You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN HARI PERASMIAN

Lidya Diumumkan ketibaan En. Jamawi bin Jaafar selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap ketua Pemuda UMNO Tenom dan diiringi oleh pengetua SMKE, En. Sunthararajoo A/L Rengasamy untuk naik kepentas. Nuridah Selamat pagi, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 malaysia. Yang dihormati En. Jamawi bin Jaafar selaku Exco pemuda UMNO Malaysia merangkap ketua pemuda UMNO Tenom. Yang berusaha pengetua SMKE, En. Sunthararajoo A/L Rengasamy, pengerusi PIBG En. Steven Jimin, penolong-penolong kanan sekolah, AJK PIBG, pegawai-pegawai sukan, guruguru, ibubapa dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke kejohanan temasya obor gemilang kali yang ke-10 bagi tahun 2011. Sebelum saya memulakan majlis ini, izinkan saya membaca serangkap pantun. Gagah perkasa si burung helang, Menanti musuh ditengah gelanggang, Berlangsung lagi sukan gemilang, Sukan cemerlang sekolah terbilang. Lidya Seterusnya majlis mempersilakan En. Jamawi bin Jaafar dengan diiringi oleh pengetua SMKE, En Sunthararajoo A/L Rengasamy untuk menerima lintas hormat daripada para kontingen setiap rumah pasukan. Majlis dengan ini mempersilakan. PERBARISAN LINTAS HORMAT Nuridah Upacara perbarisan lintas hormat ini akan didahului oleh pasukan unit beruniform pengakap SMKE yang akan membawa bendera kejohanan dibawah pimpinan Cikgu Spenser Linus. Untuk pengetahuan hadirin, gelang yang terdapat pada bendera kejohanan adalah mewakili keempat-empat rumah buah sukan yang bertanding. Terdapat 4 warna pada bendera kejohanan iaitu warna merah, biru, hijau dan kuning. Warna merah mewakili rumah kenari. Warna biru mewakili rumah kenyalang. Warna hijau mewakili rumah kesuari dan warna kuning mewakili rumah kelisa. Selain itu gelung itu

juga membawa erti bertapa eratnya perpaduan dan semangat kesukanan yang tinggi yang ada pada setiap rumah sukan yang mengambil bahagian.

ACARA PERBARISAN LIDYA Kontingen pertama yang akan memberikan tabik hormat sebentar lagi ialah kontingen dari rumah sukan kenari yang diketua oleh adik Syahruddin Saidin. Kontingen ini dengan ahlinya seramai 65 org membawa moto yang cukup hebat iaitu Emas di padang, Emas di kelas. Nuridah Manakala kontingen ke-2 yang akan memberikan tabik hormat ini ialah kontingen dari rumah sukan kenyalang iaitu seramai 70 org ahli yang diketuai oleh adik Adrian Ejom. Jangan Pandang Belakang. Begitulah bunyi moto kontingen yang hebat ini. Seterusnya kontingen ke-3 yang akan memberikan tabik hormat ialah kontingen dari rumah sukan kesuari yang mempunyai kekuatan ahli seramai 30 org yang diketuai oleh adik Fevian Gawok. Kontingen ini membawa moto RXZ iaitu Real Extreme Zeal. Lidya Akhir sekali kontingen yang ke-4 akan memberikan tabik hormat ialah kontingen dari rumah sukan kelisa dengan ahlinya seramai 33 org yang diketuai oleh adik Meikol Samil. Kontingen ini membawa moto Bergaya, Berani dan Berjaya. Kontingen ini merupakan juara perbarisan 6 tahun berturut-turut. Adakah mereka dapat mempertahankan kejuaraan mereka tahun ini?.. Kita serahkan kepada hakim yang adil lagi bijaksana untuk menentukannya. NYAYIAN LAGU DAN PERASMIAN Nuridah Majlis diteruskan lagi dengan upacara menyanyikan lagu kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dan seterusnya lagu sekolah SMKE. Semua hadirin dipersilakan berdiri. --semua hadirin dipersilakan duduk Lidya

Seterusnya majlis mempersilakan pengetua SMKE, En Sunthararajoo A/L Rengasamy merangkap pengerusi Temasya Obor Gemilang untuk menyampaikan ucapan beliau. --majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan tuan pengetua sebentar tadi Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Jamawi bin Jaafar untuk menyampaikan ucapan seterusnye menyempurnakan ucapan perasmian pembukaan Majlis kejohanan temasya obor gemilang kali yang ke-10 tahun 2011. Majlis mempersilakan. IKRAR Nuridah Dengan lafaz itu tadi, maka rasmilah sudah upacara perasmian pembukaan Majlis Temasya obor gemilang kali ke-10 tahun 2011 ini. Majlis diteruskan lagi dengan upacara lafaz ikrar kejohanan oleh adik Siti Nurlinah Noor. Untuk pengetahuan hadirin , adik Siti Nurlinah Noor merupakan pemenang pingat emas bagi acara 400 M dan pingat perak bagi acara 800 M. Adik Siti Nurlinah juga merupakan peserta yang mewakili sekolah ke peringkat daerah bagi acara 800 M dan 400 M. Beliau mendapat tempat ke-2 bagi acara 800 M dan tempat ke-3 dalam acara 400M. Seterusnya beliau telah mewakili daerah keperingkat gabungan dalam acara 800M pada tahun 2010. --Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Siti Nurlinah NYALAAN OBOR Lidya Seterusya ialah upacara penyalaan obor gemilang oleh adik Gersom Bious. Dipersilakan En. Jamawi bin Jaafar untuk menyerahkan obor yang akan dinyalakan oleh adik Gersom Bious. Majlis mempersilakan Untuk pengetahuan hadirin, adik Gersom Bious merupakan pemenang pingat emas bagi acara lompat jauh dan mendapat pingat perak bagi acara 200M. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi acara lompat jauh dengan mencatat rekod baru serta mendapat pingat emas bagi acara 4x400M dan 4x100M diperingkat bahagian. Pencapaian tertinggi beliau ialah pernah mewakili negeri sabah keperingkat kebangsaan pada tahun 2010 dalam acara lompat jauh dan telah memenangi pingat perak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau.

Nuridah Acara seterusnya ialah upacara menaikkan bendera kejohanan oleh pasukan unit beruniform Pengakap SMKE dibawah pimpinan cikgu Spencer Linus. Lidya Bayu berpuput diwaktu petang, Burung merpati kembali kesarang, Bernyala sudah obor gemilang, Tanda bermula temasya gemilang. Nuridah Seterusnya majlis mempersilakan En. Jamawi bin Jaafar dan diiringi oleh pengetua SMKE, En. Sunthararajoo untuk membuat pemeriksaan perbarisan bagi setiap kontingen yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. --majlis mengucapakan ribuan terima kasih Lidya Seterusnya dijemput tuan pengetua SMKE En, Sunthararajoo untuk menyampaikan cendera kenangan kepada En Jamawi bin Jaafar. Dipersilakan. --Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMKE, En. Sunthararajoo kerana sudi menyampaikan cedera kenangan itu tadi. Seterusnya ialah perbarisan keluar padang oleh setiap kontingen yang mengambil bahagian. Sebelum melabuhkan tirai, izinkan saya membaca 2 rangkap pantun. Pergi kelaut mencari gamat, Gamat dimakan untuk khasiat, Mencari kemenangan secara sihat, Menerima kekalahan penuh hemat. Kalau ada sumur di lading, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Tahun depan kita bertarung lagi. Nuridah

Sebagai penutup tirai, dijemput para hadirin untuk menjamu jamuan ringan yang disediakan.

You might also like