You are on page 1of 22

P2115 / unit 7/1

PERNIAGAAN DALAM ISLAM


___________________________________________________________________________________________

UNIT 7

PERNIAGAAN DALAM ISLAM – III

OBJEKTIF
Objektif Am:
• Memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan dengan
perniagaan dalam Islam
berbanding dengan kaedah perniagaan konvensional.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

• Membuktikan bahawa perniagaan Islam boleh maju setanding dengan ekonomi


konvensional.

• Menyakinkan sistem perniagaan Islam tidak mendatangkan penindasan kepada


manusia.

• Menjelaskan bentuk-bentuk riba yang mencengkam kehidupan manusia.

• Menyatakan pandangan ulamak yang menyanggah pendapat ahli konvensional yang


mempertahankan riba.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

INPUT

7.0 RIBA
7.1 DEFINISI RIBA

Tambahan atau lebihan yang telah ditentukan terlebih dahulu daripada pinjaman pokok (jumlah
asal) yang diterima oleh pemberi pinjaman. Ia bersamaan dengan Al-Quran surah Ar-Rum ayat
39.

Riba dalam bahasa Arab ialah: Lebih. Manakala dalam istilah syarak, riba mempunyai tiga
bentuk takrif mengikut fungsi-fungsi tertentu iaitu:

i. Jual beli riba iaitu akad ke atas pertukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya
pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.

ii. Pertukaran jenis mata wang atau jenis Ribawi iaitu menangguhkan penyerahan benda
yang dijual beli.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.1

SOALAN 1

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan.


Ribawi, faedah, haram , jualbeli, halal , riba

1. _____________ ialah tambahan atau lebihan atau tidak sama timbangan atau sukatan
semasa berlakunya pertukaran jenis bahan yang tertentu sahaja.

2. Pada umumnya masyarakat memahami riba sebagai sinonim dengan ______________


seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan konvensional.

3. Sebenarnya riba tidak terhad kepada hal pinjaman yang dikenakan faedah tetapi ianya boleh berlaku
dalam urusan _______________ juga.

4. Dalam hal riba, adalah jelas bahawa emas dan perak termasuk bahan ______________.

5. Aktiviti yang berteraskan riba adalah _________________ sedangkan aktiviti jual beli adalah
________________ hukumnya.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 7.1

JAWAPAN 1

1. Riba
2. Faedah / ‘interest’
3. Jual beli
4. Ribawi
5. Haram , halal

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

7.2 JENIS-JENIS RIBA

Antara jenis-jenis riba adalah seperti berikut:

i. Riba al–Fadhi

Menukarkan dua barang yang sama jenis tanpa wujud persamaan iaitu pertambahan yang
berlaku disebabkan pertukaran barangan yang sama jenisnya (mengenakan syarat
tambahan ke atas barangan yang sama jenis). Contohnya, beras dengan beras, 1 kilo
dengan ½ kilo.

ii. Riba al–Qardhi

Meminjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang pemberi hutang, iaitu mengenakan
syarat ke atas pinjaman. Contohnya, pinjam RM100 dan bayar balik dengan RM120.

iii. Riba al-Yad

Berlaku perpisahan dari tempat akad sebelum timbang terima dilakukan iaitu berlaku
pertukaran tangan dengan tangan tanpa disukat, diukur atau ditimbang untuk
menentukan kadar.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________
iv. Riba al–Nasiah

Nasiah bermaksud penangguhan atau kelambatan. Iaitu berlaku penambahan bayaran


kerana diberikan tempoh atau penundaan untuk membayarnya. Riba jenis ini tidak wujud
pada peringkat awal pinjaman, tetapi berlaku kemudiannya. Contohnya, A berhutang
kepada B sebanyak RM1,000 dan akan dibayar dalam tempoh 6 bulan tetapi apabila
sampai tempoh tersebut, A belum mampu membayarnya dan meminta untuk
menangguhkan pembayarannya dan B bersetuju dengan syarat A membayarnya lebih
iaitu RM1,500.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.2

SOALAN 1

Imam Shafi’e berpendapat bahawa riba boleh diklasifikasikan kepada dua kategori. Nyatakan
kategori tersebut.

SOALAN 2

Nyatakan urusan transaksi perniagaan di bawah samada ianya terlibat dengan riba atau
tidak. Anda perlu menjawab (Ya / Tidak.)

1. Daging kambing dengan daging lembu dengan sama timbangan secara serentak.
(__________)

2. Menjual daging unta yang diproses dengan kambing yang masih hidup.
(___________)

3. Jual beli emas dengan perak pada kadar yang sama.


(___________)

4. Jual beli barang kemas dengan wang ringgit Malaysia secara tunai dan hutang dengan harga
yang berbeza.
(___________)

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 7.2

JAWAPAN 1

1. Riba jual beli


2. Riba Hutang Piutang

JAWAPAN 2

1. Tidak
2. Ya
3. Ya
4. Ya

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

7.3 SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA RIBA

i. Urusniaga riba akan wujud apabila dua komoditi serupa, tetapi tidak sama kuantitinya atau
dua komoditi yang sama jenisnya, tetapi sama kuantitinya ditukarkan mengikut sistem
barter.

ii. Riba wujud apabila seorang penjual meminta sesuatu barangan pada satu-satu
masa dan meminta harga yang lebih tinggi jika bayaran itu dibayar pada satu tempoh di
masa hadapan atau ianya merupakan suatu bayaran yang melebihi pokok.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.3

SOALAN 1

Sistem kewangan yang berteraskan riba masih berleluasa di dunia. Pada pandangan anda,
mengapa gejala ini berlakunya.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 7.3

JAWAPAN 1

1. Berlakunya pertukaran yang sama jenis tetapi tidak sama kuantiti.


2. Berlakunya penangguhan masa dalam pertukaran dan menyebabkan adanya
pertambahan bayaran.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

7.4 ALASAN AHLI EKONOMI KONVENSIONAL DALAM


MEMPERTAHANKAN RIBA

Ramai ahli ekonomi konvensional kurang memahami hukum-hukum syarak dan hikmat
pengharaman riba. Oleh itu mereka telah berusaha mencari justifikasi untuk
menghalalkan riba yang telah diharamkan itu.

Justifikasi yang dicapai itu dapat dibahagikan kepada 2 iaitu pengeluaran atau
penggunaan. Dalam kes penggunaan, tentunya ia akan mendatangkan keuntungan kerana riba
didatangkan dari hasil keuntungan. Antara alasan ahli ekonomi konvensional untuk
mempertahankan riba adalah seperti berikut:

i. Riba adalah suatu perkara yang wajib ada dalam kegiatan ekonomi. Ertinya
kalau tidak ada riba maka kegiatan ekonomi itu lumpuh atau tidak berkembang.

ii. Modal adalah nadi kegiatan ekonomi manusia. Modal itu pula hanya
terkumpul apabila adanya kesungguhan untuk berjimat-cermat, menahan
keinginan nafsu, menyimpan dan sebagainya. Kegiatan mengumpul modal ini
adalah satu pekerjaan yang berat. Justeru itu, ia perlu kepada upah. Riba
ditafsirkan oleh ahli-ahli ekonomi sebagai upah kepada pengorbanan si
pemodal.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

iii. Riba dikatakan sebagai dorongan kepada si pemodal untuk membuka pinjaman. Dengan
adanya wang yang dipinjamkan itu maka kegiatan ekonomi sentiasa berkembang.
Sebaliknya, dikatakan sebagai kurang bijak jika riba itu disekat kerana ia akan
mengakibatkan tertutupnya pintu pinjaman daripada si pemodal. Kesannya ialah
ekonomi tidak berkembang.

iv. Riba jika diakui sebagai satu sekatan kepada si pcminjam daripada mengenakan wang
pinjamannya pada jalan yang sia-sia. Sebaliknya wang itu dipergunakan sebaik
mungkin kerana ia terpaksa membayar kembali wang pinjaman itu kepada si pemodal
dengan kadar bunga yang ditetapkan. Oleh itu si peminjam akan sentiasa berhati-hati
dan mencari jalan bagaimana wang itu dapat mendatangkan keuntungan sebaik yang
mungkin.

Daripada alasan yang telah diberikan ini, para ulamak tidak bersetuju dengan hujah-
hujah tersebut dengan alasan berikut:

i. Ia merupakan satu kerosakan akhlak dan kecacatan sosial ekonomi.

ii. Menggalakkan eksploitasi golongan pemodal ke atas golongan yang


memerlukan modal.

iii. Ianya bercanggah dengan Al -Tassawwur Al-Islami yang berasaskan pada nilai-
nilai aqidah dan akhlak.

iv. Tiada beza antara faedah yang dikenakan ke atas pinjaman untuk pelaburan atau
kegunaan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.4

SOALAN 1

Nyatakan EMPAT pendapat ahli konvensional yang masih mempertahankan riba.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 7.4

JAWAPAN 1

1. Kegiatan ekonomi akan lumpuh jika tiada riba.


2. Sumbangan modal memerlukan kepada imbuhan.
3. Kebanyakan aktiviti perniagaan memerlukan pinjaman dan sumbangan modal.
4. Riba diakui sebagai penggalak kepada sumbangan modal.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

7.5 KESAN RIBA KE ATAS EKONOMI, SOSIAL DAN MORAL

7.5.1 Kesan Riba Ke Atas Ekonomi

i. Kemerosotan bidang pelaburan

Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, kejatuhan tahap pelaburan akan
mengakibatkan juga kejatuhan terhadap tahap pekerjaan dan pendapatan. Keadaan ini
seterusnya membawa kepada kejatuhan atau kemerosotan agregat pendapatan,
permintaan dan penggunaan. Ekoran kemajuan perniagaan, aktiviti industri dan
pertumbuhan ekonomi akan terbantut.

ii. Riba melemahkan ekonomi

Apabila bank menawarkan bunga yang tinggi, orang ramai akan tertarik untuk
menabungkan wang dengan harapan akan memperolehi pulangan yang tinggi hasil
daripada penggunaan modal dalam sektor industri dan perniagaan. Akibatnya pihak
bank terpaksa melaburkan wang mereka dalam bentuk pembelian sekuriti kerajaan,
pertukaran bayaran tunai dan lain-lain aktiviti yang kurang produktif. Akibatnya,
wujudlah keadaan inflasi, pengangguran dan kemelesetan ekonomi.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

iii. Riba memusnahkan kekayaan pemodal

Dalam keadaan kuasa beli yang lemah dan daya guna yang lemah, bank akan menaikan
kadar faedah yang tinggi kerana takut menghadapi kerugian. Suasana ini akan
menimbulkan kebimbangan dalam bidang perniagaan, seterusnya meningkatkan kadar
pengangguran. Ekoran dengan ini permintaan terhadap barangan akan berkurangan
kerana harga barangan yang tinggi di pasaran akibat daripada kadar faedah yang tinggi
dan seterusnya menaikkan kos pengeluaran, harga melambung naik sedangkan sut
keberkesanan modal mengurang natijah dari spekulatif.

iv. Riba memusnahkan kekayaan negara

Pengalaman daripada negara yang mengamalkan sistem Kapitalis menyebabkan


pengeluar terpaksa memusnahkan sejumlah besar barangan siap dan bahan makanan
untuk mengekalkan nilai harta yang tinggi. Ini merupakan perkara yang tidak
berperikemanusiaan dan satu kezaliman terhadap berjuta-juta rakyat di negara yang
mundur. Keadaan ini hanya dapat dielakkan dengan cara penghapusan riba. maka kos
sut pengeluaran dapat dikurangkan dan meningkatkan pelaburan kuasa beli rakyat.

7.5.2 Kesan Riba Ke Atas Sosial

i. Merosakkan kemaslahatan dunia

Dari sudut ekonomi, pergantungan kepada riba dapat menghalang manusia dari sibuk
bekerja. Oleh itu pemilik yakin bahawa beliau akan memperolehi tambahan wang
daripada kadar faedah yang telah ditetapkan tanpa ada daya usaha dalam perniagaan
atau pekerjaannya. Ini akan menyebabkan terputusnya daya usaha dalam sesuatu
pekerjaan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________
ii. Ketidakadilan sosial

Si Piutang akan bertambah kaya dan si peminjam akan bertambah miskin. Ia seolah-
olah memberi jalan kepada orang kaya untuk mengambil harta orang miskin. Di dalam
riba juga terdapat unsur-unsur pemerasan terhadap orang yang lemah demi
kepentingan orang yang berpengaruh atau berada. Ini akan menimbulkan sikap sakit
hati, seterusnya mengakibatkan pemberontak antara golongan extrimis dan kaum
subversif. Ia juga menggalakkan eksploitasi golongan pemodal ke atas golongan yang
memerlukan modal.

7.5.3 Kesan Riba Ke Atas Moral

i. Mencabul kehormatan harta orang lain

Riba ialah satu perbuatan yang mengambil hak orang lain tanpa ganti. Contohnya,
sekiranya seseorang meminjam RM1, pemodal akan menerima RM2 iaitu pemodal
mendapat tambahan RM1 tanpa imbuhan ganti. Perbuatan ini adalah haram dalam
Islam.

ii. Keruntuhan akhlak

Riba menyebabkan terputusnya sikap yang baik. Ia boleh merosakkan naluri, akhlak
dan perasaan kasih sayang antara hubungan manusia dengan manusia, sebaliknya
menimbulkan sifat tamak, ego, curang dan lain-lain.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

AKTIVITI 7.5

SOALAN 1

Sebutkan kesan-kesan riba ke atas aktiviti sosial masyarakat.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 7.5

JAWAPAN 1

1. Ia merosakkan kemaslahatan dunia.


2. Ketidakadilan ke atas aktiviti sosial.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Anda diminta mencuba kesemua soalan di dalam bahagian
ini dan semak jawapan anda kepada maklumbalas yang disediakan.

Anda diharap dapat merujuk kepada pensyarah anda jika ada sebarang masalah yang timbul.

SOALAN 1

Huraikan jenis-jenis riba.

SOALAN 2

Nyatakan hujah-hujah ahli konvensional yang masih mempertahankan riba.

SOALAN 3

Gariskan kesan-kesan riba ke atas ekonomi.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / unit 7/1
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
___________________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN 1

1. Riba al- Fadhi


2. Riba al-Qardhi
3. Riba al-Yad
4. Riba al-Nasiah

JAWAPAN 2

1. Riba adalah suatu yang wajib dalam kegiatan ekonomi.


2. Modal merupakan nadi penggerak perniagaan.
3. Aktiviti pinjaman merupakan aktiviti utama untuk menjalankan perniagaan.
4. Sumbangan modal memerlukan imbuhan.

JAWAPAN 3

1. Ianya boleh menyebabkan kemerosotan dalam bidang pelaburan.


2. Ianya boleh melemahkan kegiatan ekonomi.
3. Ia menyebabkan kekayaan negara musnah.
4. Ia menyebabkan kemusnahan kekayaan pemodal.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2002 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS

You might also like