You are on page 1of 3

KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang saya telah lakukan, saya telah memilih sebuah program pendidikan awal kanak-kanak terbaru serta paling terkemuka yang terdapat di Malaysia iaitu Program Asuhan dan Didikan KanakKanak (PERMATA). PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Program ini meliputi 3 program iaitu Permata Negara, Permata Insan, dan Permata Seni. Program ini diadaptasi dari konsep learning is fun through play, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Holistik bermaksud menyeluruh. Justeru itu, saya memilih program PERMATA ini kerana ia juga mencakupi perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan kognitif serta moralnya. Dari aspek perkembangan Kognitif pula, kanak kanak dibawah program PERMATA didedahkan dengan teknik pembelajaran yang merangsang minda kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi dan komunikasi , pemikiran dan bacaan , memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanakkanak serta belajar melalui bermain sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Kurikulum Permata melihat perkembangan kognitif (intelek) sebagai

perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia (knowledge and understanding of the world), dan bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik. Kanak-kanak pada tahap umur 1-4 tahun ini berada pada peringkat pra operasi di

mana mereka di ajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya melalui aktiviti hands-on, kanak-kanak membancuh susu sendiri untuk mengukuhkan koordinasi motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, kanakkanak juga sentiasa diberikan arahan yang mudah dan jelas untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Di sini, guru PERMATA juga akan melakukan demonstrasi cara melakukan sesuatu aktiviti mengikut langkah yang sistematik selain arahan yang diberikan. Menurut kajian yang telah dilakukan melalui penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI berkaitan perkembangan intelek (kognitif) kanak-kanak mendapati bahawa, 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% lagi adalah kanak-kanak bukan di bawah program PERMATA. Ini menunjukkan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak di bawah program Permata ini sememangnya telah berjaya di bentuk mengikut acuannya seperti fokus utama program ini sendiri iaitu penekanan terhadap pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosioemosi, komunikasi dan fizikal. Dari aspek perkembangan moral kanak-kanak pada usia 1-4 tahun, kanakkanak masih berada pada tahap 1 iaitu pra konvensional di mana tahap ini merupakan tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Antara institusi yang memainkan peranan dalam mempengaruhi

perkembangan moral kanak-kanak ialah institusi kekeluargaan (ibu bapa) dan sekolah. Justeru itu, program PERMATA telah meletakkan peranan ibu bapa sebagai salah satu teras utama dalam kurikulumnya, iaitu dalam konteks ini penglibatan ibu bapa di pusat Permata diwajibkan sekurang-kurangnya empat jam sebulan. Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan moral anak-anak sangat penting di mana ibu bapa bertanggunjawab memberi asuhan yang baik dan membimbing anak untuk menjadi individu yang harmonis, bertanggungjawab dan mematuhi nilai-nilai moral yang diajar oleh ibu bapa. Hubungan positif dua belah pihak ini semestinya akan menyumbang kepada perkembangan moral kanak-kanak yang positif. Selain itu, pihak sekolah atau pusat PERMATA juga memainkan peranan penting kerana kanak-kanak menghabiskan sebahagian waktu siang mereka di pusat PERMATA. Justeru, institusi ini dilihat memainkan peranan dari segi kurikulum

tersembunyi contohnya seperti dalam Kurikulum PERMATA Insan. "Pelaksanaan Permata Insan ini mengambil inspirasi daripada sejarah Islam dahulu yang dibanggakan dengan lahirnya ramai teknokrat Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibn Khaldun dan ramai lagi yang merupakan ilmuan tersohor dalam bidang mereka di samping mempunyai asas agama yang mantap terutama ilmu yang berkaitan dengan ilmu Al-Quran serta Pendidikan Islam dan Moral. Selain itu juga, guru yang mengajar subjek lain seperti matematik, sains dan pendidikan seni juga harus menerapkan nilai murni secara implisit dalam pengajaran mereka. Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI berkaitan

perkembangan rohani dan moral kanak-kanak PERMATA adalah menunjukkan kanak-kanak di bawah program PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembagan adalah merujuk kepada perubahan yang bersifat kualitatif iaitu yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, moral, cara mereka bersosial dan lain-lain yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kogniti kanak-kanak. Dari aspek perkembangan moral pula, Kolhberg (1972) dianggap sebagai pelopor utama dalam menghuraikan tentang teori perkembangan moral kanak-kanak. Kesimpulannya, pembentukan moral kanak-kanak yang lebih ke arah sudut yang positif akan mempengaruhi minda dan hidup kanak-kanak itu sendiri khususnya kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir

You might also like