You are on page 1of 12

STPM 910/1 MORFOLOGI

BAHASA MELAYU

MORFOLOGI
Definisi Morfologi: Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan pengolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan, bentuk, atau fungsi kata berdasarkan golongan tertentu. Morfem . Unsur yang membentuk perkataan ialah morfem iaitu unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Proses pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas terdiri daripada kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat yang paling minimal. Contoh morfem bebas : sekolah, ajar, cantik, dan sebagainya. Morfem terikat ialah morfem yang memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan. Morfem terikat terdiri daripada kata imbuhan iaitu awalan, akhiran, ,sisipan, kata akar. Morfem terikat tidak boleh wujud bersendirian. Contoh morfem terikat : ber, pem, ke, maha, panca, sub, anti, wan kan, i, el, in, em, er, wati. ah, in, an,tawa, tari, tani,tapa, dan sebagainya. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan abai terdiri daripada satu morfem, manakala perkataan terabai mengandungi dua morfem iaitu ter dan abai. keterabaian mengandungi empat morfem iaitu ke, ter, abai, dan an. Perkataan ialah kata bentuk bebas yang bermakna dan dapat berdiri sendiri,contohnya : Cawan,kereta,pembeli,perikanan, makan,tidur. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Semua perkataan bersifat bebas iaitu dapat berdiri sendiri. Oleh itu, perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.(imbuhan dan kata akar itu bukan perkataan) Proses pembentukkan kata dalam bahasa Melayu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi (tatabahasa) bahasa itu kerana kebanyakan proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu melibatkan pengimbuhan iaitu bahasa yang bersifat aglutinatif atau derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian pembentukkan perkataannya adalah melalui proses pengimbuhan atau pengabungan morfem kata dasar dengan morfem terikat sama ada imbuhan itu mendahului, menyisip atau akhiran pada kata dasar tersebut Bentuk perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan ajar, digolongkan sebagai kata tunggal, manakala bentuk yang menerima imbuhan seperti, belajar, ajaran, pembelajaran disebut sebagai kata terbitan. Selain kata terbitan, perkataan juga dibentuk dari proses penggandaan kata dasar, sama ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut. Penggandaan secara menyeluruh bermakna kesemua kata dasar itu diulang tanpa sebarang perubahan kata dasar. Contohnya, budak-budak, mereka-mereka, mata-mata, dan masing-masing. Pengandaan sebahagian kata dasar bermaksud hanya sebahagian kata dasar itu diulang, biasanya suku kata awal ,suku kata akhir atau pengulangan berentak. Contohnya lelangit, lelaki, sesama, segala-gala, merata-rata. Bentuk kata ini dikenali sebagai kata ganda.Kata ganda sisisipkan dengan tanda sempang. Satu lagi bentuk perkataan ialah bentuk yang diterbitan melalui penggabungan dua kata dasar

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


atau lebih dipanggil sebagai kata majmuk. . Contohnya, balai raya, lampin pakai buang, cahaya mata, buruk siku, susu pekat manis, dan sebagainya.

BAHASA MELAYU

KVK + KV lampu, sunti, sendi KVK + KVK bangsal,jemput, sandar. TIGA-EMPAT-LIMA SUKU

KATA TUNGGAL KATA.

PROSES

PEMBENTUKAN

KATA

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri lebih dari tiga suku kata atau lebih. Kebanyakan perkataan tersebut ialah kata pinjaman. Tiga suku kata : cuaca, tuala, usia, setia, seluar, tempias, utama, ijazah asmara, misteri, ilmiah, akuan, teratak, martabat, cendawan, royalti, sempurna,belimbing, pelantar. Empat , lima, enam suku kata; Keluarga, sementara, manjakani, seigala, panorama, masyarakat, generator, muzakarah, kapitalis, sentimeter, dispensari, nasional, universiti, Maharajalela,cenderawasih,kosmopolitan. Kata akronim juga tergolong ke dalam kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan kombinasi huruf awal atau huruf awal suku kata, dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafaz sebagai kata yang wajar. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara. Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhanya ditulis dengan huruf besar jika kata itu nama khas. Contoh : LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji EON - Edaran Outomobil Nasional TEN - Tenaga Eleterik Nagara Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya jika bukan kata nama khas. Contoh : Tadika - Taman didikan kanak-kanak Pawagam - Panggung wayang gambar Bernas - Beras Nasional Petronas - Petroleum Nasional Proton - Perusahan Otomobil Nasional Akronim yang terbentuk mengikut sesedap sebutan . Contoh: Berdikari - Berdiri di atas kaki sendiri Perhilitan - Perlindungan hidupan liar dan Jengkaut - jentera kaut Jentolak jentera tolak hutan

Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan (morfem terikat) atau tidak mengalami penggandaan dan perangkaian (majmuk) dikenali sebagai kata tunggal. Terdapat dua jenis kata tunggal iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata(ekasuku) sama ada mengikut struktur pola suku kata kv, vk atau kvk, dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.Struktur pola suku katanya terdiri daripada v,vk,kv,dan kvk. Terdapat kata tunggal yang tidak boleh menerimaapa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini, situ, dan sana, namun kebanyakan kata tunggal mempunyai potensi untuk diperluaskan dan menjadi bentuk kata terbitan. Kata tunggal satu suku kata. Terdapat hanya kurang lebih 500 kata tunggal dalam bahasa Melayu yang mempunyai satu suku kata. Ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Inggeris. Pola gabungan konsonanvokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : KV contohnya : yu, ru, ya VK contohnya : am KVK contohnya : cat, bah, wang,yang, Sen, jong, tin, lap Pola-pola satu suku kata KKVK,KVKK.KKKV, dan KKKVK merupakan pola penyukuan bahasa pinjaman : Contoh perkataan trak, gred, stor. teks, bank, golf, zink, dan teks. Skru, Skrip, spring, straw. Kata tunggal dua suku kata Sebahagian daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata: iaitu mengikut pola :

V + KV

aku, apa ,iri, uda

V + KVK adik,alas, ikan VK + KV undi,unta,ufti,inti VK + KVK umpan,indah KV + V doa, tua, bau KV + VK tuah, kuil,diam KV + KV jala, pasu, buku KV + KVK kapal, telur mulut

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI

BAHASA MELAYU
Awalan kata kerja

KATA TERBITAN Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat segelintir kata dasar yang merupakan morfem terikat yang disebut kata akar. Kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Contoh kata; tawa, tapa tani, tari, mudi,tua, dan sebagainya. Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Me- melawak, menyikat, merasa Mem- menfitnah, membilang, membawa Men- mentadbir, menari, mendaki Meng- menggali, mengikut, mengajar Menge- mengecat, mengekod Memper-memperisteri,memperhamba, Ber- berjalan, berlari, berserta Be- beraja, berasa, berupa Bel- belajar, belunjur Ter-terbentuk,terlajak Di- ditikam, diatur, dipujuk Diper- dipercepat, diperoleh Awalan kata adjektif TerTeSeterbesar, terjernih,tercerah teruncing,terendah, teringan secantik,secerah, senipis

Kata terbitan berakhiran Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: Awalan: yang hadir sebelum kata dasar Akhiran: yang hadir sesudah kata dasar Apitan ; yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan di akhir kata dasar. Sisipan; yang hadir dicelah kata dasar. Kata terbitan berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja Akhiran kata nama an wan man wati isme in at ah pakaian, mainan, alatan usahawan,sastrawan budiman, seniman seniwati nasionalisme, sosialisme hadirin, muslimin hadirat, muslimat ustazah,qariah

Akhiran kata kerja Awalan kata nama Pe- pelari, perakus, penyapu Pem- pembawa, pembuat, pembuka Pen- pengebom, pengetin, pengelap Pel-pelajar, Pen -pendatang, pendua, penderma Peng- penggali, penggubal, pengguna Penge - pengelola,pengetua Pe- pesara, pesakit, petani Per- perasap, perbara, pertapa Ke- ketua, kelepek Juru-juruwang, juruterbang Maha-Maharaja, mahasiswa,mahaguru Tata- tatabahasa, tatacara Pra- prakata, prasejarah Sub- subkelas, substandard Bi- bilazim.binormal Eka- ekametra, ekabahasa Dwi- dwifungsi, dwi bahasa kan i lakukan, gerakkan, tinggikan ikuti, dekati,duduki

Kata terbitan berapitan Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan. Apitan kata nama Pe-an Pem-an Pen-an Peng-an Penge-an Pe-an Per-an Pel-an Ke-an perasaan, penyiaran pembuatan, pembinaan pendapatan, pencarian pengguguran,pengairan pengesyoran pesisiran,peperangan persalinan, perkuburan Pelajaran kelainan, kelebihan

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


Apitan kata kerja Me-kan Men-kan Mem-kan Meng-kan Menge-kan Ber-kan Ber-an di-kan me-i men-i Mem-i Meng-i di-i diper-kan memper-kan memper i ke-an Kata terbitan memainkan, menakutkan mendermakan, mentakrifkan membaikkan, membaharukan menggunakan,menggandakan mengecamkan beralaskan berlanjutan, berjauhan dibiarkan,digunakan melalui, menyedari mencurigai membohongi menggauli, mengairi didekati, dimulai diperdengarkan memperdengarkan memperingati kehujanan,kepanasan bersisipan

BAHASA MELAYU
-er - keruping, seruling Sisipan kata adjektif

-el selerek,gelembung -er-serabut,gerigi -em-gemilang,semerbak,gemerlap --in-sinambung IMBUHAN YANG MEMBENTUK KATA GOLONGAN

Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif Sisipan kata nama -el - kelengkeng, telunjuk

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


Imbuhan/morf em terikat Kata nama PePemPenPengPengePelPerKeJuru-an Kata kerja Me-memmenmengmengememperberBel Terdidiper-kan -i Kata adjektif

BAHASA MELAYU

KATA

MAJMUK

Awalan

Ter se

Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagi satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.Kata majmuk dapat dikelompokkan kepada tiga jenis :

1.

Akhiran

Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas: contoh, Gambar rajah, alat tulis,bandar raya, jam tangan, nasi minyak, biru laut, luar biasa, kapal terbang Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya;

Apitan

Pe-an Pem-an Pen-an Pengan Pengean Per-an Pel-an Ke-an

Me-kan Mem-kan Men-kan Meng-kan Mengekan Ber-kan di-kan me-i mem-i men-i meng-i menge-i di-i memperkan di-per-i ke-an

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Naib, Canselor, Raja Muda, Ketua Setiausaha Negara.

2.
Ke-an

Kata majmuk khusus, contoh;

yang

berbentuk

istilah

Garis pusat, kertas kerja, batu kapur, lut sinar, telefon dail terus, lampin pakai buang, urus setia.

3.

Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contoh; Makan angin, bulan madu, buah hati, berat tangan, anak emas, manis mulut, duit kopi. Terdapat sebilangan bentuk kata majmuk yang penggunaan dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan ini dieja sebagai satu perkataan; contoh, Antarabangsa,beritahu,bumiputera,jawatankuasa, kakitangan,kerjasama,olahraga,matahari, setiausaha,sukarela,suruhanjaya,tandatangan, tanggungjawab,warganegara, dan pesuruhjaya. Penggandaan kata majmuk melibat penggandaan unsur pertama kata sahaja, contoh; Alat-alat tulis, balai-balai raya, kapal-kapal terbang, menteri-menteri besar, gambar-gambar rajah. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu; 1.apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanya tetap terpisah, contohnya; campur aduk ambil alih temu bual bercampur aduk mengambil alih ditemu bual

Sisipan -el-er-em-el-er-em-in-

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


2.apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum, contohnya Campur aduk Satu padu Urus niaga mencampuradukkan menyatupadukan diurusniagakan

BAHASA MELAYU

Kayukayan, mundar-mandir,simpang-siur Penggandaan berentak bebas Iaitu penggandaan yang tidak mengandungi ciriciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.. Anak-pinak Saudara-mara Lintang-pukang Titik-bengik GOLONGAN KATA NAMA Perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,tempat atau benda,Golongan kata nama dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik; Kata nama Kata nama khas kata nama am kata ganti nama Kata Nama Khas Ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar. Dibagikan kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula dibagikan kepada dua iaitu untuk manusia dan bukan manusia, Contoh : Ahmad Si Belang Kuala Lumpur Puterajaya Kata Nama Am Ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit Contoh: Mimpi,roh,demokrasi,kedamaian,tangan,lautan kereta,,wang,puan,,pintu,hantu,jin,jutawan, bidadari, pari-pari. Kata Ganti Nama

KATA GANDA Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau pengandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak., iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. penggandaan penuh penggandaan separa penggandaan berentak Penggandaan penuh Ialah proses yang mengandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh, Rama-rama mandi-mandi mata-mata kura-kura sungguh-sungguh,

Penggandaan separa Ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.contoh; Lelaki Jejari Rerambut Tetikus Pepijat

Penggandaan berentak penggandaan berentak pengulangan vokal sayur-mayur, Cerai-berai,LaukPauk Kuih-muih,Selok-Belok, gotong-royong Penggandaan berentak pengulangan konsonan Gunung-ganang, mandi-manda,batu-batan, Dibagikan kepada dua subgolongan iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk Berfungsi menunjukan sesuatu perkara atau benda contohnya;

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


Itu Ini - menunjukkan pada yang jauh - menunjukkan pada yang dekat

BAHASA MELAYU

Kata ganti nama diri Kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: a) b) kata ganti nama diri tanya kata ganti nama diri orang

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut selepasnya, yang juga disebut sebagai objek yang terdiri daripada kata nama.Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan MeN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i atau awalan ter. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses tranformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif Contoh;

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang. Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga: Kata ganti nama diri orang pertama : aku, saya,beta, patik, kami, dan kita. Kata ganti nama diri orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, dan anda. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, dan nya. GOLONGAN KATA KERJA Kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. KATA KERJA TAK TRANSITIF Ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelangkap,semantara yang lain tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Bangun,tidur,menjerit,tersenyum,menguning, tumbang, Terpegung,,terpesona,menyalak,menyanyi

a)

Abu membeli roti Roti dibeli oleh

(aktif)

b)

Abu (pasif) Contoh-contoh lain adalah seperti berikut: Kata kerja transitif aktif Makan,memakan, Mengambil Menendang Melihat Memperhangat Kata kerja transitif pasif Dimakan,diambil, ditendang,dilihat,diperhangat, Saya makan,saya minum Dimasukan,anda baca,kulipat Terkarang,terbina,termaktub

GOLONGAN KATA ADJEKTIF Kata adjektif dikenal juga sebagi kata sifat,ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti berbeza daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh: cantik sekali, amat cantik, sakit sekali, sakit sungguh, banyak sekali, terlalu banyak, sangat lain, lain sekali. Golongan adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya.iaitu;

Kata kerja tak transitif berpelengkap Beransur,tinggal,menjadi,berbuat,berbantal kan KATA KERJA TRANSITIF keadaan atau sifat;

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


baik, jahat, pandai, lemah, kasar, sibuk, sakit, layu Warna; biru, ungu, perang, kelabu, puti, hitam ukuran panjang, pendek, tebal, nipis, cetek, tohor Bentuk bulat, leper, bujur, lonjong Waktu Segera, spontanlambat, awal Cara Cepat, laju, deras, lambat perlahan Perasaan Rindu,asyik, geram, ghairah, sayang, benci jarak nyaris, hampir, jauh, dekat Pancaindera rasa: sedap,manis, lazat, kelat pandang : cantik ayu, buruk dengar : merdu, nyaring, bising bau; harum wangi, busuk sentuh ; halus licin, lembik Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk tunggal, terbitan, ganda, dan kata adjektif majmuk. Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu; Darjah biasa Darjah bandingan Darjah penghabisan Darjah Biasa Kata adjektif jenis ini digunakan bagi menunjukkan darjah biasa, contohnya; Sederhana, terang, baik, kurus,tenang. Darjah bandingan Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara yang berikut: bandingan yang sama: iaitu menggunakan katakata adjektif dengan awalan se seperti setinggi, secantik, sepandai,sesedap bandingan yang berbeza; iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai banding, contoh; lebih lazat, kurang manis, lebih maju, kurang pandai. Darjah Penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut : b).

BAHASA MELAYU

ter + kata adjektif terpandai terbaik paling + kata adjektif paling cantik paling cerdik kata adjektif + sekali pandai sekali tinggi sekali Ter + amat + kata adjektif sangat teramat pandai tersangat baik teramat masyhur Amat + kata adjektif + sekali sungguh sangat amat pandai sekali sungguh pandai sekali sangat pandai sekali

c).

d).

e).

f).

KATA TUGAS Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) iaitu yang terkandung di dalamnya golongan golongan kecil kata yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif) Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penguat, pendepan,penengas, pembantu, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut.

i. ii. iii. iv.

kata hubung: dan, tetapi atau,lalu,malah kata seru: wah,amboi,cis,nah,aduh,oh, kata tanya: bila,kenapa,berapa, mengapa kata perentah: sila,tolong,harap,jangan,minta kata pangkal ayat : hatta,maka, al-kisah

v. vi. kata bantu : akan,sudah,pernah,telah,mahu vii. kata penguat: amat sangat,sekali viii. kata penegas: juga,lah,tah,pun ix. Kata nafi: tidak,bukan x. Kata pemeri: ialah,adalah xi. Kata sendi nama
di,dari,dalam,pada,kepada xii. Kata pembenar: ya,benar,betul

a.

se-+kata adjektif+gandaan + kata nama sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung

xiii. xiv.

Kata bilangan: satu,dua,beribu-ribu Kata arah; atas,bawah,dalam

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI xv. Kata pembenda : nya xvi. Kata penekan: nya
16 jenis kata tugas ini dibagi kepada empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai yang berikut: i. ii. iii. iv. kata kata kata kata penyambung ayat praklausa prafrasa pascakata

BAHASA MELAYU

dan,lalu,atau,malahan,tetapi,sambil,serta,ka mudian. Kata hubung pancangan Ialah jenis kata hubung yang menyambung klausaklausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbagi kepada tiga jenis; 1). 2). 3). Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan keterangan

i)kata penyambung ayat, terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada dua jenis,

i.

ii.

kata hubung gabungan kata hubung pancangan keterangan komplemen relatif

Kata hubung pancangan relatif Kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung relatif yang dipancangkan ialah perkataan yang Kata hubung pancangan komplemen Kata komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh perkataan komplemen yang sering dipancangkan ialah bahawa, dan untuk. Kata hubung pancangan keterangan Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti berikut; kerana,agar,meskipun,sekiranya,semoga, supaya,kalau,andai kata,kendatipun,hingga, jika, jikalau, semasa,sementara, setelah,sewaktu,ketika, tatkala,untuk, walaupun,sungguhpun, apabila. KATA PRAKLAUSA Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak dihadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perentah,kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan perkataan yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. Kata seru Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contoh kata seru ialah; Aduh,amboi,cis, oh,celaka,eh,wah,syabas,aduhai, wahai.nah,

Kata praklausa i. ii. iii. iv. v. kata kata kata kata kata seru tanya perintah pembenar pangkal ayat

Kata prafrasa i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. kata kata kata kata kata kata kata kata bantu penguat penegas nafi pemeri sendi nama arah bilangan

Kata pascakata i. ii. kata penekan kata pembenda

KATA PENYAMBUNG AYAT Kata penyambung ayat ialah kata hubung, yang bertugas menghubung dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Kata hubung gabungan Kata hubung gabungan ialah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.Ayat yang terbentuk menggunakan kata hubung ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah;

Kata tanya

MNASIR75

STPM 910/1 MORFOLOGI


Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contoh; mengapa,berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiranya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut.; 1. harga barang itu berapa? 2. Mereka sampai bila? 3. Mengapakah dia menangis? 4. Bilakah gerangan anakanda beradu? 5. Bagaimanakah keputusan anda?

BAHASA MELAYU

kata bantu Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh hal yang demikian, kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek

akan ujian

Kata yang menimbulkan susana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk kata bantu aspek ialah: telah, sudah,pernah, sedang, masih, akan, dan belum. Kata bantu ragam

Kata Perentah Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan, silaan, atau permintaan. Contoh kata perintah ialah, jangan, usah,sila, jemput, minta, harap, tolong Penggunaannya dalam ayat;

Bentuk kata yang menyatakan atau ,menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu,harus, mesti, boleh, dan dapat.

Jangan buang sampah. Usah pedulikan dia sila makan Tolong temankan adik saya ini.

Kata Penguat Perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat: penguat hadapan penguat belakang penguat bebas Kata Penguat hadapan

Kata pembenar Perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan. Contoh kata pembenar ialah; ya,benar,dan betul. Kata pangkal ayat Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat ialah: Hatta,kalakian,maka,sebermula,syahadan,sekal i peristiwa,adapun, arakian, alkisah.

ialah perkataan yang letaknya dihadapan kata adjektif. Contoh; terlalu, paling, dan agak. Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya, sekali, benar, dan nian. Kata penguat bebas

KATA PRAFRASA Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak dihadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja,ataupun frasa adjektif.Tugas kata prafrasa mendukung tugas seperti tugas membantu,menguatkan,menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas ini, maka kata prafrasa mengandungi lapan jenis.

ialah perkataan yang terletak atau kedudukannya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat, sangat, dan sungguh. Kata penegas Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan

MNASIR75

10

STPM 910/1 MORFOLOGI


pada bahagian-bahagian tertentu dalam Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu; ayat.

BAHASA MELAYU

dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu;

i). Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya kah-tah, dan lah. ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagian nya atau frasa predikat atau bahagiannya.Contohjuga,jua,pun, sahaja,lagi, dan memang Kehadiran kah, tah,dan lah, sebagai kata penagas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat mengalami pendepanan, contoh ; Siapakah majikan kamu itu? Pernahkah dia datang? Apatah daya kita Itulah rumah idamanku Kehadiran kata penegas yang kedua bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Contoh; saya juga ingin ke sekolah saya ingin juga membeli buku itu En. Malik pun datang, tentu sekali anak-anaknya akan datang jua. Hanya Abu seorang yang telah sampai di sekolah

secara persamaan atau ekuatif dengan penggunan kata pemeri ialah iaitu hadir dihadapan frasa nama. Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, contohnya; adalah bukan. Penggunaan kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Contoh; adalah adalah adalah adalah diberitahu dimaklumkan disebabkan diisytiharkan

Kata sendi Nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah; di,ke,dari,daripada,kepada, pada,bagi,demi,tentang,seperti bagai,umpama,laksana,sejak,terhadap akan,oleh,hingga,antara,untuk,dengan, dalam,sampai

Kata nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi farsa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama, contoh;

Hadiah itu bukan untuk Hilmi tetapi untuk adiknya Perabot itu bukan usaha saya Kapal layar itu bukan dari Singapura tetapi dari Indonesia

Kata Arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh; atas, antara, bawah, tepi, belakang, timur, barat, hadapan, utara dan sebagainya. Kata Bilangan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama.Kata bilangan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknannya.

Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif, contoh;

Datuknya tidak pergi ke kebun hari ini Dia tidak akan datang lagi Kenyataan itu tidak benar Rumah itu tidak besar sangat.

Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama

Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya yang sebut kardinal, contoh;Dua,lima ,sepuluh sejuta Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu, contoh;

MNASIR75

11

STPM 910/1 MORFOLOGI


Semua, seluruh, segala, sedikit para, beberapa,sekelian,

BAHASA MELAYU

ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contoh; Sesungguhnya, nampaknya,bahawasanya. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, Contoh; Lajunya,manisnya, kuatnya,lantangnya,sakitnya.

Kata bilangan yang membawa maksud himpunan, contoh; Ketiga-tiga, beribu-ribu,berabad-abad, berguni-guni Kata bilangan yang membawa maksud pisahan, contoh; masing-masing,setiap, tiaptiap Kata bilangan yang membawa maksud pecahan, contoh; setengah, sepertiga, separuh, sepertiga

KATA PASCAKATA Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan

MNASIR75

12

You might also like