You are on page 1of 2

Abu Muadz Bin Md Ghazali No. *, Jalan ******, Saujana Utama 1, 47000 Sg.

Buloh, Selangor Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji 201, Jalan Tun Razak Peti Surat 11025 50732 KUALA LUMPUR (U/P: Bahagian Operasi Domestik) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan, RAYUAN UNTUK MENUNAIKAN FARDHU HAJI 1434H/2013M SEBAGAI MAHRAM KEPADA PUAN BIDAH BT MAT NATA Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya, Abu Muadz Bin Md. Ghazali, No. Kad Pengenalan 7312******09 ingin merayu kepada pihak tuan untuk menunaikan fardhu haji 1434H/2013M sebagai mahram kepada ibu mertua saya iaitu Bidah Binti Mat Nata, No Kad Pengenalan 490820****92. Ibu mertua saya telah pun mendapat pengesahan untuk menunaikan haji pada tahun ini 1434H/2013M. 3. Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan surat pengesahan mahram dan berikut adalah butirbutir saya dan ibu mertua saya: No. Nama 1 2 Bidah Binti Mat Nata Abu Muadz Bin Md Ghazali Pertalian No. Kad Pengenalan 7312******09 No. Daftar Haji 050506082912****A 403112061512****A

6 Februari 2013

Ibu Mertua 490820****92 Menantu

4. Disamping sebagai mahram kepada ibu mertua saya, jika diberi keizinan oleh Allah s.w.t saya ingin membantu meringankan beban beliau yang telah berumur dan mempunyai masalah sakit-sakit sendi. Saya amat berharap agar rayuan saya dapat diterima kerana saya: i) telah cukup wang untuk menunaikan haji ii) telah menghadiri kursus haji pada tahun 2012 dan akan menghadiri sekali lagi pada tahun ini iii) sihat tubuh badan dan tiada apa-apa halangan jika terpilih, insyaAllah

5. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan berbanyak terima kasih. Sekian. Yang benar,

(ABU MUADZ BIN MD GHAZALI) NO. K/P: 7312******09 H/P: 019-6***556

You might also like