You are on page 1of 19

PENDAHULUAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,ada menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan diharapkan rakyat Malaysia.Melalui pendidikan Bahasa Melayu,adalah ianya dapat membina rasa bangga terhadap bahasa yang

mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.Selain itu, Bahasa Melayu juga berperanan sebagai pemangkin kepada semua rakyat untuk cintakan tanah air dan secara tidak lansung, mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Sehubungan itu juga ,Kurikulum Bahasa Melayu telah digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berpengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat, dan negara Kurikulum Bahasa Melayu juga membolehkan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat Oleh itu secara tidak langsung murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain seperiti Pendidikan Sivik dan Ketatanegaran, Kajian Tempatan dan lain-lain lagi di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis jasmani, bertujuan Malaysia dari segi intelek,rohani,emosi,dan kepercayaan dan berdasarkan untuk

kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah melahirkan yang warganegara berilmu

pengetahuan,berketerampilan,berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat,dan negara.

HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN KBSR

MATLAMAT Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial, dan urusan harian. Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, Sukatan Pelajaran Pelajaran Bahasa Melayu banyak memberi penekanan kepada kepada aspek dua kemahiran berbahasa.Kemahiran bahasa pula dibahagikan katogeri iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,

Seterusnya,kemahiran mebaca,dan kemahiran menulis. kemahiran berbahasa ini dapat membantu murid-murid menggunakan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan dalam menjalani kehidupan seharian.Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi , bahasa pengantar di sekolah juga dapat dijadikan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup dalam menjalin perhubungan sosial,pemerolehan ilmu serta tujuan rekreasi. Kepincangan ketika berbahasa bukan sahaja mampu membantutkan keadaan malahahan mampu membantutkan proses komunikasi dan menjejaskan hubungan sesama manusia dan secara langsung melibatkan emosi sesorang individu. Justeru ,matlamat yang terdapat dalam sukatan Bahasa Melayu dapat membantu untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, untuk melahirkan insan yang berketerampilan . Oleh itu , matlamat sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi, dan jasmani serta berakhlak mulia. Di samping itu juga murid dapat berbincang dan berkongsi pendapat

untuk menyelesaikan masalah mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara jika menggunakan bahasa yang betul dan tepat

OBJEKTIF Untuk mencapai objektif tersebut,pendidikan sekolah rendah amat

menekankan penguasaan Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsan dan bahasa rasmi negara.Oleh itu , penguasaan kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur,membaca dan menulis amat ditekan dalam bahasa pengantar sekolah.Bahasa Melayu mangerupakan Bahasa ysebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Dalam konteks pendidikan,Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar,sama ada di peringkat rendah,menengah atau institusi tinggi.Era globalisasi juga memperlihatkan Bahasa Melayu menghadapi banyak cabaran Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah diharapkan semua murid dapat mendengar dan memahami pengucapan dengan tetiti serta menghayati pengucapan dalam konteks dalam perbualan harian dan situasi formal. Hal ini dapat membezakan cara seseorang individu untuk bertutur ketika berada di tempat formal contohnya di sekolah formal seperti di rumah. Selain itu juga murid- murid akan diajar bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. Dalam konteks ini diharap murid dapat menggunakan bahasa yang betul dan tepat dan bermakna dan secara tidak langsung murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. dan situasi yang tidak

. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan kemahiran membaca. Ini jelas dilihat dalam setiap objektif pengajaran dan membaca pembelajaran Bahasa Melayu mewajidkan setiap murid dapat

pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pelbagai teknik bacaan yang diajar contohnya seperti bacaan mekanis , bacaan intensif, mentalis dan ekstansif. Namun begitu bacaan mekanis dan bacaan mentalis amatlah popular dan diberikan penekanan yang lebih supaya murid dapat mengumpul maklumat , mentafsir dan menilai sesuatu bahan yang telah dibaca. Justeru, untuk melahirkan individu yang berpotensi secara menyeluruh ,pemupukan minat membaca haruslah dijadikan amalan , Ini selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan..Pelbagai aktiviti yang perlu diberi penekanan untuk menjayakam aspirasi ini. Sebagai seorang guru pelbagai aspek harus diambil kira contohnya merancang aktiviti yang menarik minat murid. Aktiviti yang jelas dilihat ialah Program nilam . Ini adalah kearah melahirkan seorang individu yang berpengetahuan luas . Memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murrni melalui aktivti bertutur ,membaca dan menulis merupakan objektif yang keenam. Sesesorang murid yang telah menguasai kemahiran membaca akan mendapat pengetahuan yang luas dan ini oleh itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan seorang insan berintelek. Penggunaan bahasa baku yang meliputi ejaan , kosa kata , tatabahasa dan sebutan yang betul dalm aktiviti mendengar , bertutur , membaca dan menulis dapat membantu meluaskan kemahiran murid

Selain menekankan aspek emosi dan intelek, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan aspek kerohanian iaitu mengharapkan sistem pendidikan kebangsaan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Hasrat tersebut cuba terapkan melalui objektif kesembilan dan kesepuluh kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Dalam objektif kesembilan misalnya murid dididik supaya menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu. Sementara itu, dalam objektif yang kesepuluh murid dididik agar menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara. Kedua-dua objektif tersebut dapat direalisasikan melalui aktiviti penulisan karangan, bacaan petikan karangan atau rencana dan latihan petikan pemahaman, pengajaran tatabahasa yang diselitkan aktiviti lakonan dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut nilai-nilai agama dan moral berdasarkan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan diterapkan. Nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara juga akan diterapkan dalam bahan-bahan bacaan . Jelas di sini aktiviti tersebut dapat mendidik murid menjadi insan yang seimbang dari aspek kerohanian.

RASIONAL ,OBJEKTIF ,AKTIVITI DAN TUJUAN MEMBACA DAN MENULIS

KEMAHIRAN LISAN,

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Justeru, sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Tumpuan pengajaran Bahasa Melayu kepada kemahiran lisan, membaca,dan menulis sebenarnya mempunyai rasional, objektif, dan tujuannya tersendiri serta dijalankan melalui aktiviti yang bersesuaian. Kemahiran lisan yang melibatkan dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran mendengar dan bertutur juga mempunyai rasional pelaksanaannya yang tersendiri. Rasional pelaksanaan kemahiran ialah untuk memperkembang potensi atau keupayaan murid dalam memahami perkara-perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini juga merupakan cara yang paling efektif ke arah meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Sementara itu, terdapat beberapa objektif pelaksanaan kemahiran lisan iaitu membolehkan murid berkomunikasi dengan betul dan berkesan dalam situasi formal atau tidak formal. Contohnya murid dapat membezakan cara berkomunikasi dengan guru-guru di sekolah berbanding ketika berkomunikasi
7

dengan ibu bapa di rumah. Begitu juga dengan komunikasi murid-murid dengan masyarakat luar. Murid-murid akan didedahkan dan diajar cara berkomunikasi yang betul dengan rakan-rakan sebaya atau orang yang lebih dewasa. Penggunaan kata panggilan dan pemilihan kosa kata yang sesuai akan diajar melalui aktiviti lisan. Hal ini penting kerana kesalahan bahasa yang belaku semasa proses komunikasi boleh menyinggung perasaan orang lain dan boleh menjejaskan perhubungan sesama masyarakat. Disebabkan hal itulah kemahiran lisan diajar di peringkat sekolah rendah lagi dan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana komunikasi yang betul dan berkesan akan menyebabkan seseorang individu itu disenangi oleh semua pihak dan seterusnya akan mewujudkan perhubungan yang mesra sesama masyarakat. Objektif kamahiran lisan yang seterusnya ialah melatih murid mendengar, menerima , dan menyampaikan maklumat dengan tepat. Kemahiran lisan yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur amat penting dikuasai oleh murid sejak dari sekolah rendah. Hal ini penting bagi memastikan semua maklumat yang didengar, ditutur , dan dibaca dapat disampaikan kepada pihak terbabit dengan tepat. Kelemahan penguasaan kamahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur boleh menimbulkan masalah komunikasi seperti salah faham yang boleh menimbulkan implikasi negatif seperti pergaduhan dan sebagainya. Selain itu, kelemahan kemahiran mendengar juga akan melemahkan proses penerimaan maklumat yang disampaikan oleh guru sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kelemahan ini akan melemahkan penguasaan akademik murid terbabit. Justeru, kemahiran lisan amat dititikberatkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke arah menjamin pencapaian intelek yang memberangsangkan dalam kalangan murid. Kemahiran lisan juga melatih pelajar menyampaikan maklumat dengan berkesan berdasarkan pemilihan kata dan intonasi yang betul. Kemahiran ini amat penting kepada murid-murid untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti tertentu seperti pertandingan syarahan, perbahasan, dan juga sewaktu mengendalikan majlis-majlis tertentu sebagai pengacara sewaktu perhimpunan dan sebagainya.

Kebolehan tersebut membolehkan murid-murid bertutur dengan betul dari segi pemilihan kata dan intonasi sewaktu menyertai pertandingan seperti syarahan dan perbahasan ataupun sewaktu menjadi pengacara untuk majlis perhimpunan di sekolah. Pendedahan awal mengenai teknik bertutur dengan betul mengikut kesesuaian majlis membolehkan murid-murid memperkembangkan bakat mereka dan seterusnya terlibat secara langsung dalam bidang pengacaraan atau juruhebah secara profesional apabila dewasa kelak. Selain itu, objektif kemahiran lisan yang terakhir ialah melatih pelajar bertutur dengan bekesan untuk mengemukakan pendapat tentang sesuatu isu dengan bernas. Kemahiran ini penting ke arah perkembangan intelek muridmurid. Kemahiran ini juga membolehkan murid-murid berfikir secara matang untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang seterusnya membolehkan murid menyelesaikan masalah harian yang dihadapi dengan tenang dan boleh membantu rakan-rakan yang lain menyelesaikan masalah secara bijak. Justeru, jelas di sini bahawa objektif yang digariskan dalam kemahiran lisan melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran lisan boleh dijalankan secara berkesan melalui aktiviti lisan dan simulasi seperti main peranan dan lakonan. Melalui aktiviti lisan misalnya murid-murid akan diberi bahan rangsangan dan murid diminta bertutur untuk mengemukakan pendapat berdasarkan bahan yang dipaparkan tadi. Sementara itu, melalui teknik simulasi, murid diberi peluang untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Melalui aktiviti lakonan misalnya, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran pertuturan mereka di samping menggalakkan interaksi antara murid. Murid-murid juga berkesempatan untuk menghayati nilai-nlai moral yang baik, seterusnya mendorong murid mengubah sikap negatif dan membina sikap postif

Langkah-langkah pelaksanaan simulasi ditunjukkan dengan jelas melalui rajah 1 di bawah : Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah,peranan watak-watak dan tempoh lakonan.

Guru memilih murid-murid menjadi pelakon-pelakon.

Murid-murid berdasarkan watak-watak,memainkan peranan mereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya.

Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah.

Guru membimbing murid-murid membuat rumusan

Rajah 1 di atas mununjukkan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti simulasi.

Berdasarkan aktiviti simulasi seperti yang ditunjukkan di atas, jelas bahawa kemahiran lisan dipraktikkan secara efektif apabila setiap pelakon perlu bertutur bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan peranan yang dipegang dalam lakonan tersebut. Murid-murid juga diberi peluang mengemukakan idea dan bertutur sewaktu membincangkan prestasi pelakon dan cara menyelesaikan masalah yang diberi.
10

Berdasarkan aktiviti yang dijelaskan tadi, jelas bahawa kemahiran lisan bertujuan untuk memperkembang potensi murid dalam kemahiran lisan di samping menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta membincangkan topik yang lebih mencabar untuk membolehkan murid-murid berkomunikasi dengan berkesan. Sementara itu, rasional kemahiran membaca ialah memperkembang

potensi murid dalam kemahiran membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Penekanan penguasaan kemahiran membaca amat penting dalam usaha memperkembang potensi murid secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek kerana pelbagai ilmu akan diperoleh murid melalui aktiviti membaca. Sementara itu, terdapat pelbagai objektif pelaksanaan kemahiran membaca iaitu mengajar dan melatih murid membaca kuat dengan lancar dari segi sebutan, intonasi, serta gaya pembacaan yang sesuai mengikut teks di samping memahami bahan yang dibaca. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang murid untuk membolehkan bahan yang dibaca mudah difahami oleh diri murid itu sendiri mahupun orang yang mendengar bacaan tersebut. Pembacaan yang betul pelbagai teks sama ada teks prosa atau puisi membolehkan pelajar membezakan pelbagai genre bahan bacaan yang dibaca. Objektif seterusnya ialah melatih pelajar membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. Kemahiran ini juga merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid untuk memudahkan mereka mendapatkan pelbagai maklumat atau ilmu yang terdapat dalam buku teks, buku-buku rujukan , atau pelbagai bahan bacaan yang lain. Penguasaan kemahiran ini sudah pasti akan memudahkan proses memperoleh ilmu

11

pengetahuan dalam kalangan pelajar dalam usaha memperkembang intelek murid. Kegagalan penguasaan kemahiran ini akan membantutkan usaha memperkembang intelek murid kerana usaha pemerolehan ilmu dari sumber bacaan tersekat kerana kelemahan pelajar dalam aspek pemahaman bahan bacaan. Sementara itu, objektif yang terakhir ialah membolehkan murid membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca dengan betul. Kemahiran ini amat penting bagi membolehkan murid menguasai isi kandungan bahan yang dibaca serta memperkembang idea yang diperoleh dari sumber bacaan melalui pemikiran yang bernas. Penguasaan kemahiran ini juga boleh membantu meningkat dan memperkukuh minat membaca dalam kalangan murid. Jadi, jelas di sini bahawa kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid dalam usaha memperkembang potensi mereka secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek yang menjadi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini kerana pelbagai ilmu akan diperoleh daripada pelbagai sumber melalui pembacaan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang melibatkan kemahiran membaca, misalnya membaca kuat petikan teks pemahaman yang diberi , diikuti aktiviti menjawab soalan soalan pemahaman teks untuk menilai pemahaman murid terhadap teks yang dibaca. Selain itu, mengajar murid membaca puisi seperti pantun, gurindam, seloka, syair, dan sajak dengan sebutan serta intonasi yang betul. Selepas itu perbincangan maksud puisi tersebut akan dijalankan untuk menilai pemahaman murid terhadap puisi yang dibaca di samping menerapkan nilai-nilai murni atau mesej yang terkandung dalam puisi tersebut. Selain itu, untuk menggalakkan murid membaca program galakan membaca Nilam perlu digiatkan . Untuk menggalakkan murid membaca banyak bahan bacaan , guru perlu mendedahkan kaedah atau teknik bacaan yang sesuai berdasarkan teks yang dibaca selain tujuan pembacaan. Terdapat enam kaedah pembacaan yang boleh dipraktikkan oleh murid seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 di bawah

12

Kaedah Pra-Pembacaan Kaedah ini membolehkan murid mengetahui sepintas lalu tentang rangka isi kandungan sesuatu bahan bacaan.

Kaedah Pembacaan Luncuran Kaedah luncuran ialah kemahiran membaca yang terpantas bagi mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat daripada halaman bercetak.

Kaedah Pembacaan Imbasan Pembacaan imbasan bertujuan untuk mencari sesuatu maklumat atau fakta khusus dalam halaman-halaman bacaan.

Kaedah Pembacaan Teliti Tujuan pembacaan teliti ialah untuk menggarap seluruh idea, tesis, ungkapan, ayat dan makna sesebuah bahan bacaan.

Kaedah Pembacaan Kritis Pembacaan kritis bertujuan untuk menilai atau menganalisis sesuatu tulisan.

Kaedah Pembacaan Kreatif Pembacaan kreatif melibatkan kemampuan pembaca untuk menjangkaui aspek-aspek yang tidak tercetak dalam bahan bacaan yang dibaca.

13

Pendedahan kaedah membaca secara pantas dan berkesan kesesuaian teks dan tujuan pembacaan membolehkan murid mengaplikasikan kaedah tersebut sewaktu melaksanakan aktiviti Nilam dan menggalakkan murid membaca lebih banyak buku dalam sesuatu masa. Jadi, jelas di sini bahawa tujuan aktiviti membaca diajar kepada muridmurid ialah untuk memperkembang intelek murid melalui penguasaan ilmu yang diperoleh melalui pelbagai bahan bacaan. Hal ini kerana membaca merupakan kemahiran yang paling diperlukan dalam proses pembelajaran seseorang murid. Perkara ini telah dirumuskan oleh Harry Maddox dalam bukunya How to study. Jika dibuat perumpamaan, membaca bagaikan tiang kepada pembelajaran. Tanpa tiang yang kukuh maka besar kemungkinan sesuatu proses pembelajaran tidak akan mantap. Dalam memantapkan proses penguasaan Bahasa Melayu, kemahiran menulis turut ditekankan dan dijadikan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid selain kemahiran lisan dan membaca. Rasional pengajaran kemahiran menulis ialah untuk mengasah dan menggilap keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Kemahiran ini penting untuk membolehkan murid menjana idea berdasarkan ilmu yang diperoleh secara berkesan melalui hasil penulisan untuk tujuan peperiksaan atau untuk perkongsian ilmu dengan rakan rakan yang lain. Selain itu, terdapat beberapa objektif pelaksanaan kemahiran menulis dan kurikulum Bahasa Melayu seperti melatih murid menggunakan pelbagai jenis ayat dalam wacana dan penulisan. Kemahiran ini penting dikuasai oleh murid untuk membolehkan mereka mengemukakan idea dalam bentuk penulisan secara jelas, sistematik, dan menarik untuk dibaca. Penguasaan kemahiran menulis membolehkan murid menjana idea dengan jelas dan berkesan.

14

Objektif pelaksanaan kemahiran menulis yang seterusnya ialah melatih murid mencatat dan menyusun maklumat dengan betul. Kemahiran ini penting dikuasai oleh murid-murid untuk memudahkan mereka memperoleh maklumat dari sumber lisan ataupun dari sumber bertulis iaitu maklumat yang diperoleh dari buku, akhbar majalah, bahan internet, dan sebagainya. Kemahiran ini juga penting dikuasai oleh seseorang murid untuk membolehkan mereka mengumpul maklumat daripada pelbagai cabang ilmu dengan mudah. Kemahiran ini membolehkan murid memperkembang ilmu dalam diri mereka dengan lebih mudah. Objektif yang seterusnya ialah membimbing murid menghasilkan pelbagai genre penulisan kreatif dan bukan kreatif. Kemahiran ini penting kerana ia bukan sahaja diperlukan sewaktu menjawab soalan esei (karangan) dalam peperiksaan, tetapi juga juga diperlukan untuk menjalankan urusan seharian seperti menulis surat rasmi kepada pihak berkenaan untuk tujuan tertentu, menulis surat kiriman tidak rasmi atau menghantar e-mel kepada rakan-rakan, atau ahli keluarga dan sebagainya. Penguasaan kemahiran ini membolehkan penghantaran atau penyampaian maklumat secara cepat , tepat, dan berkesan. Sementara objektif yang terakhir ialah membimbing pelajar membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca dengan betul. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid menjana idea berhubung sesuatu isu yang dibincangkan dalam sumber lisan atau karya bertulis selain memperoleh ilmu daripada bahan tersebut. Penguasaan kemahiran ini secara tidak langsung merangsang kemahiran berfikir murid penguasaan ilmu dalam kalangan murid-murid. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam menerapkan kemahiran menulis ini seperti latihan membina ayat, latihan meringkaskan karangan, latihan menjawab soalan-soalan pemahaman berdasarkan petikan karya sastera atau petikan umum, dan juga latihan menulis karangan. Dalam aktiviti menulis karangan misalnya para pelajar akan diterangkan dengan jelas mengenai teknik menulis karangan iaitu teknik menulis
15

dan menambahkan

pendahuluan, teknik mengembangkan isi karangan , dan teknik menulis bahagian penutup atau kesimpulan Apa yang jelas secara keseluruhannya ketiga-tiga kemahiran tersebut iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelek yang menjadi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasan ketiga-tigacabang kemahiran tersebut juga amat penting untuk membolehkan murid-murid menguasai cabang ilmu yang lain dengan baik. Justeru, murid-murid di peringkat sekolah rendah sewajarnya menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut dengan baik untuk memudahkan proses pembelajaran pelbagai cabang ilmu di peringkat yang lebih tinggi kelak.

16

PENUTUP Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna FPK berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. PFK adalah pemantapan pemikiran tentang pendidikan di Malaysia sepatutnya dijadikan teras keseluruhan pendidikan di negara ini, daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Usaha dan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

merealisasikan hasrat negara yang diterjemahkan dalam PFK akan terbantut sekiranya guru yang menjadikan penggerak utama tidak berfungsi dan tidak memainkan peranan yang berkesan. Untuk itu guru seharusnya memahami konsep pendidikan bersepadu dan seterusnya melaksanakan PFK dan guru juga perlu meningkatkan kualiti dan potensi guru dalam aspek pedagogi dan kemahiran-kemahiran khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap sinis, berpandangan sempit, bingung tentang peranannya, kacau dan tidak harmoni, pengetahuan yang jumud, kurang imaginasi, perangkap rutin dan penyesuaian cara kerja antara halangan yang mencacatkan strategi menrealisasikan PFK.

17

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah, dengan rahmat kelapangan dan kesihatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. dapat juga saya sempurnakan satu lagi tugasan mengikut tempuh kerja yang diberikan. Kehendak tugasan ini telah memberi ruang kepada pelajar bukan sekadar menghayati amalan pendidikan di Malaysia. Tugasan ini juga turut mengkehendaki pelajar peka dengan kehendak Sukatan Pelajaran terutamanya Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini telah menjuruskan pelajar kepada satu kajian yang terperinci tentang sukatan pelajaran tersebut, terutamanya berkaitan dengan matlamat, objektif, organisasi kandungan, kemahiran dan lain-lain. Kajian ini telah menemukan pelajar kepada perlunya Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan dalam usaha merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Usaha ini bukan sakadar memenuhi tuntutan menyediakan tugasan kerja kursus sahaja, malah ia juga telah berjaya membina keyakinan kepada pelajar terhadap kesediaan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sejajar dengan kehendak FPK. Dalam melaksanakan tugasan ini, diumpamakan seperti kita ke hutan untuk mencari rotan, dalam perjalanan untuk mendapatkan rotan, kita akan bertemu dengan pelbagai hasil hutan, ada yang kita ambil kerana keperluan, ada yang kita tinggal kerana belum diperlukan dan tidak kurang juga yang kita jadikan panduan. Inilah yang terjadi dalam usaha saya melaksanakan tugasan ini. Terlalu banyak perkara yang ditemui, ada yang dah tahu, tidak kurang juga yang baru tahu dan ada kemungkinan yang saya tidak dapat tahu. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana masa yang singkat, keupayaan juga terhad dengan berbagai batasan yang ada, apa yang dapat saya persembahkan adalah yang terbaik dan termampu dari saya. Sebagai manusia biasa, sayu reda bahawa yang baik itu dari Allah jua dan yang lemah itu adalah dari hambanya. Wassalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi memahami secara mendalam dan hubungkaitnya dengan

18

Bibliografi:
1. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997).

Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman.


2. Ishak Ramly. (2009), Teori dan Perkembangan Kurikulum, Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang


3. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan pelajaran

sekolah rendah bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2003). Sukatan pelajaran

kurikulum bersepadu sekolah rendah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.


6. Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan

pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Tesis doktor falsafah yang belum diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

19

You might also like