You are on page 1of 22

Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli

Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah Tentang


Prinsip-Prinsip Dan Syarat-Syaratnya Serta
Tanggungjawab Imam

Mohd Suhaimi Bin Rohani @ Rozali




Nama Kursus : Kaedah Pengajian Usuluddin (AMSU5103)
Tenaga Pengajar : Mariam Binti Abd. Majid

Pendahuluan
Dalam sejarah Islam telah tertulis berkenaan wujudnya firqah-firqah (golongan) dalam
lingkungan umat Islam yang mempunyai fahaman yang berbertentangan antara satu sama lain.
Secara logiknya agak sukar untuk mendamaikan antara satu sama lain, apatah lagi untuk
menyatukan. Hal sebegini adalah sudah tercatat dalam lembaran kebanyakkan buku-buku
usuluddin. Bahkan usaha untuk mendamaikan antara syiah dengan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah
pun tidak dapat dilaksanakan menerusi apa yang disebut sebagai pendekatan al-taqarib juga
setakat ini tidak menunjukkan hasil yang positif. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah
mengatakan bahawa, bagaimana kita hendak berbaik-baik dan memperat hubungan dengan puak
syiah sedangkan kita mengatakan para sahabat sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud
Allah reda kepada mereka dan kita mereka reda kepadaNya, sedangkan syiah pula mencaci
dan menfitnah mereka (Mohd Fauzi Hamat : 2008). Seperti yang diketahui firqah-firqah terkenal
terbahagi kepada 11 iaitu Ahl-sunnah Wa al-Jamaah, Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah,
Jabariah, Murjiah, Musyabbihah, Najariah, Ahmadiah dan sebagainya. Bagi umat Islam yang
beriman kepada Alah dan rasul perkara sebegini adalah tidak pelik kerana ianya telah
dikhabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda antaranya. Bersabda Nabi
Muhammad s.a.w :
Yang Bermaksud : Maka Bahawasanya siapa yang hidup (lama) diantaramu nescaya
akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan
sunnah Khalidah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan
gerahammu (Riwayat Imam Abu Daud). Dalam Hadis ini sangat terang dan jelas menerangkan
berkenaan akan wujudnya perselisihan yang begitu teruk di kalangan umat nabi Muhammad
s.a.w dalam waktu tersebut nabi menganjurkan supaya berpegang teguh dengan sunnah Baginda
dan sunnah Khalifah Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar. Umar, Usman dan Ali r.a).
Selain itu terdapat hadis yang menerangkan berkenaan pembahagian firqah-firqah di
kalangan umat Islam Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Demi Tuhan yang
memegang jiwa Muhammad di tanganNya akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah; yang satu
masuk syurga dan yang lain masuk neraka. Bertanya para sahabat siapakah firqah (yang tidak
masuk neraka) itu ya Rasullah?. Nabi menjawab Ahlissunnah wa al-Jamaah (riwayat al-
Tabrani). Dan sekarang perkara ini sudah jelas, kalau diteliti sejarah perkembangan Islam dari
abad pertama, kedua, ketiga sehingga zaman sekarang, apa yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad sudah menjadi kenyataan. Sebagai kiasan, Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang
dipegang oleh majoriti umat Islam telah diibaratkan seperti aliran sungai utama yang mempunyai
cabang-cabang sungai kecil yang berbilang, manakala 72 firqah yang lain pula diibaratkan
seperti salah satu daripada aliran-aliran sungai kecil yang menyimpang daripada aliran utama
tersebut.
Pengertian Syiah
Dalam 72 firqah tersebut terdapat satu firqah yang dikenali sebagai syiah yang dianggap
antara firqah yang terawal muncul di kalangan umat Islam. Perkataan Syi`ah dari sudut bahasa
bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah) (Ibrahim Mustafa : t.t).
Perkataan Syi`ah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan
pembantunya (atba`uh wa ansaruh) (Ibn Manzur : 1952). Sebagai contoh; Syi`ah `Ali
bermaksud pengikut dan penyokong `Ali. Manakala dari sudut istilah pula adalah kaum yang
beritiqad bahawa Saidina Ali adalah orang yang berhak menjadi khalifah pengganti Nabi,
kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti beliau sesudah wafat adalah Saidina Ali. Lanjutan dari
itu, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, dan Saidina Usman r.a adalah khalifah yang tidak
sah serta perampas-perampas yang berdosa kerana mengambil pangkat khalifah tanpa hak dari
Saidina Ali (K.H Sirajuddin Abbas : 2001). Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar
dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina `Ali dan
ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi
kepimpinan (al-imamah) (Ibrahim Mustafa : t.t).
Menurut Muhammad Abu Zuhrah (1996), Syi`ah merupakan sebuah mazhab politik
yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah al-islamiyyah).
Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina `Uthman dan berkembang pada era
pemerintahan Sayyidina `Ali b. Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syi`ah, Ibn Hazm (t.t)
telah berpendapat bahawa perkataan Syi`ah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat
dengan golongan Syi`ah dalam mengatakan bahawa Sayyidina `Ali merupakan orang yang
paling afdal selepas Rasulullah S.A.W dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat
Islam. Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka orang
tersebut bukanlah daripada kalangan Syi`ah. Secara umumnya, selain mendakwa bahawa
Sayyidina `Ali merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang
lain, mereka juga turut bersepakat bahawa Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang
telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar) oleh Nabi Muhammad S.A.W secara nas (al-Syahrastani
Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim, 1976).
Menyorot sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat
telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap
masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana,
orang Parsi berpegang dengan pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan silsilah beraja
dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang
sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah, maka
peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah dalam menguruskan
ummah adalah Sayyidina `Ali b. Abi Talib disebabkan Rasulullah tidak mempunyai anak lelaki
(Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah :1995). Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti
Sayyidina Abu Bakr, `Umar dan `Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah
merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam
adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada
Allah (Ahmad Amin : 1978). Namun, terdapat juga para ulama yang berpendapat bahawa
golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan
oleh `Abd Allah b. Saba yang cuba melebihkan Sayyidina `Ali daripada sahabat-sahabat yang
lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina `Ali (Abd
al-Halim Mahmud : 1963). Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syi`ah ini telah timbul
pada akhir pemerintahan Sayyidina `Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman
pemerintahan Sayyidina `Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina `Ali bercampur dengan umat
Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub
terhadap kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh
sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adaklanya
bersifat mu`tadil (Muhammad Abu Zuhrah :1996).
Aliran Dalam Golongan Syi`ah
Kelompok Syi`ah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada
kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap sederhana, dan
kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok yang awal tersebut
(Muhammad Abu Zuhrah :1996). Menurut (Umar Hasyim : 2008) pula dalam golongan syiah,
banyak tumbuh aliran-aliran kepercayaan. Ada empat golongan utama syiah yang masing
daripada golongan itu berpecah atau tumbuh menjadi berpuluh-puluh aliran lagi. Keempat aliran
syiah itu ialah ;

1- Aliran Ghaliyah
Aliran ini menganggap Ali dan para imam mereka sebagai penjelmaan tuhan
dibumi dan tuhan itu telah wujud dalam diri Imam. Selain itu kepercayaan inia adalah
berasal daripada ajaran Nasrani dan Yahudi bahkan dari Hindu Samani dan Majusi Mani.
Kepercayaan yahudi mempersamakan Tuhan dengan makhluk, tetapi kepercayaan
Nasrani mempersamakan makhluk dengan tuhan. Aliran syiah ini terdiri daripada 15
golongan.

2- Aliran Rafidah
Syiah jenis ini menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar dan mengatakan
semua sahabat yang tidak mengikut Ali sebagai khalifah selepas Rasullah adalah kafir.
Selain itu aliran ini mengatakan bahawa Ali adalah seorang yang masum dalam bidang
politik dan mempunyai kepercayaan hulul dan tanasukh. Aliran terdiri daripada 25
golongan yang mana kesemua aliran ini bertentangan dengan apa ajaran Islam telah
tetapkan di dalam wahyunya.

3- Aliran Zaydiyyah
Aliran ini mengikut Zayd bin Ali bin Husin bin Ali. Mereka mempercayai bahawa
pemimpim negara hendaklah dibawah aliran keturunan Fatimah dan adalah tidak sah
seorang pemimpim itu tidak mempunyai aliran keturunan Fatimah. Aliran ini percaya
bahawa Tuhan itu shaiun (suatu benda), tetapi tidak sama dengan segala benda dan
segala benda tidak ada yang menyamai Tuhan. Tuhan mengetahui, tetapi
pengetahuanNya bukan tuhan dan bukan yang lainnya dan pengetahuan adalah suatu
benda.
Tuhan berkuasa tetapi kekuasaan bukan tuhan dan bukan lainnya, kekuasaan
adalah suatu benda. Demikian selanjutnya sifat-sifat tuhan bila dihuraikan menurut
kepercayaan mereka. Tuhan mengetahui tidak dengan pengetahuan, berkuasa tidak
dengan kekuasaan, mendengar tidak dengan pendengaran dan sebagainya. Amal
perbuatan manusia tidak menciptakan dan ditimbulkan oleh Tuhan tetapi manusia
sendirilah yang mengada dan menimbulkan serta melakukan menurut kehendaknya.

4- Syiah Imamiyah
Konon, diantara aliran-aliran Syiah, aliran ini yang agak dekat dengan golongan
Ahli Sunnah Wa al-Jammah. Namun Syiah tetap Syiah di samping ada persamaannya
dengan ahli al-Sunnah kerana memang pada dasarnya sama mengaku Islam tetapi
telampau banyak lopak-lopak yang wujud dalam aliran syiah ini.
Menurut al-Asy`ari, gelaran al-Imamiyyah digunakan bagi merujuk kelompok
Syi`ah al-Imamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina `Ali
merupakan suatu perkara yang telah dinaskan (
). Mereka juga telah dinamakan sebagai Syi`ah al-Rafidah kerana mereka
menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina `Umar (al-Asy`ari,
Abu al-Hasan `Ali b. Ismail : 1969). Selain itu, menurut Ibn Khaldun, perkataan al-
Imamiyyah digunakan bagi merujuk golongan Syi`ah al-Imamiyyah kerana mereka
memasukkan keyakinan terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat keimanan.
Para imam tersebut di sisi mereka berjumlah seramai 12 orang yang berketurunan
`Sayyidina `Ali b. Abi Talib (Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad : t.t). Imam-
imam tersebut adalah `Ali b. Abi Talib (al-Murtada), al-Hasan b. `Ali (al-Mujtaba), al-
Husain b. `Ali (al-Syahid), `Ali Zayn al-`Abidin b. al-Husain (al-Sajjad), Muhammad al-
Baqir (al-Baqir), Ja`far al-Sadiq b. Muhammad al-Baqir (al-Sadiq), Musa al-Kazim b.
Ja`far (al-Kazim), `Ali al-Rida (al-Rida), Muhammad b `Ali al-Jawwad (al-Taqiy), `Ali
al-Hadi (al-Naqiy), al-Hasan al-`Askari (al-Zakiy) dan Muhammad b. al-Hasan al-Imam
al-Mahdi al-Muntazar (al-Hujjah al-Qaim al-Muntazar) (Muhammad Abu Zuhrah :
1996).
Kelompok Syi`ah ini menurut al-Isfirayinni telah terpecah kepada lima belas
aliran kecil yang masing-masing menisbahkan gelaran aliran mereka mengikut nama
pengasas aliran masing-masing. Di antaranya adalah; al-Kamiliyyah, al-
Muhammadiyyah, al-Baqiriyyah, al-Nawusiyyah, al-Syumaitiyyah, al-Isma`iliyyah, al-
Musawiyyah, al-Mubarikiyyah, al-Qat`iyyah (al-Ithna `Asyariyyah), al-Hisyamiyyah
(pengikut Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi) , al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. Salim al-
Jawaliqi), al-Zarariyyah, al-Yunusiyyah dan al-Syaitaniyyah (Al-Isfirayinni. Abu al-
Muzaffar, 1940). Walaubagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbincangan
di sekitar Syi`ah al-Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan Isma`iliyyah sahaja.
Menurut `Abd al-Halim Mahmud, ada di antara aliran Syi`ah al-Imamiyyah yang
dikenali sebagai aliran al-Ithna `Asyariyah. Ini disebabkan kepimpinan imam-imam
mereka adalah berantaian (tasalsul al-aimmah) bermula daripada Sayyidina `Ali b. Abi
Talib sehinggalah imam keduabelas iaitu Muhammad b. al-Hasan b. `Ali yang didakwa
oleh mereka sebagai al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (`Abd al-Halim Mahmud, 1963).
Manakala, Syi`ah al-Isma`iliyyah pula dinamakan sedemikian disebabkan di sisi mereka
imam yang ketujuh setelah al-Imam Ja`far al-Sadiq adalah al-Imam Isma`il yang
merupakan abang kepada al-Imam Musa al-Kazim. Selain itu, mereka turut dinamakan
sebagai golongan al-Batiniyyah kerana mereka percaya bahawa; harus untuk imam
menyembunyikan diri daripada umum ketika mereka tiada kekuatan untuk berdepan
dengan musuh-musuh mereka ( ). Golongan Syi`ah Isma`iliyyah
ini adalah majorit kelompok Syi`ah di India(Ahmad Amin , 1978). Mereka juga
terdapat di Pakistan, Selatan dan Timur Afrika (Abd al-Halim Mahmud, 1963).
Dalam syiah imamiah terdapat satu pegangan yang dipegang oleh golongan ini
yang mana bertentangan dengan akidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah antara ialah persoalan
imam atau lebih dikenali dengan imamiah

Konsep Asas Imamah
Menurut (Dr. Subhi Al-Saleh, 1997) perkataan imam ini sama ertinya dengan khalifah
dan amir al-mukminun namun kemunculan perkataan tersebut berbeza dari segi sejarahnya
antara satu sama lain. Dari sudut bahasa imam ditujukan kepada orang yang menjadi ikutan
sesuatu kaum, sama ada membawa ke jalan yang lurus atau ke arah kesesatan. Ia di ambil dari
perkataan amma, bererti menghendaki. Perkataan ini digunakan oleh al-Quran dengan
pengertian tadi, di antaranya firman Allah :
gO)4 -O>4- =g-4O)
+O4O e4)U) O}_O> W 4~
O)E+) ElUg~E} +EE4Ug 4`4`) W
4~ }g`4 /+CjOO W 4~ N4L4C
Og;_4N 4-g)U-- ^gj
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya Dengan beberapa kalimah (suruhan
dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi
Ibrahim pun memohon Dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya)
dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima,
tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang Yang zalim." (Surah al-Baqarah ayat
124)
C@O+^4 p O}^^ O>4N -g~-.-
W-Og;_+-c- ) ^O-
_UE^_4 LOOj* N_UE;4^4
--gjO4O^- ^)
Dan Kami hendak berihsan Dengan memberikan pertolongan kepada kaum Yang tertindas di
negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan
mereka orang-orang Yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (Surah al-
Qashash ayat 5)
Perkataan imam ini juga digunakan untuk menunjuk bilangan yang ramai, umpamanya
firman Allah
4g~-.-4 ]O7O4C E4+4O UE-
E4 ;}g` 4L_4^e
E4g-+CjOO4 EO~ -N-;N
E4UE;_-4 --+Ug `4`)
^_j
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-
perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang
Yang (mahu) bertaqwa.(Surah al-Furqan ayat 74)
Di dalam hadis Rasullah pula ada tersebut imam yang adil, umpamanya sabda Nabi s.a.w
yang bermaksud Tujuh orang yang akan dinaungi oleh bayangan Allah pada hari tiada
bayangan kecuali bayangan Allah.... dan sabda Rasullah Imam adalah penguasadan
bertanggungjawab atas rakyatnya dan sabdanya lagi seorang imam yang tersalah di dalam
keampunan adalah lebih baik daripada ia tersalah dalam seksaan.
Pengambilan perkataan imamah dari perkataan imam yang digunakan oleh al-Quran
dengan maksud orang yang menjadi ikutan dan panduan adalah lebih hampir kepada roh syariat
Islam selaras dengan perkembangan sistem politiknya, kerana sistem politik dan lain-lainnya di
dalam Islam adalah tunduk kepada sistem Nubuwwah dengan berpandukannya dan bukan
mempusakainya. Sebagai buktinya kita dapati al-Quran menggambarkan beberapa orang Nabi
sebagai imam.
Dan dapat difahami bahawa tabiat sistem anbiya adalah untuk menjadi ikutan kerana ia
merupakan wahyu dari Allah dan ini sama sekali tidak menjadi imamah, seperti yang salah
difahami oleh setengah orang sekarang, mempunyai kedudukan agama dan menjadi timbalan
kepada Nabi s.a.w kerana mengikut Nabi adalah satu hal manakala menjadi timbalan kepadanya
adalah satu hal lain. Kesalahan yang dilakukan oleh beberapa puak Islam ialah disebabkan
tanggapan mereka yang salah bahawa jawatan khalifah itu adalah jawatan agama dan sesiapa
yang memegang jawatan tersebut kedudukannya adalah seperti Nabi.
Walau apa sekalipun, sebenarnya lafaz imamah itu mempunyai ciri agama lebih dari
lafaz-lafaz lain, kerana lafaz imam tunduk di bawah akidah masyarakat Islam dan terpengaruh
dengan keputusan peraturan dan ajaran-ajarannya. Jesteru itulah perkataan imam ini seringkali
digunakan oleh ahli feqah dan dikaitkan dengan perbahasan sembahyang, kerana orang ramai
atau makmum adalah mengikut imam di dalam segala pergerakan, perkataan dan perbuatannya
sehingga menyebabkan pengertian perkataan imam itu dikaitkan dengan pengertian tersebut,
terutama di kalangan orang awam dalam berbagai generasi. Tetapi sebenarnya ahli feqah
menggunakan istilah tertentu bagi menunjukkan pengertian tadi, iaitu imam kecil dengan tujuan
untuk membezakan dengan imam teragung atau terbesar yang diistilahkan kepada ketua negara
Islam.
Dalam hubungan ini ibnu Hazm menyatakan perkataan imam itu kalau disebut secara
mutlak tanpa sebarang kaitan maka pengertiannya adalah menunjukkan imam yang agung atau
yang umum tetapi sekiranya perkataan tersebut hendak ditujukan kepada sebarang pengertian
yang khusus maka hendaklah dikaitkan dengan perkataan yang boleh menunjukkan tujuan
tersebut. Sekiranya perkataan imam itu disebut tanpa apa kaitan maka ia menunjukkan
pengertian yang menyeluruh (Dr. Subhi al-Saleh, 1997).
Jelas sebenarnya lafaz imam itu menurut pandangan Islam bercorak agama dalam satu
segi dan bercorak negara dari segi yang lain pula. Jesteru itu, al-Taftazani dalam memberikan
definisi imamah menyebutkannya sebagai pengetahuan secara umum di dalam soal-soal agama
dan dunia sebagai khalifah kepada Rasullah s.a.w manakala menurut al-Mawardi pula imamah
adalah ditentukan untuk penggantian Nabi di dalam memelihara agama dan politik negara.( Dr.
Subhi al-Saleh, 1997).
Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah Tentang Prinsip-Prinsip Dan Syarat-
Syaratnya Serta Tanggungjawab Imam
Al-Imamah merupkan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad golongan Syi`ah.
Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad S.A.W adalah milik
Sayyidina `Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra(Hasan Ayyub ,
1980). Ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang penting sehingga iman seseorang
dianggap tidak sah melainkan setelah menerima konsep al-imamah in (Sulaiman, Mohd Zawawi
Mohd Sabri, 2009). Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan ASWJ dengan
golongan Syi`ah (Ahmad Amin , 1978),. Hal ini disebabkan, imamah di sisi ASWJ adalah sabit
berdasarkan persetujuan (al-ittifaq) dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan oleh umat Islam
(al-Syahrastani ,1976). Sebagai contoh, dalam menjelaskan perbezaan di antara rasul, imam dan
nabi, mereka mengatakan bahawa:


.
Maksudnya:
Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam [adalah] bahawa rasul merupakan
seorang yang bertemu dengan Jibril dan mereka melihat dan mendengar suara
Jibril dan wahyu turun kepadanya dan kadang-kadang mereka melihat Jibril di
dalam mimpi mereka seperti yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Dan Nabi kadang-
kadang mendengar suara [Jibril] dan kadang-kadang melihatnya tanpa
mendengar suara. Dan imam, mereka adalah orang yang mendengar suara
[Jibril] sedangkan mereka tidak melihat Jibril (Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad
b. Ya`qub, t.t).
Justeru, daripada petikan di atas, jelas bahawa selain daripada mengangkat darjat imam
sehinga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga telah mendakwa bahawa imam turut
menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul walaupun cara menerima wahyu tersebut
adalah berbeza. Mereka turut menyatakan bahawa iktikad tentang imam adalah salah satu
juzuk daripada keimanan, kata mereka:
:
.
Maksudnya:
Apakah [maksud] mengenal Allah? : membenarkan Allah `azza wajalla,
membenarkan RasulNya, dan [membenarkan] kepimpinan `Ali dan mengakui
keimamannya dan imam-imam yang mendapat petunjuk `alayhissalam dan
berlepas diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, inilah [yang
dinamakan sebagai] mengenal Allah (Al-Kulayni, t.t).
Hal ini jelas bercanggahan dengan konsep iman yang menjadi pegangan ahli sunnah wa
al-jamaah, di mana konsep iman yang sebenar adalah beriman dengan rukun iman yang enam
tanpa turut memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu perkara yang wajib
diimani. Di samping itu, khalifah di sisi ahli sunnah wa al-jamaah hanyalah terdiri daripada
orang biasa, kelahiran mereka persis seperti kelahiran manusia biasa dan darjat/kedudukan
mereka tidak diangkat sehingga menyamai taraf nabi dan rasul. Akhlak mulia mereka
menyebabkan umat Islam memilih mereka sebagai khalifah dan mereka tidak menerima wahyu,
bahkan penerimaan wahyu merupakan suatu perkara khusus bagi para anbiya dan rasul yang
tidak sama sekali dianugerahkan oleh Allah kepada selain daripada mereka. Selain itu, khalifah
merupakan pelaksana kepada undang-undang Islam dan sekiranya mereka didapati menyeleweng
daripada landasan wahyu, maka gugurlah kewajipan mentaati mereka. Ini adalah kerana, di sisi
ahli sunnah wa al-jamaah, tidak ada ketaatan bagi mereka yang melakukan maksiat terhadap al-
Khaliq (Ahmad Amin, 1978). Berhubung masalah ini juga, menurut al-Amidi, para ahl al-Haq
yang terdiri daripada ahl al-Sunnah dan ahl al-Hadith telah beriktikad bahawa penentuan bagi
jawatan imamah [di sisi Syi`ah] atau khalifah [di sisi ASWJ] tidak sabit dengan nas. Bahkan
penentuannya sabit berdasarkan pemilihan yang dibuat (Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad,
1971).
Dalam mengukuhkan hujah mereka terhadap iktikad imamah ini, mereka telah
menjadikan Hadis Ghadir Khum sebagai dalil bagi mengesahkan dakwaan mereka bahawa
Sayyidina `Ali merupakan pemimpin yang akan menguruskan umat setelah kewafatan baginda
S.A.W. Hadis tersebut berbunyi:

Maksudnya:
Barangsiapa yang aku pemimpinnya, maka `Ali juga pemimpinnya.

Menurut al-Amidi, maksud perkataan mawla di dalam hadis tersebut bukan
bermasud pengganti/pemimpin. Ini adalah kerana menurutnya perkataan mawla tersebut
mengandungi banyak maksud seperti pencinta (al-muhib), pembebas (al-mu`tiq), yang
zahir (al-zahr), pengganti (al-khalf), tempat (al-makan) dan penolong/pembela (al-nasir).
Seperti firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 4 yang bermaksud: Sesungguhnya
Allah adalah pembelanya; dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang saleh dari
kalangan orang-orang yang beriman. Maka menurut al-Amidi, perkataan mawla di
dalam hadis di atas ditanggung dengan maksud penolong/pembela (Al-Amidi, 1971). Di
samping hadis di atas, terdapat sebuah hadis lagi yang sering dijadikan hujah bagi
golongan sesat ini bagi menyokong iktikad al-imamah yang menjadi anutan mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya:
[Kedudukan] Engkau (`Ali) kepadaku seumpama kedudukan Nabi Harun
dibandingkan Nabi Musa

Hadis di atas juga menurut al-Amidi, ia membawa pengertian pengganti dalam
menguruskan urusan umat Islam sepanjang ketiadaan Rasulullah pada ketika itu sahaja dan
penggantian Sayyidina `Ali (istikhlafuhu) tersebut tidak memanjang sehingga zaman setelah
kewafatan Rasulullah (Al-Amidi, 1971). Menurut Ibn Hajar al-Haytami, hadis Ghadir Khum yang
menjadi hujah bagi golongan Syi`ah ini merupakan hadis da`if sebagaimana yang telah
dinyatakan oleh Abu Dawud dan Hatim al-Razi (Al-Haytami, 1983). Maka, hadis ini sudah tentu
tidak boleh sama sekali dijadikan hujah lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan
soal iktikad.

Selain itu, al-Dhahabi telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayyidina `Ali:
: :

.
Maksudnya:
Daripada `Ali radiyallahu `anhu telah berkata dikatakan kepada Rasulullah
wahai Rasulullah: siapakah yang akan kami jadikan pemimpin? Maka Rasulullah
berkata: sekiranya kalian menjadikan Abu Bakr sebagai pemimpin, kalian akan
mendapatinya seorang yang amanah dan zuhud di dunia dan lebih
mengutamakan akhirat, sekiranya kalian menjadikan `Umar sebagai pemimpin,
nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang gagah, amanah dan tidak takut
kepada cercaan orang yang memusuhi Allah dan sekiranya kalian menjadikan
`Ali sebagai pemimipin, sedangkan aku tidak berpendapat bahawa kamu akan
melakukannya nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang memberi
petunjuk dan mendapat petunjuk, beliau akan menunjukkan [memimpin] kepada
kamu ke jalan yang lurus(Al-Haytami, 1983).

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad para rijal yang thiqah. Al-
Baihaqi telah berkata bahawa sesungguhnya hadis ini sebagai dalil bahawa urusan kepimpinan
diwakilkan/diserahkan kepada sesiapa yang dijadikan pemimpin oleh umat Islam secara bai`ah
( (. Ia turut membuktikan bahawa imamah itu tidak dinaskan kepada
Sayyidina `Ali (Al-Haytami, 1983).
Manakala nas yang seringkali disebut oleh golongan Syi`ah bahawa Rasulullah telah bersabda
kepada Sayyidina `Ali:
. :
Maksudnya:
Rasulullah sallahu `alayh wasallam telah bersabda kepada `Ali: Kamu adalah
saudaraku dan wasiatku dan penggantiku dan Qadi bagi agamaku.


Dalam menilai hadis ini, Ibn Hajar telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah hadis yang
direka, palsu dan mengandungi pendustaan terhadap baginda Rasulullah (
). Ibn Khaldun juga turut mengatakan bahawa nas-nas yang
digunakan oleh golongan Syi`ah bagi mengangkat Sayyidina `Ali sebagai imam adalah nas-nas
yang tidak ada di dalam nas-nas syari`ah bahkan ia telah direka dan ditakwilkan agar ia selari
dengan pegangan mazhab mereka (Ibn Khaldun, t.t). Sekiranya hal ini difikirkan dengan akal yang
sejahtera serta bebas daripada sebarang ketaksuban yang melampau, nescaya dakwaan mereka
ini akan tertolak sama sekali. Sekiranya memang benar hadis tersebut diucapkan oleh Rasulullah
dan didengari oleh para sahabat, maka mengapa tidak tercatat di dalam sejarah bahawa terdapat
dalam kalangan para sahabat yang mengutarakan hadis tersebut ketika pemilihan khalifah yang
pertama diadakan di Saqifah Bani Sa`idah. Mustahil para sahabat bersepakat sekaliannya dalam
kesesatan kerana mendustakan hadis Nabi S.A.W. Pendapat mereka ini juga jelas tertolak apabila
Sayyidina `Ali diriwayatkan turut bersama-sama dengan umat Islam yang lain membai`ah
Sayyidina Abu Bakr sebagaimana yang telah dicatatkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya Tarikh
al-Khulafa(Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, t.t). Dalam hal ini, penulis juga
berpendapat bahawa, sekiranya imamah tersebut berlaku berdasarkan nas (bi al-tansis) daripada
Rasulullah, maka sudah tentu yang ternyata lebih layak untuk menjadi khalifah adalah Sayyidina
Abu Bakr. Ini kerana, terdapat banyak nas dari hadis yang sahih, yang secara jelas Rasulullah
S.A.W mengangkat Sayyidina Abu Bakr dan mengutamakan beliau berbanding sahabat-sahabat
yang lain.
Kesimpulan
Demikianlah konsep imamiah yang telah cuba digarapkan oleh penulis dalam melihat
perbezaan di antara golongan Syi`ah ini dengan golongan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Secara
dasarnya, mereka bukan hanya menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, bahkan mereka turut
menyalahi ijma para ulama yang merupakan salah satu daripada usul al-tasyri` yang turut
menjadi rujukan majoriti umat Islam zaman berzaman. Dalam aspek syaria`t, perselisihan
terbesar mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Wa al-Jamaah berlaku dalam masalah
memahami nas al-Quran dan sikap mereka yang menolak sejumlah hadis yang diriwayatkan oleh
individu selain daripada imam-imam mereka Tindakan ini bukan hanya merugikan kelompok
mereka, bahkan turut memudahkan mereka untuk tergelincir daripada landasan haq disebabkan
hadis-hadis yang diriwayatkan oleh imam-imam mereka adalah bukan berdasarkan kepada
wahyu, namun ia berlandaskan kepada hawa nafsu semata-mata. Jadi umat Islam perlu
berwaspada dan mempunyai ilmu yang jelas bagi mempertahankan akidah Islam yang benar-
benar menepati syarak iaitu aqidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah.

Rujukan
Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah: Maktabah al-
Anjalu al-Misriyyah
Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, c. 9, j. 3, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, c. 12, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan
Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah: al-Majlis al-A`ala li al-Syuun al-Islamiyyah
al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musallin,
Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid (tqq), c. 2, j. 1, Kaherah: Maktabah al-
Nahdah al-Misriyyah
Al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1,
Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad b. Ya`qub (t.t), Usul al-Kafi, t.t.p.: Intisyarat `Ilmiyyah
Islamiyyah
Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: Madkhal wa
Dirasah, c. 2, Kaherah: Maktabah Wahbah
Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), Tarikh al-Khulafa, Suntingan
Muhamad Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p: t.p.
al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), al-Milal wa al-Nihal, j. 1,
Suntingan Muhammad Sayyid Kaylani, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba`ah Mustafa
al-Babi al-Halabi
Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqaid al-Islmiyyah, Beirut: Dar al-Quran al-Karim

Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), Muqaddimah Ibn Khaldun,
Beirut: Dar al-Jay
Ibn Manzur (1952), Lisan al-`Arab,, j. 33, Beirut: Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr
Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, Turki: al-Maktabah al-Islamiyyah
K.H. Sirajuddin Abbas (2001), Iqtiqad Ahlissunnah Wal-Jamaah, Kelantan : Pustaka Aman
Press Sdn. Bhd
Mohd Fauzi Hamat, (2008), Cabaran Pengukuhan Akidah Umat Islam Di Malaysia & Cara-Cara
Mengatasi, Kertas Kerja Ini Dibentang Di Akademi Pengajian Islam Tidak Diterbitkan.
Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi
___________________ (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Fikr al-
`Arabi
Umar Hasyim (2008), Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publications
Subhi Al-Saleh (1997), Politik Dan Pentadbiran Dalam Islam, Kuala Lumpur :Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia
Sulaiman Noordin, Mohd Zawawi & Mohamad Sabri (2009), Syiah Imamiyyah Mazhab Ke 5?,
Bangi : Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like