P. 1
Modul BMM3107 INTERAKSI 2

Modul BMM3107 INTERAKSI 2

|Views: 556|Likes:
Published by MHD AMIN OMAR
Modul BMM3107 INTERAKSI 2
Modul BMM3107 INTERAKSI 2

More info:

Published by: MHD AMIN OMAR on Feb 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/22/2013

pdf

text

original

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 4

Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik 4.1 Edward Sapir 4.2 Leonard Bloomfield 4.3 Ferdinand de Saussure

Sinopsis Tajuk satu ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

Hasil Pembelajaran (i) (ii) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh linguistik mengikut zaman Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

Kerangka Tajuk: 4.1 Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881) 4.2 Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori Behaviourisme 4.3 Hasil pemikiran Ferdinand de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”

1.1 Pemikiran Edward Sapir dalam Bidang Linguistik  Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

1

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana manmggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.

Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah.

1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik  Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segalaa unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya ransangan.  Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya ransangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap ransangan itu.  Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik  Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai „Bapa Ilmu Linguistik Moden‟ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalaam bidang bahasa secara moden.

2

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahanperubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep „langue‟ dan „parole‟. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciriciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Aktiviti: 1. Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. 2. Huraikan secara ringkas dengan menggunakan ayat sendiri tentang sumbangan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

3

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 5

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik 5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom 5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India 5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Sinopsis

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Hasil Pembelajaran i. Mengetahui sejarah perkembangan linguistik Zaman Yunani, Zaman Iskandariah,
Zaman Rom

ii. iii.

Meneliti sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan Membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman moden

Kerangka Tajuk 5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah tamadun orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu bumi ini. Kehebatan tamadun ini

terawal yang wujud di atas muka

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan
4

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Arsistotle. Plato merupakan orang pertama yang menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Perbincangan tentang bahasa terdapat dalam bukunya Cratylus. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui

tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Ringkasnya dalam bidang falsafah Yunani, sarjana-sarjana Stoik dikatakan paling banyak memberikan perhatian kepada bahasa. Satu perbezaan ketara yang pernah mereka lakukan ialah pebezaan antara bentuk dan makna. Usaha mereka ini telah menjadikan bahasa Yunani sebagai satu bahasa yang kuat dan unggul. Tanggapan tinggi mereka terhadap bahasa menjadikaqn mereka mematuhi, menghormati dan mentaati semua system bahasa mereka. Tahukan anda bahawa kesan daripada fenomena ini, mereka menganggap bahasa itu mereka sudah sempurna dan tidak perlu diperbaik dan diubah-ubah. Secara umumnya, anda mendapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik bukannya bersifat saintifik. Perkembangan ilmu linguistik pada masa itu telah membawa kepada beberapa persoalan dan menjadi isu perdebatan ahli falsafah pada masa itu. Kelompok cendekiawan ini berselisih pendapat berkenaan asa usul perkataan sama ada bersifat semula jadi atau konvensyen. Kelompok ini dinelai sebagai golongan analogis dan anomalis. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini
5

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesuasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, patisipal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut

memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesuasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

6

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur‟an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan
7

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

dan bahasa berfleksi. Hokum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hokum R-G-L dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

Aktiviti: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.

Tajuk 6

Struktur Linguistik 6.1 Fonologi dan Fonetik 6.2 Morfologi

6.3 Sintaksis

Sinopsis Tajuk ini membincangkan sistem bunyi dalam bahasa Melayu. Antara bidang yang menjadi keperluan dalam perbincangan ini ialah fonologi dan fonetik, morfologi, dan sintaksis. Hasil Pembelajaran i. Menyatakan konsep aspek-aspek penting dalam bidang fonologi dan fonetik seperti bunyi, fonem serta bentuk vokal dan konsonan. ii. Membincangkan bidang morfologi yang merangkumi bentuk dan proses pembentukan kata.

8

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

iii.

Menjelaskan aspek-aspek penting dalam bidang sintaksis terutama pola ayat dasar dan jenis ayat bahasa Melayu.

Kerangka Tajuk

6.1 Fonologi dan Fonetik Bidang fonologi ialah ilmu yang meneliti bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun mengikut sistem yang terbahagi kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Hanya bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan sahaja yang dikaji. Bidang ini meneliti tiga cabang, iaitu fonetik pendengaran, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran (auditori) mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Fonetik akustik pula meneliti sifat fizikal bunyi bahasa (fonetik fizikal) manakala fonetik artikulasi mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu bunyi bahasa.

6.1.1 Bunyi bahasa Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk pertuturan. Dalam pertuturan, manusia cuba menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berterusan atau berentetan. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unti-unit kecil yang dipanggil bunyi penggalan (fon) seperti bunyi-bunyi [p], [w] dan [a]. Bunyi-bunyi lain yang tidak bersifat penggalan digolongkan sebagai bunyi-bunyi suprapenggalan termasuk unsur kepanjangan (harakat) yang membezakan maksud perkataan bagi beberapa bahasa di dunia contohnya bahasa Inggeris, bahasa Arab, Mandarin dan sebagainya. Perkataan [sit] vokal i pendek berbeza dengan [si:t] yang memanjangkan bunyi vokal i dan ditandai dengan lambang dua titik [:].

6.1.2 Fonem Istilah fonem merujuk suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa secara khusus (fonemik). Bagi tujuan analisis, bunyi-bunyi bahasa yang terhasil dipenggal-penggal, diberi lambang dan dibahagikan kepada golongan fonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya. Dua bunyi tergolong ke dalam dua
9

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

fonem jika berlawanan makna dalam persekitaran yang sama misalnya [parang] dan [barang] merupakan pasangan yang sama kecuali antara bunyi [p] dan [b]. Oleh sebab kehadiran dua bunyi tersebut membawa perbezaan makna, bunyi [p] dan [b] dianggap dua fonem yang berasingan. Penggunaan kurungan perlu difahami, iaitu kurungan jenis [ ] digunakan bagi menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya [p] dalam [parang] dan [b] dalam [barang]. Jika telah dapat dipastikan [p] dan [b] mewakili dua fonem yang berasingan, maka jenis kurungan yang digunakan ialah /p/ dan /b/. Kurungan / / digunakan untuk menunjukkan status fonem. Selanjutnya, perlu diingat bahawa ada fonem yang mempunyai anggota-anggota lain yang ciri fonetiknya sama tetapi berbeza dari segi kehadirannya dalam perkataan. Misalnya, fonem /p/ seringkali terhasil sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya seperti dalam perkataan [pagi] dan [apa], iaitu p pada awal dan tengah perkataan. Sebaliknya, apabila [p] hadir pada akhir perkataan contohnya [atap], bunyi letupan telah tidak disempurnakan.

6.1.3 Bunyi-bunyi Vokal Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang semasa menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Hal ini bermaksud, bunyi bunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang berikut: i. ii. iii. bersuara udara keluar dari paru-paru berterusan, dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu: i. ii. keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada bahagian hadapan atau belakang, iii. turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, sedikit atau diturunkan, iv. kedudukan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan dan udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut sahaja (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru -paru

10

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

keluar dari rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi vokal sengau), dan v. keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru paru, pita suara bergetar. Bunyi-bunyi vokal juga merangkumi bunyi separuh vokal, diftong (gabungan bunyi dua vokal [ai], [au], dan [oi]) serta vokal rangkap (vokal yang mewakili suku kata seperti [a/ir] [bu/ih], [ku/ah] dan sebagainya.

6.1.4 Bunyi-bunyi Konsonan Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal sama ada bersuara atau tidak bersuara yang ketika dihasilkan udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran yang terjadi di dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Ciri-ciri bunyi konsonan seperti yang berikut: i. wujudnya konsonan yang bersuara dan tidak bersuara, bergantung pada pita suara sama ada digetarkan atau tidak, ii. arus udara yang keluar dari paru-paru sama ada menerima sekatan atau geseran, iii. ketika menghasilkannya, berlaku sekatan atau geseran di dalam rongga tekak atau rongga mulut akibat sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, dan iv. kewujudan konsonan sengau dan konsonan tidak sengau bergantung pada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Sebagaimana vokal, penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: i. keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar ketika arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi bersuara atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, mengeluarkan bunyi tidak bersuara. Harus diteliti jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan; ii. keadaan lelangit lembut yang boleh dinaikturunkan. Sekiranya lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyibunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau (nasal);
11

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

iii.

cara arus udara keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, letusan, geseran, sengauan, sisian,getaran, dan separuh vokal; dan

iv.

sentuhan

antara

alat

artikulasi

dan

daerah

artikulasi

yang

akan

menghasilkan pelbagai bunyi konsonan antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir-gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusilelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak.

6.2

Morfologi Bidang morfologi ialah ilmu bahasa yang meneliti struktur kata, bentuk kata, dan

penggolongan kata. Struktur kata merujuk susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh struktur kata ialah kita dan kekitaan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal, contohnya rumah, atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan (yang menghasilkan kata terbitan, perumahan), pemajmukan (yang menghasilkan kata majmuk rumah tangga) dan penggandaan (rumah-rumah). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Umpamanya, menggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya.

6.2.1 Bentuk Kata Tatabahasa Dewan telah menentukan empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. 6.2.1.1 Kata Tunggal Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan, atau

penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata (ekasuku) dan kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih. Umpamanya, perkataan roh, wang, dan yu merupakan perkataan yang terdiri daripada satu suku kata manakala perkataan ambil, dagu, cahaya, singgahsana, universiti, dan maharajalela terdiri daripada dua hingga enam suku kata. Kata akronim juga termasuk ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud singkatan yang terbentuk daripada penggabungan huruf awal suku kata misalnya ABIM
12

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

(Angkatan Belia Islam Malaysia) atau gabungan huruf awal dan suku kata pertama daripada satu rangkai kata dan ditulis serta disebut sebagai kata yang wajar seperti tadika (taman didikan kanak-kanak) dan kugiran (kumpulan gitar rancak). 6.2.1.2 Kata Terbitan Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (gabungan kata dasar dengan imbuhan) dipanggil kata terbitan. Imbuhan pula terdiri daripada morfem terikat manakala kata dasar ialah morfem bebas. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu: i. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berlari dan didalam dibawa; ii. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, contohnya –kan dalam jadikan dan –i dalam ragui; iii. apitan, yang hadir secara pada awal dan akhir sesuatu kata dasar serentak seperti ke- ...-an dalam kekalutan dan di-...-kan dalam disatukan; dan iv. sisipan, yang kedudukannya ditengah-tengah sesuatu kata dasar misalnya –el- dalam geletar dan –in- dalam sinambung. Suatu keunikan bagi bahasa Melayu ialah kewujudan sejumlah besar perkataan dalam bentuk kata terbitan dengan jenis imbuhan yang banyak dan pelbagai yang terdapat dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 6.2.1.3 Kata Majmuk Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu serta bertindak sebagai satu unit yang lazimnya dieja terpisah. Contoh kata majmuk: hijau lumut, campur aduk, dan segi tiga. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya: bandar raya, bom tangan, dan kuning langsat. Kata gelar juga termasuk dalam jenis ini misalnya: Profesor Madya, Ketua Pengarah, dan Imam Besar; ii. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya: deria rasa, pita suara, dan segi empat panjang; iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa umpamanya: anak emas, kaki bangku, dan rabun ayam. Selain jenis di atas, Dewan Bahasa juga telah menetapkan 15 kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu: antarabangsa, sukarela, jawatankuasa, tanggungjawab, olahraga, setiausaha, bumiputera, tandatangan, kerjasama,

pesuruhjaya, beritahu, suruhanjaya, kakitangan, warganegara, dan matahari.
13

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

6.2.1.4 Kata Ganda Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar dinamakan kata ganda. Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Keterangan bagi kata-kata ganda tersebut adalah seperti yang berikut: i. kata ganda penuh, iaitu kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda ini boleh terdiri daripada kata dasar yang diulang sepenuhnya seperti rumah-rumah, baju-baju, dan sekolah-sekolah atau terbina daripada kata berimbuhan yang berulang misalnya, pelari-pelari, jabatan-jabatan, dan kementerian-kementerian; ii. kata ganda separa, iaitu kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda ini terbina daripada kata dasar tunggal yang diulang suku kata pertamanya sahaja disertai pelemahan vokal [a] menjadi vokal e pepet [ə] seperti sesiku, lelangit, dan jejari. Selain itu, kata ganda separa juga terbentuk daripada kata berimbuhan yang digandakan kata dasarnya sahaja dan hanya melibatkan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar (berjaga-jaga, tercari-cari, dan sebaik-baik) atau di hadapannya (berimemberi, puji-memuji, dan tolong-menolong); iii. kata ganda berentak, iaitu kata ganda yang mengalami pengulangan kata

dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Pertama, kata ganda berentak pengulangan vokal (sayur-mayur, saki-baki, dan calar-balar). Kedua, kata ganda berentak pengulangan konsonan (kayu-kayan, mundar-mandir, dan tanah-tanih). Ketiga, kata ganda berentak bebas (lintang-pukang, kusut-masai, dan rempah-ratus).

6.3

Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Bidang

ini juga mengkaji hukum (rumus) tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Antara subbidang sintaksis yang dimuatkan di sini ialah pola ayat dasar, jenis frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan bentuk ayat.

6.3.1 Pola Ayat Dasar

14

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pola ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Bagi bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:

Pola Pola 1

Subjek Frasa Nama Lelaki itu

Predikat Frasa Nama pelajar universiti.. Frasa Kerja telah dicuci Frasa Adjektif amat sibuk Frasa Sendi di dalam bakul

Pola 2

Frasa Nama Kereta di hadapan rumah itu

Pola 3

Frasa Nama Plaza Tol Sungai Besi

Pola 4

Frasa Nama Buah jambu itu

6.3.2 Susunan Ayat Susunan ayat pula merujuk dua bentuk susunan subjek dan predikat sama ada susunan biasa atau susunan songsang.

6.3.2.1 Susunan predikatnya. Contohnya: i. ii. iii.

biasa

bermaksud susunan

yang subjek

ayat

mendahului

Kejadian itu sungguh menyentuh perasaan saya. Pengajaran guru baharu menarik. Sistem saliran di bandar itu tidak diselenggara.

6.3.2.2 Susunan

songsang

pula

merujuk

susunan

ayat

yang

predikatnya

dikehadapankan mendahalui subjek. Contohnya: i. ii. iii. Sungguh menyentuh perasaan saya kejadian itu. Menarik pengajaran guru baharu. Tidak diselenggara sistem saliran di bandar itu.

6.3.3 Ragam ayat Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal

15

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Contohnya: i. ii. Para pelajar sedang mengikuti kuliah. (aktif transitif) Mereka sedang berbincang tentang masalah itu. (aktif tak transitif)

Ayat pasif pula terbina daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: i. ii. Kuliah sedang diikuti oleh para pelajar. (ayat pasif dengan kata kerja pasif) Jurnal itu akan saya beli sekarang juga. (ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama)

6.3.4 Jenis Ayat Jenis ayat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. 6.3.4.1 Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan mengatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contohnya: i. ii. iii. iv. Bapa mentuanya pegawai tentera. Ahmad belum pernah ke Kuala Lumpur. Bentuk kereta itu sungguh menarik. Kini dia menjadi usahawan besar.

6.3.4.2 Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya tergolong kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya contohnya: Dia telah pergi mengajar? Jenis yang kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya seperti: Kakaknya seorang pensyarahkah?

16

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

6.3.4.3 Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang boleh digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu: i. Ayat Suruhan Contoh: Pergi ke sekolah sekarang juga. ii. Ayat Larangan Contoh: Jangan bertindak melulu. iii. Ayat Silaan Contoh: Jemput makan nasi dagang ini. iv. Ayat Permintaan Contoh: Minta perhatian tuan-tuan sebentar.

6.3.4.4 Ayat Seruan Ayat seruan pula ialah ayat yang diujarkan dengan membawa nada dan intonasi untuk melahirkan suatu keadaan perasaan umpamanya takut, marah, sakit, dan sebagainya dengan diikuti tanda seru (!) yang lazimnya terletak pada akhir ayat. Kata seru yang sering digunakan pula ialah oh, amboi, wah, eh, aduh, dan syabas. Contohnya: i. ii. iii. Oh, ibuku! Wah, cantiknya bunga itu! Syabas, anda telah lulus ujian ini!

Selain perkara yang telah dibincangkan di atas, sintaksis juga menyentuh bentuk ayat yang terdiri daripada bentuk tunggal (satu subjek satu predikat) dan ayat majmuk. Sila rujuk dan baca buku Tatabahasa Dewan untuk penjelasan lanjut.

Aktiviti: 1. Berdasarkan tiga rangkap pantun tradisional yang anda tahu, bincangkan tentang peranan bunyi vokal dan konsonan yang terkandung di dalamnya. 2. Huraikan gejala penggandaan dalam bahasa Melayu dengan menyertakan contoh-contoh yang berkaitan. 3. Bincangkan ragam ayat dalam bahasa Melayu dengan bukti-bukti ayat yang berkaitan.

17

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Rujukan:
Abdullah Hassan (2006). Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->