You are on page 1of 20

TERHAD

2611/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013


PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS
Kertas 3 Februari Julai

2611/3

1. 2. 3.

Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

2611/3

2013 Hak

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD ARAHAN KEPADA CALON 1.

2611/3

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm 38 cm. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

9.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 1

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

REKA BENTUK REKA BENTUK INDUSTRI MODEL JET PEJUANG

SITUASI Sebuah syarikat aeroangkasa ingin mereka bentuk model baru jet pejuang untuk dipamerkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA). TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk model jet pejuang yang bersifat futuristik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model jet pejuang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran minimum Bilangan warna Tema Teknik : : : : : Bahan yang bersesuaian Panjang Lebar Bebas Futuristik Bebas 30 cm 20 cm

Contoh:

20 cm

30 cm

Nota: Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 2

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

SENI HALUS ARCA ARCA MOBAIL

Pengusaha restoran makanan laut akan menghias ruangan hadapan restorannya dengan sebuah arca yang bertemakan hidupan laut sebagai daya penarik. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca mobail yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga mempunyai fungsi lain yang berguna untuk restoran tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai arca mobail. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut. Lukisan atau catan realistik hidupan laut yang dipilih. Lakaran dan olahan idea hidupan laut yang dipilih serta catatan. Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan. Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta catatan. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca mobail anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran : : Bebas Panjang Lebar Tinggi Bebas Mengikut kesesuaian Mengikut kesesuaian 40 cm

Bilangan warna

Contoh:

40 cm

Nota: Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 3

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: REKA BENTUK : LANDSKAP : LANDSKAP PERSEKITARAN

Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk membina landskap di tepi sebatang sungai bagi tujuan mengindahkan kawasan sungai dan menjadi tempat riadah. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap di tepi sungai yang berkonsepkan Sungai Indah Masyarakat Ceria. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham. Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham. Lakaran pelan tapak mengikut skala. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian. Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan. Lukisan perincian landskap yang dipilih. Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, landskap persekitaran anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Teknik : : : Bebas Panjang Lebar Bebas 45 cm 25 cm

Contoh:

45 cm

25 cm

Nota: Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 4

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

KRAF TRADISIONAL BATIK SARUNG BANTAL

Sebuah syarikat hiasan dalaman berhasrat menghasilkan sarung bantal bercorak batik untuk dipasarkan sebagai salah satu produk baru keluarannya. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung bantal bercorak batik yang menggunakan gabungan teknik lukis serta ikat dan celup. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham. Lakaran reka bentuk sarung bantal serta catatan. Lakaran pelbagai corak batik sebagai sumber ilham serta catatan. Lakaran olahan idea motif yang dipilih serta catatan. Kajian warna pada rekaan sarung bantal yang dipilih serta catatan. Lukisan tiga dimensi sarung bantal dari tiga sudut pandangan menarik. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

10

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk sarung bantal anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Bilangan warna Teknik : : : : Kain Panjang Lebar Bebas Gabungan antara teknik lukis serta ikat dan celup 72 cm 46 cm

Contoh:

46 cm

72 cm

Nota: Hasil karya hendaklah dijahit dan dikemaskan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 5

11

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

KRAF UKIRAN KAYU HIASAN DINDING

Pengusaha sebuah syarikat pelancongan ingin menghias dinding pejabatnya dengan hiasan dinding jenis ukiran kayu. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan flora. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih. Lakaran olahan idea hiasan dinding serta catatan. Reka letak olahan idea serta catatan. Lukisan olahan idea yang dipilih. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

12

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Motif Teknik : : : : Kayu Tinggi Lebar Flora Ukiran 45 cm 30 cm

Contoh: 30 cm

45 cm

Nota: Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 6

13

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

KOMUNIKASI VISUAL ILUSTRASI BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI

Sebuah syarikat penerbitan ingin menghasilkan sebuah buku cerita kanak-kanak prasekolah. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi buku cerita kanak-kanak tiga dimensi untuk prasekolah bertemakan haiwan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham. Koleksi gambar pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak. Lakaran muka taip untuk kapsyen. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih. Lakaran pelbagai bentuk watak haiwan serta catatan. Lakaran papan cerita sebagai sumber ilham. Lakaran kenit olahan idea ilustrasi serta catatan. Kajian warna setiap ilustrasi termasuk kulit buku cerita serta catatan. Ilustrasi sebenar cerita yang dipilih mengikut urutan dengan jalan cerita.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

14

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi buku cerita kanak-kanak prasekolah anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran minimum Bilangan warna Teknik Tema : : : : : Kertas Lebar Panjang Bebas Bebas Haiwan Minimum 6 termasuk kulit buku 26 cm 33 cm

Bilangan muka surat :

Contoh:

33 cm

26 cm

Nota: Hasil karya perlulah dijilid dan dikemaskan mengikut kreativiti.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 7

15

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

KOMUNIKASI VISUAL PENGIKLANAN PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

Syarikat Emalin Bersaudara Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar minuman jus buah-buahan ingin membuat promosi produk jus terbaharu keluarannya. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk papan peraga yang bertemakan jus buah-buahan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham. Koleksi gambar buah-buahan. Lakaran reka bentuk papan peraga serta catatan. Lakaran muka taip serta catatan. Lukisan atau catan realisitik buah-buahan. Lakaran olahan idea buah- buahan sebagai sumber ilustrasi serta catatan. Lakaran gabungan reka letak muka taip dan ilustrasi serta catatan. Kajian warna papan peraga yang dipilih.

10. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik. 11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

16

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk papan peraga anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Teknik Kapsyen : : : : Bebas Lebar Tinggi Bebas Mengikut kreativiti sendiri 30 cm 45 cm

Contoh:

45 cm

30 cm

Nota: Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 8

17

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

KOMUNIKASI VISUAL IKLAN KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

Penganjur Jambori Berbasikal bercadang memberi cenderamata berbentuk kalendar kepada setiap pesertanya. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kalender meja tiga dimensi yang berkaitan dengan aktiviti berbasikal. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar. Lakaran reka bentuk kalendar serta catatan. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham. Lukisan atau catan realistik aksi penunggang basikal. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham. Lakaran muka taip serta catatan. Lakaran olahan idea untuk ilustrasi serta catatan. Lakaran reka letak gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan. Kajian warna kalendar meja tiga dimensi dipilih serta catatan.

10. Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik. 11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

18

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kalendar anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran minimum Bilangan warna Teknik : : : : Kertas Tinggi Lebar Bebas Ilustrasi Catan Muka taip bulan boleh menggunakan cetakan komputer 30 cm 28 cm

Contoh:

30 cm
BE RI O MB JA

RB

IK AS

AL

28 cm

Nota: Kalendar hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 9

19

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

SENI HALUS CETAKAN TIMBULAN HIASAN DINDING

Dinding ruang rehat sebuah resort ingin dihias dengan gambar cetakan permainan tradisional. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan kayu yang bertemakan alatan permainan tradisional. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham. Lukisan atau catan realistik alatan permainan tradisional. Lukisan olahan alatan permainan tradisional serta catatan. Reka letak olahan alatan permainan tradisional serta catatan. Kajian warna pada cetakan yang dipilih. Lukisan atau catan sebenar cetakan yang dipilih. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. 11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan. 12. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama portfolio.

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

20

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Warna Teknik : : : : Kayu atau bahan lain yang bersesuaian Panjang Lebar 30 cm 30 cm

Minimum 3 warna Cetakan timbulan

Contoh: 30 cm

30 cm

3/5

Permainan Tradisional

Lia2013

Nota: Hasil karya hendaklah dibingkaikan.

TUGASAN TAMAT

2611/3

2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

You might also like