You are on page 1of 53

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)

PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA


Oleh: Muhammad Rafie Mahmud Husni Macnaughton AK Salih Wan Abdul Syakur B. Wan Abd Majid

PERKEMBANGAN KOGNITIF
PERKEMBANGAN KOGNITIF

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Implikasi teori dalam proses PnP

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOTSKY Implikasi teori dalam proses PnP

Proses Perkembangan

Peringkatperingkat dalam perkembangan kognitif

Perancah dan Zon Perkembangan Proksimal

DEFINISI KEMAHIRAN KOGNITIF


Merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masingmasing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET


Jean Piaget ( 1896-1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam membina ilmu. Proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir hingga matang (adaptasi persekitaran)

Piaget mengenalpasti 4 faktor yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:


Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang2 di sekelilingnya.

Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.

PROSES MENCIPTA KESEIMBANGAN


Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Individu cenderung memahami sesuatu situasi dan menyelesaikan sesuatu masalah dan proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan.

Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema.
Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi.

Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja individu dilahirkan.
Contoh: Kanak-kanak membina skema dan mengkategori bahawa kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal.

Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan dengan situasi yang baru.
Contoh: Kanak-kanak telah mengenal bahawa kenderaan bertayar dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar dua yang lain, ibunya menerangkan bahawa itu adalah motosikal. Kanak-kanak akan menjadi buntu, kerana skema yang asal menyatakan, hanya basikal bertayar dua. Namun, proses ini adalah proses yang mana semua individu akan laluinya dan mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru.

Proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada.
Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga bertayar dua, dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.

Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila individu dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema yang baru. Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi dapat mengakomodasi di mana dapat mengkategorikan motosikal sebagai sebuah kenderaan bertayar dua.

Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan untuk individu mencapai keseimbangan.

Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk situasi/ pengalaman yang baru dan jika ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak berlaku namun kita akan terus membina skema2 baru untuk disesuaikan dengan situasi yg baru tersebut.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF


PERINGKAT SENSORI Motor (0-2 tahun):

PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas)

PERINGKATPERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT PRA OPERASI (2-7 tahun)

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 tahun)

1. Peringkat Sensori Motor (0-2 tahun)


Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran.
Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka. Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema baru. Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dsb. Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play).
Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti spiderman, sponge bob, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dll.

Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini bersifat intuitif (pemahaman kanak2 terhadap objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata). Cth: susunan duit syiling.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahmi persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.
Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)


Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.
Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dll.

Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif (Slavin, 1977). Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)


Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahanbahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperti berfikir secara abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis. Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan bahawa segala perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

IMPLIKASI TERHADAP PROSES PNP:


Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit
Kanak-kanak boleh di ajar dengan menggunakan bahan maujud seperti batang aiskrim, untuk belajar menambah atau menolak.

Arahan yang diberikan pendek, jelas, ringkas dan beserta contoh


Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, guru boleh melakukan demonstrasi dengan penerangan yang menarik, jelas dan tepat.

Beri peluang kanak-kanak melakukan hands-on


Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka dan membantu mereka berdikari dan menguasai kemahiran.

Gunakan contoh-contoh yang berkait dengan pengalaman kehidupan kanak-kanak


Kaitkan proses pnp dengan pengalaman mereka seperti pengalaman seharian yang mereka lalui dalam memahami perkara yang lebih kompleks.

PENGENALAN...
Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi Russia yang asalnya mendalami ilmu perubatan tetapi akhirnya mempelajari bidang undang-undang dan kesusasteraan. Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk The Psychology of Art. Les vegotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau perkembangan kognitif (mental) kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang.

Vygotsky

percaya

bahawa

perkembangan

kognitif

individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhu tingkahlaku dan pemikiran individu. Kebanyakkan kemahiran kognitif ini terhasil daripada

interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru


orang dewasa dan rakan sebaya.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN KOGNITIF


Interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, oragorang dewasa dan rakan sebaya.

1) Interaksi sosial.

2) Kemahiran berbahasa.

Tingkahlaku dan corak pemikiran mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.

Peringkat-peringkat perkembangan individu


*Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu : 1. Peringkat sosial
Maklumat individu diperoleh melalui interaksi dengan individu lain seperti ibu bapa,guru, rakan sebaya dan lain-lain.

2. Peringkat individu
Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.

Zon Perkembangan Proksimal


Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang

paling dikenali.
Vygotsky menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan

bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih


mahir. Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah bermaksud Kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

***Gambarajah zon perkembangan Proksimal.


HAD ATAS Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contoh : boleh membuat penambahan angka 1-1000 dengan sendiri.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL Contoh : membuat penambahan angka 1 1000 dengan bantuan seperti bimbingan guru atau rakan sebaya.

HAD BAWAH
Kemahiran yang boleh/telah dicapai oleh kanak-kanak. Pengetahuan sedia kanak-kanak. Contoh : kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1-100

Perancah (scaffolding)
Konsepnya berkait rapat dengan idea Zon Proksimal.

Perancah diberikan.

bermaksud

mengubahsuai

tahap

sokongan

yang

Semasa

proses

pengajaran

berlaku,

individu

yang

lebih akan

berkemahiran mengubahsuai

(ibubapa,guru,atau tahap bimbingan

rakan yang

sebaya) diberikan

mengikut

keupayaan pelajar.

Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses Perancah. Ini akan membantu pelajar menyusun

konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna


dengan bantuan individu lain. Contoh guru Selain berkomunikasi dengan orang lain, kanak-kanak juga

berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.


Contohnya : kanak-kanak berumur 3-7 tahun suka bercakap sendirian.

Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran


Lebih berfokus kepada penilaian untuk menentukan Zon

Perkembangan Proksimal kanak-kanak.


Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.

Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada


had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan , kurangkan

bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran


atau objektif yang hendak dicapai.

Guru juga perlu memberi galakan dan semangat untuk


kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. Mengalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.

Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan


kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan masalah.

Bimbing kanak-kanakuntuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Bagi arahan bermakna dan kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian.

Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar


mengaplikasikan pengetahuan kepada pengalaman sebenar

Dibentang oleh : Macnaughton ak Salih Muhammad Rafie Husni Wan Abdul Syakur bin Wan Abdul Majid

DEFINISI

IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN BAHASA

TEORI TEORI DALAM PERKEMBANGAN BAHASA

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

DEFINISI BAHASA
Alat komunikasi secara verbal dan non-verbal manusia. Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata

suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan

simbol-simbol lahir secara sedar.


Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu

penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional

(lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan


luahan perasaan.

Memahami perkembangan bahasa adalah

penting kerana ia memudahkan proses pengajaran.


(Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan

kemahiran membaca dan menulis.


Dengan meningkatkan perkembangan bahasa,

ia akan memudahkan pelajar mempelajari

konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).

PERSPEKTIF BEHAVIORIS
Aspek peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Skinner (1957) Ibu bapa berperanan penting meyediakan

perbendaharaan kata yang betul kepada anak.


Ibu bapa membantu anak-anak dengan memberi peneguhan

yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat yang difahami.
Peringkat permulaan, ibu bapa meneguhkan perkataan yang

hampir dengan sebutan kanak-kanak .


Secara berperingkat, ibu bapa lebih meneguhkan kepada

perkataan yang disebut dengan betul oleh kanak-kanak


sehingga dapat menyebut dengan betul.

Perspektif behavioris menkankan setiap respon atau

tingkah laku yang menggunakan bahasa diteguhkan.


Kanak-kanak lebih suka dan kerap bercakap apabila

dipuji oleh ibu bapa melalui peneguhan.

PERSPEKTIF KOGNITIF
Menekankan aspek pemodelan.
Kanak-kanak meniru percakapan, maklum balas dan gaya bahasa orang

dewasa.
Situasi tersebut, akan diulangi apabila diteguhkan. Vygosky (1896-1934) melihat bahasa sebagai alat untuk interaksi sosial. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi dengan persekitaran

setiap hari.
Golongan dewasa mengubahsuai pertuturannya supaya sesuai dengan

kefahaman kanak-kanak.
Penggunaan ayat-ayat mudah serta intonasi yang bervariasi.

Kanak-kanak guna bahasa untuk meluah kehendak dan

keperluan. Dalam konteks ini, orang dewasa perlu gunakan bahasanya sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya akan semakin meningkat.

PERSPEKTIF NATIVIS
Berasaskan teori perkembangan otak yang merujuk kepada

perkembangan bahasa secara dalaman dan diwarisi. Teori Nativis dipelopori oleh Naom Chomsky menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerak balas yang betul (Behavioris) atau melalui peniruan (Kognitif). Chomsky menyatakan perkembangan bahasa individu merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Bermakna, individu itu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa sendiri ( Tatabahasa Universal )

Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua

bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan.

PERINGKAT PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

PERINGKAT BAYI

PERINGKAT KANAKKANAK

PERINGKAT REMAJA

PERINGKAT BAYI
Sejak lahir, bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyi. Tujuan komunikasi ini bertujuan menarik perhatian ibu

bapa dan orang sekeliling. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dibuat oleh bayiberlaku mengikut turutan pada tahun pertama :
Peringkat Perlakuan Contoh perlakuan

Sejak lahir

Menangis Cooing

Tekanan terhadap pelbagai perkara seperti lapar, sakit Mengeluarkan bunyi seperti oo, coo dan goo

1-2 bulan

Peringkat

Perlakuan Babbling

Contoh perlakuan Mengeluarkan bunyi berulang ba,ba,ba,ma,ma,ma Isyarat angguk kepala (ya), menunding jari, melambai tangan (bye-bye) . Berinteraksi dengan ibu bapa mereka sendiri dengan bunyi mereka. Perkataan pertama seperti (papa,mama) Terdapat pelbagai maksud menerusi satu patah perkataan yang diujarkan.

8-12 bulan 13-18 bulan

Isyarat Menyebut perkataan pertama

18-24 bulan

Menggunakan 2 patah perkataan disertai dengan pelbagai isyarat badan dan intonasi suara.

PERANAN IBU BAPA MEMBANTU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN BAHASA BAYI


1. Berbual dengan bayi membantu memperkembangkan bahasa. 2. Berikan ransangan bunyi dan perkataan yang sesuai untuk bayi. 3. Bercakap dengan bayi seolah-olah mereka memahami dengan apa yang dicakapkan. 4. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas dan betul gaya bahasanya. 5. Gunakan intonasi, memek muka dan emosi yang sesuai.

PERINGKAT KANAK-KANAK
Peringkat
2-3 tahun

Perlakuan
Peralihan penguasaan bahasa kanak-kanak dari 2 patah perkataan ke 3-5 patah perkataan. Kesalahan gaya bahasa kerap berlaku disebabkan sifat engosentrik kanak-kanak yang tinggi. Terdapat juga pemahaman kanak-kanak ke atas sesuatu situasi sebelum dia meluahkan melalui bahasa.

4-6 tahun

Sensitif terhadap pengunaan bahasa.


Mula menggunakan peraturan tatabahasa seperti kata ganti nama (saya, kamu). Mula menguasai perbendaharaan kata untuk percakapan lisan seperti

(ahli keluarga : ayah, ibu)


Berupaya menggunakan ayat tanya. Mula memahami lagu, pantun dan boleh bertepuk tangan mengiringi lagu

Peringkat

Perlakuan Mula memahami bahasa dan ayat yang kompleks.

6-11 tahun

Menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Gaya bahasa lebih bersifat kompleks dan analitikal. Boleh mengaplikasi, mengkategori dan menganilisa perkataan.

Kesedaran metalinguistik juga meningkat.


Metalinguistik membolehkan kanak-kanak berfikir tentang bahasa yang mereka guna. Boleh memeberi maksud perkataan yang diguna. Menguasai gaya bahasa yang betul dan sesuai digunakan dalam keadaan tertentu mengikut budaya setempat. Selain mahir bercakap, kanak-kanak juga mula menguasai

kemahiran membaca.

Model tahap perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak

yang dicadangkan oleh Chall, 1979.


Aras 0 Umur 0 4 tahun Penerangan

Kanak-kanak mula menguasai kemahirankemahiran asas untuk membaca . Mereka memahami peraturan dalam membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula mengenali huruf, boleh menulis

dan membaca nama sendiri.


Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra sekolah, kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca yang asas.

Aras 1

Umur 5 7 tahun

Penerangan Mula belajar membaca pada peringkat ini. Mula mengenali suku kata bunyi perkataan dan cara menyebut. Mula membaca perkataan mudah dengan menggabungkan suku kata.

7 9 tahun

Semakin fasih dalam membaca. Mengenali perkataan dan membaca ayat. Walau bagaimanapun, membaca pada peringkat ini masih hanya di peringkat pembacaan sahaja. Pembacaan tetapi tidak memahami apa yang dibaca.

Aras 3

Umur 10-13tahun

Penerangan Mahir mendapatkan maklumat dan informasi daripada pembacaan.

Membaca dengan kefahaman tapi masih belum


memahami pembacaan yang memerlukan analisa atau yang melibatkan perspektif yang berbeza. Kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat ini, akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran akademik subjek-subjek yang lain.

Aras

Umur

Penerangan

14 tahun ke atas Hampir

keseluruhan

pelajar

merupakan

pembaca yang mahir pada peringkat ini. Kefahaman tentang bahan yang dibaca

meningkat, berupaya memahami pembacaan yang kompleks melibatkan pelbagai perspektif. Membolehkan perbincangan secara analitikal

tentang kesusasteraan, sejarah, ekonomi dan


politik.

PERANAN IBU BAPA MEMBANTU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK


1. Teruskan percakapan dengan kanak-kanak. Membantu memperkembangkan dan memperkaakan perbendaharaan kata dan pengalaman berbahasa kanak-kanak. 2. Luangkan masa dengar percakapan kanak-kanak Jangan memotong percakapan mereka,

Sabar dan dengar serta fahami apa yang ingin disampaikan.

3. Guna bahasa yang mudah dan senang digunakan Guna soalan untuk menggalakkan kanak-kanak bercakap.

Perkenal topik-topik baru berkait dengan persekitaran kanak-kanak.

4. Elakkan mengejek kanak-kanak yang pelat. 5. Elakkan membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya.

PERINGKAT REMAJA
Kemahiran bahasa meningkat dengan penggunaan

ayat yang lebih kompleks. Selaras dengan perkembangan kognitif lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat. Kebolehan memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.

Boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti

antara pendahuluan idea-idea utama dan penutup. Mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


1.
2. 3.

Mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit.


Teknik penceritaan. Menerangkan makna perkataan yang sukar untuk difahami. Kaedah pengajaran yang berbagai. Aktiviti berpasangan.(Aplikasi bahasa ibunda dan bahasa kedua.) Beri peluang kepada kanak-kanak menggunakan bahasa Aktiviti berkumpulan Menggalakkan kanak-kanak membuat pembentangan dan maklumbalas

TAMAT
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like