You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR, SARAWAK

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) INSTITUT PENDIDIKAN GURU SEMESTER 2 / AMBILAN FEBRUARI 2012

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

PRAKTIKAL 1 : MINYAK MENGKAJI PENYULINGAN BERPERINGKAT PETROLEUM


NAMA PELATIH KAD PENGENALAN KUMPULAN / UNIT NAMA PENSYARAH : : : : SADAI LASAN 740608 13 6082 KUMPULAN SAINS 2 EN. MOHD FARIQ ARIFFIN BIN ABDULLAH TARIKH HANTAR : 8 SEPTEMBER 2012

PRAKTIKAL 1 : MINYAK
PRAKTIKAL 1

Praktikal 1 : Minyak / Bahan Api

Permasalahan : Bagaimanakah proses penyulingan berperingkat petroleum dijalankan?

Objektif : 1. Untuk mengkaji penyulingan berperingkat petroleum.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Pendahuluan : Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Pemanasan minyak mentah

membahagikannnya kepada beberapa jenis molekul. Penyulingan minyak mentah bermula dengan memanaskan minyak mentah dalam suhu 335 oC di dalam relau.

Gambar 1 : Proses Penyulingan berperingkat

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK
Minyak mentah diasingkan oleh haba kepada beberapa komponen. Setiap komponen mengewap dalam suhu berbeza. Komponen-komponen ini

mengalami kondensasi dan menyejuk di dulang-dulang dalam tingkat-tingkat terentu. Metana terhasil di tingkat teratas. Nafta sederhana dikumpulkan untuk kegunaan reformat iaitu komponen untuk dicampurkan dalam petrol. Hasil seperti petrol, diesel dan kerosin dihasilkan selepas pemprosesan selanjutnya. Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan. Semakin rendah takat didih pecahan petroleum itu, semakin kurang likat pecahan itu, semakin cerah warnanya, semakin mudah pecahan untuk terbakar dan semakin bersih nyalaanya (kurang berjelaga). Biodiesel merupakan bahan bakar alternatif yang dapat menggatikan petroleum sebagai bahan api.

Teori : Petroleum adalah cecair hitam yang terdiri daripada satu campuran hidrokarbon yang kompleks. Petroleum mengandungi banyak jenis hidrokarbon daripada yang berantai pendek kepada yang berantai panjang. Petroleum mesti diasingkan kepada pecahan-pecahannya sebelum digunakan. Setiap pecahan ini akan mendidih pada takat didih yang berbeza. Takat didih setiap pecahan bergantung kepada saiz molekul hidrokarbon yang terdapat di dalamnya. Semakin kecil saiz molekul hidrokarbon yang terdapat di dalam pecahan itu, semakin lemah daya tarikan antara molekul hidrokarbon itu dan menyebabkan julat takat didih pecahan itu pun menjadi semakin rendah. Ini bermakna pecahan yang mempunyai julat takat didih yang lebih tinggi mesti terdiri daripada molekul-molekul hidrokarbon yang lebih besar saiznya. Oleh kerana setiap pecahan itu mempunyai julat takat didih yang berbeza, pengasingan petroleum kepada pecahan-pecahan dapat dilakukan dengan
[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2 4

PRAKTIKAL 1 : MINYAK
menggunakan proses penyulingan berperingkat. Wap yang terhasil dilalukan melalui turus penyulingan untuk dikumpulkan pelbagai pecahan. Pecahan yang berbeza terkondensasi dan dikumpulkan pada ketinggian turus yang berbeza mengikut takat didih pecahan. Sebatian-sebatian yang mempunyai rangkaian karbon yang pendek akan mendidih terlebih dahulu kerana takat didihnya yang rendah. Setiap pecahan yang terkumpul mempunyai kegunaan dan sifat-sifatnya yang tersendiri. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat, gelap, sukar menyala dan terbakar dengan lebih bergelaja.

Bahan dan Radas : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Petroleum Porselin cip Kertas turas Kaki retort Thermometer (-10 36 oC) Kelalang penyulingan Kondenser Liebig Kelalang kon Kasa dawai Tuku kaki tiga Piring penyejat Penunu Bunsen

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Hipotesis Semakin tinggi takat didih semakin likat hasil penyulingan. Semakin tinggi takat didih semakin sukar pecahan terbakar. Semakin tinggi takat didih semakin gelap warna pecahan hasil penyulingan.

Pembolehubah (a) malar (b) manipulasi : : jenis minyak mentah julat suhu warna, kelikatan dan kebolehbakaran pecahan/hasil penyulingan.

(c) bergerak-balas :

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Kaedah: A: Penyulingan berperingkat petroleum.

1.

Sediakan peralatan seperti yang ditunjukkan di rajah 1.

2.

Petroleum di dalam kelalang penyulingan dipanaskan secara perlahanlahan. Petroleum pada peringkat pertama dikumpulkan pada suhu 30-80 oC.

3.

4.

Pemanasan diteruskan dan hasil penyulingan dikumpulkan dalam kelalang kon yang berbeza pada julat suhu yang berbeza iaitu 80-120oC, 120-160OC, dan 160 200oC.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

B: Ciri-ciri pecahan penyulingan yang berbeza. 1. Warna petroleum diperhatikan pada setiap peringkat.

2. Kelikatan petroleum diperhatikan dengan mencondongkan kelalang kon.

3. Hasil penyulingan pada setiap peringkat suhu dimasukkan ke dalam piring pengewapan dan dipanaskan. Warna nyalaan api dan jelaga diperhatikan.

4. Pemerhatian dicatatkan.

Keputusan: Kebolehakaran Warna nyalaan Kekuningan cair Kekuningan Sedikit Biru Kandungan jelaga Sangat kurang Kurang

Pecahan 1 (Nafta) 2 (Gasolin) 3 (Minyak paraffin) 4

Julat suhu (0C) 30-80

Warna

Kelikatan

80-120

Lebih

Jingga

120-160

Kekuningan hijau

Melekat

Merah cair Merah pekat

Banyak Sangat banyak

160-200 (Diesel)

Kuning

Tebal

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Perbincangan Dengan

: melakukan penyulingan pecahan, minyak mentah akan

diasingkan kepada beberapa pecahan berdasarkan julat suhu takat didih. Semasa eksperimen, terdapat empat pecahan petroleum. Setiap pecahan mempunyai sifat-sifat yang tersendiri terhadap suhu takat didih, kelikatan, warna pecahan, warna nyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil apabila dibakar.

Daripada keputusan eksperimen , didapati sifat(ciri) pecahan berubah dengan pertambahan takat didih pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan itu, semakin likat pecahan tersebut kerana saiz molekul pecahan semakin besar dan daya tarikan antara molekul- molekulnya semakin kuat menyebabkan molekul- molekul sukar untuk bergelongsor antara satu sama lain. Pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi juga semakin sukar untuk terbakar dan kuantiti jelaga semakin tinggi kerana peratus karbon per molukel semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu. Bagi pecahan pertama, ia mempunyai takat didih pada julat suhu 30-80oC. ini menunjukkan pecahan pertama mempunyai takat didih paling rendah berbanding pecahan-pecahan lain. Pecahan pertama berwarna kekuningan cair, hamper tiada warna dan ia merupakan warna paling cerah bagi pecahan petroleum. Pecahan pertama mempunyai kelikatan yang sangat rendah dan lebih cair. Warna api bagi pecahan pertama adalah biru dan ia menghasilkan sangat kurang jelaga apabila dibakar. Pecahan 2 yang mempunyai takat didih pada julat suhu daripada 80120C Warna bagi pecahan ini adalah kekuningan dan bermakna warna tersebut lebih gelap daripada pecahan 1 tetapi masih cair. Warna nyalaan api untuk pecahan 2 adalah jingga dan ia lebih likat daripada pecahan 1. Apabila pecahan 2 dibakar, kuantiti jelaga yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding jelaga pecahan 1.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

PRAKTIKAL 1 : MINYAK
Pecahan 3 mempunyai takat didih di antara julat suhu 120-160C. Warna bagi pecahan ini kekuningan hijau dan bermakna lebih pekat daripada pecahan 1 dan 2. Pecahan 3 lebih likat berbanding pecahan 1 dan 2. Warna nyalaan api untuk pecahan 3 adalah merah. Kuantiti jelaga yang dihasilkan banyak apabila pecahan 3 dibakar. Pecahan 4 mempunyai takat didih yang julat suhunya daripada 160200C. Pecahan ini berwarna jingga kekuningan dan paling pekat berbanding pecahan lain. Pecahan ini adalah yang paling likat. Warna nyalaan apinya merah dan kuantiti jelaga yang dihasilkan apabila pecahan dibakar adalah lebih berbanding pecahan lain. Namun begitu, semua pecahan tersebut mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu, keterlarutan dalam air kerana semua pecahan petroleum tidak larut dalam air. Semua pecahan petroleum juga adalah bersifat neutral . Pecahan juga mempunyai hasil pembakaran sama iaitu semua pecahan terbakar dalam udara berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

10

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Soalan: 1. Bincangkan kebolehbakaran bagi setiap pecahan petroleum.

Pecahan petroleum peringkat pertama lebih mudah terbakar berbanding pecahan petroleum yang keempat. Kadar kebolehan petroleum untuk terbakar semakin menurun walaupun takat didih dan jumlah molekul bertambah.

2. Bincangkan hubungan takat didih pecahan dengan:

a) Warna pecahan.

Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin gelap warna pecahan yang terhasil. Warna yang terhasil bergantung pada saiz molekul. Jika saiz molekul besar, maka, warna pecahan petroleum menjadi gelap, daripada tiada warna, kekuningan, jingga, coklat cair dan coklat gelapwarna coklat gelap.

b) Kelikatan pecahan

Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat pecahan tersebut. Rantaian ikatan molekul hidrokarbon yang besar adalah sangat ketat dan tidak mudah untuk menggelongsor. Pecahan yang mempunyai molekul lebih kecil mempunyai ikatan yang ringkas dan renggang antara satu sama lain. Oleh itu, molekul yang besar lebih likat kerana memunyai molekul yang lebih
[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2 11

PRAKTIKAL 1 : MINYAK
padat. Semakin panjang rantai hidrokarbon didalam pecahan petroleum, semakin likat pecahan tersebut. Pecahan petroleum yang mempunyai mempunyai jumlah hidrokarbon yang panjang mempunyai takat didih yang lebih tinggi.

c) Jumlah jelaga yang dihasilkan pada setiap pecahan.

Semakin tinggi takat didih pecahan tersebut, semakin banyak kumlah kuantiti jelaga yang dihasilkan apabila dibakar. Hal ini kerana, pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi mempunyai kuantiti karbon yang lebih banyak, maka daya tarikan antara molekul semakin tinggi..

3. Pecahan X ialah C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan jumlah jelaga yang dihasilkan oleh X.

Pecahan X adalah hexane. Ia berwarna kekuningan cair , lebih sedikit kelikatannya dan sedikit jelaga yang dihasilkan apabila dibakar.

4. Tulis

persamaan

kimia

seimbang

tindak

balas

yang

mewakili

pembakaran gasolin (C8H18)

C8 H18 + O2 ---- CO2 + H2O = C8H18 + 25/2 O2 ---- 8CO2 + 9H2O

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

12

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

5. Pembakaran yang tidak sempurna bagi gasolin membebaskan gas beracun iaitu karbon monoksida dan oksida nitrik. Tuliskan persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas tidak sempurna gasolin tersebut.

2C8H18 + 17O2 16CO + 18H2O

6. Apakah yang dimaksudkan dengan biodiesel?

Biodiesel merupakan suatu nama dari Alkyl Ester, berasal dari minyak sayuran lemak haiwan. Biodiesel dapat digunakan sebagai bahan bakar pada mesin yang menggunakan diesel sebagai bahan bakarnya. Biodiesel tidak mengandung petroleum diesel atau solar.Biodiesel mempunyai sifat kimia yang serupa dengan petroleum diesel sehingga dapat digunakan langsung untuk mesin diesel atau dicampur dengan petroleum diesel. Biodiesel tidak menghasilkan gas yang berbahaya dan lebih bersih dan lebih mudah ditangani dibandingkan dengan petroleum diesel. Dijadikan sebagai bahan bakar alternatif masa depan dan boleh diperbaharui. Penggunaannya boleh mengurangkan pencermaran yang dihasilkan oleh bahan bakar dari petroleum.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

13

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

7. Apakah

kelebihan

menggunakan

biodiesel

berbanding

pecahan

petroleum?

Biodiesel boleh diperbaharui keran biodiesel dihasilkan daripada minyak seyuran dan lemak haiwan. Ia juga lebih mesra alam daripada diesel kerana mengurangkan pelepasan karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan zarah-zarah. Penggunaan bahan api yang lebih cekap iaitu

320% berbanding bahan api petroleum diesel, 83%. Kurang berbau kerana mengeluarkan aroma makanan bergoreng atau aroma barbeku apabila digunakan.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

14

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Langkah berjaga-jaga:

1. Elakkan memanaskan kelalang penyulingan jika tidak terdapat cecair di dalamnya.

2. Pastikan alatan radas telah ketat dan getah paip yang digunakan untuk mengalirkan air tidak bocor.

3. Gunakan cermin mata keselamatan semasa melakukan aktiviti makmal.

4. Memastikan pengudaraan adalah baik sebelum memulakan eksperimen.

5. Jangan menarik nafas secara terus daripada petroleum.

6. Mengendalikan alatan kaca dan panas berhati-hati.

7. Dua atau tiga porselin cip ditambah dalam kelalang penurasan untuk mengelakkan pemanasan yang berlebihan dan hentaman.

8. Produk atau hasil pecahan penurasan hendaklah diletakkan jauh daripada api di mana ia merupakan bahan mudah terbakar.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

15

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Kesimpulan : Petroleum boleh disediakan melalui proses penyulingan berperingkat

berdasarkan takat didih tertentu. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin gelap warna pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat pecahan tersebut. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin kurang tahap kebolehbakarannya dan semakin banyak kuantiti jelaga yang terhasil.

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

16

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

Bibliografi :

Fractional Distillation. (2011, Jun 3). Retrieved Julai 7, 2011, from wikipedia.org: http://en.wikipedia.org/wiki/Fractional_distillation

Gas Asli. (n.d.). Retrieved Julai 7, 2011, from edu.my: http://www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/gas_asli.htm

Hidrokorbon. (n.d.). Retrieved Julai 7, 2011, from edu.my: http://www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/eksperimen.htm

Hortono, M. B. (2008, Februari). Pengertian Biodiesel. Retrieved Juali 7, 2011, from blogspot.com: http://pematangpanggang.blogspot.com/2008/02/pengertian- biodiesel.html

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

17

PRAKTIKAL 1 : MINYAK

RUJUKAN :

BUKU Low Swee Neo (1994). Fokus Pelangi Sains PMR (1st ed), Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Jane B. Reece (2008), Campbell/Reece Biology (Eighth Edition), Pearson International Edition. Lee Soon Ching, Nalini B., Liew Shee Leong, Jacqueline R. S. (2009), Biology for Matriculation Semester 1 Second Edition Updated, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan. Gan Wan Yeat (2007), Success Biology SPM Integrated Curriculum for Secondary Schools (ICSS), Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

INTERNET http://www.jevuska.com/topic/proses+emulsi+lemak+oleh+empedu.html Akses pada 8 Februari 2011 AnneAhira.com http://www.anneahira.com/enzim-pencernaan-manusia.htm Akses pada 8 Februari 2011 http://www.tutorvista.com/biology/lock-and-key-hypothesis Akses pada 10 Februari 2011 Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan Malaysia, Dr. Abd. Hamid Mat Sain, Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/batu-karang-hempedu.html Akses

pada 11 Februari 2011

[SCE3103] Sadai Lasan [740608-13-6082] / PPG 2012 Kump. Sains 2

18

You might also like