You are on page 1of 23

Untuk memastikan kejayaan pengoperasian PBS di sekolah memerlukan kerjasama semua warga sekolah.

Penyelesaian sesuatu masalah harus dilihat secara holistik. Setiap warga sekolah harus tahu peranan masing-masing.

PENTADBIR
Pentadbir adalah orang terpenting untuk memastikan kejayaan pengoperasian PBS di sekolah. Oleh itu, pentadbir harus tahu dan faham selok-belok bagaimana untuk mentadbir PBS di sekolah secara tepat dan berkesan.

PENTADBIR

Peranan pentadbir boleh diadaptasi daripada slide pengoperasian PBS yang telah pun didedahkan semasa penataran. Selalu melayari website berkaitan PBS dan membuka e-mel sekolah untuk info terkini PBS. Untuk warga PPD Timur Laut, pengoperasian PBS boleh diselaraskan untuk semua sekolah dari aspek pelaporan setengah tahun, penghasilan manual prosedur kerja, fail meja, pengurusan bilik PBS dan peranan setiausaha PBS

SETIAUSAHA PBS
Guru yang melicinkan pengoperasian PBS ialah setiausaha PBS Setiausaha PBS ialah guru yang bertanggungjawab untuk mengendalikan SPPBS di sekolah. Segala urusan menjana kata laluan guru, analisis dan menyelesaikan masalah berkaitan SPPBS adalah sebahagian tanggungjawab SU PBS

SETIAUSAHA PBS

Pengurusan bilik PBS juga merupakan tanggungjawab SU PBS. Segala urusan mesyuarat induk PBS adalah tanggungjawab SU PBS. Pengisian bahan-bahan fail induk merupakan salah satu aspek peranan SU PBS. Sebarang penyebaran maklumat berkaitan PBS kepada semua warga sekolah harus disebarkan segera. Selalu melayari laman sesawang berkaitan PBS dan membuka e-mel sekolah untuk info terkini.

PELAPORAN SETENGAH TAHUN


Pelaporan setengah tahun Untuk menyelaraskan pelaporan setengah tahun, kita boleh mengikut contoh SK Alma. Kita mesti membuat pemetaan DSP terlebih dahulu. Daripada pemetaan DSP, kita boleh mengetahui jumlah evidens yang boleh dicapai pelajar sehingga bulan Jun.

PELAPORAN SETENGAH TAHUN

Contohnya untuk Bahasa Malaysia, daripada pemetaan DSP, kita dapati bahawa evidens maksimum yang boleh dicapai ialah sebanyak 15. Apabila pentaksiran dilaksanakan, pelajar A mencapai 12 evidens sahaja. Jadi, kita boleh laporkan bahawa pelajar itu mencapai 12/15 evidens untuk Bahasa Malaysia. Ini boleh dilaksanakan untuk semua matapelajaran. Oleh itu, sekolah boleh mengeluarkan satu pelaporan yang merangkumi semua matapelajaran untuk diedarkan kepada ibubapa bagi setengah tahun.

MPK DAN FM
Penghasilan manual prosedur kerja dan pengisian fail meja berkaitan dengan pengoperasian PBS. Pentadbir harus menghasilkan manual prosedur kerja bagi pengoperasian PBS bagi memudahkan pengisian fail meja guru-guru berkaitan pengoperasian PBS Pentadbir tahu mengenai peranan dan skop tugas guru-guru untuk menghasilkan manual prosedur kerja

MPK DAN FM

Bahan-bahan untuk menghasilkan manual prosedur kerja boleh didapati daripada buku panduan pengoperasian PBS, slide daripada lembaga peperiksaan, maklumat daripada Jurulatih Utama Pentaksiran dan pihakpihak lain yang difikirkan perlu. Fail Meja guru-guru perlu dilengkapkan dengan pengoperasian PBS.

PENGURUSAN BILIK PBS


Bilik pbs wajib diwujudkan dan diurus dengan baik. Bilik pbs adalah di bawah tanggungjawab setiausaha pbs. Bilik pbs mesti ada buku log keluar masuk untuk tujuan perekodan dan keselamatan. Mesti ada carta organisasi,maklumatmaklumat berkaitan dengan pbs, salinan DSP dan salinan buku panduan pengurusan pbs

PENGURUSAN BILIK PBS

Setiausaha pbs harus menyediakan senarai semak sebagai instrumen pemantauan untuk bilik pbs. Bilik pbs adalah tempat yang selamat untuk penyimpanan fail dan dokumen yang berkaitan. Semua fail yang berkaitan disusun secara sistematik.

PENJAMINAN KUALITI PBS


Kefahaman tugasan hanya akan hadir dengan ilmu. Di dalam penjaminan kualiti untuk pbs pentadbir berperanan sebagai Mentor dalaman Pemantau dalaman Penyelaras dalaman

PEMENTORAN

Sebagai orang yang memainkan peranan penting sebagai mentor dalaman, beberapa persoalan harus dijawab: Apa yang hendak dimentorkan? Siapa yang hendak mementor dan siapa dimentorkan? Dimanakah sumber ilmu yang tepat untuk dibuat pengisian program pementoran pbs? Adakah sumber ini dikongsi dan difahami bersama?

PEMENTORAN

Adakah sumber ini boleh diaplikasi teori dan pelaksanaannya di sekolah? Adakah perkara yang hendak dimentorkan itu, objektifnya terlalu tinggi hendak dicapai? Adakah program pementoran itu berkesan? Adakah manual atau bahan yang dihasilkan semasa program pementoran sesuai dengan objektif pementoran?

PEMANTAUAN

Pemantau dalaman juga merupakan sebahagian daripada tugas pentadbir. Soalansoalan ini boleh membantu pentadbir . Aspek apakah yang perlu dipantau? Siapa yang memantau dan siapa yang dipantau? Instrumen pemantauan apakah yang perlu digunakan? Berapa kerapkah proses pemantauan perlu dilaksanakan? Sudahkah jadual pemantauan disediakan?

PEMANTAUAN

Adakah guru dimaklumkan tentang pemantauan? Apakah jenis maklumbalas yang diberikan kepada guru? Apakah tindakan susulan yang diambil hasil daripada proses pemantauan yang dilakukan? Adakah proses pemantauan ini direkodkan? Adakah proses pemantauan ini berkesan mencapai objektif yang ditetapkan?

PENYELARASAN
Soalan-soalan yang perlu ditanya sebagai penyelaras dalaman: Adakah guru-guru memahami bagaimana penskoran dilaksanakan? Apakah instrumen pentaksiran yang dibina guru betul dan tepat untuk mentaksir pencapaian murid (validity and reliability)?

PENYELARASAN

Adakah instrumen pentaksiran yang dibina bersesuaian dengan kebolehan murid? Apakah jenis maklumbalas yang diberikan kepada murid, oleh guru, hasil daripada penggunaan instrumen pentaksiran? Adakah maklumbalas ini memacu minat murid untuk terus mengembangkan potensinya?

PENYELARASAN

Berapa kali proses penyelarasan ini dilakukan? Berapa banyak sampel yang perlu untuk proses penyelarasan? Jika berlaku ketidakakuran dari segi kesesuaian instrumen pentaksiran, setelah selesai penyelarasan, apa yang perlu dilaksanakan? Apakah langkah penambahbaikan yang diambil hasil daripada proses penyelarasan? Adakah proses penyelarasan ini direkodkan?

Bengkel Untuk Pentadbir


Mengenalpasti peranan dan skop tugas setiap warga sekolah mengenai pengoperasian PBS. Pengisian fail induk PBS. Merancang untuk pengisian MPK dan FM. Mengenalpasti instrumen pemantauan yang sesuai. Mengenalpasti bahan-bahan/laman sesawang yang sesuai untuk program pementoran. Memahami konsep validity dan reliability di dalam pentaksiran.

Bengkel untuk SU PBS


Mengenalpasti dan menyenaraikan skop tugas SU PBS. Membuat carta alir proses tugas SU PBS. Membina senarai semak untuk pemantauan dan pengurusan bilik PBS.

Terima Kasih

You might also like