You are on page 1of 122

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

1.0 PENGENALAN

Khwaja Abd Wahab di dalam bukunya Islam and the Origins of Modern Sciences telah memetik tulisan William Draper, seorang sarjana Inggeris yang terkenal menulis tentang sejarah perkembangan intelektual di Eropah. Sewaktu membicarakan tentang perkembangan kebudayaan dan ilmu pengetahuan di Andalusia di bawah pemerintahan Islam, antara lain beliau menyebut: Selama hampir lapan ratus tahun berada di bawah pemerintahan Islam, Andalusia menjadi sebuah negara yang bertamadun tinggi, kemajuan yang dicapai oleh umat Islam Andalusia dalam bidang seni, sastera dan sains, tiada bandingannya di benua Eropah. Para penuntut dari negara Perancis, Jerman dan England tertumpu ke sana untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang hanya terdapat di bandar-bandar Islam Andalusia. Bidang-bidang ilmu seperti matematik, astronomi, biologi, sejarah, falsafah dan ilmu-ilmu hukum dan hanya boleh dipelajari di Andalusia.1 Pengakuan Draper tadi memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan dan peranan Andalusia dalam bidang kebudayaan dan intelektual masyarakat Eropah zaman Pertengahan. Sarjana-sarjana Eropah menamakan zaman pertengahan sebagai Dark Ages atau Zaman Gelap bagi masyarakat Kristian Eropah. Zaman tersebut dinamakan
1

Mahayuddin Hj. Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; hal.23.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

zaman gelap, kerana abad pertengahan Masihi merupakan zaman kejahilan bagi masyarakat Eropah. Hanya melalui umat Islam di Andalusia barulah mereka dapat mengenali erti tamadun.

2.0 SUMBANGAN PERADABAN ISLAM ANDALUSIA DALAM ILMU FALSAFAH

Sepanjang pemerintahan Islam di Andalusia yang juga dikenali sebagai Sepanyol, telah lahir ramai cendikiawan dan sarjana Islam dalam pelbagai bidang.2 Begitu juga perihalnya dengan bidang falsafah telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi di Andalusia. Sejarah mencatatkan bagaimana umat Islam
2

Di negeri inilah lahir tokoh-tokoh Islam ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Perubatan, Falsafah, Ilmu Kalam, Matematik, Ilmu Hukum, Sastera, Astronomi, Sains & Teknologi, Seni bina dan sebagainya. Oleh kerana itu, dengan segala kemajuan dalam berbagai ilmu pengetahuan, kebudayaan serta aspek-aspek keislaman, Andalusia ketika itu boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan Islam dan Ilmu Pengetahuan yang tiada tandingannya selepas Constantinopel dan Bagdad. Maka tidak hairan waktu itu bangsa-bangsa Eropah mula datang ke negeri Andalusia untuk mempelajari berbagai Ilmu pengetahuan dari orang-orang Islam Sepanyol, dengan mempelajari buku-buku dan karya-karya cendikiawan Andalusia baik secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan. Lihat, Marsudi Fitro Wibowo, Andalusia lahirkan Cendikiawan Muslim, Diperoleh pada Februari 3, 2004. daripada http://www.putera.com/tamadun/Berita/p2_articleid/223

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Andalusia berjaya mempertalikan di antara ilmu falsafah kuno (Yunani) dengan ilmu falsafah baru (Islam). Ilmu ini berkembang dengan pesatnya pada abad Pertengahan, suatu zaman gelap bagi masyarakat kristian Eropah, di mana falsafah Yunani, Parsi dan lain-lain sudah mulai pudar sinarnya.3 Walaupun polisi khalifah-khalifah di Andalusia terhadap ilmu falsafah ada turunnaiknya, namun perkembangannya tidak pula tersekat, malah berjaya pula melahirkan tokoh-tokoh termasyur dalam ilmu falsafah. Pada peringkat awal, ahli-ahli falsafah kurang mendapat tempat atau penghormatan di dalam masyarakat Islam Andalusia tetapi keadaan itu tidak menghalang ilmu falsafah daripada berkembang subur. Ini kerana pemerintah sentiasa menjalankan kegiatan mereka.4 Secara perangkaan, memang perkembangan bidang falsafah di Andalusia telah bermula semenjak kurun ke-8 M lagi dan berterusan sehingga kurun ke-10 M. Namun, kurun ke-12 merupakan pelambangkan bermula serta berkembangannya zaman keagungan falsafah di Andalusia.5 Di antara pandangan ahli falsafah yang termashur di Timur yang telah mempengaruhi dan membentuk perjalanan aliran falsafah di Andalusia adalah seperti alKindi, al-Farabi dan Ibnu Sina. Manakala, ahli falsafah yang mula-mula sekali di Andalus ialah Ibnu Massarah, Ibnu Hazm, Ibnu Bajjah (Avempace), Ibnu Tufayl, Ibnu

Ustaz Azam b. Hamzah. 1991 Sejarah dan Tamadun Islam di Andalusia (711-1492M). Hizbi Sdn Bhd. Shah Alam; hal.63 4 Sad al-Andalusia, menyatakan bahawa kemunculan minat awal mereka (masyarakat Andalusia) terhadap ilmu falsafah pada pertengahan abad 4 H, iaitu ketika pangeran al-Hakam, putera Abdul ar-Rahman III, ketika ayahnya masih hidup menjadi tertarik sekaligus berminat terhadap ilmu pengetahuan. Lihat, Mohammed Abed Al-Jabiri. 2003. Kritikan Kontemporer atas Filsafat Arab-Islam. Islamika, Jogjakarta; hal. 82. 5 W. Montgomery Watt. 1995. Islam dan peradaban dunia (pengaruh Islam ke atas Eropah abad pertengahan). PT Gramedia Pustaka Utama. Jakarta; Hal.85.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Rush (Averroes), Ibnu Gabriol dan Ibnu Maymun (Maimodines). Ahli-ahli falsafah ini telah membawa Andalusia mencapai zaman keemasannya.6

2.1 Bidang-bidang Falsafah

Sejarah perkembangan ilmu falsafah telah melahirkan beberapa takrif tentang pengetahuan dalam bidang-bidang falsafah. Aristotle membahagikannya kepada ilmu metafizika, logika, retorika, etika, ekonomi, politik dan estetika.7 Dr. Oemar Amin Hoesin pula telah membuat pembahagian ilmu falsafah kepada ilmu kosmologi yang bersifat umum dan khusus, antropologi, etika dan logika.8 Kemudian kita dapat melihat takrif daripada Prof Abdul Jail Hassan pula membahagikan cabang-cabang ilmu falsafah kepada, Falsafah Insaniyah (kemanusiaan) dan Falsafah Latar Tabiat. Falsafah Insaniyah membahaskan manusia dan segi maknawi yang mengandungi tiga cabang kecil yakni
6

Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur; hal. 71. 7 Aboebakar Atjeh 1970. Sejarah Filsafat Islam. CV Ramadhani. Semarang; hal.9. 8 Oemar Amin Hoesin. 1975. Filsafat Islam. Bulan Bintang. Jakarta; hal.50-52.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

ilmu akhlak, ilmu mantik (logik), dan ilmu jiwa (psikologi). Manakala Falsafah Latar Tabiat pula merupakan falsafah yang membahaskan segala kejadian. Ilmu ini juga

terbahagi kepada tiga cabang kecil, iaitu ilmu tabiat (kejadian alam), ilmu jiwa dan ilmu Ilahiyah (ketuhanan).9 Prof. Mahmud Muhammad al-Hudzari berpendapat bahawa ia terbahagi kepada ilmu mantik, ilmu falsafah (sosiologi), ilmu falsafah tabiat, ilmu falsafah agama, ilmu falsafah sejarah dan ilmu sejarah falsafah.10 Setelah melihat beberapa pembahagian ilmu falsafah yang dihuraikan oleh beberapa tokoh di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa bidang pengkajian ilmu falsafah amat luas, tetapi secara pastinya ia mengandungi bidang ilmu etika, mantik, teologi, estetik, metafizik, psikologi dan kosmologi. 3.0 TOKOH-TOKOH FALSAFAH ISLAM DI ANDALUSIA Di antara pandangan ahli falsafah yang termashur di Timur yang telah mempengaruhi dan membentuk perjalanan aliran falsafah di Andalusia adalah seperti alKindi, al-Farabi dan Ibnu Sina. 3.1 Al-Kindi falsafah Arab pertama (796-873)

Sejarawan

menempatkan Al-Kindi sebagai

falsafah Arab pertama yang mempelajari falsafah. Alexander Aphrodisias menyatakan,

Abdul Jalil Hassan 1973. Falsafah dan pengetahuan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur; hal. 9. 10 Ibid. hal.11

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

al-Kindi mempunyai ilmu yang sangat yang mendalam mengenai aliran falsafah.11 Manakala, Ibnu Al-Nadhim menyifatkan Al-Kindi sebagai salah seorang yang

termasyhur dalam falsafah alam (natural philosophy).12 Al-Kindi mensifatkan falsafah sebagai kesenian manusia yang teragung dan termulia dan beliau mentakrifkannya sebagai ilmu tentang mahiyah dan realiti segala benda setakat had yang tercapai oleh kuasa manusia. Tujuan ahli falsafah dalam ilmunya ialah untuk sampai kepada kebenaran dan hidup atau bertindak mengikut kebenaran tersebut.13 Al-Kindi telah mengkategorikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik (tahap terendah), sains matematik (tahap pertengahan) dan sains tawhid (tahap tertinggi). Bagi Al-Kindi lagi, falsafah merupakan ilmu yang termulia yang harus dimanfaatkan oleh mereka yang berakal.14 Ringkasan aliran falsafah Al-Kindi adalah seperti berikut: a) Tentang konsep ketuhanan i. ii. Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam. Kegiatan Tuhan mencakupi antara langit dan bumi.

b) Tentang manusia i. ii.


11

Jiwa manusia adalah pancaran daripada jiwa bumi. Manusia bersifat dualisme iaitu jiwa material dan jiwa rohani.

Ghazali Darusalam. 2001. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur; hal.90. 12 Dimana Al-Kindi menyifatkan segala benda di alam ini masing-masing terikat dengan suatu undangundang alam iaitu Natural Universal Law. Beliau telah berjaya menerangkan secara saintifik dan falsafah tentang konsep ketuhanan, manusia dan alam sejagat dengan cara yang tidak bercanggah dengan wahyu. 13 Menurut Al-Kindi, Tuhan itu satu dan ia hidup selama-lamanya, berada di mana-mana juga bersifat Maha Bijaksana. Dialah sebab yang pertama (illa hu ala) kepada kewujudan alam ini serta kuasa yang utama kepada hukum-hukum alam. Oleh sebab itu Dialah pencipta dan pemerintah (mudabbir) ke atas semua benda yang telah diciptakanya dan mempunyai akhirnya. Roh atau jiwa (al-nafs) itu bersifat abadi dan berada di dalam bentuk suci dan semperna. Roh juga adalah niskala (tidak terjadi daripada benda yang nyata) dan datang daripada dunia roh. Beliaulah filsuf pertama yang membahaskan konsep al-nafs. Katanya, sesungguhnya waktu dan ruang tidak menguasai jiwa akan tetapi ia melingkungi tubuh yang memegang jiwa itu. 14 http://selak.blogspot.com/2005/08/terminologi-falsafah-rentas-zaman.html, August 1, 2005.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

iii. iv.

Kemerdekaan dan kebebasan akan kekal abadi dalam dunia akal dan budi. Kekuatan dan kebebasan akal hanya ada dalam pencarian ke jalan ilmu ketuhanan dan pengetahuan tentang alam.

c) Tentang alam semesta i. ii. iii. Jiwa bumi adalah daya gerak Tuhan Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit dan bintang-bintang. Jiwa manusia adalah pancaran daripada jiwa bumi.

3.2 Al-Farabi (Alpharabius)

Al-Farabi15 mendifinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran Islam. Al-Farabi sangat tertarik dengan ilmu falsafah Aristotle yang diberikan oleh Yuhanna.16 Beliau berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dengan Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.17 Dalam permasalah
15

Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Al-Farabi mempelajari ilmu falsafah dengan Abdul Bashar Matta dan Yuhanna ibn Khailan di Basrah. Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. 16 Buku karya Aristotle berjudul Anima dibaca sehingga 200 kali dan buku Physica dibaca 40 kali. Lihat, Ghazali Darusalam. 2001. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam; hal.91. 17 Memahami falsafah pemikiran Al-Farabi di atas seolah-olah falsafahnya adalah percampuran dari falsafah Aristotle dan Plato.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

berkaitan dengan alam, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada (sama dengan pendapat Al-Kindi). Idea Plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia Islam Falsafah Al-Farabi amat berbeza dengan Al-Kindi. Falsafah Al-Farabi lebih cenderung kepada sufisme, ilmu logik dan metafizika. Terdapat juga tokoh-tokoh falsafah Eropah pada abad pertengahan yang sezaman dengan Al-Farabi, khasnya golongan Scholastik yang berpendirian bahawa ilmu logik adalah alat kepada metafizika psikologi. Pendapat ini telah ditentang oleh Al-Farabi dengan alasan ilmu mantik (logik) adalah sebahagian sahaja daripada ilmu falsafah.18 Pola pemikirannya dalam bidang mantik dan fizikal, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Aristotle, dalam bidang etika dan politik, ia sependapat dengan Plato dan persoalan metafizika ia sependapat dengan Plotinus. Falsafah mantik Al-Farabi lebih membahaskan kepada: 1) Membuat analisis terhadap sesuatu fakta yang benar dan palsu untuk tujuan memperoleh ilmu. 2) Membuat pemeriksaan dan perbezaan antara yang baik dan jahat bagi tujuan untuk mendapatkan kesempurnaan. 3) Menggesa orang ramai agar mempelajari ilmu logik kerana seseorang itu akan dapat membezakan antara yang benar dan salah. 4) Ilmu metafizika hendaklah disokong dengan dalil-dalil logik. Antara yang dibincangkan ialah tentang konsepsi, sifat, kewujudan, hal-hal yang tidak wujud, zat dan benda serta lain-lain.

18

Majid Fakhry. 2002. Al-Farabi, founder of Islamic neoplatonism: his life, works & influence. Oneworld Oxford. England.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

5) Mempercayai alam semesta ini dijadikan Tuhan dengan satu maksud, di mana maksud tersebut hanya Tuhan sahaja yang tahu. 6) Alam ini mempunyai permulaan dan juga kesudahan. Menurut Dr. M. Carra De Vanux, pemikiran Al-Farabi tentang ilmu logik dan

metafizika amat mempengaruhi sarjana-sarjana falsafah Barat. Antara karya al-Farabi ialah Fauzu Ashgar yang memuatkan bab-bab seperti kewujudan, ketuhanan, jiwa, nabi, wahyu, akal dan lain-lain.

Falsafah politik Al-Farabi Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat di teliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukanya seperti itu dan bagaimana mengatur serta memelihara tindakan dengan cara yang baik. Kebahagiaan manusia di peroleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. AlFarabi berpendapat bahawa kebahagiaan hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat di peroleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu di akhirat. Namun, sekarang ini juga ada kebahagiaan yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan dan kesenangan yang dapat nampak dan di jadikan pedoman hidup.19

3.3 Ibn Sina (Avicenna)

19

Haeruddin, http://tumoutou.net/6_sem2_023/haeruddin.htm, 3 April, 2003.

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ibn Sina20 amat termasyur sebagai seorang ahli falsafah dan thabib. Beliau telah berjaya menghuraikan semua sistem falsafah Yunani dan menerangkannya dengan cara yang lebih mudah dalam kitab al-Shifaq. Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah.21 Pengaruh Ibn Sina sebagai seorang ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah amat meluas. Buku karangannya, Al-Qanun fit Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid telah dianggap sebagai satu himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.22 Penulis-peniulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai bapa perubatan kerana beliau telah dapat menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri.

20

Intelektual yang agung ini telah dilahirkan pada 980 M di Afshana di wilayah Bokhara. Namanya yang sebenar ialah Ali Husain b. Husain b. Ali b. Sina. Lihat, Hj. Luqman Hakim. 1989. Tokoh-tokoh Islam dahulu dan sekarang. Al- Masyur Sdn Bhd. Singapura; hal.193. 21 Azizan Baharuddin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalusia;hal. 66. 22 Ilmu perubatan moden telah banyak diperolehi daripada Ibn Sina sama ada dari segi penggunaan ubat, diagnosis mahupun pembedahan. Pada abad ke-12, Gerard Cremona (dilahirkan pada 1114M) yang berpindah ke Teledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibn Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga ke 1500M. Bukunya telah disalin atau dicetak sebanyak 16 kali; 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah lagi edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Manakala pada abad 16M buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali.

10

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Falsafah dan teori perubatan Ibn Sina - Al-Qanun Fit Tibb

Di dalam buku awalnya yang bertajuk Qanun fit Tibb (Peraturan Perubatan) yang mengandungi 14 jilid, Ibn Sina pernah berkata bahawa: a. Perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh badan manusia. b. Tugas doktor ialah untuk pemulihan atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut kesihatan, yakni tugas doktor adalah pemulihan dan penjagaan kesihatan. c. Selaras dengan patologi unsur-unsur Hiprocates (Yunani), tokoh perubatan muslim menganggap bahawa tubuh badan manusia mengandungi empat unsur iaitu: i. ii. iii. iv. darah lendir hempudu kuning hemmpudu hitam

Dunia alam dibahagikan kepada empat unsur juga iaitu: i. ii. iii. iv. api (darah) udara (hempudu kuning) air (lendir) tanah (hempudu hitam) 11

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Setiap unsur badan mempunyai dua sifat berikut : darah - panas dan lembap, lendir - dingin dan lembap, hempudu kuning - panas dan kering, hempudu hitam - dingin dan kering. Campuran keempat-empat unsur tersebut yang akan menentukan keadaan kesihatan. Sekiranya seimbang maka sihatlah badan dan sebaliknya. b. Setiap individu mempunyai campuran humor berkenaan di mana ia amat unik seperti uniknya organ-organ dan temperamen individu seseorang itu. Tindakbalas seseorang terhadap stimulan eksternal yang sama adalah tidak serupa. c. Tenaga badan yang akan mempertahankan dan memperbaiki keseimbangan serta menentukan kesihatan badan seseorang. f. Ubat membantu pesakit tetapi badan sendiri yang akan melakukan proses ke arah kesihatan manakala tabii pula yang akan memulihkan sesuatu penyakit (Nature Cures not the medicine). g. Keadaan tubuh atau temperamen setiap individu akan menentukan bahan makanan yang bermanfaat baginya. h. Selain itu Ibn Sina turut mencatatkan bahawa penyakit adalah disebabkan umur, jantina, pekerjaan, tempat kediaman, cuaca dan musim, makanan dan minuman, udara dan air, serta aktiviti fizikal dan mental. Ini bererti cara perubatan Ibn Sina adalah merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal dan mental, rehat dan sebagainya.

12

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Pemikiran Ibnu Sina mencetuskan kontroversi Dari segi Tauhid (ketuhanan) pula, Ibn Sina terpengaruh dengan falsafah Plato dan Aristotle seperti mana dihuraikan oleh Imam al-Ghazali di dalam bukunya Tahafut al-Falasifah (Ketidaksinambungan Dalam Pemikiran Falsafah). Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku AnNajah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib alWujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya. Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan

13

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.23 Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi. 3.4 Ibn Bajjah (Avempace) - Mutiara di bumi Andalusia Dalam bidang falsafah Ibn Bajjah24 boleh diletakkan setaraf dengan al-Farabi dan Aristotle. Beliau sering merujuk kepada Plato, Aristotle, Galen, al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Ghazali di dalam penulisannya. Dalam bidang ini beliau telah mengemukakan gagasan falsafah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa'al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Iman al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat haiwaniah yang bersarang dalam hati dan diri manusia.25 Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-idea al-Farabi. Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat dilihat dalam Risalah al-Wida dan kitab
23
24

http://www.geocities.com/burnskot/rencana/tamadun.htm, Dr Idris Zakaria. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti. Di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace. 25 Drs. Sudarsono, SH M.Si. 2004. Filsafat Islam. Rineka Cipta. Jakarta; hal.75.

14

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Tadbir al-Muttawwahid (Regim seorang bersendirian) yang secara umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina.26 Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang. Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia.27 Selain itu, Ibn Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul aI-Nafs yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani. Oleh sebab itulah, Ibn Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi. Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang. Karyakarya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya. Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Bahasa Latin.28 Di antara karya-karyanya yang terpenting ialah seperti Risalah al-wida yang mengandungi tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam, serta huraian mengenai kedoktoran dan perubatan. Risalah Tadbir al-Mutawahhid menceritakan tentang pandangan beliau dalam bidang

politik dan falsafah. Ia lebih menekankan tentang kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah,
26

Ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kitab tersebut sama dengan buku al-Madinah al'Fadhilah yang ditulis oleh al-Farabi. Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Al-Farabi semasa membicarakan tentang politik telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan. 27 Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf. Lihat, Drs. Sudarsono. 2004. Filsafat Islam; hal. 7579. 28 Manuskrip-manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di dalam perpustakaan Bodlein (MS.Pococke 206), Perpustakaan Berlin (MS.5060) dan di perpustakaan Escurial Sepanyol (MS.612).

15

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

karangan al-Farabi. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibn Bajjah. Risalah al-Ittisal al-Aql Bi al-Insan pula mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.29 Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah. Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya.30 Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat. Sesuai dengan itu beliau telah diberikan kedudukan dan penghormatan yang tinggi oleh orang Murabbitin. Tetapi perasaan dengki dan cemburu telah menyebabkan beliau diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 M dalam usia yang masih muda. Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia. Kematian Ibn Bajjah meninggalkan ilmu yang tidak ternilai kepada Andalusia serta masyarakat

keseluruhannya.31

29 30

Azizan Baharuddin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalusia; hal. 68. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung. 31 Haeruddin, http://tumoutou.net/6_sem2_023/haeruddin.htm

16

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

3.5 Ibn Thufail (1107-1185)

Sebagai ahli falsafah, Ibnu Thufail adalah guru dari Ibnu Rusyd (Averroes), ia mengusai ilmu lainnya seperti ilmu hukum, pendidikan, dan kedoktoran, sehingga Thufail pernah dilantik sebagai doktor pribadi Abu Ya'kub Yusuf seorang Amirul Muwahhidin. Ibn Thufail terkenal sebagai ahli falsafah yang gemar menghuraikan pemikiran falsafahnya melalui kisah-kisah ajaib yang penuh dengan keajaiban dan penuh kebenaran. Buku-buku biografi menyebut beberapa karangan dari Ibn Tufail yang berkaitan dengan beberapa lapangan falsafah seperti falsafah, fizik, metafizik, kejiwaan dan sebagainya, disamping risalah-risalah kiriman kepada Ibn Rusyd. Ibnu Thufail atau lebih dikenali dengan gelaran lidah Eropah sebagai Abubacer menulis Falsafah dalam kesusasteraan pada abad pertengahan dengan nama Kitabnya Hayy ibn Yaqzan, yang merupakan intisari pemikiran falsafah Ibn Tufail dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan merupakan salah satu buku sebagai warisan dari ahli filsafat Islam masa dulu yang sampai kepada kita, sedangkan sebahagian karyanya telah hilang.32

32

Drs. Sudarsono. 2004. Filsafat Islam; hal. 80.

17

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Salah satu manuskrip di perpustakaan Escurial yang bertajuk Asrar al-Hikmat alMasyriqiyyah (Rahsia-rahsia Falsafah Timur), ialah sebahagian daripada risalah Hay ibn Yaqzan.33 Buku Hay ibn Yadzan telah mendapat perhatian yang luas dalam kesusasteraan Eropah.34 Dalam buku ini Ibn Thufail cuba menggambarkan bahawa falsafah dapat berkembang sendiri tanpa bergantung kepada masyarakat yang telah maju. Melalui falsafah ini manusia dapat mengenal Tuhan. Namun, Ibn Thufail turut mengakui juga bahawa agama juga perlu disesuaikan dengan falsafah. Ibn Thufail berpendapat bahawa jalan yang ditempuhi oleh falsafah ialah akal dan jalan yang ditempuh oleh agama ialah wahyu. Ibn Thufail menggambarkan kepada manusia bahawa kepercayaan kepada Allah adalah satu bahagian dari fitrah manusia yang tidak dapat disangkal dan bahawa akal yang cerdas dengan memperhatikan dan merenungkan alam sekitarnya tentu akan sampai kepada kewujudan Tuhan.35 Pemikiran falsafah Ibn Thufail Thufail berpendapat bahawa akal dapat membimbing manusia dari alam kegelapan untuk mencari sinar kebenaran yang hakiki. Ibn ibn Thufail membahagikan perkembangan pemikiran manusia kepada enam bahagian:
33 34

Risalah ini ditulis atas permintaan seorang kawannya untuk mengintisarikan falsafah Timur. Ini terbukti melalui penterjemahan yang dilakukan ke dalam bahasa Latin (Philosophus Autodidactus falsafah yang dipelajari sendiri) pada tahun 1671, kemudian diterjemahkan ke adalam bahasa Belanda (1672) dan bahasa Rusia (1934). 35 Ibid. hal. 81.

18

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Pertama: dengan cara ilmu Hay ibn Yadzan, iaitu dengan kekuatan akalnya sendiri, memperhatikan perkembangan alam, bahawa setiap yang terjadi ada puncanya. Kedua: dengan cara pemikiran Hay ibn Yadzan, menjelaskan peredaran di langit seperti matahari, bulan dan bintang-bintang adalah secara teratur. Ketiga: dengan memikirkan bahawa puncak kebahagian sesorang itu ialah

mempersiapkan adanya Wajibal-wujud Yang Maha Esa. Keempat: dengan memikirkan bahawa manusia ini adalah sebahagian sahaja dari makhluk haiwan, tetapi dijadikan Tuhan untuk kepentingan-kepentingan yang lebih tinggi dan utama daripada haiwan Kelima: dengan memikirkan bahawa kebahagiaan manusia dan keselamatan dari kebinasaan hanyalah terdapat pada pengekalan penyaksiaannya terhadap Tuhan WajibalWujud. Keenam: mengakui bahawa manusia dan alam makhluk ini fana dan semua kembali kepada Tuhan. Sebagai seorang ahli falsafah Ibn Thufail bukan hanya berfikir secara kefalsafahan, namun perlu juga merenung kembali pemikiran ahli falsafah yang lain seperti Aristotle, al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali. Menganai falsafah Aristotle, alFarabi, dan Ibn Sina, Ibn Thufail mengatakan bahawa dalam buku mereka belum terdapat gambaran falsafah yang jelas tentang hakikat kebenaran tersebut.

19

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

3.6 Ibn Rusyd (Averroes) 526- 595 H/1 126 -1198 M

Ibn Rusyd36 adalah seorang ahli falsafah Islam yang paling terkenal di dunia Barat. Ibnu Rusyd dianggap menduduki tempat kedua di dalam dunia falsafah selepas Aristotle. Beliau sangat terpengaruh dengan pemikiran Aristotle dan beliaulah yang memperkenalkan hasil-hasil karya Aristotle ke dunia Barat. Ibnu Rusyd telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Skolatisme melalui ulasannya tentang tulisan-tulisan Aristotle. Ulasan-ulasan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin oleh orang-orang seperti Moses ibnu Tibbon, Michel Scott, Herman, Kalonymus dan ramai lagi. Tanpa usaha Ibn Rusyd hasil karya Aristotle tidak mungkin sampai ke pengetahuan Barat.37 Tafsirannya terhadapnya buku-buku Aristo mempunyai bentuk ringkas, sederhana dan panjang. Syarahan beliau yang berbentuk panjang merupakan yang pertama di kalangan orang-orang Islam. Beliau juga telah digelar dengan Filosof Akal dan Filosof Agung Barat Bangsa Arab. Buku beliau telah mendapat sanjungan yang tinggi di Eropah ketika mereka keluar dari zaman kegelapan, tetapi perkara sebaliknya berlaku
36

Nama sebenar Ibn Rusyd ialah Abu al- Walid Muhammad b. Ahmad b. Muhammad b. Ahmad. b Rusyd. Lebih dikenali di Barat dengan nama Averroes. Ibn Rusyd dating dari keluarga kaum terpelajar dan dari keterunan ahli-ahli perundangan Islam yang terkenal. Ibn Rusyd telah berguru dengan Ibn Bajjah di bidang falsafah. Ayahnya juga seorang ahli falsafah yang terkenal di Cardova. Lihat, Tokoh-tokoh Islam dahulu dan sekarang; hal.199. 37 Majid Fakhry. 2001. Awerroes Ibn Rushd, His Life, work & Influence. Oneworld Oxford. England.

20

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

di timur kerana mereka berada di zaman penghujung. Sanjungan itu diterima semenjak kurun ke 8H/14M lebih-lebih lagi di Padova, Itali dan bukunya telah diulang cetak beberapa kali di Venezia, Itali. Diantara karya-karya beliau di bidang falsafah ialah Tahafut Al Tahfut iaitu satu-satunya buku beliau berbahasa Arab yang melalui buku yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Paslu al Maqal fima baina al Hikmah wa al Syariah mina al Ittisal dan Bidayat al Mujtahid adalah diantara kitab feqah karangan beliau.38 Menurut Ibnu Rusyd, dunia ini telahpun bergerak semenjak Eternity lagi dan mempunyai suatu pergerakan yang abadi (muharrik) iaitu Tuhan. Beliau juga telah mengeluarkan pendapat tentang jirim dan bentuk serta kaitan di antara jasad dan roh. Walaubagaimanapun sumbangannya yang terpenting sekali terhadap falsafah ialah cara serta keteguhan ia mempertahankannya. Beliau berpendapat bahawa falsafah ialah sahabat serta saudara sesusu kepada agama. Ia tidak bercanggah dengan syariah tetapi mengukuhkannya dan menjadi saksi terhadapnya. Sekolah falsafahnya telah dihidupkan sehingga kurun ke-17 M.39 Aliran Rasionalisme Ibn Rusyd suatu protestanisme

Seperti mana yang kita sedia maklum, di kalangan orang-orang Eropah Ibn Rusyd lebih dikenal sebagai commentator Aristotles yang membawa semangat rasionalis dan pencerahan bagi mereka. Pengaruh Ibn Rusyd
38
39

Asadulah A. 1999. Ibn Rusyd Mujtahid of Europe. Yate. Turmverlag. Ustaz Azam b. Hamzah. 1991. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalusia (711-1492M) ; hal.63.

21

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

semakin mengalami perkembangan dengan munculnya gerakan Averroisme di Barat yang cuba mengembangkan gagasan-gagasan rasionalis Ibn Rusyd. Falsafah Ibn Rusyd akhirnya menjadi rujukan utama dalam perkembangan falsafah Barat pada abad pertengahan. Falsafah Ibn Rusyd menimbulkan revolusi pemikiran dan lahirnya renaisance di Eropah.40 Keadaan ini telah menjadi kritikan apabila Al-Ghazali sendiri menyerang falsafah rasionalis Ibn Rusyd dalam karya Tahafut al-Falasifa. Dalam buku itu Ibn Rusyd membela kembali pendapat-pendapat ahli falsafah Yunani dan Islam yang telah diserang habis-habisan oleh al-Ghazali. Segala dalil al-Ghazali di bantah kerana Ibn Rusyd menolak ijraut-adat dari al-Gazali. Aliran falsafah Ibn Rusyd tidak sejajar dengan falsafah al-Ghazali kerana falsafah al-Ghazali lebih menjurus kepada persoalan sufisme sedangkan Ibn Rusyd lebih menggunakan teori akal.41 Di dunia Islam falsafah Ibn Rusyd tidak berpengaruh besar. Oleh sebab itu namanya tidak seharum nama al-Ghazali. Malah kerana isi falsafah yang dianggap sangat bertentangan dengan pelajaran agama Islam yang umum, Ibn Rusyd dianggap orang zindik. Kerana pendapatnya itu juga beliau pernah dibuang oleh Khalifah Abu Yusuf, diasingkan ke Lucena.42 Bahkan Ibn Rusyd pernah dituduh tidak beragama dan tidak bertuhan. Padahal yang sebenarnya adalah bahawa Tuhan dalam pemahaman Ibn Rusyd adalah Tuhan yang menciptakan alam lengkap dengan hukum-hukum alamnya. Manusia terikat dengan hukum-hukum alam tersebut. Ini yang tidak diterima oleh al-Ghazali. Bagi al-Ghazali, Tuhan menciptakan alam dan perbuatan manusia. Semua daya adalah milik Tuhan, sebagaimana tercermin dalam ungkapan la hawla walla quwwatailla billah. Bagi al-

40

Dr. Muhammad Iqbal. 2004. Ibn Rusyd & Everroisme sebuah pemberontakan terhadap agama. Gaya Media Pratama. Jakarta; hal. Xv. 41 Ghazali Darusalam. 2001. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam; hal. 95. 42 Drs Sudarsono. 2004. Filsafat Islam; hal. 94.

22

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ghazali, kalau seseorang terjatuh itu adalah perbuatan tuhan. Sedangkan bagi Ibn Rusyd, jatuhnya manusia itu adalah kerana adanya hukum alam (dalam bahasa sekarang dikenali sebagai daya graviti) dan juga kerana manusia itu sendiri tidak berhati-hati. 43 Oleh kerana itulah aliran dan fahaman falsafah Ibn Rusyd lebih diterima di dunia Eropah. Pemahaman Ibn Rusyd yang sedemikian disalah ertikan bahawa Tuhan tidak menciptakan alam. Inilah yang berkembang dalam aliran Averroisme di Barat dan mendapat kecaman dari kaum gereja. Dalam hal ini terdapat dua perkara penting yang berkembang di Barat berkaitan dengan pengaruh Ibn Rusyd terhadap pemisahan agama dan akal. Pertama kuatnya ajaran Katolik dan mereka merasakan posisi mereka terancam dengan perkembangan gerakan Averroisme, dan kedua kerana penyimpangan gerakan Averriosme sendiri dari prinsip-prinsip yang diajar Ibn Rusyd. Melihat perkembangan aliran pemikiran Barat yang sedemikian jauh dari agama segelintir golongan menuduh bahawa Ibn Rusyd bertanggungjawab terhadap pemisahan antara agama dan ilmu tersebut. Menurut Muhammad Farid Wajdi, ajaran falsafah Ibn Rusyd berkembang di Eropah melalui mahasiswa-mahasiswa Eropah yang pernah menerima kuliahnya. Keadaan ini akhirnya membawa perang frontal antara agama dan akal, pendeta dan ilmuan di Barat. Pengharaman pembukaan universiti yang mengajar pemikiran Aristotle dan Ibn Rusyd dan banyak tokoh-tokoh Averroisme dihukum dan buku-buku karangan Ibn Rusyd di bakar. Namun begitu, gerakan Averroisme yang ingin mengembangkan gagasan-gagasan rasionalis Ibn Rusyd dan perkembangan di Barat sejak abad ke-13 ternyata tidak sepenuhnya tertumpu pada pemikiran Ibn Rusyd. Terdapat penyimpangan yang

43

Drs. Muhammad Iqbal. 2004. Ibn Rusyd & Everroisme sebuah pemberontakan terhadap agama; hal. xvii.

23

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dilakukan. Yang paling jelas penyimpangan tersebut adalah pandangan Ibn Rusyd tentang harmonisasi antara akal dan wahyu, falsafah dan agama. Bagi Ibn Rusyd tidak ada pertentangan antara kedua-duanya (penulisan kitab Fashl al-Maqal). Namun golongan Averroisme gagal melakukan hal demikian. Mereka hanya mengambil pemikiran rasionalisme Ibn Rusyd. Mereka terlalu mengagung-agungkan akal dan menganggap akal lebih utama daripada wahyu.44 Menurut para pemikir Islam menyatakan bahawa kekuatan akal atau rasionalisme sangat diperlukan dalam kajian keagamaan. Namun, sejauhmana kemampuan rasional dapat diikuti dan diguna pakai, itulah yang menjadi persoalan.45 Sebahagian pendapat mengatakan bahawa rasional mesti ditempatkan dibawah wahyu, sebaliknya sebahagian yang lain menganggap bahawa rasional sahaja sudah mampu untuk membimbing manusia dalam mengenal kebenaran dan Tuhan, wahyu diperlukan hanya sebagai justifikasi penemuan akal. Lantaran itu, konflik antara agama dan akal, gereja dengan ilmuan adalah sebagai suatu dasar untuk kepentingan politik. Ibn Rusyd tidak pernah menyangkal penciptaan Tuhan terhadap alam semesta. Hanya dalam proses penciptaannya, Ibn Rusyd memang berbeza dengan pendapat teologi Islam.(mutakallimin). Justeru, Ibn Rusyd tidaklah boleh dianggap sebagai penyebab terjadinya sekularisme peradaban Barat. Maka, adalah penting untuk melakukan kajian yang lebih mendalam dan objektif tentang interaksi antara pemikiran umat Islam dan Barat. Selama ini terdapat kesan dikotomis bahawa Islam bertentangan dengan Barat. Padahal, pemikiran-pemikiran rasionalisme adalah sebahagian daripada idea-idea pemikir-pemikir Islam. Namun kita lihat sekarang

terdapat di kalangan umat Islamsendiri menentang, kerana dianggap produk Barat.


44

Drs. Muhammad Iqbal. 2004. Ibn Rusyd & Everroisme sebuah pemberontakan terhadap agama; hal. 122. 45 A. Khudori Soleh. 2004. Wacana Filsafat Islam. Pustaka Pelajar. Yogyakarta; hal.20.

24

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

4.0 IMPLIKASI DARIPADA PERKEMBANGAN ILMU FALSAFAH 4.1 Ilmu falsafah rujukan pembangunan Barat

Adalah suatu kenyataan yang tidak boleh disangkal bahawa kemajuan peradaban Barat (Eropah) sejak abad ke-12 tidak terlepas dari sumbangan peradaban Arab-Islam yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh falsafah dan saintis muslim. Orang-orang Barat melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahirlah ilmuan falsafah yang terbilang dalam berbagai bidang. Hasil daripada kejayaan filosofis dan ilmuan Islam yang mencipta tamadun suatu ketika dahulu telah dijadikan rujukan kepada bangsa Eropah untuk membangunkan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang sehingga masa kini. Ilmu falsafah tersebut telah diambil untuk dijadikan sandaran dalam membangun ilmu-ilmu seperti astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik dan sebagainya. Mereka menterjemah buku-buku falsafah ke dalam bahasa orang-orang Barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani serta beberapa bahasa Eropah lain bagi memudahkan mereka menghayati ilmu berkaitan. Terjemahan buku-buku Ibnu Rusyd yang mereka lakukan menjadi bahan-bahan akademik yang sangat berpengaruh. Terjemahanterjemahan tersebut telah memberi makna besar terhadap tamadun Eropah seperti yang

25

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

disebut oleh Philip Khitti dalam bukunya Orang Arab: Sejarah Ringkas (The Arabs: A Short History) Menurut Zainal Abidin Osman, dalam ucapan beliau semasa merasmikan Pameran Kegemilangan Islam Dalam Tamadun Islam On-Wheels menyatakan Kemajuan bangsa Eropah dalam pelbagai bidang pada masa ini sebenarnya dicedok daripada hasil kejayaan Islam mencipta tamadunnya suatu ketika dahulu.46 Bangsa tersebut telah meniru keintelektualan Islam seperti kejayaan dalam bidang perubatan, astronomi dan ekonomi sehingga berlaku perubahan besar dalam sejarah tamadun mereka pula. Di dunia Eropah, falsafah hanya diakui sebagai salah satu ilmu selepas atau sesudah 500 tahun kemudian. Namun, pemikiran falsafah sebagai salah satu cabang ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat Islam telahpun wujud sekian lama semasa Khalifah Abbasiah memerintah iaitu pada zaman Makmun (813-833 Masihi). Pengaruh daripada ilmu falsafah Islam turut membantu membebaskan orang Eropah daripada dibelenggu dengan doktrin agama yang sempit. Perubahan sikap yang berlaku di kalangan orang Eropah ketika itu, jelasnya, menjadi pemangkin kepada satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai fahaman humanisme pada kurun ke-13. Hasil karya beberapa tokoh falsafah Islam seperti Al Kindi, Ibn Tufail dan Ibn Rush yang menyatakan bahawa manusia boleh mengenal tuhan tanpa wahyu dan guru, mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Hal ini kerana falsafah Yunani berasaskan kepada revolusi mental yang diistilahkan sebagai Dogmatic Dicta. Akan tetapi falsafah Islam lahir daripada konsep Dien itu sendiri. Secara umumnya, ilmu falsafah bermaksud

46

Dr, Idris Zakaria, http://www.geocities.com/burnskot/rencana/tamadun.htm April 3, 2007.

26

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

satu sains pemikiran tentang tiga demensi alam iaitu ketuhanan, manusia dan alam semesta.47 4.2 Perkembangan penterjemahan karya-karya ahli falsafah

Implikasi daripada perkembangan bidang falsafah di Andalusia usaha terjemahan telah dibuat terhadap karya-karya yang telah dihasilkan oleh bintang-bintang falsafah yang handal. Pada masa ini, buku-buku falsafah dan ilmu pengetahuan karya-karya dan terjemahan ahli-ahli falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin. Pada zaman itu Bahasa Latin menjadi bahasa kebudayaan bangsa-bangsa Eropah. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer, dalam bukunya, "Sejarah Ringkas Gagasan-gagasan Sains Sehingga 1900" (A Short History of Scientific Ideas to 1900) menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab: 1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.

47

Ghazali Darusalam. 2001. Filsafat Islam; hal. 89.

27

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

2. Bahasa Yunani Rom Timur, jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskrip-manuskripnya. Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab. 3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains. 4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur. 5. Dalam zaman pertengahan, bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani. 6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam kedudukan Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula, Islam sedang berundur di Barat. 7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani. Pertembungan di antara dunia Latin dengan falsafah Islam telah bermula melalui usaha-usaha-usaha Raymond Lull yang telah menjadi Archbisshop Toledo dari 1130 M sehingga 1150 M.48 Raymond Lull (633-716 H/1236-1316 M) telah mempelajari bahasa Arab di Majorea dan falsafah Islam di Bugia di Tunisia. Beliau telah menterjemah Asmaal-Husna oleh Muhyi al-Din ibn Arabi. Selain itu, beliau juga ada membuat saduran dan penyesuaian beberapa perenggan dari Futuhat al-Makkiyah hingga ia sendiri boleh menulis hal-hal berkenaan dengan sufis, akidah dan falsafah. Raymond telah mewujudkan Institut Penterjemahan yang ditadbir oleh Gundisalvi.
48

Azizan Baharuddin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalusia; hal. 71.

28

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Gundisalvi turut menterjermah beberapa buku falsafah. Beliau telah menterjemah beberapa bab dari kitab al-Syifa' oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa al-Maqul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, juga beberapa buah buku tentang astronomi. Buku al-Syifa oleh Ibnu Sina yang telah juga diterjemah ke bahasa Latin telah diterbitkan di bawah tajuk Sufficientia Physicorum di mana ahli fikir Barat Roger Bacon sering membuat rujukan Herman dari German, seorang uskup bekerja menterjemah buku di Toledo. Pada tahun 1240, beliau telah menterjemah ulasan Ibnu Rusyd terhadap buku Ethica Nicomachaea, karangan Aristotle dan Ichtisar Syair karangan Ibnu Rushd sendiri. Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari Ibnu Rusyd terhadap buku, Phoetics, karangan Aristotle. Herman kemudian menterjemahkan Ichtisar Manthiq karangan AlFarabi. Pada tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab buku Rheforica oleh Aristotle dengan memakai alasan-alasan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Pada pertengahan abad 13 hampir seluruh karya Ibnu Rushd telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, termasuk kitab tahafut-et-tahafut, yang diterjemahkan oleh Colonymus pada Tahun 1328.

4.3 Kemunculan akademi falsafah Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ke-13. Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Andalusia dan Baghdad dalam bidang-bidang epistemologi,

metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku. Cendekiawan Paris sibuk mempelajari buku-buku yang berjudul Deintellectu et

29

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

intelligibili kerap merujuk kepada Ibnu Rusyd sekerap rujukannya terhadap Aristotle. Pengaruh Ibnu Rusyd di Eropah menurut Bertrand Russell sangatlah kuat, bukan sahaja di kalangan golongan akademiik, tetapi juga di kalangan satu kumpulan besar pemikir bebas bukan profesional yang menafikan keabadian. Mereka digelar pengikut Ibnu Rusyd. Sementara di kalangan ahli falsafah profesional, peminatnya yang utama ialah ahli-ahli Mazhab Franciscan dan mereka yang berada di Universiti Paris.

Universiti Paris

Universiti Naple

Selain itu, Frederick yang telah menjadi Raja di Sicily juga telah menubuhkan Universiti di Naples sebagai sebuah akedemi untuk mempelajari falsafah. Salah seorang penuntut di Universiti Naples yang telah didirikan oleh Raja Federick ialah St Thomas. Di sini beliau telah bertembung dengan falsafah Ibnu Rusyd. Keadaan ini telah menyebabkan St Thomas banyak dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Rusyd tentang iman dan akal. Hampir keseluruhan falsafah dan pemikirannya telah dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Rusyd. St Thomas menganggap Ibnu Rusyd sebagai pengulas yang terbaik mengenai matafizik dan psikologi Aristotle.49

5.0 SUMBANGAN PERADABAN ISLAM ANDALUSIA DALAM ILMU KALAM


49

Azizan Baharuddin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalusia; hal. 72.

30

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Seperti juga di wilayah Islam sebelah Timur (Baghdad), bidang-bidang ilmu keagamaan atau ilmu wahyu berkembang subur di Andalusia. Sepanjang hampir lapan ratus tahun pemerintahan Islam di Andalusia, ramai sarjana terkemuka di dalam bidang fiqh, Hadith, Tasawuf, usuluddin, perbandingan agama, tafsir dan lain-lain berjaya dilahirkan. 5.1 Ilmu Kalam Ilmu kalam yang berasaskan Al-Quran dan Hadith. Ilmu ini berkembang subur di Andalusia. Sepanjang tempoh 800 tahun pemerintahan Islam di Andalus termasuk 300 tahun daripadanya pemerintahan Bani Umayyah, ramai para sarjana terkemuka dalam bidang Fiqh, Tafsir, Tasawwuf, Hadith dan lain-lain berjaya dilahirkan. Perkataan kalam sebenarnya merupakan istilah yang sudah tidak asing lagi, khususnya bagi kaum muslimin.50 Secara harfiyah, perkataan kalam dapat ditemui baik di dalam al-Quran atau sumber lain. Secara harfiyah, kalam beerti pembicaraan atau perkataan. Di dalam lapangan pemikiran Islam, istilah kalam memiliki dua pengertian iaitu Saba Allah (The Word of God) dan kedua Ilm Al-Kalam (The Science of Kalam). Pengertian yang kedua ini lebih menunjukkan kepada teologi dogmatik dalam Islam, dan sekaligus juga merupakan perbahasan dalam tulisan hingga ke hari ini.51 Dari segi maknawiyah pula, Dr. Muzaffaruddin Nadvi dalam bukunya Muslim Thought and Its Source, melihat pengertian ilmu kalam dari pelbagai sumber, latar
50

Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arbaiyah Mohd. Noor dan Salina Hj. Zainol. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( TITAS). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd; hal. 94. 51 Ibid

31

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

belakang kemunculannya dan isi metodologinya. Beliau mengatakan bahawa ilmu kalam tiada lain adalah Ilmu berfikir, yang lain saat terjadinya perbezaan antara penganut Islam ortodoks dengan penganut Islam baru. Penganut Islam baru adalah orang-orang yang baru memeluk agama Islam, yang idea-idea keagamaannya masih bercampur dengan idea-idea keagamaan seperti Yahudi, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Oleh kerana itu, ketika itu, mereka (penganut Islam Ortodoks) menafsirkan Al-Quran (ajaran Islam ) berdasarkan cara pandangan mereka sendiri. Pandangan ini dipertegas oleh Nurcholis Majdid yang mengutip Ali Asy- Syabi bahawa antara istilah mantiq dan kalam secara sejarah ada hubungan. Kedua-duanya mempunyai persamaan, lalu ada di antara kaum Mutakallimun (ahli ilmu kalam) dan para filosof menggantikan istilah mantiq dengan kalam, kerana kedua-duanya memiliki makna harfiyah yang sama. Berkaitan dengan pengertian di atas, di dalam Encyclopedia of Religion and Ethics, istilah kalam (atau dalam bahasa Inggeris: Conversation) dihubungkan dengan istilah Yunani yakni dialektika oleh Plato, istilah ini digunakan dalam pengertian metafizika atau kadang-kadang istilah kalam ini dapat difahami dalam pengertian

fundamental of religion (usuluddin).52 Nama lain Ilmu Kalam Para ahli sering menggunakan ilmu kalam dengan istilah teologi Islam. Istilah ini berasal dari sebutan orang-orang Barat untuk menyebut Istilah ilmu kalam dan perbezaanya dengan filsafat Islam. Semua disiplin ini, mereka memasukkannya ke dalam ruang lingkup skolastik Islam yang sudah dikenali sejak lama di kalangan penulis Barat,

52

Mahayudin Hj. Yahaya. 1998. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd; hal. 324.

32

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

seperti Tritton dalam bukunya Moslem Theology, dan Mac Donald dalam buku Development of Muslim Theology. Teologi berasal dari bahasa Yunani yakni Theos, ertinya Tuhan dan Logos ertinya Ilmu. Dengan demikian teologi beerti ilmu tentang Tuhan dan ketuhanan. Menurut A. Hanafi, pengertian ini ada hubungannya dengan pengertian yang menurut Encyclopedia Everymans yakni pengetahuan tentang agama yang hanya membicarakan Tuhan dan manusia dengan pertaliannya dengan Tuhan. Syeikh Muhammmad Abduh juga berpendapat bahawa ilmu kalam mempunyai pengertian yang sama dengan ilmu tauhid. Penggunaan istilah kalam, sebagaimana telah dikemukakan sebelumnya, boleh jadi kerana masalah utama yang dibicarakan dalam ilmu itu ialah tentang kehadisan dan ke-qadim-an berdasarkan dakwaan yang rasional.

5.2 Ilmu Fiqh (Ar: al-figh = paham yang mendalam). Salah satu bidang ilmu dalam syariat Islam yang secara khusus membahas persoalan hukum yang mengatur berbagai aspek kehidupan manusia, baik kehidupan peribadi, bermasyarakat maupun hubungan manusia dengan Penciptanya. Ada beberapa definisi fiqh yang dikemukakan ulama fiqh sesuai dengan perkembangan erti fiqh itu sendiri. Misalnya, Imam Abu Hanifah mendefinisikan fiqh sebagai pengetahuan seseorang tentang hak dan kewajibannya. Definisi ini meliputi semua aspek kehidupan, yaitu aqidah, syariat dan akhlak.53 Fiqh di zamannya dan di zaman sebelumnya masih dipahami secara luas, mencakupi bidang ibadah, muamalah

53

Yusuf Al-Qardhawy.2002. Fiqh Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam: Guna Memahami Perbedaan yang Dibolehkan dan Perpecahan yang Dilarang. Jakarata: Robbani Press; hal. 57.

33

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dan akhlak.54 Dalam perkembangan selanjutnya, sesuai dengan bidang ilmu yang semakin tegas, ulama ushul fiqh mendefinisikan fiqh sebagai ilmu tentang hukum syara' yang bersifat praktis yang diperoleh melalui dalil yang terperinci. Definisi tersebut dikemukakan oleh Imam al-Amidi, dan merupakan definisi fiqh yang popular hingga sekarang. Ulama usul fiqh menguraikan kandungan definisi ini sebagai berikut: 1. Fiqh merupakan suatu ilmu yang mempunyai tema pokok dengan kaedah dan prinsip tertentu. Hal ini kerana dalam kajian fiqh para fuqaha menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti qiyas, istihsan, istishab, istislah, dan sadd az-Zari'ah (az-Zari'ah); 2. Fiqh adalah ilmu tentang hukum syar'iyyah, yaitu Kalamullah/Kitabullah yang berkaitan dengan perbuatan manusia, baik dalam bentuk perintah untuk berbuat, larangan, pilihan, mahu pun yang lainnya. Hal ini kerana fiqh diambil dari sumbersumber syariat, bukan dari akal atau perasaan; 3. Fiqh adalah ilmu tentang hukum syar'iyyah yang berkaitan dengan perbuatan manusia, baik dalam bentuk ibadah maupun muamalah. Atas dasar itu, hukum aqidah dan akhlak tidak termasuk fiqh, kerana fiqh adalah hukum syara' yang bersifat praktis yang diperoleh dari proses istidlal atau istinbath (kesimpulan) dari sumber-sumber hukum yang benar.55 Fiqh diperoleh melalui dalil yang tafsili (terperinci), iaitu dari Al-Qur'an, sunnah Nabi SAW, qiyas, dan ijma' melalui proses istidlal, istinbath, atau nahr (analisis). Yang dimaksudkan dengan dalil tafsili adalah dalil yang menunjukkan suatu hukum tertentu. Misalnya, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2) ayat 43: "..... dirikanlah solat
54

Yusuf Al-Qardhawy.2002. Fiqh Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam: Guna Memahami Perbedaan yang Dibolehkan dan Perpecahan yang Dilarang; hal. 57. 55 Ibid; hal. 37.

34

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dan tunaikanlah zakat....."56 Ayat ini disebut tafsili kerana hanya menunjukkan hukum tertentu dari perbuatan tertentu pula, iaitu solat dan zakat adalah wajib hukumnya.57 Dengan demikian menurut para ahli usul fiqh, hukum fiqh tersebut tidak terlepas dari anNusus al-Muqaddasah (teks-teks suci). Oleh itu, suatu hukum tidak dinamakan fiqh apabila analisis untuk memperoleh hukum itu bukan melalui istidlal atau istinbath kepada salah satu sumber syariat. Berdasarkan hal tersebut, menurut Fathi ad-Duraini (ahli fiqh dan usul fiqh dari Universitas Damascus), fiqh merupakan suatu upaya memperoleh hukum syara' melalui kaiedah dan cara usul fiqh. Sedangkan istilah fiqh di kalangan fuqaha mengandungi dua pengertian, iaitu: 1. Memelihara hukum furu' (hukum keagamaan yang tidak pokok) secara mutlak (seluruhnya) atau sebahagiannya; dan 2. Hukum itu sendiri, baik yang bersifat qath'i (pasti) maupun yang bersifat dzanni (relatif) (Qath'i dan Zanni). Sejarah dan Perkembangan Ilmu Usul Fiqh Pertumbuhan dan sejarah perkembangan ilmu Usul Fiqh secara tidak langsung telah berlaku dan bermula semenjak zaman Nabi lagi. Iaitu bermula kisah perutusan Muaz bin Jabal ke Yaman. Muaz telah menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengeluarkan hokum yang tidak terdapat dalam daqlil yang QatI iaitu ijtihad beliau.58 Ilmu Usul Fiqh seterusnya berlangsung pada masa sahabat dengan menjadikan alQuran dan al-Sunnah sebagai sumber utama dan mereka berijtihad apabila tiada dalam
56

Syaikh Khalid bin Abdullah Asy-Syaqifah. 2004. Fikih Imam Syafii: Puasa dan Zakat. Pustaka Azzam: Jakarta; hal.31. 57 Ibid 58 Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Ilmu Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd; hal.5.

35

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

kedua sumber tersebut. Contohnya, pengumpulan al-Quran, Abu Bakar dan Umar berselisih pendapat dan akhirnya ijitihad Umar diterima oleh Abu Bakar dan al-Quran dikumpulkan untuk kemashalatan umat Islam atau dengan kaedah Masalih al-Mursalah.59 Pada masa pemerintahan Umar, jajahan dan negara Islam berkembang luas, maka perlunya perubahan sistem perundangan disebabkan perubahan taraf hidup masyarakat dan keadaan yang berbeza. Di dalam melaksanakan hukum yang tidak terdapat dalam dalil Qat-I, Syaidina Umar mengeluarkan hukum berpandukan kaedah Usul Fiqh. Antaranya bahaya dan kemudaratan atau dengan kaedah Sadd al-Zaraai dan apabila bertemu kemudaratan, hendaklah diambil yang lebih ringan mudaratnya. Contohnya menambahkan hukum sebat kepada peminum arak daripada 40 kepada 80 untuk menakutkan semua rakyat bahaya meminum arak.60 Pada masa pemerintahan Khalifah Ali, baginda juga ada menggunakan kaedah Sadd al-Zaraai. Contohnya menjatuhkan hukum peminum arak sama dengan had Qazaf, iaitu 80 sebatan. Perkembangan ilmu fiqh muncul dan dihasilkan secara langsung mulai pertengahan kurun ke-2 Hijrah, iaitu dengan inisiatif dan penyusunan serta penulisan ilmu Usul Fiqh yang dipelopori oleh Muhammad bin Idris al-Syafii. Beliau telah menyusun kitab yang bernama al-Risalah. Dalam kitab Usul Fiqh yang disusun oleh beliau itu, beliau emmasukkan dan memutakan ayat-ayat al-Quran dan keterangan humun, nas nasikh dan mansukh, al-Sunnah dan kedudukannya, berhujah dengan hadis Ahad, ijtihad, ijmak ulamak dan juga Qiyas.61 Selepas batu asas dan pembukuan pertama yang dibuat oleh Imam Syafii itu, ulama lain terus muncul dan menegmbangkan
59 60

serta mengemaskiniikan

lagi

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Ilmu Fiqh;hal. 6. Jaih Mubarok. 2002. Kaidah Fiqh: Sejarah dan Kaidah Asasi. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada; hal. 60. 61 Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Ilmu Fiq; hal. 7.

36

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

perkembangan ilmu fiqh dengan lebih luas dan teratur. Walau bagaimanapun, semua ulama membahaskan topik yang sama, iaitu hukum, istinbat dan dalil, namun secara penyusunan kitab karangan mereka sahaja berlainan.62 Sumber Fiqh Sumber fiqh merupakan landasan yang digunakan untuk memperoleh hukum fiqh, di mana ulama fiqh membahagikan sumber fiqh kepada dua iaitu sumber yang disepakati dan sumber yang diperselisihkan. Sumber yang disepakati atau dalam istilah Mustafa Ahmad az-Zarqa disebut dengan al-Masadir al-Asasiyyah adalah Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW. Tetapi menurut ulama fiqh sumber tersebut ada empat, iaitu Al-

Qur'an, Sunnah Nabi SAW, Ijma', dan Qiyas. Adapun sumber fiqh yang tidak disepakati seluruh ulama fiqh atau yang disebut juga dengan al-masadir at-Taba'iyyah (sumber selain Al-Qur'an dan sunnah Nabi SAW) terdiri atas Istihsan, Maslahat, Istishab, Irf, Sadd az-Zari'ah, Mazhab Sahabi, dan Syar'u Man Qablana.63 Bagi ulama fiqh yang menyatakan bahawa al-Masadir al-Asasiyyah hanya terdiri dari Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah SAW, Ijma', Qiyas, dan yang termasuk al-Masadir atTaba'iyyah tersebut dikatakan sebagai dalil atau kaedah untuk memperoleh hukum syara' melalui ijtihad. Alasannya, kaedah-kaedah tersebut merupakan kaedah penggalian hukum Islam yang tidak dapat berdiri sendiri, tetapi harus disandarkan kepada Al-Qur'an dan sunnah Nabi SAW. Oleh sebab itu, ada di antara kaedah ijtihad tersebut yang keabsahannya sebagai dalil diperselisihkan ulama usul fiqh. Misalnya, kaedah istihsan diterima oleh ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian Mazhab Hanbali sebagai dalil; sedangkan ulama Mazhab Syafi'i menolaknya.64
62 63

Ibid. Amir Said Az-Zaibari.1998. Kiat Menjadi Pakar Fiqh. Bandung: CV Gema Risalah Press; hal. 68. 64 Amir Said Az-Zaibari.1998. Kiat Menjadi Pakar Fiqh. Bandung: CV Gema Risalah Press; hal. 68.

37

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Faedah mempelajari ilmu Fiqh Mempelajari dan meneliti ilmu Fiqh dapat memberi faedah yang besar, antaranya ialah untuk mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan hukum dan menggunakan ilmu usul Fiqh dalam menetapkan hukum bagi sesuatu masalah. Selain itu, kita dapat mengetahui cara-cara bagaimana ulama menetapkan sesuatu hukum serta mengetahui kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dan menetapkan sesuatu hukum dengan berlandaskan dalil-dalil syarak. Selain itu, ilmu fiqh juga membantu dalama mengeluarkan hukum baru yang senitasa berubah-ubah mengikut perkembangan zaman dan keperluan masyarakat.65 Ia juga membantu kita untuk mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmat-hikmatnya, dapat mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat menentukan hukum terhadap perbuatan mukallaf. Melalui ilmu Usul Fiqh juga boleh mengetahui hokum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid melalui kaedah usul dan dipadukan dengan pendapat ulama yang berselisih di antara mereka untuk mencari yang kukuh dan pendapat yang berpegang dengan dalil yang paling kuat untuk beramal dengan hukumnya. Ulamak yang bertugas juga mengeluarkan hukum atau fatwa menjadi mudah untuk merekab bagi mengeluarkan hokum kerana ada landasan dan panduan.66

Tokoh Ilmu Fiqh Pada kali kita kenali salah seorang lagi tokoh Islam yang tidak kurangnya hebatnya iaitu Ibn Rusyd. Kita kenali terlebih dahulu latar belakang tokoh Islam yang
65

Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd; hal.58. 66 Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal.58.

38

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

ternama dan berpengaruh ini. Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Cordova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenali sebagai Averroes.Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas sebagai doktor istana di Andalusia. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.67 Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cardova. Ibn Rusyd telah membantu kerjakerja Ibn Tufayl, juga ahli falsafah yang terkemuka di Sepanyol, pada ketika itu usia Ibn Tufayl sudah lanjut. Pada tahun 1169 Ibn Rusyd dilantik menjadi Kadi Seville. Pada tahun 1182 beliau dilantik mengetuai pakar-pakar fizik di istana Abu Yaaqub Yusuf yang memerintah antara tahun 1163-1184. Setelah itu beliau dilantik menjadi Kadi Cordova. Pada akhir pemerintahan Abu Yaaqub Yusuf iaitu dalam tempoh antara tahun 1184-1199 Ibn Rusyd dituduh sebagai orang yang telah mnyeleweng daripada agama Islam kerana pemikirannya tentang agama telah dicampuradukkan dengan pemikran falsafah. Namun begitu, ketokohan Ibn Rusyd dalam bidang keagamaan tidak boleh dipertikaikan lagi. Beliau telah berjaya menghasilkan sebauh kitab fikah pada tahun 1188. Kitab ini membicarakan tentang
67

Mahayuddin Hj. Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol. Kuala Lumpur; hal. 50.

39

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

pelbagai mazhab fikah yang selalu dibicaqrakan dengan cara yang dilakukan oleh Ibn Rusyd, berbeza dari ulama Zahiori dan Syafi,i. Namun begitu, idea dan pandangan Ibn Rusyd disanjung tinggi oleh pemimpin-pemimpin kerajaan al-Muwahhidun.68

Tokoh-tokoh Ilmu Fiqh yang lain Di dalam bidang ilmu fiqh, lahir sarjana-sarjana besar seperti Isa bin Dinar (meninggal 872 M) yang mengarang kitab al-Hidayah, Yahya al-Laithi (meninggal 1335 M), Abu al-Qasim Abdullah bin Jazi al-Kalbi dari Granada (meninggal 1340 M) yang menghasilkan kitab al-Anwar al-Saniyyah fi al-Alfaz al Saniyyah, Abu Ishaq bin Ishaq bin Jabir, Abu Abdullah al-Lusi, Abu Muhammad al-Hadrami, Abu al-Hajjaj al-Turtusi, Abu al-Abbas al-Qarraq, Ahmad bin Khallaf bin Abd. Malik, Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Yazid al-Hamdani, Abu Ali bin Hadiah, Ibrahim bin Muhammad bin Ubaidis dan ramai lagi.

5.3 Ilmu Tasawuf Istilah "tasawuf"(sufism), yang telah sangat popular digunakan selama berabadabad berasal dari tiga huruf Arab, sha, wau dan fa. Banyak pendapat tentang alasan atas asalnya dari sha wa fa. Ada yang berpendapat, kata itu berasal dari shafa yang bererti kesucian. Menurut pendapat lain kata itu berasal dari kata kerja bahasa Arab safwe yang bererti orang-orang yang terpilih. Makna ini sering dikutip dalam literatur sufi. Sebahagian berpendapat bahawa kata itu berasal dari kata shafwe yang bererti baris atau

68

Mahayuddin Hj. Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol. Kuala Lumpur; hal. 50.

40

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

deret, yang menunjukkan kaum Muslim awal yang berdiri di baris pertama dalam solat atau dalam perang suci.69 Ada pula yang menganggap bahawa kata tasawuf berasal dari shuf yang bererti bulu domba, yang menunjukkan bahawa orang-orang yang tertarik pada pengetahuan batin kurang mempedulikan penampilan lahiriahnya dan sering memakai jubah sederhana yang terbuat dari bulu domba sepanjang tahun.70 Apa pun asalnya, istilah tasawuf bererti orang-orang yang tertarik kepada pengetahuan batin, orang-orang yang tertarik untuk menemukan suatu jalan atau praktik ke arah kesedaran dan pencerahan batin.71 Definisi daripada para tokoh ilmuan: Imam Junaid dari Baghdad mendefinisikan tasawuf sebagai "mengambil setiap sifat mulia dan meninggalkan setiap sifat rendah". Syekh Abul Hasan asy-Syadzili iaitu syekh sufi besar dari Arika Utara, mendefinisikan tasawuf sebagai "praktik dan latihan diri melalui cinta yang dalam dan ibadah untuk mengembalikan diri kepada jalan Tuhan". Syekh Ahmad Zorruq dari Maroko mendefinisikan tasawuf sebagai berikut: Ilmu yang dengannya Anda dapat memperbaiki hati dan menjadikannya semata-mata bagi Allah, dengan menggunakan pengetahuan Anda tentang jalan Islam, khususnya fiqih dan pengetahuan yang berkaitan, untuk memperbaiki amal Anda dan menjaganya dalam batas-batas syariat Islam agar kebijaksanaan menjadi nyata. 72 Beliau menambahkan, "Kandungan tasawuf ialah pengetahuan tentang tauhid, dan setelah itu anda memerlukan keyakinan dan kepastian, sekiranya anda tidak berbuat
69 70

Abdul Halim Mahmud. 2002. Tasawuf di Dunia Islam. Bandung: Pustaka Salam; hal. 22. Louis Massignon dan Mustafa Abdul Raziq. 2001. Islam & Tasawuf. Yogyakarta : Fajar Pustaka Baru; hal.63. 71 Ibid 72 Hamka. 1993. Tasauf : Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Pustaka Panjimas; hal.138.

41

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

demikian anda tidak akan dapat mengadakan penyembuhan 'hati'."Menurut Syekh Ibn Ajiba tasawuf adalah suatu ilmu yang dengannya anda belajar bagaimana berperilaku supaya berada dalam kehadiran Tuhan yang Maha ada melalui penyucian batin dan ditambahkan dengan amal baik. Jalan tasawuf dimulai sebagai suatu ilmu, tengahnva adalah amal dan akhirnva adalah kurniaan Ilahi.73 Istilah Tasawuf 'Arif; adalah orang yang mengetahui Zat, sifat-sifat, dan tindakan secara terpisah, serta dalam hubungan satu sama lain dengan keadaannya {hal}; dan bukan semata-mata memperbincangkan masalah tersebut iaitu orang yang sudah kehilangan kesedaran atau pengetahuan tentang Tuhan. 'Abd; yaitu sesuatu yang mewujud.'Abd yang pertama adalah "Aku", demikian ucap Muhammad SAW. Dengan satu Tuhan, akan ada satu 'abd (iaitu Rasulullah SAW.) Dan dari satu 'abd inilah kemudian wujudnya para 'abd lainnya. Oleh sebab itu 'abd pertama adalah barzakh antara Tuhan dan makhluk.Oleh kerana itu, tauhid adalah sebuah kenyataan, di mana di dalamnya sudah tidak ada lagi rabb dan 'abd {at-Tauhidu haqiqatun la rabba wa la rabba}. Abdal; adalah tujuh aulia yang menjaga tujuh benua. Mereka disebut abdal (iaitu

mereka yang berubah), kerana mereka dapat berubah-ubah ke dalam berbagai wujud yang dikehendaki. Mereka dapat berada di suatu tempat, dan menunjukkan jasadnya di banyak tempat sekaligus. 'Adam; adalah ketiadaan. Ada dua jenis, iaitu: nyata, dan yang berkaitan. "Adam nyata tidak pernah ada, kerana sebagai kebalikan dari (sifat) Tuhan, maka tidak akan lama

73

Moch Siddiq. 2001. Mengenal Ajaran Tarekat dalam Aliran Tasawuf: Jalan Pendekatan Diri kepada Allah S.W.T. Surabaya: Putra Pelajar; hal. 23.

42

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dalam keadaan Adam. Oleh sebab itu ketiadaan Adam yang nyata amat mustahil. Tidak ada Zat di sebaliknya; yang ada hanyalah Adam dalam kata-kata {'adam-i- malfudzi}.Ia adalah nama tanpa sebutan; (yang ada) semata-mata hanya sebagai alasan, sehingga perlu diberikan nama atau sebutan kepadanya.74 'Adam; yang berhubungan ('adam-i-idzafi); ini adalah kenyataan dari a'yan yang

terselubung di dalam keperiadaan Tuhan {demikian menurut mazhab Syuhudiyyah); atau sesuai dengan mana Tuhan mewujudkan dirinya sendiri (demikian menurut mazhab Wujudiyyah).75 Ahwal (jamak dari hal), keadaan yang membayangi sesuatu secara spontan, seperti: takut, bahagia, cinta, dan lain-Ialn. Allah; berasal dari al-Ilah, Ertinya yang disembah (dan tertentu). Yaitu sesuatu yang paling berhak menerima penyembahan, Sebutan tersebut diperuntukkan bagi Tuhan, yang di dalamnya terangkum segenap sifat-sifat kesempurnaan.76 Ism-i-A'dzam (Nama Agung) dari Tuhan adalah Allah. Beberapa lainnya

menganggapnya sebagai Rahman, sedang sebahagian lainnya menganggap Rahim atau Hayyu (Yang Maha Hidup) atau Qayyum (Yang Abadi). Asma dari Zat seperti Quddus (Suci), Salam (Abadi) adalah sifat-sifat yang menjangkau terbatas. Mengingati Tuhan (zikir) dengan jalan menyebut asma-Nya bererti juga memperlihatkan rasa hormat terhadap nama-nama-Nya yang lain. Hanya saja, dengan menyebut asma tertentu, seolah hanya terbatas pada nama sifat-Nya saja. Sumber sumber tasawuf

74 75

Othman Napiah. 2001. Pengantar Ilmu Tasawuf. Skudai: UTM; hal. 35. Ibid 76 Ibid; hal. 36

43

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Sumber tasawuf yang utama ialah al-Quran. Memang tidak terdapat satu kalimah pun dalam al-Quran yang menyebut perkataan tasawuf. Namun terdapat banyak sekali ayat al-Quran yang membawa maksud al-tasfiyyah dan tazkiyyah. Kedua-dua makna tersebut merupakan dasar dan inspirasi kepada ilmu dan amalan tasawuf. Dalam alQuran, terdapat banyak ayat yang menggalakkan, mendorong dan mengajak jiwa manusia supaya bersifat takwa, bersifat sidiq dan ikhlas, tawakal dan yakin, penyerahan diri dan pengabdian yang mutlak hanya kepada Allah S.W.T.77 Oleh yang demikian, kita dapati hampir separuh daripada isi kandungan al-Quran itu menyentuh tentang soal kejiwaan dan akhlak, keimanan dan keihsanan serta ketinggian dan kesempurnaan insan di sisi Allah S.W.T.78 Manakala sebahagian yang lain pula mengandungi unsur-unsur ibadah, muamalah, dan kisah-kisah uamt terdahulu untuk menjadi peringatan dan pengajaran.79 Terdapat beberapa istilah yang secara zahir, mahu pun maksud dan makna yang telah digunakan oleh Al-Quran sebagai bukti yang nyata bahawa inti pati ilmu dan ajaran tasawuf yang sebenar adalah bersumberkan al-Quran. Antara istilah tersebut ialah taubat, zuhud, sabar, syukur, khauf, raja, ridaq dan tawakal. Semua istilah ini dikenali sebagai maqamat dalam ajaran tasawuf atau yang merujuk kepada maksud daripada ayat-ayat alQuran seperti marifah dan isqat al-tadbir. Al-Quran ialah sumber utama ilmu dan amalan tasawuf, al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa Allah S.W.T tidak dapat diserupakan dengan sesuatu. Dalam

konteks yang lain, Al-Quran menyatakan bahawa Allah S.W.T dapat diserupakan dengan

77 78

Othman Napiah. 2001. Ahwal dan Maqamat dalam Ilmu Tasawuf. Skudai: UTM; hal. 45. Ibid 79 Udah Mohsin. 1987. Kesan Ibadah dalam Pembentukan Akhlak Seorang Muslim: Sembahyang, Puasa, Zakat, Haji. Selangor: Penerbitan Hizbi; hal.22.

44

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

sesuatu. Dalam konteks yang lain, Al-Quran menyatakan bahawa Allah S.W.T itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.80 Semua ini merupakan suatu hikmah ketuhanan yang tinggi yang telah dibawa oleh Rasullullah s.a.w melalui wahyu ilahi, al-Quran. Kemudian umat Islam melalui wahyu yang menyuruh umat Islam mencari Tuhannya, kerana Dialah sumber segala cahaya di langit mahu pun di bumi. Jika umat Islam membaca ayat-ayat tersebut, lalu meniru gaya hidup yang telah dianjurkan dengan satu kaedah yang telah diatur susun oleh ilmu dan amalan tasawuf, tentu bukan menjadi suatu kesalahan. Sebagai contoh, al-Quran menganjurkan agar hidup jangan terlalu mencintai dunia kerana hal itu menyebabkan kotor perjalanan roh yang dianggap suci, lalu diajarkan dalam ilmu tasawuf dengan suatu kaedah yang dikenali sebagai zuhud. Begitulah seterusnya jika hal ini terjadi dalam kehidupan umat Islam, tidak bermakna ia menganut satu ajaran baru yang dimasukkan ke dalam ajaran Islam sebagai sisipan.

Tokoh utama Tasawuf Selepas kematian Ibn Rusyd (1198M) pengaruh falsafah mula menurun. Kemerosotan ini adalah kerana tekanan pihak pemerintah al-Muwahhidun yang dipengaruhi oleh ulama-ulama Mazhab Maliki terhadap ahli-ahli falsafah di Sepanyol. Justeru itu, maka lahir pula golongan tasawuf. Pada hakikatnya kebanyakan orang yang dianggap sebagai ulama tasawuf pada ketika itu adalah ahli-ahli falsafah juga. Akan tetapi oleh kerana adanya tekanan dari pihak pemerintah terhadap ahli-ahli falsafah menyebabkan mereka ini terpaksa menyarung jubah tasawuf. Antara mereka termasuklah Muyiddin ibn al-Arabi, atau lebih dikenali sebagai Ibn al-Arabi sahaja. Di Sepanyol
80

Zakaria Stapa. 1995. Akhlak dan Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd; hal.89.

45

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

beliau dikenali sebagai Ibn Suraka. Beliau adalah seorang ahli tasawuf Isalm yang terkemuka dan telah diberi gelaran al-Sheikh al-Akhbar (ulama agung). Ibn al-Arabi dilahirkan pada 17 Ramadahan 560 (bersamaan 28 Julai 1165M) DI Murcia, Sepanyol. Pada tahun 1172-1173 M, beliau berpindah ke Seville dan tinggal di sana selama 30 tahun. Di sana beliau mempelajari ilmu fikah dan hadith. Pada tahun 1194 M beliau pergi ke Tunis. Ibnu Arabi (1164-1240), dikenal juga sebagai Ibnu Suraqah, Ash-Shaikhul Akbar, atau Doktor Maximus yang dilahirkan di Murcia (tenggara Spanyol). Pada usia delapan tahun tepatnya tahun 1172 ia pergi ke Lisbon untuk belajar pendidikan Agama Islam yakni belajar Al-Qur'an dan hukum-hukum Islam dari Syekh Abu Bakar bin Khalaf. Setelah itu ia pergi ke Seville salah satu pusat Sufi di Spanyol, di sana ia menetap selama 30 tahun untuk belajar Ilmu Hukum, Theologi Islam, Hadits, dan ilmuilmu tashawwuf (Sufi).81 Selepas itu pada 1201 M, beliau ke negeri-negeri lain di bahagian Timur termasuk Mesir, Arab Saudi, negeri-negeri kecil Asia Kecil dan Syria. Tujuan beliau mengembara ialah untuk meluaskan ilmu pengetahuannya. Dalam tempoh perjalanan ini beliau menemui ramai ulama tasawuf. Di Seville beliau telah menemui Ibn al-Irrif, pengikut ajaran yang dibawa Ibn Masarrah. Ibn Masarrah adalah pelopor ilmu falsafah di Sepanyol. Di negeri-negeri Timur Tengah pula beliau telah bertemu dengan ramai ulama dari berbagai-bagai mazhab termasuk mazhab Hambali, Zahiri dan Batini. Pemikiran Ibn al-Arabi mengenai tasawuf bercampur aduk dengan pemikiran falsafah Yunani dan ajaran agama Kristian. Beliau sering menggunakan konsep Logos yang melambangkan hakikat Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi pada umumnya beliau
81

Jalaluddin Rahmat.2000. Kuliah-kuliah Tasawwuf. Bandung: Pustaka Hidayah; hal. 31.

46

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

lebih banyak mendekati konsep Wahdah al-Wujud (pantheism, atau keesaan wujud) yang banyak menyerupai ajaran Hindu. Menurut beliau semua kejadian adalah satu dan berasal dari satu, yakni Allah adalah kewujudan yang hakiki, manakala kewujudan alam adalah kewujudan Wahmi. Ringkasnya, Allah dan alam adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Antara karya beliau yang sangat terkenal ialah berjudul al-Futuhat alMakiyyah dan Fusus al-Hikam. Karyanya sungguh luar biasa, konon Ibnu Arabi menulis lebih dari 500 buah buku, sekarang di perpustakaan Kerajaan Mesir di Kairo saja masih tersimpan 150 karya Ibnu Arabi yang masih ada dan utuh. Di antara karya-karyanya adalah Tafsir Al-Qur'an yang terdiri 29 jilid, Muhadaratul Abrar Satu jilid, Futuhat terdiri 20 jilid, Muhadarat 5 jilid, Mawaqi'in Nujum, at-Tadbiratul Ilahiyyah, Risalah al-khalwah, Mahiyyatul Qalb, Mishkatul Anwar, al Futuhat al Makiyyah yakni suatu sistim tasawwuf yang terdiri dari 560 bab dan masih banyak lagi karangan-karangan hasil pemikiran Ibnu Arabi yang mempengaruhi para sarjana dan pemikir baik di Barat maupun Timur setelah kepergiaanya. Ibnu Arabi dengan nama lengkapnya Syekh Mukhyiddin Muhammad Ibnu 'Ali adalah salah seorang sahabat dekat Ibnu Rusyd. Ia sering berkelana untuk thalabul 'ilmi (mencari ilmu) dan mengamalkan ilmu yang dimilikinya seperti ke Maghribi, Cordova, Mesir, Tunisa, Fez, Maroko, Jerussalem, Makkah, Hejaz, Allepo, Asia kecil, dan Damaskus hingga wafatnya disana dan dimakamkan di Gunung Qasiyun. Tokoh-tokoh lain Tokoh ulama tasawuf Sepanyol yang lain ialah Abu Madyan (1193 M), Beliau berasal dari Sepanyol, kemudian berpindah ke Ttemcen, di Afrika Utara. Beliau adalah

47

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

pengasas Terekat Sadhiliyyah di Sepanyol. Tokoh-tokoh yang lain ialah Abu al-Abbas alMursi (m.1287 M) dari Murcia dan Ibn Abbad (1333-1390 M) dari Ronda. Mereka semua bergiat di Afrika Utara walaupun mereka dilahirkan di Sepanyol.82 Selain itu, bidang ilmu tasawuf juga melahirkan tokoh-tokoh seperti Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim bin Ubaidus uang mengarang Kitab Manahib al-Uqul wa Haqaiq menulis Kitab Nizam al-Suluk, Kitab al-Ibadah al-Wajirah Awariq al-

Rabbaniyah, Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Ansari yang menghasilkan Kitab al-Libas wa al-Subhah, Abu Hassan Ali bin Farhun ( meninggal 1350M), Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya al-Ansari yang menulis Kitab Zahrah al-Akmam, Abu Abdullah Muhammad al-Ansari yang menulis kitab Baghiyah al-Salik fi Ashraf al-Masalik, dan ramai lagi.

5.4 Ilmu Usuluddin Istilah Usuluddin difahami sebagai pokok agama iaitu identifikasi masalahmasalah agama yang prinsipal, yang tidak boleh disisihkan oleh siapapun di kalangan kaum muslimin. Masalah-masalah pokok ini meliputi kepercayaan, keyakinan dan keimanan. Jadi ada kesejajaran antara makna usuluddin dan aqidah, iaitu ilmu tentang sistem kepercayaan, keyakinan atau keimanan Islam.83 Agama Islam sering disimpulkan ke dalam tiga bahagian iaitu akidah, syariah dan akhlak. Akidah digolongkan sebagai usuluddin, syariah langsung yang disesuaikan dengan fiqh yang dianggap sebagai furu al-din, dan akhlak adalah pada kategori ketiga. Kategori tersebut memberi kesan bahawa masalah akidah adalah primer. Bahkan Abi
82

Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd; hal. 65. 83 H. Syahrin Harahap. 2000. Metodologi dan Penelitian Ilmu-ilmu Ushuluddin. PT RajaGrafindo Persada: Jakarta; hal.3.

48

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Abdillah Amir Abdullah Falih menyebutnya sebagai ilmu yang termulia.84 Sementara syariah atau fiqh menyangkut segi-segi hukum agama adalah sekunder, sedangkan akhlak dengan sendirinya menempati peringkat ketiga atau tertier.85 Pendekatan dan penelitian ilmu-ilmu Usuluddin Terdapat beberapa pendekatan dan penelitian ilmu-ilmu usuluddin iaitu pertama pendekatan kewahyuan, iaitu pengkajian tentang Al-Quran dan Hadis, terutama bagaimana ia memberikan jawapannya sendiri mengenai pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia.86 Hal ini kerana Al-Quran seperti yang diketahui, tidak pernah membisu apabila diminta pertimbangan oleh sesiapa sahaja mengenai masalah hidup yang dihadapi oleh manusia. Pendekatan ini dijayakan untuk menjadikan Al-Quran berbicara untuk memberi pertimbangan, sementara pendapat para ulama, pemikir, imam-imam mazhab, dan tokoh-tokoh lainnya dijadikan sebagai konfrontasi sahaja. Pendekatan ini dalam tekniknya menggunakan pelbagai kaedah sebagaimana dikembangkan oleh para ahli dalam bidangnya. Kedua, apabila yang diteliti itu adalah Islam (dalam bidang Usuluddin) sebagai yang difahami dan diinterpretasikan oleh para ulama dan diungkapkan dalam berbagai karya mereka, maka yang dihadapi ialah ijtihad. Oleh kerana mereka yang dominan dalam ijitihad adalah akal, maka pendekatan yang digunakan ialah pendekatan rasional atau pendekatan akliah.87 Ketiga, apabila diteliti adalah Islam (dalam bidang Usuludin) sebagai yang dihayati dan diamalkan oleh umatnya, maka yang dihadapi ialah penghayatan dan
84 85

Yusran Asmuni. 1993. Ilmu Tauhid. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada; hal.12. Ibid 86 Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal.59. 87 Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal. 60

49

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

pengamatan yang diistilahkan sebagai empiris. Sesungguhya penghayatan dan pengamalan agama itu sangat pelbagai. Namun dapat diringkaskan sebagai Pendekatan Empiris.88 Tokoh usuluddin Bidang agama turut berkembang di Sepanyol walaupun keadaan politik tidak stabil selepas kejatuhan Bani Umaiyyah. Orang yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu-ilmu agama (al-ulum al-Diniyyah) yakni seperti fikah, Hadith, tauhid, tafsir ialah Abdul Rahman 3 dan anaknya al-Hakam 2 yang memerintah pada abad ke-10M. Keduddua khalifah Bani Umaiyyah yang agung ini telah mendirikan perpustakaan, dan sekolahsekolah serta menjemput ramai para ulama di Timur datang mengajar di Sepanyol. Ramia pula di kalangan ulama itu terus menetap di kota-kota besar termasuk Cordova. Usaha memperkembangkan pendidikan agama yang ditaja oleh Abdul Rahaman ini telah diteruskan hingga ke abad-abad berikutnya. Dalam tempoh tersebut telah muncul ramai tokoh agama yang terkemuka di Sepanyol, khususnya pada abad ke-11 M dan 12M. Antaranya ialah Ibn Hazm (994-1064 M). Beliau dilahirkan di Cordova. Nenek moyang beliau berasal dari keturunan Parsi. Mereka datang ke Sepanyol sebagai mawali ( hamba sahaya) bersama-sama keluarga Bani Umayyah. Beliau adalah salah seorang mendapat pendidikan secara teratur dan meluas di bawah jagaannya.89 Bapanya seorang yang sangat terkenal dan pernah menjawat jawatan-jawatan penting pada zaman Amir al-Mansur dan anaknya Amir al-Muzaffar. Bapanya meninggal dunia pada tahun 1012 dan ketika itu usia Ibn Hazm 18 tahun. Pergolakan politik di Sepanyol mula berlaku pada tahun 1009 dan pada ketika itu Ibn Hazm sudah

88 89

Ibid. Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia; hal.73.

50

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

menamatkan pengajiannya. Sejak itu Ibn Hazm dan keluarganya terpaksa berpindahrandah dan akhirnya mereka sampai dan menetap di Jariva berdekatan Valencia pada tahun 1013. Pada tahun 1016 Ibn Hazm telah melibatkan diri dalam arena politik bagi menyokong kerajaan Bani Umaiyyah.90 Dalam pada itu beliau melibatkan diri dalam bidang ketenteraan dan seriang kali disumbat ke dalam penjara. Antara tahun 1027-1031, beliau telah dilanitk memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran. Setelah tarikh itu, beliau menumpukan perhatian kepada bidang penulisan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Pada awalnya, beliau didedahkan kepada ajaran agama mengikut mazhab Maliki, kerana Mazhab Maliki merupakan mazhab yang dominan di Sepanyol. Setelah itu beliau meniguti kuliah-kuliah agama dalam mazhab Syafii dan telah menulis kitab-kitab Fikah mengikut mazhab tersebut. Di samping itu, beliau mendalami fikah mazhab Syafii dan telah menulis kitab-kitab fikah mengikut mazhab tersebut. Di samping itu beliau mendalami ilmu Hadith. Kira-kira pada tahun 1027 beliau tertarik pula dengan mazhab Zahiri. Dengan sebab itu beliau digelar al-Zahiri. Sejak itu mazhab Zahiri menjadi lebih terkenal , kerana Ibn Hazm sendiri telah berusaha mempopularkannya menerusi kitabkitabnya yang berkaitan dengan pemikiran ulama Zahiri, khususnya dalam bidang usuludin (teologi).91 Sebagai ahli fikir Islam, menurut mazhab Zahiri, Ibn Hazm telah cuba membentuk suatu aliran teologi baru berdasarkan pengalamannya yang luas. Menurut beliau, bahasa bagi orang-orang Arab yang beragama Islam bukan semata-mata ciptaan manusia, tetapi ia adalah ciptaan bukan semata-mata ciptaan manusia, tetapi ia adalah Allah, dan bahasa yang ditutur mestilah tepat dengan maknanya yang sebenar.

90 91

Ibid. Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia; hal. 74.

51

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Al-Quran sebagai kalam Allah yang bersifat

sempurna diturunkan untuk

disampaikan. Allah yang bersifat sempurna diturunkan untuk disampaikan kepada manusia. Dengan kata lain, bahasa al-Quran adalah bahasa yang dicipta oleh Allahuntuk manusia dan manusia boleh memahaminya atau mempelajarinya. Tugas sarjana atau ulama Islam ialah memahami apa yang Allah maksudkan di dalam kitab suci-Nya, alQuran dan Hadith Nabi. 92Pemikiran Mazhab Zahiri atau lebih khususnya Ibn Hazam telah mempengaruhi sarjana- sarjana Sepanyol, terutama di kalangan ahli bahasa dan sastera. Ibn Hazm meninggal dunia di Manta Lasham berdekatan dengan Niebla (barat Seville) pada tahun 1604. Antara karya-karya beliau tentang ilmu-ilmu agama ialah alAhkam li usul al-Ahkam, Risalah fi-usul al-Fiqh, al-Fasl fi al-Milal wa al-Nihal dan alMuhalla. 5.5 Ilmu Tafsir Jalan dan lika-liku hidup manusia yang sangat rumit dan berliku, membuat AlQur'an sebagai satu-satunya jalan yang pasti bagi kehidupan yang penuh kedamaian dan ketentraman. Allah menurunkan kitab-Nya Al-Qur'an untuk pedoman dan undangundang bagi kaum muslimin dalam mengarungi liku-liku hidupnya. Dengan pantulan sinarnya, hati mereka akan menjadi terang dan petunjuknya mereka akan mendapatkan jalan yang lurus.93 Dari ajaran-ajarannya yang lurus serta undang-undangnya yang bijaksana mereka dapat memetik suatu hal yang membuat mereka dalam puncak kebahagiaan dan keluhuran. Al-Qur'an akan mengangkat mereka ke puncak keagungan dan kesempurnaan, membiasakan mereka untuk mengendalikan roda kemanusiaan, membuat mereka menjadi penghulu dalam arena kehidupan ini sehingga mereka dapat

92 93

Ibid. Ajat Sudrajat. 2004. Tafsir Inklusif: Makna Islam. Yogjakarta: Group Yogya; hal. 5.

52

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

berjalan bersama-sama bangsa lain menuju hidup bahagia dan mulia serta menghantarkan mereka menuju lembah ketenteraman, ketenangan dan kedamaian.94 Tidaklah diragukan lagi bahawa nilai hidup manusia dewasa ini berada dalam kegelapan, kebinasaan dan kejahilan, tenggelam dalam penyelewengan dan terlena dalam kemewahan pada harta dan benda. Tidak ada lagi jalan yang dapat menyelamatkanya kecuali Islam, dengan jalan mengambil petunjuk ajaran-ajaran Al-Qur'an dan undangundangnya yang sangat bijaksana. Di dalamnya terdapat seluruh aspek dan unsur kebahagiaan manusiawi yang telah digariskan berdasarkan pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana.95 Secara mudah dan jelas bahwa melaksanakan ajaran-ajaran ini tidaklah akan berhasil kecuali dengan memahami dan menghayati Al-Qur'an terlebih dahulu serta berpedoman atas nasihat dan petunjuk yang tercakup di dalamnya. Yang demikian tidak akan tercapai tanpa penjelasan dan perincian hasil yang dikehendaki oleh ayat-ayat AlQur'an. Hal inilah yang dimaksudkan dengan ilmu tafsir. Tafsir adalah kunci untuk membuka gudang simpanan yang tertimbun dalam Al-Qur'an. Tanpa ilmu tafsir orang tidak akan dapat membuka gudang simpanan tersebut untuk mendapatkan mutiara dan permata yang ada di dalamnya, sekalipun orang-orang berulangkali mengucapkan lafaz Al-Qur'an dan membacanya di sepanjang pagi dan petang.96 Jenis-jenis tafsir Tafsir Riwayat - Tafsir Sahabat Tafsir sahabat adalah tafsir yang memiliki kedudukan sebagaimana kedudukan hadith Nabi Masih ada lagi bahagian yang ketiga dari pembahagian tafsir ma'tsur iaitu
94 95

Mahmud Ayub. 1992. Quran dan Para Penafsirnya. Jakarta: Pustaka Firdaus; hal. 4. Ibid 96 Mahmud Ayub. 1992. Quran dan Para Penafsirnya; hal. 5.

53

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

"Tafsir Sahabat". Tafsir ini juga termasuk yang muktamad (dapat dijadikan pegangan) dan dapat diterima, kerana para sahabat pernah berkumpul dan bertemu dengan Nabi SAW. dan mereka mengambil dari sumbernya yang asli, mereka menyaksikan turunnya wahyu dan turunnya Al-Qur'an. 97Mereka mengetahui asbabunnuzul. Mereka mempunyai tabiat jiwa yang murni, fitrah yang lurus lagi pula berkedudukan tinggi dalam hal kefasihan dan kejelasan berbicara. Mereka lebih memiliki kemampuan dalam memahami kalam Allah. Dan hal lain yang ada pada mereka tentang rahsia-rahsia Al-Qur'an sudah tentu akan melebihi orang lain yang manapun juga. 98 Al-Hakim berkata: "Bahawa tafsir shahabat yang menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Qur'an, kedudukan hukumnya adalah marfu'. Pengertiannya bahwa tafsir tersebut mempunyai kedudukan sebagaimana kedudukan hadith Nabi yang silsilahnya sampai kepada Nabi. Oleh kerana itu maka tafsir Shahaby adalah termasuk ma'tsur. Adapun Tabi'in kedudukan tafsirnya ada perbezaan pendapat. Sebahagian ulama ada yang berpendapat bahawa tafsir Tabi'in itu termasuk tafsir ma'tsur kerana sebahagian besar pengambilannya secara umum dari sahabat. Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir Tabi'in adalah termasuk tafsir dengan akal, dengan pengertian bahwa kedudukannya sama dengan kedudukan para mufassir lainnya (selain Nabi dan Sahabat). Mereka menafsirkan Al-Qur'an sesuai dengan kaedah-kaedah bahasa Arab tidak berdasarkan pertimbangan dari atsar (hadits).99 Tafsir dengan Ma'tsur adalah termasuk bahagian tafsir yang paling baik bila sanadnya benar-benar berasal dari Nabi SAW. atau sampai pada Sahabat dan sepatutnya hendaklah meneliti riwayat setiap menyebutkan tafsir dengan ma'tsur. Ibnu Katsir
97 98

Marsekan Fatawi. 1984. Tafsir Syariah. Surabaya: PT Bina Ilmu; hal. 13. Ibid 99 Jawiah Dakir. 1998. Kewibawaan al-Tafsir dan al-Hadis. Bangi: UKM; hal.21.

54

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

berkata: "Sesungguhnya kebanyakan tafsir ma'tsur telah banyak terpengaruh oleh perawiperawi Zindik, Yahudi, Persi dan ahli kitab yang masuk Islam. Hal itu banyak terdapat dalam kisah-kisah para Rasul dengan kaumnya, hal-hal yang berhubungan dengan kitabkitab dan mukjizatnya, serta sejarah-sejarah lainnya seperti ashhabul kahfi dan lain-lain. Oleh kerana itu perlu ada penyelidikan dari segi riwayatnya.100 Sebab-sebab kelemahan riwayat dengan Ma'tsur Di atas kami telah kemukakan bahawa penafsiran Al-Qur'an dengan Al-Qur'an dan penafsiran Al-Qur'an dengan Sunnah yang sahih lagi marfu' sampai kepada Nabi SAW. adalah tidak perlu diragukan lagi. Kedua- keduanya adalah tafsir yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Adapun penafsiran Al-Qur'an dengan ma'tsur dari Shahabat atau Tabi'in ada beberapa kelemahan dari berbagai segi: 1. Campur-baur antara yang sahih dengan yang tidak sahih, serta banyak mengutip katakata yang dinisbatkan kepada Sahabat atau Tabi'in dengan tidak mempunyai sandaran dan ketentuan, yang akan menimbulkan pencampuradukkan antara yang hak dan yang bathil. 2. Riwayat-riwayat tersebut ada yang dipengaruhi oleh cerita-cerita israiliyat dan khurafat/klenik yang bertentangan dengan 'aqidah Islamiyah. Dan telah ada dalil yang menyatakan kesalahan cerita-cerita tersebut, hal ini dibawa masuk ke dalam kalangan umat Islam dari kelompok Islam yang dahulunya Ahli kitab. 3. Di kalangan Sahabat, ada golongan yang ekstrim. Mereka mengambil beberapa pendapat dan membuat kebatilan-kebatilan yang dinisbatkan kepada sebahagian sahabat. Misalnya kelompok Syi'ah iaitu yang fanatik kepada Ali, mereka sering mengatakan kata Ali padahal Ali sendiri tidak ada urusan apa-apa.
100

Ibid

55

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

4. Musuh-musuh Islam dari orang-orang Zindik ada yang mengicuh Sahabat dan Tabi'in sebagaimana Nabi perihal sabdanya.101 Pendapat Az-Zarqany dalam kitab Manahilul Irfan Ustaz Az-Zarqany dalam kitabnya Manahilul Irfan menyebutkan dengan katakata yang begitu baik tentang tafsir dengan ma'tsur setelah beliau mengemukakan kutipan dari Imam Ahmad ra., dan Ibnu Taimiyah.102 Beliau berkata: "Pendapat yang paling adil dalam hal ini ialah bahwa tafsir dengan ma'tsur itu ada dua macam: Pertama ialah tafsir yang dalil-dalilnya memenuhi persyaratan sahih dan diterima. Tafsir yang demikian tidak layak untuk ditolak oleh siapapun, tidaklah dibenarkan untuk mengabaikan dan melupakannya. Tidak benar kalau dikatakan bahawa tafsir yang demikian itu tidak boleh dipakai untuk memahami Al-Qur'an bahkan kebalikannya, tafsir tersebut adalah saranan yang kuat untuk mengambil petunjuk dari Al-Qur'an. Kedua ialah tafsir yang dalil sumbernya tidak sahih kerana beberapa faktor (yang telah kami sebutkan) di atas atau sebab lain. Tafsir yang demikian harus ditolak dan tidak boleh diterima serta tidak patut untuk dipelajari (ditekuni). Kebanyakan ahli tafsir yang waspada seperti Ibnu Katsir selalu meneli atau memperhatikan sampai dimana kebenarannya yang mereka kutip dan kemudian membuang yang tidak benar atau dha'if.103 Tokoh tokoh Dalam bidang tafsir tokoh yang terkenal ialah Abu Amru al-Dani adalah paling terkenal. Nama sebenarnya ialah Abu Amr Uthman ibn Said ibn Umar al-Umawi (m. 371 H/ 981 M). Kitab karangannya termasuklah al-Tafsir fi Qiraat al-Sab, Djami al101 102

Jawiah Dakir. 1998. Kewibawaan al-Tafsir dan al-Hadis; hal.21. Ibid 103 Jawiah Dakir. 1998. Kewibawaan al-Tafsir dan al-Hadis; hal.21.

56

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Bayan fi al-Qiraat al-Sab al-Mashhura, Kitab al-Muqni fi Marifat Rasm Masahif alAmsar, dan Kitab al-Idjaz wa al-Bayan.104

5.6 Ilmu Qiraat Ilmu Qiraat berkembang luas pada zaman Rasullulah s.a.w. dan selepasnya, sebenarnya ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam, bahkan alQuran yang dibaca sekarang adalah qiraat, tetapi umat Islam belum lagi mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan qiraat adalah satu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu tajwid. Ini bermakna al-Quran itu adalah qiraat dan tajwid itu adalah al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syara.105 Firman Allah yang bermaksud, Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya edngan baik). Surah al-Muzzammil ayat 4. Ini adalah suruhan yang wajib daripada Allah s.w.t dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam supaya membaca al-Quran bertajwid. Kebanyakan Hadis mengenai alQuran dan qiraat menunjukkan bahawa periwayatan al-Quran dan qiraat di kalangan para sahabat pada zaman Rasullullahs.a.w. adalah berbeza di antara satu sama lain. Terdapat qiraat yang diriwayatkan oleh sesetengah sahabat tetapi qiraat tersebut tidak diriwayatkan oleh sahabat yang lain, sedangkan mereka hidup apda zaman Rasulullah s.a.w dan membaca al-Quran dengan Baginda tidak menerima kesemua qiraat daripada Rasulullah s.a.w, misalnya yang berlaku pada Aisyah r.a dan Urrwah bin Az-Zubir r.a.106
104 105

Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andaluca; hal. 80. Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat. Mahsuri Timur Sdn. Bhd.: Selangor; hal. 3. 106 Ibid; hal. 3.

57

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Pernah satu ketika qiraat yang dibacakan oleh Urwah tidak diketahui oleh Aisyah r.a dan mengingkarinya kerana beliau tidak pernah mendengar Rasullullah s.a.w membaca qiraat tersebut, walaupun begitu kedua-dua qiraat tersebut adalah sahih, hanya Aisyah r.a yang tidak mengetahuinya. Jika beliau mengetahui bahawa qiraat datangnya dari Rasullullah s.a.w. sudah tentu beliau menerimanya. Hal ini menunjukkan bahawa para sahabat r.a telah menerima huruf qiraat yang berlainan di antara satu sama lain daripada Rasullulah s.a.w seperti yang berlaku pada Saidina Umar r.a dan Hisyam bin Hakim. Ibnu Hajar berkata, Pada zahir hadis ini bahawa Aisyah r.a mengingkari qiraat Urrwah kerana beliau tidak mengetahui ganti diri (domir) Hum (mereka) kembali kepada siapa, bukannya kembali kepada kaumnya. Keingkaran Aisyah r.a terhadap makna qiraat tersebut yang telah pun wujud, tetapi Aisyah r.a sendiri tidak mengetahuinya.107 Daripada penerangan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa ilmu Qiraat didefinisikan sebagai membincangkan tentang kalimah-kalimah Al-Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti penjang pendek dan sebagainya. Pengambilannya adalah dari Sunnah dan Ijma. Pengasasnya ialah para Imam Qurra dan ada pendapat mengatakan pengasasnya ialah Abu Umar hafs bin Umar Ad-Duri. Faedahnya adalah untuk memelihara daripada tersalah dan terpesong ketika menyebut kalimah-kalimah Al-Quran, ia juga menjadi hujah kepada Fuqaha ketika mencari hokum-hukum syara sebagai panduan kepada ummah.108 Tujuannya adalah menegathui bacaan Imam-imam Qurra. Kelebihannya ialah semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran. Hukum

107 108

Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal. 4. Ibid.

58

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

mempelarinya ialah fardhu kifayah. Ilmu Qiraat yang membincangkan tentang pelbagai bacaan serta pengambilan dan sebutannya mesti diambil dari guru, sehingga bacaannya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana qiraat dan Al-Quran adalah sunnah Muttabaa. Definisi Qori: Qori terbahagi kepada tiga peringkat iaitu permulaan: mengetahuinsatu hingga tiga riwayat qiraat. Pada peringkat pertengahan ialah mengetahui empat hingga lima riwayat qiraat. Peringkat peghujung ialah mengetahui banyak riwayat qiraat dan kemasyhurannya.

Definisi Muqri: Mengetahui Ilmu Qiraat serta penerimannya daripada guru. Peribadi penuntut Ilmu Qiraat ialah seorang Islam, berakal, sampai umur, dipercayai, amanah, kuat, ingatan jauh daripada perkara yang menyebabkan menjadi fasiq juga daripada perkara yang menghilangkan maruah (harga diri).

Pandangan ulama terhadap ilmu Qiraat Imam Al- Muqri, Abu Amru Ad-Daaniy berkata di dalam kitab Jaamiul bayan Fil-Qiraat: Sesungguhnya Imam Qurra tidak beramal walaupun sedikit dengan huruf Al-Quran yang diambil dari percakapan Bahasa Arab, bahkan mereka mebgambil huruf Al-Quran mengikut apa yang sabit dan sahih di atas riwayatnya, kerana Qiraat itu adalah sunnah muthabaah (sunnah yang diamalkan) yang wajib diikuti.

59

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Al-Imam Abul Qasim As-Safrawy berkata di dalam kitabnya iaitu Nihayatul Ilan: Ketahuilah sesungguhnya Huruf Sabah dan qiraat yang masyhur diriwayatkan secara Mutawaatirah hatta apa yang ditulis oleh Uthman bin Affan r.a di dalam Mushafnya yang dihantar ke Semenanjung Arab, bahawa beliau telah menggugurkan qiraat yang tidak sah riwayatnya, yang mana qiraat yang tertulis di dalam resam Uthmani adalah disepakati oleh para sahabat.109 Ini adalah menjaga kitab Allah s.w.t daripada disembah dan dikurangkan, yang man rukun tersebut adalah asas di dalam periwayatan ilmu Qiraat tujuh yang dipegang dan diterima untuk meninggalkan yang selain daripada rukun tersebut. Menurut Qadi Jalaluddin Al-Balqini bahawa ilmu Qiraat terbahagi kepada tiga iaitu Mutawaatirah, Aahad dan Syaazah. Mutawaatirah ialah Qiraat Tujuh daripada AsSyathiby. Aahad ialah tambahan tiga qiraat daripada tujuh iaitu Abu Jafar, Yaqub dan khalaf dan Qiraat sahabat. Syaazah ialah Qiraat Tabien seperti Amasy, Ibnu Jubir, Hassan Al-Bassri dan sebagainya.110 Menurut pendapat Imam Ibnu Al-Jazari al-Qiraat terbahagi kepada lima jenis iaitu Mutawaatirah, Masyhur, Aahad, Al-Maudhui dan al-Mudaraj. Mutawaatirah diambil atau diterima secara beramai-ramai daripada Rasulullah s.a.w dan tidak mungkin

berlakunya pendustaan hingga ke hari ini seperti qiraat yang terdapat dalam toriq AsySyathiby dan toriq Al-Jazari. Masyhur pula ialah yang sah sanadnya tetapi tidak samapi ke tahap atau martabat tawaatur. Ia bermuafaqah di dalam istilah dan kaedah Bahasa Arab, juga terdapat di dalam Mushaf Uthmani, Qiraat ini masyhur di sisi Imam Qurra

109 110

Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal.57. Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal.57

60

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dan ianya tidak terdapat kesilapan juga keganjilan, bacaan qiraat tersebut adalah menjadi suatu ibadat. Aahad iaitu sah sanadnya tetapi tidak tedapat di dalam Mushaf Uthmani atau bersalahan di dalam istilah dan kaedah bahasa Arab atau tidak masyhur di kalangan Imam Qurra dan Qiraat ini tidak harus dibaca seperti Al-Quran. Qiraat ini banyak terdapat di dalam musnad Al-Hakim dan At-Tirmizi yang mana musnad tersebut adalah sahih. Qiraat Al-Mauddhui ialah Qiraat yang direka-reka bukannya datang daripada Rasulullah s.a.s). Imam al-Suyuthy telah menambah satu lagi bahagian qiraat iaitu AlMudarraj (qiraat yang ditambah). Qiraat al-Mudaraj adalah seperti hadis mudarrrat. Contohnya Qiraat daripada Ibnu Zubair r.a.111 Perbezaan di antara Al-Quran dan Qiraat Sebenarnya tiada perbezaan yang ketara di antara Al-Quran dan Qiraat, kerana ia adalah kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, dengan makna Al-Quran itu adalah qiraat dan qiraat itu adalah Al-Quran. Kedua-duanya menjadi ibadat kepada umat Islam, kerana definisi Al-Quran ialah Kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab melalui Jibril a.s dan membacanay adalah dikira ibadat.112 Terdapat pandangan Imam Az-Zarkasy r.m. bahawa al-Quran dan Qiraat ada perbezaan iaitu Al-Qurean adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk dijadikan keterangan dan mukjizat. Al-Quran adalah kekhilafan pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dan lafaz-lafaz yang ringan dan berat dan sebagainya, maka Al-Quran dan Qiraat adalah dua hakikat yang berlainan.

111 112

Ibid; hal.58. Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal.10

61

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Tetapi, pendapat yang menyatakan adanya perbezaan di antara Al-Quran adan Qiraat adalah kurang tepat, kerana sebenarnya Al-Quran dan qiraat adalah wahyu yang satu (kombinasi). Walaubagaimanapun ada juga perbezaannya iaitu dari segi umum dan khusus, Al-Quran itu umum dan qiraat itu khusus. Namun begitu adalah perkara yang satu, walaupun pada peringkat awal, wahyu diturunkan pada satu huruf sahaja dan diikuti beberapa huruf sehingga wafatnya Rasulullah.113

Faedah berbilang Qiraat Tidak dinafikan bahawa setiap kejadian manusia mempunyai faedah yang besar kepada manusia sama ada faedahnya itu dapat dirasa ataupun tidak. Begitu juga di dalam perkara ibadat, ada yang dapat difikir dan begitu juga sebaliknya. Namun begitu berbilangnya qiraat adalah memeberi faedah yang bernilai bagi umat Islam. Antaranya ilah menerangkan hukum yang telah diijmakkan di atasnya, seperti Qiraat Saad bin Abi Waqas. Kedua, menguatkan hukum yang khilaf. Ketiga, bagi memudahkan hafalan dan ingatnnya serta mudah diterima oleh umat Islam, kerana ia mempunyai ilmu balagah (kesusasteraan Arab) dan ringkasan yang mudah difahami. Keempat ialah menerangkan kelebihan dan kemuliaan umat Nabi Muhammad s.a.w di atas umat yang lain. Faedah yang terakhir ialah memahami aspek dan kandungan Al-Quran dengan lebih luas dan mendalam.114 Tokoh: Nama beliau ialah al-Qasim bin Furruh bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad As Syathiby Ar-Raini Ad-Dhorir, bermazhab Imam As-Syafie.

113 114

Ibid; hal.11. Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal. 19.

62

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Beliau merupakan seorang Ajam (bukan Arab). Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Andalusia dalam keadaan buta. Beliau mengambil qiraat dari Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi Al-As. Beliau telah menghafaz AL-Qiraat di dalam kitab Al-Taisir dan Ilmu Hadis dari seorang bernama Imam Ibnu Huzail.115 Beliau telah pergi menunaikan ibadat Haji di Baitullah, kemudian mengambil ilmu Qiraat dari seorang syeikh yang bernama Abi Thohir As-Salafi di Iskandariah (Mesir) setibanya beliau ke negeri tersebut. Setelah beliau memasuki Mesir, beliau telah diberi penghormatan yang tinggi oleh ulama-ulama di sana dan dilantik sebagai ketua di dalam Lujnah Ilmu Al-Quran oleh Sultan negeri Mesir. Beliau diberi kebenaran untuk mengajar Al-Quran di kesemua tempat di Tanah Mesir.116 Beliau mempunyai beberapa kelebihan antaranya zuhud, amanah, thiqoh, tajam fikiran, banyak beribadat, mempunyai ketokohan di dalam politik, seorang yang pendiam dan dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w. Ketokohan beliau di dalam ilmu agama amat dikagumi oleh ulama-ulama di Mesir sehingga Imam Al-Hafiz Abu Syammah AdDimasqi bersyair: Aku melihat para ulama Mesir terkemuka mengagungkan Syeikh AsySyathiby. Masyarakat di Mesir ketika itu berlumba-lumba untuk mempalajari ilmu AlQuran daripadanya, di mana beliau memulakan pengajarannya selepas solat Subuh. Beliau terkenal sebagai seorang yang sentiasa sembahyang di awal waktu. Di dalam majlis ilmu, beliau mendahulukan murid-muridnya yang datang awal dengan perkataan Sesiapa yang datang awal, hendaklah dia baca dahulu. Pernah satu ketika, seorang
115 116

Ibid; hal. 328. Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal. 328.

63

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

muridnya yang datang paling awal tetapi tidak diizinkan oleh beliau untuk membaca dengannya. Setelah berfikir menagapakah dia tidak diberikan keutamaan untuk membaca dahulu, tiba-tiba dia menyedari bahawa dia masih berada dalam keadaan junub. Setelah selesai emmbersihkan diri (mengangkat hada besar) dan kembali ke tempat pengajian, dia mendapati murid kedua yang telah diberi keutamaan masih belum selesai membaca AlQuran. Akhirnya dia dipanggil oleh Imam Asy-Syabity setelah murid kedua selesai daripada bacaannya. Sambil berkata Sesiapa yang datang awal hendaklah membaca. Beliau dapat mendengar azan menunjukkan masuk waktu solat tanpa diazankan. Beliau tidak bercakap kecuali apa yang dirasaknnya perlu. Di dalam majlis ilmunya, ia tidak mensia-siakan waktu melainkan beliau memenuhi sepenuh waktu dengan Al-Quran dan sentiasa berwuduk.117 Beliau merupakan seorang yang khusyu, tawadhu, dan sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak pernah malas di dalam menyampaikan pengajiannya. Setelah selesai mengarang kitab yang bernama Hirzul Amani Wa Wajhu At-Tahani, belioau berangkat ke Baitullah. Setelah selesai mengerjakan tasaf, beliau telah berdoa di satu tempat di dalam Masjidil Haram yang berbunyi: Wahai Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, yang menegtahui ilmu ghaib dan ilmu syhadah, Tuhan yang mempunyai Kaabah ini, wahai Tuhanku, manfaatkan lah kitabku ini bagi sesiapa yang membacanya.118 Kemudian beliau bermimpi berjumpa dengan Rasullulah s.a.w. dan menunjukkan karangan beliau kepada Baginda. Setelah baginda melihat kitab tersebut, lalu baginda bersabda Kitab ini mempunyai keberkatan, sesiapa yang menghafalnya akan

117 118

Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat; hal. 329. Ibid.

64

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dimasukkan ke syurga. Beliau meninggal dunia setelah berusia 52 tahun pada hari Ahad selepas sembahyang Asar, 28 Jamadil Akhir, tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Bukit Muattam, Mesir.119

5.7 Ilmu Filsafat Al-Farabi Dalam Tahshl al-sa'fidah AI-Farabi dengan jelas menyatakan pandangannya tentang sifat agama dan filsafat serta hubungan antara keduanya iaitu: Ketika seseorang memperoleh pengetahuan tentang wujud atau memetik pelajaran darinya, jika dia memahami sendiri gagasan-gagasan tentang wujud itu dengan inteleknya, dan pembenarannya atas gagasan tersebut dilakukan dengan bantuan demonstrasi tertentu, maka ilmu yang tersusun dari pengetahuan-pengetahuan ini disebut filsafat .Tetapi jika gagasan-gagasan itu diketahui dengan membayangkannya lewat kemiripan-kemiripan yang merupakan tiruan dari mereka, dan kebenaran terhadap apa yang dibayangkan atas mereka disebabkan oleh kaedah-kaedah persuasif, maka orang-orang terdahulu menyebut sesuatu yang membentuk pengetahanpengetahuan ini agama. Jika pengetahuan-pegetahuan itu sendiri diadopsi, dan metode-

119

Ibid; hal.330.

65

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

metode persuasif digunakan, maka agama yang memuat mereka disebut filsafat popular, yang diterima secara umum, dan bersifat eksternal.120 Al-Farabi menghidupkan kembali pendapat kuno yang menyatakan bahawa agama adalah tiruan dari filsafat. Menurutnya, baik agama maupun filsafat berhubungan dengan realiti yang sama. Keduanya terdiri dari subjek-subjek yang serupa dan samasama melaporkan prinsip-prinsip tertinggi. Keduanya juga melaporkan tujuan puncak yang diciptakan demi manusia iaitu, kebahagiaan tertinggi dan tujuan puncak dari wujudwujud lain.121 Tetapi, dikatakan Al-Farabi, filsafat memberikan laporan berdasarkan persepsi intelektual. Sedangkan agama memaparkan laporannya berdasarkan imaginasi. Dalam setiap hal yang didemonstrasikan oleh filsafat, agama menggunakan kaedah persuasif untuk menjelaskannya. Tujuan dari 'tiruan-tiruan' kebenaran wahyu kenabian dengan citra dan lambang telah dijelaskan sebelumnya. Sifat dari citra dan lambang ini memerlukan pembahasan lebih lanjut. Menurut Al-Farabi, agama meniru dunia alam, dunia seni dan pertukangan, atau dari ruang lingkup lembaga sosio-politik. Sebagai. Inilah sebabnya mengapa dalam Islam, matahari melambangkan Tuhan, bulan melambangkan nabi, dan bintang melambangkan sahabat nabi. Fungsi dari tugas-tugas politik seperti raja dengan segenap hierarki bawahannya adalah memberikan citra dan lambang bagi pemahaman akan hierarki wujud dan perbuatan-perbuatan ilahi saat menciptakan dan mengurus alam semesta. Karya-karya seni dan pertukangan manusia memperlihatkan, tiruan-tiruan gerakan kekuatan dan prinsip alami yang memungkinkan terwujudnya objek-objek alami. Sebagai contoh, empat sebab Aristotelian yang disebut Al-Farabi sebagai empat prinsip
120 121

Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net. Mahayudin Hj.Yahaya. 1998. Tamadun Islam; hal. 326.

66

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

wujud, dapat dijelaskan dengan merujuk pada prinsip-prinsip pembuatan objek-objek seni. Secara umum, menurut Al-Farabi, agama berusaha membawa tiruan-tiruan kebenaran filosofis sedekat mungkin dengan esensi mereka.122 Dalam Islam, pandangan mengenai perbezaan antara agama (millah) dan filsafat (falsafah) umumnya diidentifikasi dengan mazhab masysyai ilmuwan filosof di mana AlFrb termasuk di dalamnya. Rahman telah memperlihatkan bahawa perbezaan ini diikuti rumusan berkaitan filsafat agama Yunani-Romawi dalam perkembanganperkembangan berikutnya.123 Namun, gagasan asas yang ingin disampaikan melalui perbezaan ini bukan sesuatu yang asing bagi perspektif wahyu Islam. Gagasan yang sama di ungkapkan para Sufi dalam kerangka perbezaan eksoterik-esoterik. Gagasan itu berbunyi demikian: kebenaran atau realiti adalah satu namun pemahamannya oleh fikiran manusia mempunyai darjat kesempurnaan yang bertingkat-tingkat. Meskipun dia juga seorang Sufi, Al-Farabi di sini berbicara sebagai wakil dari tradisi filosofis. Dalam perspektif falasifah,, filsafat dan agama merupakan dua pendekatan yang menuju pada kebenaran. Apa yang hendak dibezakan dengan tajam di sini bukan filsafat, yang difahami sebagai sistem rasional pemahaman (intelek) dan wahyu yang dirumuskan secara bebas; dan agama, yang dipahami sebagai tradisi wahyu secara total. Ini sangat jelas tampak dari perkataan dan Al-Farabi tentang filsafat dan agama. Istilah yang digunakannya untuk menyatakan perbezaan agama dari filsafat adalah millah; bukan agama. Ini menunjukkan kehendak Al-Farabi membezakan filsafat secara kontras tidak

122
123

Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net. Ibid

67

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dengan tradisi wahyu dalam totalnya, melainkan dengan dimensi eksoterik tradisi wahyu. Oleh itu, dia lebih suka menggunakan istilah millah daripada din.124 Dalam wacana yang dikutip di atas, Al-Farabi nampaknya berpendapat ada dua jenis filsafat. Jenis pertama, filsafat yang disebutnya filsafat popular, diterima secara umum dan eksternal. Dari paparannya tentang karakteristik filsafat tersebut dan kalam, khususnya penjelasan dalam Ihsha al-'ulum, tidak diragukan bahwa Al-Farabi menganggap kalam sebagai contoh dari filsafat jenis pertama. Jenis kedua, filsafat esoterik yang ditujukan bagi kaum elitek iaitu suatu filsafat yang hanya diperkenalkan pada mereka yang telah siap secara intelektual dan spiritual.125 Filsafat dapat digambarkan sebagai ilmu tentang realiti yang didasarkan atas kaedah demonstrasi yang meyakinkan (al-burhan al-yaqini), suatu kaedah yang merupakan gabungan dari intuisi intelektual dan putusan logik (istinbath) yang pasti. Oleh itu, filsafat adalah sejenis pegetahuan yang lebih unggul dibanding agama (millah), kerana millah didasarkan atas kaedah persuasif (al-iqn'). Kemudian, bagi Al-Farabi, filsafat merujuk pada kebenaran abadi atau kebijaksaaan (al-hikmah) yang terletak pada asas setiap tradisi. Ini dapat diidentifikasi dengan philosophia perennis yang diajarkan oleh Leibniz dan secara komprehensif dijelaskan dalam abad ini oleh Schuon, Berbicara mengenai beberapa tokoh kuno pemilik kebijaksanaan tradisional ini. Al-Farabi menulis: Konon, dahulu kala ilmu ini terdapat di kalangan orang-orang Kaldea, yang merupakan bangsa Irak, kemudian bangsa Mesir, dari sini lantas diteruskan pada bangsa Yunani, dan bertahan di situ hingga diwariskan pada bangsa Syria, dan selanjutnya,
124

Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal. 58. 125 Ibid

68

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

bangsa Arab. Segala sesuatu yang terkandung dalam ilmu tersebut dijelaskan dalam bahasa Yunani, kemudian Syria, dan akhirnya Arab. Dikatakan Al-Farabi bangsa Yunani menyebut pengetahuan tentang kebenaran abadi ini kebijaksanaan "paripuma" sekaligus kebijaksanaan tertinggi. Mereka menyebut perolehan pengetahuan seperti itu sebagai ilmu', dan mengistilahkan keadaan ilmiah fikiran sebagai filsafat'. Yang dimaksudkan dengan yang terakhir ini adalah tidak lain pencarian dan kecintaan pada kebijaksanaan tertinggi.126 Menurut Al-Farabi, orang-orang Yunani juga berpendapat bahawa secara potensi kebijaksanaan ini memasukkan setiap jenis kebajikan. Berdasarkan alasan ini, filsafat lantas disebut sebagai ilmu dari segala ilmu, induk dari segala ilmu, kebijaksanaan dari segala kebijaksanaan dan seni dari segala seni. Maksud mereka sebenarnya, tutur AlFarabi, adalah seni yang memanfaatkan segala kesenian, kebajikan yang memanfaatkan segala kebajikan, dan kebijaksanaan yang memanfaatkan segala kebijaksanaan. Al-Farabi agaknya sedar sepenuhnya akan fakta berikut: sementara esensi dari kebijaksanaan abadi ini satu dan sama dalam setiap tradisi, sejauh ini tidak ditemui model pengungkapan yang sama pada tradisi-tradisi ini. Tetapi, Al-Farabi tidak menjelaskan deskripsi cara pengungkapan ini dalam kasus tradisi pra-Yunani. Tetapi dia menyebut filosof-filosof Yunani, tepatnya plato dan Aristoteles, khususnya lagi Aristoteles, sebagai pencipta bentuk-bentuk pengungkapan dan penjelasan baru dari kebijaksanaan kuno ini, berupa pengungkapan dialektis atau logis. Pengetahuan tentang bentuk-bentuknya baru diwarisi oleh Islam melalui orang-orang Kristen Syria.127

126

Adeng Muchtar Ghazali. 2003. Perkembangan Ilmu Kalam: dari Kalsik hingga Moden. Bandung: Pustaka Setia; hal. 65. 127 Adeng Muchtar Ghazali. 2003. Perkembangan Ilmu Kalam: dari Kalsik hingga Moden; hal. 66.

69

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Sebagaimana telah kita lihat, Al-Farabi mendefinisikan kebijaksanaan tertinggi sebagai "pengetahuan paling tinggi tentang Yang Maha Esa sebagai Sebab pertama dari setiap eksistensi sekaligus Kebenaran pertama yang merupakan sumber dari setiap kebenaran". Mengikuti Aristoteles, Al-Farabi menggunakan istilah filsafat untuk merujuk pada pengetahuan metafizik yang diungkapkan dalam bentuk-bentuk rasional serta ilmuilmu, yang disebarkan dari pengetahuan metafizik yang didasarkan pada kaedah demonstrasi yang meyakinkan. Oleh itu, filsafat Al-Farabi terdiri dari empat bahagian: ilmu-ilmu matematik, fizika (filsafat alam), metafizika, dan ilmu tentang masyarakat (politik). Perbezaan filsafat-agama oleh Al-Farabi dibayangkan dalam konteks satu tradisi wahyu yang sama.128 Tetapi perbezaan itu memiliki keabsahan universal, yang dapat diterapkan bagi setiap tradisi wahyu. Dengan meninjau tiap-tiap tradisi dalam batas-batas pembahagian hierarki menjadi filsafat dan agama, Al-Farabi memberikan teori untuk menjelaskan fenomena, keragaman agama. Menurutnya, agama berbeza itu satu sama lain kerana kebenaran-kebenaran intelektual dan spiritual yang sama bisa jadi memiliki banyak penggambaran imajinatif yang berlainan. Walaupun demikian, terdapat kesatuan pada setiap tradisi wahyu didataran filosofis, kerana pengetahuan filosofis tentang realiti sesungguhnya hanya satu dan sama bagi setiap bangsa dan masyarakat129. Pada saat yang sama, Al-Farabi menyukai gagasan keunggulan relatif satu lambang agama atas lambang lainnya, dalam pengertian bahwa lambang-lambang dan citra-citra yang dipakai dalam satu agama lebih mendekati spiritual yang hendak disampaikan-lebih tepat dan lebih efektif yang dipakai dalam agama lainnya. renting

128 129

Ibid Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net

70

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dicatat, Al-Farabi diketahui tidak pernah mencela agama tertentu, meskipun dia berpendapat bahwa sebagian dari lambang dan citra agama tersebut tak memuaskan atau bahkan membahayakan. Tiruan dari hal-hal macam itu bertingkat-tingkat dalam keutamaannya; penggambaran imaginatif sebahagian dari mereka lebih baik dan lebih sempurna, sementara yang lainnya kurang baik dan kurang sempurna; sebahagian lebih dekat pada kebenaran, sebahagian lain lebih jauh. Dalam beberapa hal, butir-butir pandangannya sedikit-atau bahkan tidak dapat-diketahui, atau malah sulit berpendapat menentang mereka, sementara dalam beberapa hal lainnya, butir-butir pandangannya banyak atau mudah dilacak, di samping mudah memahami pendapat tentang mereka atau untuk menolak mereka. Perbezaan filsafat-agama sebagaimana telah dirumuskan Al-Farabi, lagi-lagi, menjadi fokus pemusatan hierarki ilmu dalam pemikirannya. Ketika perbezaan ini diterapkan baik pada dimensi teori mahupun praktik dari wahyu, seperti dikemukakan sebelumnya, kita akan sampai pada hasil yang menyoroti lebih jauh perlakuan Al-Farabi terhadap ilmu-ilmu religius dalam klasifikasinya dikaitkan dengan ilmu-ilmu filosofis. Kalam dan fiqh, satu-satunya ilmu-ilmu yang muncul dalam klasifikasinya, Al-Farabi adalah ilmu-ilmu eksternal atau eksoterik dari dimensi-dimensi wahyu secara teoretis dan praktis. Metafizika (al-'ilm al-ilh) dan politik (al-'ilm al-madan) berturut-turut merupakan filosofisnya

Teologi rasional Mu'tazilah

71

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ketika datang ke Timur Tengah pada abad IV SM. Aleksander Yang Agung bukan sahaja bretujuan meluaskan daerah kekuasaannya ke luar Macedonia, tapi juga menanamkan kebudayaan Yunani di daerah-daerah yang dimasukinya. Untuk itu ia adakan pembauran antara orang-orang Yunani yang dibawanya, dengan penduduk setempat. Dengan jalan demikian berkembanglah filsafat dan ilmu pengetahuan Yunani di Timur Tengah, dan timbullah pusat-pusat peradaban Yunani seperti lskandariah (dari nama Aleksander) di Mesir, Antakia di Suria, Selopsia serta Jundisyapur di Irak dan Baktra (sekarang Balkh) di lran.130 Ketika para Sahabat Nabi Muhammad menyampaikan dakwah Islam ke daerahdaerah tersebut terjadi peperangan antara kekuatan Islam dan kekuatan Kerajaan Bizantium di Mesir , Suria serta Irak, dan kekuatan Kerajaan Persia di Iran. Daerahdaerah ini, dengan menangnya kekuatan Islam dalam peperangan tersebut, jatuh ke bawah kekuasaan Islam.131 Tetapi penduduknya, sesuai dengan ajaran al-Qur'an, bahwa tidak ada paksaan dalam agama dan bahwa kewajiban orang Islam han'ya menyampaikan ajaran-ajaran yang dibawa Nabi, tidak dipaksa para sahabat untuk masuk Islam. Mereka tetap memeluk agama mereka semula terutama yang menganut agama Nasrani dan Yahudi. Dari warga negara non Islam ini timbul satu golongan yang tidak senang dengan kekuasaan Islam dan oleh kerana itu ingin menjatuhkan Islam. Mereka pun menyerang agama Islam dengan memajukan argumen-argumen berdasarkan filsafat yang mereka perolehi dari Yunani. Dari pihak umat Islam timbul satu golongan yang melihat bahwa serangan itu tidak dapat ditangkis kecuali dengan memakai argumen-argumen filosofis

130 131

Adeng Muchtar Ghazali. 2003. Perkembangan Ilmu Kalam: dari Kalsik hingga Moden; hal. 67. Ibid

72

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

pula. Untuk itu mereka pelajari filsafat dan ilmu pengetahuan Yunani. Kedudukan akal yang tinggi dalam pemikiran Yunani mereka jumpai seiring dengan kedudukan akal yang tinggi dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi.132 Dengan demikian timbullah di panggung sejarah pemikiran Islam teologi rasional yang dipelopori kaum Mu'tazilah. Ciri-ciri dari teologi rasional ini ialah kedudukan akal tinggi di dalamnya, sehingga mereka tidak mahu tunduk kepada erti harfiah dari teks wahyu yang tidak selaras dengan pemikiran filosofis dan ilmiah. Mereka tinggalkan erti harfiah teks dan ambil erti majazinya, dengan lain kata mereka tinggalkan erti tersurat dari nash wahyu dan mengambil erti tersiratnya.133 Akal menunjukkan kekuatan manusia, maka akal yang kuat menggambarkan manusia yang kuat, yaitu manusia dewasa. Manusia dewasa, berlainan dengan anak kecil, mampu berdiri sendiri, mempunyai kebebasan dalam kemahuan serta perbuatan, dan mampu berfikir secara mendalam. Oleh kerana itu aliran ini menganuti faham qadariah, yang di Barat dikenal dengan istilah free-will and free-act, yang membawa kepada konsep manusia yang penuh dinamika, baik dalam perbuatan maupun pemikiran. Pemikiran filosofis mereka membawa kepada penekanan konsep Tuhan Yang Maha Adil. Maka keadilan Tuhanlah yang menjadi titik tolak pemikiran teologi mereka. Keadilan Tuhan membawa mereka selanjutnya kepada keyakinan adanya hukum alam ciptaan Tuhan, dalam al-Qur'an disebut Sunnatullah, yang mengatur perjalanan apa yang ada di alam ini. Alam ini berjalan menurut peraturan tertentu, dan peraturan itu perlu dicari untuk kepentingan hidup manusia di dunia ini. Teologi rasional Mu'tazilah inilah, dengan keyakinan akan kedudukan akal yang tinggi, kebebasan manusia dalam berfikir

132 133

Adeng Muchtar Ghazali. 2003. Perkembangan Ilmu Kalam: dari Kalsik hingga Moden; hal. 68. Ibid

73

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

serta berbuat dan adanya hukum alam ciptaan Tuhan, yang membawa pada perkembangan Islam, bukan hanya filsafat, tetapi juga sains, pada masa antara abad ke VIII dan ke XIII M. Al-Kindi Filosof besar pertama yang dikenal adalah al-Kindi, (796- 873 M) satu-satunya filosof Arab dalam Islam. la dengan tegas mengatakan bahawa antara falsafat dan agama tak ada pertentangan. Filasafat diertikan sebagai pembahasan tentang yang benar (albahs'an al-haqq). Agama dalam pada itu juga menjelaskan yang benar. Maka keduaduanya membahas yang benar. Selanjutnya filasafat dalam pembahasannya memakai akal dan agama, dan dalam penjelasan tentang yang benar juga memakai argumen-argumen rasional. Menurut pemikiran filsafat kalau ada yang benar maka mesti ada "Yang Benar Pertama" (al-Haqq al-Awwal). Yang Benar Pertama itu dalam penjelasan Al-Kindi adalah Tuhan. Falsafat dengan demikian membahas soal Tuhan dan agama. 134 Filsafat yang termulia dalam pendapat Al-Kindi adalah filsafat ketuhanan atau teologi. Mempelajari teologi adalah wajib dalam Islam. Oleh kerana itu mempelajari filsafat, dan berfilsafat tidaklah haram dan tidak dilarang, tetapi wajib. Dengan filsafat "al-Haqq al-Awwal"nya, al-Kindi, berusaha memurnikan keesaan Tuhan dari erti banyak. Al-haqiqah atau kebenaran, menurut pendapatnya, adalah sesuainya apa yang ada di dalam akal dengan apa yang ada diluarnya, iaitu sesuainya konsep dalam akal dengan benda bersangkutan yang berada di luar akal. Benda-benda yang ada di luar akal merupakan juz'iat (kekhususan, particulars). Yang penting bagi filsafat bukanlah benda-benda atau juz'iat itu sendiri, tetapi yang penting adalah hakikat

134

A.E. Affifi. Terj. Sjahrir Mawi. 1995. Filsafat. Jakarta: Gaya Media Pratama; hal. 89.

74

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

dari juz'iat itu sendiri. Hakikat yang ada dalam benda-benda itu disebut kulliat (keumuman, universal). Tiap-tiap benda mempunyai hakikat sebagai juz'i (haqiqah juz'iah) yang disebut aniah dan hakikat sebagai kulli, (haqiqah kulliah) yang disebut mahiah, iaitu hakikat yang bersifat universal dalam bentuk jenis.135 Memurnikan tauhid memang masalah penting dalam teologi dan falsafat Islam. Dalam hal ini Al-Farabi (870-950 M) memberi konsep yang lebih murni lagi. Dalam pemikirannya, kalau Tuhan, Pencipta alam semesta, berhubungan langsung dengan ciptaan nya yang tak dapat dihitung banyaknya itu, di dalam diri Tuhan terdapat erti banyak. Zat, yang di dalam diriNya terdapat arti banyak, tidaklah sebenarnya esa. Yang Maha Esa, agar menjadi esa, hanya berhubungan dengan yang esa. Pemurnian tauhid inilah yang menimbulkan filsafat emanasi (al-faid, pancaran) dari Al-Farabi.136 Yang Maha Esa berfikir tentang diriNya yang esa, dan pemikiran merupakan daya atau energi. Oleh kerana pemikiran Tuhan tentang diriNya merupakan daya yang dahsyat, maka daya itu menciptakan sesuatu. Yang diciptakan pemikiran Tuhan tentang diriNya itu adalah Akal I. Jadi, Yang Maha Esa menciptakan yang esa. Dalam diri yang esa atau Akal I inilah mulai terdapat arti banyak. Obyek pemikiran Akal I adalah Tuhan dan dirinya sendiri. Pemikirannya tentang Tuhan menghasilkan Akal II dan pemikirannya tentang dirinya menghasilkan Langit Pertama. Akal II juga mempunyai objek pemikiran, iaitu Tuhan dan dirinya sendiri. Pemikirannya tentang Tuhan menghasilkan Akal III dan pemikirannya tentang dirinya sendiri menghasilkan Alam Bintang. Begitulah Akal selanjutnya berfikir tentang Tuhan dan

135 136

A.E. Affifi. Terj. Sjahrir Mawi. 1995. Filsafat; hal. 90. Ibid

75

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

menghasilkan Akal dan berfikir tentang dirinya sendiri dan menghasilkan planet-planet. Dengan demikian diperolehlah gambaran berikut: Akal l11 menghasilkan Akal IV dan Saturnus. Akal IV menghasilkan Akal V dan Yupiter. Akal V menghasilkan Akal VI dan Mars. Akal VI menghasilkan Akal VII dan Matahari. Akal VII menghasilkan Akal VIII dan Venus. Akal VIII menghasilkan Akal IX dan Merkuri Akal IX menghasilkan Akal X dan Bulan. Akal X menghasilkan hanya Bumi. Pemikiran Akal X tidak cukup kuat lagi untuk menghasilkan Akal Demikianlah gambaran alam dalam astronomi yang diketahui di zaman Aristoteles dan zaman alFarabi, yaitu alam yang terdiri atas sepuluh falak. Pemikiran Akal X tentang Tuhan tidak lagi menghasilkan Akal, kerana tidak ada lagi planet yang akan diurusnya. Memang tiaptiap Akal itu mengurus planet yang diwujudkannya. Akal dalam pendapat filosof Islam adalah melekat. Begitulah Tuhan menciptakan alam semesta dalam falsafat emanasi AlFarabi. Tuhan tidak langsung menciptakan yang banyak ini, tetapi melalui Akal I yang esa, dan Akal I melalui Akal II, Akal II melalui Akal l11 dan demikianlah seterusnya sampai ke penciptaan Bumi melalui Akal X.137 Tuhan tidak langsung berhubungan dengan yang banyak, tetapi melalui Akal atau malaikat. Dalam diri Tuhan tidak terdapat erti banyak, dan inilah tauhid yang murni dalam pendapat Al-Farabi, Ibn Sina dan filosof-filosof Islam yang menganut faham emanasi. Alam dalam falsafat Islam diciptakan bukan dari tiada atau nihil, tetapi dari
137

Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

76

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

materi asal yaitu api, udara, air dan tanah. Sesuatu mesti diciptakan dari suatu yang telah ada. Maka material asal timbul bukan dari tiada, tetapi dari sesuatu yang dipancarkan pemikiran Tuhan. Oleh kerana Tuhan berfikir semenjak qidam, iaitu zaman tidak bermula, apa yang dipancarkan pemikiran Tuhan itu mestilah pula qadim, dalam erti tidak mempunyai permulaan dalam zaman. Dengan lain kata Akal I, Akal II dan seterusnya serta material asal yang empat api, udara, air dan tanah adalah pula qadim. Dari sinilah timbul pengertian alam qadim, yang dikritik AI-Ghazali. Selain kemahaesaan Tuhan, yang dibahas filosof-filosof Islam ada pula soal jiwa manusia yang dalam filsafat Islam disebut al-nafs. Filsafat yang terbaik mengenai ini adalah pemikiran yang diberikan Ibn Sina (980 -1037 M). Sama dengan AI-Farabi ia membahagi jiwa kepada tiga bahagian: 138

Jiwa dibahagikan kepada tiga bahagian: Jiwa tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya makan, tumbuh dan berkembang biak. Jiwa binatang yang mempunyai daya gerak, pindah dari satu tempat ke tempat, dan daya menangkap dengan pancaindera, yang terbagi dua: (a) Indera luar, iaitu pendengaran, penglihatan, rasa dan raba. Dan (b) Indera da1am yang berada di otak dan terdiri dari: i. Indera bersama yang menerima kesan-kesan yang diperoleh pancaindra. ii. Indera penggambar yang melepaskan gambar-gambar dari materi. iii. Indrea pereka yang mengatur gambar-gambar ini. iv. Indera penganggap yang menangkap erti-erti yang terlindung dalam gambar-gambar tersebut. v. Indera pengingat yangmenyimpan erti-erti itu.
138

Ibid.

77

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Jiwa manusia, yang mempunyai hanya satu daya, iaitu berfikir yang disebut akal. Akal terbahagi dua: a. Akal praktik, yang menerima erti-erti yang berasal dari material melalui indera pengingat yang ada dalam jiwa binatang. b. Akal teoriti, yang menangkap erti-erti murni, yang tak pernah ada dalam material seperti Tuhan, roh dan malaikat. Akal praktik memusatkan perhatian kepada alam materi, sedang akal teoritis kepada alam metafizik. Dalam diri manusia terdapat tiga macam jiwa ini, dan jelas bahawa yang terpenting diantaranya adalah jiwa berfikir manusia yang disebut akal itu. Akal praktik, kalau terpengaruh oleh materi, tidak meneruskan arti-arti, yang diterimanya dari indera pengingat dalam jiwa binatang, ke akal teoritis. Tetapi kalau ia teruskan akal teoritis akan berkembang dengan baik.139 Akal teoritis mempunyai empat tingkatan : 1. Akal potensial dalam erti akal yang mempunyai potensi untuk menangkap erti-erti murni. 2. Akal bakat, yang telah mulai dapat rnenangkap erti-erti murni. 3. Akal aktual, yang telah mudah dan lebih banyak menangkap erti- erti murni. 4. Akal perolehan yang telah sernpurna kesanggupannya menangkap erti-erti murni. Akal tingkat keempat inilah yang tertinggi dan memiliki filosof-filosof. Akal inilah yangdapat menangkap erti-erti murni yang dipancarkan Tuhan melalui Akal X ke Bumi. Sifat seseorang banyak bergantung pada jiwa mana dari tiga yang tersebut di atas berpengaruh pada dirinya. Jika jiwa tumbuh-tumbuhan dan binatang yang berpengaruh,

139

Diperolehi daripada http.www. brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

78

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

orang itu dekat menyerupai binatang. Tetapi jika jiwa manusia yang berpengaruh terhadap dirinya maka ia dekat menyerupai malaikat. Dan dalam hal ini akal praktis mempunyai malaikat. Akal inilah yang mengontrol badan manusia, sehingga hawa nafsu yang terdapat di dalamnya tidak menjadi halangan bagi akal praktis.

Setelah tubuh manusia mati, yang akan tinggal menghadapi perhitungan di depan Tuhan adalah jiwa manusia. Jiwa tumbuh-tumbuhan dan jiwa binatang akan lenyap dengan hancurnya tubuh kembali menjadi tanah.140 Jiwa manusia mempunyai wujud tersendiri, yang diciptakan Tuhan setiap ada janin yang siap untuk menerima jiwa. Jiwa berhajat kepada badan manusia, kerana otaklah, sebagaimana dilihat di atas, yang pada mulanya menolong akal untuk menangkap erti-erti. Semakin banyak erti yang diteruskan otak kepadanya makin kuat daya akal untuk menangkap erti-erti murni. Kalau akal sudah sampai kepada kesempurnaan, jiwa tak berhajat lagi pada badan, bahkan badan bisa menjadi penghalang baginya dalam menangkap arti-arti murni. Jiwa tumbuh-tumbuhan dan binatang lenyap dengan matinya tubuh kerana keduanya hanya mempunyai fungsi-fungsi fizik seperti dijelaskan sebelumnya, Kedua jiwa ini, kerana telah rnemperoleh balasan di dunia ini tidak akan dihidupkan kembali di akhirat. Jiwa manusia, berlainan dengan kedua jiwa di atas, fungsinya tidak berkaitan dengan yang bersifat fizik tetapi yang bersifat abstrak dan rohani. Oleh kerana itu balasan yang akan diterimanya bukan di dunia, tetapi di akhirat. Kalau jiwa tumbuh-tumbuhan dan binatang tidak kekal, jiwa manusia adalah kekal. Jika ia telah mencapai kesempurnaan sebelum berpisah dengan badan ia akan mengalami kebahagiaan di
140

Diperolehi daripada http.www. brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

79

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

akhirat. Tetapi kalau ia berpisah dari badan dalam keadaan belum sempurna ia akan mengalami kesengsaraan kelak.141 Oelh itu, jiwa manusialah yang akan menghadapi perhitungan kelak timbul faham tidak adanya pembangkitan jasmani yang juga dikritik al-Ghazali. Demikianlah beberapa aspek penting dari falsafat Islam. Pemurnian konsep tauhid membawa al-Kindi kepada pemikiran Tuhan tidak mempunyai hakikat dan tak dapat diberi sifat jenis (al-jins) serta diferensia (al-fasl). Sebagai seorang Mu'tazilah al-Kindi juga tidak percaya pada adanya sifat-sifat Tuhan; yang ada hanyalah semata-mata zat. Pemurnian itu membawa Al-Farabi pula kepada filsafat emanasi yang di dalamnya terkandung pemikiran alam qadim, tidak bermula dalam zaman dan baqin, tidak mempunyai akhir dalam zaman. kerana Tuhan dalam filsafat emanasi tidak boleh berhubungan langsung dengan yang banyak dan hanya berfikir tentang diriNya Yang Maha Esa, timbul pendapat bahwa Tuhan tidak mengetahui juz'iat, yaitu perincian yang ada dalam alam ini. Tuhan mengetahui hanya yang bersifat universal. Akal I, II dan seterusnyalah yang mengatur planet-planet maka Akal I, II dan seterusnya itulah yang mengetahui juz'iat atau kekhususan yang terjadi di alam ini kerana inti manusia adalah jiwa berfikir untuk memperoleh kesempurnaan, pembangkitan jasmani tak ada. Sebagai orang yang banyak berkecimpung dalam bidang sains para filosof percaya pula kepada tidak berubahnya hukum alam. Inilah sepuluh dari dua puluh kritikan yang dimajukan alGhazali (1058-1111 M) terhadap pemikiran para filosof lslam. figa, diantara sepuluh itu, menurut al-Ghazali membawa mereka kepada kekufuran, iaitu :

141

Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

80

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

1. Alam qadim dalam arti tak bermula dalam zaman 2. Pembangkitan jasmani tak ada 3. Tuhan tidak rnengetahui perincian yang terjadi di alam. Tidak diciptakan pula bererti tidak perlu adanya Pencipta iaitu Tuhan. Ini membawa pula kepada ateisme. Politeisme dan ateisme jelas bertentangan sekali dengan ajaran dasar Islam tauhid, yang sebagaimana dilihat di atas para filosof mengusahakan Islam memberikan erti semurni-murninya. Inilah yang mendorong al-Ghazali untuk mencap kafir filosof yang percaya bahwa alam ini qadim.142 Mengenai masalah kedua, pembangkitan jasmani tidak ada, sedangkan teks ayatayat dalam al-Qur'an menggambarkan adanya pembangkitan jasmani itu. Umpamanya ayat 78/9 dari surat Yasin "Siapa yang menghidupkan tulang-tulang yang telah rapuh ini? Katakanlah: Yang menghidupkan adalah Yang Menciptakannya pertama kali". Maka pengkafiran di sini berdasar atas berlawanannya falsafat tidak adanya pembangkitan jasmani dengan teks al-Qur'an, yang adalah wahyu dari Tuhan. Pengkafiran tentang masalah ketiga, Tuhan tidak mengetahui perincian yang ada di alam, juga didasarkan atas keadaan falsafat itu, berlawanan dengan teks ayat dalam al-Qur'an. Sebagai umpama dapat disebut ayat 59 dari surat Al-An'am: Tiada daun yang jatuh yang tidak diketahuiNya. Pengkafiran Al-Ghazali ini membuat orang di dunia lslam bahagian timur dengan Baghdad sebagai pusat pemikiran, menjauhi falsafat. Apalagi di samping pengkafiran itu al-Ghazali mengeluarkan pendapat bahwa jalan sebenarnya untuk mencapai hakikat bukanlah falsafat tetapi tasawuf. Dalam pada itu sebelum zaman Al-Ghazali telah muncul teologi baru yang menentang teologi rasional Mu'tazilah. Teologi baru itu dibawa oleh al142

Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

81

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Asy'ari (873-935), yang pada mulanya adalah salah satu tokoh teologi rasional. Oleh sebab-sebab yang belum begitu jelas ia meninggalkan faham Mu'tazilahnya dan menimbulkan, sebagai lawan dari teologi Mu'tazilah, teologi baru yang kemudian dikenali dengan nama teologi al-Asy'ari. Sebagai lawan dari teologi rasional Mu'tazilah, teologi Asy'ari bercorak tradisional. Corak tradisionalnya dilihat dari hal-hal berikut : 1. Dalam teologi ini akal mempunyai kedudukan rendah, sehingga kaum Asy'ari banyak terikat kepada erti lafzi dari teks wahyu. Mereka tidak mengambil erti tersurat dari wahyu untuk menyesuaikannya dengan pemikiran ilmiah dan falsafi. 2. Oleh kerana akal lemah, manusia dalam teologi ini merupakan manusia lemah dekat menyerupai anak yang belum dewasa, yang belum boleh berdiri sendiri, tetapi masih banyak bergantung pada orang lain untuk membantunya dalam hidupnya. Teologi ini mengajarkan faham jabariah atau fatalisme, yaitu percaya kepada kada dan kadar Tuhan. Manusia di sini bersikap statik.143 3. Pemikiran teologi al-Asy'ari bertitik tolak dari faham kehendak mutlak Tuhan. Manusia dan alam ini diatur Tuhan menurut kehendak mutlakNya dan bukan menurut peraturan yang dibuatnya.Oleh kerana itu hukum alam dalam teologi ini tidak terdapat; yang ada ialah kebiasaan alam. Dengan demikian bagi mereka api tidak sesuai dengan hukum alam, selamanya membakar , tetapi biasanya membakar sesuai dengan kehendak mutlak Tuhan.144 Jelas teologi tradisional al-Asy'ari ini tidak mendorong pada berkembangnya pemikiran ilmiah dan filosofis, sebagaimana halnya dengan teologi rasional Mu'taziiah.

143 144

Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp. Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

82

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Sesudah al-Ghazali, teologi tradisional inilah yang berkembang di dunia Islam bagian Timur. Tidak menghairankan kalau sesudah zaman al-Ghazali ilmu dan filsafat tak berkembang lagi di Baghdad sebagaimana sebelumnya di zaman Mu'tazilah dan filosoffilosof Islam. Di dunia Islam bahagian Barat, iaitu di Andalus atau Sepanyol Islam, sebaliknya, pemikiran filosofis masih berkembang sesudah serangan a1-Ghazali tersebut, Ibn Bajjah (1082-1138) dalam bukunya Risalah al- Wida' kelihatannya mencela al-Ghazali yang berpendapat bahwa bukanlah akal tetapi al-dzauq dan ma'rifat sufilah yang membawa orang kepada kebenaran yang meyakinkan. Ibn Tufail (w. 1185 M) dalam bukunya Hayy Ibn Yaqzan malahan menghidupkan pendapat Mu'tazilah, bahwa akal manusia begitu kuatnya sehingga ia dapat mengetahui masalah-masalah keagamaan seperti adanya Tuhan, wajibnya manusia berterimakasih kepada Tuhan, kebaikan serta kejahatan dan kewajiban manusia berbuat baik dan menjauhi perbuatan jahat. Dalam hal-hal ini wahyu datang untuk memperkuat akal. Dan akal orang yang terpencil di suatu pulau, jauh dari masyarakat manusia, dapat mencapai kesempurnaan sehingga ia sanggup menerima pancaran ilmu dari Tuhan, seperti yang terdapat dalam filsafat emanasi Al-Farabi dan Ibn Sina.145 Tapi Ibn Rusydlah (1126-1198 M) yang mengarang buku Tahufut al-Tahafut sebagai jawaban terhadap kritik-kritik Albpg-Ghazali yang ia huraikan dalam Tahafut alFalasijah. Mengenai masalah pertama qidam al-alam, alam tidak mempunyai permulaan dalam zaman, konsep AI-Ghazali bahwa alam hadis, alam mempunyai permulaan dalam zaman, menurut Ibn Rusyd mengandungi erti bahwa ketika Tuhan menciptakan alam, tidak ada sesuatu di samping Tuhan. Tuhan, dengan kata lain, di ketika itu berada dalam
145

Diperolehi daripada http.www. sutrisno.wordpress.com/2007/01/11/ibnu-rusyd.

83

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

kesendirianNya. Tuhan menciptakan alam dari tiada atau nihil. Konsep serupa ini, kata Ibn Rusyd, tidak sesuai dengan kandungan al-Qur'an. Di dalam al-Qur'an digambarkan bahwa sebelum alam diciptakan Tuhan, telah ada sesuatu di sampingNya. Ayat 7 dari surat Hud umpamanya mengatakan, Dan Ialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari dan takhtaNya (pada waktu itu) berada di atas air.146 Jelas disebut dalam ayat ini, bahwa ketika Tuhan menciptakan langit dan bumi telah ada di samping Tuhan, air. Ayat 11 dari Ha Mim menyebut pula, Kemudian la pun naik ke langit sewaktu ia masih merupakan wap. Di sini yang ada di samping Tuhan adalah wap, dan air serta wap adalah satu. Selanjutnya ayat 30 dari surat al-Anbia' mengatakan pula, Apakah orang-orang yang tak percaya tidak melihat ' bahawa langit dan bumi (pada mulanya) adalah satu dan kemudian Kami pisahkan. Kami jadikan segala yang hidup dari air. Ayat ini mengandung erti bahwa langit dan bumi pada mulanya berasal dari unsur yang satu dan kemudian menjadi dua benda yang berlainan. Dengan ayat-ayat serupa inilah Ibn Rusyd menentang pendapat al-Ghazali bahwa alam diciptakan Tuhan dari tiada dan bersifat hadis dan menegaskan bahwa pendapat itu tidak sesuai dengan kandungan al-Qur'an. Yang sesuai dengan kandungan al-Qur'an sebenarnya adalah konsep al-Farabi, Ibn Sina dan filosof-filosof lain. Di samping itu, kata khalaqa di dalam al-Qur'an, kata Ibn Rusyd, menggambarkan penciptaan bukan dari "tiada", seperti yang dikatakan al-Ghazali, tetapi dari "ada", seperti yang dikatakan filosof-filosof. Ayat 12 dari surat al-Mu'minun, menjelaskan, Kami ciptakan manusia dari inti sari, tanah. Manusia di dalam al-Qur'an diciptakan bukan dari "tiada" tetapi dari

146

Ibid.

84

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

sesuatu yang "ada", yaitu intisari tanah seperti disebut, oleh ayat di atas. Filsafat memang tidak menerima konsep. penciptaan dari tiada (creatio ex nihilo).147 "Tiada", kata Ibn Rusyd tidak boleh berubah menjadi "ada", yang terjadi ialah "ada" berubah menjadi "ada" dalam bentuk lain. Dalam hal bumi, "ada" dalam bentuk materi asal yang empat dirubah Tuhan menjadi "ada" dalam bentuk bumi. Demikian pula langit. Dan yang qadim adalah materi asal. Adapun langit dan bumi susunannya adalah baru (hadis ). Qadimnya alam, menurut penjelasan Ibn Rusyd tidak membawa kepada politeisme atau ateisme, kerana qadim dalam pemikiran filsafat bukan hanya bererti sesuatu yang tidak diciptakan, tetapi juga bererti sesuatu yang diciptakan dalam keadaan terus menerus, mulai dari zaman tak bermula di masa lampau sampai ke zaman tak berakhir di masa mendatang. Jadi Tuhan qadim bererti Tuhan tidak diciptakan, tetapi adalah pencipta dan alam qadim berarti alam diciptakan dalam keadaan terus menerus dari zaman tak bermula ke zaman tak berakhir . Dengan demikian sungguhpun alam qadim, alam bukan Tuhan, tetapi adalah ciptaan Tuhan.148 Bahawa alam yang terus menerus dalam keadaan diciptakan ini tetap akan ada dan baqin digambarkan juga oleh al-Qur'an. Ayat 47/8 dari surat Ibrahim menyebut: Jangan1ah Sangka bahwa Allah akan menyalahi janji bagi rasul-rasulNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa dan Maha Pemberi balasan di hari bumi ditukar dengan bumi yang lain dan ( demikian pula) langit.149 Di hari perhitungan atau pembalasan nanti, tegasnya di hari kiamat, Tuhan akan menukar bumi ini dengan bumi yang lain dan demikian pula langit sekarang akan ditukar dengan langit yang lain. Konsep ini mengandung erti bahwa pada hari kiamat bumi dan
147

Diperolehi daripada http. www.islamhadhari.net/v4/tokohislam/detail.php?nkid=30 Diperolehi daripada http.www. syaheerah.multiply.com/journal. 149 Ibid
148

85

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

langit sekarang akan hancur susunannya dan menjadi materi api, udara, air dan tanah kembali dari keempat unsur ini Tuhan akan menciptakan bumi dan langit yang lain lagi. Bumi dan langit ini akan hancur pula, dan dari materi asalnya akan diciptakan pula bumi dan langit yang lain dan demikianlah seterusnya tanpa kesudahan. Jadi pengertian qadim sebagai sesuatu yang berada dalam kejadian terus menerus adalah sesuai dengan kandungan al-Qur'an.150 Dengan demikian al-Ghazali tidak mempunyai argumen kuat untuk mengkafirkan filosof dalam falsafat mereka tentang qadimnya alam. Kedua-duanya, kata Ibn Rusyd, yaitu pihak al-Farabi dan pihak al-Ghazali sama-sama memberi tafsiran masing-masing tentang ayat-ayat al-Qur'an mengenai penciptaan alam. Yang bertentangan bukanlah pendapat filosof dengan al-Qur'an, tetapi pendapat filosof dengan pendapat al-Ghazali. Mengenai masalah kedua, Tuhan tidak mengetahui perincian yang terjadi di alam, Ibn Rusyd menjelaskan bahwa para filosof tak pernah mengatakan demikian. Menurut mereka Tuhan mengetahui perinciannya; yang mereka persoalkan ialah bagaimana Tuhan mengetahui perincian itu. Perincian berbentuk materi dan materi dapat ditangkap pancaindra, sedang Tuhan bersifat immateri dan tak mempunyai pancaindra.151 Dalam hal pembangkitan jasmani, Ibn Rusyd menulis dalam Tahafut al-Tahafut bahwa filosof-filosof Islam tak menyebut hal itu. Dalam pada itu ia melihat adanya pertentangan dalam ucapan-ucapan al-Ghazali. Di dalam Tahafut al-Falasifah ia menulis bahwa dalam Islam tidak ada orang yang berpendapat adanya pembangkitan rohani saja, tetapi di dalam buku lain ia mengatakan, menurut kaum sufi, yang ada nanti ialah pembangkitan rohani dan pembangkitan jasmani tidak ada. Dengan demikian al-Ghazali
150 151

Diperolehi daripada http.www. syaheerah.multiply.com/journal. Ibid

86

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

juga tidak mempunyai argumen kuat untuk mengkafirkan kaum filosof dalam pemikiran tentang tidak tahunya Tuhan tentang perincian di alam dan tidak adanya pembangkitan jasmani. Ini bukanlah pendapat filosof, dan kelihatannya adalah kesimpulan yang ditarik al-Ghazali dari filsafat mereka.152 Dalam pada itu Ibn Rusyd, sebagaimana filosof-filosof Islam lain, menegaskan bahwa antara agama dan falsafat tidak ada pertentangan, kerana keduanya membicarakan kebenaran, dan kebenaran tidak berlawanan dengan kebenaran. Kalau penelitian akal bertentangan dengan teks wahyu dalam al-Qur'an maka dipakai ta'wil; wahyu diberi arti majazi. Arti ta'wil ada1ah meninggalkan arti lafzi untuk pergi ke arti majazi. Dengan kata lain, meninggalkan arti tersurat dan mengambil arti tersirat. Tetapi arti tersirat tidak boleh disampaikan kepada kaum awam, karena mereka tak dapat memahaminya. Antara filsafat dan agama Ibn Rusyd mengadakan harmoni. Dan dalam harmoni ini aka1 mempunyai kedudukan tinggi. Pengharmonian aka1 dan wahyu ini sampai ke Eropa dan di sana dikenal dengan averroisme. Sa1ah satu ajaran averroisme ia1ah kebenaran ganda, yang mengatakan bahwa pendapat filsafat benar sungguhpun menurut agama sa1ah. Agama mempunyai kebenarannya sendiri. Dan averroisme inilah yang menimbulkan pemikiran rasiona1 dan ilmiah di Eropa. Tak lama sesudah zaman Ibn Rusyd umat Islam di Spanyol mengalami kemunduran besar dan kekuasaan luas Islam sebelumnya hanya tingga1 di sekitar Granada di tangan Banu Nasr. Pada tahun 1492 dinasti ini terpaksa menyerah kepada Raja Ferdinand dari Castilia. Dengan hilangnya Islam dari Andalus atau di Spanyol, hilang pulalah pemikiran rasional dan ilmiah dari dunia Islam bagian barat. Di dunia
152

Diperolehi daripada http.www. sutrisno.wordpress.com/2007/01/11/ibnu-rusyd

87

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Islam bahagian timur, kecuali di ka1angan Syi'ah, teologi tradisional al-Asy'ari dan pendapat al-Ghazali bahwa jalan tasawuf untuk mencapai kebenaran adalah lebih meyakinkan dari pada ja1an falsafat, terus berkembang. Hilanglah pemikiran rasional, filosofis dan ilmiah dari dunia Islam sunni sehingga datang abad XIX dan umat Islam dikejutkan oleh kemajuan Eropa dalam bidang pemikiran, filsafat dan sains, sebagaimana disebut di atas, berkembang di Barat atas pengaruh kaedah berfikir Ibn Rusyd yang disebut averroisme. Semenjak itu pemikiran rasional mulai ditimbulkan oleh pemikirpemikir pembaruan seperti al-Afghani, Muhammad Abduh, Sayyid Ahmad Khan,dan lain-lain.

Maimonides

Maimonides dilahirkan pada 1138 di Cordoba, Sepanyol, pada suatu masa yang dianggap oleh para pakar sebagai akhir dari zaman

88

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

keemasan budaya Yahudi di Sepanyol, setelah abad-abad pertama pemerintahan bangsa Moor. Maimonides mempelajari Torah di bawah bimbingan ayahnya, Maimon, yang pada gilirannya belajar di bawah bimbingan Rabi Yosef ben Migash.153 Dinasti Almohades menakluki Cordoba pada 1148, dan mengancam komuniti Yahudi dengan pilihan memeluk Islam, dibunuh, atau hidup di pengasingan. Keluarga Maimonides, bersama dengan kebanyakan orang Yahudi lainnya, memilih hidup di pengasingan. Selama sepuluh tahun kemudian mereka berpindah-pindah di Sepanyol selatan, menghindari kaum Almohades, namun akhirnya menetap di Fes di Maroko. Di Fes ini Maimonides mendapatkan sebagian besar pendidikan sekularnya. Ia belajar di Universitas Fes. Pada masa itu, ia menyusun tafsirannya yang terkenal tentang Mishnah. Setelah pengembaraannya di Maroko, ia tinggal sebentar di Tanah Suci (Yerusalem), dan kemudian menetap di Fusthat, Mesir. Di sana ia menjadi doktor dari Wazir Agung Alfadhil dan barangkali juga Sultan Saladin dari Mesir. Ia menyusun sebahagian besar dari karyanya di tempat tinggalnya yang terakhir ini, termasuk Mishneh Torah. Ia meninggal di Fusthat, dan dimakamkan di Tiberias (kini berada di Israel). Anaknya, Avraham, yang diakui sebagai seorang sarjana besar, menggantikan Maimonides sebagai Nagid (kepala komuniti Yahudi Mesir). Ia juga mengambil peranan ayahnya sebagai doktor istana, dalam usia yang masih muda, yaitu 18 tahun. Ia sangat mengagungkan kenangan tentang ayahnya, dan sepanjang kariernya ia membela tulisantulisan ayahnya terhadap para kritikusnya. Jabatan Nagid dipegang oleh keluarga Maimonides selama empat generasi berturut-turut hingga akhir abad ke-14. Maimonides sangat dihormati di Sepanyol dan sebuah patungnya dibangunkan di Cordoba berdampingan dengan sinagoganya, yang tidak lagi berfungsi sebagai tempat
153

Diperolehi daripada http.www. media.isnet. org. Islam/ Etc/ Andalusia.html.

89

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

ibadah Yahudi, melainkan terbuka untuk umum. Sekarang di Cordoba tidak ada lagi komuniti Yahudi, namun kota ini bangga akan kaitan historisnya dengan Maimonides. Maimonides tetap menjadi pemikir Yahudi yang paling luas diperdebatkan dan kontroversial di antara para sarjana modern. Ia telah dijadikan lambang dan pahlawan intelektual oleh hampir semua gerakan utama dalam Yudaisme modern, dan terbukti sangat penting bagi para filsuf seperti Leo Strauss. Kedudukan penting Maimonides bagi berbagai sistem pemikiran terletak dalam penerimaan sang filsuf terhadap gagasangagasan yang paradoks dan seringkali kontradiktif. Kemampuan Maimonides dalam mempertemukan pemikiran yang filosofis dengan yang tradisional telah menjadikan warisannya sangat beraneka ragam dan dinamis.154 Ada pemikir-pemikir moden yang percaya bahwa Maimonides pada kenyataannya diam-diam adalah seorang Aristotelian rahsia yang memahami tradisi Yahudi sebagai suatu sistem alegoris yang dimaksudkan untuk mempertahankan komuniti Yahudi, namun yang secara filosofis tidak betul.155 Keyakinan ini ekoran dengan tulisantulisannya di bidang keagamaan dan halakha yang sangat banyak jumlahnya, komunikasi peribadinya dengan berbagai peribadi dan komuniti. Keperibadian Maimonides dianggap mencerminkan persepsi liberalisme keagamaan kerana kontroversi-kontroversi yang bermunculan di sekitar sebahagian dari karya-karyanya 800 tahun yang lalu, dan pendekatannya yang rasionalistik untuk memahami literatur "hagaddah" tertentu.

5.8 Ilmu Hadith

154 155

Diperolehi daripada http.www. media.isnet. org. Islam/ Etc/ Andalusia.html. Ibid

90

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Semua perkara yang disandarkan kepada Rasulullah dari segi perkataan, perbuatan dan takrir dan bukan bersifat mukjizat. Dengan kata lain al-Sunnah adalah interpretasi atau terjemahan tentang prinsip-prinsip umum wahyu. Sunnah ialah koleksi sabda dan perbuatan Rasulullah S.A.W. termasuklah buah fikirannya, tentang perkara kebaikan dan kejahatan, yang diingini atau tidak diingini serta juga merupakan amalanamalan yang diakui layak diikuti oleh orang islam. Sunnah memetik kata-kata ungkapan yang ditujukan secara langsung kepada sahabat baginda yang telah menyaksikan sikap serta perbuatan itu lalu dilaporkannya. Setiap unit sunnah yang membawa laporan tentang Rasulullah S.A.W disebut hadis. Sunnah mengambil tempat kedua selepas al-Quran.156 Fungsi al-Hadith terhadap al-Quran Antara fungsi al-Hadith terhadap al-Quran ialah menjelaskan keterangan al-Quran serta memberikan gambaran tentang tujuan-tujuannya. Keduanya ialah menegaskan hukum yang terdapat dalam Al-Quran seperti halal, haram, wajib, sunat dan sebagainya. Fungsi yang seterusnya ialah hukum-hukum berdasarkan hadis yang sahih dan mentafsirkan al-Quran.157 Pembukuan al-Hadith As-Sunnah dihafal oleh para sahabat sebelum dicatat dalam bentuk tulisan. Pada awalnya Rasulullah tidak membenarkan penulisan al-Hadith kerana dikhuatiri berlaku kekliruan antara wahyu dengan hadith. Kemudian apabila kemungkinan berlaku kekeliruan terhadapnya dapat dihapuskan oleh golongan majoriti terhadap al-Quran, maka Rasulullah S.A.W membenarkan para sahabat untuk menulis hadith.158
156

Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal.66. 157 Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal.66 158 Ibid; hal.67.

91

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Di antara sahabat yang mencatatkan setengah-setengah bahagian sunnah ialah Saad bin Ubadah al-Ansori, Abdullah ibn Abu Awfa, Samrah ibn Jundub, Jabir bin Abdullah, Wahb ibn Munabih yang mewarisi koleksi Abu Hurairah: Abdullah ibn Amr dan Andullah ibn Abbas. Kepentingan al-Hadith Sumber yang rapat dengan al-Quran, kerana hadith secara tidak langsung adalah wahyu dari Allah. Oleh itu golongan yang mempertikaikan al-Hadith beerti mempertikaikan al-Quran. Tanpa hadith banyak perkara dalam al-Quran sukar difahamai seperti yang berkaitan dengan ibadah, muamalah dan sebagainya. Nilai sunnah dan perkaitannya dengan Islam diakui oleh orang Islam secara universal. Keperluan untuk membantu orang Islam memnuhi keperluan keimanannya dalam hal-hal berzikir, perundangan, etika, social, ekonomi, politik dan antarabangsa. Sunnah didengar, disaksi, dihafaz, dilaporkan dan disebarkan pada generasi seterusnya. Semenjak kurun ketiga selepas hijrah, sunnah telah diketahui melalui enam kumpulan kanun yang disebut sihah iaitu al-Bukhri (870 M), Muslim (865 M) Abu Daud (888M) Ibn Majah (886M) Al-Nasai (915 M) dan al-Tirmizi (892M).159

Pembahagian Hadith Secara Umum Hadith yang dapat dijadikan pegangan adalah hadith yang dapat diyakini kebenarannya. Untuk mendapatkan hadith tersebut tidaklah mudah kerana hadith yang ada sangatlah banyak dan sumbernya pun berasal dari berbagai pandangan ulama.160 A. Dari segi jumlah periwayatnya
159

Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua; hal.67. 160 Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net.

92

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Hadith ditinjau dari segi jumlah rawi atau banyak atau sedikitnya perawi yang menjadi sumber isinya, maka dalam hal ini hadith di bahagi menjadi dua jenis, iaitu hadith mutawatir dan hadits ahad.161

1. Hadits Mutawatir a. Ta'rif Hadith Mutawatir Kata mutawatir menurut loghat ialah mutatabi yang bererti beriring-iringan atau berturutturut antara satu dengan yang lain. Sedangkan menurut istilah ialah:

"Suatu hasil hadis tanggapan pancaindera, yang diriwayatkan oleh sejumlah besar rawi, yang menurut kebiasaan mustahil mereka berkumpul dan bersepakat untuk dusta."

Ertinya: "Hadith mutawatir ialah suatu (hadith) yang diriwayatkan sejumlah rawi yang menurut adat mustahil mereka bersepakat berbuat dusta, hal tersebut seimbang dari permulaan sanad hingga akhirnya, tidak terdapat kejanggalan jumlah pada setiap tingkatan."162
161 162

Ibid Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net.

93

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Tidak dapat dikategorikan dalam hadith mutawatir, iaitu segala berita yang diriwayatkan dengan tidak bersandar pada pancaindera, seperti meriwayatkan tentang sifat-sifat manusia, baik yang terpuji mahupun yang tercela, juga segala berita yang diriwayatkan oleh orang banyak, tetapi mereka berkumpul untuk bersepakat mengadakan berita-berita secara dusta. Hadith yang dapat dijadikan pegangan dasar hukum suatu perbuatan haruslah diyakini kebenarannya.163 Oleh kerana kita tidak mendengar hadith itu langsung dari Nabi Muhammad S.A.W, maka jalan penyampaian hadith itu atau orangorang yang menyampaikan hadith itu harus dapat memberikan keyakinan tentang kebenaran hadith tersebut. Dalam sejarah para perawi diketahui bagaimana cara perawi menerima dan menyampaikan hadith. Ada yang melihat atau mendengar, ada pula yang dengan tidak melalui perantaraan pancaindera, misalnya dengan lafaz diberitakan dan sebagainya. Di samping itu, dapat diketahui pula banyak atau sedikitnya orang yang meriwayatkan hadith itu. Apabila jumlah yang meriwayatkan demikian banyak yang secara mudah dapat diketahui bahwa sekian banyak perawi itu tidak mungkin bersepakat untuk berdusta, maka penyampaian itu adalah secara mutawatir. b. Syarat-Syarat Hadits Mutawatir Suatu hadits dapat dikatakan mutawatir apabila telah memenuhi persyaratan sebagai berikut:164 1. Hadits (khabar) yang diberitakan oleh rawi-rawi tersebut harus berdasarkan tanggapan (daya tangkap) pancaindera. Ertinya bahawa berita yang disampaikan itu benar-benar

163 164

Ibid. Diperolehi daripada http.www. syaheerah.multiply.com/journal.

94

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

merupakan hasil pemikiran semata atau rangkuman dari peristiwa-peristiwa yang lain dan yang semacamnya, dalam erti tidak merupakan hasil tanggapan pancaindera (tidak didengar atau dilihat) sendiri oleh pemberitanya, maka tidak dapat disebut hadith mutawatir walaupun rawi yang memberikan itu mencapai jumlah yang banyak.

2. Bilangan para perawi mencapai suatu jumlah yang menurut adat mustahil merekauntuk berdusta. Dalam hal ini para ulama berbeza pendapat tentang batasan jumlah untuk tidak memungkinkan bersepakat dusta. a. Abu Thayib menentukan sekurang-kurangnya 4 orang. Hal tersebut diqiyaskan dengan jumlah saksi yang diperlukan oleh hakim. b. Ashabus Syafi'i menentukan minimal 5 orang. Hal tersebut diqiyaskan dengan jumlah para Nabi yang mendapatkan gelar Ulul Azmi. c. Sebagian ulama menetapkan sekurang-kurangnya 20 orang. Hal tersebut berdasarkan ketentuan yang telah difirmankan Allah tentang orang-orang mukmin yang tahan uji, yang dapat mengalahkan orang-orang kafir sejumlah 200 orang (lihat surat Al-Anfal ayat 65). d. Ulama yang lain menetapkan jumlah tersebut sekurang-kurangnya 40 orang. Hal tersebut diqiyaskan dengan firman Allah:

95

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

"Wahai

nabi cukuplah

Allah

dan

orang-orang yang

mengikutimu

(menjadi

penolongmu)." (QS. Al-Anfal: 64).165 3. Seimbang jumlah para perawi, sejak dalam thabaqat (lapisan/tingkatan) pertama maupun thabaqat berikutnya. Hadith mutawatir yang memenuhi syarat-syarat seperti ini tidak banyak jumlahnya, bahkan Ibnu Hibban dan Al-Hazimi menyatakan bahawa hadith mutawatir tidak mungkin terdapat kerana persyaratan yang demikian ketatnya. Sedangkan Ibnu Salah berpendapat bahawa mutawatir itu memang ada, tetapi jumlahnya hanya sedikit.166 Ibnu Hajar Al-Asqalani berpendapat bahawa pendapat tersebut di atas tidak benar. Ibnu Hajar mengemukakan bahawa mereka kurang menelaah jalan-jalan hadith, kelakuan dan sifat-sifat perawi yang dapat memustahilkan hadith mutawatir itu banyak jumlahnya sebagaimana dikemukakan dalam kitab-kitab yang masyhur bahkan ada beberapa kitab yang khusus menghimpun hadits-hadits mutawatir, seperti Al-Azharu al-Mutanatsirah fi al-Akhabri al-Mutawatirah, susunan Imam As-Suyuti(911 H), Nadmu al-Mutasir Mina al-Haditsi al-Mutawatir, susunan Muhammad Abdullah bin Jafar Al-Khattani (1345 H).

c. Faedah Hadits Mutawatir Hadits mutawatir memberikan faedah ilmu daruri, yakni keharusan untuk menerimanya secara bulat sesuatu yang diberitahukan mutawatir kerana ia membawa keyakinan yang qath'i (pasti), dengan seyakin-yakinnya bahwa Nabi Muhammad SAW

165 166

Diperolehi daripada http.www. syaheerah.multiply.com/journal. Ibid.

96

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

benar-benar menyabdakan atau mengerjakan sesuatu seperti yang diriwayatkan oleh rawi-rawi mutawatir. Dengan demikian, dapatlah dikatakan bahawa penelitian terhadap rawi-rawi hadits mutawatir tentang keadilan tidak diperlukan lagi, kerana kuantiti /jumlah rawi-rawinya mencapai ketentuan yang dapat menjamin untuk tidak bersepakat dusta. Oleh karenanya wajiblah bagi setiap muslim menerima dan mengamalkan semua hadith mutawatir. Umat Islam telah sepakat tentang faedah hadith mutawatir seperti tersebut di atas dan bahkan orang yang mengingkari hasil ilmu daruri dari hadits mutawatir sama halnya dengan mengingkari hasil ilmu daruri yang berdasarkan musyahailat (penglibatan pancaindera).167

d. Pembahagian Hadits Mutawatir Para ulama membagi hadits mutawatir menjadi 3 (tiga) macam : 1. Hadits Mutawatir Lafzi Muhadditsin memberi pengertian Hadits Mutawatir Lafzi antara lain :

"Suatu (hadits) yang sama (mufakat) bunyi lafaz menurut para rawi dan demikian juga pada hukum dan maknanya." Pengertian lain hadith mutawatir lafzi adalah :168

167 168

Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp. Diperolehi daripada http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp.

97

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

"Suatu yang diriwayatkan dengan bunyi lafaznya oleh sejumlah rawi dari sejumlah rawi dari sejumlah rawi." Contoh Hadith Mutawatir Lafzi:169

"Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia bersedia menduduki tempat duduk di neraka." Silsilah/urutan rawi hadith di atas ialah sebagai berikut:

Menurut Abu Bakar Al-Bazzar, hadits tersebut diatas diriwayatkan oleh 40 orang sahabat, kemudian Imam Nawawi dalam kita Minhaju al-Muhadditsin menyatakan bahwa hadits itu diterima 200 sahabat.
169

Ibid

98

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

2. Hadith mutawatir maknawi Hadith mutawatir maknawi adalah :

Ertinya "Hadith yang berlainan bunyi lafaz dan maknanya, tetapi dapat diambil dari kesimpulannya atau satu makna yang umum."

Ertinya: "Hadith yang disepakati penulisannya atas maknanya tanpa menghiraukan perbezaan pada lafaz." Jadi hadis mutawatir maknawi adalah hadis mutawatir yang para perawinya berbeda dalam menyusun redaksi hadis tersebut, namun terdapat persesuaian atau kesamaan dalam maknanya. Contoh :

99

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ertinya

"Rasulullah SAW tidak mengangkat kedua tangan beliau dalam doa-doanya selain dalam doa salat istiqa' dan beliau mengangkat tangannya, sehingga nampak putih-putih kedua ketiaknya." (HR. Bukhari Muslim) Hadith yang semakna dengan hadith tersebut di atas ada banyak, iaitu tidak kurang dari 30 buah dengan redaksi yang berbeza-beza. Antara lain hadith-hadith yang ditakrijkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan Abu Daud yang berbunyi :

Ertinya : "Rasulullah SAW mengangkat tangan sejajar dengan kedua pundak beliau." 3. Hadis Mutawatir Amali Hadith Mutawatir Amali adalah :

Ertinya

"Sesuatu yang mudah dapat diketahui bahawa hal itu berasal dari agama dan telah mutawatir di antara kaum muslimin bahawa Nabi melakukannya atau memerintahkan untuk melakukannya atau serupa dengan itu." Contoh :

100

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Kita melihat dimana saja bahawa salat Zuhur dilakukan dengan jumlah rakaat sebanyak 4 (empat) rakaat dan kita tahu bahwa hal itu adalah perbuatan yang diperintahkan oleh Islam dan kita mempunyai sangkaan kuat bahawa Nabi Muhammad SAW melakukannya atau memerintahkannya demikian. Di samping pembahagian hadith mutawatir sebagaimana tersebut di atas, juga ulama yang membahagi hadis mutawatir menjadi 2 (dua) macam saja. Mereka memasukkan hadis mutawatir amali ke dalam mutawatir maknawi. Oleh keranaya hadis mutawatir hanya dibahagi menjadi mutawatir lafzi dan mutawatir maknawi. 2. Hadis Ahad Menurut Istilah ahli hadis, tarif hadis ahad antara lain adalah:

Ertinya: "Suatu hadis (khabar) yang jumlah pemberitaannya tidak mencapai jumlah pemberita hadis mutawatir; baik pemberita itu seorang. dua orang, tiga orang, empat orang, lima orang dan seterusnya, tetapi jumlah tersebut tidak memberi pengertian bahwa hadiTH tersebut masuk ke dalam hadith mutawatir: " 170 Ada juga yang memberikan tarif sebagai berikut:

170

Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net.

101

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ertinya: "Suatu hadis yang padanya tidak terkumpul syara-syarat mutawatir." b. Faedah hadis ahad Para ulama sependapat bahawa hadis ahad tidak Qat'i, sebagaimana hadith mutawatir. Hadith ahad hanya memfaedahkan zan, oleh kerana itu masih perlu diadakan penyelidikan sehingga dapat diketahui maqbul dan mardudnya. Dan kalau temyata telah diketahui bahwa, hadis tersebut tidak tertolak, dalam erti maqbul, maka mereka sepakat bahawa hadis tersebut wajib untuk diamalkan sebagaimana hadith mutawatir.171 Bahawa neraca yang harus kita pergunakan dalam berhujah dengan suatu hadith, ialah memeriksa "Apakah hadis tersebut maqbul atau mardud". Kalau maqbul, boleh kita berhujah dengannya. Kalau mardud, kita tidak dapat iktiqatkan dan tidak dapat pula kita mengamalkannya. Kemudian apabila telah nyata bahawa hadis itu (sahih, atau hasan), hendaklah kita periksa apakah ada muaridnya yang berlawanan dengan maknanya. Jika terlepas dari perlawanan maka hadith itu kita sebut muhkam. Jika ada, kita kumpulkan antara keduanya, atau kita takwilkan salah satunya supaya tidak bertentangan lagi maknanya. Kalau tak mungkin dikumpulkan, tapi diketahui mana yang terkemudian, maka yang terdahulu kita tinggalkan, kita pandang mansukh, yang terkemudian kita ambil, kita pandang nasikh. Jika kita tidak mengetahui sejarahnya, kita usahakan menarjihkan salah satunya. Kita ambil yang rajih, kita tinggalkan yang marjuh. Jika tak dapat ditarjihkan salah satunya, bertawaqquflah kita dahulu.172

171 172

Ibid. Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net.

102

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

B. Dari segi kualiti sanad dan matan hadis Penentuan tinggi rendahnya tingkatan suatu hadith bergantung kepada tiga hal, iaitu jumlah rawi, keadaan (kualiti) rawi, dan keadaan matan. Ketiga hal tersebut menentukan tinggi-rendahnya suatu hadis. Bila dua buah hadis menentukan keadaan rawi dan keadaan matan yang sama, maka hadith yang diriwayatkan oleh dua orang rawi lebih tinggi tingkatannya dari hadith yang diriwayatkan oleh satu orang rawi; dan hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang rawi lebih tinggi tingkatannya daripada hadith yang diriwayatkan oleh dua orang rawi.173 Jika dua buah hadith memiliki keadaan matan jumlah rawi (sanad) yang sama, maka hadith yang diriwayatkan oleh rawi yang kuat ingatannya, lebih tinggi tingkatannya daripada hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang lemah tingkatannya, dan hadith yang diriwayatkan oleh rawi yang jujur lebih tinggi tingkatannya daripada hadith yang diriwayatkan oleh rawi pendusta.

Ertinya

"Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk (memohon tobat kepada kami) pada waktu yang telah kami tentukan." Pendapat lain membatasi jumlah mereka empat pulu orang, bahkan ada yang membatasi cukup dengan empat orang pertimbangan bahwa saksi zina itu ada empat orang.

173

Ibid

103

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Kata-kata

(dari sejumlah rawi yng semisal dan seterusnya sampai

akhir sanad) mengecualikan hadith ahad yang pada sebahagian tingkatannya terkadang diriwayatkan oleh sejumlah rawi mutawatir.174 Contoh hadis :

Ertinya "Sesungguhnya amal-amal itu tergantung niatnya."

Awal hadis tersebut adalah ahad, namun pada pertengahan sanadnya menjadi mutawatir. Maka hadis yang demikian bukan termAsuk hadis mutawatir.Kata-kata

(dan sandaran mereka adalah pancaindera) seperti sikap dan perkataan beliau yang dapat dilihat atau didengar sabdanya. Misalnya para sahabat menyatakan; "kami melihat Nabi SAW berbuat begini". Dengan demikian mengecualikan masalah-masalah keyakinan yang disandarkan pada akal, seperti pernyataan tentang keesaan firman Allah dan mengecualikan pernyataan-pernyataan rasional murni, seperti pernyataan bahAwa satu itu separuhnya dua. Hal ini kerana bahwa yang menjadi pertimbangan adalah akal bukan berita.175 Bila dua hadis memiliki rawi yang sama keadaan dan jumlahnya, maka hadis yang matannya seiring atau tidak bertentangan dengan ayat-ayat Al-Quran, lebih tinggi tingkatannya dari hadith yang matannya buruk atau bertentangan dengan ayat-ayat Al174

Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net. Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net.

175

104

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

quran. Tingkatan{martabat) hadith ialah taraf kepastian atau taraf dugaan tentang benar atau palsunya hadith berasal dari Rasulullah. Hadith yang tinggi tingkatannya bererti hadis yang tinggi taraf kepastiannya atau tinggi taraf dugaan tentang benarnya hadis itu berasal Rasulullah SAW. Hadis yang rendah tingkatannya bererti hadis yang rendah taraf kepastiannya atau taraf dugaan tentang benarnya ia berasal dari Rasulullah SAW. Tinggi rendahnya tingkatan suatu hadith menentukan tinggi rendahnya kedudukan hadith sebagai sumber hukum atau sumber Islam.176 Para ulama membahagi hadith ahad dalam tiga tingkatan, yaitu hadis sahih, hadis hasan, dan hadis daif. Pada umumnya para ulama tidak mengemukakan, jumlah rawi, keadaan rawi, dan keadaan matan dalam menentukan pembagian hadis-hadis tersebut menjadi hadis sahih, hasan, dan daif. 1. Hadis Sahih Hadis sahih menurut bahasa bererti hadith yang bersih dari cacat, hadith yang benar berasal dari Rasulullah SAW. Batasan hadith sahih, yang diberikan oleh ulama, antara lain :177

Ertinya

"Hadith sahih adalah hadith yang susunan lafaznya tidak cacat dan maknanya tidak

176
177

Ibid Munzier Suparta. 1993. Ilmu Hadis. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada; hal. 189.

105

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

menyalahi ayat (al-Quran), hdis mutawatir, atau ijimak serta para rawinya adil dan dabit." 2. Hadis Hasan Menurut bahasa, hasan bererti bagus atau baik. Menurut Imam Turmuzi hasis hasan adalah:178

Ertinya: "yang kami sebut hadith hasan dalam kitab kami adalah hadith ynag sannadnya baik menurut kami, iaitu setiap hadith yang diriwayatkan melalui sanad di dalamnya tidak terdapat rawi yang dicurigai berdusta, matan hadithnya, tidak janggal diriwayatkan melalui sanad yang lain pula yang sedarjat. Hadith yang demikian kami sebut hadith hasan."

3. Hadith Daif Hadith daif menurut bahasa bererti hadith yang lemah, yakni para ulama memiliki dugaan yang lemah (kecil atau rendah) tentang benarnya hadis itu berasal dari Rasulullah SAW.179 Para ulama memberi batasan bagi hadis daif :

178

179

Diperolehi daripada http. www.al-ahkam.net. Munzier Suparta. 1993. Ilmu Hadis; hal. 189.

106

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ertinya: "Hadith daif adalah hadith yang tidak menghimpun sifat-sifat hadith sahih, dan juga tidak menghimpun sifat-sifat hadith hasan." Jadi hadith daif itu bukan saja tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih, melainkan juga tidak memenuhi syarat-syarat hadith hasan. Pada hadith daif itu terdapat hal-hal yang menyebabkan lebih besarnya dugaan untuk menetapkan hadith tersebut bukan berasal dari Rasulullah SAW. 180

C. Dari segi kedudukan dalam hujah Sebagaimana telah dijelaskan bahawa suatu hadith perlu dilakukan pemeriksaan, penyelidikan dan pemhahasan yang saksama khususnya hadith ahad, kerana hadith tersebut tidak mencapai darjat mutawatir. Memang berbeza dengan hadith mutawatir yang memfaedahkan ilmu darury, iaitu suatu keharusan menerima secara bulat. Sehubungan dengan hal tersebut di atas, hadith ahad ditinjau dari segi dapat diterima atau tidaknya terbahagi menjadi 2 (dua) macam iaitu hadis maqbul dan hadis mardud. a. Hadis Maqbul Maqbul menurut bahasa bererti yang diambil, yang diterima, yang dibenarkan. Sedangkan menurut urf Muhaditsin hadis Maqbul ialah:181

180
181

Ibid Munzier Suparta. 1993. Ilmu Hadis; hal.190.

107

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Artinya: "Hadith yang menunjukkan suatu keterangan bahawa Nabi Muhammad SAW menyabdakannya." Jumhur ulama berpendapat bahawa hadis maqbul ini wajib diterima. Sedangkan yang temasuk dalam kategori hadis maqbul adalah: * Hadis sahih, baik yang lizatihu mahupun yang ligairihi. * Hadis hasan baik yang lizatihi mahupun yang ligairihi.182 Kedua jenis hadis tersebut di atas adalah hadis-hadis maqbul yang wajib diterima, namun demikian para muhaddisin dan juga ulama yang lain sependapat bahawa tidak semua hadith yang maqbul itu harus diamalkan, mengingat dalam kenyataan terdapat hadith-hadith yang telah dihapuskan hukumnya disebabkan datangnya hukum atau yang juga ditetapkan oleh hadith Rasulullah SAW. Adapun hadith maqbul yang datang kemudian (yang menghapuskan)disebut dengan hadis nasikh, sedangkan yang datang terdahulu (yang dihapus) disebut dengan hadis mansukh.183 Di samping itu, terdapat pula hadith-hadith maqbul yang maknanya berlawanan antara satu dengan yang lainnya yang lebih rajih (lebih kuat periwayatannya). Dalam hal ini hadis yang kuat disebut dengan hadis rajih, sedangkan yang lemah disebut dengan hadis marjuh. Apabila ditinjau dari segi kemakmurannya, maka hadis maqbul dapat dibahagi menjadi 2 (dua) yakni hadith maqbulun bihi dan hadith gairu ma'mulin bihi. 1. Hadith maqmulun bihi Hadith maqmulun bihi adalah hadith yang dapat diamalkan apabila yang termasuk hadith
182 183

Ibid Ibid.

108

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

ini ialah: a. Hadith muhkam, iaitu hadith yang tidak mempunyai perlawanan b. Hadith mukhtalif, yaitu dua hadith yang pada lahimya saling berlawanan yang mungkin dikompromikan dengan mudah c. Hadith nasih d. Hadith rajih 2. Hadith gairo makmulinbihi Hadith gairu makmulinbihi ialah hadith maqbul yang tidak dapat diamalkan. Di antara hadith-hadith maqbul yang tidak dapat diamalkan ialah: a. Hadith mutawaqaf, iaitu hadith muthalif yang tidak dapat dikompromikan, tidak dapat ditansihkan dan tidak pula dapat ditarjihkan b. Hadith mansuh c. Hadith marjuh. B. Hadis Mardud Mardud menurut bahasa bererti yang ditolak; yang tidak diterima. Sedangkan menurut urf Muhaddisin, hadith mardud ialah :

Ertinya: "Hadith yang tidak menunjukkan keterangan yang kuat akan adanya dan tidak menunjukkan keterangan yang kuat atas ketidakadaannya, tetapi adanya dengan ketidakadaannya bersamaan."184

184

Munzier Suparta. 1993. Ilmu Hadis; hal. 191.

109

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ada juga yang menarifkan hadith mardud adalah:

Ertinya: "Hadith yang tidak terdapat di dalamnya sifat hadith Maqbun." Sebagaimana telah diterangkan di atas bahawa jumhur ulama mewajibkan untuk menerima hadith-hadith maqbul, maka sebaliknya setiap hadith yang mardud tidak boleh diterima dan tidak boleh diamalkan (harus ditolak). Jadi, hadith mardud adalah semua hadith yang telah dihukumi daif. 185 D. Dari segi perkembangan sanadnya 1. Hadith Muttasil Hadith muttasil disebut juga Hadith Mausul.

Ertinya: "Hadith muttasil adalah hadith yang didengar oleh masing-masing rawinya dari rawi yang di atasnya sampai kepada hujung sanadnya, baik hadith marfu' maupun hadith mauquf." 186
185

Ibid Munzier Suparta. 1993. Ilmu Hadis; hal.192.

186

110

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Kata-kata "hadith yang didengar olehnya" mencakupi pula hadith-hadith yang diriwayatkan melalui cara lain yang telah diakui, seperti Al-Arz, Al-Mukatabah, dan AlIjasah, Al-Sahihah. Dalam definisi di atas digunakan kata-kata "yang didengar"kerana cara penerimaan demikian ialah cara periwayatan yang paling banyak ditempuh. Mereka menjelaskan, sehubungan dengan hadith Mu 'an 'an, bahwa para ulama Mutaakhirin menggunakan kata 'an dalam menyampaikan hadith yang diterima melalui Al-Ijasah dan yang demikian tidaklah menafikan hadith yang bersangkutan dari batas Hadith Muttasil.187 Contoh Hadis Muttasil Marfu' adalah hadis yang diriwayatkan oleh Malik; dari Nafi' dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: "Orang yang tidak mengerjakan solatt Asar seakan-akan menimpakan bencana kepada keluarga dan hartanya"

Contoh hadith mutasil maukuf adalah hadith yang diriwayatkan oleh Malik dari Nafi' bahawa ia mendengar Abdullah bin Umar berkata:

Ertinya: "Barang siapa yang berhutang dengan orang lain maka tidak boleh menentukan syarat lain kecuali keharusan membayarnya."

187

Ibid

111

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Masing-masing hadith di atas adalah muttasil atau mausul, kerana masing-masing rawinya mendengarnya dari periwayat di atasnya, dari awal sampai akhir. Adapun hadis Maqtu yakni hadith yang disandarkan kepada tabi'in, bila sanadnya bersambung. Tidak diperselisihkan bahawa hadith maqtu termasuk jenis Hadith muttasil; tetapi jumhur mudaddisin berkata, "Hadith maqtu tidak dapat disebut hadith mausul atau muttasil secara mutlak, melainkan hendaknya disertai kata-kata yang membezakannya dengan Hadith mausul sebelumnya. Oleh kerana itu, mestinya dikatakan "Hadith ini bersambung sampai kepada Sayid bin Al-Musayyab dan sebagainya". Sebahagian ulama membolehkan penyebutan hadith maqtu sebagai hadith mausul atau muttasil secara mutlak tanpa batasan, diikutkan kepada kedua hadisthmausul di atas. Seakan-akan pendapat yang dikemukakan jumhur, iaitu hadith yang berpangkal pada tabi'in dinamai hadis maqtu. Secara etimologis hadis maqtu' adalah lawan Hadis mausul. Oleh kerana itu, mereka membezakannya dengan menyedarkannya kepada tabi'in.

2. Hadith Munqati' Kata Al-Inqita' (terputus) berasal dari kata Al-Qat (pemotongan) yang menurut bahasa berErti memisahkan sesuatu dari yang lain. Dan kata inqita' merupakan akibatnya, yakni terputus. Kata inqita' adalah lawan kata ittisal (bersambung) dan Al-Wasl. Yang dimaksud di sini adalah gugurnya sebahagian rawi pada rangkaian sanad. Para ulama berbeza pendapat dalam memahami istilah ini dengan perbezaan yang tajam. Menurut kami, hal ini disebabkan berkembangnya pemakaian istilah tersebut dari masa ulama mutaqaddimin sampai masa ulama mutaakhirin.

112

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Definisi Munqati' yang paling utama adalah definisi yang dikemukakan oleh AlHafizh Ibnu Abdil Barr, yakni:

Ertinya: "Hadith Munqati adalah setiap hadith yang tidak bersambung sanadnya, baik yang disandarkan kepada Nabi SAW, mahupun disandarkan kepada yang lain." Hadith yang tidak bersambung sanadnya adalah hadith yang pada sanadnya gugur seorang atau beberapa orang rawi pada tingkatan (tabaqat) mana pun. Sehubungan dengan itu, penyusun Al-Manzhumah Al-Baiquniyyah mengatakan:

Ertinya: Setiap hadith yang tidak bersambung sanadnya bagaimanapun keadannya adalah termasuk Hadith Munqati' (terputus) persambungannya." Demikianlah para ulama Mutaqaddimin mengklasifikasikan hadith, An-Nawawi berkata, "Klasifikasi tersebut adalah sahih dan dipilih oleh para fuqaha, Al-Khatib, Ibnu Abdil Barr, dan Muhaddis lainnya". Dengan demikian, hadith munqati' merupakan suatu judul yang umum yang mencakupi segala macam hadith yang terputus sanadnya. Adapun ahli hadis Mutaakhirin menjadikan istilah tersebut sebagai berikut:

113

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Ertinya: "Hadith Munqati adalah hadith yang gugur salah seorang rawinya sebelum sahabat di satu tempat atau beberapa tempat, dengan catatan bahwa rawi yang gugur pada setiap tempat tidak lebih dari seorang dan tidak terjadi pada awal sanad." Definisi ini menjadikan hadith munqati' berbeza dengan hadith-hadith yang terputus sanadnya yang lain. Dengan ketentuan "Salah seorang rawinya" defnisi ini tidak mencakupi hadith mu'dal; dengan kata-kata, "Sebelum sahabat" definisi ini tidak mencakupi hadith mursal; dan dengan penjelasan kata-kata "Tidak pada awal sanad" definisi ini tidak mencakupi hadith muallaq. Tokoh-tokoh: Antara mereka ialah Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Ansari yang menghasilkan Kitab al-Arbain Hadithan al-Buldaniyyah dan Kitab fi Tabyin alMushkilat al-Hadithah, Ahmad bin Muhammad bin Abi Khalil yang menulis : Kitab Rajjalah al-Muallim bi Zawaid al-Bukhari wa al-Muslim, Ikhtiar Gharib al-Hadith Malik li-al-Dar al-Qutni, Nazm al-Darara fi ma-Tufrid Muslim an al-Bukhari dan Kitab Tauhin Turuq Hadith al-Arbain, Abu Bakar al-Musawaih dan lain-lain lagi.Mereka semua bergiat di Afrika Utara walaupun mereka dilahirkan di Sepanyol.188

188

Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia; hal. 87.

114

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Tokoh yang lain ialah al-Khusanni atau Muhammmad ibn Abd al-Salam ibn Salabah, Abu Hassan (Abul Hassan (217-276 H/ 833-899 M) merupakan seorang ulama hadith yang terkenal. Beliau berasal dari Cordova. Beliau menghafal banyak hadith dan banyak mengarang buku-buku yang menguloas Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Abu Ayman atau Muhammad ibn Abdul Malik, Abu Abdullah (252-330 H/ 866-942 m) juga seorang ulama Hadith. Antara kitab-kitabnya ialah al-Sunan. Ibn Waddah atau Muhammad ibn Bazi (199-276 H/ 799-815 M) berasal dari Cordova adalah seorang ulama dalam pelbagai bidang. Kitab karangannya termasuklah Ibad wa al-Awabid, Kitab fihi ma Jaa min al-Hadith dalam bidang Hadith. Ibn Hazm atau Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad ibn Yahya ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakar (383-454 H/ 9941065 M) juga merupakan seorang ulama terkenal di zaman Bani Umayyah di Andalusia. Beliau banyak menghafal isnad Hadith dan sejarahnya.189 Tokoh berikutnya ialah Ibn Abd. Al-Barr, Abu Umar b. Abdullah (978-1070 M). Beliau berasal dari daerah timur Sepanyol dan alim dalam bidang Hadith, fikah dan sejarah. Beliau mendapat pendidikan asas di Cordova Setelah itu beliau berguru dengan para ulama di sebelah timur sehingga menjadi seorang ulama Hadith yang paling terkenal di Sepanyol dan Afrikan Utara. Ibn Abd Barr (m. 338 H/ 950 M) seorang sarjana agama yang menulis tentnag ilmu dan keunggulannya. Karya ini juga mengandungi beberapa Hadith Rasulullah S.A.W serta Athar sahabat-sahabatnya di samping menyebut tentang ketinggian ilmu jika dibandingkan dengan usaha-usaha lain. Beliau juga menyebut tentang hubungan antara guru dengan murid serta sarjana dengan pemimpin. Antara kitab karangannya ialah Fuqaha al- Qurtubah. Ulama lain termasulkah Abu al-Walid al-Baji, Sulayman ibn Khalaf (m. 473 H/ 1081 M) yang mengulas Kitab al189

Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia; hal. 87.

115

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Muwatta Muhammad ibn Abdullah ibn Aysham (m.341 H/ 973 M) dan lain-lain. Maslamah ibn al-Qasim ibn Ibrahim ibn Abdullah ibn Hatim yang berasal dari Cordova juga adalah seorang ulama Hadith yang terkenal. Antara kitab karangannya ialah alTarikh al-Kabir dan Tarikh fi al-Rijal.190 Beliau telah mendalami sejarah keturunan para sahabat Nabi dan ilmu mustalah Hadith. Karya beliau yang paling agung ialah berjudul al-Istiab Li Sahabah (sejarah para sahabat) dan yang kedua diterjemahkan berjudul Pendedahan dan Kecemerlangan Ilmu iaitu mengenai sekitar Hadith dan ulama Hadith, serta konsep ilmu menurut Islam. Ibn Abd al-Barr mengecam sikap bertaklid atau mengikut secara membuta tuli dalam agama. Beliau pada mulanya menganut mazhab Zahiri, setelah itu bertukar kepada mazhab Maliki. Beliau pernah dilantik menjadi Kadi Kadi di Lisbon (Portugal). Beliau meninggal dubia di Jativa. Tokoh-tokoh yang lain dalam bidang agama yang lahir di Sepanyol pada abad ke11 M, antaranya ialah al-Humaydi (m.1095 M). Beliau adalah anak murid Ibn Hazm dan Ibn Abd al-Barr dan mahir dalam bidang Hadith. Al-Humaydi dilahirkan di Majorca kirakira pada tahun 1029 M atau sebelumnya dan setelah itu keluarganya berpindah ke Cordova disebabkan suasana politik yang tidak stabil. Dari sana al-Humaydi mengembara ke sebelah Timur empayar Islam (Asia Barat) untuk menambah ilmu

pengetahuan, dan banyak kota yang dilaluinyatermasuk Kaherah, Damsyik dan Baghdad. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menetap di kota Baghdad hingga akhir hayatnya. Beliau banyak terpengaruh dengan mazhab Zahiri yang didukung oleh gurunya Ibn Hazm.

190

Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia; hal. 88.

116

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Pada abad ke-12 M telah lahir ramai lagi tokoh agama di Andalusia iaitu pada zaman pemerintahan al-Murabitun dan al-Muwahhidun, antaranya ialah Qadi Iyad (10831149). Beliau merupakan ulama terkenal pada zaman al-Murabitun, dilahirkan di Ceuta (DI Afrika). Pada ketika itu Afrika terletak di bawah kekuasaan kerajaan al-Murabitun. Dari sana beliau pergi belajar di Cordova. Setelah selesai pengajiannya beliau dilantik menjadi Kadi Ceuta, setelah beliau dipindahkan ke Seville dan dari sana beliau dipindahkan pula ke Cordova. Oleh kerana ketidakstabilan politik pada akhir dan

pemerintahan al-Murabitun menyebabkan beliau melerikan diri ke Marrakesh meninggal dunia di situ pada tahun 1149.191

Qadi Iyad terkenal dalam biang Hadith, fikah dan sejarah/ biografi. Antara guruguru beliau ialah Abu Muhammad Abdullah bin Attab dan Abu al-Wahid Rusyd. Bilanagn gurunya hampir seratus orang. Beliau telah menulis sebanyak 20 buah. Antaranya ialah Kitab al-Syafa bi-tarif huquq al-Mustafa (kesembuhan pada menyatakan hak-hak Nabi Muhammad S.A.W.192 Kitab ini mengandungi kata-kata pujian terhadap Nabi Muhammad serta hak-hak dan keistemewaannya yang dilihat dari sudut alQuran, Hadith dan sunnah Nabi. Di samping itu kitab ini juga memperkaqtakan tentang akhlak dan mukjizat Nabi yang tidak terbatas kepada al-Quran sahaja, malahan seluruh hidup dan peribadi Nabi mengandungi banyak mukjizat. Pandangan beliau terhadap Nabi Muhammad agak berbeza daripada pandangan ulama usul (ulama kalam) yang banyak menekankan kepada mukjizat al-Quran. Denagan sebab itu kitab al-Shifa mendapat tarikan para pengulas. Lebih dari 20 ulasan dilakukan sejak abad ke-14 M hingga abad ke-19M terhadap kitab tersebut. Masyariq al-anwar fi-Iqtifa Sahih al-Athar (menyatakan
191
192

Mahayuddin Hj. Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol; hal.65 Ibid

117

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

tentang istilah-istilah yang nadir yang terdapat dalam kitab Muwatta Ibn Malik. Kitab Tartib al-Madarik (himpunan tokoh-tokoh mazhab Maliki). Qadi Iyad merupakan tokoh mazhab Maliki yang sangat popular, dan mungkin beliau salah seorang penasihat kepada kerajaan al-Murabitun . Beliau dan rakan-rakan yang semazhab dengan beliau mengecam hebat pemimpin-pemimpin gerakan alMuwahhidun, termasuk Ibn Tumart kerana sikap anti Mazhab, termasuk Mazhab Maliki. Seperti yang dinyatakan di atas, golongan al-Muwahhidun hanya berpegang dengan alQuran, Hadith dan Ijma ulama. Golongan ahli teologi Asyari yang sangat popular di Baghdad pada ketika itu, termasuk Imam Ghazali r.a. turut dikecam. Kitab Ihya ulum alDin karangan Imam Ghazali telah dibakar di khalayak ramai.193 Selepas kemunculan kerajaan al-Muwahhidun, pengaruh ulama Maliki menjadi pudar dan tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh pemerintah. Abu Yusuf Yaaqub yang memerintah antara tahun 1184-1199 M memihak kepada mazhab Zahiri. Sarjana Islam yang paling kuat menyokong kerajaan al-Muwahhidun ialah Ibn Rusyd (11261198) di Barat beliau dikenali sebagai Averroes, seorang sarjana Islam yang terkenal di Sepanyol.194 Ketibaan Ibn Rasyd telah melhirkan suatu corak baru dalam sejarah pemikiran orang Islam di Sepanyol.

193 194

Mahayuddin Hj. Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol; hal. 67. Ibid, hal. 68.

118

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

6.0 KESIMPULAN Berdasarkan huraian diatas menunjukkan kepada kita bahawa betapa besarnya sumbangan peradaban Islam di Andalusia terhadap pengembangan falsafah dan ilmu kalam yang kita kenal sekarang. Dalam sejarah Islam, terminologi falsafah ilmu dan kalam jadi lebih menarik sehinggakan ia dalam tempoh yang beberapa kurun hagemoni ilmu Islam pernah menguasai pentas intelektual tamadun dunia. Meskipun sampai saat ini masih terdapat kecenderungan untuk menafikan pengaruh peradaban Islam terhadap perkembangan falsafah dan ilmu kalam. Hampir delapan abad lamanya Islam berkuasa di Andalusia sejak tahun 711 M hingga berakhirnya kekuasaan Islam di Granada pada tanggal 2 Januari 1492 M, Andalusia dalam masa kejayaan Islam telah melahirkan cendekiawan-cendekiawan muslim yang tertulis dengan tinta emas di sepanjang zaman. Karya mereka yang masih ada banyak diterjemahkan dalam berbagai bahasa di penjuru dunia. Itulah keunikan para ulama, cendekiawan-cendekiawan masa dulu bukan saja menguasai satu bidang ilmu pengetahuan namun mereka menguasai perbagai ilmu pengetahuan, hingga nama mereka dikenang oleh setiap insan. Kini bukti kemajuan akan peradaban Islam di Sepanyol masa dulu dapat kita lihat tinggalan-tinggalan bangunan yang penuh sejarah dari Toledo hingga Granada, dari Istana Cordova hingga Alhambra. Dan disinilah berkat kekuasaan Tuhan walaupun kekuasaan Islam di Spanyol telah jatuh kepada umat Kristian namun karya-karya anak negeri ini mampu memberikan sumbangan yang luar biasa bagi umat manusia. Satu hal yang harus kita renungkan sekarang, apa yang telah engkau berikan kepada bangsa dan umat manusia ini. Kemanfaatan atau Kemudaratan?

119

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

BIBLIOGRAFI
Abdul Jalil Hassan 1973. Falsafah dan pengetahuan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Abdul Halim Mahmud. 2002. Tasawuf di Dunia Islam. Bandung: Pustaka Salam. Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Ilmu Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Aboebakar Atjeh 1970. Sejarah Filsafat Islam. CV Ramadhani. Semarang. Adeng Muchtar Ghazali. 2003. Perkembangan Ilmu Kalam: dari Kalsik hingga Moden. Bandung: Pustaka Setia. A.E. Affifi. 1995. Filsafat (Terj. Sjahrir Mawi). Jakarta: Gaya Media Pratama. Ahmad Yunus Kasim, Misnan Jemali, Zanariah Noor, dan Muhd Akramin Kamarul Zaman. 2004. Tamadun Islam Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ajat Sudrajat. 2004. Tafsir Inklusif: Makna Islam. Yogjakarta: Group Yogya. A. Khudori Soleh. 2004. Wacana Filsafat Islam. Pustaka Pelajar. Yogyakarta. Amir Said Az-Zaibari.1998. Kiat Menjadi Pakar Fiqh. Bandung: CV Gema Risalah Press. Asadulah A. 1999. Ibn Rusyd Mujtahid of Europe. Yate. Turmverlag Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arbaiyah Mohd. Noor dan Salina Hj Zainol. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dr. Muhammad Iqbal. 2004. Ibn Rusyd & Everroisme sebuah pemberontakan terhadap agama. Gaya Media Pratama. Jakarta. Drs. Sudarsono, SH M.Si. 2004. Filsafat Islam. Rineka Cipta. Jakarta. Ghazali Darusalam. 2001. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hamka. 1993. Tasauf : Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Pustaka Panjimas.

120

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Hj. Luqman Hakim. 1989. Tokoh-tokoh Islam dahulu dan sekarang. Al- Masyur Sdn Bhd. Singapura H. Syahrin Harahap. 2000. Metodologi dan Penelitian Ilmu-ilmu Ushuluddin. PT RajaGrafindo Persada: Jakarta. Jalaluddin Rahmat.2000. Kuliah-kuliah Tasawwuf. Bandung: Pustaka Hidayah. Jawiah Dakir. 1998. Kewibawaan al-Tafsir dan al-Hadis. Bangi: UKM. Louis Massignon dan Mustafa Abdul Raziq. 2001. Islam & Tasawuf. Yogyakarta : Fajar Pustaka Baru. Mahayuddin Hj. Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mahayudin Hj. Yahaya. 1998. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahmud Ayub. 1992. Quran dan Para Penafsirnya. Jakarta: Pustaka Firdaus. Majid Fakhry. 2001. Awerroes Ibn Rushd, His Life, work & Influence. Oneworld Oxford. England. Majid Fakhry. 2002. Al-Farabi, founder of Islamic neoplatonism: his life, works & influence. Oneworld Oxford. England. Marsekan Fatawi. 1984. Tafsir Syariah. Surabaya: PT Bina Ilmu. Marwiah Ahmad. 2003. Sejarah Bani Umaiyyah di Andalusia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Moch Siddiq. 2001. Mengenal Ajaran Tarekat dalam Aliran Tasawuf: Jalan Pendekatan Diri kepada Allah S.W.T. Surabaya: Putra Pelajar. Mohd Rahim Jusoh. 2001. Pengenalan Ilmu Qiraat. Mahsuri Timur Sdn. Bhd.: Selangor. Munzier Suparta. 1993. Ilmu Hadis. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. Oemar Amin Hoesin. 1975. Filsafat Islam. Bulan Bintang. Jakarta. Othman Napiah. 2001. Ahwal dan Maqamat dalam Ilmu Tasawuf. Skudai: UTM. Othman Napiah. 2001. Pengantar Ilmu Tasawuf. Skudai: UTM.

121

Sejarah Eropah Awal

LSD3013

Syaikh Khalid bin Abdullah Asy-Syaqifah. 2004. Fikih Imam Syafii: Puasa dan Zakat. Pustaka Azzam: Jakarta. Udah Mohsin. 1987. Kesan Ibadah dalam Pembentukan Akhlak Seorang Muslim: Sembahyang, Puasa, Zakat, Haji. Selangor: Penerbitan Hizbi. Ustaz Azam b. Hamzah. 1991. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalusia (711-1492M). Hizbi Sdn Bhd. Shah Alam W. Montgomery Watt. 1995. Islam dan peradaban dunia (pengaruh Islam ke atas Eropah abad pertengahan). PT Gramedia Pustaka Utama. Jakarta. Yusran Asmuni. 1993. Ilmu Tauhid. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Yusuf al-Qardhawi: Terj. Zuhairi Miswari.1999. Fikih Taysir: Metode Praktis Mempelajari Fikih. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar. Yusuf Al-Qardhawy.2002. Fiqh Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam: Guna Memahami Perbedaan yang Dibolehkan dan Perpecahan yang Dilarang. Jakarata: Robbani Press. Zakaria Stapa. 1995. Akhlak dan Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Rujukan Internet:
Dr Idris Zakaria, http://www.geocities.com/burnskot/rencana/tamadun.htm, Haeruddin, http://tumoutou.net/6_sem2_023/haeruddin.htm, 3 April, 2003 http://selak.blogspot.com/2005/08/terminologi-falsafah-rentas-zaman.html, August 1, 2005 http.www.brinkster.com/yudhis/islam/islamdetail.asp. http.www. sutrisno.wordpress.com/2007/01/11/ibnu-rusyd. http.www.islamhadhari.net/v4/tokohislam/detail.php?nkid=30 http.www. syaheerah.multiply.com/journal. http.www. media.isnet. org. Islam/ Etc/ Andalusia.html.

122

You might also like