P. 1
modul sains

modul sains

|Views: 676|Likes:
Published by matangpaku
sains
sains

More info:

Categories:Types, Research
Published by: matangpaku on Feb 03, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/31/2014

pdf

text

original

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 4

KONSEP BIODIVERSITI DAN SPESIS

1.1

Sinopsis Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi

semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata),bakteria,kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta spesis. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. 1.3 Menyatakan maksud biodiversiti dan kepentingan menghargainya Menyatakan konsep spesis

Konsep Biodiversiti Biodiversiti adalah kepelbagaian kehidupan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang diwakili oleh spesis-spesis yang wujud. Biodiversiti termasuk sejumlah bilangan variasi dari aras-aras yang berbeza dalam dunia semulajadi yang melibatkan genetik, spesis dan ekosistem ( Ricklefs & Miller).Begon et al. pula menyatakan bahawa biodiversiti adalah istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan jumlah spesis , jumlah variasi genetik atau jumlah jenis komuniti yang hadhir dalam sesuatu kawasan.

1.4

Kepentingan Menghargai Biodiversiti Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita

menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-kepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia.

1

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat 1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air) Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

2

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia 1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan

3

Jerangau. Jeremin. Peria pantai. Rozel. Stevia. patikan kerbau. Gajus. chinese honeysuckle. Mulberi. Terung susu kambing. Susun kepala. Kelapa. Tenggek Burung. Halia. Derhaka Mertua. Sambung Nyawa. Maman Ungu. Kerak-kerak nasi. Setawar. Selai Jendela. Senduduk. Jambu batu. Jarak Minyak. Daun Dewa. Kancing Baju Merah. Sembung. letup-letup. Penaga. Sri Gading. Temu hitam. Selada. Cucur atap. Lemon Balm. Tebengau. Tongkat Ali Hitam. Lemuni. Kemunting. mahkota dewa. Manggis. Perah. Laici. Kacang Malabar. Limau kasturi. kemoyang. Ruku Hitam. Pulosari. Selasih. Inai. Sintok. Kulim. Kantan. Kerian. Mengkirai. Kecubung. Durian Belanda. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri barbados. Kesum. Galak tua. kancing baju. Serai aceh. Serai. Pandan wangi. Gelam Tikus. Sepang. Kapalterbang. Gaharu/depu. Tepus Tanah. Larak. Daun segugur. Sehelai setahun. Lakum. Nam Nam. Kemangi. Sirih. Kari. Salam. Pokok ajaib. Gadis Lompat. Garuda. Temu lawak. Putat. Paku Tunjuk Langit. Sekentut. Rosemary. Lontar. Ketumbar jawa. Jarum tujuh bilah. Petai. Pokok Manjakani(mempening). Lada Hitam.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai antikanser. Misai ali. Senna mekah. Tutup 4 . Dukung Anak. Kermak putih.Embun tengahari. Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial. Mengkudu. Subang nenek. Mambu. Tomato. Patawali. Terung Ranti. Kacang telang. Matakucing Pingpong. Kaduk. jerun. Lemba. Mas cotek. Sagu Bemban. Pokok Tea. Hempedu bumi. Senduduk Paksa. Jarum Mas. Jeruju. Gorek. Palas. Sarang semut. Hamba Raja. Jarak pagar. Sungkai. Keladi Tikus. kayu manis. Pudina. Teja. Lemuju. Terung Kemar. Jelai. Serai Wangi. Setawar Putih. Kenerak. Terung asam. Gandarusa. Hujan panas. Gelenggang. Kesumba. Kemunting Cina. Oregano. Senduduk putih. Lidah buaya. Mempelas. Hempedu beruang. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Periuk Kera. Sedap Malam. kembang semangkuk. Keladi candik. Mengkunyit. Ekor Anjing. Selom. Delima. Pala. Temu kunci. Lempoyang gajah. Kunyit. Sundal malam. Maman Hantu. Limau Purut. pegaga. Mata Ayam. Lengkuas. Pokok lelipan. Petai belalang. Ketumpangan air. Depu Pelanduk. Lenjuang merah. Kucing galak. Pulut-pulut. Melada pahit. Pokok Nilam. jintan hitam. Kunyit Hitam. Lengkuas geting. Selasih dandi. Memali. Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Teratai. Timun betik. Tepus Kesing. seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia). Rumput Israel.Cermai.

today. Pokok Misai Kucing. Air bawah tanah boleh membekalkan air mineral .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Bumi. Anti Kanser 1.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Sumber makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar. Ubi sarek. Ubat Kurap. Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini. tomorrow. Yesterday.2. Ubat Kencing Manis Pegaga. 5 . Contohnya hidupan akuatik yang terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia.4. Ubi jaga. Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak kelapa sawit dan getah. Ulat Bulu. manakala sungai membekalkan air minuman kepada hidupan. Ulam raja. Vanila. Urang-Aring.

4. Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Air Terjun adalah tempat rekreasi yang menarik Muara Sungai kaya dengan pelbagai spesis 1.2. Sumber Bahan Mentah yang penting Ikan adalah bahan makanan yang penting kepada Manusia. 1. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. 6 . 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air terjun. Kepandaian manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Aktiviti 1 Huraikan Kepentingan Biodiversiti.4. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini.4 Mempunyai Nilai Intrinsik Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “Nilai tersendiri” dan “Hak untuk hidup”.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Getah. Semuanya dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna. Setiap fauna dan flora mempunyai “hak asasi” dan keistimewaan masing-masing.2. Kehijauan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan.

Panthera tigris (Harimau) Aktiviti 2 Beri 5 contoh spesis haiwan liar yang terdapat di dalam hutan hujan tropika.5 Konsep Spesis Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.1 Sinopsis Sebenarnya spesis baru adalah modifikasi dari spesis sedia ada melalui beberapa kaedah. Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis. satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik. Biasanya. Contohnya ialah Homo sapiens. Panthera adalah genus dan tigris adalah spesis. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti pemilihan secara semulajadi. Dalam pengelasan saintifik. dan ditulis dalam keadaan condong.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1. Homo adalah genus dan sapiens adalah spesis. organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak 7 . Berikan 5 contoh spesis tumbuhan herba yang boleh didapati dalam negara kita. pemilihan ekologi dan pemilihan seks. TAJUK 5 SPESIS BARU DAN KEPUPUSAN 1.

Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen .3. ii. 1. Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. tetapi ketika revolusi perindustrian.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. Rama-rama ini mengalami adaptasi (penyesuaian diri) mengikut ekologinya. sekaligus memberi kelebihan kepada rama-rama berwarna gelap untuk bersembunyi dari pemangsa. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi. Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap. kebanyakkan pokokpokok yang didiami oleh rama-rama ini menjadi hitam akibat terkena jelaga. Pemilihan semula jadi berlaku di setiap 8 .3 Kemunculan Spesis Baru Kemunculan spesis baru boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti berikut:1. Kepupusan spesis pula disebabkan oleh beberapa faktor seperti Variasi Genetik Berkurangan . sehingga beberapa generasi kemudiannya majoriti rama-rama ini berwarna gelap.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI dengan jayanya melalui variasi genetik. Contohnya. Ini memberi peluang yang lebih cerah kepada rama-rama berwarna gelap untuk bermandiri dan membiakkan anak-anak berwarna gelap. Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan persekitaran . pencemaran alam sekitar dan pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan. Dalam intraseks. Menyatakan bagaimana spesis baru dihasilkan Menyatakan bagaimana kepupusan spesis boleh berlaku 1. ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasangan-pasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi. anda dapat: i. di United Kingdom rama-rama Biston betularia wujud dalam dua warna iaitu berwarna terang dan gelap.1 Pemilihan secara semulajadi Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak dengan jayanya melalui variasi genetik. berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala interseks. pembersihan hutan. Pemilihan semula jadi boleh bertindak pada mana-mana sifat fenotip dan sering menghapuskan varian-varian yang kurang dominan. bencana alam.

3. Dalam setiap generasi. Namun begitu. keadaan sebaliknya berlaku untuk sesetengah spesies. individu yang lebih dominan akan lebih berpeluang menghasilkan zuriat untuk generasi seterusnya. Sesetengah organisma akan mengalami modefikasi mengikut ekologi dan habitat kehidupan mereka yang sering berubah.Setiap organisma yang boleh menyesuaikan diri dengan ekologi akan terus hidup sehingga mencapai usia dewasa dan membiak. seperti si jantan paling cerewet memilih pasangannya. Selalunya. kelangsangan sesama ahli-ahli yang sama jantina boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang amat menonjol. 9 . maka terhasilnya spektrum fenotip yang baru dan akan menghasilkan spesis yang mempunyai ciri-ciri baru. 1. dan mempunyai keupayaan kemandirian yang tinggi. misalnya. pemilihan intraseks melibatkan persaingan jantan lawan jantan. Begitu juga. termasuklah perbezaan saiz badan antara jantan dan betina dalam suatu spesies. Kesannya. selain itu juga sesetengah spesies amfibia dan burung. alel yang meningkatkan kedominanan secara amnya menjadi lebih banyak pada generasi seterusnya. manakala individu yang kurang dominan berkemungkinan mati awal atau gagal membiak. Dari segi kedominanan . dan ini boleh diterangkan dengan pemilihan yang dilaksanakan oleh jantina lain ketika memilih pasangan. 1. manakala pemilihan interseks melibatkan si betina memilih si jantan yang sesuai. Dalam intraseks.2 Pemilihan Ekologi Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan persekitaran . sesetengah burung jantan memperagakan bulu yang berwarna ranggi. manakala alel yang mengurangkan kedominanan itu semakin kurang. mutasi dan gabungan semula baru timbul secara spontan.3. Ada ciri-ciri yang terhad kepada satu jantina dalam spesies tertentu. contoh terbaik diperhatikan pada sesetengah ikan dalam famili Syngnathidae. ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasanganpasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI peringkat hidup setiap individu. berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala interseks. seperti tanduk rusa yang digunakan untuk berlawan. Secara amnya lagi. pemilihan intraseks sering dikaitkan dengan dimorfisme seks.3 Pemilihan seks Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. Ini seolah-olah menghasilkan satu spesis baru walaupun sebenarnya adalah spesis asal yang mengalami proses modefikasi .

langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies akan mengalami kepupusan. Pengawanan berpilih menyebabkan pengawanan sesama ciri dan mungkin menghasilkan spesis-spesis yang amat berbeza. maka semua anggota populasi tersebut akan terkena penyakit. Ini akan menyebabkan berlakunya kematian keseluruhan populasi yang mana akhirnya populasi itu akan pupus.dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa hutan yang paling teruk terjejas ekoran ketamakan manusia ialah hutan hujan tropika di Amerika Syarikat. 1.1 Variasi Genetik Berkurangan Pemilihan semula jadi menyebabkan berkurangnya variasi genetik melalui penghapusan individu yang maladaptasi (kurang beradaptasi).SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1.4 Kepupusan Biodiversiti Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap.2 Pembersihan Hutan Hutan adalah habitat semulajadi spesis-spesis. 1. Pembiakan sesama sendiri dalam keluarga menyebabkan generasi anak mempunyai ketahanan kepada penyakit yang sama. Ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda spesis dengan kadar purata 1 km2. perumahan. kawasan pertanian.gajah 10 . Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kepupusan ini. Jika sekiranya berlaku kurang ketahanan kepada penyakit. Di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak di musnahkan bagi tujuan pembangunan. Asia Tenggara dan Afrika.contohnya haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa. dan juga mutasi-mutasi yang menyebabkan maladaptasi itu.4.4.4 Pengawanan Secara Berpilih Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen.harimau. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies-spesies ini akan kehilangan habitat semulajadi mereka. Pembiakan kacukan yang berlaku dalam tumbuh-tumbuhan dan spesies haiwan seperti ikan siklid boleh menghasilkan spesis-spesis baru. Antaranya adalah seperti berikut:1.3.

banjir. air.3 Bencana Alam Bencana alam seperti letusan gunung berapi .4.4 Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar mendorong kepada pencemaran ekosistem dan pencemaran habitat. taufan. Racun dan baja ini juga akan melarut lesap ke dalam aliran air bawah tanah di mana air ini memasuki sungai dan laut di mana ia akan menjejaskan segala hidupan akuatik di kawasan yang diliputinya. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada kepupusan biodiversiti. Terbukti bahawa apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan mungkin kerana spesies mati atau berpindah ke tempat yang selamat. 1.4 Pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat baru yang ingin dibuka untuk dijadikan kawasan pelancongan dan sukan secara tidak langsung kawasan itu akan dibersihkan dan ciriciri geografinya akan turut terjejas seterusnya ekosistem di dalam hutan tersebut akan 11 . Racun serangga dan baja pertanian yang berlebihan boleh meresap masuk ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah.4. kebakaran hutan yang besar . Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati disebabkan oleh pelbagai bencana yang melanda bumi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies dapat dikekalkan. Pencemaran boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti pencemaran udara. Haiwan dan tumbuhan eksotik akan mengalami kepupusan yang ketara apabila kawasan semulajadi mereka tercemar. tanah dan sebagainya.4. 1. 1. air laut dan tanah boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu ekosistem. Pencemaran air dan tanah oleh bahan-bahan kimia hasil dari aktiviti manusia menyumbang kepada kepupusan spesis hidupan air dan hidupan tanah termasuk juga tumbuh-tumbuhan. Pencemaran air tawar. tanah runtuh dan sebagainya memberikan impaks yang tidak kurang hebatnya kepada biodiversiti.

1.Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada. Pemanasan global juga akan mempengaruhi tekanan angin dunia dan suhu akuatik dunia. Pengurangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi.5. Situasi seumpama ini akan menyebabkan kepupusan biodiversiti. 1. Aktiviti manusia yang mengubah ekosistem akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus menyebabkan berlakunya kepupusan.kekerapan hujan. Fenomena ini akan merubah lanskap muka bumi. Semua ini akan mengubah hala tiupan angin dan juga arah aliran arus laut. Penggunaan karbon dioksida oleh pokok bagi tujuan fotosintesis akan berkurang dan ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau yang membawa kepada fenomena pemanasan global. 1.5.6 Langkah Mengatasi Kepupusan Biodiversiti 12 . Pemanasan global akan meningkatkan suhu bumi yang akan memberi kesan kepada kecairan ais dan glasier di kutub utara dan selatan. Akhirnya semua makhluk bumi akan mengalami krisis makanan dan ini akan mempercepatkan lagi proses kepupusan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI terganggu dan menyebabkan kestabilan alam turut terjejas.dan kadar penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis.2 Kehilangan Sumber Bahan Mentah Kepupusan biodiversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi. Ini akan menyebabkan perubahan iklim yang sangat ketara dewasa ini. Kehilangan diversiti akan mempengaruhi rantai dan siratan makanan dalam ekosistem.1 Perubahan Iklim Aktiviti penyahutanan akan mengurangkan jumlah pokok yang amat ketara sekarang ini. Pencairan ais akan meningkatkan isipadu air laut yang menyebabkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan daratan sedikit demi sedikit.5 Kesan Kepupusan Biodiversiti 1.

1 Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi.Undang-undang lama yang tidak relevan hendaklah diganti dengan undangundang baru yang sesuai dan mampu mengekang aktiviti yang amat merugikan negara ini.6. Sensor dipasang di bahagian tertentu spesis haiwan terancam untuk memudahkan pemantauan dan kawalan yang lebih bersistematik.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. AKTIVITI 3 AMALI 2 : Bila di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi Pengenalan Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. 1. Subjek pendidikan alam sekitar hendaklah diwajibkan dalam semua peringkat persekolahan hinggalah ke universiti. (1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya 13 . Kerajaan juga hendaklah bertindak tegas dengan pihak yang melakukan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram supaya ianya tidak terus membarah dalam kalangan rakyat negara ini. Langkah ini amat dperlukan bagi mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menyelamatkan dunia ini daripada terus dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia.6. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Penguatkuasaan oleh kerajaan boleh dilakukan dengan penggunaan teknologi pemeliharaan biodiversiti yang banyak terdapat sekarang ini.2 Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekeliling Akta Alam Sekeliling 1974 jelas memperuntukan undang-undang yang boleh diguna pakai dalam memelihara alam sekitar. Di samping itu bagi golongan pekerja dan masyarakat hendaklah didedahkan sebanyak mungkin dengan kempenkempen kesedaran tentang betapa pentingnya alam sekitar lestari. Teknologi GPRS (General Packet Radio Service) merupakan teknologi yang praktikal untuk digunakan secara global pada masa kini bagi pemantauan biodiversiti menerusi satelit.

Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza. bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun. Sebagai contoh. Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti. beliau mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti. 14 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI (2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Moonmorphs itu dibawa balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). Taxonomi hanyalah pemudahcara. dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Tugasan Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) . tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Anda diberi tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza. kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita.spesis – menggunakan contoh hepotetikal.MoonMorphs Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit.

Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga 15 . jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai pemerhatian. Catatkan jumlah setiap spesis. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan mereka. atau anda kelaskan individu-individu secara bersama ke dalam sesuatu spesis? Laporan Anda Laporan anda mestilah mengandungi tajuk. tetapi mestilah rujukannya betul. • Adakah anda mempunyai 29 “spesis”. Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI • Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. • • • • • • • Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ? Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis? Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah? Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi? Bagaimana spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies”? Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi. pengenalan yang menerangkan tentang amali tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang kelihatan antara jantan dan betina.

MoonMorphs 16 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 17 .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 18 .

3 Pemuliharaan In-Situ Pemuliharaan in situ (in. 1. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. pembiakbakaan yang terhad. pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi. perubahan persekitaran. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif. Contohnya di Malaysia.1 Sinopsis Pemuliharaan in situ (in.site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Dalam topik ini. Taman Negara yang meliputi 19 . Strategi pemuliharaan “in-situ” adalah strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. rekabentuk yang kreatif.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan.site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. memahami Populasi Semulajadi ii. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik. pengeluaran sumber secara berlebihan. serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotik (spesies invasif). memahami Habitat Semulajadi 1. anda dapat: i. anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi dan habitat semulajadi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 6 PEMULIHARAAN ‘ IN-SITU’ 1.

Para ekologis menyatakan bahawa populasi adalah satu unsur dari ekosistem yang lebih luas.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kelantan Selatan dan Pahang. 20 . 600 spesies burung dan 140 spesies ular. Terdapat 280 spesies mamalia.5 Habitat Semulajadi Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi spesis secara semulajadi. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia.4 Populasi Semulajadi Populasi semulajadi adalah sekumpulan individu yang sama spesies hidup dalam ruang yang sama pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. 1. 1. Individu-individu dalam populasi semulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara sesama mereka. Terengganu. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan genetik. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa populasi adalah sebagai wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu dalam populasi tersebut. 165 spesies katak dan 1 000 spesies rama-rama. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti.

malah ia merangkumi biji benih. debunga. simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. arboreta dan bank benih.1 Sinopsis Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu. sel dan tisu kultur. Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo . Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. bahagian vegetative seperti propagul. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam. menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam. simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah: 21 . Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 7 PEMULIHARAAN ‘EX-SITU’ 1. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di taman botani.

Pusat Pembiakan Burung Kuang. pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). 1. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta 3. 2. Jabatan Pertanian. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan. Jabatan Pertanian. Pusat Pembiakan Rusa Sambar.3 Pemuliharaan ex-situ 22 . Pusat Pembiakan Tapir. peliharaan silang (cross fostering). Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. 3. 4. permanian beradas (artificial insemination). Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang. peliharaan silang (cross fostering). Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti. anda dapat: 1. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti. Memahami tentang Zoo dan Akuarium 2. pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum. Memahami tentang Bank Benih 1. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1. FRIM dan organisasi-organisasi lain. Bagi hidupan liar flora pula. Jabatan Perhutanan. permanian beradas (artificial insemination).

serangga. Di samping itu. Terdapat pelbagai spesies fauna seperti mamalia. FRIM dan organisasi-organisasi lain.3. Jabatan Pertanian. Spesies ini akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi. reptilia. Jabatan Perhutanan.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar.1 Zoo dan Akuarium Seiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti. amfibia. Bagi hidupan liar flora pula. zoo merupakan tempat rekreasi. Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktiviti pemuliharaan hidupan liar. maka peranan zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah. burung.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. yang terancam kepupusan dilindungi di zoo. 1. Namun begitu pelbagai persoalan timbul terhadap sejauhmana keupayaan haiwan kurungan tersebut berupaya menyesuaikan diri di habitat 23 . gajah dan lainlain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan lain-lain kumpulan haiwan. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepakaran dan latihan penjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak zoo manakala pihak zoo akan menguruskan penjagaan haiwan yang dilindungi dalam kurungan. pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar. Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang. Pusat Pembiakan Rusa Sambar. Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat banyak sokongan dan sumbangan daripada masyarakat. Jabatan Pertanian. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan. Pusat Pembiakan Tapir. Pusat Pembiakan Burung Kuang. FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum.

Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO. Pulau Pinang dan Taman Botani Kepong. Taman Botani. ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi. FRIM juga berfungsi sebagai taman botani. Semengoh. Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Di Malaysia.2 Taman Botani dan Arboreta Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan. Pusat Penyelidikan Botani. Pengurusan zoo memerlukan kepakaran. Sekurang-kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi 24 . England dikenali sebagai Taman Botani DiRaja mempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah spesies tumbuhan dunia dan 2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union Conservation N). Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew. Universiti Malaya. Taman Botani. Sarawak.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI semula jadi. Melaka. perhiasan serta rekreasi manakala arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba. penyelidikan. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat penyelidikan adalah seperti berikut iaitu Taman Botani Rimba Ilmu. swasta. Shah Alam. taman orkid. tenaga kerja terlatih. Selain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan. Taman Botanikal. Tenom. taman paku pakis. Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. pihak berkuasa tempatan dan badan-badan swasta. Putrajaya. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam kepupusan. institut penyelidikan mahupun institut pengajian tinggi awam turut memain peranan membangunkan pelbagai taman botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau. Antara zoo yang aktif menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik.3. kebun buah-buahan dan lain-lain. 1. Pusat Orkid dan Stesyen Penyelidikan Pertanian. Sabah . organisasi kerajaan. badan kerajaan. Taman Pertanian Bukit Cahaya.

Namun begitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesis marin yang terancam kepupusan. kos pengurusan. ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Kawasan penyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786 spesies. manakala Arboretum Koniferatum dan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing. Namun begitu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas. Terdapat juga beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka. kepakaran. 1.3. Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini. manakala Taman Botani yang dibangunkan oleh FRIM di Kepong (93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokok liar. Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diberi tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam. Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan yang dibawa masuk melalui program pertukaran. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies marin juga sedang dibangunkan. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan. Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin yang jarang ditemui. Kelantan. Pembangunan 25 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI (Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 600 hektar. Arboretum Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di KLCC dan di beberapa negeri lain. Segari Perak dan Pasir Panjang. iaitu arboretum pokok buah-buahan mempunyai 65 spesies. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan kini mengalami ancaman kepupusan. aquarium serta habitat air buatan.3 Aquaria Aquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut.

Terdapat beberapa bank benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Artik. penyelidikan atau taman botani atau arboreta. Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. kos yang tinggi dan tenaga kerja terlatih disamping penyediaan habitan seperti habitat semulajadi spesies marin tersebut. Sebahagian germplasma tumbuhan di simpan dalam bentuk biji benih. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk tujuan pertanian. Namun begitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang tinggi. 1. Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan supaya germplasma yang diperlukan terutamanya tanaman makanan tidak mengalami kepupusan.4 Bank Benih Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. ruang dan peralatan penyimpanan serta tenaga kerja terlatih. kos yang banyak.3. 26 . lanskap. Bank benih memberi tumpuan kepada 100 spesies tanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat setempat. keratan tumbuhan dan juga dalam bentuk tisu kultur. Bertam dan lain-lain bank benih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-ansur benih yang disimpan akan kehilangan keupayaan untuk bercambah atau mengalami mutasi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupan marin. Kemudian benih ini akan dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk menambah koleksi benih di bank benih. Namun begitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihak MARDI seperti bank benih padi di MARDI.

lawati Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. arboreta and bank benih. Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan. beberapa tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini. kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ. membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex. Tugasan Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. dan keduanya membuat perbincangan tentang merit. Laporan Anda Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan bertulis individut. program pembiakan dalam kurungan. Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. taman botani. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda. Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang.(Buat dalam PCK 2) 27 . Jika anda tidak dapat berbuat demikian. aquaria. dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Pertama.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI AKTIVITI 4 AMALI 3 Pemuliharaan ex-situ : Zoo & Taman Botani Pengenalan Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). tetapi anda akan temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka.situ. sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda.

Pembentangan ini memperuntukkan 10 % dari markah keseluruhan .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Part 2 Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah perkataan tentang isu-isu di bawah. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali. dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar. nyatakan teks rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya. hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja. • Apakah erti in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan (shortcomings) pemuliharaan ex situ? • Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang cermat. 28 . • Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversiti diwakili pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan. dalam zoo atau taman? • Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk akibat dari tindakan ini? Tarikh Akhir Hantar “ membawa kembali” spesis yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan Semak tarikh tugasan. Laporan bertulis 5% dari keseluruhan markah.

mobot. lawatilah Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam laman sesawang.au/thylacine/index2. Jika anda tidak dapat berbuat demikian.mindspring.cbsg.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.org/ Australian Museum http://www.seaza.desertmuseum.html 29 .net.org/ ZooNet (International Index) : http://www.htm San Diego Zoo http://www.html Arizona-Sonora Desert Museum : http://www.org/ Gardens/Plants http://www.amonline.uk:80/conservation/index. Antara laman sesawangnya adalah seperti berikut:Zoos IUCN Conservation Breeding Specialist Group : (go to the Global Zoo Diresctory) http://www.org/ South East Asian Zoos Association http://www.org/ American Zoo & Aquarium Association : http://aza.rbgkew.org.sandiegozoo.html http://www.org/CPC/welcome.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI AKTIVITI 5 PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 2 (PCK 2) Pembentangan Pemuliharaan ex-situ Tugasan Lawati satu Zoo (Zoological Garden) atau Taman Botani (Botanical Garden) .

anbg.gov.gov.uk/botanic_gardens/Fruit_germplasm_collection_Malaysia.org/ http://www.au/ http://www.rbg. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex.edf.html Botanic Gardens Conservation International http://www.html http://www.org.situ.florabank.org.uk/conservation/Conservation_Rimba_ilmu?Malaysia.ht ml http://www. 30 .ca/cbcn/ http://www.au/ Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang.unep-wcmc.org/ http://www.environment.wri.defenders.htm http://www.org/ http://www.wcs.bgci.rbgkew.org/ http://www.gov.org/wri/wri.rbgsyd.uk/BGCI/australi. sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda.my/ Penang Botanic Gardens http://www. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.um.iucn.org/ http://www.my/KebunBunga/main.au/ http://www.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI http://www.org.html http://www.org.sukpp.au/chabg/newsletter/3-july-02/ Botanical Gardens in Malaysia Rimba IImu Botanic Garden http://rimba.gov.gov.au/ http://www.bgci.dse.edu.vic.

Chapter 2 What should be conserved ? sections 2. Essentials of Conservation Biology 2nd edition. Chapter 2 What is biological diversity pp 27-33. Sinauer Associates. Surrey Beatty & Sons. Massachusetts.B. (1998).A. Primack R.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Rujukan.5.1-2. Sinauer Associates. Publishers.B (1998) Conservation Biology for the Australian Environment.B. (2002) Essentials of Conservation Biology 3rd edition. Chapter 14 “Ex situ Conservation Strategies” 31 . Burgman M. & Lindenmayer D. Sunderland. Primack. R.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->