesorang itu perlu berusaha dahulu untuk mendapat kejayaan dalam hidup . Bertanggungjawab Tanggungjawab responden tunjukan apabila dia sentiasa menjalankan tugas sebagai pengawas pusat sumber berdasarkan jadual yang ditetapkan dan sentiasa menyiapkan tugasan yang telah diberiakn oleh gurunya. Sekiranya. . Tumpuan yang tinggi Tumpuan yang diberikan semasa guru mengajar amat tinggi dan mudah cepat memahami apa yang guru sampaikan. Kematangan Kematangan dapat dilihat daripada fizikalnya yang menampakan responden seorang yang berpikiran matang dan cara responden bercakap dengan saya mengenai untuk dia mengejar cita – cita yang tinggi dan masa depan dengan penuh dedikasi seolah – olah saya bercakap dengan orang yang dewasa. Sangat sensitif Responden akan menangis apabila sesuatu barang atau permainan yang diingini tidak dapat sewaktu dia masih kecil. ada sebarang kesulitan dalam pelajaran responden akan bertanya kepada guru atau merujuk buku rujukan sahaja.Sebagai contohnya. 5 Ciri – ciri responden Ciri responden Seorang yang pendiam Penerangan Responden seorang yang pendiam ketika berada dalam kelas dan komunikasi yang kurang semasa berda di sekolah. usaha yang responden lakukan untuk mendapat 7A dalam PMR menjadi kenyataan. Ciri pemimpin Ciri ini dapat dlihat apabila responden pernah menjadi ketua kelas semasa di tahun 6 dan menjadi pengawas pusat sumber sekolah semasa di tingkatan 3 dan 4.

Menurut. Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Salah satu faktor saya memilih pelajar ini sebagai responden kerana saya mendapati bahawa responden mempunyai kebolehan intelek yang khusus. Pada peringkat rendah. teori kepelbagaian iaitu kecerdasan logik matematik .0 Faktor . Sebagai contohnya. responden saya hanya berminat dalam subjek matematik sahaja. dan penaakulan yang dibawa oleh seseorang bersamanya ke dalam situasi pembelajaran yang baru. kesediaan kognitif termasuk kebolehan mengamati dan menyedari akan idea-idea. kanak-kanak belum membuat pengkhususan minat mereka pada peringkat pra-formal. Lazimnya. Kesediaan kognitif berkaitan dengan kefahaman.15 5.1 Perkembangan kognitif Teori kognitif didasarkan pada asumsi bahawa kemampuan kognitif merupakan sesuatu yang fundamental dan yang membimbing tingkah laku anak. memahami. mengekalkan. . Dengan kemampuan kognitif ini. pemikiran. dan mengingati kembali dengan mudah dan berkesan. tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Responden juga responden lebih suka berkaitan angka dn mudah untuk memahami subjek berbanding subjek – subjek lain. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini.faktor pemilihan responden 5. Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek khusus ini biasanya akan menumpukan ke arah sesuatu bidang sahaja. Kebolehan intelek khusus juga berkaitan rapat dengan ciri kedua untuk mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas iaitu mereka mempunyai kecenderungan akademik yang khusus walaupun pada umum fizikal baru setahun jagung. maka anak dipandang sebagai individu yang secara aktif membangun sendiri pengetahuan mereka tentang dunia. Respondan juga menyatakan bahawa dia tidak berkebolahan dalam seni lukisan. Sebenarnya kajian perkembangan kanakkanak oleh Piaget dan Inhelder (1969).

Selain itu. Respondan menyatakan bahawa dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. namun. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran.mMereka mempunyai perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak – kanak biasa.kanak biasa. remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.2 Perkembangan fizikal Dari segi perkembangan fizikal. respondan juga meminati subjek sains .Responden mempunyai ketinggian 154 cm dan mempunyai berat badan 50 kg. dia lebih suka untuk meneroka alam semester dan mengkaji sesuatu yang bakal terjadi. yang ingin menjadi seorang doktor pada masa akan 5. menurutnya. Sebaliknya. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut.16 Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. dia . mereka lebih meminati eksperimen. repsondan juga mengatakan bahawa dia sememangnya tidak lari gari sifat cepat bosan dan kurang meminati bidang penghafalan dan pembacaan bahan lisan contohnya mata pelajaran sejarah yang memerlukan penghafalan. Mereka juga sering memberi nilai. kanak –kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibanding dengan kanak.citanya datang. Selain itu. dan mencipta kaedah baru dalam sebarang tugasan tambahan lagi selaras dengan cita. menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan.

keraguan tenetang pengajaran tersebut. responden jarang bertanya kepada guru. dia akan mencari 5. 5. Sullivan berpandangan. Menurut Sullivan. responden juga kurang suka aktiviti yang melibatkan bersosial kerana dia seorang yang pendiam. Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.4 Perkembangan emosi Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar” atau satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya .dan perhubungan dengan rakan sebaya.aktiviti bermain. . kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik.persahabatan. Responden tidak mengalami sebarang kecacatan dari segi fizikal. dia hanya menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar dan jika terdapat maklumat dalam buku rujukan. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi. Ketika berada dalam kelas pula. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.3 Perkembangan sosial Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanakkanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Dari segi sosial pula.17 hanya akan rapat dengan rakannya yang memahami dia dan mereka boleh berkongsi minat bersama.perkembangan kongnisi sosial.

dia akan marah dengan penuh perasaan. apabila dia berasa marah. 1 2 Ciri-ciri Mudah mengingati sesuatu nama tempat . Bil. Gemar bertanya pelbagai soalan mengenai bagaimana sesuatu itu berfungsi.18 Secara amnya. namun. contonhnya.0 Penilaian berdasarkan senarai semak SENARAI SEMAK Tandakan Ya atau Tidak sekiranya anak/murid-murid anda mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di bawah. Responden juga seorang yang mudah bersimpati. Dari segi emosi.2001) Menurut Santock ( 1998 ). Teori Perkembangan Psikososial Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.orang dan juga nombor. responden adalah seorang yang sukar untuk memarahi seseorang. mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. dia pernah berasa kasihan apabila melihat seorang tua yang buta berjalan di pekan. emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois. 6. Mempunyai kumpulan seperti kumpulan belajar dan sebagainya sendiri Mempunyai keyakinan diri yang tinggi ya Tidak 3 Ya 4 Ya .

guru dan orang lain. Pencapaian akademik sentiasa meningkat Sukar menerima pendapat orang lain Kreatif dan inovatif Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi Tidak Ya 7 8 Ya Ya 9 Ya 10 Ya 11 12 13 Tidak Tidak Ya 14 15 16 17 18 19 Boleh bergaul dengan orang yang Ya lebih tua denganya dengan lebih baik Mempunyai perbendaharaan kata yang Tidak baik .19 5 6 Tidak senang duduk . Menerima informasi dengan pantas Ya Keupayaan imaginasi yang tinggi Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Kebolehan menyelesaikan masalah Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan. Tumpuan yang lama dalam satu bidang yang diminati. mencabar ibu bapa . Memberi perhatian yang teliti tentang sesuatu perkara . Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Memberi arahan dengan jelas dan berkesan Bertanya soalan provokasi.gemar melakukan gerakan seperti menggoyangkan kaki apabila duduk lama di satu – satu tempat Mampu mengaitkan sesuatu sebab dan akibat bagi perkara tertentu . Suka mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Tidak Tidak Tidak 20 21 Ya Ya 22 Ya 23 Tidak 24 Tidak .

Fasih dalam mengeluarkan dan menghuraikan idea-idea Tidak Ya 26 Ya Ya Ya Ya 27 28 29 30 Berdasarkan kepada senarai semak diatas dapat kita lihat bahawa responden ini lebih mendalami bahagian pengiraan atau subjek matematik. responden juga akan memberikan tumpuan yang lama dalam matapelajaran yang disukai seperti matematik dan sains. mudah memahami dan kurang pengulangan sesuatu subjek.20 25 Bertindak dengan spontan secara intuisi Belajar dengan cepat. Selain itu. dari segi pergaulan pula. Seterusnya. Responden kurang untuk berinteraksi dengan guru semasa berada di dalam kelas kerana responden sudah memberi tumpuan yang tinggi. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. responden tetap seorang individu yang memerlukan didikan disiplin yang betul sungguhpun beliau sangat bijak dalam bidang yang diminati. orang dan dan juga nombor. Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969). dapt dikelaskan bahawa responden saya adalah seorang yang memiliki kecerdasn logik dalam subjek matematik. responden boleh mengingati sesuatu nama. Hal ini menyebabkan pencapaian akademik responden mengalami peningkatan. Suka dalam bidang pengetahuan Mampu belajar melebihi orang lain dalam bidang tertentu Berupaya menunjukkan perspektif yang luas dalam sesuatu subjek. tahap perkembangan terawal . sebagai contohnya subjek sejarah dan matematik.tempat. Walaupun begitu. Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Oleh itu.

. Pertandingan ini juga boleh dilakukan dengan membuka peluang pertandingan kepada pelajar yang bijak dalam matematik sahaja supaya mereka tidak berasa bosan untuk bertanding.0 Cadangan Pertandingan kuiz Matematik di sekolah Guru mestilah mencari inisiatif atau langkah yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka dengan menganjurkan pertandingan kuiz matematik diantara murid – murid yang dikenalpasti dan meningkatkan lagi potensi dalam bidang tersebut. 7. Hal ini demikian dapat membantu pelajar ini mengetahui secara mendalam tentang bidang matematik.21 sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Pertandingan seperti ini boleh dilaksanakan sekurang – kurangnya dua kali setahun di sekolah. Mereka juga sering memberi nilai. menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

ice – breaking dan sebagainya. Sullivan berpandangan. memasak. Aktivit ini memerlukan mereka bekerja secara berkumpulan dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti semasa aktiviti memasang khemah. kawad kaki.22 Program Mentor atau Role Model Kaedah in paling sesuai dilakukan terhadap kanak – kanak atau pelajar pintar yang selalu memerlukan sokongan serta dorongan daripada orang yang mereka sukai. Aktiviti perkemahan di sekolah Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada kanak – kanak ini supaya dapat mengatasi maslah kekurangan kawan dalam kalangan kanak. Menurut Sullivan. Hal ini demikian kerana mereka boleh berkongsi masalah dan berkongsi pendapat berkaitan apa sahaja dengan mentor atau role model mereka untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.kanak yang pintar cerdas . Aktiviti – aktiviti sepeprti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan iktana persahabtan diantara pelajar ini sama ada dengan kawan yang mempunyai minata yang sama ataupun berlainan minat. mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Guru matematik atau pensyarah matematik boleh dijadikan mentor kepada responden saya supaya responden boleh membaiki kesilapan dalam ilmu matematik. . kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik.

maka kelebihan mereka adalah sia. tempat dan nombor dengan baik. matapelajaran yang khusus. . Walaubagaimanapun. mempunyai ciri kepimpinan. Sekiranya. meraka mengalami kegagalan.23 8.0 Penutup Kesimpulannya. Mereka mempunyai sifat yang boleh dikatakan berlainan iaitu seperti mempunyai penumpuan yang lama dalan sesuatu perkara. pintar cerdas adalah salah satu golongan atau kelompok yang mempunyai kelebihan yang tidak ternilai di dunia.sia sahaja. sebagai guru kita haruslah berusaha dan berganding bahu untuk membaiki kesilapan dan membantu meningkatkan kelebihan yang dimilki mereka supaya mereka boleh menerajui masa depan negara dengan cemerlang. kecerdasan yang dimiliki meraka haruslah dikekalkan atau ditambah lagi supaya mereka boleh berjaya pada masa akan datang. Oleh itu. Mereka mempunyai bakat dan kelebihan dalam bidang – bidang tertentu sama ada muzik. mempunyai matlamat yang tinggi serta boleh mengingati nama. tarian mahupun.

personal .nz/r/gifted/reading/theory/renzulli_e.com. Dr.Piirto pyramid. Open Universiti Malaysia (2006) .wicked.24 Bibliografi Education the intelligent child by sere brikoff of MENSA (1990) Designing services and programs for high ability learners ( 2006) Jeanne H. Purcell dan Rebecca D. Eckert Mendidik anak genius . Www.php .ashland .org. Hamidah Sulaiman dan Farrah Dina Yusof Pengenalan Pendidikan khas. frusental WWW. The piirto Pyramid of Talent Development http://www. (2006). Mansor Fadzil . Prof. Freenels. Ansary Ahmed. Prof. Dr.

25 .

26 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful