You are on page 1of 9

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang

bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems of speech sounds,especially in a particular language.Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai the study of system of sounds in language and of the history of their changes

2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu


Berdasarkan vokal kardinal dan bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal pasti bunyi-bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyibunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi kepada bunyi vokal dan konsonan.

Bunyi-bunyi Vokal Melayu


Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Vokal Melayu
Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokal ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal.

1) Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. 2) Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain. 3) Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. 4) Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. 5) Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]. 6) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu.

Bunyi-bunyi vokal
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan
menghasilkannya kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkan atau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaan glotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-paru pita suara bergetar.

Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Depan

Tengah

Belakang

sempit

i o

Separuh sempit

e
Separuh luas

Luas

Separuh vokal
Bunyi separuh Vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/.

Diftong
Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.

Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.
Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak menyebut diftong dan Vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong.

You might also like