P. 1
Perbezaan Antara Kbsr Dan Kssr

Perbezaan Antara Kbsr Dan Kssr

|Views: 394|Likes:
Published by Rafie Husni

More info:

Published by: Rafie Husni on Feb 05, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2014

pdf

text

original

BANDING BEZA ANTARA KBSR DAN KSSR Aspek Reka Bentuk KBSR    Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya

Perkembangan Diri Individu KSSR       Organisasi Berasaskan mata pelajaran Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi

Tahap I  Modul Teras Asas  Modul Teras Tema  Modul Elektif Tahap II  Modul Komunikasi  Modul Komunikasi Elektif  Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai  Modul Fizikal dan Estetika  Modul Sains dan Teknologi  Modul Kemanusiaan

Kandungan Pedagogi

Berlaku perubahan kandungan kepada SEMUA mata pelajaran          Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar  Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut: a) Kemahiran Berfikir dalam P&P b) Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P c) Penggunaan TMK d) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan e) Pembelajaran Secara Konstruktivisme f) Pembelajaran Secara Kontekstual g) Pembelajaran Akses Kendiri h) Pembelajaran Masteri

Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. penegasan kurikulum. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup. pedagogi. kesenian dan kesihatan. Bahasa Inggeris. bahan dan pengurusan kurikulum. bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling yang mana mengandungi komponen kerohanian. terkandung kemahiran asas iaitu membaca. pedagogi. kaedah pentaksiran. bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembanagn diri individu. organisasi. organisasi. Antara matapelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk.Bahasa Cina.i) Belajar Cara Belajar Kaedah Pentaksiran  Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif   Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistic   Pengurusan Kurikulum  Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat. . kandungan. Reka bentuk KBSR adalah berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1dan tahap 2. manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu. Perbezaan pertama adalah dari segi reka bentuk kurikulum. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. Bahasa Tamil dan Matematik. nilai dan sikap. penambahbaikan telah dilakukan pada aspek reka bentuk. Terdapat 7 perbezaan antara KBSR dan KSSR iaitu dari aspek reka bentuk kurikulum. Seterusnya. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Peruntukan Masa  Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR. Seterusnya. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR. peruntukan masa. menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah.

Jika kita lihat di dalam KSSR. reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah digubal bertujuan memenuhi keperluan perkembangan komunikasi teknologi maklumat impak cabaran abad ke-21 yang mana ia menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu. kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat. patriotik. sains dan teknologi. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan. Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian dan berketrampilan. Subjek yang terlibat ialah subjek Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan Kewarganegaraan. Maka. Bidang pembelajaran ini berfokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan. sikap dan nilai. kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Kreativiti. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh. kemanusiaan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. Kesemua tunjang ini membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. sikap dan nilai. malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan. berilmu pengetahuan. Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam dalam proses P&P. Melalui tunjang komunikasi. ketrampilan diri. rohani. rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. setelah pembaharuan dilakukukan. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. berintegriti. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar. membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul (4M). Akhir sekali. Ia dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami. emosi dan inteleknya. Tunjang kerohanian.Namun. reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian. negara dan global. matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras matapelajaran kepada tunjang ini. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. perkembangan fizikal dan estetika. Sejarah. . serta tunjang kerohanian sikap dan nilai. Seterusnya. berdaya saing. berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR pula dilihat terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi.

Contoh ujian sumatif pula ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. namun pada pelaksanaan KSSR. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca. modul yang diajarkan ialah berdasarkan Modul Teras Asas. mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Modul Fizikal dan Estetika. Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR. Modul Kemanusiaan. didapati bahawa berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran yang diajarkan semasa KBSR di dalam kurikulum KSSR yang baharu ini. Selain daripada itu. Seterusnya perbezaan keempat yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. .Dari segi perbezaan organisasi kandungan. dan Modul Elektif. modul yang diajarkan adalah berdasarkan 6 tunjang dalam KSSR iaitu Modul Komunikasi. Sikap dan Nilai. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis. mengira. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). memperbaiki pembelajaran murid. Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. organisasi kurikulum dalam KSSR telah diperhabarui di mana organisasi kurikulum KSSR dibahagi-bahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. menaakul). Sepertimana yang kita sedia maklum. memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Di dalam KBSR. menulis. pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. mengira) ditekankan. maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam. Modul Komunikasi Elektif. Tidak seperti KBSR. Dalam tahap 2 pula. menulis. Modul Teras Tema. KBSR adalah berdasarkan semua matapelajaran dan tidak dipecah-pecahkan kepada tahap 1 dan 2 dan diajarkan selaras dengan semua matapelajaran. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Modul Kerohanian. Perbezaan ketiga iaitu dari segi kandungan. konsep 4M ditekankan (membaca. pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian sumatif. Di dalam organisasi kurikulum tahap 1. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Modul Sains dan Teknologi. menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik.

Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam P&P. pengajaran berasaskan kajian masa depan. aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P. pembelajaran secara kontekstual.Namun. Selain itu. murid serta prasarana sekolah. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. pembelajaran akses kendiri. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa matapelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada kedua-dua kurikulum tersebut. . Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR iaitu selama 1350 minit juga bertambah kepada 1380 minit seminggu dalam KSSR (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). pihak sekolah juga dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru. pembelajaran secara konstruktivisme. pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. penggunaan TMK. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat adalah dari aspek pedagogi. Seterusnya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->