You are on page 1of 6

PENGENALAN KANUN TANAH NEGARA 1965(KTN) KTN adalah undang-undang yang dibuat oleh Parlimen iaitu Akta Parlimen

No.56 tahun 1965.Sebelum KTN di negeri semenanjung menggunakan undang-undang tanah masingmasing, tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri. KTN merangkumi aspek pentadbiran tanah,hakmilik,urusniaga,hasil,syaratsebagainya.KTN juga terdapat

syarat,pembangunan tanah milik,penguatkuasaan dan

kelemahannya di mana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang tanah yang lain seperti Terengganu Land Settlement Enakment,Akta Penanam Padi,dan banyak lagi.

DEFINISI TANAH Mengikut seksyen KTN tanah bermaksud muka bumi dan semua benda yang menjadikan mukabumi.Selain itu, semua benda yang terlekat pada bumi atau terikat secara tetap kepada apa-apa benda yang berada dibawah atau diatas bumi

HAKMILIK TANAH Hakmilik tanah ialah hasil terakhir kepada pemberi milikan atau pindah milik.Pada asasnya hakmilik mengandungi dua maklumat iaitu siapa tuan punya dan di mana tanah ia dimiliki.Disamping itu,terdapat juga maklumat lain seperti jumlah cukai tahunan,syaratsyarat dan sekatan-sekatan yang dikenakan bertujuan untuk mengingatkan tuanpunya tentang perkara yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.Tidak semua syarat dan sekatan yang dikenakan tercatat dalam hakmilik kerana ada juga syarat dan sekatan yang termaktub dalam undang-undang sahaja. Hakmilik terbahagi kepada dua iaitu hakmilik pejabat pendafataran hakmilik pejabat tanah.Hakmilik pejabat pendaftar didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pendaftar,manakala Hakmilik Pejabat Tanah didaftarkan oleh Pentadbir Tanah bagi satu-satu daerah. Antara kegunaan hakmilik ialah sebagai bukti pegangan di mana tercatat namanya di dalam hakmilik yang berkenaan dan untuk menggambarkan perihal tanah tersebut,tempat,

luas, kedudukan, sempadan-sempadan, tuanpunya,dan apa-apa kepentingan lain yang diwujudkan ke atas tanah berkenaan. Dalam pendaftaran tanah, sesuatu tanah dikenalpasti melalui satu rujukan ukur misalnya nombor lot, mukim, daerah. Sebelum hakmilik tetap didaftarkan tanah itu diukur dan tandatanda sempadan ditanam di atasnya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN HAKMILIK TANAH Dibawah Kanun Tanah Negara terdapat banyak perkara yang menentukan Jenis hakmilik. Perkara-perkara tersebut ialah:TEMPAT: Samada tanah tersebut terletak di bandar, pekan atau desa ciriciri ini telah digunakan didalam peruntukan tanah seksyen 138. KELUASAN: Jika tanah tersebut terletak di kawasan Bandar, samada keluasannya lebih atau kurang dari 130 m (1 ekar). Berbeza dengan seksyen 138 yang menyatakan tanah bandar seluas 50 ekar. TEMPOH PEGANGAN: Samada tanah itu diberimilik untuk selama-lamanya tetap. Sementara menunggu hakmilik tetap dikeluarkan maka hakmilik sementara disediakan. Oleh itu terdapat dua jenis hakmilik iaitu hakmilik tetap dan hakmilik sementara.

STATUS HAKMILIK GERAN Status hakmilik geran yang dilampirkan adalah hakmilik kekal/tetap. Hal ini kerana sudah tercatat di dalamnya bahawa tanah yang dijadualkan dibawah ini adalah dipegang untuk selama-lamanya oleh tuan punya yang ada masa itu ada tersebut namanya dalam rekod kepunyaan.

Selain itu, didalam geran tersebut telah ditetapkan no.lot dan juga luas lot tanah tersebut. Apabila tanah telah diukur halus dan dan keluasannya yang muktamad telah ditentukan, maka tanah tersebutakan didaftarkan hakmili tetap. Geran ini juga adalah berstatus hakmilik sementara dimana Bermukim bersamaan dengan Hakmilik Pejabat Tanah.

Jenis Hakmilik

Hakmilik hasil terakhir kepada pemberimilikkan atau pindah milik.Pada asasnya hakmilik mengandungi 2 maklumat iaitu siapa tuan punya tanah dan dimana tanah ia miliki.Terdapat juga maklumat-maklumat lain seperti syarat-syarat & sekatan yang dikenakan bertujuan untuk memperingati tuan punya tanah tentang perkara yang dilakukan dan benda yang tidak boleh digunakan pada tanah mereka mengikut syarat dan sekatan yang termaktub dalam undang-undang KTN

Syarat-Syarat Nyata Mengikut undang-undang tanah sebelum KTN, Ia disebut jenis tanaman atau syaratsyarat.Boleh didapati dalam hakmilik tanah itu tetapi dirujuk KTN,syarat nyata bukan berhubung dengan tanah dan boleh bentuk apa sahaja selaras undang-undang.Mengikut seksyen 124 KTN,tuan punya tanah berimilik boleh memohon supaya tanah tertakluk kepada syarat nyata tertentu.

Kategori Tanah Tanah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Tanah Pertanian,Tanah Bangunan dan Tanah Perindustrian.Dimana syarat tanah bangunan mengikut seksyen 116 KTN Sebuah banggunan di dirikan dalam tempoh 2 tahun untuk tujuan rumah kediaman , perdagangan , pameran, dan tujuan perniagaan. Tiada bahagian tanah yang digunakan untuk pertanian dan perindustrian Setiap banggunan di dirikan dengan sempurna dan dijaga dengan baik Bangunan tidak boleh dirobohkan , diubahsuai atau diperbesarkan tanpa kebenaran dari pihak berwajib. Dikelaskan dalam tanah milik

SEKATAN DAN KEPENTINGAN Merupakan batasan atau sekatan keatas hak-hak tuan punya tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut.Tujuan asalnya adalah untuk kategori,syarat-syarat dan kepentingan keatas mana-mana tanah milik adalah tujuan untuk mengawal salah guna penggunaan tanah yang telah diberimilik daripada maksud dan tujuan diberimilik.

Anda dikehendaki mendapatkan 1salinan hakmilik tanah/ geran tanah. Huraikan maklumat yang terdapat dalam hakmilik tersebut contoh ( katagori tanah, Jenis hakmilik, syarat nyata dan tersirat)

Alamat Tanah No 6, Lorong 57A Selayang Baru 68100 Selayang Selangor Darul Ehsan

KTN : Borang 11B ( Seksyen 177 ) No Lot : Lot No P.T /19878 Mukim : Batu No Syit : 69 D Daerah : Gombak Negeri : Selangor No H/S ( M ) : 12031 Jenis Hakmilik : Hakmilik Sementara Dengan Hakmilik Dalam Pejabat Tanah Jenis Pemilikan : Pajakan 99 tahun Keluasan Tanah : 1400 kpersegi ( 130 m ) Habis Tempoh Pada : 19/09/2088 Jum Cukai Hasil : Rm 50.00 Kategori Tanah : Bangunan
4

Syarat Nyata : Tanah ini hendaklah digunakan semata-mata untuk rumah kediaman

Sekatan Kepentingan : Tanah ini tidak boleh dijual, Dipajak, Digadai @ Dipindahmilik dengan apa cara sekalipun melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

Pemilik Terkini jika lebih dari seorang :

Pihak Pertama : Rekod Kepunyaan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tingkat 14, Banggunan Sultan Salahuddin Abdul aziz Shah 400503 Shah Alam

Pihak Kedua : Pindahmilik Nama: Roslan Bin Puteh No I/C : 5259913 Dipecah bahagian kepada 2 iaitu ( bahagia ) dan Nama : Rusmah Bte Hj Mohamad No I/C : 4903910 ( bahagian ) lagi .

Tanah Perserahan : No 5395/90 Jilid No : 90 Folio : 17 kesemuanya

Tanah digadaikan oleh : Roslan Bin Puteh Dan Rusmah Bte Hj Mohamad Digadaikan Kepada : Minister Of Finance ( Incorporated ) Malaysia Didaftarkan pada 10 haribulan September 1990 Pada pukul : 2.32 Petang

RINGKASAN

Geran tanah yang dilampirkan adalah geran tanah yang didaftarkan di Mukim Batu ,Jalan Sungai Tua Selangor Darul Ehsan. Tanah ini diberi hakmilik sementara oleh Pejabat tanah. Borang yang digunakan untuk geran ini adalah boring 11B di mana ianya adalah geran mukim. Ianya telah ditetapkan no.lot dan juga luas lot. Geran ini disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah. Kategori penggunaan tanah ini hanyalah untuk tujuan Pembangunan atau perumahan didalam borang 11B.

Rujukan www.selangor.gov.my/gombak/main.php www.jupem.gov.my/ http://www.scribd.com/upload-document

You might also like