P. 1
BMM-3107-Modul

BMM-3107-Modul

|Views: 481|Likes:
Published by godokboy
modul
modul

More info:

Published by: godokboy on Feb 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/06/2014

pdf

text

original

BMM 3107 Modul

TAJUK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20. KANDUNGAN ISI

1.0

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang

Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. iaitu kata penghubung. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. iaitu pertuturan. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog. nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. khususnya untuk retorik dan puisi. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen.2 Zaman Pertengahan. participal. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Zaman Arab. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. 1. kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya. iaitu Cratylus. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. ganti nama dan kata depan. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik . Secara umumnya. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani. Namun demikian.

Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu. iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. iaitu sekitar abad ke-19. iaitu antropologi dan sosiologi. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. berimbuhan dan bahasa berfleksi. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. morfologi dan sintaksis. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. 1. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. . Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. iaitu bahasa berisolasi.

Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme 2. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. TAJUK 2 SINOPSIS PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik . Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. bahasa akan sentiasa berubah.0 KANDUNGAN ISI (i) (ii) (iii) ilmu bahasa sejak Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan zaman awal hingga zaman moden Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik 2. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna. 2. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. • Menurut beliau. iaitu pemikiran Edward Sapir.TUGASAN: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden.

• Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. iaitu secara sinkronis dan diakronis. iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajarpelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. TAJUK 3 SINOPSIS BIDANG LINGUISTIK . • Rumusan beliau. Dengan kata lain. maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. TUGASAN Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.• Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. • Dalam sejarah ilmu linguistik moden. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. 2.

1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan · Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am.0 KANDUNGAN ISI Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik. bentuk kata. perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. . iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. · Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. · Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. 3. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. · Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. · Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. (iii) KERANGKA TAJUK 3.bahan mengajarkan bahasa. ejaan. linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik Menghuraikan linguistik am atau umum.Tajuk tiga ialah bidang linguistik. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan. deskripsi. · Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. . Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. linguistik sejarah.

• Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. 3. · Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. dan leksikon.· Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. sintaksis. • Pada dasarnya. · Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. iaitu secara deskriptif. seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. iaitu terjemahan dan perkamusan. · Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. · Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. • Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto. dijangka amat tetap • Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. dan perubahan-perubahan sistematik. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. . umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi. berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasabahasa yang dibandingkan. dan tidak rapat hubungannya. • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. · Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. • Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. • Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. sistem-sistem morfologi. kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

kajian perlu dilakukan secara diakronik. iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. • Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. • Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. linguistik antropologi. • • • TUGASAN: Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. • Kemudian. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. linguistik evolusi. serta sains kognitif. • Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. linguistik pengiraan. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. • Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa.• Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga. TAJUK 4 LINGUISTIK KONTEKSTUAL SINOPSIS . Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspekaspek yang dibandingkan itu 3. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. • Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Sosiolinguistik.3 • Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

• Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik • Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). Kajian saintifik tentang bahasa. relevan. 2. Mengenal pasti aspek-aspek bahasa. Linguistik ialah 1.Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. . Kuala Lumpur 2005). Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik Definisi kontekstual: · Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). 1968 . ada hubungan atau kaitan langsung. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Berkaitan dengan bahasa. • Menurut John Lyons (1968). Lyons. kebudayaan dan masyarakat.0 4. Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. KANDUNGAN ISI Linguistik Kontekstual 4. struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsifungsi sosial. Kuala Lumpur 2005). Kontekstual membawa pengertian: 1. mengikut konteks. Yang berkenaan.1 • Menurut J.

ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. Pada prinsipnya. peranan bahasa. mantra dan pelbagai istilah lain lagi. Secara mudah. bahasa. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur. iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial.pemakainya. 4.2. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. kumpulan sosial. 4. sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. makna dan kepentingan (meaningful).budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio. Yang membawa maksud.3 Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. masyarakat.2 • • Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.4 Antropologi Linguistik . kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. • • • • • 4. Kesimpulannya. penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi. kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai. Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain.

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. TAJUK 5 STILISTIK SINOPSIS Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. TUGASAN Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.1 Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990) . menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. • • Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik. Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. 4. (ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. 5. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. • Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif.5 Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya.0 KANDUNGAN ISI 5.

khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. § Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. § Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami. § Namun. banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.2 Stilistik dari sudut Sastera  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa  Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur.  Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.4 Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. § Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.  Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. 5. mudah dimengerti. . 5. § Kedua.  Cabang linguistik gunaan atau terapan.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) . pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.  5.

penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. § Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. § Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.M. mesej atau idealisme pengarang. juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. § Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur. pendidikan. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi.§ Ketiga. § Murry J. § Ketujuh. § Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. sesebuah karya. pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya. § Penulis mempunyai cara tersendiri. sikap dan keperibadian penulis § Keempat. stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan § Semasa berkarya. § Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami. seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. (1976:7).unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran. § Kelima. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. TUGASAN . § pendekatan Keenam.

kata). ayat.Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. 6. Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. nahu atau bentuk sintaksis. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. melainkan mengikut caracara tertentu. sama ada dalam bentuk bunyibunyi perkataan. the beautiful book (buku yang cantik itu) 6. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.0 6. susunan perkataan . that car (kereta itu) 2. three red books (tiga buah buku yang merah) 3.1 • • • • • • KANDUNGAN ISI Bahasa sebagai satu sistem Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. sebuah buku merah 3. Menurut Teori Noam HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. Contoh : BAHASA MELAYU 1. buku itu 2. TAJUK 6 SIFAT BAHASA SINOPSIS Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa.2 Bahasa bersifat dinamis .

’ a’. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat. • Faktor yang mengubah bahasanya. 6.5 • • 6. Bahasa itu bersifat arbitrari Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya masyarakat.3 • • • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Bahasa sebagai alat berkomunikasi dengan sesuatu bendabahasa 6. • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.• • • 6. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada halhal peribadi atau rasmi. Walaupun begitu. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. – pendengar : orang yang dilawan bercakap.4. dan ‘m’. . Pertembungan kebudayaan. pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’. Bahasa itu linear Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu. Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. ’a’. Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda yang dimaksudkan. TUGASAN: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam . iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu. struktur dan tatabahasanya tidak berubah.6 • Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. ’l’.

dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi . Perak dan Johor.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. — Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. 7. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Makin besar jumlah penuturnya. Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. Negeri Sembilan. seperti dialek Kelantan. makin luas daerah penyebaran bahasa itu.TAJUK 7 SINOPSIS VARIASI BAHASA Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. (ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. Pahang. Melaka. Makin besar jumlah penuturnya. makin luas daerah penyebaran bahasa itu.0 7. —Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.1 KANDUNGAN ISI Variasi Bahasa  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Terengganu. kosa kata dan tatabahasa. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Dalam konteks Malaysia. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. Makin besar jumlah penuturnya. —Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan.

Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. seperti latar belakang pendidikan. yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan.  Dialek mempunyai bentuk tertentu. sosial dan stilistik. Dalam bidang ilmu bahasa. Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. masih terdiri daripada satu keseluruhan.  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Cabang Nusantara mempunyai . yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.penggunaannya.orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Pahang. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Daripada beberapa variasi satu bahasa.ahli bahasa. cabang Nusantara. Tujuannya supaya mudah difahami.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah). tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli. dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan.2 Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. tatabahasa. dan penggunaan kata-kata tertentu. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m Melayu umum. 7. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Perak dan Johor. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang. Terengganu. mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. Negeri Sembilan. dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan. variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Melaka. seperti dialek Kelantan. jenis pekerjaan. Dalam rangka Malaysia. yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. Variasi ini. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.

dan tubuh. Contohnya.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. untuk berkomunikasi. TUGASAN Dengan memilih cerpen yang digunakan dalam cerpen tersebut. bahasa tubuh. Hal yang sebaliknya juga berlaku. bukannya suara. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. Kalimantan dan sebagainya. dan gerak bibir. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).3 Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual. jawa. orientasi dan gerak tangan.  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama. analisis penggunaan variasi bahasa yang TAMAT . Sumatera.  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. 7. Amerika Syarikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). sesuai. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol).  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini. yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. lengan. serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->