You are on page 1of 31

3.

SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

3.1 PENGERTIAN SYARIAH 3.3 SKOP SYARIAH


3.4 PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

3.2 MAQASID SYARIAH

DEFINISI [BAHASA]:

SYARIAH

Berasal dari perkataan Arab syaraa: sumber air, cara atau jalan yang lurus mengikut alQuran & al-Sunnah

DEFINISI [ISTILAH]:
hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. kepada manusia melalui RasulNya

SUMBER:
Al-Quran, al-Sunnah, Ijma Ulama & Qiyas

FIQH

HUKUM

UNDANGUNDANG

NAS [DALIL SYARIAH]

MASADIR [SUMBER SYARIAH]

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

DEFINISI
Keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalilnya yang terperinci

FIQH

4 bidang besar: Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh Jinayat [Jenayah]

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

HUKUM

Khitab atau mesej Allah S.W.T. yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu (terkandung dalam alQuran & al-Sunnah)

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan

Segala hukum iaitu syariah Islam datang daripada Allah S.W.T.

UNDANG-UNDANG

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

BERORIENTASIKAN WAHYU bersumberkan al-Quran & al-Sunnah

GANJARAN BERSIFAT DUNIAWI & UKHRAWI

UNIVERSAL - meliputi semua tempat & masa

SYUMUL & LENGKAP merangkumi segenap aspek hidup manusia mengatur hubungan dengan Allah, sesama manusia serta alam sekeliling

SEPADU & SEIMBANG setiap satu bahagian saling berkaitan antara satu sama lain & sama berat dari sudut rohani & jasmani serta dunia & akhirat

TETAP DAN ANJAL prinsip & dasar Islam bersifat tetap tetapi pelaksanaannya bersifat fleksibel

CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM

KEISTIMEWAAN SYARIAT ISLAM BERBANDING UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada kelemahan, kesilapan dan kekurangan. Ia didorong oleh sifat penciptaNya yang suci dari sebarang kelemahan - undang- undang ciptaan manusia tidak sunyi dari sebarang kelemahan kerana ia lahir dari pemikiran insan Ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum Allah S.W.T. - keadilan sebenar sukar ditemui dalam undangundang ciptaan manusia kerana masing-masing mempunyai kecenderungan serta kepentingan tertentu Segala hukum mempunyai roh keagamaan yang bersifat muqaddas melahirkan rasa taqwa, patuh & hormat pada diri - undang-undang ciptaan manusia tiada roh agama, ia hanya dipatuhi kerana takutkan hukuman atau denda, bukannya dosa Memberi kelonggaran atau rukhsah dalam pelaksanaan hukum Islam apabila ada kesukaran atau dharurat Sumber-sumber perundangan Islam selain daripada al-Quran & al-Sunnah juga menerima ijma', qiyas dan lain-lain sebagai rujukan hukum menjadikan ia bersifat alami, ideal & realistik - berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat teritory tertentu, masa tertentu serta kelompok atau bangsa tertentu

NAS [DALIL SYARIAH]

Ayat al-Quran atau hadith Rasulullah s.a.w. yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma dan Qiyas

MASADIR [SUMBER SYARIAH]

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

MAQASID SYARIAH

KONSEP MAQASID SYARIAH:


Menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa manusia

i. Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama

ii. Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota Tubuh Badan Manusia

iii. Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Akal

iv. Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri

v. Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta

MAQASID SYARIAH

MEMELIHARA KESUCIAN & KEPERCAYAAN BERAGAMA

Perkara UTAMA yang ditegaskan dalam hierarki maqasid syariah

Membebaskan minda & kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, munafik & syirik

Mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T., melaksanakan ketaatan kepadaNya di samping tidak melupakan prinsip dakwah & jihad di dalam Islam

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESUCIAN & KEPERCAYAAN BERAGAMA


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kamu semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kamu tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka; Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. (Ali Imran (3): 64)

Mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masingmasing & melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain

MENJAMIN KESELAMATAN NYAWA dan ANGGOTA TUBUH BADAN MANUSIA

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESELAMATAN NYAWA & ANGGOTA TUBUH BADAN MANUSIA
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya. (Al-Furqan (25): 68)

MENJAGA KEMURNIAN FIKIRAN & KEWARASAN AKAL

Akal & kekuatan berfikir merupakan anugerah istimewa Allah S.W.T. kepada manusia - melayakkan manusia menjadi khalifah di muka bumi
Tuntutan Islam agar manusia menguasai ilmu pengetahuan & mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan Mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN KEMURNIAN FIKIRAN & KEWARASAN AKAL


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga. (Riwayat Muslim)

MENJAMIN KEHORMATAN & MARUAH DIRI Membentuk peribadi & tidak mengaibkan diri sendiri serta keturunan kepada orang lain menghindarkan manusia jatuh ke lembah kehinaan

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN KEHORMATAN & MARUAH DIRI


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tiada seorang hamba pun yang menutupi cela seseorang hamba yang lainnya di dunia melainkan ia akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat. (Riwayat Muslim)

MENJAGA USAHA PEMILIKAN & PENGUASAAN HARTA

kepentingan mencari harta yang halal daripada nikmat dan anugerah Allah S.W.T. di muka bumi
tidak mengambil riba, perjudian, rasuah & pengurangan atau penipuan dalam timbangan - semuanya diharamkan dalam Islam mewajibkan zakat kepada harta-harta tertentu, digalakkan bersedekah & pemberian hadiah dalam keadaankeadaan tertentu

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN USAHA PEMILIKAN & PENGUASAAN HARTA


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia...... (Al-Qasas (28): 77)

Hubungan antara manusia sesama manusia Hubungan antara manusia dengan Allah & alam ghaib yang lain Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini seperti haiwan, tumbuhan, benda

SKOP & PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM

PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM:


Meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan. Ia ditumpukan kepada pengoptimum kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial yang tidak terpisah - mewujudkan kehidupan yang selesa & sejahtera bagi manusia

PENDEKATAN PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM


PEMBANGUNAN BERLANDASKAN PRINSIP TAUHID - keesaan & kekuasaan Allah S.W.T. - mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia PEMBANGUNAN BERLANDASKAN RUBUBIYAH - menekankan Allah S.W.T. sebagai penguasa yang membuat peraturan bagi menjaga serta mengarahkan kehidupan makhluk ke arah kesempurnaannya PERANAN MANUSIA SEBAGAI UTUSAN ALLAH - menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai khalifah, sebagai muslim & sebagai ummah secara umum PEMBANGUNAN BERTERASKAN PRINSIP PENYUCIAN DIRI - dari segala kekotoran sama ada kekotoran hakiki dan maknawi

PEMBANGUNAN EMOSI PEMBANGUNAN KOGNITIF PEMBANGUNAN FIZIKAL [JASMANI] PEMBANGUNAN SOSIAL PEMBANGUNAN KEROHANIAN

PEMBANGUNAN UMMAH

PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH


i. MENDIDIK MANUSIA - membimbing manusia menghadapi ujian & dugaan daripada Allah - bukti keimanan kepada Allah S.W.T. - Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Kahfi (18): 7 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi Nya kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya".

ii. MEMELIHARA LIMA PERKARA ASAS DALAM KEHIDUPAN (agama, nyawa, akal, maruah & keturunan, harta)
iii. MENEGAKKAN KEADILAN - mendidik, mengasuh dan membangunkan manusia supaya mereka selamat di dunia & di akhirat - merangkumi hubungan dengan Allah, sesama manusia & alam sekitar - melalui ibadat, kekeluargaan, memakmurkan bumi dan sebagainya iv. MENGAJAR MANUSIA HIDUP MENURUT HUKUM & PERATURAN - kehidupan lebih teratur - hukum & peraturan perlu berlandaskan al-Quran & al-Sunnah

You might also like