You are on page 1of 3

PENGGALIAN UNTUK PILE CAP DAN ASAS PADU (PAD FOOTING) Keseluruhan luas tapak mestilah dikaji dari

segi capaian jentera yang akan digunakan unuk kerja-kerja penggalian. Selain itu kedudukan asas juga perlu diambil kira untuk menentukan pusingan kerja dan jenis jentera yang akan digunakan. 1.0 Pemilihan jentera

Terdapat 2 jenis jentera yang sesuai untuk kerja-kerja penggalian ini iaitu excavator dan back hoe. Sekiranya kedudukan asas-asas berjauhan, mungkin penggunaan back hoe lebih sesuai di mana penggalian secara individu dapat dilakukan. Namun begitu jika kedudukan asas adalah rapat dan penggalian individu tidak mungkin dibuat, penggunaan excavator mungkin lebih praktikal. Harus diingat, dalam pemilihan jenis excavator ini biarlah sepadan dengan kerja yang akan dibuat. Tidak guna menyewa excavator berkapasiti besar sekiranya excavator yang kecil juga dapat mencapai kedudukan asas-asas tersebut. Bagi sesuatu kawasan yang besar, penggunaaan lori mungkin perlu untuk membawa keluar tanah yang digali supaya tidak mengganggu kerja-kerja membina asas. Namun begitu, keadaan ini dapat dielakkan dengan perancangan penggalian berdasarkan pergerakan jentera. 2.0 2.1 Kaedah Penggalian Menentukan level dasar penggalian

Seorang pekerja mestilah ditugaskan untk membantu jentera menggali. Kebiasaannya level dasar penggalian akan diukur dari permukaan platform. Kaedah mengukur boleh dibuat dengan menggunakan sebatang kayu yang telah ditandakan dengan kedalaman sesuatu penggalian tersebut. Level yang sebenar akan ditentukan dengan menggunakan alat dumpy level kemudiannya. Kaji detail pada plan dan tentukan betul-betul kedalaman penggalian sebelum memulakan kerja. Satu point rujukan level mestilah didapatkan dari juru ukur sebelum memulakan kerja. Secara konvensional, level dipindahkan dengan menggunakan sesalur getah. Namun begitu penggunaan dumpy level adalah lebih praktikal keraana ianya tepat, cepat dan ringkas. Pada peringkat menentukan level sebenar penggalian, pembetulan kepada level tersebut dibuat secara manual oleh pekerja dengan menggunakan cangkul. Dasar penggalian tersebut mestilah dipadatkanh dan diratakan dengan mesin pemampat (compactor).

2.1

Menyimpan tanah galian

Tanah yang digali hendaklah disimpan berdekatan dengan lubang galian supaya memudahkan kerja-kerja menimbus semula. Namun begitu mestilah mengambil kira factor keselamatan di mana sekiranya jumlah tanah tersebut banyak, mungkin akan mengakibatkan keruntuhan. Begitu juga, factor kelancaran kerja mestilah di ambil kira di mana longgokan tanah dari penggalian tersebut tidak boleh mengganggu kelancaran kerja. 2.3 Pergerakan Jentera

Awasi pergerakan jentera supaya tidak merosakkan setting out asas yang telah dibuat. Ini dapat mengelakkan kesilapan dan kerja dua kali. Profile hendaklah dibuka di mana jentera perlu masuk melaluinya. Namun begitu, perhatian mestilah diberikan supaya profile tersebut tidak terganggu kedudukan keseluruhannya. Ini dapat menjimatkan masa kerana jika kedudukannya terganggu, kerja-kerja setting out terpaksa dibuat semula. 2.4 Pam air

Pam air mestilah disediakan apabila kerja-kerja penggalian telah dibuat. Ini kerana bila berlakunya hujan, air sudah tentu akan bertakung di dalam lubang penggalian. Air ini hendaaklah sentiasa dipam keluar bagi menjamin kestabilan lubang penggalian tersebut. 2.5 Perlindungan kepada lubang penggalian

Bagi tanah yang tidak stabil atau kawasan berpasir, perlindungan kepada lubang penggalian mestilah diberikan sebagaimana kehendak spesifikasi kontrak. Kebiasaannya, tebing di sekeliling lubang tersebut disokong dengan kayu atau dalam kes-kes tertentu dengan sheet pile. Perlindungan ini amat penting dei keselamatan pekerja, selain untuk menjaga lubang tersebut dari rosak.

You might also like