You are on page 1of 21

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER : Sept 2012

HBAE 1103
COURSE : BACHELOR OF EDUCATION (Ed. Admin) (Hons.) Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Name

Tiew Hwee Choo

MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. E-MAIL : :

641129015706001 641129-01-5706 019-4378800 chootiew@gmail.com Seameo Recsam Learning Centre

LEARNING CENTRE :

Page 1

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 1.1 Kepentingan Seni Visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan . 2.0 Aspek kognitif, psikomotor,afektif, kreativiti dan soaial. 2.1 Aspek Kognitif 2.2 Aspek Psikomotor 2.3 Aspek Afektif 2.4 Aspek Kreativiti 2.5 Aspek Sosial 3. Kaitan antara aspek kognitf ,psikomotor,afektif, kreativiti dan sosial dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. 4.0 Perbandingan diantara empat aspek Laura Chapman (1986) dengan organisasi Kurikulum. 4.1 Organisasi Kurikulum 4.1.1 Pemerhatian secar aktif 4.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 4.1.3 Apresiasi seni visual secara mudah 4.1.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 3 4 4--6

8--10

4.2 Perkaitan antara organisasi kurikulum dengan bidang kegiatan seni visual 4.2.1 perkaitan antara Pemerhatian secara aktif dalam setiap bidang 4.2.2 Perkaitan antara interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan dalam Setiap bidang 4.2.3 Perkaitan antara apresiasi seni visual secara mudah dengan setiap bidang. 4.2.4 Perkaitan antara menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dalam Setiap bidang. 10--14 5. Maklumat Sokongan. 6. Kesimpulan 7. Rujukan 15--19 20 21

Page 2

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 1.0 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual merupakan satu matapelajaran wajib di sekolah rendah. Ia adalah satu program pendidikan yang sistematik dan terancang.Pendidikan Seni KBSR yang digubal pada tahun 1980 telah ditukar kepada Pendidikan Seni Visual pada tahun 2002 kerana hubungan seni di sekolah yang lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menumpukan kegiatan dalam proses penghasilan yang melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini dapat memupuk perasaan estetik dan daya kreativiti melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Selain daripada itu, aktiviti seni banyak melibatkan pengetahuan dan kemahiran tentang proses, teknik dan media serta pemupukan nilai dan moral.Jesteru itu, Pendidikan Seni Visual dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah pelajar.Tambahan pula, murid juga diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Pelajar juga didedahkan ilmu seni visual dan diterapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Sebagai kesimpulan, Pendidikan Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum.objektif dan methodologi melahirkan individu yang celik seni bagi dirinya dan masyarakat. Kerja tugasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji bagaimana domain kognitif, psikomotor, afektif,kreativiti dan sosial kanak-kanak dapat dikembangkan berdasarkan organisasi Pendidikan Seni Visual bagi melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis. Seterunya saya akan membuat penghuraian tentang kepentingan seni visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. yang bermatlamat

1.1 Kepentingan Seni Visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cermin budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.
Page 3

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Melalui aktiviti seni, murid berpeluang meluahkan perasaan dan ini akan menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.Dengan ini, konsep kendiri seseorang pelajar dapat dibentuk. Tambahan pula, Pendidikan Seni Visual juga bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan untuk memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Selain daripada itu, aktiviti seni visual juga dapat menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.Melalui aktiviti seni juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan keupayaan bersosial. Dengan pemupukan asas seni visual, maka ia dapat melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Aspek kognitif, psikomotor,afektif, kreativiti dan soaial. Aspek kognitif, psikomotor ,afektif,kreativiti dan sosial seseorang pelajar dapat diperkembangkan melalui kegiatan Pendidikan Seni Visual.Sebelum itu, saya akan membuat penghuraian satu per satu aspek tersebut. 2.1 Aspek Kognitif Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi

Page 4

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Dalam pendidikan seni visual, kanak-kanak akan menggunakan aspek kognitif mereka untuk mempelajari ilmu seni dan bahasa seni .Ini termasuklah unsurunsur seni dan prinsip rekaan. 2.2 Aspek Psikomotor Psikomotor ialah ialah perkembangan kemahiran dan kebolehan otot fizikal dan afektif ialah perkembangan sikap dan nilai. Hurlock (1978) pula mendefinisikan perkembangan fizikal adalah perubahan-perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Oleh hal yang demikian, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, contohnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya yang lain dalam sukan atau permainan. Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal atau bentuk badan, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perwatakan manusia. Semasa proses tumbesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Dalam pendidikan seni visual , penggunaan alat dan bahan semasa menghasilkan suatu karya dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan ,koordinasi tangan serta mata. 2.3 Aspek Afektif Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Afektif berkaitan dengan sikap, nilai, minat, perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi membaca, alam kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka. Aspek afektif pula merupakan satu aspek yang dirancang untuk mengajar pelajar berbakat tentang emosi, harga diri, dan kemahiran sosial. Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan
Page 5

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. 2.4. Aspek Kreativiti Menurut June King McFee ,kreativiti ialah keupayaan mencipta perlambangan dan idea yang baru bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada, menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru yang dapat menyatukan idea baru . Kreativiti juga bermaksud kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, kanak-kanak akan dapat mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai cara dan bentuk. Cara yang unik inilah yang mencerminkan kreativiti kanak-kanak dan mereka akan menggunakan pengalaman serta kreativiti untuk memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. Aktiviti dan projek dalam pendidikan seni visual yang bersifat terbuka dapat membantu murid-murid mengembangkan aspek kreativiti mereka.

2.5. Aspek Sosial Menurut Sunarto dan Hartono (1999), Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan.Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan beberapa aspek penting seperti aspek peniruan, aktiviti ketika bermain, persahabatan dan hubungan di antara rakan sebaya yang lain. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, aktiviti seni dapat memupuk semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan. Murid-murid berpeluang berinteraksi sesama sendiri yang dapat meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.

Page 6

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 3. Kaitan antara aspek kognitf ,psikomotor,afektif, kreativiti dan sosial dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan potensi individu yang menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani . intelek, sosial dan estetika. Kesemua objektif kurikulum Pendidikan seni visual berupaya mengembangkan kesemua domain tersebut. Daripada objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual,murid-murid dapat menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera serta mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya dapat mengembangkan domain kognitif pelajar. Pelajar juga dapat mengembangkan domain psikomotor dengan membiasakan diri membuat rekaaan seni dengan teratur,cermat dan selamat. Sementara itu, menghargai keindahan alam ciptaan tuhan serta mengenal dan menghargai tokoh-tokoh seni dan budaya tanah air pula boleh mengembangkan domain afektif pelajar. Selain daripada itu, semasa melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesengangan yang berfaedah dapat memperkembangkan domain sosial pelajar. Terdapat beberapa objektif kurikulum yang dapat mengembangkan beberapa domain. Contohnya murid boleh melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis,kreatif dan menyeronokkan boleh mengembangkan domain kognitif, psikomotor,kreativiti dan sosial. Murid-murid boleh mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual pula dapat mengembangkan domain kognitif dan psikomotor.Selain daripada itu, memupuk nilainilai kerjasama, yakin diri, displin diri dan bertanggungjawab pula mengembangkan domain afektif dan sosial ,manakala menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual mengembangkan domain psikomotor dan kreativiti pelajar. Daripada huraian diatas, dapat saya rumuskan bahawa melalui aktiviti seni, domain kognitif, psikomotor ,afektif, kreativiti dan sosial seseorang pelajar dapat diperkembangkan.Jesteru itu, ia juga dapat memperkembangkan potensi diri dan keupayaaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif .

Page 7

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4.0 Perbandingan diantara empat aspek Laura Chapman (1986) dengan organisasi kurikulum Terlebih dahulu, saya akan membuat perbandingan diantara empat aspek yang dikemukakan oleh Laura Chapman(1986) dengan organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia.

Laura Chapman (1986) (i) Pemerhatian (ii) Penerokaan (iii) Penghasilan (iv) apreasiasi dan perlanjutan

Organisasi Kurikulum (a) Pemerhatian secara aktif (b) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. (c) apresiasi Seni Visual secara mudah. (d) menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Berdasarkan pendekatan Laura Chapman, pemerhatian melibatkan melibatkan sensitiviti deria manusia iaitu deria penglihatan. Manakala pemerhatian secara aktif pula merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,berfokus dan terperinci yang dapat menajamkan persepsi murid. Aspek penerokaan dan penghasilan (Chapman) adalah sama dengan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan dalam organisasi kurikulum. Kedua-duanya dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah . Aspek apresiasi dan perlanjutan dalam pendekatan Chapman serta apresiasi Seni Visual secara mudah dalam organisasi kurikulum mempunyai persamaan kerana kedua-duanya merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktiviti seni didalam kelas. Murid juga dapat menghargai hasil kerja masing masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta. Aspek terakhir dalam organisasi kurikulum ialah menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.Murid-murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan kita.

Page 8

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4.1 Organisasi Kurikulum Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun secara sistematik dengan tujuan untuk melibatkan murid dengan aktif dalam pelbagai kegiatan seni. Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek yang utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.Manakala Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan kepada empat bidang yang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. 4.1.1 Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. 4.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Page 9

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

4.1.3 Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

4.1.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

4.2 Perkaitan antara organisasi kurikulum dengan bidang kegiatan seni visual 4.2.1 perkaitan antara Pemerhatian secara aktif dalam setiap bidang Organisasi kurikulum memainkan peranan yang sangat penting. Sebelum murid-murid menjalankan kegiatan menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membina serta kraf tradsional. murid-murid perlu menggunakan sensitiviti deria mereka untuk membuat pemerhatian secara aktif keatas sesuatu objek atau contoh-contoh gambar yang ditunjukkan oleh guru. Pelajar juga perlu membuat pemerhatian keatas bahasa seni iaitu dari segi unsur seni ,prinsip rekaan dan motif dalam bidang tertentu. pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina imaginasi dan pesepsi sendiri dan seterusnya dapat mencetus idea dan menggunakan pengetahuan hasil pemerhatian tadi untuk menghasilkan lukisan,membuat corak, model ,boneka atau anyaman mereka sendiri. Contohnya cikgu menyuruh murid-murid melukis gambar rama-rama.Terlebih dahulu,cikgu akan menunjukkan gambar rama-rama, pelajar akan menjalankan pemerhatian secara aktif yang melibatkan semua deria pancaindera untuk mendapat gambaran tentang ciriciri fizikal rama-rama dan warna yang terdapat pada rama-rama. Pengalaman seni
Page 10

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti. Fokus utama murid ialah menilai dan memberi persepsi estetik terhadap rama-rama. Sebelum menjalankan aktiviti membuat corak dan rekaan, murid-murid akan membuat pemerhatian secara aktif ke atas contoh-contoh corak yang ditunjukkan oleh guru.Contohnya semasa guru membuat demonstrasi membuat corak dan rekaaan dengan teknik capan,pelajar perlu menggunakan sensitiviti deria mereka untuk mengenal motif dan memahaminya serta dapat menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Dengan pengalaman yang diperolehi melalui pemerhatian ,pelajar dapat menghasilkan corak mereka sendiri. Dalam bidang membentuk dan membuat binaan pula, pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina imaginasi sendiri dan seterusnya dapat menggunakan pengetahuan hasil pemerhatian tadi untuk membuat model atau boneka mereka sendiri. Dalam bidang kraf tradisional , pemerhatian secara aktif juga adalah merupakan satu aspek yang penting kepada murid-muird. Semasa guru menunjukkan gambar atau membuat demonstrasi teknik anyaman , murid-murid perlu membuat pemerhatian untuk membina imaginasi dan persepsi dan seterusnya dapat mencetus idea supaya untuk menghasilkan karya sendiri.

pemerhatian secara aktif dapat membina imaginasi dan persepsi pelajar dan seterusnya dapat membuat penghasilan sendiri dalam biadang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan bidang kraf tradsional.

Page 11

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4.2.2 Perkaitan antara Interaksi yang kritis dan kreatif dengan setiap bidang Dari segi interaksi yang kritis dan kreatif pula, murid-murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Dalam kegiatan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Terdapat banyak kegiatan yang memerlukan penggunaan media,teknik dan proses penghasilan karya yang berbeza. Gambarajah dibawah menunjukkan perbezaan teknik serta alat dan bahan. Teknik renjisan dan percikan Alat dan bahan: berus gigi, palet, dan daun kertas lukisan dan warna air

Teknik Catan Alat dan bahan: berus lukisan,palet, kertas lukisan dan cat air.

Teknik Kolaj Alat dan bahan: gunting, kertas lukisan ,kertas warna dan gam.

Teknik Capan Alat dan bahan : pelepah pisang ,berus lukisan kertas lukisan dan cat air

Bidang menggambar

Bidang membuat corak dan rekaan

Bidang membentuk dan membuat binaan

Bidang kraf tradisional

Teknik Mobail Alat dan bahan: Teknik boneka Alat dan bahan: gunting, span,gam, gelang getah, bahan kutipan gunting, gam ,tali,benang, kad manila, kertas warna dan straw board. Teknik anyaman Alat dan bahan: gunting ,pembaris,kertas warna,kertas lukisan gam dan kad manila. Teknik alat perhiasan diri Alat dan bahan: gunting, benang, kertas warna,kertas majalah dan kad manila.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid berupaya membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Dengan ini akan terwujud kesedaran ilmu pada para pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya melalui alat dan bahan yang sesuai. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni
Page 12

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

yang dihasilkan nampak kreatif. Proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

4.2.3 Perkaitan antara Apresiasi seni visual secara mudah dengan setiap bidang. Apreasiasi seni visual secara mudah dalam bidang menggambar ,bidang membuat corak dan rekaan ,bidang membentuk dan membuat binaan dan bidang kraf tradisional lebih kepada penghargaan pelajar tentang penghasilannya serta karya kawan. Murid-murid dibenarkan untuk menilai hasil lukisan sendiri mahupun kawan-kawan yang lain untuk membuat apreasiasi secara lisan.Penghargaan boleh diberi dalam bentuk pujian tentang kecantikan sesuatu hasil seni ataupun sesuatu usaha yang telah dilakukan oleh para pelajar. Guru juga perlu mempamerkan karya yang dihasilkan.Sebagai contoh setelah murid-murid menghasilkan hasil seni dalam bidang menggambar atau bidang membuat corak dan rekaan. Murid-murid diberi peluang memperaga dan bercerita tentang lukisan atau corak yang dihasilkan. Dalam bidang kraf tradisional teknik anyaman dan teknik alat perhiasan diri pula, Murid-murid berpeluang menceritakan fungsi kraf anyaman dan juga menyatakan bahanbahan lain yang boleh dijadikan manik rantai leher.Dengan cara ini akan dapat menarik minat pelajar terhadap seni visual dan juga dapat membina sifat keyakinan diri yang tinggi dalam diri para pelajar.

Page 13

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

4.2.4 Perkaitan antara menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dengan setiap bidang. Dalam organisasi kurikulum menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan pula, pelajar harus mengadaptasi semua nilai seni yang positif dan diserapkan dalam jiwa masingmasing. Antara nilai-nilai murni adalah seperti memelihara dan memulihara alam sekitar,nilai kebersihan ,nilai patriotisme dan kepekaaan .Contohnya bidang menggambar melukis ramarama akan menyebabkan pelajar menghargai dan menyayangi haiwan.Selain daripada itu, Poster kemerdekaan akan menimbulkan semangat cintakan Negara pada pelajar.Bagi poster anti dadah pula akan menimbulkan rasa menyayangi nyawa kita. Dalam aktiviti membuat corak dan rekaan , Sebagai contoh corak teknik capan , nilai yang dapat diterapkan ialah cintailah tumbuh-tumbuhan. Selain daripada itu , nilai berjimat-cermat juga dapat diterapkan kerana corak yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai pembalut hadiah. Dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan , contohnya menghasilkan topeng serkup, nilai yang boleh diterapkan kepada para pelajar ialah mencintai alam sekitar kerana bahan yang digunakan untuk membuat topeng ialah bahan buangan . Dalam aktiviti bidang kraf tradisional pula, contohnya murid-murid mewarnakan wau, nilai yang boleh diterapkan ialah nilai warisan budaya Melayu. Melalui aktiviti-aktiviti seni, murid-murid dipupuk nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu dan berkesan Selain itu, murid diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinandiri, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.

Page 14

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 5. Maklumat sokongan Menurut Bersoon(1982), kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. Brown(1980) pula berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaanperbezaan setiap objek di sekeliling mereka. John Dewey pula membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak . Oleh itu, pemerhatian secara aktif dalam organisasi kurikulum merupakan satu aspek yang amat penting kerana ia boleh membantu para pelajar menyelaras idea, membuat imaginasi dan alam fantasinya kearah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.Perkembangan kognitif seseorang pelajar dapat diperkembangkan.

Objek konkrit ditunjukkan

Guru menunjuk cara melakar gambar buah epal dan buah oren dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan. Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan bentuk.

Hasil karya murid.

Murid melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru. Murid menghasilkan lukisan mengikut kreativiti.

Setelah murid-murid membuat pemerhatian secara aktif keatas sesuatu objek terutama objek konkrit serta unsur seni dan prinsip rekaan. Proses ini dapat membina pengalaman murid dan meningkatkan pengamatan dan seterusnya dapat membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif.

Page 15

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. Pendapat Lansing adalah berkaitan dengan aspek berinteraksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Semasa pelajar berinteraksi dengan alat dan bahan, murid meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk, elemen -elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraf tangan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni dan membantu perkembangan otak kiri dan kanan seperti yang dikatakan oleh Lansing.

Bidang membuat corak dan rekaaan

Bidang membentuk dan binaan

penggunaan alat dan bahan semasa menghasilkan suatu karya dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan dari aspek psikomotor khususunya otot tangan ,koordinasi tangan serta mata. Domain kognitif pelajar turut diperkembangkan melalui proses ini.

Page 16

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

Terdapat seorang lagi tokoh seni yang terkenal iaitu Herbert Read. Beliau telah mengemukakan tiga perkara iaitu seni merupakan ekspresi diri dan komunikasi, pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak dan apresiasi tan tidakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.Pendapat beliau adalah berkaitan dengan aspek pemerhatian secara aktif dan apresiasi seni visual secara mudah dalam organisasi kurikulum.Aspek ini adalah penting dalam memupuk keyakinan diri seseorang pelajar.

Murid-murid diberi peluang memperaga dan bercerita tentang Mobail dan topeng yang telah dihasilkan. Mereka menilai hasil sendiri mahupun kawankawan yang lain untuk membuat apreasiasi secara lisan.

Selepas murid-murid membuat apreasiasi secara lisan, guru boleh mempamerkan karya-karya murid di tempat pameran di dalam bilik seni.Proses ini dapat meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar.

Page 17

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

Pada pendapat Plato pula, seni dibincang dengan kaitannya dengan pelakuan,akhlak ,nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Pendapat Plato pula dapat dikaitkan dengan aspek menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dalam organisasi kurikulum. Aspek ini juga penting dalam menerapkan nilai-nilai murni pada diri pelajar.

Nilai yang diterap ialah menyayangi haiwan

Nilai yang diterap ialah nilai patrotisme.

Nilai yang diterap ialah menyayangi nyawa.

Nilai yang diterap ialah cintai tumbuh-tumbuhan dan berjimat-cermat.

Nilai yang diterap ialah mencintai alam sekitar.

Nilai yang diterap ialah nilai warisan budaya Melayu.

Page 18

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

Konsep Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam pendidikan. Menurut beliau kanak-kanak diberi ruang untuk melukis dan menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. Apabila kanak-kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri,wujudlah suasana gembira.Dengan itu, aktiviti seni dapat mengembangkan aspek afektif seseorang pelajar.

kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan satu ruang untuk meluahkan ekspresi diri. Melalui aktiviti seni, daya kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan lagi.

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh diatas, dapat saya rumuskan bahawa Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan naluri ingin tahu secara ekspolarasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri kanak-kanak.

Page 19

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

6. Kesimpulan

Pendidikan Seni Visual merupakan satu matapelajaran yang penting. Ia bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. Tambahan pula, ia juga mendukung hasrat mulia Negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia yang dapat memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kegiatan dan objektif dalam Pendidikan Seni Visual berupaya mengembangkan domain kognitif,psikomotor, memainkan afektif,kreativiti dan sosial seseorang pelajar. Guru Pendidikan Seni Visual

peranan yang penting dalam memperkembangkan potensi murid,khususnya dalam kegiatan pemikiran,penerokaan,penyataan idea,ekspresi diri dan penghasilan melalui rancangan aktiviti seni yang sistematik, tersusun dan menarik. Selain daripada itu, kandungan organisasi kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual juga memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif , apresiasi secara mudah dan menghargai nilai baik dalam segala aspek dalam kehidupan. Perasaan estetik, daya kreativiti,persepsi,daya imaginasi dan konsepsi pelajar dapat diperkembangkan melalui proses penghasilan. Nilai-nilai murni dan penghayatan warisan seni juga dapat diterapkan semasa penghasilan karya Kandungan kurikulum yang bersepadu berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadapat Tuhan, menghargai keindahan alam dan persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek intelek, jasmani,emosi dan rohani . Seandainya kesemua aspek berkenaan dijalankan secara menyeluruh oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran, matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual pasti tercapai.

( 3903 patah perkataan)

Page 20

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103)

Rujukan Chapman,L.H.(1986). ApproachesTo Art In Education. Ny: Harcourt Brance Jovanovial Inc. Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Kementerian Pendididkan Malaysia.(2000). Sukatan Pelajaran KBSR Pendididkan Seni Visual,Pusat Perkemabangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2010) Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun Satu, Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012) Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun Tiga, Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim &Manan Sarbani,(2011) . Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Selangor, OUM.

cikguit.blogspot.com/.../taksonomi-dan-do. firhanabqari.blogspot.com/.../domain-afekti..

id.scribd.com/.../Kepentingan-Pendidikan-S..

ml.scribd.com/doc/19030789/psikomotor -

pengajian-ipg.blogspot.com/.../franz-cizek.... -

senivisual2012.blogspot.com/.../kepentinga.. www.ppk.smkdpk.com/.../modul_psv_kbsr...
Page 21

You might also like