P. 1
nota edu 3105

nota edu 3105

|Views: 134|Likes:
Published by Hew Mee Peng
Nota ringkas EDU 3105
Nota ringkas EDU 3105

More info:

Published by: Hew Mee Peng on Feb 12, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/11/2013

pdf

text

original

BAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P 1.0 PENGENALAN & KONSEP TEKNOLOGI 1.

Gailbrath (1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. 2. Evan & Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya. 3. Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan. 1.1 PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM P&P 1. Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan. 2. Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 – Definisi pertama tentang teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual. 3. Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994 – Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran. 4. Teori Kognitif dan Konstruktif – Mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain. 1.2 DOMAIN TEKNOLOGI DALAM P&P 1. Fasa Pertama (AECT) 1977 – Pengurusan pengajaran, Pengembangan

pengajaran, dan Sumber pembelajaran. 2. Fasa Kedua (Seel dan Richey) 1994 – Teori dan amalan berhubung dengan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk pembelajaran. PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P 1. Pembelajaran Kendiri 2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran 3. Peluang Belajar Untuk Semua.

BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (RP) 2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. 2. 3 kategori RP : RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977) RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991) RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986) 3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang: Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk strategi Reka bentuk mesej Ciri-ciri pelajar 2.2 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu : Menentukan keperluan pelajar Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan sistem 2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan : Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem) Produk Sistem 2.2.1 MODEL ADDIE

A (Analyses learner) – Analisis pelajar S (State objectives) – Nyatakan objektif S (Select method. 2. 3. Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan.Bentuk D (Development) . simbol. gambaran dan bentuk bahasa. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai. dalam bentuk yg sebenar.Model RP berasaskan bilik darjah. cth: Pendidikan Jarak Jauh 2. Saluran mesej – alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej.Perkembangan I (Implementation) . 6.3 REKA BENTUK MESEJ 1. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan. dalam bentuk abstrak. 4. 2. 5.. .2. media & bahan sumber U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar E (Evaluate and revise materials). mekanikal dan digital. dalam bentuk elektrikal. menjadi asas kepada semua model RP. Meningkatkan pencapaian pelajar.3 MODEL GAGNE. A (Analysis) .Heinech et al (1982) . .2. media and materials) – Pilih kaedah.2 MODEL ASSURE . Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej disampaikan. Membantu dalam proses membuat keputusan.Nilai & semak semula 2. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.Penilaian 2. Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar. visual.Pelaksanaan E (Evaluation) . BRIGGS DAN WAGER (1992) Tentukan matlamat pengajaran Laksanakan analisis pengajaran Kenal pasti ciri-ciri pelajar Bentuk objektif pengajaran pembelajaran Pilih kaedah pengajaran Sediakan bahan pengajaran Rancang dan laksanakan penilaian formatif Rancang dan laksanakan penilaian sumatif PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen : Mesej – isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan.Analisis D (Design) . Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur 3.

Alatan Fizikal Teknologi – filem. 6. pemilihan strategi. Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran.3 JENIS DAN KLAFIKASI MEDIA 1. 4. Hoban dan Zissman (1937) – meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap realistiknya. Media = Medium yg bermaksud sesuatu saluran komunikasi yg membawa maklumat. televisyen dan suratkhabar. 2. Pengalaman Konkrit – pengalaman sebenar yg dialami oleh pelajar dan ia semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa. Media pengajaran yg mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yg disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain. Berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan dengan ini meningkatkan pemahaman pelaja terhadap isi pengajaran. 3. perasaan. Media dalam pengajaran – sesuatu alatan yg berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran. slaid. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media : Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar BAB 3 MEDIA PENGAJARAN 1. Percival dan Elington (1984) – mengetengahkan 2 bentuk media : Saluran Komunikasi – radio. 2. 7. FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pembantu Guru Pengganti Guru Pembelajaran Berasaskan Projek Media Dalam Pendidikan Khas Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh Media Dalam Folio Pembelajaran Media Penyebar Ilmu 3. gambar. pemilihan tajuk dan isi pelajaran. Teknologi memungkinkan proses P&P berlangsung tanpa kehadiran guru.4. . minat dan menarik perhatian penerima. teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian. pita rakaman dll. 5.

iv. Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran-pembelajaran. risalah & modul) Visual (diagram. vii. Events of Instruction : i.1 PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN 1. grafik. viii. Jenis dan klafikasi media : Media Bergerak (rakaman video. 2. slaid. foto. Taksir pencapaian pembelajaran. Bimbing pembelajaran pelajar. Tarik perhatian pelajar. bunyi-bunyian. Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran Penyataan objektif yg baik mengandungi 4 kriteria : Kumpulan pelajar Bentuk tingkah laku baru Situasi @ Syarat perlakuan Tahap pencapaian minimum perlakuan . Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. Gagne (1985) – pembelajaran berlaku sebagai satu proses yg berkembang secara berperingkat. majalah.3. v. pelajar & orang ramai) Objek / Model yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar Teks (poster. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran. muzik & lagu) BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE 4. 4. Pengalaman Abstrak – pengalaman yg dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual @ verbal yg perlu ditafsirkan. animasi & filem) Orang (guru. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. lukisan. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. 4.2 MODEL ASSURE 1. iii. Analisis Pelajar Berdasarkan aspek-aspek berikut : Ciri-ciri umum pelajar Pengetahuan / pengalaman sedia ada Gaya pembelajaran pelajar 2. ii. suratkhabar. transparensi dll) Audio (suara. buku. ix. vi. Beritahu objektif pembelajaran.

Grafik . lambang. Pemilihan format media – merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yg hendak disampaikan. 2. Nilai dan Semak Semula Penilaian semasa proses dan selepas proses P&P membolehkan guru membuat pembetulan. Gunakan Media dan Bahan Sumber Tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru : Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas. Pemilihan Kaedah.1 GRAFIK 1.3. dan tindakan susulan yg sesuai. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. lakaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. audio dan video. lukisan. Pemilihan bahan sumber – memilih bahan sumber sedia ada. mengubahsuai bahan sumber sedia ada & merekabentuk bahan sumber baru. grafik. animasi. perkataan @ citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P). Media elektronik – ‘grafik interakrif’ @ ‘grafik multimedia’ 4. penambahbaikan. 5. Sediakan persekitaran yg sesuai untuk penggunaan bahan sumber. gaya pembelajaran pelajar & objektif pembelajaran. huruf. Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. pengalaman sedia ada.kombinasi gambar. 4. Multimedia – perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media. 6. Grafik – suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk menyampaikan informasi @ mesej 3. Media dan Bahan Sumber Proses pemilihan merangkumi 3 langkah : Penentuan kaedah – ciri-ciri pelajar. BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK 5. PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK Akal (kreativiti) . angka. iaitu teks.

Rupa geometri – rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap. . dakwat. . Ruang .beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. 4. iaitu bersifat 2D seperti gambar. Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan.percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. Warna . mencipta ruang. 3. jisim dan lebih daripada satu permukaan.Mata Tangan Alat-alat tradisional (pensel. 2. iaitu objek sebenar bersifat 3D.contoh : permukaan di atas (bumbung rumah). menimbulkan bentuk. dll. Bentuk . dan menimbulkan jalinan. Ruang nyata – ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan. . 6. bersifat statik. Merah dan Kuning.kombinasi gari membentuk imej 2D dan 3D. Ruang tampak – ruang ilusi yg timbul. 5. lukisan dll. Permukaan . tidak bersudut dan tanpa sempadan yg tetap. dll) Komputer. . Garisan . Warna asas – Biru.tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar.kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda. dijadikan motif mencorak. FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN 1. Titik . Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yg berbeza. dan menjadi pusat sesuatu unsur. Rupa organik – rupa-rupa yg bebas. secara relatif bebas. 2. tidak mempunyai arah. 5. permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK 1.mempunyai keluasan. Warna sekunder . ketinggian.Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah = Jingga. menghasilkan ton.

i. . § Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak.Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi). . risalah dll.fungsi warna – melahirkan kesan @ pengaruh tertentu. miring ke kanan. 6 prinsip asas reka letak visual – CASPER C (Contrast) – Kontras A (Alignment) – Seimbang S (Simplicity) – Simplisiti (Keep It Simple and Stupid) P (Proximity) – Kumpulan item yg berkaitan bersama jarak E (Emphasis) – Fokus kepada item utama R (Repetition) – Berulang grafik 2. BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI 6.Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu. Kelebihan : . .Murah dari segi penghasilan / percuma. . iaitu lebar dan panjang. . Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada. carta. Bahan bacaan percuma – brosur. . poster dan gambar. Skrip @ Kursif – goresan tangan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder. Bahan Bercetak Buku teks – asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya. . Sans serif – fon ini tidak mempunyai sirip / serif.mewujudkan perasaan harmoni.Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.5 Prinsip Reka Letak Visual 1.Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar). Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruangruang yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum mungkin.2 BAHAN 2 DIMENSI (2D) § Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi. Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada hujungnya. 5.Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk. Carta . .Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan. ii. Kelemahan: .Boleh dialih. graf.

Graf Perwakilan visual data numerikal. Kekurangan : . 6. Carta tabular / jadual – mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam bentuk jadual. Carta aliran – carta proses menunjukkan sekuen. Carta klasifikasi – menggambarkan kategori benda.Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya. Kelebihan : . prosedur. .Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis. panjang dan ketinggian. Graf garisan – graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi. dan ciptaan objek tiruan (diorama. model. atau aliran sesuatu aktiviti. peristiwa.Murah dan mudah diperoleh.Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami. haiwan dan sebagainya. . tempat @ benda-benda dan digunakan untuk memudahkan pemahaman pelajar.Memberikan rangsangan sebagai bukti visual. . Realia Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah.3 BAHAN 3 DIMENSI (3D) § Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar. . . . . Gambar Bahan visual 2D mengenai manusia. garisan.Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran. Zukowski-Faust (1997) – objek konkrit dan paraphernalia kehidupan. § Jenis bahan 3D ialah : realia.Perincian visualnya memudahkan pemahaman. Peta Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual.Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan / bertulis. . binaan pasir dan model-model). Graf pai – satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan. Jenis-jenis Graf : Graf bar – menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian bar mengukur kuantiti yg ingin diwakili. Jenis-jenis Carta : Carta organisasi – menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan. dan warna.

Meja Pasir Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika. Lensa Biasa (Standard / Normal Lens) Ukurannya 43 mm – 50 mm. Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.Model Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil. Lensa Bidang Luas (Wide Angle Lens) Ukurannya 6 mm – 45 mm.Sekitar 1888. pemprosesan maklumat dan output keputusan. Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yg luas. 2. Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit. BAB 7 ASAS FOTOGRAFI 7. 3. 7. Mengembangkan kemahiran dan konsep. Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang. . digunakan untuk membentuk imej yg jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Kekangan masa untuk membina bahan 3D.Sekitar abad 17-18. . kamera ‘Abscura’ dicipta untuk kemudahan melukis imej berbantukan cahaya. Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran. KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P 1. 3. Jenis-jenis Kanta : 1. . Ciptaan Objek Tiruan Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran. Sudut pandangan sisesuaikan dengan pandangan biasa mata. KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P 1. George Eastmen mencipta kamera Kodak. Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain. Mempunyai input maklumat. .1 SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI .Photography secara literal bermaksud ‘menulis dengan cahaya’. 2. Diorama Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar. 2. Tujuan – mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @ menggambarkan masa depan. kamera Mammoth dicipta (beratnya 1400 paun). @ dikenali sebagai kanta.2 KOMPONEN ASAS KAMERA LENSA § Lensa.Tahun 1900.

4. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih indeks kelajuan maka lebih lama dedahan dibenarkan. berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yg akan menuju ke filem. 125. 135 mm – 200 mm : sesuai untuk sukan. Lensa Zoom Gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit. 2. 4. 8. 300 mm – 600 mm : sesuai untuk pergerakan. 1. Lensa Foto Jauh (Telefoto) 85 mm – 120 mm : untuk gambar potret.8. 2. dan 22. 3. alam semula jadi. 11. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yg sesuai untuk mendapatkan gambar foto yg baik. 4. APERTUR (SAIZ BUKAAN LENSA) 1. 15. Skala pada apertur akan ditanda dengan 2. 2. FILEM 1.3. 5. 3. 6. 4. Indeks kelajuan pengatup – B. § Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa (kanta) dari permukaan filem supaya satu imej subjek yg jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. 500. 30. Filem ialah kepingan plastik khas yg mempunyai satu permukaan bahan kimia (silver halide crystals) yg peka cahaya.6. 2. (skala dari besar ke kecil). 250. 28 mm – 50 mm : sudut luas ke normal 50 mm – 100 mm : normal ke sederhana 70 mm – 200 mm : normal ke jauh 135 mm – 300 mm : sederhana ke jauh Sesuai pada subjek yg berubah-ubah dengan cepat. 16. Kepekaan filem disukat berdasarkan skala : ASA (American Standard Association) JIS (Japan Industrial Standards) DIN (Deutche Industrie Norme) . Apertur ialah gegelang yg boleh membesar dan mengecil. 60.8/3. 1000. dan 2000 yg bermaksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup. Shutter @ pengatup ialah sebuah tingkap yg menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. dan hidupan liar. Skala pada apertur ini berukuran / ditanda dengan f @ f/stops. SHUTTER (PENGATUP) 1.

§ Mempunyai apertur pelaras yg mudah dengan simbol.sensitiviti / kelajuan filem . Filem slaid – Filem positif untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak. Antaranya ialah : Kamera piring (disk) Kamera segera (instant) @ polaroid Kamera katrij (catridge) Kamera pembalikan Kamera format besar (large format view) KAMERA KOMPAK (KAMERA FOKUS TETAP) § Tidak mempunyai mekanisme fokus. . Flash berkembar – beri tambahan cahaya 5. § Semakin tinggi nombor. § Dedahan cahaya yg tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tiga faktor utama : . Halaan pantulan (bounce flash) – sesuai untuk potret 3. sebaliknya yg ada hanya sebuah penilik pandangan yg kedudukannya jauh sedikit dari lensa. § Kegemaran jurufoto profesional dan penggiat seni foto. Halaan terus ke objek (direct flash) 2. Simbahan manual – sesuai dengan teknik low shutter speed 7. § Sistem lensa yg boleh ditukar ganti. LAMPU FLASH Banyak teknik yg boleh dipraktikkan ketika menggunakan flash : 1.7 JENIS KAMERA Ada beberapa jenis kamera yg terdapat di pasaran.ISO (International Organization of Standardization) 3. KAMERA SATU LENSA REFLEKS (SLR) § Tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah depannya. kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya.bukaan apertur lensa kelajuan shutter. Filem warna – negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni. Kepekaan Filem § Kadar kepekaan filem yg berlainan ukuran adalah tidak sama. Jenis-jenis filem : Filem hitam putih – negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih. Penggunaan filter pada flash 4. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang.

2. § Pengguna dapat melihat dengan segera imej. § Menggunakan sistem CCD (charge-coupled-device) bagi menukar imej cahaya kepada signal @ informasi digital. 7. Menggunakan mesin pengimbas PERANAN FOTOGRAFI DALAM P&P 1. terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom @ kelajuan shuttle yg perlahan. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas shuttle. tetapi objek yg statik akan kelihatan kabur. Muat turun imej ke komputer 2. Meningkatkan pemahaman pelajar terhada sesuatu konsep @ tema. § Camcorder juga boleh menghasilkan imej pegun. menyimpan. 7. tetapi resolusinya agak kasar. Imej tidak jelas apabila diperbesar saiznya. Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong . Teknik Jarak Dekat Imej yg dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yg membantu P&P apabila guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. § CMOS (complementary metal oxide semiconductor) digunakan bagi kamera yg berharga murah.9 MUAT TURUN IMEJ 1. 2. 3. memadam. Jangan menghalang bidikan – bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap @ terlindung. Hasilnya. Teknik Panning – Foto Aksi @ Sukan Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shutter pada kelajuan shutter yg agak perlahan. Muat turun imej dari telefon bimbit 3. Teknik Jarak Sederhana – Untuk Foto Pemandangan Sangat sesuai dijadikan BBM kerana imej yg menyeluruh itu meluaskan pemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara. @ merakam semula.KAMERA DIGITAL § Mempunyai sensor elektronik yg menggantikan filem.8 TEKNIK PENGGAMBARAN Secara umum : 1. Menarik minat pelajar. imej objek yg bergerak itu kelihatan jelas.

Memerlukan kuasa bekalan elektrik. Reka letak transparensi harus sistematik.Kos agak tinggi untuk membeli alat membuat transparensi normal.Pengganti kepada papan tulis.memerlukan pengguna menggunakan pen tranparensi untuk menulis pada transparensi. ringan dan mudah di bawa ke mana-mana).Tidak memerlukan kemahiran teknikal yg kompleks.Mengekalkan komunikasi lisan dan bukan lisan dengan pelajar. 2. Secara Write-on @ Tulis Terus . . Memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar. 2. Pastikan permukaan lensa platen dan kepala adalah bersih. 3.mempunyai permukaan bersalut lapisan bahan kimia termal. Pastikan semua bahan pameran dalam transparensi dapat diprojeksikan pada skrin. 4. . .Perlu mempunyai kemahiran grafik untuk menghasilkan transparensi yg sempurna dan bermutu. Kelebihan : . transparensi untuk fotokopi dan cetakan. 2. . Panduan Menggunakan OHP 1. .Jika projektor tidak diletakkan dengan betul. 3. Suatu alat pengganti papan tulis yg dapat memprojeksikan imej dari transparensi ke skrin.dimasukkan ke dalam alat pembuat stensel. Jangan cuba masukkan terlalu banyak maklumat dalam satu transparensi. Cara Penyediaan Transparensi OHP 1. BAB 8 PENGGUNAAN OHP DAN TRANSPARENSI PROJEKTOR OHP 1. Jenis Termal @ Peka Haba . Jenis model OHP – jenis meja dan jenis mudah alih (boleh dibuka pasang. . 2.penerokaan dan perkembangan idea pelajar.Memudahkan pengawalan bilik darjah. .Mudah disimpan dan boleh digunakan secara berulang-ulang. TRANPARENSI OHP Prinsip Asas dalam Penyediaan Transparensi OHP 1. Pastikan jarak antara projektor dengan skrin disesuaikan supaya imej yg dipancarkan itu memenuhi seluruh kawasan skrin. masalah keystone akan berlaku. Kelemahan : . . Projektor dan skrin perlu diletakkan pada kedudukan yg betul dan sesuai untuk mengelakkan dua bentuk keystone. .

2. menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah. Penggunaan Animasi .1 PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID 1. Nada Audio yg Tidak Sekata (Monotonous) § Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.3. menggunakan mesin fotostat @ pencetal laser berwarna. Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan. .berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga. Transparensi Tindih-tindan . 2. Dicetak dan Salinan Foto . Kesediaan Mendengar § Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka memahami mesej yg hendak disampaikan. 3.untuk memperkenalkan isi pelajaran secara urutan. Pendengaran ialah proses fisiologi . Tranparensi Urutan / Progresif . BAB 9 BAHAN AUDIO 9. Kemahiran Bahasa § Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yg dimiliki oleh kanakkanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar. Teknik untuk Persembahan Transparensi OHP 1.boleh dibuat melalui OHP seperti dalam persembahan aliran dan pergerakan.membolehkan tokok tambah maklumat sehingga memberikan gambaran secara keseluruhan secara bersistem dengan bantuan tranparensi tindan. Keberkesanan OHP bergantung pada : a) Tulisan pada transparensi harus sesuai dan jelas. b) Jarak antara baris sesuai.dicetak terus @ salinan foto amat jelas. Kejelasan Punca Audio § Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanakkanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yg hendak disampaikan. dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan. c) Bahan pada transparensi tidak padat dan hanya terdiri daripada isi-isi penting sahaja. memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse).

Singkatan-singkatan yg perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda . Langkah 8 : Penggunaan bahan audio. 9. Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input yg boleh dilaras bahananya dan satu output. Sebelum memulakan rakaman.5 PENGADUN SUARA 1. 9. Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman. 9. skrip hendaklah disediakan dan membuat latihan membaca skrip. 3. Langkah 6 : Membuat rakaman. Pita audio @ kaset audio. Langkah 5 : Menyediakan peralatan. anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut : Mikrofon. Langkah 4 : Menulis skrip. Langkah 3 : Pemilihan bahan. 2.2 PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKAN Langkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio : Langkah 1 : Tetapkan matlamat. (rujuk ms 146-148) Alat perakam (perakam dan pemain kaset). Langkah 7 : Prebiu.4 PENERBITAN AUDIO Untuk menerbitkan bahan audio.Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).3 FORMAT AUDIO Format-format audio : Kaset audio Kaset mikro Fonograf @ piring hitam Cakera padat @ CD 9. Studio (tempat rakaman yg khusus) Bilik kawalan (pilihan) Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar) Muzik (sebagai muzik latar) Kabel. Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan. Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.

Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF) 2. 4. Signal ini kemudian dipancar dan dirakamkan ke atas pita magnetik. Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder. Musical Instrument Digital Interface (MID. Sun Audio (AU) 7.1 VIDEO DALAM P&P 1. MDI dan MFF) 3. 9.menyediakan skrip : 1. MPEG Level 3 (MP3) 9. FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan. 3.RA dan . 2. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. 2. 3. (rujuk ms 151-157) © Azure PISMP 4. bunyi . FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.2 KAMERA DAN PERAKAM VIDEO 1.7 FORMAT FAIL AUDIO 1. Voice (VOC) 8. Sound (SND) 4.02 (25-28/10/2009) 9. Pada masa yg sama. 2. serta memanipulasi ruang. Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat. FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan. 10.6 SUNTINGAN Boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisian Sound Forge. Roll (ROL) 5. Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah seperti letupan gunung berapi. FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan. 5. Imej yg dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukar kepada beberapa siri signal elektronik. Video – media bergerak yg realistik dan sangat bermanfaat dalm penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. bom atom dll. RealAudio atau RealMedia (.RAM) BAB 10 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN 10. BG (Background) – Muzik latar. 4. Wave (WAV) 6.

2. 5. § Menngunakan kaset video dalam saiz kecil yg biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). § Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer. . dan U-matic. headphone dan punca kuasa luar. 10. juga akan dirakam di atas pita yg sama.3 JENIS-JENIS KAMERA VIDEO Kamera Video Analog § Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. 3. menyebabkan apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor. Shutter – kelajuan shutter yg tinggi memerlukan lebih banyak cahaya. Kamera Video Digital § Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Gelang Fokus – melakukan fokus secara manual. 10. video. perlulah mengambil kira perkaraperkara yg berikut : Format storan. Sensor dedahan (exposure) – mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa yg sesuai dengan intensiti cahaya. mikrofon. Input dan Output – iaitu aksesori seperti audio. Alat rakam suara – untuk merakam suara semula jadi. Butang Zoom – merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal. Butang White Balance – untuk mencipta keseimbangan warna yg menarik tetapi mungkin bukan warna asal.yg dikesan sebagai signal elektronik melalui mikrofon bina dalam.4 BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KAMERA VIDEO 1. Sekiranya ingin membeli camcorder. Cip CCD – lagi banyak mempunyai cip CCD. 6. § Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire. § Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yg pelbagai format seperti VHS. 3. 4. Intensiti cahaya – kamera video yg baik memerlukan pengcahayaan yg sedikit untuk menghasilkan rakaman yg berkualiti. Hi 8. semakin baik resolusi dan warna yg dapat dirakamkan. Warna dan resolusi. VHS-C.

Pergerakan Truck § Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.8 MERANCANG PENERBITAN BAHAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN 1.5 MEDAN JELAS 1. merakam objek yg bergerak @ berjalan. semakin terhad medan jelasnya.7 JENIS-JENIS PERGERAKAN KAMERA Panning § Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam. § Untuk merakam imej objek yg bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba. cerun atau untuk membanding beza dua objek yg berlainan saiz. dan jarak fokus. 2. 3. § Biasanya. 10. Sebaliknya. maka imej ketajaman atau kejelasan yg dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas. Tetapkan tujuan dan objektif. Medan jelas bergantung pada jenis kamera.10. sekiranya bukaan apertur kecil. 4. pokok. 10. Pergerakan Tilting § Untuk menunjukkan ketinggian bangunan. Medan jelas – jarak di antara subjek yg kelihatan jelas. terutama apabila memfokus subjek yg dekat. Pergerakan Dolly § Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda. apertur. Semakin luas bukaan apertur.6 JENIS-JENIS SHOT Full Length Shot (FLS) Long Shot (L/S) Knee Shot (KS) Waist Shot (WS) Bust / Medium Close-up Shot Close Up Shot (C/UP) Big Close Up (BC/U) Extra Big Close Up (EBC/U) 10. .

Menyunting dalam kamera – shot dan panjang shot ditentukan semasa rakam dibuat. 5. Gunakan dalam pengajaran.9 MENYUNTING VIDEO 1.VCD Cutter v. 5. 12. 11. . penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat. Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting. 4. 8.Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. 9. dan mencetak sesuatu dokumen. Sediakan bahan-bahan grafik. Teknik sisipan – rakaman baru dilakukan pada pita asal. Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi .4. Mulakan penggambaran.04 (ms 191. Sediakan bahan dan peralatan. Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan. (rujuk ms 180181) 6. 2. 10. Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail. Kedua-dua perlu disambungkan dengan AV cable. Prebiu. 6. 10. Menyunting. 3. menyunting. Pilih bahan-bahan yg sesuai. dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer). Menyunting berbantukan komputer.Windows Movie Maker (ms 182-191) . 13. pameran di skrin. Assemble editing – shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yg dikehendaki.Pemprosesan menggunakan menggunakan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas menaip. 2.2. 3. pengeditan melalui arahan. Membuat rakaman audio. Penilaian dan penambahbaikan. 7.195) BAB 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM P&P 1. Bersedia membuat penggambaran. Menulis skrip. 4. Teknik asas menyunting video – menggunakan hanya sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen.

dan mengubahsuai maklumat. 3. 7. dinamik.pengajaran. interaktif. grafik.Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun. atau kehendak mereka sendiri. menyusun serta menyaring data. 5. keupayaan. grafik.Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka maklumat. Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks. Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan. Di samping itu. Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah. kesuaian masa. serta disokong dengan audio. Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan. animasi.Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik. grafik dan animasi. memberikan gred. Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka. video. Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut minat.Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yg boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks. Projek multimedia interaktif yg dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P. dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej yg ada ciri interaktif. Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan. dan keupayaan (self-access. mengurus. 6. audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif. Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta. pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap. Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred. self-paced dan self-directed). iaitu berbentuk teks dan nombor. 8. video. World Book . Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci. purata. animasi.

BAB 12 ISU-ISU & TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN HAK CIPTA TERPELIHARA § Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka. muzik. KAWALAN KENDIRI § Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku. filem. § Bahan karya sastera. seni. . PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS § Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas. rakaman bunyi. KERAHSIAAN § Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat / objek. KESELAMATAN § Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara. TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN § Penggunaan Media Tradisional secara Berterusan § Pembelajaran Elektronik sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar luar kelas formal.Encyclopedia dll. PERUBAHAN DALAM PERANAN GURU § Sebagai fasilitator. bahan bertulis sperti peta. siaran dan terbitan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia). tindakan dan proses-proses pemikiran. pengurus dan penggerak dalam era perkembangan teknologi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->