You are on page 1of 24

BAHAN2 RUJUKAN BERKENAAN ISRAILIYAT DANTAKSUB DIDALAM MERIWAYATKAN HADITH NABI SAW 10.02.2013 http://syeikh-husna.blogspot.sg/2009/10/israiliyyat-dalam-hadis.

html
Kelkatu tidak pernah membezakan antara cahaya lampu masjid, cahaya lampu kuil, cahaya lampu gereja atau mana-mana pun. Cahaya tetap bersifat cahaya - Mathnawi : Syeikh Maulana Jalaluddin al Rumi

Ahad, 18 Oktober 2009 Israiliyyat dalam hadis. Anak murid tuaku pernah memohon kepadaku untuk memperjelaskan tentang isu israiliyyat. Malah ketika mengulas tajuk itu, beliau menegaskan agar aku dapat menulis sebuah kitab khusus dalam menerangkan perkara sebenar yang telah menyelubungi persoalan israiliyat dalam hadis. Kebanyakkan orang hanya mengenali israiliyat dalam ilmu tafsir tetapi tidak pada ilmu hadis. Kehadiran israiliyyat ini adalah bahaya kepada sumber Islam. Ia akan menyebabkan kesucian sumber itu akan tercemar sehingga pelbagai kepercayaan, Itiqadat, amalan dan sebagainya yang tidak dari Islam mula menyerap dalam Islam. Kalau ilmu tafsir yang berkaitan dengan ulum al Quran, israiliyyat dianggap sesuatu yang cukup mencemarkan, bagaimana pula israiliyyat mengancam dalam ilmu hadis. Ia sudah tentu lebih bahaya berbanding dalam ilmu tafsir. Ini adalah kerana, al Quran itu adalah dilindungi oleh Allah secara mutlaknya seperti yang tertulis di dalam al Quran. Sementara hadis itu tiada pula jaminan dari Allah tentang perlindungannya. Maka terhasillah hadis-hadis ciptaan yang cukup banyak sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Dengan tujuan sendiri atau pun selainnya. Maka, usaha membenteras pencemaran israiliyyat dalam hadis adalah sesuatu yang amat kritikal. Daripada usaha ini jugalah kita akan dapat menghapuskan mana-mana firqah atau kepercayaan yang telah terkesan dengan israiliyyat ini. Malah usaha ini adalah sesuatu yang amat susah dan payah kerana ia menyelinap dalam diri muslim itu sendiri. Jika yang menyerang itu adalah kafir, sudah tentu mudah untuk membendungnya. Namun, serangan itu menjadi barah pula kerana ia dimainkan oleh musuh yang beragama Islam. Jesteru itu, perpecahan mula berlaku dalam kesatuan muslim, sehinggakan berlakulah salah menyalah antara satu sama lain. Malah ada yang mengatakan dialah lebih ahli sunnah daripada yang lain. Kecacamerbaan ini telah menyorot muslim kepada gejala yang tidak sihat dalam kefahaman Islam. Malah orang awam dari kalangan muslim turut terjebak sama. Mereka sudah tentu jahil dalam banyak perkara. Tetapi menyangkakan mereka di atas kebenaran. Semua menduga mereka membawa kebenaran tanpa mengetahui punca masalah secara keseluruhan. Maka terciptalah permasalahan dalam kalangan umat Islam hari ini. Oleh itu, kali ini marilah kita kenali beberapa nama yang cukup dikenali sebagai perawi israiliyyat. Kesannya cukup besar dalam kita memahami agama kita. 1. Nauf al Bakalie Dia ialah isteri kepada Kaab al Ahbar. Thabit di dalam Sahih al Bukhari pada hadis yang

bernombor ( 122 ) dalam kitab al Ilmu yang menceritakan tentang Nabi Khidir a.s yang berbunyi: ( daripada Said bin Jubair berkata : Aku telah berkata kepada ibnu Abbas : Sesungguhnya Nauf al Bakalie menyangka sesungguhnya Musa bukan Musa bani Israel , tetapi adalah musa yang lain!! Maka berkata Ibnu Abbas : Musuh Allah itu penipu..) Al Hafiz Ibnu Hajar pula telah memberi komentarnya pada jilid pertama halaman 219 : ( aku berkata : dan harus menyatakan Ibnu Abbas mentohmah kesahihan Islam Nauf). Apa yang nyata daripada nas ini ialah membuktikan, keislaman mereka bukanlah bersandarkan kepada keikhlasan untuk memeluk Islam itu sendiri, namun mereka mempunyai niat untuk menyebar luaskan fahaman mereka dan merosakkan pemikiran umat Islam dengan tahrif mereka. Tujuan asal Nauf bertindak demikian ialah untuk memesongkan umat Islam dari mengatakan Nabi Musa yang telah ditegur oleh Nabi khidir dan mengalihkan fakta yang sebenar seperti yang disebut di dalam al Quran. Jika Nauf benar-benar menerima Islam, sepatutnya ia taslim ( menerima sepenuhnya ) seperti yang terkandung di dalam al Quran, malah dia menyelewengkannya dan menolak apa yang disebutkan Allah. 2. Kaab al Ahbar Thabit didalam Sahih al Bukharie dalam kitab al Itisam bis sunnah ( pada bab sabda nabi : ( Janganlah engkau bertanya kepada ahli kitab sesuatu pun)jilid yang ke 13, pada halaman 333: daripada Muawiyah dan dia meriwayatkan beberapa hadis dari beberapa orang quraisy di Madinah dan dia menyebut Kaab al Ahbar, maka dia berkata : sekiranya terdapat dari orang yang benar, mereka itu dari muhaddisin yang mengambil hadis daripada ahli kitab, dan kami bersama mereka kami uji ke atasnya, ia adalah tipu. Al Hafiz ibnu Hajar dalam fathul bahri pada jilid 13 halaman 335 menyatakan beberapa ulamak telah menerangkan dengan maksud tipu itu adalah salah. Tetapi pendapat itu tidak boleh diterima kerana al hafiz sendiri mengatakan : berkata Ibnu al tin : Ini ialah kata Ibnu abbas pada hak Kaab yang tersebut : telah menukar dari sebelumnya dan dia dalam keadaan menipu. Namun ada yang mengatakan itu tidaklah mentajrih Kaab. Bahkan sebaliknya. Sudah tentu kizb atau tipu itu merupakan satu tajrih, masakan saidina Umar dengan lantang melarang Kaab dari meriwayatkan hadis, seperti yang terdapat di dalam Tarikh Abu Zurah jilid 1 halaman 544 yang berbunyi : tinggalkan hadis-hadis atau aku kejar kau sampai ke tanah kera. Antara contoh yang jelas pencemaran yang dibuat oleh Kaab dalam penyebaran israiliyyat ialah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al Nasaie dalam Sunan al Sughra dengan nombor 1346 dengan sanadnya : Daripada Atho bin Abu Marwan daripada ayahnya, sesungguhnya Kaab al Ahbar yang membelah laut kerana Musa, sesungguhnya kami dapati di dalam taurat, sesungguhnya Daud nabi Allah, apabila baginda kembali dari solatnya seraya berdoa : Ya Allah, kau perbaikilah bagiku agamaku. Disini memerlukan penelitian sehingga jelas kepada kita akan pencemaran yang dilakukan oleh Kaab dalam pemesongan fakta dan sekaligus Islam itu sendiri. 1. Kitab taurat diturunkan kepada nabi Musa, mengapa pula nabi Daud pula disebut. Yang berdoa itu sudah tentu nabi Musa selepas peristiwa belah laut. Mengapa pula nabi Daud yang disebut. Sedangkan beza antara nabi Musa dengan nabi Daud itu ialah beratus tahun. 2. Uslub penceritaan tersebut jelas sekali ialah penceritaan pengikut nabi Musa. Itu bukannya taurat seperti yang didakwa oleh Kaab. Mengapa perlu kaab kata : seperti yang ada di dalam taurat, sedangkan dia mengetahui taurat sudah diselewengkan. Kekerapan Kaab menggunakan perkataan: seperti yang ada di dalam Taurat, diriwayatkan Nabi Musa, diriwayatkan Nabi Daud, seperti yang disebut Musa dan lain-lain sememang meragukan. Mengapa perlu Kaab menyebarkan apa yang ada di dalam taurat atau apa sahaja pendapat rabai-rabai mereka sehingga telah bercampur dengan hadis-hadis. Inilah dia bentuk

penyerapan israiliyyat dalam hadis. Contoh yang lain untuk menunjukkan israiliyyat yang diserap oleh Kaab boleh mengancam kesucian agama ini ialah seperti yang terdapat dalam kitab al Azamah pada halaman 91, hadis yang bernombor 236 yang berbunyi : ( daripada beratnya Allah atas mereka ). Inilah perkataan yang jelik yang dinisbahkan pada hadis Rasulullah s.a.w. 3. Wahab bin Munabbih Wahab telah membaca 70 lebih kitab daripada kitab Nabi-nabi ( taurat ). Dia adalah orang yang amat penting dalam meriwayatkan israiliyyat dan khurafat. Dia adalah saudara Humam bin Munabbih, Maqil dan Ghailan. Dia mengumpulkan ilmu-ilmu yang terzahir dari Abdullah bin Salam dan Kaab bin Ahbar. Ini dikuatkan dengan biografi yang dikemukakan oleh Imam al Zahabie dalam kitab Siyar Alam al Nubala, jilid 4 dan halaman 545 : dan riwayatnya kepada musnad adalah sedikit, keluasan ilmunya pada israiliyyat dan suhuf-suhuf ahli kitab. Biografinya juga telah disebut di dalam Tahzib al Tahzib jilid 11 dan halaman 147 dan Tahzib al Kamal pada jilid 31 halaman 140. Pencemaran israiliyyat yang disebarkan oleh Wahab bin Munabbih ini terdapat dalam kitab al Uluww pada hadis bernombor 323 : berkata Wahab bin Munabbih : Sesungguhnya langitlangit dan lautan terdapat haikal. Dan sesungguhnya haikal dalamnya adalah kursi.Sesungguhnya kedu-dua tapak kakiNya azza wajalla di atas kerusi. Dan kembali kerusi itu seperti selipar pada kedua-dua tapak kakinya. Apakah kita terfikir, untuk apakah nabi Muhammad perlu menyebut haikal dalam hadishadisnya melainkan ianya hanya tambahan yang berupa israiliyyat yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam dan diserapkan dalam hadis-hadis yang disandarkan kepada Rasulullah. Oleh kerana itu, bagi sesiapa yang bertalaqqi hadis dan mempertahankan sunnah dari dicemari dari israiliyyat ini adalah usaha yang besar yang menunjukkan kecintaan mereka kepada junjungan baginda Muhammad s.a.w. 4. Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam ialah salah seorang yang amat penting dalam penyebaran israiliyyat dalam hadis, malah beliau juga adalah orang yang boleh diketogorikan sebagai sahabat. Oleh sebab itu, dia boleh bertindak sesuka hati untuk apa tujuan sekalipun. Abdullah bin Salamlah orang pertama yang telah menyebarkan fahaman maqam mahmud itu ialah nabi duduk disebelah Allah. Hatta, menyebabkan beberapa orang dari kaum muslimin turut terjebak dalam aqidah yang fasid ini. Ini telah dibuktikan di dalam ktan al Uluww, pada hadis yang bernombor 425 seperti yang telah thabit dari junjungan kita ialah : Apabila hari kiamat telah datang diantara kamu s.a.w sehingga baginda duduk di antara kedua tangan Allah di atas kursiNyaDan inilah maqam mahmud yang telah ditafsirkan oleh Abdullah bin Salam dam mula menyebar dalam kalangan umat Islam. Dicatat oleh syeikh di 12:51 PG

10.02.2013 http://www.mukmin.com.my/baca.php?kategori=10&id=1329

Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)

Waspada Riwayat Israiliyyat


Oleh SITI AINIZA KAMSARI Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja. Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam. Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai. Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah). Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab. Abdullah telah menciptakan hadis mauduk (palsu) mengenai Saidina Ali yang berbunyi: "Setiap Nabi adalah aku dan waris aku adalah Ali". Bukan setakat itu sahaja yang dilakukan oleh Yahudi ini malah dia turut mendakwa bahawa menantu Rasulullah itu adalah Tuhan. Selaku pemerintah ketika itu Saidina Uthman ibn Affan walaupun terkenal sebagai seorang yang lembut hati, beliau telah mengusir Abdullah bin Saba' yang telah menyebabkan dia lari manakala pada zaman pemerintahan Saidina Ali sendiri, beliau telah menghalalkan darah Yahudi ini untuk dibunuh. Namun yang menyedihkan ada kalangan umat Islam yang tidak bertapis-tapis lagi terus percaya kepada cerita-cerita Yahudi itu sedangkan ia tidak sahaja suatu pembohongan yang sangat besar dan sedikit sebanyak telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri sedangkan api perpecahan ini sentiasa marak kerana Yahudi tidak pernah

diam yang kesemuanya dilakukan kononnya atas nama 'Islam'. Ketika begitu hebat melanda di zaman pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali iaitu sekitar tahun 40-an hijrah, tersebarnya fitnah-fitnah sehingga menjadi satu bencana besar kepada umat Islam. Pertikaian itu sehingga membawa kepada pembunuhan sesama umat yang sehingga zaman itu dikenali sebagai Sighar Al Sahabah dan Kubbar al Tabiiin. Itu hanya baru satu kisah dari begitu banyak sekali kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis mauduk dalam kehidupan umat Islam. Walaupun sesetengah menganggap kisah-kisah Israilliyyat mahupun hadis mauduk itu tidak lebih sebagai bidaah hasanah namun masih lagi, kedua-dua unsur ini sangat bahaya kepada umat Islam, jika kita tidak berhati-hati. Ini kerana bayangkan sahaja menurut Hamad bin Zaid, golongan Zindiq sahaja telah menciptakan 14,000 ribu hadis (mauduk) yang menurut Ibnu Qutaibah hadis dari golongan ini sengaja diada-adakan dan mengenai perkara mustahil seperti hadis peluh kuda, hadis malaikat datang untuk ziarah, bekas emas atas unta, hadis Nur al-Ziraian dan sebagainya lagi. umat Islam Persoalan mengenai kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis mauduk dikupas dengan begitu baik oleh penulis buku ini. Kisah-kisah Israiliyyat itu sendiri seperti dihurai panjang lebar dari aspek makna dan sejarahnya telah sekian lama begitu membarah dalam darah daging umat Islam. Ini kerana sesetengah meluaskan ruang lingkup Israiliyyat itu sebagai merangkumi semua yang terkandung dalam buku-buku pengetahuan orang Yahudi dan Nasrani yang berkisar sekitar huraian mereka terhadap kitab-kitab Injil, sirah, perjalanan nabi-nabi, rasul dan sebagainya. "Hanya ini dinamakan sebagai Israiliyyat kerana kebanyakannya adalah datang dari ilmu pengetahuan Bani Israil atau daripada kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan," kata Dr. Muhammad. Sementara hadis Mauduk atau al Maudhuat mengikut istilah ahli-ahli hadis merupakan hadishadis yang sengaja diada-adakan atau direka-reka secara dusta ke atas Rasulullah atau ke atas para sahabat dan para tabiin selepas baginda. Seseorang itu kata penulis, akan mencipta satu-satu susunan kalam yang kemudian menisbahkannya kepada Nabi Muhammad atau kepada para sahabat dan para tabiin ini tadi. Sebagai contoh, 'hadis' berikut: "Cintailah orang yang engkau cintai seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau benci dan bencilah orang yang engkau benci seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau cintai". Yang sebenarnya kata-kata itu adalah daripada ucapan Saidina Ali bin Abi Talib. "Perut ialah rumah penyakit dan perut yang kosong adalah kepala segala ubat". ('Hadis' ini

pula sebenarnya adalah kata-kata yang diungkapkan dari seorang doktor Arab yang bernama al Haris bin Kalidah). Contoh lain lagi yang merupakan kisah-kisah Israiliyyat yang dijadikan hadis (mauduk): "Aku tidak dapat disaingi oleh langit dan bumi-Ku akan tetapi Aku disaingi oleh keluasan hari orang Mukmin". Imam Ibnu Taimiyyah berkata: Ia adalah dari Israiliyyat kerana tidak mempunyai punca yang diketahui berasal daripada Nabi Muhammad SAW. "Sesungguhnya umur dunia ialah tujuh ribu tahun". 'Hadis' ini adalah termasuk dalam Israiliyyat. Buku yang diterjemah dengan baik ini adalah hasil penulisan gigih Dr. Muhammad. Semasa menulis buku ini, beliau ialah Ketua Jabatan Kuliah Usuluddin di Universiti Al Azhar Cawangan Asyut. Bagi Dr Muhammad, umat Islam amat memerlukan buku yang seperti ini untuk mereka jadikan rujukan utama bagi membolehkan mereka menghilangkan cerita-cerita dongenagan yang dikaitkan dengan tafsiran kitab suci al Quran. "Golongan Orientalis adalah 'tokoh-tokohnya' dalam kisah-kisah Israiliyyat yang mereka dapati, rekaan-rekaan ini boleh memenuhi keinginan mereka, memuaskan ketaksuban dan marah mereka yang keji serta mengubati jiwa mereka yang sakit dan hasad terhadap Islam, nabinya dan al-Quran. "Kedengkian dan dendam ini dianggap sebagai lanjutan kepada siri Peperangan Salib yang telah mereka lancarkan terhadap Islam yang masih berlaku sehingga zaman kita ini dengan pelbagai bentuk," kata beliau. Buku yang ditulis dalam tujuh bab yang utama yang dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang sangat relevan. Mungkin Bab 4 adalah yang paling menarik untuk dibaca apabila penulis tidak sahaja memberikan lagi contoh-contoh kisah Israiliyyat seperti Kisah Harut dan Marut, Pembinaan Kaabah Baitullah dan Hajar Aswad dan banyak lagi yang kesemua itu kemudiannya dijelaskan kebenaran sebenar yang seharusnya kita 'imani'. Penulis benar-benar bertanggungjawab untuk membersihkan nama Rasulullah, para sahabat dan umat Islam amnya dari menjadi bahan fitnah oleh pihak yang berkepentingan sempit dan niat buruk terhadap Islam itu. Begitu pun seperti yang beliau harapkan bahawa umat Islam hari ini adalah mereka yang mesti mengetahui segala serba aspek kehidupan dan ilmu-ilmu dunia dan akhirat supaya tidak mudah terpedaya terhadap pengaruh-pengaruh Israiliyyat dan hadis maudhuk ini. "Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan tentang kemajuan ilmu dalam bidang perubatan, astronomi, alam semesta, ilmu sosial, ilmu jiwa, ilmu mengenai bangsa-bangsa dan sebagainya supaya ia dapat menguatkan senjata bagi menghapus dan melenyapkan kebatilan Israiliyyat itu," kata Dr. Muhammad. Benar, jika tidak selama bilapun, jadilah mereka umat yang tertipu dek kejahilan mereka

sendiri! "...demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji." (surah Al Fussilat, ayat 41-42) Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1967 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.

10.02.2013 http://onlyalthof.wordpress.com/2012/03/25/israiliyat-dan-hadits-hadits-maudhu-dalambuku-buku-tafsir/ March 25, 2012

Israiliyat dan Hadits-hadits Maudhu dalam Buku-buku Tafsir


oleh: ust. Asrizal Musthofa Lc.

Mukadimah 1. Sebagian orang anti dengan buku-buku tafsir yang didalamnya terdapat israiliyat dan hadits-hadits palsu. Mereka mengangap bahwa hal itu adalah ancaman bagi islam. Karena itu mereka berusaha menghalangi manusia dari menelaah buku-buku tersebut. Bahkan ada sebagian orang yang bermaksud melenyapkan keberadaan buku-buku tersebut dari peredaran, demi menjaga kemurnian islam. Akan tetapi pandangan seperti ini adalah suatu hal yang berlebihan. Karena dalam buku-buku tersebut menyimpan banyak ilmu-ilmu yang bermanfaat dan juga pengetahuan keislaman yang bisa diambil. Hal-hal yang baik dalam buku-buku tersebut lebih banyak daripada yang buruk. Apakah dibenarkan dengan alasan untuk menghilangkan yang buruk justru kita menghilangkan banyak kebaikan?! Sedangkan terdapat banyak ulama yang bisa memisahkan antara yang sahih dan yang dhaif. 1. Sebagian mereka berinisiatif memisahkan israiliyat dan hadits-hadits palsu dari bukubuku tafsir, mengumpulkannya menjadi satu buku untuk kemudian dijauhkan dari peredaran orang-orang awam. Kemudian menyebarluaskan buku-buku yang sudah bersih dari israiliyat dan hadits-hadits palsu. Pendapat kedua ini tidak terlalu berlebihan. Akan tetapi mungkinkah hal ini dilakukan?! Dan juga, meskipun israiliyat dan hadits palsu tersebut tidak memiliki nilai dalam syariat agama kita jika dinisbatkan kepada Nabi Saw maupun sahabat karena hal tersebut tidak murni ajaran islam, tetapi dimata sebagian pengkaji mempunyai nilai ilmiyah. Karena israiliyat tersebut dapat menceritakan pengetahuan suatu kaum pada suatu masa. 1. Sebagian yang lain menginginkan israiliyat dan hadits palsu tetap ada dalam bukubuku tafsir. Namun dengan memberikan catatan bahwa itu adalah dakhil dalam

islam, serta memberikan bantahan secara ilmiah supaya manusia selamat dari sisi negatif riwayat-riwayat tersebut. Definisi Israiliyat dan Hadits Maudhu 1. A. Israiliyat

Israiliyat adalah kata bentuk jamak dari kata Israiliyah yang merupakan isim yang di-nisbat-kan kepada Israil, berasal dari bahasa Ibrani yang artinya Hamba Tuhan. Dan yang dimaksud dengan Israil dalam konteks ini adalah Nabi Yaqub ibn Ishaq ibn Ibrahim As.[1] Ibn Katsir dan lainnya menyebutkan dalil bahwa Yaqub adalah Israil melalui hadits riwayat Abu Dawud Al-Tayalisi dari Abdullah ibn Abbas ra. yang menyatakan: Sekelompok orang Yahudi datang kepada Nabi Saw., lalu beliau bertanya kepada mereka : Tahukah kalian bahwa sesungguhnya Israil itu adalah Nabi Yaqub As.? Mereka menjawab: Benar. Kemudian Nabi berkata: Wahai Tuhanku, saksikanlah pengakuan mereka ini!.[2] Secara terminologis, Ibnu Qayyim menjelaskan, bahwa israiliyah merupakan sesuatu yang menyerap ke dalam tafsir dan hadits di mana periwayatannya berkaitan dengan sumber Yahudi dan Nasrani, baik menyangkut agama mereka atau tidak. Dan kenyataannya kisahkisah tersebut merupakan pembauran dari berbagai agama dan kepercayaan yang masuk ke Jazirah Arab yang di bawa orang-orang Yahudi.[3] Para ahli tafsir dan hadits juga beberapa cendikiawan muslim lainnya menggunakan istilah tersebut dalam arti yang beragam. Muhammad ibn Muhammad Abu Syuhbah memaparkan Israiliyat sebagai berikut : Cerita, dongeng, khurafat, yang dibuat oleh sumber Yahudi untuk menimbulkan keraguan terhadap ajaran Islam dan memalingkan manusia dari ajarannya.[4] Husain Al-Zahabi mengemukakan masalah ini dalam dua pengertian : 1. Kisah dan dongeng kuno yang menyusup ke dalam tafsir dan hadits, yang asal periwayatannya kembali kepada sumber Yahudi, Nasrani, atau yang lain. 2. Sebagian ahli tafsir dan hadits memperluas lagi pengertian Israiliyat ini sehingga mencakup pula cerita-cerita yang sengaja diselundupkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dan hadits, yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam sumber-sumber lama.[5] Adapun Dr. Ahmad Khalil mengatakan bahwa yang dimaksud dengan Israiliyat itu ialah kisah-kisah dan riwayat-riwayat dari ahli kitab, baik yang ada

hubungannya dengan ajaran-ajaran agama mereka maupun yang tidak ada hubungannya. Ringkasnya, kisah-kisah itu diriwayatkan dari jalan mereka.[6] Menurut Amin Al-Khuli, kisah-kisah Israiliyat itu merupakan pembauran dari berbagai agama dan kepercayaan yang merembes masuk ke jazirah Arabia Islam karena memang sebagian kisah-kisah itu dibawa oleh orang-orang Yahudi yang sudah sejak dahulu kala berkelana ke arah timur menuju Babilonia dan sekitarnya serta ke arah barat menuju Mesir. Setelah kembali ke negeri asal, mereka membawa pulang bermacam-macam berita keagamaan yang dijumpai di negerinegeri yang mereka singgahi.[7] Bahkan sebagian Ulama Tafsir dan hadis telah memperluas makna israiliyat menjadi cerita yang dimasukkan oleh musuh-musuh Islam, baik yang datang dari Yahudi maupun dari sumber-sumber lainnya. Hal demikian itu lalu dimasukkan kedalam tafsir dan hadis, walaupun cerita itu bukan cerita lama dan memang dibuat oleh musuh-musuh Islam yang sengaja akan merusak akidah kaum Muslimin. Dan ketika Ahli kitab masuk Islam, mereka membawa pula pengetahuan keagamaan mereka berupa cerita-cerita dan kisah-kisah keagamaan. Dan di saat membaca kisah-kisah dalam Al Quran terkadang mereka paparkan rincian kisah itu yang terdapat dalam kitab-kitab mereka. Para sahabat menaruh perhatian khusus terhadap kisah-kisah yang mereka bawakan. Mereka tidak menerima begitu saja segala apa yang diterangkan oleh ahli kitab. Mereka teliti terlebih dahulu kebenarannya sebatas kemampuan mereka. Dan apabila ternyata yang diberitakan itu salah, mereka tidak segan-segan menolaknya. Sesuai pesan Rasulullah Saw. dalam haditsnya: )      )        Janganlah kamu membenarkan (keterangan) Ahli kitab dan jangan pula mendustakannya, tetapi katakanlah, Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (HR. Bukhari) Dan dalam hadist lain Nabi memperingatkan para penyampai berita maupun kisah-kisah itu agar tidak menyimpang dalam menceritakannya. ) , , ) Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat. Dan ceritakanlah dari Bani Israil karena yang demikian tidak di larang. Tetapi barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, bersiap-siaplah menempati tempatnya di neraka (HR. Bukhari). Dua hadist tersebut tidak bertentangan karena yang pertama menyiratkan kemungkinan benar dan salahnya sebuah cerita, sedang hadist berikutnya menunjukkan kebolehan menerima cerita dari Bani israil, meskipun harus dengan aturan yang sangat ketat, diantaranya adalah kejelasan Sanadnya.

1. A.

Hadits Maudhu (Palsu)

Secara etimologis merupakan bentuk isim Maful dari . Dalam bahasa arab kata memiliki beberapa makna. Antara lain menggugurkan, mengada-ada, dan membuat-buat. Sedangkan menurut istilah, Imam Nawawi mengatakan: . Hadits maudhu (palsu) adalah hadits yang yang direkayasa, dibuat-buat, dan hadits dhaif yang paling buruk. Meriwayatkannya adalah haram ketika mengetahui kepalsuannya untuk keperluan apapun kecuali disertai dengan penjelasan.[8] Inti dari penjelasan Imam Nawawi di atas adalah hadits maudhu itu sebenarnya bukanlah hadits Nabi, tetapi dipalsukan sebagai hadits Nabi. Pemalsu hadits mengatakan bahwa apa yang diriwayatkannya adalah hadits Nabi, padahal sebenarnya bukan hadits. Isi hadits palsu tidaklah selalu buruk atau bertentangan dengan ketentuan umum ajaran Islam. Hal itu dapat dimengerti bahwa sebagian dari tujuan pembuatan hadits maudhu adalah untuk kepentingan dakwah dan ajakan hidup yang zuhud. Walaupun demikian haram hukumnya meriwayatkan hadits maudhu kecuali dengan penjelasan kepalsuannya. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, . Barangsiapa berdusta atas diriku dengan sengaja, hendaklah ia menempati tempat duduknya di neraka. (HR. Muslim) Jika dilihat dari konteksnya, setidaknya ada dua bentuk hadits maudhu: 1. Perkataan itu berasal dari pemalsu, kemudian disandarkan kepada Rasulullah Saw., sahabat maupun tabiin. 2. Pemalsu mengambil perkataan itu dari sebagian sahabat, tabiin, sufi, ahli hikmah, orang zuhud atau israiliyyat dan kemudian disandarkan kepada Nabi Saw.[9] Contoh hadits maudhu yang diambil dari perkataan sahabat adalah: [10] , Yang benar perkataan tersebut adalah milik Ali ra., dan bukan hadits Nabi Saw. Tema israiliyat yang banyak dinisbatkan kepada Nabi, sahabat maupun tabiin adalah kisah awal mula penciptaan, kisah umat terdahulu, penciptaan alam semesta, kisah para nabi dan lain sebagainya. Hukum Berdusta Atas Nama Nabi Menurut jumhur ulama berdusta atas nabi merupakan dosa besar. Pelakunya tidak sampai kafir, kecuali ia melakukannya dan menghalalkan berdusta atas nabi. Bahkan imam Abu

Muhammad Al Juwaini sangat keras dalam hal ini. Ia berkata: Telah kufur siapa saja yang dengan sengaja berdusta atas nabi. Dari al-Mughirah bin Syubah radhiyallahuanhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya berdusta atas namaku tidak sebagaimana berdusta atas nama orang lain. Maka barangsiapa yang berdusta secara sengaja atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka. (HR. Bukhari dan Muslim) Berdusta atas nama sahabat maupun tabiin masuk dalam kategori mendustakan nabi. Namun hukum berdusta atas nama sahabat dan tabiin tidak seperti berdusta atas nabi yang bisa sampai kufur. Tidak masuk berdusta atas nabi, periwayatan hadist dengan makna. Sebagaimana ulama membolehkannya, dengan catatan ia paham betul dengan lafaz dan maksud hadits secara terperinci. Hukum Periwayatan Israiliyat Banyak dalil baik dari Al Quran maupun sunnah yang melarang periwayatan israiliyat. Namun tidak sedikit pula dalil yang membolehkannya. Maka kita akan memilih jalan tengah diantara keduanya. Ringkasnya adalah sebagai berikut: Riwayat Israiliyat yang sesuai dengan syariat kita, boleh kita percayai dan boleh meriwayatkannya. Riwayat yang menyelisihi syariat kita, kita tidak boleh mempercayai riwayat tersebut, dan haram meriwayatkannya kecuali dengan keterangan akan kebatilannya. Adapun riwayat yang kita tidak mengetahui kebenaran ataupun kebohongannya, kita tawaquf dengan tidak membenarkan ataupun mendustakannya. Dan boleh hukumnya untuk sekedar meriwayatkannya. Karena kebanyakan riwayat tersebut hanyalah kisah-kisah umat terdahulu dan tidak berkaitan dengan akidah.[11] Hal ini sesuai dengan pesan nabi Saw.: Jangan kamu benarkankan ahli kitab itu dan jangan pula kamu dustakan mereka, dan katakana lah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami.(HR. Bukhari) Pengaruh Kisah Israiliyat Akibat negatif yang ditimbulkan oleh adanya riwayat-riwayat Israiliyat dalam kitab-kitab tafsir, karena mengandung kebatilan, antara lain adalah sebagai berikut : 1. Riwayat-riwayat itu dapat merusak aqidah umat Islam sebagai contoh, riwayat yang dibawakan oleh Muqatil maupun Ibn Jarir tentang kisah Nabi Daud As. dengan isteri salah seorang panglimanya, demikian pula kisah Nabi Muhammad Saw. dengan Zainab binti Jahri. Kedua riwayat itu dapat memberikan gambaran yang keji terhadap pribadi-pribadi Nabi yang mashum dengan gambaran sebagai manusia yang didukung oleh hawa nafsu. 2. Riwayat-riwayat tersebut dapat memberikan gambaran seakan-akan Islam itu agama khurafat, takhayul yang menyesatkan. Sebagai contoh antara lain ialah riwayat yang dikemukakan oleh Al-Qurthubi dari Ibn Abbas Ra. tentang arti kata Radun: Orangorang Yahudi bertanya kepada Nabi Saw. tentang guruh : Apakah sebenarnya guruh itu? Nabi menjawab, Guruh itu adalah malaikat yang diberi tugas menjaga awan dengan membawa alat-alat pembakar dari api yang digunakannya untuk mengendalikan awan menurut kehendak Allah. Kemudian mereka bertanya lagi,

Lalu suara yang kita dengar itu sebenarnya apa? Nabi menjawab, Suara itu adalah bentakan malaikat tatkala membentak awan sehingga awan itu menurut kepada kehendak Allah. Kemudian mereka berkata, Engkau benar, wahai Muhammad.[12] 3. Riwayat-riwayat tersebut hampir dapat menghilangkan kepercayaan terhadap sebagian ulama salaf, baik dari kalangan shahabat maupun tabiin seperti Abu Hurairah, Abdullah ibn Salam, Kaab Al-Ahbar dan Wahab ibn Munabbih yang oleh sementara orientalis seperti Goldziher dalam bukunya, Muzahaib Al-Tafsir Al-Islami, diisyukan sebagai

orang-orang yang sengaja diselundupkan ke dalam Islam oleh musuh-

musuhnya.[13] Tuduhan serupa telah dilontarkan pula oleh beberapa penulis muslim seperti Mahmud Abu Rayyah dalam bukunya, Adwa Ala Al-Sunnah Al-Muhammadiyah, dan dengan cara terselubung oleh Dr. Ahmad Amin dalam Fajr Al-Islam. Bahkan Al-Sayyid Rasyid Ridha dalam tafsirnya mengambil sikap yang jauh berbeda sebagaimana dikatakannya: Dan kebanyakan Israiliyat itu merupakan khurafat dan kepalsuan yang dibenarkan begitu saja oleh para perawi sampai pula oleh sebagian perawi dari kalangan shahabat.[14] 1. Riwayat ini hampir menyita perhatian manusia dari mendalami maksud diturunkannya Al-Quran menuju kepada pembahasan sepele yang sedikit sekali faedahnya. Sebagai contoh antara lain tentang nama dan warna anjing Ashab AlKahf dan nama-nama binatang yang diikutsertakan dalam bahtera Nabi Nuh As. Memang menurut Ibn Katsir, perincian hal tersebut tidak ada faedahnya untuk diketahui. Andaikata hal itu ada faedahnya, niscaya Al-Quran menyebutkannya. 2. Riwayat-riwayat tersebut hampir menimbulkan sikap apriori terhadap hampir semua kitab tafsir di kalangan sebagian peminat ilmu tafsir karena, menurut persangkaan mereka, semua kitab itu berasal dari sumber yang sama. Tokoh-Tokoh Israiliyat Menurut Al-Qattan, kebanyakan riwayat yang disebut Israiliyat itu dihubungkan kepada empat nama yang terkenal yaitu, Abdulah Ibn Salam, Kab Al-Akhbar, Wahab Ibn Munabbih, dan Abd Al Malik Ibn Abd Aziz Ibn Juraij.[15] Berikut ini akan dikemukakan selintas tentang identitas keempat tokoh tersebut, terutama penilaian ahli hadis tentang adalah mereka, sehingga dapat dijadikan sebagai dasar dan keabsahan riwayat mereka. 1. Abdullah Bin Salam Nama lengkapnya adalah Abu Yusuf Abdulah Ibn Salam Ibn Harits Al-Israil Al-Anshari. Semula ia bernama Al Hashin yang diubah oleh Rasulullah menjadi Abdullah ketika ia menyatakan keislamannya sesaat sesudah Rasulullah tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah. Statusnya cukup tinggi di mata Rasulullah. Ada dua ayat AlQuran yang diturunkan berkenaan dengan dirinya.[16] Dia termasuk di antara para sahabat yang diberi kabar gembira masuk

surga oleh Rasulullah. Dalam perjuangan menegakkan Islam, dia termasuk mujahid di Perang Badar dan ikut menyaksikan penyerahan Bait Al-Maqdis ke tangan kaum Muslimin bersama Umar ibn Khathab. Pada waktu Khalifah Utsman Ibn Affan dikepung oleh kaum pemberontak, dia ke luar menemui mereka atas izin Khalifah untuk membubarkannya, tetapi nasihat-nasihatnya tidak didengar mereka, malah dia diancam mau dibunuh. Dia meninggal di Madinah pada tahun 43 H. Sebagai seorang sahabat Rasulullah, Abdullah Ibn Salam juga banyak meriwayatkan hadis dari beliau. Hadis-hadis tersebut diriwayatkan darinya oleh kedua putranya yaitu Yusuf dan Muhammad, Auf Ibn Malik, Abu Hurairah, Abu Bardah Ibn Musa, Atha Ibnu Yasar, dan lain-lain. Imam Al-Bukhari juga memasukkan beberapa buah hadis yang diriwayatkannya dan Rasulullah dalam Jami Shahih-nya. Dan segi adalah-nya, kalangan ahli hadis dan tafsir tidak ada yang meragukan. Ketinggian ilmu pengetahuannya diakui sebagai seorang yang paling alim di kalangan bangsa Yahudi pada masa sebelum masuk Islam dan sesudah masuk Islam. Dalam pandangan Muadz Ibn Jabal, ia termasuk salah seorang dan empat orang sahabat yang mempunyai otoritas di bidang ilmu dan iman. Kitab-kitab tafsir banyak memuat riwayat-riwayat yang disandarkan kepadanya; di antaranya Tafsir Ath Thabari. Meskipun demikian, dimungkinkan pula bahwa di antara riwayat tersebut ada yang tidak mempunyai sanad yang benar kepadanya.Oleh sebab itu, menurut Adz-Dzahabi, dapat saja ada di antara riwayat-riwayat itu yang tidak bisa diterima. 1. Kaab Al-Akhbar Nama lengkapnya adalah Abu Ishaq Kaab Ibn Mani Al-Himyari. Kemudian beliau terkenal dengan gelar Kaab Al Akhbar, karena kedalaman ilmu pengetahuannya. Dia berasal dan Yahudi Yaman, dan keluarga Zi Rain, dan ada yang mengatakan dari Zi Kila. Sejarah masuk Islarnnya ada beberapa versi. Menurut Ibn Hajar, dia masuk Islam pada masa pemerintahan Khalifah Umar Ibn Khathab, lalu berpindah ke Madinah, ikut dalam penyerbuan Islam ke Syam, dan akhirnya pindah ke sana pada masa pemerintahan Khalifah Utsman Ibnu Affan, sampai meninggal pada tahun 32 H di Horns dalam usia 140 tahun. Ibn Saad memasukkan Kaab Al-Akhbar dalam tingkatan pertama dan tabiin di Syam. Sebagai seorang tabiin, ia banyak meriwayatkan hadis-hadis dan Rasulullah secara mursal, dan Umar, Shuhaib, dan Aisyah. Hadis-hadisnya banyak diriwayatkan oleh Muawiyah, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Atha bin Rabah, dan lain-lain. Dan segi kedalaman ilmunya, beberapa orang sahabat seperti Abu Darda dan Muawiyah mengakuinya. Malah menurut Abdullah Ibn Zubair, dia mempunyai semacam prediksi yang tepat. Di samping itu, sekalipun telah masuk Islam, beliau masih tetap membaca dan mempelajari Taurat dan sumber-sumber Ahli Kitab lainnya. Adapun dan segi adalah, tokoh ini termasuk seorang yang kontroversi. Namun, Adz-Dzahabi tidak sependapat, malah menolak segala alasan sebagian orang yang menuduh Kaab sebagai pendusta, malah meragukan keislamannya. Dia beralasan, antara lain bahwa para sahabat seperti Ibn Abbas dan Abu Hurairah, mustahil mereka mengambil riwayat dan seorang Kaab yang pendusta. Malah para muhadditsin seperti Imam Muslim juga memasukkan beberapa hadis dan Kaab ke dalam kitab Shahih-nya. Begitu pula yang lainnya seperti Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai juga melakukan hal yang sama dalam kitab Sunan mereka. Sehingga

menurut Adz Dzahabi, tentu saja mereka menganggap Kaab sebagai seorang yang adil dan tsiqah. Di lain pihak, Ahmad Amin dan Rasyid Ridha menuduh Kaab sebagai seorang pendusta, tidak dapat diterima riwayatnya, malah berbahaya bagi Islam. Mereka beralasan, karena ada sementara muhadditsin yang sama sekali tidak menerima riwayatnya seperti lbn Qutaibah dan An-Nawawi, sedangkan Ath-Thabari hanya sedikit meriwayatkan darinya, malah dia dituduh terlibat dalam pembunuhan Khalifah beberapa hari sebelum terbunuh. Akan tetapi, alasan Amin dan Rasyid Ridha yang memperkuat pendapat Ibnu Taimiyah sebelumnya, dibantah tegas oleh Adz-Dzahabi yang tetap beranggapan bahwa Kaab AlAkhbar adalah seorang yang cukup adil dan tsiqah. Meskipun demikian, tokoh Kaab AlAkhbar tetap dianggap sebagai tokoh Israiliyat yang kontroversial. 1. Wahab Bin Munabbih Nama lengkapnya adalah Abu Abdilah Wahab Ibn Munabbih Ibn Sij Ibn Zinas Al-Yamani Al-Shaani. Lahir pada tahun 34 H dari keluarga keturunan Persia yang migrasi ke negeri Yaman, dan meninggal pada tahun 110 H. Ayahnya, Munabbih Ibn Sij masuk Islam pada masa Rasulullah SAW. Wahab termasuk di antara tokoh ulama pada masa tabiin. Sebagai seorang muhaddits, dia banyak meriwayatkan hadis-hadis dan Abu Hurairah, Abu Said Al-Hudry, Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Amr Ibn Al-Ash, Jabir, Anas dan lain-lain. Sedangkan hadis-hadisnya diriwayatkan kembali oleh kedua orang anaknya yaitu Abdullah dan Abd Al-Rahman, Amr Ibn Dinar dan lain-lain. Imam Bukhari, Muslim, Nasal, Tirmidzi, dan Abu Dawud memasukkan hadis-hadis yang diriwayatkan Wahab ke dalam kitab kumpulan hadis mereka masing-masing. Dengan demikian, mereka menilainya sebagai seorang yang adil dan tsiqah. Sebagaimana Kaab, Wahab juga mendapat sorotan tajam dan sementara ahli yang menuduhnya sebagai seorang pendusta dan berbahaya bagi Islam dengan cerita-cerita Israiliyat yang banyak dikemukakannya. Akan tetapi, Adz-Dzahabi juga membela Wahab, meskipun dia juga mengakui ketokohan Wahab di bidang cerita-cerita Israiliyat. Namun, dia menganggap pribadi Wahab sebagai sosok yang adil dan tsiqah sebagaimana penilaian mayoritas muhadditsin, seperti disebut di atas. Di samping itu, diakui pula kealiman dan kesufian hidupnya. Dengan mikian, dia juga seorang tokoh yang kontroversial. 1. Abd Al-Malik Ibn Abd Al-Aziz Ibn Juraij Nama lengkapnya adalah Abu Al-Walid (Abu Al-Khalid) Abd Al-Malik Ibn Abd Aziz Ibn Juraiz Al-Amawi. Dia berasal dan bangsa Romawi yang beragama Kristen. Lahir pada tahun 80 H di Mekah dan meninggal pada tahun 150 H. Dia terbilang salah satu tokoh di Mekah dan sebagai pelopor penulisan kitab di daerah Hijaz. Sebagai seorang Muhaddits, dia banyak meriwayatkan hadis dan ayahnya, Atha Ibn Abi Rabah Zaid Abi Aslam, Az-Zuhri, dan lainlain. Sedangkan hadis-hadisnya diriwayatkan kembali oleh kedua orang anaknya yakni, Abd Al-Aziz dan Muhammad, Al-Auzai Al-Laits, Yahya Ibn Hanbal yang menilai hadishadisnya banyak yang maudhu. Kelemahannya, menurut penilaian Imam Malik, dia tidak kritis dalam mengambil riwayatnya dari seseorang, sehingga Adz-Dzahabi memperingatkan para mufasirin supaya menghindari masuknya riwayat Ibn Juraij ke dalam karyanya, karena dianggap sebagai suatu karya yang lemah.

[1] Muhammad ibn Muhammad Abu Syuhbah, Al-Israiliyat wa Al-maudhuat fi kutub Tafsir, Maktabah As-sunnah, 1426 H. [2] Ahmad Muhammad Syakir, Umdah Al-Tafsir An Al-Hafidz Ibn Katsir, 1, Dar Maarif, Mesir, 1956 [3] Ibn Qayyim Al-Jauziyah: -Sukardi KD,Ed:, Belajar Mudah Ulum Al Quran;277 [4] Muhammad ibn Muhammad Abu Syuhbah, Al-Israiliyat wa Al-maudhuat fi kutub Tafsir, Maktabah As-sunnah, 1426 H. [5] Husain Al-Zahabi, Al-Israiliyat Fi Al-Tafsir Wa Al-Hadits, Majma Al-Buhus AlIslamiyah, Kairo, 1971 [6] Ahmad Khalil, Dirasat Fi Al-Quran, Dar Maarif, Mesir, h. 113 [7] Ahmad Al-Khuli, Manahij Al-Tajdid, Dar Marifah, Cairo, 1961, h. 277 [8] Imam Nawawi, at-Taqrib, juz 1, hlm. 6. [9] Muhammad ibn Muhammad Abu Syuhbah, Al-Israiliyat wa Al-maudhuat fi kutub Tafsir, Maktabah As-sunnah, 1426 H. [10] Imam Bukhari, Adab al Mufrad [11] Muhammad ibn Muhammad Abu Syuhbah, Al-Israiliyat wa Al-maudhuat fi kutub Tafsir, Maktabah As-sunnah, 1426 H. [12] Al-Qurthubi, Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Dar Al-Kitab Al-Arabi, Cairo, 1967, h. 217 [13] Ignaz Goldziher, Mazahaib Al-Tafsir Al-Islam, alih bahasa Abd. Halim Al-Najjar, Makatabah Al-Islami, Mesir, 1995, h. 87 [14] Al-Sayyid Muhammad Ridha, Tafsir Al-Manar, I, Dar Al-Manar, Cairo, 1373 H, h. 8 [15] Ahmad Amin, Dhuha Al-Islam, (Mesir: Mathal baah Lajnah Ai-Talif wa AiNasr,1952), Jiid II, him. 310 [16] Manna Al-Qattan, Mahabis Fi Lilumi Al Quran (Mesir: Mansyurat AiAshari AlHadis, 1973), cet. Ke2, him. 355.

10.02.2013 http://saint-guerre.blogspot.sg/2010/06/kebenaran-islam-israiliyyat.html KEBENARAN ISLAM - ISRAILIYAT MELIHAT sesetengah penulis blog yang giat menulis-menulis artikel keagamaan dan kajian sejarah dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya amat merisaukan hati. Sebahagian kisah itu tidak mempunyai sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya Israiliyyat. Islam merupakan agama yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Sejajar dengan itu, al-Quran diturunkan sebagai kitabullah yang mempunyai panduan dan hidayah kepada seluruh umat manusia lengkap dengan segala isi kandungannya sama ada dari segi akidah, ibadah, perundangan, akhlak, sejarah dan sebagainya. al-Quran dinukilkan secara mutawatir dan merupakan kitab yang sentiasa dipelihara isi kandungannya oleh Allah s.w.t. daripada diseleweng oleh musuh Allah s.w.t. Namun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah para pentafsir dahulu atau masa kini memasukkan beberapa unsur-unsur Israiliyyat di dalam pentafsiran mereka. Lebih malang, sebahagian kisah itu seperti mitos atau kartun. Apabila dikaitkan dengan Islam, maka hilanglah kehebatan agama yang agung itu. Secara umum Israiliyyat adalah kisah-kisah yang bersumberkan maklumat Yahudi atau Bani Israil. Riwayat-riwayat tersebut terselit atau disebut dalam buku-buku umat Islam. Para ulama hadis sentiasa memperingatkan umat islam tentang bahaya perkara ini. Banyak riwayat atau kisah Israiliyyat hanya mencemarkan agama. Namun ramai penulis-penulis blog tidak dapat membezakan antara Israiliyyat dan kesahihan riwayat tersebut. Dunia semakin canggih. Banyak perkara yang tidak wujud pada generasi lalu, adalah kenyataan hidup generasi hari ini. Sikap, pendirian dan pendekatan juga berubah. Dahulu apa yang dinyatakan oleh orang-orang tua tidak dibantah. Hari ini barangkali tidak. Mungkin dalam sesetengah perkara dianggap ketinggalan bas atau ' Katak Dibawah Tempurung. Dahulu cakap orang bergelar ustaz atau tok guru tidak dibantah, bahkan dianggap berdosa jika melawan. Perbuatan ustaz atau tok guru dianggap agama. Mereka bagaikan wakil Tuhan . Ucapan mereka diterima bulat- bulat, bagaikan rasul yang maksum. Justeru, sekalipun mandi safar syirik, namun kerana jampi menteranya ditulis oleh ustaz, maka sekian lama kepercayaan itu menjalar dalam masyarakat Melayu. Tepung tawar pelepas bala yang mempunyai nilai-nilai syirik dilakukan.

Sebabnya kerja ini difrancais oleh ustaz atau tok guru. Perkara yang sewaktu dengan semua itu bukan sedikit telah berlaku namun hari ini perkara-perkara tersebut banyak yang pupus. Hari ini dunia lebih moden. Pendidikan dan pengetahuan moden menuntut setiap perkara dikemukakan berdasarkan fakta dan angka. Dahulu barangkali ustaz boleh menceritakan berbagai-bagai riwayat Israiliyyat dengan selesa sehingga timbul kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil. Watak nabi diperkatunkan. Hari ini kisah-kisah itu dipertikaikan sumber dan ketulenannya. Mereka mungkin menaiki kereta kancil, tetapi tidak menerima watak lucu itu dikaitkan dengan nabi. Dahulu barangkali seorang ustaz apabila tiba 10 Muharam atau asyura bercerita dengan bebas tentang bubur Nabi Nuh di atas kapal dan berkempen orang ramai memasak bubur itu. Hari ini generasi baru akan bertanya ketulenan kisah itu. Nabi Nuh a.s. dihantar bukan sebagai chef untuk memperkenalkan resipi bubur. Baginda seorang nabi yang mempunyai mesej dakwah yang besar. Dahulu barangkali seorang ustaz bercerita dengan bebas jampi penyeri wajah naik pelamin Nabi Yusuf. Hari ini ia tentu dipertikaikan. Dahulu berdasarkan cerita sesetengah ustaz atau lebai, ada yang ikut mempercayai Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi. Pengetahuan moden menolak kepercayaan ini. Kita menganggap ini riwayat palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika mengulas riwayat ini: Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini. |Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Manar al-Munif, m.s.78.| Kata Abu Syahbah : Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul |Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Mauduat fi Kutub al- Tafasir. m.s 305| Malangnya, ada golongan agama dahulu percaya dunia berada di atas tanduk lembu dan lembu berada atas ikan nun seperti yang ditambah dalam riwayat palsu lain. Ini menyanggahi hakikat, bumi terapung- apung di angkasa. Kita menyeru kepada tajdid (pembaharuan). Kita menentang hal ini. Kita katakan, kelemahan pengetahuan orang ramai masa kini untuk membezakan antara isi al-Quran dengan riwayat Israiliyyat boleh membawa mereka salah faham terhadap al-Quran dan ragu-ragu terhadap inti kandungannya. Tambahan pula, pengetahuan manusia moden banyak menolak bentuk khurafat. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kaedah jelas dalam membezakan antara kisah-kisah yang termuat dalam buku- buku tafsir dan kisah-kisah al-Quran yang asal. Mereka akhirnya menghidangkan kisah-kisah lucu yang bertentangan dengan fakta sains seperti contoh di atas. Kata guru saya iaitu seorang tafsir yang terkenal Solah Abd al-Fattah al-Khalidi : Telah berlaku kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah daripada kalangan Muslimin

dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi yang betul dan lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka mempersembahkan kepada para pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai-bagai pendapat, kisah, riwayat dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih daripada kisah-kisah karut, batil, palsu yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah al-israiliyyat dan kisah-kisah ahli kitab. |Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Maa Qasas al-Sabiqin fi al-Quran 1/31| Di saat dunia semakin canggih dan moden, kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan karut-marut yang membaluti kebanyakan kepercayaan. Hanyalah Islam, agama yang menolak khurafat, tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya. Ini membuktikan, Islam dapat menghadapi perkembangan tamadun kebendaan, tamadun yang bersedia mempertikaikan apa sahaja termasuklah ketuhanan. Islam yang tulen tetap utuh kerana mesej dan tujuannya tidak dicemari kekarutan. Inilah mesej al-Quran dan sunah yang sahih. Fokus kisah-kisah al-Quran adalah pengajaran, bukan untuk melalut dan meracau dalam perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran. Kisah Luqman umpamanya, al-Quran hanya menyebut sesuatu yang bermanfaat. Firman Allah, Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmat-Nya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. |Qs. Luqman:12| Demikian insan apabila membaca ayat ini tahu pengajaran yang dapat dicontohi dari Luqman ialah bersyukur dengan kurniaan kebijaksanaan yang Allah berikan. Selepas ayat ini, Allah menceritakan nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Antaranya nasihat berkualiti yang terbit daripada orang yang diberikan hikmah. Hikmah itu membawa insan mengenali hakikat kebaikan yang tulen. Ini terserlah dalam isi kandungan nasihatnasihat tersebut. Nasihat-nasihat itu juga adalah sukatan pendidikan bermutu dan tepat. Namun Israiliyyat menyibukkan pembaca al-Quran dengan perkara-perkara lain dari ini semua. Menurut Israiliyyat, Luqman ialah lelaki hamba abdi berketurunan Habsyi, seorang yang pendek, hidungnya penyek, bibirnya tebal, lebar tapak kakinya dan berbagai-bagai lagi. |lihat: Salah al-Khalidi, Ma Qasas al-Sabiqin, 3/150| Tambahan Israiliyyat hanyalah memalingkan pembaca al-Quran daripada tujuan utamanya

yang menghidangkan kisah itu sebagai pengajaran dan pengiktibaran. Apakah faedah besar untuk pembaca al- Quran jika dia mengetahui Luqman berkulit hitam, berbangsa Habsyi, berhidung penyek? Apakah dia boleh meniru itu semua jika Allah mentakdirkannya berkulit putih, berhidung mancung dan tidak berbangsa Habsyi? Apakah itu tujuan kisah yang dibawa? Atau tujuannya mengisahkan seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan diperintahkan bersyukur kepada Tuhannya? Lalu dipersembahkan hikmah dan syukur itu dalam suatu sukatan pendidikan yang membentuk insan yang rabbani. Kata Salah al-Khalidi dalam karangannya yang lain: Cerita dan sebutan al-Quran mengenai umat terdahulu, kisah-kisah dan berita mengenai mereka bukan dengan cara pendetilan huraian. Al-Quran tidak mendetilkan tentang masa, atau tempat, atau watak, atau memperincikan cerita. Tidak diceritakan setiap kejadian, atau episodnya, atau bahagianbahagiannya. Ia tidak pula melengkapkan (setiap episod), mendetil, menghuraikan dengan panjang lebar peristiwa-peristiwa yang berlaku, setiap pergerakan watak-wataknya dan latar belakang peristiwa. Al-Quran tidak melakukan ini semua. Ini kerana bukan tujuan al-Quran untuk mendetilkan kisah-kisah tersebut. Sebaliknya tujuan al-Quran untuk membentangkan kebenaran dan menentukan nilaian dan pemikiran, mengambil pengiktibaran, pengajaran dan panduan. Juga mengambil manfaat dari panduan- panduan yang terdapat dalam kisah- kisah tersebut. Ini semua terlaksana dengan kadar dan cara yang telah dibentangkan oleh al-Quran. Para pembaca dan pengkaji al-Quran yang mengambil riwayat Israiliyyat dan cerita-cerita dongeng sepatutnya berpegang dengan tujuan al-Quran bagi kisah- kisah umat yang lalu. Mereka tidak sepatutnya mengambil sumber-sumber yang berasal dari manusia bersifat lemah dan jahil. Lalu mereka mencari pendetilan apa yang diterangkan al-Quran secara umum, cuba menjelaskan apa yang al-Quran samarkan dan menceritakan apa yang al-Quran diamkan. Alangkah baiknya jika mereka ini dapat mencari dari sumber yang dipercayai. Malangnya mereka mencari dari sumber yang diselewengkan, dusta (Israiliyyat) dan mengambil daripada manusia kafir lagi zalim yang menyelewengkan agama mereka (Yahudi). |Al-Khalidi, Salah Abd al-Fattah, Mafatih li Taamul ma al-Quran, m.s. 85| Di zaman kini, manusia banyak mengkaji dan mengetahui perkara-perkara baru. Masa untuk membaca al-Quran terganggu dengan urusan dan kerja yang sentiasa mengasak dan mendesak. Jika waktu terhad dibazirkan dengan kisah-kisah Israiliyyat, tentulah fokus yang wajib diberikan kepada inti asal al-Quran tergadai. Apatah lagi kisah-kisah Israiliyyat itu mencemarkan wajah agama di hadapan fakta sains. Orang-orang Barat jika mereka tidak jelas antara Israiliyyat dengan inti kandungan asal alQuran, boleh menyebabkan mereka menganggap Islam mengandungi ajaran-ajaran yang bercanggah dengan penemuan sains yang dibuktikan kebenarannya. Maka mereka akan memandang lekeh kepada Islam dan menolaknya. Apa tidaknya, jika mereka mendengar sesetengah ustaz di Malaysia menyatakan umur dunia 7,000 tahun sedangkan para saintis menyatakan ia sudah mencapai jutaan tahun.

Mereka akan tertanya: Inikah Islam yang bersumberkan wahyu yang sebenar? Sedangkan mereka tidak tahu bahawa itu semua adalah riwayat Israiliyyat. Abu Syahbah menyatakan bahawa riwayat yang menyatakan Nabi melihat usia dunia berusia 7000 tahun adalah Israiliyyat dan dusta, tidak ada kaitan dengan Islam. |Lihat: Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa al-Sunnah, 1/14| Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi: Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan. Katanya juga: Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum Muslimin. |Al-Qaradawi, Thaqafah al-Daiyyah, 41|. Nafas baru perlu diberikan kepada penafsiran al-Quran demi generasi baru. Nafas itu membawa kita kembali kepada wajah Islam yang asli dan tulen. Sumber Rujukan: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin KEBENARAN ISLAM - ISRAILIYAT Bahagian 2-4 Artikel ini bertujuan untuk menganalisa kitab tafsir Melayu Tafsir Anwar Baidhawi karangan Abd. Al-Rauf bin Ali al-Fansuri al-Singkili atau Sheikh Abdurrauf yang ditafsirkan secara lengkap tiga puluh juzuk. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu tulisan Jawi lama. Tafsir ini masih dicetak hingga sekarang. Ia dicetak dalam tiga penggal, dan yang terbaru sekali ia dicetak hanya dalam satu jilid tebal. Kitab tafsir ini menjadi pilihan kerana ia merupakan antara kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu yang dipelajari di surau-surau, masjid-masjid serta pondok-pondok di Malaysia. Kitab ini wajar diberi perhatian dan penumpuan bagi menilai sama ada ia juga dipengaruhi oleh kisah-kisah Israiliyyat ataupun tidak. Ia juga bertujuan membincangkan tafsiran-tafsiran al-Quran secara terperinci, tanpa terpengaruh dengan kisah-kisah Israiliyyat yang tidak berdasarkan kepada sanad yang sahih. PENGERTIAN ISRAILIYYAT Perkataan Israiliyyat adalah diambil daripada kata jamac. Mufradnya adalah diambil daripada kata Israiliyyah, yang dinisbahkan kepada Bani Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya adalah nama Nabi Allah Yaakob a.s. yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakob (a.s.) yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s. dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.

Keturunan Nabi Yaakob (a.s.) atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s. pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrany. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab . |Abu Syaybah 1408: 12| Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir ialah kisah-kisah Yahudi yang menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam melalui tafsir al-Quran yang banyak berlaku di zaman tabiin. Namun ulama tafsir dan hadith menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu setiap kisah termasuk cerita lama yang diadakan, dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan disampai oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam. |al-Dhahabi 1990: 13| RIWAYAT ISRAILIYYAT Secara umumnya, riwayat Israiliyyat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian; 1. Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Israiliyyat daripada bahagian ini harus diriwayatkan berdasarkan Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud |al-Bukhari t.th., 1: 258|: Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat. Perkatakanlah tentang kisah-kisah Bani Israil dan ianya bukan menjadi satu kesalahan. Dan sesiapa berdusta terhadapku maka disediakan baginya tempat di dalam neraka. 2. Israiliyyat yang bercanggah dengan nas yang Qatci daripada al-Quran dan juga al-Sunnah, serta menyalahi lojik akal. Israiliyyat daripada bahagian ini tidak harus diriwayatkan. 3. Israiliyyat yang Maskut cAnhu iaitu yang tidak disokong oleh nas al- Quran dan juga alSunnah iaitu ia bukan dari bahagian pertama dan juga bahagian kedua. Bahagian ini tidak perlu kita membenarkannya dan tidak juga mendustakannya. Tetapi harus diriwayatkannya . EnsyaAllah kupasan demi kupasan mengenai israiliyyat akan dibentangkan di dalam artikel yang akan datang, semoga artikel ini dapat membuka minda dan memberi kita manfaat agar kita lebih berhati-hati dalam menafsirkan sesuatu perkara serta fenomena yang tidak jelas didalam al quran dan as sunnah serta kajian-kajian sejarah. bersambung.. KEBENARAN ISLAM - ISRAILIYAT Bahagian 3-4 PENGARUH ISRAILIYYAT KE ATAS KITAB TAFSIR Kemasukan Israiliyyat ke dalam tafsir bermula dengan kemasukan thaqafah (peradaban) Bani Israil (yang berhijrah ke Semenanjung Arab) ke dalam thaqafah Arabiyyah di zaman Jahiliyyah. Bangsa Yahudi ini membawa bersama-sama mereka ilmu-ilmu dan pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agama mereka, dan segala perkara yang berkaitan

dengannya daripada huraian-huraian, dan juga yang mereka warisi daripada satu generasi ke satu generasi daripada nabi-nabi mereka dan pendita-pendita mereka. Mereka mempunyai tempat yang dinamakan al-midras iaitu sekolah-sekolah tempat mereka mempelajari setiap perkara yang diwarisi. Mereka juga mempunyai tempat-tempat ibadah dan syiar agama mereka. Kemudian, datang ajaran Islam dan kitab Allah s.w.t. yang terkandung di dalamnya ilmu dan agama. Seruan Islam lahir dan tersebar di kalangan penduduk Semenanjung Arab. Pada zaman Rasulullah s.a.w pusat negara Islam adalah Madinah al-Munawwarah. Untuk mendidik para sahabat, majlis-majlis ilmu pada zaman Rasulullah s.a.w. ini dilakukan di Masjid Madinah. Di kota Madinah dan di sekitarnya tinggal bermukim beberapa golongan Yahudi seperti Bani Qainuqa, Bani Quraizah, Bani al-Nadir, Yahudi Khaibar, Taima dan Fadak. Terdapat di kalangan ulama Yahudi atau ahli Kitab di Madinah yang memeluk Islam seperti Abdullah b. Salam r.a. Beliau dan orang sepertinya menjadi tempat rujukan kepada sahabat untuk bertanya secara terperinci tentang kisah-kisah yang sama yang juga disebut di dalam kitab-kitab al-Quran dan Taurat. Namun para sahabat tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan kepada mereka. Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga syarak. Mereka hanya menerima apa yang diterima oleh akal dan syarak dan menolak sekiranya bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka berdiam diri terhadap perkara-perkara yang tidak jelas tentang benar dan salahnya. Ibn Khaldun |1968, 1: 786-787| menyatakan apabila timbul keinginan di kalangan orangorang Arab untuk mengetahui tentang permulaan kejadian makhluk dan rahsia kejadian, mereka cenderung bertanya ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani. Majoriti mereka adalah dari suku bangsa Humair. Apabila mereka memeluk Islam, pengaruh daripada ajaran agama mereka yang berkaitan dengan asal kejadian makhluk, cerita-cerita tentang peperangan dan sebagainya masih kuat dalam diri mereka. Antara golongan mereka ialah Kaab b. al-Ahbar, Wahab b. Munabbih, dan Abdullah b. Salam. Kerana inilah cerita-cerita Israiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada mereka. EnsyaAllah kupasan demi kupasan akan dilakukan mengenai isu israiliyat serta akan dibahaskan juga mengenai perkaitan Wahhaby mengunakan Hadis palsu israiliyat dalam aqidah. Bersambung..

KEBENARAN ISLAM - ISRAILIYAT Bahagian 4-4 Terdapat sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyyat yang boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu kemurnian ajaran Islam. Antara kisah-kisah tersebut ialah yang berbentuk dongeng dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak. Kisah-kisah ini boleh mengakibatkan kesan berikut;

1. Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para anbiya dan mursalin dan menggambarkan mereka menolak kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa, sebagai anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai contoh apa yang digambarkan oleh kisah Israiliyyat tersebut terhadap apa yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s. 2. Israiliyyat hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabiin. Bukan sedikit dongeng Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan daripada salafus salih yang terkenal dengan kepercayaan orang dan keadilannya. Mereka juga terkenal di kalangan orang-orang Islam dengan tafsir dan Hadith. Antara yang ditohmah ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Salam, Kaab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.

3. Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia dari tujuan asal penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Memalingkan mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan padanya. Contohnya membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang tongkat Nabi Musa a.s., daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama budak kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya. Inilah antara kesan terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam hasil daripada riwayat Israiliyyat. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan aqidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al- Sunnah. Mereka juga berusaha untuk menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang telah berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke setiap penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan menghapuskannya. |al-Dhahabi 1990: 29-34|

You might also like