You are on page 1of 26

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 1

PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

1.1

Sipnosis Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem


ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi.

1.3

Definisi dan Pengertian Ekosistem


Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993). Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut : (i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem lain di luarnya. (ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). (iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983). (iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai dengan keadaan ekosistemnya. (v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain. (vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material. 1.4 Fungsi Ekosistem Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahanbahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan pengurai . . Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal.

Semak Kendiri 1 Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? Terangkan bagaimanakah ekosistem berfungsi?

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

SENARAI BAHAN RUJUKAN 1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell 1. Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. 2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures. 3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web online

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 2
2.1

JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

Sinopsis Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim dan kedudukan dari segi latitud dan Perbezaan ini altitudnya masing-masing. merupakan faktor Setiap ekosistem tahap mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada lokasi yang berbeza. penentu kepada biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.

2.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem 2.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem . 3.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem

2.3

Jenis-Jenis Ekosistem Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem hutan paya bakau, ekosistem seperti ekosistem sawah

akuatik, ekosistem

hutan hujan tropika, ekosistem

hutan gambut, ekosistem kolam . 2.3.1 Ekosistem Akuatik

dan agro ekosistem

padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.

Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komunitikomuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.3.2 Ekosistem Air Masin (Marin) Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan klorida. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin.

Terumbu Karang di Pulau Perhentian

Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :i .Bahagian cetek (oceanic) ii. Bahagian air dalam (Profundal) iii. Dasar laut (benthic); iv. Kawasan antara tidal (tides) tinggi dan rendah (intertidal) v. Muara (estuaries) vi. Paya Garam (salt marshes) vii. Terumbu Karang (coral reefs) ix. Kawasan bakteria sulfur kimosintetik membentuk makanan asas (hydrothermal vents) .

Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah alga perang, dinoflagellates, karang, cephalopods, echinoderms, dan jerung. Ikan dalam ekosistem marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

2.3.3 Ekosistem Air Tawar


Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0.009% dari jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

Ekosistem Air Tawar

Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik. 2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai. 3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang produktif.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.3.3.1 Ekosistem Kolam Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

Ekosistem Kolam

2.3.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar nutrien, air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai. Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi tekanan kepada ekosistem akuatik.

2.3.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan terletak di kawasan sekitar garisan tanah pamah seperti Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan serta menerima lebih daripada 250 di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas,

dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 C

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

sm hujan setahun.

Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama pertumbuhan adalah kawalan iklim utama di hutan

sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud hujan tropika.

Hutan Hujan Tropika

2.3.5 Ekosistem Paya Gambut Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada tumbuhtumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana 70% daripadanya terdapat di Sarawak, kurang daripada 20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Ekosistem Paya Gambut

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.4

Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Biodiversiti berapa sesuatu biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies, Kompleksiti sesuatu ekosistem ber gantung kepada dengan sebagai

banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di ekosistem . sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan

beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk mendefinisikan ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu.

sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu, lebih cepat

2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun. katak beracun Sebagai contoh dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D.

leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau. Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di ekosistem tropika ini hutan hujan mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Tumbuh-

tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan yang hidup di lantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ekosistem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

10

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.4.2

Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya

Gambut Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan daripada tempat tinggal lebih

kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindunga n bagi

60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan,

Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storms Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai. Aktiviti 1 1. Senaraikan perbezaan dan persamaan dengan Hutan Paya Gambut. 2. Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia diantara ekosistem Hutan Hujan Tropika

11

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 3

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

3.1

Sinopsis Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita. Di antara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan,mengitar dan menggerakkan nutrient, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji benih.Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar perkembangan manusia (saiz populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan ekosistem jangka panjang masyarakat . Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah setiap hari seperti pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan tanah, air dan udara,memperkenalkan spesies bukan asli, haiwan, pencemaran

penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah. 3.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia . 2. Membincangkan perkhidmatan ekosistem.

3.3

Kitaran Biogeokimia Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dim ana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi.

12

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang. 3.3.1 Kajian Kes: Kitaran air

terdapat tempat

Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran Air bergerak dari satu air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengewapan, kondensasi, pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan. Semasa proses-proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.

Rajah 3.1 Kitar Air

Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan suhu berubah. Satu contoh kondensasi menetapkan dimana air semasa proses pengewapan, air menyerap tenaga akan membebaskan kitaran yang tenaga kepersekitaran dan dalam air, dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses memanaskan persekitarannya. Rajah kawasan tadahan ke kawasan air menerangkan kesignifikan lain, kitar air

kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu tadahan m enulenkan

13

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan

garam mineral ke

bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1 3.3.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen. Kedua -dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah. 3.3.2.1 Kitar Nitrogen. Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk mem bentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien. Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dan dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara

menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).

14

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Kitar Nitrogen

Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam juga seterusnya menghasilkan protein. Amonia

sebagai nutrien atau baja untuk banyak asid amino yang akan boleh dihasilkan melalui proses

sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk membentuk ammonia. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan. Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai baja. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat. Untuk melengkapkan kitar nitrogen, bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen. Lain-lain hasil dari proses ini ialah nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa , juga gas rumah hijau yang meyumbang kepada pemanasan sejagat.

15

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.3.2 Kitar Karbon

Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi, kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila tumbuhan berfotosintesis ,ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang memakan tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina, memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

16

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.5 Kitar Fosforus

3.3.6 Kitar Kalium

17

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.7 Kitar Sulfur

Senarai Rujukan
1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. 2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures. 3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web [online] Chapter 2 The food web and soil health

18

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Amali 1 Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah.

Tugasan:

Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu, bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil. Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama anda dan lokasi kutipan. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh, hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri dalam jadual di bawah, kemudian gunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), buang ciri tersebut.

19

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll) Jadual 1

Lokasi 2

Kembali ke makmal, campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. Biarkan selama 2 hari, kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Masukkan sampel dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur yang sama. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji, anda akan boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi. Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Daripada beg-beg sampel , periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Kenalpasti semua organisma dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki cacing; kumpulan B 8 kaki laba-laba, hama dan lain-lain). Kira jumlah individu dalam setiap kumpulan. Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya.

20

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 2 Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri, dan kenal pasti dalam kumpulan. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan. b. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 3 Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan

15

21

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

bil. individu seliter tanah/litupan

Laporan Anda Menerangkan peranan biota tanah Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali tersebut, dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi menunjukkan keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat dan betul. 1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut? 2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. 3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

22

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

ILMU PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK )1 Pengumpulan Data Ekosistem Tanah Arahan: 1. Dalam kumpulan 4 orang , pilih dua lokasi di kawasan institut anda untuk membuat kajian lapangan ekosistem tanah.

23

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2. Buat pemerhatian terhadap beberapa ciri-ciri yang terdapat di lokasi-lokasi tersebut. 3. Lengkapkan jadual-jadual berikut:

Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

Lokasi 1

Lokasi 2

Jadual 1

a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 2 b. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

24

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Jadual 3 Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan

15

4. Bincangkan dan hantarkan laporan kajian kepada pensyarah anda untuk di beri markah.

TAKSIRAN: 3. Menilai pelaporan.

RUJUKAN; 1. http://soils.usda.gov/sqy/concepts/soil_biology/Create soil food web 2. Coyne M.S. 1999. Soil Microbiology. Delmar Publishers. Ch. 4 The macrofauna. 3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web (Jaringan makanan Tanah) Chapter 2 The food web and soil health (Jaringan makanan dan Kesihatan Tanah)

25

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

26

You might also like