P. 1
Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pibg 2012

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pibg 2012

|Views: 210|Likes:
Published by Zulsubha Dani Siti

More info:

Published by: Zulsubha Dani Siti on Feb 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/29/2013

pdf

text

original

PERSATUAN IBU BAPA - GURU ( PIBG ) ( No Daftar : SEL 835 ) Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Jalan Cucur 18 / 13, 40200 Shah

Alam, Selangor Darul Ehsan Tel / Faks : 03 55422512 http://www.pibgsks18.blogspot.com
_____________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18,SHAH ALAM KALI KE-19 TARIKH HARI MASA : 11 FEBRUARI 2012 : SABTU : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN PERMATA SK SEKSYEN 18, SHAH ALAM PERASMI : YG.BHG. TUAN KAMARUDDIN BIN AHMAD PENYELARAS DUN KOTA ANGGERIK AGENDA : 1. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis 2. Nyanyian lagu Negaraku 3. Bacaan doa 4. Ucapan penasihat PIBG/Guru Besar SK Seksyen 18 – En.Ismail Bin Supandi 5. Ucapan Yang Di Pertua PIBG SK Sek Seksyen 18 – En. Norhisham Bin Noroddin 6. Ucapan perasmian oleh Penyelaras DUN Kota Anggerik - Yang Berhormat Tuan Kamaruddin Bin Ahmad 7. Persembahan murid SK Seksyen 18 8. Majlis Penyampaian cenderamata dan sijil i. ii. Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 Murid Cemerlang UPSR 2011

9. Tayangan slide – aktiviti sekolah 2011 10. Mesyuarat Agong PIBG ke -19 dimulakan i. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-17
1

ii.

Membentang dan menerima laporan aktiviti 2011/2012 Membentang dan menerima laporan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011 Membentang dan membincangkan usul Pembubaran AJK PIBG sesi 2011/2012 Perlantikan AJK PIBG sesi 2012/2013 Ucapan penangguhan

iii. iv. v. vi. vii.

11. Majlis bersurai

1. Ucapan Aluan

Ucapan Penasihat PIBG/Guru Besar SK Seksyen 18
1.1 Encik Ismail Bin Supandi mengucapkan terima kasih terutama kepada Yang

Berhormat Tuan Kamaruddin Bin Ahmad (Penyelaras DUN Kota Anggerik),para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.
1.2 Pencapaian UPSR 2011 lebih memberangsangkan dan melepasi sasaran JPS

2.20. Seramai 24 orang murid telah mendapat 5A dan 16 orang murid mendapat 4A 1B.
1.3 Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti meliputi penggubahan dasar

kurikulum KBSR kepada KSSR, pemantapan MBM MBI adalah antara langkahlangkah yang dilaksanakan untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) ialah program yang dilaksanakan bagi murid-murid tahun 1 dan 2. Program ini tiada ujian bulanan tetapi ada dijalankan PKSR.Penilaian dilaksanakan sepanjang P&P.
1.4 Program

permuafakatan bersama sekolah-sekolah agama berdekatan dan
2

perjumpaan dengan ibu bapa diharapkan dapat mengurangkan masalah disiplin.

Ibu bapa dipanggil supaya dapat menyelesaikan masalah disiplin anak-anak dengan cara yang lebih berhemah untuk pastikan mereka berjaya dalam pelajaran.
1.5 Bantuan vitamin 1 Malaysia dan telah diedarkan kepada guru kelas masing-masing

bagi murid-murid yang layak. 1.6 Harta sekolah perlu dijaga iaitu buku teks yang dibekalkan itu perlulah dijaga dengan elok supaya dapat digunakan hingga tahun 6. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan harta sekolah itu dijaga dengan rapi seperti membalutnya dengan kemas. 1.7 Aktiviti kokurikulum bagi tahun 2011 kurang menyerlah dan harapan pihak sekolah supaya aktiviti ini dapat ditingkatkan pada tahun 2012 ini dengan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. 1.8 Memaklumkan tentang projek menaik taraf pusat sumber SK Seksyen 18.Guru Besar memohon kerjasama daripada PIBG untuk memastikan projek tersebut dapat dipanjangkan kepada Yang Berhormat Tuan Kamaruddin Ahmad.Harapan sekolah semoga usaha PIBG mendapat sokongan dan bantuan untuk melaksanakannya dengan lancar. 1.9 Ucapan terima kasih.

3

Ucapan YDP PIBG SK Seksyen 18
1.1 Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima

kasih kepada Yang Berhorma Tuan Kamaruddin Bin Ahmad (Penyelaras DUN Kota Anggerik) juga kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. 1.2 Ucapan tahniah kepada ibu bapa dan murid-murid yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2011.Harapannya moga mendapat kejayaan di masa hadapan kelak.
1.3 Kutipan yuran sekolah bagi sesi 2012 ini telah dimansuhkan oleh pihak

kerajaan.Oleh yang demikian, pihak sekolah mengalami masalah dari aspek kewangan untuk menjalankan atau melaksanakan program yang telah dirancang di peringkat sekolah. Pihak sekolah dan PIBG memohon sumbangan daripada pihak ibu bapa untuk membolehkan program-program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya demi untuk kebaikan anak-anak kita.
1.4 Projek menaik taraf pusat sumber SK Seksyen 18 merupakan salah satu projek

yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk memastikan murid-murid dapat menggunakannya dengan selesa.Sumber kewangan yang diperolehi daripada program “Bolington” 2011 yang lepas adalah digunakan untuk melaksanakan projek ini. Kos anggaran menaik taraf pusat sumber ini ialah RM50,000.Tetapi kutipan
4

daripada “Bolington” tersebut hanya mendapat RM25,000 sahaja.Oleh itu pihak sekolah akan mengadakan program mewakafkan apa sahaja keperluan untuk digunakan di pusat sumber.
1.5 Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan ikhlas kepada

pihak sekolah demi kemajuan murid-murid sekolah ini.

Ucapan Perasmian - Penyelaras DUN Kota Anggerik
1.1 Yang Berhormat Tuan Kamaruddin Bin Ahmad selaku penyelaras DUN Kota

Anggerik mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput beliau ke majlis pada hari ini.
1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana dapat

mewujudkan suasana sekolah yang bersih,ceria dan damai seperti hari ini.Beliau berasa seronok kerana ini merupakan kali pertama beliau berada di sekolah ini.
1.3 Program yang dijalankan oleh pihak sekolah pada tahun 2011 telah membuktikan

bahawa sekolah SK Seksyen 18 ini merupakan sekolah yang sangat aktif hasil usaha daripada guru-guru,PIBG dan murid-murid.
1.4 Sebagai contoh,beliau mengamalkan amalan sikap tegas kepada anak-anaknya yang

tidak berdisplin,tidak berminat untuk belajar dan sebagainya.Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan dan kejayaan mereka di masa hadapan kelak.Sewajarnya ibu bapa perlu memantau anak-anak semasa di rumah. 1.5 Bantuan daripada pihak kerajaan adalah untuk membantu membangunkan muridmurid demi menjana generasi yang gemilang iaitu menjadi pelapis kepada negara.

5

1.6 Ucapan tahniah kepada semua AJK PIBG SK Seksyen 18 yang merupakan satu persatuan yang sangat kuat dan aktif. Diibaratkan seperti “Sebutir Permata Seribu Jasa”. 1.7 Sumbangan diberikan kepada pusat sumber sekolah iaitu beliau akan membekalkan rak-rak buku besi dan juga almari cermin.Selain itu beliau juga akan menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada pihak sekolah untuk menaik taraf pusat sumber SK Seksyen 18.
1.8 Ucapan perasmian –merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke-18 ini dan berdoa

semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE-19 :
1. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-18 2. Membentang dan menerima laporan aktiviti 2011/2012

3. Membentang dan menerima laporan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011 4. Membentang dan membincangkan usul 5. Pembubaran AJK PIBG sesi 2011/2012 6. Perlantikan AJK PIBG sesi 2012/2013 7. Ucapan penangguhan

6

Agenda 1
1.1

: Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-18 Mesyuarat PIBG kali-19 telah dipengerusikan oleh Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG. Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih di atas kehadiran para ibu bapa dan penjaga kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung kali ini.
7

1.2

Encik Mohd Jufairi Bin Hj Md Nor selaku setiausaha kehormat PIBG telah membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 untuk diterima dan disahkan oleh ahli mesyuarat.

1.3

Minit mesyuarat diterima dan disahkan oleh ahli mesyuarat. Dicadang sahkan oleh : Puan Norhayati Bt Mat Zain Disokong oleh : Puan Zubaidah Bt Sabtu

Agenda 2 2.1

: Membentangkan dan menerima laporan aktiviti 2010/2011 Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG telah membentangkan laporan aktiviti 2010/2011.

Agenda 3 : Membentangkan dan menerima laporan kewangan berakhir 31 Disember 2011 3.1 Encik Mohd Norazmi Bin Roban@Arif selaku bendahari kehormat PIBG 2011 telah membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011. Penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2011. Dicadang sahkan oleh : Encik Munir Md Fahimy Disokong oleh : Puan Norlini Bt Mohd Ripin

Agenda 4 4.1

: Membentangkan dan membincangkan usul Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG memberi peluang kepada ahli PIBG yang hadir untuk mencadangkan dan membentangkan usul.

4.2

Usul-usul yang dibincangkan :
8

1.1. Matapelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual

kurang dititikberatkan Encik Munir Md Fahimy ingin mendapat penjelasan daripada pihak sekolah mengenai matapelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual kurang dititikberatkan di kalangan murid-murid. Guru yang mengajar matapelajaran berkenaan tidak menunjukkan semangat untuk mengajar seperti tidak memakai pakaian sukan semasa waktu PJK dan tidak melaksanakan apa yang telah dirancang untuk matapelajaran PSV. Sedangkan murid-murid telah membawa bahan-bahan seni yang telah dipesan oleh guru. Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh Penasihat PIBG.
i)

Encik Ismail Bin Supandi selaku Penasihat PIBG dan Guru Besar SK Seksyen 18 menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada mesyuarat guru yang lalu bahawa setiap apa yang semua guru semasa

dirancangkan perlu dilaksanakan dengan baik. Mengenai matapelajaran PJK pula, 60 minit adalah untuk Pendidikan Kesihatan dan 60 minit untuk Pendidikan Jasmani. Semasa Pendidikan Jasmani sahaja guru dan murid akan memakai pakaian sukan.
1.2. Masa aktiviti Kokurikulum diselaraskan

Encik Munir Md Fahimy memberi cadangan supaya masa aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu diselaraskan seperti Sekolah Agama iaitu bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi.

Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh Penasihat PIBG. i) Encik Ismail Bin Supandi selaku Penasihat PIBG dan Guru Besar SK Seksyen 18 menyatakan bahawa masa aktiviti kokurikulum telah diselaraskan iaitu bermula pada jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari Rabu. Pihak sekolah tidak menghalang murid-murid yang hendak ke Sekolah Agama pada hari kokurikulum tersebut.
9

4.2.3

Tandas murid perempuan tidak boleh dikunci Puan Shuhaida telah memberitahu kepada pihak sekolah bahawa tandas murid perempuan tidak boleh dikunci. Masalah ini boleh mendatangkan masalah dan kesukaran kepada murid-murid perempuan untuk ke tandas jika tidak ditemani oleh seorang rakan. Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh Penasihat PIBG.
i)

Encik

Ismail

Bin

Supandi

menyatakan

bahawa

pihaknya

akan

mengambil tindakan segera untuk membaiki pintu tandas tersebut.
4.2.4

Penyata kewangan sekolah perlu dilampirkan
i)

Encik Mukhriz Bin Mokhtar telah mencadangkan bahawa penyata kewangan sekolah perlu dilampirkan dalam buku program PIBG supaya ibu bapa dapat meneliti penyata kewangan tersebut.

ii) Encik Mukhriz Bin Mokhtar memaklumkan bahawa koridor penjalan kaki tidak mempunyai lampu.Keadaan ini menyukarkan murid-murid yang datang awal pagi untuk berjalan masuk ke kawasan sekolah.
iii) Encik Mukhriz Bin Mokhtar mencadangkan supaya pihak sekolah menubuhkan

koperasi untuk memudahkan murid-murid mendapatkan keperluan sekolah. Selain itu, beliau mencadangkan supaya pihak sekolah membuka satu akaun “Facebook” untuk memudahkan para ibu bapa berkomunikasi dengan pihak sekolah. Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh Penasihat PIBG. i) Encik Ismail Bin Supandi selaku Penasihat PIBG dan Guru Besar SK Seksyen 18 menjelaskan bahawa pihaknya tidak melampirkan

penyata kewangan sekolah kerana penyata tersebut diaudit oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri.

10

ii)

Encik Ismail Bin Supandi selaku Penasihat PIBG dan Guru Besar SK Seksyen 18 memberi penjelasan mengenai pemasangan lampu di laluan pejalan kaki tersebut tidak dapat dilakukan kerana keseluruhan laluan tersebut perlu diperbaiki.Sebagai alternatif, pihak sekolah telah memasang 2 “spotlight” di laluan tersebut untuk memudahkan muridmurid masuk ke kawasan sekolah. iii) Encik Ismail Bin Supandi memohon kerjasama daripada para ibu

bapa yang mempunyai kepakaran untuk membuka akaun laman sosial tersebut. SK Seksyen 18 telah mempunyai laman web tetapi belum dikemaskini lagi. Pihak sekolah memerlukan kos untuk membina laman web yang baru.
4.3.5

Mengadakan program untuk ibu bapa Puan Juita Bt Idris telah mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan satu program yang melibatkan para ibu bapa supaya bersama-sama membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program anjuran sekolah demi kejayaan anak-anak mereka. Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh YDP PIBG.
i) Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG menyokong

dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini merupakan salah satu daripada langkah yang proaktif daripada pihak sekolah untuk melibatkan kerjasama daripada para ibu bapa demi kejayaan anak-anak mereka.

4.2.6 Kelas tambahan untuk murid-murid tahun 5 dan 6 Puan Masrifah Bt Ibrahim mencadangkan agar diadakan kelas tambahan pada hari Sabtu untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh Penasihat PIBG.
11

i) Encik Ismail Bin Supandi memaklumkan bahawa pihak sekolah masih dalam perancangan mengenai perkara ini dan beliau memerlukan persetujuan daripada para ibu bapa untuk memberi sumbangan bagi membolehkan pihak sekolah menyediakan bukubuku latihan kepada murid-murid. Anggarannya antara RM80 hingga RM100. ii) Para ibu bapa bersetuju mengenai sumbangan tersebut dan pihak sekolah akan mengeluarkan surat mengenai bayaran tersebut kelak. 4.2.7 Mengurangkan harga makanan di kantin Puan Nazlia Bt Nazri memaklumkan kepada pihak sekolah supaya harga makanan di kantin dikurangkan. Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh Penasihat PIBG. i) Encik Ismail Bin Supandi memaklumkan bahawa harga makanan dikantin sekolah akan dipantau.Sesetengah jenis makanan harganya adalah berdasarkan kos bahan mentah.Murid-murid mempunyai pilihan makanan yang pelbagai harga untuk dibeli semasa rehat. 4.2.8 Yuran PIBG 2012 dan sumbangan untuk murid tahun 6 i) Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa kutipan yuran sekolah bagi tahun ini telah dimansuhkan.Oleh sebab itu, pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang.Beliau meminta persetujuan daripada para ibu bapa mengenai kutipan yuran PIBG bagi tahun ini ialah RM50 berbanding tahun lepas RM30 yang merupakan nilai yang terendah di antara sekolah-sekolah lain. ii) Encik Norhisham Bin Noroddin juga menyuarakan usul mengenai sumbangan bagi murid-murid tahun 6 berjumlah RM120 untuk melaksanakan program-program tahun 6 sepanjang tahun ini.

12

Usul tersebut telah diberi maklum balas oleh YDP PIBG.
i) Encik Norhisham Bin Noroddin meminta persetujuan daripada para

ibu bapa dan mereka sebulat suara bersetuju dengan sumbangan PIBG tersebut sebanyak RM50.00 dan sumbangan untuk aktiviti Tahun 6 iaitu RM120.00.Sementara itu kadar sumbangan aktiviti tahun 5 untuk kelas tambahan antara RM80.00 – RM100.00 seorang.
ii) Encik Norhisham Bin Noroddin memaklumkan bahawa, walaupun

usul ini akan dibawa ke majlis perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 6 nanti, pihak sekolah ingin meminta persetujuan dan sokongan daripada para ibu bapa pada hari ini dahulu. Dipersetujui oleh : Puan Shuhaida Disokong oleh : Puan Azura

Agenda 5 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2011/2012 5.1 Encik Norhisham Bin Noroddin selaku Yang Dipertua PIBG secara rasminya mengistiharkan pembubaran AJK PIBG sesi 2011/2012.

Agenda 6 : Perlantikan AJK PIBG sesi 2012/2013 6.1 Encik Ismail Bin Supandi selaku Penasihat PIBG membuka peluang kepada ahli PIBG untuk melantik pengerusi sementara terlebih dahulu. 6.2 Encik Munir Md Fahimy mencadangkan Encik Mukhriz Mokhtar sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 6.3 Encik Munir Md Fahimy mencadangkan supaya AJK PIBG sesi 2011/2012 dikekalkan kerana projek menaik taraf pusat sumber SK Seksyen 18 belum mencapai objektifnya lagi.
13

Disokong oleh : Encik Abdul Latif 6.4 Encik Ismail Bin Supandi telah memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memilih AJK PIBG (Guru) bagi sesi 2012/2013 ini. Jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat dikekalkan iaitu Encik Mohd Jufairi Bin Hj Md Nor dan Encik Mohd Norazmi Bin Roban@Arif. 6.5 Ahli mesyuarat telah bersetuju dan sebulat suara melantik semula AJK PIBG bagi sesi 2012/2013 : Penasihat Yang Dipertua PIBG Naib Yang Dipertua Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat AJK (Ibu bapa) : Encik Ismail Bin Supandi : Encik Norhisham Bin Norroddin : Encik Manap Bin Katis : Encik Mohd Jufairi Bin Hj Md Nor : Encik Mohd Norazmi Bin Roban@Arif. : i. ii. iii. iv. v.
vi.

Puan Jasimah Bt Idris Encik Mansuriatus Shahrir Bin Amir Encik Akmar Jalil Bin Shariff Encik Zaharudin Bin Sarimin Encik Mohammad Ikhram Bin Ishak Puan Sarizen a/p Fasal Alahi

AJK (Guru)

: i. ii. iii. iv. Encik Wan Amirul Naim Bin Wan Muhammad Puan Norhayati Binti Mat Zain Puan Norlini Binti Md Ripin Puan Sri Bani Binti Mat Hussein
14

v. Juru Audit

Puan Faridah Binti Tastik

: Encik Abu Bakar Bin Abas Encik Mukhriz Bin Mokhtar

Agenda 7 : Ucapan penangguhan
7.1

Penasihat PIBG Encik Ismail Bin Supandi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK PIBG sesi 2012/2013.

7.2

Encik Norhisham selaku YDP PIBG yang dilantik semula bagi sesi 2012/2013 sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas perlantikan dan kepercayaan yang diberikan kepada ahli PIBG.

Mesyuarat PIBG ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

………………………………………. (MOHD JUFAIRI BIN HJ MD NOR) Setiausaha Kehormat PIBG SK Seksyen 18,Shah Alam

……………………………………. (NORHISHAM BIN NORODDIN) Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 18,Shah Alam

15

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->