P. 1
Bantahan Terhadap Fitnah Jemaah Kitab Jb

Bantahan Terhadap Fitnah Jemaah Kitab Jb

|Views: 59|Likes:
Published by Mohd Shawal
bacalah
bacalah

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Mohd Shawal on Feb 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/13/2013

pdf

text

original

KATA MEREKA (PENULIS BLOG) http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.

html
Pada 16 Oktober 1965, telah diadakan pertemuan besar-besaran para Alim Ulamak seluruh negeri India, bertempat di Kirla, India. Pertemuan ini telah mengadakan perbahasan tentang kewujudan gerakan Jemaah Tabligh yang dirasakan telah cukup lama menimbulkan keresahan masyarakat Islam. Hasil pertemuan Ulamak tersebut telah menyatakan bahawa kelompok Jemaah Tabligh ini adalah SESAT LAGI DAN LAGI MENYESATKAN. Keputusan ini telah diambil setelah para Ulama' melakukan penelitian dan pengkajian secara adil dan saksama pada beberapa kitab-kitab, risalah dan edaran-edaran yang tersebar dikalangan Jemaah Tabligh dan ditulis oleh pemimpin-pemimpin mereka.

JAWAPAN KAMI
Kami tidak mempunyai maklumat tentang pertemuan ini.Jadi tidak diketahui ulamak mana yang yang menghadirinya,ulamak mana yang terlibat,sebesar dan seramai manakah ulamak yang dikatakan “alim ulamak dari seluruh negeri India itu” dan dari aliran/manhaj apakah para ulamak itu.Sufikah? Sekularkah? Salafi/ Wahabikah?.Mengapa Kirla yang di pilih menjadi lokasinya,sedangkan di situ,populasi kaum Muslim tidak sampai 20%?Maklumat yang disertakan oleh penulis blog sangat minima, jadi kami tidak dapat memberi komen yang sesuai.Berkaitan dengan keputusan bahawa Jemaah Tabligh sebagai “sesat lagi menyesatkan” itu juga nampaknya sangat berat.Tapi yang pasti, sejak 1965 (Zaman Jemaah Tabligh di bawah pimpinan Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusof al-Kandhalawi1) itu dan sehingga sekarang,dakwah Jemaah Tabligh,ini memang begitu subur tumbuhnya di India dan di seluruh dunia.Tambahan pula,di daerah Kirla itu sangat subur dan membangun dengan dakwah yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh.2Dewasa ini, yang nampak lantang menghukum sesat kepada Jemaah Tabligh dan firqah-firqah yang lain sesat adalah dari kalangan para eksterimis Salafi/Wahabi.3Juga di India,mereka yang sangat lantang menyesat dan memusuhi Jemaah Tabligh adalah datangnya daripada golongan penyembah kubur seperti Brelwi.4Ahli bidaah tercela daripada golongan Brelwi ini mengelarkan Jemaah Tabligh di India sebagai Salafi/Wahabi.

1

Beliau adalah putera kepada Maulana Muhamad Ilyas.Beliau termasuk seorang ulamak besar India.Beliau memiliki karya beberapa kitab dan antaranya Hayatush Sahabah dalam,Amanil Ahbar Syarh Ma’anil Atsar, Muntakhab Ahadis.Beliau juga termasuk seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki. 2 Penulis mempunyai pengalaman sampai di Kirla,rata-rata kawasan yang di singgahi penulis sangat mesra dengan Jemaah Tabligh,para ulamak yang mengajar di Kirla dan sekitar Gujerat sangat memuliakan Jemaah Tabligh.Para Imam di daerah Kirla sendiri sanggup turun bersama Jemaah Tabligh ketika melakukan ziarah. 3 Penulis merasakan bahawa pertemuan besar-besaran para Alim Ulamak seluruh negeri India, bertempat di Kirla, India itu benar-benar meragukan ,kerana jika amati sanjungan yang diberikan oleh Ulamak-Ulamak dan para Mufti di India terhadap Amir Jemaah Tabligh pada ketika itu,iaitu Syeikhul Hadis,Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi sangat di hormati oleh mereka.Ketika Maulana Muhammad Yusof mengarang kitab Hayatush Sahabah,Maulana di gelar oleh Mufti Besar di Darul Ulum,Deoband iaitu (Mufti Mahmood Hasan Gangohi) yang mengatakan bahawa Maulana Muhammad Yusof seorang yang alim mengenai sirah para sahabat.(Kata-kata ini boleh di rujuk di Malfuzat Mufti Mahmud Hasan Gangohi sendiri). 4 Golongan Brelwi ini sangat memusi Jemaah Tabligh.Hal ini dibukti dengan aktiviti mereka yang kerap mengenakan sihir kepada pimpinan Jemaah Tabligh seperti Maulana Muhammad Ilyas,Maulana Muhammad Yusof dan Maulana Inamul Hassan.Kebanyakan mereka ini meninggal dunia adalah di sebabkan sihir yang di lakukan oleh golongan Brelwi ini.(Rujuk Malfuzat ketiga-ketiga Masyaikh Jemaah Tabligh).

aktivis Jemaah Tabligh di Malaysia akan bertaqlid kepada Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi (bagi kalangan aktivis India Muslim (mamak).7tidak sedikit juga. 9 Kebiasaanya.Maka keputusan yang di buat adalah keputusan yang adil dan tidak mungkin mengandungi kesilapan. ataupun dalam beberapa perkara sahaja.9 Pada kami kurang tepat jika dikatakan Jemaah Tabligh anti-taqlid. .dan inilah keadaan orang awam di dalam jemaah ini.6Sefaham kami juga nama-nama besar dalam kalangan umat Islam ini yang tidak menghukum “sesat lagi menyesatkan” ke atas jemaah ini.Kami sendiri telah melihat satu manuskrip fatwa yang di tandatangi oleh jemaah Mufti dalam negeri India mengenai keizinan dan kebenaran Jemaah Tabligh.5Manuskrip fatwa ini masih lagi tersimpan di maktabah milik Madrasah Kasyifatul Ulum.Maulana Muhammad Ihtisamul Hassan telah menceritakan mengenai salasilah dan keluarga ini di dalam bukunya iaitu “Hala’at Masyaikh Kandhala”.edaran dan risalah yang ditulis oleh pemimpin Jemaah Tabligh.8Kebanyakan mereka (aktivis Jemaah Tabligh)muqallid kepada salah satu mazahib arba'ah. 8 Boleh di rujuk dalam Mahfuzat Maulana Muhammad Ilyas sendiri. Jika kemiripannya itu sedikit.Maklum sajalah gerakan dakwah Jemaah Tabligh ini tersebar ke seluruh pelosok dunia dan pertemuan-pertemuan mereka sering sahaja melibatkan para karkun 5 Perlu di ingat bahawa barisan Mufti–mufti di India ini tidak di lantik oleh kerajaan.ataupun sebahagian besar.mengingkari Karomah Awliya dan lain-lain yang kesemuannya bertentangan dengan fahaman AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH. KATA PENULIS BLOG : Diantara beberapa alasan yang dikemukakan oleh para Ulamak tersebut ialah berdasarkan pengkajian dan penelitian yang mendalam dari beberapa kitab. orangorang yang sudah meninggal tidak dalam mendengar orang yang masih hidup.tidak pula di hakimi sebagai “sesat lagi menyesatkan” pada Jemaah Tabligh. JAWAPAN KAMI : Kemiripan itu tidak jelas sebesar mana.Fatwa yang di tandatangani oleh 36 Mufti itu menjadi hujjah kuat tertolaknya fatwa yang meragukan dari perjumpaan di Kirla itu.sebaiknya kita imbangkan keputusan pertemuan pada tahun 1965 itu dengan para ulamak yang tidak menghukum “sesat lagi menyesatkan” itu. Seperti anti-taqlid terhadap imam-imam mujtahid.Jika dikatakan mereka anti-taqlid.Keluarga Kandhalawi sangat terkenal dengan keturunan para ulama yang di sangat berpegang teguh dengan Mazhab Hanafi. ataupun sebahagian kecil.sebalik mereka di lantik daripada Jemaah para mufti-mufti dan alim ulamak yang banyaknya di Negari India. Adakah kesemua sudut.Oleh itu.pendiri Jemaah Tabligh itu sendiri iaitu Maulana Muhammad Ilyas sendiri bermazhab Hanafi.tetapi sebenarnya lebih kepada saling meraikan. 6 Madrasah Kasyifatul Ulum adalah Madrasah di asaskan oleh pimpinan Jemaah Tabligh iaitu Maulana Ihtisamul Hassan Kandhalawi.Maulana Inamul Hassan Kandhalawi. 7 Boleh di lihat di dalam kitab ini al Firqah An Najiyah Hia Al Ummatul Islamiyah Kulluha oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali.Maulana Izharul Hassan Kandhalawi dan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi.telah ditemukan ada kemiripan diantara fahaman Jemaah Tabligh dengan fahaman WAHABI.manakala pula Jemaah Tabligh dari Arab Saudi kebanyakan mereka tidak taqlid kepada mana-mana mazhab sebagaimana jelas pengamalan fiqh di sana.Kebanyakan masyaikh Jemaah Tabligh berkhidmat di madrasah ini.

Cuma di Malaysia lebih kepada Fadhilat A’mal dan Muntakhabah alhadis. di dalam bukunya.Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki.10Takkanlah setiap kali waktu solat hendak dibuat paling kurang 4 kali bergilir-gilir kerana ada 4 mazhab?.seperti sunnah bermujahadah ketika melakukan dakwah. 15 Beliau termasuk seorang ulamak besar India yang oleh Mufti Mahmud Hassan Gongohi.Habis waktu di situ sahajalah.Amanil Ahbar Syarh Ma’anil Atsar.Muntakhabah alhadis oleh Maulana Muhammad Yusof Al-Kandhalawi dan Maulana Muhammad Saad al-Kandhalawi. 11 Di antara kitab-kitab yang menjadi muqarrar di dalam Jamaah Tabligh yang menjadi bacaan harian ketika khuruj ialah Zaadul Ma'ad oleh Imam Ibnu Qayyim. .kami menganggap ianya satu tuduhan yang tidak benar.Maulana In‟amul Hassan Kandhalawi15.Di antara kitab karangan beliau Al Abwabul Muntakhabah min Misykatul Musabbih..12 Di antara para ulamak yang berada di Jemaah Tabligh ialah Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi13. (Sejarah Hidup Maulana Muhamad Ilyas).Boleh di lihat dalam kitab-kitab yang di karangan dan ucapan-ucapan para para ulamak (di India) dalam Jemaah Tabligh. KATA PENULIS BLOG : “.mereka merupakan pendokong kuat ASWJ di India.Hayatush Sahabah oleh Maulana Muhamad Yusuf al-Kandhalawi.Bahkan bukan itu sahaja.jarang mereka berlainan aliran ini dapat duduk bersama..” Sudah di jelaskan dari awal lagi.dipenuhi dengan pelbagai kisah yang mana tidak sekadar orang mati dapat mendengar orang hidup.dan lain-lain yang kesemuannya bertentangan dengan fahaman AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH.bahawa Jemaah Tabligh kuat berpegang teguh dengan prinsipprinsip AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH. 13 Beliau adalah ulamak hadis dan juga pendiri Jemaah Tabligh.sedangkan kitab-kitab seperti Fadhilat A‟mal yang menjadi muqarrar/sukatan ketika para aktivis Jemaah Tabligh melakukan khuruj 11sarat dan penuh dengan kisah-kisah karamah para auliya/wali.Kalangan manusia yang berfahaman mazhab yang 4 dapat di himpunkan dalam satu saf solah berjemaah.hum ajmain dalam bahagian sunnah-sunnah besar.Hal ini merupakan pemandangan yang luar biasa kerana . Namun begitu kami tidak menafikan yang jemaah ini terdorong untuk mencontohi perlakuan umat zaman Salaf (tetapi bukan berfaham Salafi/Wahabi) kerana mereka seboleh-bolehnya mahu mencontohi para sahabat r.Lihat sahaja dalam kitab-kitab dan bukubuku Jamaah Tabligh.(aktivis Jemaah Tabligh) dari pelbagai mazhab.Beliau termasuk seorang ulamak besar India. Muntakhab Ahadis.Al-Targhib Wa al-Tarhib oleh Imam al-Munziri dan Al-Adab al-Mufrad oleh Imam Al-Bukhari.Beliau memiliki karya beberapa kitab dan antaranya Hayatush Sahabah dalam. 14 Beliau adalah putera kepada Maulana Muhamad Ilyas.Riyadhus Salihin oleh Imam Nawawi. Tentang orang-orang yang meninggal tidak dapat mendengar orang-orang yang hidup.mereka yang tidak terikat kepada mana-mana mazhab juga ikut solat bersama sama dalam satu saf solat.Beliau juga termasuk seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki. 10 Penulis melihat perkara ini ketika berlangsung Ijtimak/perhimpunan besaran yang di anjurkan oleh Jemaah Tabligh. JEMAAH TABLIGH MENGINGKARI KARAMAH PARA AULIYA/WALI Satu tuduhan yang agak pelik.Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi14. 12 Perkara ini telah di jelas oleh Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi.

. 18 Beliau adalah [enulis kitab terkenal Inqilabu Iran (Iran Revolution) kitab yang menedahkan hakikat Revolusi Iran dan perancangan Syiah.Mereka merupakan ulamak ASWJ yang telah melakukan sumbangan besar terhadap dunia Islam.bahkan mereka juga di kenali di seluruh dunia. yang tentunya bertentangan dengan fahaman para Salafi/Wahhabi). JAWAPAN KAMI : Mari kita menilai pernyataan ini.Mereka juga adalah pengikut mazhab fiqh Abu Hanifa.Maulana Zhafar Ahmad Thanwi16. Muhamad Ilyas sendiri dalam Malfuzatnya halaman 123 berkata " Guruku Al-Gangohi adalah seorang quthub pembimbing pada zamannya dan mujaddid bagi umatnya". ternyata guru kepada pendiri gerakan ini adalah pengikut gerakan SALAFI/WAHABI di Arab Saudi. 21 Lihat buku Sejarah Ulamak Hadis di India oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.Mereka juga di kenali sebagai ulamak yang kuat memerangi kesyirikan khurafat dan bidaah yang tercela.dan di dalam aqidah mereka mengikuti Abu Mansur Maturidi. Abu Hassan Ali An-Nadwi dalam kitabnya Dini Da'watu halaman 44 berkata " Sesungguhnya pendiri Jemaah Tabligh ini telah dididik oleh gurunya Rasyid Ahmad AlGangohi". terdiri dari 21 jilid.21 KATA PENULIS BLOG : Kenyataan ini tidaklah menghairankan kerana jika diteliti lebih jauh. Qashassul Nabiyyin. satu jilid khusus membahaskan pentingnya bermazhab dan bantahan untuk gulongan Wahabi dan ghoiru Muqollid.Maulana Rasyid Ahmad Gangohi mengulas : “Engkau tidak memerlukannya. Al I’tidal fi Maratibir Rijal serta takhrij hadis beberapa kitab. Syarh Syamail Tirmizi. India. (Lanjutan boleh di dalam Fatawa Al-Rosyidiyah).Hal ini adalah seumpama seorang yang telah membaca al-quran berkata bahawa dia perlu membaca buku asas bahasa Arab kerana dia belum bermula dari situ. 17 Syeikhul hadis yang telah menghasilkan lebih daripada 60 kitab. Madza Khosiro ‘Alam Binhithotil Muslimin.9.Deoband.18Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi19. Engkau telah mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai melalui jalan ini.Kitab yang paling terkenal adalah Fadhail A’mal.Maulana Muhammad Ismail Kandhalawi) meminta Maulana Rasyid Ahmad Gangohi 22mengajarnya tentang SULUK (satu jalan kerohanian yang dipakai oleh kaum sufi. 20 Petikan dari kitab Meluruskan Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh muka surat : 8. antaranya ialah: Al Abwab Wat Tarajim Lishohihil Bukhori.” (halaman 10) 16 Beliau adalah penyusun kitab I’laa Ussunan (Ahadis Ahkam.Di dalam buku “Sejarah Hidup Maulana Muhammad Ilyas” karya Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi. Maulana Manzhur Nu‟mani. Karangan Maulana Ahmad Harun Al Rasyid. 22 Maulana Rasyid Ahmad Gangohi ialah seorang Ulama ASWJ di benua Hindustan dan juga Ulama Sufi kemudiannya pada tahun 1880 ketika Maulana Muhammad Qasim Nanotwi meninggal dunia dan posisinya digantikan oleh Maulana Rasyid Ahmad Gangohi (1829-1905) sebagai Mudir kedua Madrasah Darul Ulum. An-Nadwi sendiri menulis : “Suatu ketika beliau (bapa Muhammad Iyas iaitu.20 Mereka bukan sahaja di kenali di benua Hindustan (tempat kelahiran mereka). Sirah Nabawiyah.Antara kitab-kitab tulisan beliau : Rijalul Fikri Wad Dakwah. Awjazul Masalik Syarh Muwathok Imam Malik 15 jilid. 19 Beliau ialah Mudir Madrasah Nadwatul Ulama Lucknow.Maulana Muhammad Zakaria Kandhalawi17.Beliau juga adalah penulis kitab Biografi Maulana Muhammad Ilyas.

.Juga boleh di lihat di dalam buku M. vol 2.” Petikannya ini turut membuktikan jalan kesufian Muhammad Ilyas kerana istilah “QUTUB” dan kepercayaan terhadapnya sangat akrab dengan para sufi dan pengikut mereka.Maulana Muhammad Ilyas sendiri banyak dipengaruhi Tariqat Chistiyyah cabang Sabiriyah23dalam amalan kerohaniannya. Di dalam kitab Fatawa Al-Rosyidiyah halaman 237. Bahkan istilah “qutub” umumnya ditolak oleh para Salafi/ Wahabi. pengamal hadis dan penentang bidaah". Qadiriyah. seperti Naqsyabandiyah.Maka secara zahirnya. Gangoh itu nama sebuah tempat di India.Saviours of Islamic Spirit. 26 Pengasas gerakan Wahabi (Kaum Muda)..” (halaman 15) KATA PENULIS BLOG Telah memetik kata-kata Maulana Muhammaf Ilyas : “Guruku Al-Gangohi adalah seorang quthub pembimbing pada zamannya. Padahal dia adalah orang yang soleh.Halaman 67.Maulana Rasyid Ahmad Gangohi adalah seorang pengikut jalan sufi dan pengajar suluk. Dan untuk menjawab persoalan.. Anwarul Haq. 24 Al-Imam al-Mujaddid Shah Waliyullah al-Dihlawi (1114H–1176H) 25 Ibid.siapakah Rasyid Ahmad Al-Gangohi yang menjadi guru kepada pendiri gerakan ini. pada haIaman 147-165.halaman 67.Gangoh terkenal sebagai pusat kesufian.Kata An-Nadwi lagi : “ Pada masa itu Gangoh adalah TEMPAT TINGGAL PARA SUFI dan ulama.Sifat keterbukaan ini biasanya dikaitkan dengan ajaran Shah Waliyullah al-Dihlawi 24yang mempengaruhi sikap Maulana Muhammad Ilyas sendiri. dan Suhrawardiyah.tetapi juga beramal dengan tariqat yang lain yang tersebar di India. JAWAPAN KAMI : Kita kena faham kedudukannya bahawa.dan secara umumnya kedua-duanya bertentangan dengan fahaman Salafi/Wahabi. 1977. (Lucknow: Academy of Islamic Research & Publications. kitab bagi kumpulan fatwa Rasyid Al-Gangohi.Tentang Tariqat Chistiyyah.Pada zaman Maulana Muhammad Ilyas. . Namun.Lihat juga Karya Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi.25 KATA PENULIS BLOG : Kemudian timbul persoalan.mengapa Maulana Rasyid Ahmad Gangohi yang di lihat mempertahankan Muhamad Bin Abd Wahab 26telah pun di perjelaskan oleh seorang ulamak 23 Tariqat Chistiyyah merupakan salah satu daripada cabang Tariqat yang muktabar di India.ianya tidak hanya beramalkan tariqat ini sahaja.malah tidak sempat melihat pun gerak kerja jemaah ini kerana dia meninggal dunia sebelum Jemaah Tabligh diasaskan. yang memberikan Muhammad Ilyas faedah yang begitu banyak khususnya di bidang keilmuan dan pendidikan.Berdasarkan maklumat ini.beliau tidak ada kaitan dengan jemaah ini.Maulana Rasyid Gangohi tidak pernah bergiat dalam Jemaah Tabligh. ia berkata : " Orang-orang yang telah menuduh Muhamad Bin Abd Wahab sebagai orang yang sesat.

Shah Abdul Rahim Raipuri29 dan Maulana Ashraf Ali Thanawi 30.juga seorang Ulama Sufi dan pengarang kepada kitab Badhl al-Majhud syarh Sunan Abi Daud.32Maka hujjah ini tertolak di sebabkan penulis blog ini berdusta di atas nama-nama ulamak besar tersebut.merupakan ulamak ASWJ juga alim di dalam Fiqh.31Kesemua guru-guru Maulana Muhammad Ilyas adalah ulama ASWJ yang di iktiraf di benua Hindustan.Di antara Ulamak yang berpengaruh di Darul Ulum Deoband.Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi. .Jawapannya Sila buka link di bawah ini : http://www.Selepas itu Maulana Muhammad Ilyas berguru pula dengan beberapa orang guru lain seperti Maulana Khalil Ahmad (Saharanpuri)27.UK.Di sini. 28 Juga di kenali Syeikhul Hind (Mahmud Hassan). 33 Satu amalan dalam amalan tariqat.Darul Iftaa. Rasyid Ahmad Al-Ganggohi berkata " Sesungguhnya Maulana Muhammad Ismail (penyebar gerakan WAHABI di India) adalah seorang yang alim.yang beraliran Deoband sendiri iaitu Mufti Muhammad ibnu Adam.Di antara Ulamak yang mewarisi Zikir ialah Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariya Kandhalawi.juga di gelar sebagai Hakimul Ummah.Maulana Abul Hasan Ali Nadwi. JAWAPAN KAMI : Ada kami sebutkan di atas tadi bagaimana peristiwa Maulana Muhammad Ismail meminta pelajaran SULUK33 daripada Maulana Rasyid Ahmad Gangohi.daruliftaa.halaman 2.bertaqwa.hadis dan Tassawuf. 27 Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri ialah seorang Ulama ASWJ kelahiran Deoband. Abdul Rahman Haji Abdullah.penentang bidaah.penulis blog ini kelihatan bercelaru kerana gagal membezakan antara fakta dan auta.pengamal al-quran dan as-sunnah dan pembimbing ummat. Behishti Zewar (Urdu) dan banyak lagi. 32 Lanjutan di buku “Gerakan Islam Tradisional di Malaysia” karya Dr..Sekarang siapakah yang berdusta dan siapakah yang benar. 29 Beliau ialah seorang ulamak Hadis. Maulana Mahmud Al-Hassan28. KATA PENULIS BLOG : Pada halaman 41.kami petik tulisan an-nadwi : “perhubungan yang selalu (antara muhammad ilyas) dengan guru-guru tariqat yang lain dan juga pengikut-pengikut Maulana Gangohi (kerana Maulana Gangohi sudah meninggal dunia) terus dijagainya pada masa itu.Fiqh dan Tasawuf. 31 Fakhr al-Muhaddithin ‘Allamah Zafar Ahmad ‘Uthmani.Maulana Rasyid Ahmad Gangohi meninggal ketika Maulana Muhammad Ilyas berusia 20 tahun.Di antara buku yang di karang oleh beliau ialah Hawashi Tafsir Bayan al-Qur’an( Arab).Maulana Muhammad Ilyas berguru dengannya hanya pada zaman remaja selama 9 tahun. Adakah semua penentang bidaah itu mesti berfaham Salafi/Wahabi?.Leicester. 30 Maulana Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi. Bagaimana peminat suluk dan guru suluk boleh dikatakan sebagai penyebar gerakan Wahabi di India? Perkataan “penyebar gerakan WAHABI di India” itu juga ditulis dalam KURUNGAN.com/question?txt_QuestionID=q-18272411 Maulana Rasyid Ahmad Gangohi juga bukanlah satu-satunya guru kepada Maulana Muhammad Ilyas. Sebagai tambahan.” (halaman 20) Petikan ini jelas menunjukan pandangan Maulana Muhammad Ilyas terhadap golongan tariqat yang bertentangan dengan sikap kaum Wahabi yang jelas menolak konsep tariqat dalam syariat Islam.

.mereka yang mengharuskan sima‟ul mauta mengatakan yang demikian itu adalah harus manakala mereka yang tidak mengharuskan sima‟ul mauta telah melarang dari yang demikian itu.” Allahummaf A‟lly kaza bihurmati fulan” Ya Allah tunaikanlah hajatku dengan kemulaan fulan (sama saje samaada dia berdoa disisi kubur antau di tempat lain)..” Takkanlah guru suluk berfaham Salafi/Wahabi?.) Bahawasanya berdoa di sisi kubur lalu berkata. dia seorang berfaham sufi. sebenarnya diperbolehkan pada kurun awal Islam. maka yang demikian ini adalah syirik sama saja samada berdoa di sisi kubur atau jauh darinya.) Berdoanya seseorang pada Allah SWT lalu berkata.” Maka yang demikian ini ada khilaf diantara ulamak (deoband). tetapi kemudian tidak diperbolehkan dimasa kini. JAWAPAN KAMI : Kami beranggapan bahawa Ahmad Al-Saharanpuri yang dimaksudkan oleh penulis itu ialah Maulana Khalil AHMAD SAHARANPURI. .Hal ini merupakan masalah yang rumit dan tersembunyi. 2. Jika benar.”Wahai Fulan! Berdoalah pada Allah supaya ditunaikan hajatku.Rasyid Ahmad Gangohi telah mengeluarkan fatwanya " Ziarah Awliya' seperti tradisi yang berlaku.kerana kita tidak mengetahui apa yang tersedik dalam hati setiap orng yg melakukan perbuatan itu. 3.Maulana Rasyid Ahmad Gangohi.KATA PENULIS BLOG: Pada halaman 105. An-Nadwi menulis : “. kecuali berbuatannya adalah terang-terang melakukan kesyirikan seperti sujud di depan kubur Anbia atau Awliya. JAWAPAN KAMI : Sebenarnya.) Bahawasanya berdoa pada ahli kubur tunaikanlah hajatku.Maulana Rasyid Ahmad Gongohi memberikan pandangannya berdasarkan umum kondisi/keadaan masyarakat Islam di India.perbuatan khurafat yang terjadi apabila mereka menziarahi perkuburan awliya. dengan demikian beliau (Muhammad Ilyas) dapat menyempurnakan beberapa peringkat suluk di bawah pengawasan MAULANA SAHARANPURI.Dan begitu juga dengan pengarang kepada kitab Al-Muhannad „ala al-Mufannad yang mendedahkan kepincangan aqidah dan amalan Salafi/Wahabi dan mendedahkan kebenaran aqidah ulamak-ulamak aliran Deobandi ASWJ bahkan kitab ini juga 34 Boleh di lihat di Fatawa Al-Rosyidiyah.34 KATA PENULIS BLOG : Guru lain yang memberikan bimbingan kepada pendiri gerakan Tabligh ini adalah Ahmad AlSaharanpuri dan Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi.Demikian juga dengan peringatan Maulid Nabi SAW. Telah berkata Maulana Rashid Ahmad Gangohi bahawa istianah dengan ahli qubur itu ada tiga makna : 1. Kedua-dua mereka adalah pengikut fahaman WAHABI. maka yang demikian itu adalah harus secara ittifaq (yakni disisi Ulamak Deoband dan Ulamak-ulamak yang terdahulu yang kita mengikuti mereka).

maka karkun (aktivis Jemaah Tabligh) tidak akan di benarkan khuruj.di dalam Jemaah Tabligh ada sesi tafakut (temuduga) oleh Majlis Syuranya supaya setiap perkara ini di titip beratkan. Jemaah Tabligh sudah berusaha melakukan yang terbaik.pelbagai persoalan akan di tanya. tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini…. Yang kami perhatikan.Oleh kerana itu.Mereka juga dikehendaki menziarahi keluarga sahabat mereka yang ditinggalkan untuk dipastikan keperluan makanan. .Yang lebih menyedihkan.Maulana Al-Syaraf Ali AlTahanawi.Bukankah ini semakin menerlahkan lagi kecelaruan penulis blog ini.bahawa pengarang kitab ini juga di tuduh sebagai pengikut fahaman Salafi/Wahabi.36 KATA PENULIS BLOG : “….bagaimana dengan pekerjaanya.Jemaah Tabligh (kami lebih menfokusan situasinya di Malaysia) sudah ada tajdid (pembaharuan). perlindungan dan urusan seharian.Antaranya langkah yang diambil ialah keluarga-keluarga jemaah yang ahli keluarga mereka yang lelaki khuruj ke Jalan Allah. hanya segelintir yang berbuat demikian.di terima pakai sebagai kitab aqidah ASWJ di seluruh dunia .segi cuti ataupun siapa yang mengantinya. Sefaham kami.Jika dahulu.bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit.Jika di dalam sesi Tafakut ini gagal.maka dikehendaki saling mengambil berat.seorang pelajar di tanya tentang keizinan daripada Ibu-bapanya. Kita tidak boleh menghukum jemaah berdasarkan kesalahan segelintir ahli jemaah ini.35 KATA PENULIS BLOG : Berdasarkan fakta.Maulana Qasim Nanotwi dan Maulana Rasyid Ahmad Gongohi .Dalam sesi temuduga itu.tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di 35 36 Boleh di lihat di sini Fatawa Husam al-Haramayn dan al-Sawarim al-Hindiyya.dan yang menjadi keganjilan kami.Bahkan ini merupakan kewajipan dan perkara yang dititip beratkan sebelum seorang aktivis (Jemaah Tabligh) itu khuruj.dan hal inilah yang menjadikan amalan setiap ahli Jemaah Tabligh.seorang suami akan di tanya tentang jumlah tanggungnya dan belanja yang di tinggalkan dan sebagainya lagi.maka mereka di kehendaki menyediakan segala kelengkapan secukupnya sepanjang peninggalan mereka.sebagai contoh :Jika pekerja . ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah. ramai pengikut Jemaah Tabligh yang meninggalkan kewajipan keluarganya untuk keluar rumah berdakwah.” JAWAPAN KAMI : Pada pandangan kami.Bahkan golongan ini telah mentakfirkan ulamak kelahiran Deoband seperti Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Apabila Maulana Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi dan para ulamak Deoband yang lain di tuduh sebagai Salafi/Wahabi kerana kuat berpegang dengan sunnah adalah sesuatu tuduhan yang selalu di lemparkan oleh golongan Brelwi. JAWAPAN KAMI : Kami tidak bersetuju jika digunakan istilah “ramai”. Berdasarkan pemerhatian penulis.

bahawa Maulana Muhammad Ilyas adalah pengikut tariqat Chistiyyah yang bersikap terbuka terhadap berbagai tariqat lain.semangat mencari ilmu. al-Shama’il al-Tirmidhi.wara‟ dan keperwiraan.dan sebagainya.43 Jemaah Tabligh juga menekan aspek wirid dan zikir.ketakwaan. serta bab-bab khusus perihal mengenai kehidupan para wanita dan anak-anak di dalam generasi itu. 41 Hikayat as-Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi.yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam).menyenangkan perasaan Rasulullah Saw. Satu system pengajian yang di perkenalkan di setiap madrasah milik Jemaah Tabligh.Ikhlas Niat.Ikram Muslimin. 39 Berdasarkan pemerhatian penulis yang menceburkan diri di dalam Jemaah Tabligh lebih dari 20 tahun. 43 Muhammad Yusuf al-Kandahiawi. 40 Kalimah Toyyibah.bai‟at.seperti yang disebutkan sebelumnya.mereka (para aktivis )Jemaah Tabligh di galakan membaca dua karya sejarah/sirah kehidupan para sahabat r. dan Hayat as-Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.kesabaran. al-Arbain alNawawiyah.kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah Tabligh ialah para alim ulamak.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah Tabligh.Sahih Muslim.41 Sesuai dengan tujuannya untuk membentuk akhlak atau sifat-sifat mulia. Sunan al-Tirmidhi.42Sedangkan di dalam kitab Hayatush Sahabah terdiri atas pasal-pasal tentang dakwah. .paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith38. 42 Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi.aspek ini merupakan tiang utama. Sebagai pegangan untuk memudahkan para aktivisnya menuturkan sesuatu yang bersandarkan nas dan dalil.Kisah Para Sahabat (Penerbitan Klang Book).Merupakan satu karya yang membicarakan tentang kehidupan para sahabat.hum ajmain 40yang begitu masyur dalam kalangan Jemaah Tabligh. Mishkat al-Masabih.Jika dahulu.sebaliknya membahagikan bab-bab berdasarkan sifat-sifat tertentu serta contoh kehidupan para sahabat. Sunan al-Nasa’i (sebahagian sahaja). al-Muwatta’Malik. Di dalam Jemaah Tabligh sendiri amalan tariqatnya tidak banyak dicampuri ajaran syeikh atau guru-guru tariqat yang menjadi sumber kasyaf sebagai puncak rujukannya.Tetapi.peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Riyad al-Salihin dan banyak lagi.jihad.aktivis Jemaah Tabligh dilatih untuk berkata-kata dalam perkaraperkara asas terutamanya tentang 6 Prinsip para sahabat r. Matan al-Bayquniyah.Sunan Ibn Majah (sebahagian sahaja).kesederhanaan. Kehidupan Para Sahabat Rasulullah Saw (Penerbitan Pustaka Ramadhan).Ilmu dan Zikir.Barangkali hal ini 37 38 Baca selanjutannya buku Pemikiran Islam Di Malaysia : Sejarah Dan Aliran (Dr Abdul Rahman Bin Haji Abdullah).kitab-kitab ini tidak memaparkan sejarah para sahabat secara kronologis.maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi37.Di dalam pengajian hadith yang dikenali Daurah al-Hadith ini.sekarang alhamdulillah.antara kitab-kitab yang dipelajari ialah Sahih al-Bukhari.Kitab Hikayatush Sahabah dibahagikan kepada bab-bab seperti :ketabahan. Sunan Abu Daud.Malaysia.39 Dalam kerangka kerja dakwah.Dakwah dan Tabligh.hijrah.Dalam tariqat apa pun.Taysir Mustalah al-Hadith.Nukhbat al-Fikar li al-Hafiz Ibn Hajar.hum ajmain iaitu Hikayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi dan Hayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.Solat Khusyuk dan Khuduk.

Berdasarkan pemerhatian penulis.hujjah dan sebagainya. 46 Penulis sendiri adalah lepasan institusi pondok dan sekarang mengajar di Madrasah dan mempunyai rakan-rakan yang terlibat sama dalam kegiatan Jemaah Tabligh ini adalah lepasan dari Institusi pengajian yang telah di sebutkan oleh penulis sendiri. . Muhibbul Aman Ali dan Disahkan oleh KH Abdurrohman Syakur (Rois Cabang Nahdlatul Ulama Kabupaten Pasuruan) juga Disahkan oleh KH Masduqi Mahfudz (Pengurus Wilayah NU Jawa Timur) juga Disahkan oleh KH Abdul Mujib Imron.45 Mutakhir ini.Namun tindakan penuduh membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah Tabligh adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.”kewujudan gerakan ini telah banyak meyebarkan kerosakan daripada kebaikan yang diciptakannya”.Mufti Malibari India dan lain-lain.setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz. Serial Tanya Jawab Panduan Bagi Warga dan Pengurusan Nahdlatul Ulama(NU) Oleh Ustaz H.Universiti Islam dari dalam dan luar negara dan sebagainya membuktikan bahawa Jemaah Tabligh kini kian mendapat perhatian daripada golongan “Warisatul Anbiya”. FAHAM DAN AMALIYAH ASWAJA.menghukumi secara literal/zahir bahawa Jemaah Tabligh adalah sesat dan mendengar ucapan-ucapan mereka akan menjadi sesat adalah merupakan satu tohmahan yang berat kerana kedangkalan penuduh dalam memahami waqi dan maqasid jemaah ini.46 KATA PENULIS BLOG : Keputusan para Ulama' ini juga telah difatwakan oleh Ulama' AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH terkenal di India pada masa itu.disebabkan kerana Jamaah Tabligh banyak berpegang pada sumber hadis dan mencontohi kehidupan para sahabat r.agamawan daripada pelbagai institusi pondok. Hasilnya.Merekalah yang akan berada di barisan hadapan dan akan mempertahankan dan memperkukuhkan perjuangan Jemaah Tabligh di lapangan dakwah ini. seperti Syeikh Adam. Sumber Rujukan: KITAB AJARAN.44 Kesimpulannya.madrasah.Kami sudah menerangkan bahawa di dalam Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang.hum ajmain sebagai ikutan mereka.penyertaan daripada golongan “Warisatul Anbiya” ini di dalam Jemaah Tabligh amatlah menggalakan. Mufti India Bahagian Selatan dan Syeikh Al-Qothbay. SH (Anggota Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia) Al-Faqir Ilallah 2 Rabi'ul Awwal 1432H 44 45 Boleh di lihat secara terperinci Maulana Zakaria Al-Kandhalawi (Syaria’t wa ath Thariqat).Kami mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah Tabligh ada kala mengandungi kesilapan fakta.

kami tidak tahu adalah ini merupakan kajian yang ilmiah yang di lakukan memenuhi standard disiplin dan etika dalam melakukan kajian. FATWA DEPT.Darul Ifta.7484-lang. Madrasah In'aamiyyah. Sebenarnya.detail-ids.public-m.Bagi kami.detail-ids.nu.Sebenarnya.id/a.public-m.phpx Juga catitan seorang tokoh Nadhatul Ulama yang berpandangan positif terhadap kegiatan Jemaah Tabligh iaitu Kyai Tengku Zulkarnaen adalah merupakan salah satu Kyai berfahaman ASWJ yang terkenal di Indonesia.jika kita teliti kajian yang dibuat oleh Majlis Ugama Islam Indonesia ini adalah bertentangan dengan kajian juga yang di buat oleh mereka ini. Sila buka link di bawah ini yang di paparkan di laman web rasmi majlis itu.kerana setiap penuduh hanya bergantung kepada rujukan yang sangat minima iaitu perjumpaan di Kirla itu.47 Sebenarkan. Camperdown.4-id. South Africa. http://www.KH+Tengku+Zulkarnaen+++Umat+Kehilangan++Rasa++Dakwahnya-. 47 Maulana Abu Hasan Ali An-Nadwi pra kata di dalam Kitab Muntakhab Al Hadis.my/fatwa-negeri/laporan-kajian-mengenai-kumpulan-jemaahtabligh-0 Juga pandangan daripada Mufti Ebrahim Desai.phpx Hal ini di buktikan lagi dengan fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.satu perkara yang menarik untuk kita semua ketahui bahawa Jemaah Tabligh ini di tuduh sebagai Jemaah Sufi oleh golongan Salafi/Wahabi manakala di tuduh pula sebagai Jemaah Salafi/Wahabi oleh golongan sufi.e-fatwa.mereka akan meraikan satu sama lain kerana di dalam Jemaah Tabligh sendiri antara aspek yang di berikan penekanan penting ialah sifat “Ikramul Muslimin” dan setiap aktivis di tekan sifat mengutamakan saudara mereka dari diri mereka sendiri sangat di titip beratkan di dalam jemaah ini.tidak kira mereka itu Salafi/Wahabi atau Sufi.Satu kaijan dan analisis yang positif dan tidak pula mereka menyesatkan Jemaah Tabligh. Jawapan No.apakah ini yang di terjemahkan hasil daripada perjumpaan itu.or. http://www. .Sila buka link di bawah ini.JAWAPAN KAMI : Dalam hal ini.5-id.kolomt.mereka duduk di dalam Jemaah Tabligh.Jemaah Tabligh ini adalah satu manhaj dakwah yang mengkehendaki penyertaan bagi setiap lapisan sosial umat.nu.dinamic-s. 2611). Kami sudah menerangkan bahawa apabila dua golongan ini.Jamaah+Tabligh-.id/a.or.Catitan turut di paparkan di laman web rasmi majlis itu.gov. http://www.halaqoht.id-c.id-c.Boleh di buka di link di bawah ini.dinamic-s.32537-lang.

Dan pandangan daripada Mufti Mahmud Hassan Gangohi.salah satu amalan yang diamalkan mesti ada sandaran dan asal dalam syariat. .Mufti Besar Darul Ulum Deoband. dikeluarkan pada 24 Muharram 1388 (dipetik dari Fataawaa Mahmudiyyah (Jilid 12 m/s 235250).ianya adalah bersifat individu dan jumlahnya sedikit dan inshaAllah kita semua sama-sama berusaha untuk membaikinya.maka ia bukanlah dasar dari jemaah. Untuk mengetahui pandangan-pandangan seterusnya. Panel Rujukan Ustaz Ahmad Kamal Bin Mohd Taib.Justuru itu.Ustaz Nasai‟ Hanafi dan Ustaz Abu Zulfiqar.maka bolehlah melihat kitab “Maslak Ulamak' Deoband” jadi PENULIS BLOG INI kena tahu membezakan antara pandangan dan fatwa yang sifatnya adalah manhaj/aliran pengajian dan pandangan dan fatwa atas nama jemaah.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.dan jika adapun.Jemaah Tabligh merupakan satu gerakan dakwah. Kesimpulannya.kami mencadangkan supaya membaca buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh" yang ditulis oleh Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy.Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah AlMunawarrah.dan setahu kami tidak ada amalan bidaah yang zahir yang diamalkan atas nama Jemaah Tabligh.dan jika ada amalan-amalan yang bertentangan dengan amalan mana aliran di dalam masalah fiqh. Di sediakan oleh Fuad Akmal Bin Mohamad Zahir dan Ustaz Ahmad Kamal Bin Mohd Taib.namun ianya agak mustahil akan terjadinya kesatuan dalam satu satu mazhab fiqh.bahkan ia dibahaskan dan diperincikan atas dasar mereka ulamak hadis dari India/Pakistan bukannya atas sifat mereka adalah masyaikh Jemaah Tabligh.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->