You are on page 1of 13

::SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN::

Air meliputi 95% daripada berat bersih suatu tumbuhan Air adalah medium yang mengangkut bahan dalam tumbuhan Air sangat penting untuk mengekalkan kesegahan sel tumbuhan

Tumbuhan Normal
Air yang memasuki sel tumbuhan akan mengenakan tekanan terhadap dinding sel. Maka, sel itu menjadi segah dan membekalkan kekuatan untuk menyokong tumbuhan

Tumbuhan Layu
Jika suatu tumbuhan kehilangan banyak air berbanding air yang diserap, maka sel tumbuhan tersebut akan hilang kesegahan dan menjadi lembut Sel yang lembut tidak mampu menyokong tumbuhan maka tumbuhan akan layu

Transpirasi
Transpirasi adalah proses tumbuhan hilang air melalui proses sejatan Transpirasi berlaku melalui stoma pada daun
Sel Epidermis

Stoma

Sel Pengawal

Transpirasi
Fungsi-gungsi stoma:i) membenarkan wap air meresap semasa transpirasi ii) membenarkan pertukaran gas semasa fotosintesis dan respirasi Saiz stoma dikawal oleh sel-sel pengawal yang berbentuk ginjal
Sel Epidermis

Stoma

Sel Pengawal

Pada waktu siang, stoma terbuka untuk membolehkan pertukaran antara karbon dioksida dengan oksigen berlaku Ini membolehkan proses fotosintesis berlaku Pembukaan stoma menyebabkan kehilangan air semasa proses transpirasi Suatu tumbuhan boleh menutup stoma pada hari panas untuk mengurangkan kehilangan air melalui proses transpirasi

Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Transpirasi


(1) Suhu lebih tinggi suhu, maka lebih tinggi kadar transpirasi (2) Kelembapan udara lebih tinggi tahap kelembapan, maka lebih rendah kadar transpirasi (3) Keamatan cahaya kehadiran cahaya menambahkan ladar transpirasi (4) Angin lebih kuat pergerakan angin, maka lebih tinggi kadar transpirasi

Peranan Transpirasi
(i) Proses pengangkutan air dan mineral
(ii) Sejatan air daripada daun membantu menyejukkan tumbuhan

Xilem dan Floem

XILEM:
Mengangkut air dan garam mineral daripada tanah naik ke daun. Memberi sokongan kepada tumbuhan Mengandungi banyak saluran yang mengangkut air

FLOEM:
Mengangkut makanan (Seperti glukosa) daripada daun ke seluruh bahagian tumbuhan

KAMBIUM:
Menghasilkan sel-sel xilem dan floem yang baru.

You might also like