You are on page 1of 68

EEEX 3033 PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMI

Bab 1 Pengenalan Pemikiran Ekonomi & Kumpulan Mekantalisme

PENGENALAN

5 persoalan utama dalam PPE

1. Apakah Latar belakang sejarah setiap kumpulan pemikiran?

• Kajian latar belakang sejarah adalah untuk menentukan sama ada ia mungkin
telah memupuk satu sistem pemikiran tertentu.

• Selalunya teori ekonomi berkembang sebagai respon kepada perubahan


persekitaran yang menarik perhatian kepada masalah-masalah baru.

• Perlu memahami kenapa manusia berfikir dan berlagak cara yang mereka
lakukan.

• Apakah pemikiran yang digunakan sebelum ini apabila wujud ciptaan pemikiran
yang baru.

2. Apakah tenet-tenet/ciri-ciri utama setiap kumpulan pemikiran?

• Mengenai ciri-ciri atau idea kumpulan ekonomi.

• Persepsi dan andaian-andaian yang digunakan.

3. Kumpulan pemikiran memberi faedah kepada siapa atau untuk siapa?

• Untuk menjadi popular sistem pemikiran mesti sama ada sesuai dengan kehendak
seluruh masyarakat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh elemen
masyarakat yang akan melindung , memperluas dan menggunanya.

4. Bagaimana idea kumpulan pemikiran sah, berguna atau tepat pada zamannya?

• Adakah penciptaan sesuatu idea baru sesuai digunakan untuk zaman tersebut.

• Kemungkinan sahnya teori ekonomi mesti dikaitkan dengan masa dan tempatnya.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


5. Dokrin mana yang menjadi penyubang kekal?

• Sumbangan yang “telah bertahan melalui ujian masa” akan diasingkan dari yang
mungkin valid pada masanya, telah melampau kebergunaanya apabila bukti baru
muncul atau bila keadaan berubah.

Kepentingan pembelajaran teori ekonomi

1. Memperoleh pemahaman bagaimana sistem ekonomi beroperasi atau berfungsi. Iaitu


apakah yang memyebabkannya saling bergantung bersama.

2. Mambantu masyarakat mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang telah dipilihnya.


Masyarakat boleh bergerak dengan lebih cepat dalam mencapai matlamat ekonomi
melalui pengetahuan ekonomi.

Kepentingan mempelajari pemikiran ekonomi

1. Untuk meningkatkan pemahaman berhubung pemikiran ekonomi kontemporari.

2. Sebagai rujukan atau semakan dalam merangka dasar-dasar ekonomi dan memperbaiki
serta mengatasi kelemahan dan kesilapan dasar-dasar terdahulu.

3. Memberi kita persektif, pengetahuan dan pemahaman mengenai ekonomi masa lalu,
perubahan idea-idea ekonomi dan masalah-masalah serta hala tuju ekonomi seterusnya.

KUMPULAN MERKANTALISMA

Latar belakang kumpulan merkantalisma.

 Muncul di antara zaman pertengahan dan zaman kegemilangan laissez-faire.

 Ia wujud secara kasarnya di antara tahun 1500 hingga 1776, didorong oleh kepesatan
perdagangan terutamanya selepas tahun 1500.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


 Ia merupakan usaha pertama yang cuba merumuskan teori ekonomi khusus yang
berdasarkan teori nilai yang berhubung rapat dengan pasaran.

 Perkembangan perdagangan (domestik dan negara) telah menyebabkan peningkatan


dalam penggunaan wang secara langsung membawa perkembangan bandar-bandar dan
membawa perubahan masyarakat feudal mampu diri kepada masyarakat kapitalisme
pedagang.

 Penjumpaan emas di hemisfera barat telah mempercepatkan lagi pertumbuhan


perdagangan dan pelbagai teori mengenai kepentingan emas.

 Keperluan mendapatkan tanah dan kuasa menjadi semakin mendesak bila perdagangan
berkembang dan dilihat menjadi asas kepada kekayaan ekpnomi negara.(tanah jajahan
baru-Koloni)

 Kewujudan negara bangsa dan berlaku persaingan ekonomi antara negara.

 Doktrin ekonomi feudal mampu diri digantikan dengan doktrin baru berdasarkan
perdagangan iaitu doktrin merkantalisma yang:

I. Mempromosikan semangat nasionalisma.

II. Memartabatkan dan menekankan kepentingan golongan pedagang/saudagar.

Tenet-tenet utama merkantalisma

1. Emas dan perak merupakan bentuk kekayaan yang paling utama.

• Kekayaan dan kuasa adalah berdasarkan banyaknya jumlah bullion dan


perdagangan yang menggunakan mata wang bullion sangat digalakkan walaupun
semasa peperangan.

2. Semangat nationalisma.

• Semangat cinta dan bangga terhadap negara ditekankan kerana hanya negara yang
kuat dan berkuasa sahaja akan memperoleh dan menguasai koloni-koloni baru,
mendominasi perdagangan dan eksport,memenangi peperangan dan menakluk
jajahan baru, dan bersaing hebat dan berjaya dalam perdagangan antarabangsa.

• Sumber ekonomi dunia amat terhad dan hanya dapat ditambah dengan menindas
negara lain yang lemah dan miskin(melalui jajahan).

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Semangat nationalisma mendorong kepada militarism dan penjajahan baru.

3. Bebas cukai untuk bahan mentah import, perlindungan untuk barangan perkilangan dan
bahan mentah domestik dan kawalan eksport terhadap bahan-bahan mentah.

• Kawalan terhadap kuantiti import akan dapat mengumpul bullion yang banyak
maka secara langsung dapat meningkatkan kekayaan dan kekuasaan negara.

• Larangan eksport bahan mentah, contoh: undang-undang larangan eksport bebiri


hidup(1565-1566).

4. Pengkolonian dan pemonopoli perdagangan.

• Negara yang dijajah terus menyalurkan barangan mentah kepada negara utama.

• Sebahagian barangan yang hendak dieksport harus singgah di England terlebih


dahulu bagi mendapatkan kebenaran eksport.

• Import terus dari luar tanpa pengetahuan penguasa di England dilarang


samasekali.

5. Menentang pengenaan tol, cukai dan kawalan lain terhadap barangan domestik.

• Cukai dan tol menyekat dan mengawal perusahaan akan mendorong peningkatan
harga eksport negara.

• Perdagangan bebas dalaman(antara negara koloni) ditentang, individu tidak


dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang bentuk kegiatan perdagangan.

• Hak istimewa perdagangan secara eksklusif dan monopoli geran diutamakan ,


hanya diberikan kepada individu atau kumpulan tertentu.

6. Kerajaan pusat yang kuat.

• Kerajaan menyekat kebebasan keluar masuk syarikat dalaman bagi mengelakkan


persaingan, kuasa ini penting untuk:

 Pemberian hak istimewa monopoli kepada individu dan syarikat tertentu


dalam perdagangan luar negara.

 Mempromosikan sektor pertanian, perlombongan dan perindustrian


(dengan subsidi dan perlindungan tarif import).

 Mengawal dan menyelaras kaedah pengeluaran dan kualiti keluaran untuk


menjamin nama baik dan reputasi barangan dipasaran antarabangsa.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


7. Kepentingan penduduk(bilangan dan rajin bekerja)

• Menyediakan sejumlah besar tentera dan pelayar, menjamin penawaran buruh


kekal tinggi dan tingkat upah kekal rendah.

• Faedah upah rendah (meningkatkan aliran masuk bullion)

• Mengurangkan populasi yang malas bekerja dan mampu menarik lebih ramai
tenaga buruh.

• Saiz penduduk yang banyak, maka pasaran adalah lebih besar.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem merkantalisma

1. Kumpulan pedagang/ saudagar

2. Golongan raja dan bangsawan

3. Pegawai-pegawai tinggi kerajaan

4. Mereka yang berkuasa dan mendapat keistimewaan serta keutamaan untuk geran
monopoli

Definisi “Rent seeking behaviour”.

• Aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh sektor swasta untuk meningkatkan selagi keuntungan
melalui penguatkuasaan undang-undang dan regulasi daripada kerajaan.

• Dalam keadaan ini, undang-undang tersebut termasuk geran untuk status monopoli,
larangan ke atas import, undang-undang yang menyebabkan pengeluar baru merasa
kesukaran untuk bersaing dengan syarikat yang sedia ada.

Definisi “Bullion”.

• Sumbangan penting merkantalisma terutama dala membuat pembayaran urusniaga


perdagangan antarabangsa sebelum perkembangan sistem kewangan antarabangsa dan
perdagangan multilateral.

• Sandaran untuk menyewa dan memelihara tentera, membina kapal dan memberi rasuah
kepada musuh.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Kemasukan logam berharga ini menjadikan kutipan cukai dengan lebih mudah.

Thomas Mun (1571-1641)

• Anak kepada seorang saudagar kain.

• Beliau dilantik menjadi pengarah kepada syarikat Hindia Timur.

• Terlibat dalam kontraversi berkenaan polisi syarikat yang mengeksport emas.

• Beliau menekankan selagi jumlah eksport melebihi jumlah import, kekurangan bahan di
sesebuah negara tidak seharusnya menjadi masalah besar.

• Beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya jawapannya bukan terletak
kepada pembuatan dan pengumpulan modal sahaja, tetapi berlebihan eksport, negara
mesti menjual lebih banyak dari jumlah yang digunakan.

• Kewujudan eksport bergantung kepada pembuatan dan pembuatan pula bergantung


kepada kekayaan emas.

• Negara boleh menjadi lebih kaya dengan mengusahakan tanah terbiar.

• Perdagangan dalam negara sahaja tanpa melibatkan perdagangan antarabangsa tidak


menjadikan sesebuah negara itu cukup kaya.

• Bagaimana sesebuah negara boleh kaya? Menurut beliau:

I. Lebihan eksport

II. Mengusaha tanah terbiar-(Untuk mengurangkan import)

III. Menggunakan kapal England untuk membawa produk eksport-(untuk faedah


insurans dan tambang pengangkutan)

IV. Menyokong aktiviti perdagangan multilateral berbanding bilateral

V. Mengimport produk tertentu yang boleh meningkatkan stok bullion-(dengan


mengeksport semula semua produk tersebut)

Jean Baptise Colbert (1619-1683)

• Beliau merupakan menteri kewangan Perancis daripada 1661-1683.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Beliau menpercayai bahawa kekuatan sesebuah negara terletak kepada kewangannya,
kutipan cukai dan kekayaan emasnya.

• Empat bidang yang dianggap paling penting:

I. Pertanian

II. Perdagangan

III. Peperangan laut

IV. Peperangan darat

• Penjajahan adalah penting bagi peluasan pasaran dan mendapatkan sumber bahan
mentah.

• Sesebuah negara hanya akan menjadi kaya dengan menjadikan negara lain miskin.

• Koloni-koloni adalah penting dan diperlukan untuk sebagai sumber bahan mentah dan
pasaran untuk produk.

• Colbert banyak menyediakan kemudahan untuk perdagangan domestik.

• Beliau menyediakan banyak subsidi untuk pembinaan sungai dan jambatan yang
menyambungkan banyak tempat-tempat penting untuk perdagangan.

• Beliau juga berjaya menyediakan sistem jalanraya yang baik sejauh 15,000 batu
menggunakan buruh paksa.

• Kebenaran juga diberikan kepada golongan aristokrat untuk menceburi bidang


perniagaan tanpa menjatuhkan status dan keistimewaan mereka.

• Beliau juga membenarkan penggunaan buruh kanak-kanak dengan membayar upah yang
tidak berpatutan.

KUMPULAN FISIOKRATIK

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Latar belakang kumpulan Fisiokratik.

• Muncul di Perancis pada akhir zaman Merkantalisma (sekitar 1756-1776), tindak balas
terhadap kerajaan Perancis yang bercirika feudal dan merkantalisma.

• Mengapakah kerajaan Perancis ditolak?

I. Amalan rasuah, berbelanja mewah dan boros dalam pihak pemerintah.

II. Tiada kuasa untuk menghasilkan produk baru, memperbaiki kaedah pengeluaran
dan tiada insentif terhadap perubahan citarasa pengguna.

III. Pihak berkuasa tempatan mengenakan tol, sukai dan tarif berlebihan di peringkat
internal yang menghalang kebebasan perdagangan dan melambatkan
perkembangan perindustrian.

IV. Sektor pertanian Perancis dibebani masalah terutama kesan dasar dan peraturan
tuan tanah bangsawan yang menindas petani.

V. Kerajaan pusat dan pihak berkuasa tempatan meletakkan perdagangan bijirin


terikat dengan peraturan-peraturan yang bercelaru dan menindas yang
menghalang perkembangan perdagangan bijirin.

Tenet-tenet utama Fisiokratik

1. Peraturan semulajadi (Natural Order)

• Idea ini menyatakan undang-undang semulajadi akan mentadbir masyarakat dan


natural law akan mengharmonikan semua aktiviti manusia.

• Dari sudut ekonomi, law of natural ini memberikan setiap individu hak-hak
semulajadi untuk menikmati hasil kerja mereka sama seperti hak individu lain.

• Terdapat undang-undang semulajadi yang mengawal masyarakat manusia


sebagaimana dijumpai oleh Newton dalam tarikan graviti yang mengawal benda-
benda di dunia. Dari masa ke semasa semua aktiviti manusia akan menuju ke arah
keharmonian dengan undang-undang semulajadi ini.

2. Laissez-faire (Bebas)

• Orang ramai bebas melakukan aktiviti ekonomi tanpa campurtangan kerajaan.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Kerajaan tidak boleh menganggu ekonomi kecuali apa yang minima dibenarkan
kepadanya.

3. Kepentingan sektor pertanian

• sektor perkilangan adalah tidak produktif kerana ia hanya menyediakan nilai dari
bahan mentah yang diproses sahaja.

• Hanya sektor pertanian sahaja yang produktif kerana ia menghasilkan lebihan


yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pengeluaran.

4. Cukai kepada tuan tanah

• Hanya pertanian yang membuahkan lebihan oleh kerana tuan tanah yang
menerima sewa, maka hanya tuan tanah sahaja yang dicukai.

5. Hubungan dalam ekonomi

• Ahli fisiokratik secara umumnya menganalisis pergerakan makanan dan wang


dalam ekonomi dengan mengwujudkan keseimbangan diantara keduanya.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem fisiokratik

1. Kumpulan pertanian (Bukan Pemilik tanah)

 Kumpulan ini mendapat kebaikan dan kebebasan dengan sistem laissez faire yang
diamalkan.

2. Pekilang-pekilang

 Tiada cukai dikenalkan.

 Idea ini secara langsung merangsang perdagangan bijirin internal secara bebas
dan eksport produk-produk perladangan dan pengimport barangan perkilangan.

Kritikan Terhadap Fisiokratik

1. Tanggapan bahawa sektor perindustrian dan perdagangan tidak produktif adalah salah.
Dimana perkembangan dan pembangunan perindustrian dan perdagangan di Perancis
menonjolkan kelemahan ini.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


2. Pandangan bahawa hanya tuan tanah sahaja yang perlu dikenakan cukai juga tidak tepat,
pengusaha industri yang kaya akan terkecuali dalam cukai adalah tidak adil.

3. Pandangan yang menyatakan hanya sektor pertanian sahaja yang penting adalah salah,
Sektor industri menjadi semakin dominan berbanding sektor pertanian disebabkan
pelepasan cukai. Oleh itu, peranan sektor perindustrian juga penting.

Sumbangan Kumpulan Fisiokratik

1. Melihat masyarakat secara keseluruhan dan menganalisis peraturan/ hukum yang dapat
mentadbir pusingan barang dan kekayaan. Ekonomi Table oleh Quesnay telah menjadi
forerunner untuk ekonomi moden.

2. Mengasaskan hukum pulangan bertambah kurang

Francois Quesnay (1694-1774)

• Beliau merupakan seorang ahli fizik dan perubatan, tetapi berminat dalam bidang
ekonomi lebih mandalam berbanding perubatan dan akhirnya menumpukan sepenuhnya
masa untuk bidang ekonomi.

• Menurut beliau, masyarakat merupakan analogi kepada organisma. Peredaran barangan


dan kekayaan menyamai peredaran darah dalam badan manusia. Semuanya memenuhi
undang-undang semulajadi dan boleh difahami melalui logik akal.

• Tokoh yang menghasilkan secara sistematik dan ideal analisis aliran pendapatan dalam
ekonomi.

• Menekankan kepentingan sektor pertanian dan peranan pengusaha ladang kapitalis


sebagai penjana sumber kekayaan negara.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Pasaran
Sumber

Perniagaan Isi Rumah

Pasaran
Barang *Refer PJJ ms 36

Anne Robert Jacques Turgot (1727-1781)

• Menjadi menteri kewangan Perancis pada tahun 1774

• Memperkenalkan anti-feudal dan anti merkantalisma dalam memelihara idea-idea


fisiokratik.

• Beliau talah mengenakan 15 hari tanpa gajisetahun kepada petani-petani bagi membaiki
jalan jambatan saliran dan lain-lain.

• Pengenaan cukai terhadap tuan tanah adalah satu kemestian untuk hasil negara, juga
untuk menyekat tuan tanah daripada sikap membazirkan wang yang berlebihan.

• Memotong perbelanjaan karajaan dengan banyak dan berjaya mendapatkan pinjaman


pertanian dengan dikenakan kadar bunga sebanyak 4% dari Belanda, untuk memajukan
sektor pertanian.

• Menentang campurtangan Parlimen dalam undang-undang, hanya tuan tanah boleh


menjadi ahli parlimen dan tugas tersebut terhad kepada percukaian, pelajaran dan
pembasmian kemiskinan.

• Mencipta teori upah dimana menurut beliau persaingan di antara pekerja akan
menurunkan upah minimum kepada upah untuk memenuhi keperluan asas sahaja.(Iron
law of wages)

• Sumbangan terbesar adalah memperbaiki teori hukum pulangan bertambah kurang


(HPBK)

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


KUMPULAN KLASIKAL

Latar belakang kumpulan klasikal.

• Bermula pada tahun 1776 apabila adam smith mencetak bukunya “Wealth Of Nation”.

• Terdapat 2 revolusi yang dipelopori oleh Lsaac Newton telah mempengaruhi


perkembangan pemikiran ekonomi klasik:

1. Revolusi Saintifik

2. Revolusi Perindustrian

Revolusi Saintifik

• Mempunyai 3 aspek penting:

I. Ahli sains ini bergantung kuat ke atas bukti eksperimen, Newton dan rakan
kontemporarinya tidak percaya dengan pengetahuan innate terdapat dari sebab
sahaja tanpa bergantung ke atas pengalaman.

II. Newton mempopularkan idea yang sudah wujud bahawa universe tertakluk
dengan undang-undang semula jadi.

III. Sistem Newton adalah pandangan statik mengenai universe. Ruang , masa dan
keadaan adalah bebas, tidak ada yang berubah melalui masa. Ketuhanan telah
mencipta mekanisma yang berjalan dengan harmoni dan automatik tanpa
gangguan, maka laissez faire adalah bentik wisdom paling penting dalam
perjalanan sosial. Undang-undang semula jadi akan memandu sistem ekonomi
dan tindakan orang ramai. Oleh itu, adalah lebih baik bagi masyarakat jika orang
ramai bebas untuk mengikut undang-undang semula jadi kepentingan diri sendiri.

Revolusi Perindustrian

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Bermula pada tahun 1776 dan seiringi dengan tahun England muncul sebagai negara
perindustrian paling berkuasa dan cekap, serta mendapat faedah besar dari perdagangan
bebas antarabangsa.

• Kedudukan dan pengaruh pengusaha-pengusaha English semakin kukuh dan tidak lagi
perlu bergantung kepada subsidi, keutamaan monopoli dan perlindungan tarif dari
kerajaan.

• Persaingan semakin boleh digunakan untuk memastikan eujudnya harga berpatutan dan
kualiti barangan.

• Tenaga buruh bebas mudah bergerak, bayaran murah dan bekerja kuat muncul.

• Keadaan penawaran dan permintaan buruh menjadikan upah rendah kerana ditentukan
pasaran.

• Berlaku lebihan penawaran buruh kesan daripada peningkatan populasi serta kemasukan
petani dari Ireland.

• Hak milik persendirian dan menggalakkan pertanian skala lebih besar dan berintensifkan
modal.

Tenet-tenet utama Klasikal

1. Penglibatan minimum kerajaan

• Ekonomi dikatakan mengubah dari sendiri dan cenderung kepada guna tenaga
penuh tanpa campurtangan kerajaan. Aktiviti kerajaan sepatutnya dihadkan
kepada melaksanakan hak harta, mengadakan pertahanan negara dan memberi
pendidikan awam.

2. Kelakuan ekonomi kepentingan diri sendiri

• Ahli ekonomi Klasikal mengandaikan bahawa kelakuan pentingkan diri sendiri


adalah asas semulajadi manusia.

• Pengeluar mengeluarkan barangan untuk keuntungan

• Pekerja berkerja untuk mendapatkan upah

• Pengguna berbelanja untuk tujuan memuaskan kehendak mereka

3. Minat harmoni

• Menekankan kepada minat harmoni semulajadi dalam ekonomi pasar

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Dengan mengejar minat individu sendiri, orang ramai berkhidmat untuk
kepentingan masyarakat.

4. Kepentingan kesemua sumber ekonomi dan aktiviti

• Kesemua sumber ekonomi seperti tanah, buruh, modal dan kebolehan


keusahawan serta kesemua aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan,
pengeluaran dan pertukaran antarabangsa penting menyumbang kepada kekayaan
negara.

5. Undang-undang ekonomi

• Menumpukan analisis berdasarkan teori ekonomi eksplisit atau “undang-undang”.

• Ahli ekonomi Klasikal percaya bahawa hukum ekonomi adalah universal dan
tidak boleh diubah.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem Klasikal

• Memberi manfaat kepada semua orang dalam masyarakat kerana aplikasi teorinya
mempromosi pengumpulan modal dan pertumbuhan ekonomi.

• Golongan pedagang diberikan status dan martabat sebagai promoter kekayaan negara.

Bagaimana kumpulan klasikal berguna atau benar pada masanya

• Dengan menolong menghapus saki baki sistem feudal, ekonomi klasikal mempromosi
perusahaan perniagaan.

• Ahli ekonomi klasikal dan mereka yang menyokongnya telah menjadikan pasaran lebih
besar bukan sahaja melalui pencapaian perdagangan antarabangsa lebih bebas tetapi juga
dengan mempromosi tenaga buruh bandar.

• Peladang sara hidup sendiri akan mengguna kebanyakan dari pengeluaran mereka sendiri
sementara membeli sedikit sahaja dari pasaran.

• Perluasan pasaran tidak hanya melalui perdagangan antarabangsa tetapi juga melalui
usaha mempromosi dan mewujudkan tenaga buruh sektor bandar. Hal ini disebabkan
peladang sara hidup sendiri akan mengunakan kebanyakan dari pengeluaran untuk sendiri
sementara membeli sedikit sahaja dari pasaran, sebaliknya buruh bandar membeli
makanan dari pasaran.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Sumbangan berkekalan kumpulan klasik

I. Hukum pulangan berkurangan

II. Hukum faedah berbanding

III. Pendapat yang mengatakan pengguna adalah raja

IV. Kepentingan pengumpulan modal terhadap pertumbuhan ekonomi

V. Pasaran sebagai mekanisme menyelaras kepentingan individu dan masyarakat

Adam Smith (1723-1790)

I. Biografi

• Dilahirkan di Pekan Kirkcaldy, Scotland, bapanya seorang pengawai kastam.

• Belajar di Glasgow College pada usia 14 tahun.

• Dilantik profesor dalam bidang logik di Glasgow college pada 1751 dan pada
tahun berikutnya diberi kerusi filosofi moral yang dipegangnya hampir 12 tahun.

• Menjadi tutor kepada anak tiri Charles Townsend (menteri kewangan) yang
kemudian nya menjadi prominen di Amerika mengenai isu cukai teh kolonial.

• Beliau telah menjalinkan persahabatan rapat dengan fisiokrat termasuk Quesnay


dan Turgot.

II. Pengaruh Penting terhadap pemikiran Smith

• Iklim intelektual umum pada masanya.

• Smith sipengaruhi oleh fisiokrat terutamanya Quesnay dan Turgot.

• Francis Hutcheson-Pengajar Smith di Glasgow College.

• Kawannya David Hume di mana melalui surat-suratnya serta pembualan peribadi.

Wealth Of Nation - Kekayaan Negara (1776)_(Adam Smith)

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Karya yang telah mengangkat dn memperkukuhkan kedudukan Smith sebagai salah
seorang tokoh pemikir ekonomi utama dalam sejarah pemikiran ekonomi dunia.

• Antara kandungan:

1. Pembahagian Buruh

 Pembaikan terbesar dalam kuasa produktif buruh, dan bahagian skil, lebih
besar, kebijaksanaan mengguna skil dan memilih dimana untuk digunakan ,
atau diaplikasikan nampak seperti kesan pembahagian buruh.

 Pembahagian buruh meningkatkan kuantiti output dikehendaki kerana 3


sebab:

i. Setiap pekerja membina peningkatan kemahiran dalam membuat satu


tugas berkali-kali.

ii. Masa dapat dijimatkan jika pekerja tidak perlu pergi dari satu jenis
kerja ke satu jenis lain.

iii. Mesin boleh dicipta untuk meningkatkan produktiviti sebaik sahaja


tugas telah dipermudahkan dan menjadi rutin melalui pembahagian
buruh.

2. Kepentingan-kepentingan Harmoni dan kerajaan terhad

 Setiap orang yang mengambil bahagian di dalam ekonomi cenderung untuk


mengejar kepentingan sendiri masing-masing.

 Kerana tersembunyi disebalik aktiviti-aktiviti ekonomi ialah natural order.

 Wujud invisibe hand yang menghubungkan gelagat kepentingan diri-sendiri


seterusnya mewujudkan barangan sosial dalam ekonomi.

 Campur tangan kerajaan dalam ekonomi tidak diperlukan.

 Kerajaan adalah membazir, korup, tidak cekap dan lebih merupakan Grantor
kepada keistemewaan monopoli golongan tertentu yang hanya menjejaskan
masyarakat secar keseluruhan.

 Menurut Smith, peranan kerajaan ialah:

i. Melindungi masyarakat dari serangan asing

ii. Mewujudkan keadilan dalam sistem pentadbiran

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


iii. Merangsang dan mengekalkan projek awam yang gagal dilaksanakan
oleh swasta

 Mencadangkan pengenaan cukai dilakukan bagi menampung kos aktiviti


kerajaan, dimana:

i. Cukai perlu berkadar kepada hasil yang dinikmati di bawah


perlindungan negara.

ii. Cukai perlu boleh diramal dan seragam dari segi tempoh masa, cara
dan jumlah perlu dibayar.

iii. Cukai perlu di levi pada masa dan dalam cara yang paling selesa
kepada pembayar-pembayar cukai.

iv. Cukai perlu dikutip kepada kos yang paling minimum kepada
kerajaan.

Undang-Undang Ekonomi Bagi Ekonomi Kompetitif – The Economic Laws Of A


Competitive Economy_(Adam Smith)

1. Nilai

• Menerusi paradoks “Water-Diamond” Smith menyatakan terdapat 2 bentuk nilai


iaitu Nilai Dalam Penggunaan dan Nilai Dalam Pertukaran.

• Smith menumpukan perhatiannya kepada nilai pertukaran kuasa memiliki sesuatu


komoditi membolehkan untuk membeli barang lain.

• Smith menjawab bahawa mutiara(barang) mempunyai nilai kerana orang ramai


perlu menyelam untuk mendapatkannya iaitu kos pengeluaran menentukan nilai
pertukaran barang atau harga relatif.

2. Teori nilai buruh dalam masyarakat primitif

• Buruh merupakan sumber tunggal, nilai relatif barang akan ditentukan oleh
amaun buruh yang diperlukan untuk pengeluaran.

• Buruh ialah pengukur benar nilai pertukaran kesemua komoditi.-“Labour


Commanded Theory Of Value”

• Buruh merupakan kedua-dua sumber (teori kos buruh) dan pengukur (labour
commanded theory) nilai pertukaran.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


3. Teori nilai dalam ekonomi maju

• Dalam masyarakat di mana modal perlakuan dan sumber tanah menjadi penting,
pada kebiasaannya sesuatu barang akan ditukarkan untuk barang lain, untuk wang
atau untuk buruh pada angka secukup tinggi untuk menampung upah, sewa dan
untung.

• Nilai sebenar komoditi tidak lagi boleh diukur oleh buruh yang terkandung di
dalam komoditi.

• Permintaan tidak mempengaruhi nilai komoditi, dan hanya kos pengeluaran


(upah, sewa, untung) sahaja adalah penentu nilai dalam jangka masa panjang.

4. Harga pasaran

• Membezakan antara harga intrinsik dan semulajadi bagi sesuatu barang dan harga
pasaran jangka masa pendek barang tersebut.

• Apabila komoditi dijual untuk harga semulajadinya akan terdapat hasil


secukupnya untuk membayar kadar semulajadi upah, sewa dan untung.

• Harga benar di mana-mana komoditi dijual dipanggil harga pasar. Ia mungkin


berada di atas, di bawah atau sama dengan harga semulajadinya.

• Harga pasar bergantung kepada gelagat penawaran dan permintaan jangka pendek
dan boleh berubah di sekitar harga semulajadi.

5. Upah

• Smith membincangkan mengenai 3 pandangan mengenai upah:

i. Tahap agregat upah

ii. Pertumbuhan upah melalui masa

iii. Struktur upah

• Formula:

Purata Upah Tahunan = Dana Upah / Jumlah Buruh

• Kadar minimum uaph yang mesti diterima untuk membolehkan pekerja


berkeluarga, terus hidup dan membiak penawaran buruh.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Kadar peningkatan kekayaan negara akan menentukan permintaan buruh dan
upah.

• Upah tinggi meningkatkan kesihatan dan kekuatan pekerja membolehkan mereka


kerja paling baik keranaupah tinggi memberi harapan untuk memperbaiki hidup.(
Ekonomi upah untuk kecekapan)

• Masyarakat mempunyai kebebasan sempurna, dimana masyarakat bebas untuk


memilih dan menukar pekerjaannya.

• Struktur upah akan membezakan mengikut 5 faktor:

i. Sifat atau buruk pekerjaan

ii. Kos untuk mendapatkan skil diperlukan dan ilmunya

iii. Kekerapan pekerjaan

iv. Tahap kepercayaan dan tanggungjawab

v. Kebarangkalian dan ketidakbarangkalian kejayaan

6. Untung

• Kadar untung paling rendah mesti tinggi secukupnya untuk kompensasi kepada
kerugian sebegitu dan masih meninggalkan lebihan untuk usahawan.

7. Sewa

• Sewa adalah harga yang dibayar untuk kegunaan tanah.

• Ia adalah harga tertinggi penyewa mampu untuk membayar selepas ditolak upah,
susutnilai modal, purata untung dan lain-lain perbelanjaan pengeluaran.

8. Peranan wang dan hutang

• Kurang menekankan kepentingan wang

• Wang adalah penting sebagau alat pembayaran

9. Pembangunan ekonomi

• Melihat ekonomi secara keseluruhan danmenekankan pertumbuhan dan


pembangunan ekonomi.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Melihat pembahagian buruh dan pengumpulan modal sebagai faktor-faktor utama
yang mempromosikan pertumbuhan stok kekayaan negara.

• Pembahagian buruh membolehkan mesin diperkenalkan untuk meningkatkan


produktiviti manusia.

Thomas Robert Malthus (1766-1834)

• Beliau telah mengemukakan beberapa teori dan pandangan yang berkaitan dalam bidang
pertumbuhan penduduk, kaedah pengiraan KDNK, Teori Nilai, Pulangan Bertambah
Kurang, Sewa tanah dan Permintaan Agregat.

• Anak kepada Daniel Malthus iaitu seorang yang terkenal dan merupakan rakan karid
kepada beberapa orang tokoh intelektual yang ternama.

• Graduan dari kolej jesus dan dilantik sebagai Paderi Gereja Kristian di England.

• 2 kontroversi yang utama menarik perhatian Malthus adalah:

i. Peningkatan kemiskinan dan kontroversi terhadap langkah-langkah yang


sewajarnya diambil untuk mangatasi masalah tersebut.

ii. Berkaitan dengan undang-undang bijirin (Corn Laws). Undang-undang ini


mengenakan tarif terhadap bijirin yang diimport dan secara efektif mengenakan
harga minimum terhadap bijirin yang diimport ke England dari negara-negara
luar.

2 teori yang diperkenalkan oleh Malthus

1. Teori Penduduk Malthus

• Cuba mengambilkira masalah kemiskinan dan kesengsaraan yang berlaku di


kalangan golongan kelas bawahan di setiap negara.

• Menurut beliau jumlah penduduk akan meningkat secara geometri, sedangkan


makanan bertambah secara aritmetik.cth: orang 1,2,4,8,16, makanan 1,2,3,4,5,6,7.

• 2 langkah untuk mengenalpasti makanan cukup untuk penduduk:

i. Langkah pencegahan

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


o Kawalan yang dapat mengurangkan kadar kelahiran.bentuk kawalan
yang disokong oleh malthus ialah kawalan moral.

o Orang ramai yang tidak mampu menyara anak perlu sama ada
menangguhkan perkahwinan atau tidak perlu berkahwin dan hubungan
seks sebelum berkahwin adalah larang.

ii. Langkah positif

o Kawalan yang meningkatkan kadar kematian seperti kebuluran,


kesengsaraan, wabak penyakit dan peperangan.

o Langkah-langkah pencegahan tersebut merupakan fenomena


semulajadi dan menurut malthus kawalan positif merupakan hukuman
tuhan kepada manusia yang gagal mengamalkan metod halangan
moral.

2. Teori Lebihan Pasaran

• Teori potensi kekurangan permintaan berkesan.

• Teori ini, menurut beliau mengandaikan pekerja akan menerima upah yang cukup
hidup sahaja.

• Majikan akan mengupah pekerja kerana pekerja tersebut akan mengeluarkan nilai
output yang melebihi upah yang diterima.

• Golongan pekerja tidak mampu untuk membeli balik semua output yang
dihasilkan.

• Golongan kapitalis akan membeli sebahagian sahaja dari lebihan outputdalam


bentuk modal dan kapitalis juga mempunyai kuasa untuk membeli semua lebihan
tetapi motif utama ialah untuk mengumpulkan kekayaan.

• Oleh itu wujud 2 kaedah lagi untuk mengurangkan lebihan output:

i. Keperluan terhadap penggunaan yang tidak produktif

o Perbelanjaan yang dilakukan oleh tuan tanah adalah perlu untuk


mengelakkaan masalah lebihan barangan dalam pasaran yang
mana boleh menyebabkan masalah stagnasi (stagnation) dalam
sesebuah ekonomi.

ii. Implikasi dasar

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


o Undang-undang bijirin(corn laws) mestilah dipertahankan.

o Kerana ia akan meningkatkan kekayaan tuan tanah secara langsung


akan mengalakkan penggunaan tidak produktif.

o Malthus menyokong penggunaan tidak produktif oleh tuan tanah,


termasuk mengupah sebilangan besar pembantu rumah(orang gaji),
beliau menentang lebihan penggunaan yang tidak produktif yang
dibiayai oleh kerajaan.

Penilaian Sumbangan Malthus

• Pandangan beliau telah diterima dengan baik oleh tuan tanah yang kaya raya

• Teori penduduk beliau telah membebaskan tanggung jawab golongan kaya untuk
membantu golongan miskin.

• Menentang perlaksanaan undang-undang miskin (Poor Laws).

• Mempertahankan undang-undang bijirin (corn laws) dan penggunaan yang tidak


produktif untuk menjaga kepentingan golongan tuan tanah.

• Teori malthus lebih memihak kepada golongan kaya(Tuan Tanah) dan mengabaikan
golongan miskin.

• Mengemukakan teori pulangan semakin berkurangan dalam sektor pertanian.

• Menyatakan bahawa pertumbuhan penduduk secara relatifnya meningkat lebih tinggi


berbanding dengan peningkatan sumber makanan.

• Mencipta suatu teori penduduk yang munasabah untuk menerangkan fenomena kebuluran
atau kekurangan bekalan makanan yang berlaku pada waktu itu.

• Menegaskan keperluan pertimbangan moral untuk mengawal kadar kelahiran.

KUMPULAN MARGINAL

• Bermula pada tahun 1871, tahun dimana Jevons dan Merger mencetak buku mereka yang
berpengaruh mengenai teori utiliti sut.

• Wujud kerana revolusi industri masalah ekonomi dan sosial masih tidak dapat diatasi.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Kemiskinan yang berleluasa walaupun produktiviti meningkat.

• Pengagihan kekayaan negara yang tidak adil.

• Ketidakstabilan dalam perniagaan menjejaskan banyak pihak-cth: pekerja, peladang

• Kadar kemalangan industri terus meningkat.

• Kuasa dan pengaruh majikan dalam mempengaruhi tawar menawar upah buruh dan
peningkatan pengusaha monopolistik.

Tenet-tenet utama kumpulan Marginal

1. Fokus kepada margin

• Titik perunahan di mana keputusan dibuat

2. Kelakuan ekonomi rasional

• Mengandaikan orang ramai bertindak secara rasional mengimbangkan


keseronokan dan kesakitan, mengukur utiliti sut barang berbeza, dan mengimbang
keperluan sekarang dengan masa hadapan.

• Mengandaikan dorongan dominan tindakan manusia ialah mencari utiliti dan


mengelakkan utiliti negatif.

3. Penekanan ke atas mikroekonomi

• Mengambilkira membuat keputusan individu, keadaan pasaran untuk satu jenis


barang, output firma spesifik dan lain-lain.

4. Kegunaan kaedah abstrak dan deduktif

• Menolak kaedah sejarah dan menerima pendekatan analitikal dan abstrak yang
diterokai oleh Ricardo dan ahli klasik yang lain.

5. Penekanan ke atas persaingan sempurna

• Andaian pasaran persaingan sempurna

• Pengusaha bebas, terdapatramai penjual dan pembeli, produk homogeneous, harga


seragam.

6. Teori harga berorientasi permintaan

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Permintaan menjadi tekanan utama penentuan harga

7. Penekanan ke atas utiliti subjektif

• Permintaan bergantung kepada utiliti sut

8. Pendekatan keseimbangan

• Mekanisme pasaran

9. Penyatuan tanah dan barang modal

• Meletakkan ganjaran kepada tuan tanah dengan teori bunga

• Kadar bunga ,sewa dan keuntungan merupakan pulangan ke atas sumber-sumber


harta atau kekayaan.

10. Penglibatan minimum kerajaan

• Tidak campur tangan dengan undang-undang ekonomi semulajadi

• undang-undang ekonomi semulajadi akan merealisasikan atau memaksimumkan


kepentingan sosial.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem Marginal

1. Majikan

• Penolakan idea kesatuan buruh, dan punca pengangguran adalah disebabkan


faktor upah yang terlalu tinggi.

2. Pemilik tanah

3. Orang kaya

Sumbangan berkekalan Marginal

1. Analisis ekonomi berasaskan penggunaan kaedah matematik

2. Model monopoli asas

3. Teori duopoli

4. Teori utiliti marginal berkurangan

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


5. Teori pilihan rational pengguna

6. Hukum permintaan

7. Hukum pulangan marginal utiliti berkurangan

8. Konsep hukuman pulangan mengikut skel

9. Analisis pilihan di antara masa lapang dan masa bekerja

William Stanley Jevons (1835-1882)

• Dilahirkan di Liverpool England.

• Beliau bekerja sebagai penilai kilang duit logam (mint) di Australia.

• Profesor di university college, london yang menentang idea-idea baru beliau. Sikap
prejudis ini telah menafikan pengiktirafan terhadap Jevons dalam bidang ekonomi politik.

• Menerbitkan beberapa buku mengenai logik dan manjadi profesor dalam bidang logik,
ekonomi politik dan falsafah di University of Manchester dan kemudian di University
College, London.

• Pembentukan nombor-nombor indeks.

• Beliau mencipta mesin logik.

• Mati pada umur 47 tahun disebabkan lemas berenang.

Teori-teori Jevons

1. Teori Nilai Jevons

• Nilai bergantung sepenuhnya ke atas utiliti.

• Individu perlu mengenalpasti dengan teliti natural laws untuk utiliti yang berbagai
dan utiliti yang pelbagai ini ditentukan pula oleh jumlah barangan yang dimiliki.

• Hukum permintaan dan penawaran akan menentukan pencapaian utiliti individu


berasaskan teori pertukaran.

2. Teori Utiliti Sut Semakin berkurangan

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Utiliti tidak boleh diukur secara langsung. Kepuasan yang bersifat subjektif hanya
boleh diukur menerusi pemerhatian terhadap gelagat dan keutamaan pengguna.

• Individu boleh membuat perbandingan utiliti unit setiap barang berikutnya dan
boleh membuat perbandingan utiliti sut beberapa barang

• Hukum utiliti sut semakin berkurangan Jevons menyelesaikan Paradok air dan
berlian

3. Teori Pilihan Rasional:Hukum Equimarginal

• Pengguna yang mahu, memaksimumkan utiliti akan mengagih pendapatan wang


dalam cara di mana utiliti sut ringgit terakhir dibelanjakan ke atas kesemua
komoditi adalah sama.

• Akhirnya, nisbah utiliti marginal untuk harga x dan y akan sama dan jumlah utiliti
dapat dimaksimumkan.

4. Teori Pertukaran

• mengguna prinsip memaksimumkan utilitinya untuk menerangkan untung dari


pertukaran.

• Si A hanya mempunyai daging lembu, dan Si B mempunyai jagung, utiliti bagi Si


A untuk jagung adalah tinggi, utiliti untuk Si B untuk daging adalah tinggi.maka
Si A akan menerima manfaat daripada jagung dan melepaskan daging lembu.
Utiliti yang hilang adalah lebih kecil daripada utiliti yang dapat diperoleh
daripada jagung.

• Perdagangan akan berhenti apabila titik dimana tidak ada lagi kemungkinan
mendapat untung dari pertukaran, maka itulah titik keseimbangan.

Pandangan Jevons Mengenai Buruh

o Utiliti sebagai penentu nilai pertukaran.

o Kos pengeluaran menentukan penawaran, penawaran menentukan darjah utiliti akhir ,


dan darjah akhir menentukan nilai.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


o Buruh tidak boleh menjadi pengukur nilai keranba setiap buruh mempunyai nilai berbeza.

o Rujuk ms 238 PJJ.

Perbincangan Topik-topik lain oleh Jevons

o Output per unit modal ini akan menentukan bayaran bunga atas modal.

o Jevons telah menyumbang kepada teori mengenai insurans dan perjudian.

o Beliau menggunakan teori kitaran sunspot yang mempengaruhi cuaca, yang memberi
kesan kepada saiz tumbuhan.

o Jevons telah memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan nombor indeks.

Perbincangan Jevons mengenai Polisi Awam

o Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu dikawal oleh undang-undang dan kesihatan
serta keadaan keselamatan di kilang-kilang perlu diawasi.

o Ia menyokong persatuan persahabatan dan kesatuan sekerja.

o Beliau menyokong supaya ibu yang mempunyai anak di bawah umur persekolahan
dilarang dari bekerja di kilang dan bengkel.

o Beliau tidak menyukai hospital percuma.

o Beliau menyokong prinsip Greatest-Happiness Bentham.

Francis y. Edgeworth (1845-1926)

• Dilahirkan di Ireland, belajar di Trinity College di Dubin dan University of Oxford.

• Beliau kemudiannya menduduki kursi Professor Tooke bagi Ekonom Plitik di Oxford.

• Merupakan seorang pengasas persatuan ekonomi diraja.

• Pada tahun 35 tahun, sebagai seorang presiden persatuan statistik.

• Setuju dengan pandangan Bentham bahawa pengguna berusaha untuk memaksimumkan


utiliti dari pendapatan yang terhad.

• Alat yang paling penting adalah kalkulus differential.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Ia mempopularkan kegunaan matematik di dalam disiplin ekonomi.

• 3 sumbangan beliau:

I. Mengasaskan keluk puas sama

II. Merupakan salah seorang ahli ekonomi pertama menunjukkan faktor tidak
menentu yang kita sekarang umumnya kaitkan dengan kelakuan harga oligopolis.

III. Beliau menerangkan perbezaaan di antara purata dengan sut produk.

I. Keluk Puas Sama dan Pertukaran

A
Qy

Keluk kontrak
Qx
B

• Keluk yang menunjukan berbagai kombinasi dua barang yang memberi tahap
utiliti sama kepada individu.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Keluk kontrak lokus titik tangensi dua set keluk puas sama.

• Mana-mana titik atas keluk kontrak adalah kemungkinan titik keseimbangan dan
kesudahan akhir akan berlaku melalui tawar-menawar.

• Kotak edgeworth menunjukkan untung utiliti dari pertukaran dan keluk kontrak
bagi 2 pedagang unggul bagi 2 barang.

II. Teori duopoli

Keluk kontrak

AR2 AR1

Duopolis
2 Duopolis
1

MR2 MR1

MC=0
Qm2 Q2 Q1
Qm1

Model Duopoli Edgeworth

• Edgeworth memperbaiki andaian dalam 2 cara:

i. Mengadaikan bahawa setiap penjual air mineralmempunyai kapasiti terhad


untuk menemui permintaan pengguna.

ii. Mengandaikan dalam jangka masa pendek kedua-dua penjual boleh


mengenakan harga berbeza untuk air mineral.

• Edgeworth menyatakan bahawa setiap orang penjual mencari untuk


memaksimumkan untungnya dengan mengubah harganya (output) sementara

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


mengandaikan bahawa harga (output) pihak satu lagi akan tinggal pada tahap
semasa.

• Menurut Edgeworth tiada harga atau output keseimbangan wujud dalam situasi di
mana terdapat duapolis andaian tiada pakatan antara firma.

III. Sut Lawan Produk Purata

• Edgeworth adalah orang yang membezakan secara eksplisit antara produk purata
dengan produk sut bagi fungsi engeluaran dicirikan dengan pembolehubah
proposi input.

• SUT- perubahan dalam jumlah produk apabila penambahan setiap input buruh
atau alat.

• PURATA- membahagikan jumlah produk dengan input buruh atau alat.

• Produk sut(MP) adalah perubahan dalam jumlah produk dikaitan dengan


perubahan dalam input buruh.

MP/AP

Keluk kontrak

AP
MP
Buruh
0

Hubungan antara produk sut dan produk purata

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


KUMPULAN NEO-KLASIK

Pengenalan/ latar belakang Kumpulan Neoklasik

• Perkataan “Neo” bermakna “New” atau “Baru” , dimana Neoklasik adalah Klasik Baru.

• Terdapat 3 perbezaan antara kumpulan Marginal dengan Kumpulan Neoklasik:

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


I. Pemikiran Neoklasik menekan kedua-dua permintaan dan penawaran dalam
menentukan harga-harga pasaran barang perkhidmatan dan sumber, manakala
bagi kumpulan marginalis cenderung menekan kepada permintaan sahaja.

II. Beberapa ahli ekonomi Neoklasik seperti Wicksell dan Fisher mengambil lebih
minat dalam peranan wang dalam ekonomi berbanding marginalis awal.

III. Ahli ekonomi Neoklasik memanjangkan analisis Marginal kepada struktur pasar
disamping persaingan tulin, monopoli tulin dan duopoli.

Perbezaan kumpulan Neo-klasik

• Neoklasik kumpulan kewangan(Wicksell, Fisher dan Hawtrey)

 Mementingkan peranan wang

 Menumpukan analisis secara agregat(Makro) seperti penawaran wang, jumlah


tabungan dan pelaburan, paras harga pasaran dan lain-lain.

• Neoklasik – kumpulan bukan kewangan(Marshall)

 Menganalisis isu mikro, seperti: penggunaan, tabungan, pelaburan, pendapatan


dan lain-lain pada peringkat individu.

John Gustav Knut Wicksell (1851-1926)

• Dilahirkan di Stockholm, Sweden dalam sebuah keluarga kelas pertengahan.

Sumbangan Beliau

• Ahli ekonomi yang mula-mula sekali mengemukakan pandangan bahawa sesebuah firma
pada mulanya akan mengalami pulangan bertambah mengikut skala, pulangan malar dan
pulangan berkurangan apabila firma tersebut mengembangkan saiznya.

• Membincangkan persaingan monopolistik yang kemudiannya dikembangkan oleh


Chamberlin dan Robinson pada tahun 1930an.

• Sebagai pemyumbang utama dalam bidang ekonomi kewangan:

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


I. Analisis peranan kadar bunga dalam mencapai keseimbangan paras harga atau
menjana pergerakan kumulatif inflasi dan deflasi.

II. Mengiktiraf potensi sumbangan kerajaan dan bank pusat dalam usaha mengekang
atau mengawal kestabilan harga.

III. Mengemukakan pandangan awal berkenaan dengan pendekatan tabungan-


pelaburan untuk keseimbangan makroekonomi.

• Telah mengemukakan suatu sintesis mengenai teori kewangan, teori kitaran perniagaan,
pembiayaan awam dan teori harga dalam satu sistem.

Teori Perubahan Paras Harga-Wicksell

• Mengapakah harga secara koletifnya mengalami turun naik?

• Kadar bunga normal atau semulajadi bergantung kepada penawaran dan permintaan
terhadap modal benar yang belum lagi sedia untuk dilaburkan.

• Oleh kerana bank boleh mencipta kredit mereka boleh menambahkan pemberian
pinjaman walaupun pada kadar bunga yang rendah. Oleh itu, kadar bunga bank mungkin
lebih tinggi berbanding dengan kadar bunga semulajadi.

• Kes 1: Kadar Bunga Bank < Kadar Bunga Semulajadi

 Tabungan berkurang, permintaan terhadap barang dan perkhidmatan meningkat,


pengusaha akan meningkatkan pelaburan modal kerana menjangkakan perolehan
untung bersih yang lebih tinggi(sebab kos pinjam menurun), maka pendapatan
orang ramai bertambah, kesannya harga barangan meningkat.dengan andaian
ekonomi mencapai GTP.

• Kes 2: Kadar Bunga Bank > Kadar Bunga Semulajadi

 Tabungan meningkat, perbelanjaan pelaburan menurun, menjatuhkan pendapatan


negara, kejatuhan harga barangan pengguna.

• Beliau lebih menitikberatkan peranan kerajaan dan bank pusat untuk mengawal
kestabilan ekonomi.

• Beliau menyatakan bahawa penyebab utama turun naik kitaran ekonomi ialah
perkembangan teknologi dan perdagangan yang tidak selari dengan kemajuan dalam
peningkatan keperluan terutamanya peningkatan penduduk.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Untuk menghapuskan kesan negatif kitaran perniagaan, beliau mencadangkan bank
perlulah mengenakan suatu tingkat kadar bunga yang mana kadar bunga tersebut tidak
akan menyebabkan paras harga terlalu tinggi atau terlalu rendah.

• Bank perlulah mengenakan suatu tingkat kadar bunga yang sama dengan kadar bunga
semulajadi.

Irving Fisher (1867-1947)

• Merupakan pakar matematik dari Yale dan kemudiannya menjadi pakar ekonomi.

Teori kadar bunga- Fisher

• Membincangkan bagaimana kadar bunga ditentukan.

• Mengikut beliau 2 faktor yang perlu ada untuk mengukuhkan peranan kadar bunga iaitu
impatient rate dan kadar peluang pelaburan (investment opportunity rate).

• Impatient rate merujuk kepada kesanggupan masyarakat untuk menangguhkan


penggunaan kini, bagi membolehkan pengguna tersebut mengguna pada masa hadapan.

• Nilai penggunna masa depan yang sanggup digantikan dengan penggunaan kini
bergantung kepada setakat mana individu itu besikap impatient.

• Faktor kedua adalah kadar peluang pelaburan.

• Kadar peluang pelaburan ditentukan oleh faktor benar.

• Masyarakat akan mengurangkan sebahagian daripada penggunaaan kini untuk


meningkatkan pelaburan dan memperolehi penggunaan masa depan yang lebih banyak.

• Mengikut fisher, semakin banyak kita melabur dan menangguhkan kegembiraan pada
masa kini, maka semakin rendahlah kadar peluang pelaburan tetapi semakin tinggilah
kadar impatient.

• Keseimbangan kadar bunga akan tercapai apabila kadar pulangan pelaburan dan kadar
yang mana masyarakat sanggup manggantikan penggunaan kini untuk penggunaan masa
depan adalah sama.

• Kadar bunga bergantung kepada 2 faktor:

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


I. Keupayaan teknologi masyarakat untuk memperolehi penggunaan masa depan
yang lebih baik dengan diberi penggunaan kini.

II. Kesanggupan masyarakat untuk menggantikan penggunaan masa kini dengan


penggunaan masa depan.

Investment rate
Impatient rate

Pelaburan Penggunaa
n

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Teori kuantiti wang – Fisher

• Berasaskan kepada persamaan pertukaran.

• 5 faktor utama yang menentukan kuasa membeli wang atau mempengaruhi harga:

I. Jumlah mata wang dalam edaran(M)

II. Halaju mata wang dalam edaran(V)

III. Jumlah deposit dalam bank(M’)

IV. Halaju deposit dalam bank(V’)

V. Jumlah perdagangan/transaksi(T)

• Mengandaikan M’ yang dipegang oleh orang ramai adalah tetap, maka secara langsungV’
juga adalah konstan, terdapat 2 alasan yang boleh menjelaskan M’ dan V’ konstan:

I. Nisbah rizab bank terhadap deposit adalah tetap.

II. Individu, firma dan perbadanan akan cuba mempertahankan nisbah yang stabil
antara mata wang dengan baki deposit.

• Oleh itu, boleh dikatakan teori kuantiti wang secara umumnya adalah:

MV=PT

• Fisher mengandaikan halaju dalam edaran(V) dan jumlah perdagangan(T) adalah


konstan. Beliau bersetuju bahawa kedua-dua pemboleh ubah tersebut mengalami turun

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


naik akibat daripada kitaran perniagaan, tetapi selalunya cenderung kembali semula
kepada tahap keseimbangan.

• Nilai kuantiti barang(T) juga cenderung berada di tahap keseimbangan guna tenaga
penuh, kerana jika wujud masalah pengangguran, peningkatan penawaran wang(M) akan
meningkatkan T dan juga P.

• Menurut Fisher, dalam jangka pendek, keadaan ekonomi yang mencapai tingkat guna
tenaga penuh, kuantiti mata wang dalam edaran biasanya menentukan paras harga. Kesan
biasa akibat peningkatan kuantiti wang akan meningkatkan paras harga umum secara
berkadaran.

• Peningkatan amaun tunai dalam ekonomi akan menganggu nisbah optimum,


menyebabkan individu mengubah semula nisbah tunai terhadap perbelanjaan dengan cara
meningkatkan perbelanjaan.

KUMPULAN INSTITUSI

Pengenalan/ latar belakang Kumpulan Institusi

• Kumpulan pemikiran dari Amerika Syarikat yang bermula sekitar 1900 dan berterusan
hingga kini.

• Pada penghujung abad ke 19, muncul ramai ahli politik dan ekonomi alam sekitar
Amerika yang telah mempersoalkan ekonomi Neo-klasik daripada segi andaian dan
rumusan teori.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Isu campur tangan kerajaan yang minimum dalam ekonomi menurut neoklasik akan
menghasilkan kebajikan sosial yang maksimum telah mula dipersoalkan serta
dipertikaikan.

• Masalah monopoli perniagaan, kemiskinan, kemelesetan ekonomi dan pembaziran serta


kebajikan sosial pekerja yang tidak berbela.

• 2 kaedah telah dikenalpasti digunakan untuk mencapai perubahan sosial:

I. Menyusun masyarakat agar seiring dengan aliran sosialis

II. Melakukan reformasi sosial terhadap sistem kapitalis melalui campurtangan


kerajaan dalam ekonomi.

Tenet-tenet utama Kumpulan Institusi

1. Perspektif yang luas

• Ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh tidak hanya menilai sebahagian kecil
entiti daripada keseluruhan.

• Ekonomi adalah suatu sistem yang kompleks dan saling bergantungan antara satu
entiti dengan entiti yang lain.

2. Menumpukan kepada institusi

• Menekankan kepentingan peranan institusi dalam perkembangan ekonomi.

• Institusi merupakan satu entiti yang diuruskan oleh sekumpulan manusia, telah
berkembang dengan baik serta diterima sebagai salah satu bahagian dalam
masyarakat dan budaya.

• Menekankan gelagat sekumpulan manusia dalam sesuatu institusi dan tidak


melihat secara individu.

• Lebih menekankan analisis dan reformasikan institusi kredit, institusi yang


bersifat monopoli, pengurusan perhubungan buruh, agihan pendapatan dan
sebagainya.

• Menyokong perancangan ekonomi dan usaha menyederhanakan ayunan pusingan


perniagaan.

3. Pendekatan evolusi Darwin

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Menyokong penggunaan pendekatan evolusi dan menolak pendekatan statik
dalam analisis ekonomi, kerana masyarakat dan institusi sering berubah.

• Fungsi-fungsi dan evolusi yang berlaku dalam institusi ekonomi perlu ,menjadi
fokus utama dalam menganalisis sistem ekonomi.

• Pendekatan evolusi ini memerlukan pengetahuan yang meluas bukan sahaja


dalam bidang ekonomi tetapi juga bidang-bidang lain seperti sejarah, antropologi
budaya, sains politik, sosiologi, falsafah, dan psikologi.

• Mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah ekonomi dengan mengambilkira


masa dan tempat.

4. Menolak idea keseimbangan normal (normal equilibrium)

• Menekankan prinsip cirsular causation atau perubahan kumulatif dalam


mencapai matlamat-matlamat ekonomi dan sosial.

• Ekonomi tidak semestinya berada dalam GTP , dan ekonomi terdedah kepada
kitaran perniagaan.

• Institusi yakin kawalan kerajaan secara kolektif diperlukan untuk memperbaiki


dan mengatasi kekurangan dan juga mengatasi segala masalah termasuklah
masalah ketidakefisyenan dan ketidaktentuan dalam ekonomi.

5. Perbezaan keutamaan (crash interest)

• Berbeza dengan idea harmoni of interest, institusi telah mengenalpasti wujud


perbezaan ketara dalam kepentingan manusia.

• Manusia adalah mahkluk yang bersifat kolektif dan bekerjasama dalam


kumpulan-kumpulan yang teratur dan terancang untuk mutual self-interest ahli-
ahli.

• Clash of interest berlaku, contohnya pengguna dengan pengeluar, pekerja dengan


majikan, pengeluar produk dengan firma kredit.

• Kerajaan yang neutral diperlukan untuk menyelesaikan clashing interest.

6. Reformasi berbentuk liberal dan demokratik

• Diperlukan untuk memastikan pengagihan pendapatan dan kekayaan negara


secara lebih adil dapat dilaksanakan.

• Sistem laissez-faire dikritik punca ketidakadilan kebajikan sosial.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Menyokong peranan kerajaan yang lebih menyeluruh dalam aktiviti ekonomi dan
sosial.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem institusi

• Kepentingan golongan kelas pertengahan seperti petani, peniaga-peniaga kecil dan buruh.

• Idea-idea institusi juga menarik minat golongan pekerja kerajaan, reformers,


humanitarians, pemimpin organisasi pengguna dan ahli-ahli kesatuan pekerja.

Thorsten Bunde Veblen (1857-1929)

• The Leisure Class Theory(golongan kelas atasan)

I. Penggunaan bersifat menunjuk-nunjuk (conspicuous consumption)

o Golongan kaya mengumpul kekayaan tanpa perlu bekerja kuat(Warisan).

o Golongan kaya juga berbelanja mewah tanpa mengambil kira kehendak


fizikal, spiritual, esthetic dan intelektual.

o Perbelanjaan golongan kaya lebih kepada mempamerkan kekayaan, untuk


menunjukkan kuasa, perstij, penghormatan dan lambang kejayaan.

o Untuk mengekalkan reputasi baik dikalangan masyarakat, golongan ini


perlu membazir dalam penggunaan mereka.

o Wanita sebagai penunjuk kekayaan golongan lelaki, seperti berpakaian


jenama, barang kemas dan lain-lain.

o Golongan ini hanya menghabiskan masa dalam menpamerkan kekayaan


mereka malah menghabiskan masa lapang dan hidup mereka hanya
menggunakan barangan mewah tanpa memikirkan untuk membuat
sebarang pekerjaan yang berfaedah.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


II. Kecenderungan untuk mengelak daripada melakukan pekerjaan yang berfaedah.

o Mengelakkan untuk daripada melakukan pekerjaan yang berfaedah dan


produktif untuk mengekalkan reputasi mereka

o Mereka juga bertindak secara kekerasan serta menipu untuk mengekalkan


kuasaan mereka.

o Kebanyakkan terlibat dalam bidang perniagaan, sukan dan permainan.

III. Konservatism

o Golongan jaya juga sering menolak perubahan sosial yang boleh


menjejaskan kedudukan dan keistimewaan mereka.

o Mereka menganggap sebarang perubahan pada masa depan adalah


menyalahi kepercayaan mereka dalam sesebuah institusi.

o Kumpulan yang konservatif terhadap sebarang perkembangan semasa.

Kritikan Velben terhadap Neo-klasik

• Mengandaikan pengguna adalah raja dan segala penentuan dalam pasaran barangan atau
perkhidmatan ditentukan semata-mata oleh pengguna adalah tidak tepat. Menurut Velben
sebahagian besar perbelanjaan pengguna adalah terarah kepada berangan berprestij serta
mewah yang bertujuan untuk menunjukkan kemewahan dan mempertahan status masing-
masing, maka kerajaan perlu campurtangan dalam pasaran bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya penggunaan barangan yang membazir oleh setiap pengguna.

• Kritik Neo-Klasik yang mempertahankan kaedah-kaedah yang telah mereka gunakan


dalam mengagihkan kekayaan dan pendapatan. Menurut Velben, mereka lebih memberi
perhatian kepada pemilikan kekayaan dan pendapatan oleh sektor swasta.

• Sistem pasaran sempurna adalah tidak tepat, kerana realitinya pasaran adalah dalam
bentuk monopolistik, ini menyebabkan kabajikan pengguna akan terjejas.

Wesley Clair Mitchell (1874-1948)

• Merupakan anak murud Veblen yang paling bijak.

• Perbincangan isu kitaran perniagaan dan sumbangan beliau kepada institulism adalah
pembuktian sesuatu isu adalah melalui penyelidikan empirik.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Ekonomi adalah merupakan satu disiplin yang membincangkan sains kelakuan manusia.

• Masa depan disiplin ini adalah bergantung kepada perkembangan penyelidikan bidang
tersebut dan pengucupan dalam aspek teori.

• Kajian Mitchell berkenaan Kitaran Perniagaan (Business cycle), mendapatkan rumusan


bahawa:

 Turun naik dalam perniagaan berlaku dalam keadaan money economic. Krisis
dan kejatuhan ekonomi bukan merupakan satu penyakit sistem kapitalis, tetapi
lebih kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat.

 Kitaran perniagaan adalah tersebar luas dalam ekonomi, dalam ekonomi


terdapat banyak syarikat-syarikat perniagaan dan ia saling bergantungan
antara satu sama lain.

 Turun naik kitaran perniagaan bergantung kepada jangkaan keuntungan di


masa depan. Jangkaan keuntungan masa depan lebih signifikan
mempengaruhi syarikat-syarikat perniagaan untuk terus mencari keuntungan
berbanding pengaruh prestasi keuntungan atau kerugian syarikat di masa
silam. Jangkaan keuntungan di masa depan juga adalah penentu kepada
perkembangan ekonomi sesebuah negara. Kesannya, kegiatan pelaburan akan
berlaku dengan pesat dan ia adalah bergantung kepada jangkaan keuntungan
yang dibuat oleh syarikat.

 Turun naik dalam perniagaan adalah didorong oleh faktor ekonomi itu sendiri
dan ia berlaku secara sistematik.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


KUMPULAN KEBAJIKAN

• Ekonomi kebajikan adalah merupakan salah satu cabang daripada ilmu analisis ekonomi
yang menitikberatkan prinsip serta kaedah untuk memaksimumkan kehidupan sosial
sesebuah masyarakat.

• Idea asas adalah sumber dan faktor pengeluaran adalah terhad tetapi kehendak manusia
yang tidak terhad.

• Menganalisis bagaimana caranya untuk mencapai tingkat kebajikan yang maksimum dan
mengenalpasti faktor-faktor penghalang pencapaian kebajikan maksimum dan langkah-
langkah untuk mengatasinya.

Vilfredo Pareto (1848-1923)

• Parato telah dilahirkan di Paris dan telah memegang “kerusi Ekonomi” di University of
Lausanne, Switzerland.

• Idea-idea utama Pareto telah diterjemahkan dalam karyanya Manual of Political


Economy (1906).

• Peranan penting Pareto ialah menperhalusi analisis keluk puas sama oleh Edgeworth.

• Beliau cuba mengelakkan masalah mengukur dan membandingkan utiliti di antara


individu dengan menghasilkan peta puas sama yang menunjukkan berbagai tingkat
ophelimity atau kepuasan individu.

Pareto Optimum

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


A
Qy

Keluk kontrak
Qx
B

• Memaksimumkan kebajikan menurut Pareto berlaku apabila pada titik keseimbangan


tersebut, tiada lagi perubahan yang boleh menyebabkan keadaan seseorang lebih baik dan
dalam masa yang sama menyebabkan orang lain berkeadaan tidak baik.

• Masyarakat tidak boleh mengagihkan semula peruntukan sumber atau barangan serta
perkhidmatan dalam satu keadaan cuba membaiki kedudukan orang tertentu tanpa
memburukkan keadaan orang lain.

• Implikasi Pareto optimum:

I. Berlaku pengagihan barang yang optimum di kalangan pengguna.

 Agihan optimum adalah satu keadaan yang memberi kebajikan yang maksimum
kepada pengguna A dan pengguna B.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


 Optimum apabila kadar penggantian sut antara barang x dan y oleh individu A dan
B adalah sama.

 Mengambarkan jumlah maksimum barang yang boleh dinikmati oleh A dan B,


pertambahan barangan yang dinikmati tidak dapat ditambahkan lagi tanpa
menjadikan orang lain worse off.

II. Wujud satu tingkat optimum dalam alokasi teknikal dalam sumber.

 Agihan sumber yang produktif secara optimum berlaku apabila kadar penggantian
teknik sut(MRTS) antara buruh dan modal dalam pengeluaran barangan x dan y
adalah sama.

 Mengambarkan jumlah maksimum barang yang boleh dikeluarkan tanpa


mengurangkan pengeluaran barang lain.

III. Tingkat kuantiti output yang optimum.

 Optimum apabila pengeluaran dan agihan mencapai tingkat keseimbangan dimana


kadar penggantian teknik sut barang x kepada barang y adalah sama dengan kadar
penggantian teknik sut barang y kepada barang x.

 Maka sebarang perubahan titik keseimbangan akan menyebabkan seserang akan


berada dalam kebajikan yang tinggi tetapi di masa yang sama menjatuhkan
kebajikan pihak lain.

Kritikan-kritikan terhadap teori kebajikan Pareto

I. Gagal untuk menerangkan isu keadilan dalam pengagihan atau agihan pendapatan
yanng saksama dalam masyarakat.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


II. Sekiranya negara mengamalkan perdagangan bebas maka akan wujud kesan
negatif iaitu menjejaskan pengeluar tempatan, selain itu, sekiranya negara
membenarkan kemasukan buruh asing daripada luar akan menyebabkan kesan
negatif kepada buruh domestik. Maka, patutkah kerajaan membenarkan
perdagangan bebas dan kemasukan buruh?

III. Pareto hanya melihat kesan jangka masa pendek yang lebih bersifat statik,
sedangkan dalam jangka masa panjang lebih bersifat dinamik.

IV. Aspek pertimbangan moral perlu diambilkira dalam ekonomi yang sebenarnya
telah diabaikan dalam penentuan kriteria Pareto.

Arthur Cecil Pigou (1877-1959)

• Merupakan pemegang kerusi ekonomi politik di University Cambridge pada tahun 1908,
sehingga bersara pada tahun 1943.

• \menurut beliau, kerajaan perlu terlibat dalam ekonomi terutamanya dalam membaiki
kegagalan sistem pasaran dalam menangani masalah sosial.

• Dalam buku beliau “The Economics Od Welfare” menekankan teori asas untuk kerajaan
bertindak bagi memperluaskan konsep kebajikan.

• Antara sumbangan Pigou dalam ekonomi kebajikan termasuklan kajian beliau dalam
pengagihan semula pendapatan dan perbezaan antara kos sosial dan kos persendirian
diskriminasi harga dan melihat kesan Pigou atau dikenali sebagai Pigou Effect.

Perbezaan Antara Kos Serta Faedah Sosial Dan Persendirian (Pigou)

• Kos Sut Persendirian(KSP) barang atau perkhidmatan adalah perbelanjaan kepada


pengeluar yang berlaku bagi setiap perubahan satu unit pengeluaran.

• Kos Sut Sosial(KSS) adalah perbelanjaan atau kerosakan yang berlaku kepada
masyarakat akibat pengeluaran output oleh firma.

• Faedah Sut Persendirian(FSP) pula diukur pada harga jualan output manakala Faedah
Sut Sosial(FSS) adalah jumlah faedah yang didapati oleh masyarakat akibat pertambahan
pengeluaran outputoleh firma tersebut.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Terhadap Eksternaliti

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Harga
Skss

Sksp

Kuantiti Perkhidmatan kereta api


P
Rajah 1

Dfss=D
fsp

Kuant
Q1 Q2 iti

Harga
Skss=Sk
sp
Kuantiti Pokok Yang Ditanam

Rajah 2
P

Dfss

Dfsp

Kuant
Q1 iti
Q2

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Rajah 1

• Rajah 1 menyatakan bahawa projek membina kereta api, jika tanpa campur tangan
kerajaan, pasaran akan menentukan kuantiti dan harga keseimbangan.

• Keseimbangan dicapai di titik apabila Sksp=Dskp pada kuantiti kereta api di Q1 dan
harga keseimbangan di P. Walaubagaimanapun wujud eksternaliti luaran negatif bagi
pihak lain.

• Andaikan wujud campur tangan kerajaan, maka kerajaan akan melaksanakan pelbagai
dasar seperti cukai, untuk mengurangkan kuantiti kereta api yang disediakan sehingga di
Q2 iaitu apabila Skss=Dkss. Dalam keadaan ini, jumlah faedah yang diperolehi oleh
sosial adalah sama dengan kos sosial. Penambahan satu kuantiti akan meningkatkan kos
sosial melebihi faedah sosial. Oleh itu, titik tersebut adalah keseimbangan.

Rajah 2

• Rajah 2 menyatakan bahawa projek menanam pokok, jika tanpa campur tangan kerajaan,
pasaran akan menentukan kuantiti dan harga keseimbangan.

• Keseimbangan dicapai di titik apabila Sksp=Dskp pada kuantiti tanaman di Q1 dan harga
keseimbangan di P. Walaubagaimanapun wujud eksternaliti luaran positif bagi pihak lain.

• Andaikan wujud campur tangan kerajaan, maka kerajaan akan melaksanakan pelbagai
dasar seperti subsidi, untuk mengalakkan kuantiti tanaman yang ditanam sehingga di Q2
iaitu apabila Skss=Dkss. Dalam keadaan ini, jumlah faedah yang diperolehi oleh sosial
adalah sama dengan kos sosial. Penambahan satu kuantiti akan meningkatkan kos sosial
melebihi faedah sosial. Oleh itu, titik tersebut adalah keseimbangan

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


KUMPULAN KEYNESIAN

• Berakar umbi dari pengaruh pemikiran/idea makroekonomi

• Berakar oleh peningkatan kebimbangan terhadap penurunan kadar pertumbuhan,


antaranya:

I. Penurunan pertumbuhan pelaburan swasta(selepas World War 1)

II. Penurunan kadar pertumbuhan populasi

III. Sebahagian besar dunia telah dijajah

IV. Pengeluaran mengatasi penggunaan

V. Tiada inovasi baru untuk merangsang pelaburan modal lebih besar.

VI. Ciptaan teknologi baru terhenti

• Dasar-dasar ekonomi Keynesian disokong dan diterima pakai terutamanya selepas


bermulanya Great Depression pada awal 1930-an.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Keynesian telah menyediakan kerangka kerja (framework) secara analitikan dengan
menginteraksi semua idea-idea makroekonomi dan memulakan apa yang dinamakan
“revolusi Keynesian”.

Tenet-tenet Utama Kumpulan Keynesian

1. Penekanan terhadap makroekonomi

• Lebih melibatkan diri dalam penentuan amaun total atau agregat kepada
penggunaan, tabungan, pendapatan, pengeluaran, dan guna tenaga.

2. Orientasi permintaan

• Menekankan kepentingan permintaan efektif (perbelanjaan agregat) sebagai


penentu segera kepada pendapat negara, pengeluaran, dan guna tenaga .

• Firma-firma secara keseluruhannya sama-sama mengeluarkan tahap pengeluaran


benar yang mereka jangka boleh dijual

• Apabila barang yang tidak habis dijual bertambah, firma mengurangkan


gunatenaga dan pengeluaran.

• Dengan itu, permintaan efektif, menentukan pengeluaran benar ekonomi, di mana


dalam beberapa kes kurang dari tahap pengeluaran yang akan wujud jika terdapat
gunatenaga penuh.

3. Ketidakstabilan ekonomi

• Ekonomi mangalami suasana melambung dan merosot kerana tahap perbelanjaan


pelaburan terancang tidak menentu.

• Perubahan perancangan perbelanjaan menyebabkan pendapatan negara dan


pengeluaran untuk berubah dengan amaun lebih besar dari perubahan asal
pelaburan.

• Jangkaan kadar untung dari pelaburan baru tidak stabil dan dengan itu merupakan
salah satu sebab turun naik perniagaan.

4. Ketegaran harga dan upah

• Harga cenderung menjadi tidak fleksible ke bawah kerana faktor-faktor institusi,


seperti kontrak union, undang-undang upah minimum, kontrak implisit
menyebabkan harga adalah tegar ke bawah.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


5. Dasar kewangan dan fiskal yang aktif

• Campur tangan kerajaan yang aktif melalui polisi fiskal dan kewangan
bersesuaian untuk mempromosi gunatenaga penuh, kestabilan harga dan
pertumbuhan ekonomi.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem keynesian

I. Pekerja

• Peningkatan perbelanjaan agregat menjadikan pasaran buruh lebih ketat dan


membolehkan perundingan dilakukan antara majikan dan kesatuan untuk
penstrukturan upah dan keadaan kerja lebih baik.

II. Firma

• Faedah dari pemberian kontrak-kontrak kerajaan dan langkah kerajaan


merangsang pemulihan ekonomi.

III. Golongan reformer dan intelectual

• Faedah peningkatan peluang guna tenaga dalam perkhidmatan kerajaan.

IV. Petani

• Perbelanjaan kerajaan untuk aktiviti pertanian serta dasar kewangan dan kadar
bunga yang lebih rendah akan merangsang aktiviti pertanian.

V. Pengguna

• Pengurangan cukai bagi mendorong peningkatan permintaan dan pertumbuhan


ekonomi.

John Maynard Keynes (1883-1946)

 Diantara guru-guru Keynes di Cambridge adalah Marshall dan Pigou.

 Ia merupakan pengerusi jemaah syarikat insurans nyawa menyumbang tenaga sebagai


director beberapa syarikat dan ahli jemaah pengurus Bank of England.

 Bertugas sebagai seorang pengurus kewangan (financier)

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


 Merupakan wakil Perbendaharaan British di Persidangan keamanan selepas Perang Dunia
1 dengan kuasa berucap bagi pihak menteri kewangan.

 Mencetak buku berjudul “The End of Laissez Faire” di mana beliau menyatakan bahawa
“The Evils of the day were the fruits of risk, uncertainty, and ignorance.

Sistem Keynesian

1. Fungsi penggunaan

 Terdapat hubungan positif di antara penggunaan (C) dan pendapatan negara (Y)
iaitu: C= f(Y)

 Nisbah perubahan penggunaan kepada perubahan pendapatan kecenderungan


menguna sut (MPC) ialah positif dan kurang dari satu: MPC = ∆C/ ∆Y

 Disebabkan tabungan juga meningkat apabila pendapatan meningkat, oleh itu


wujud fungsi : S = f(Y)

 Kecenderungan menabung sut(MPS) adalah lebih besar dari sifar dan kurang dari
satu: MPS= ∆S/∆Y

2. Pelaburan

 Keynes mendefinisikan Pelaburan ekonomi sebagai pembelian barang modal.

 Pelaburan kewangan meliputi pembelian saham, bon, dan instrumen kewangan


lain.

 Pelaburan kewangan bukan satu pelaburan kerana bukan merupakan pembelian


barangan modal secara langsung.

 Alat kewangan hanyalah satu alat penyimpan alternatif kepada tabungan orang
ramai.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


 Bagaimanakeputusan melabur di buat? Terdapat 2 cara:

I. Jangkaan pelaburan baru akan meningkatkan keuntungan

o Produktiviti modal bertambah, harga output meningkat,


mengurangan kos upah dan lain akan mendorng pelaburan.

II. Harga penawaran atau kos penggantian sesuatu aset

o Harga penawaran sesuatu modal

o Kecekapan marginal modal (KMM) sama dengan kadar diskaun


yang menjadikan nilai kini untuk satu siri jangkaan pulangan sama
dengan harga penawaran untuk aset modal.

o + + ………..+

 Ks=harga penawaran modal


 R= jangkaan pulangan untuk tahun tertentu
 r = kecekapan marginal modal (KMM)
 KMM- Produktiviti marginal sebagai peratusan kpd kos asal
kadarbun barangan modal dianggarkan untuk selama tempoh pelaburan
ga modal dan didiskaunkan untuk sebarang ketidaktentuan dan
masa hadapan. / jangkaan kadar keuntungan untuk pelaburan
baru.
 Pelaburan akan dibuat hingga dimana KMM sama dengan kadar
I= bunga(kos pinjaman dana)
i f(i)  Jika kadar faedah pasaran adalah i maka pelaburan adalah I dan
, bagi pelaburan hingga I1, keefisyenan sut modalnya melebihi
kos pinjaman, sementara bagi kesemua pelaburan melebihi I1
kos pinjaman melebihi keefisyenan sut modal.
I  Oleh itu, keseimbangan dicapai di I1 dengan apabila kadar bunga
di i.
I1

3. Keutamaan Kecairan

 Keutamaan kecairan bergantung di atas tiga motif memegang wang dan ketidak
sanggupan berpisah darinya:

I. Urusniaga

II. Awasan

III. Spekulasi

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


 Motif memegang wang boleh ditunjuk sebagai keluk permintaan wang (L). Keluk
mencerun kebawah menunjukkan bahawa orang ramai akan memegang lebih
banyak wang tunai pada kadar bunga lebih rendah.

 Kadar bunga rendah, jangkaan kadar bunga akan meningkat, maka harga bon
dijangka menurun, orang ramai lebih memegang wang, dan sebaliknya.

 Penawaran wang tunai ditentukan oleh BNM, oleh itu, keluk berbentuk tak anjal
sempurna.

Kadar
faedah Ms

L / Md
Qm
M1

 Sebagai rumusan, tahap pelaburan dalam ekonomi bergantung atas interaksi


keefisyenan sut modal yang mendefinisikan keluk permintaan pelaburan dan
kadar bunga pasaran.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Polisi untuk mempromosikan guna tenaga penuh dan kestabilan

• Terdapat 3 cara:

1. Kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan agregat, dengan merangsang pusat


pelaburan swasta di masa kemelesetan dengan memaksa kadar bunga diturunkan
yang boleh dicapai melalui polisi bank pusat.

2. Mengadakan dasar fiskal mengembang.

3. Mengamalkan belanjawan defisit.

Kritikan terhadap Keynes

• Pemikiran statik jangka masa pendek Keynes membawanya untuk membesar-


besarkan trend kearah stagnasi sekular.

• Keynes tersalah jangka mengenai kemungkinan perubahan teknologi dan


pelaburan model baru yang akan berlaku.

• Keynes terlalu sempit dan provincal dalam aspek space dan masa

• Beliau terlalu mudah menerima pembaziran perbelanjaan kerajaan.

Alvin Hicks Hansen (1887-1975)

Keseimbangan IS-LM

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Kadar Bunga LM

IS

Pendapata
n

• Keseimbangan kadar bunga dan trahap pendapatan ditentukan di mana keluk IS bersilang
dengan Keluk LM .

• Ini adalah hanya kombinasi bunga dan pendapatan di mana kedua-dua pasaran barang
dan wang berada di dalam keseimbangan.

• Hansen telah menunjukkan adalah mudah untuk menambahkan perbelanjaan kerajaan


dan cukai kepada model IS-LM dan menggunakannya untuk menganalisis kadar bunga
dan kesan pendapatan bagi alternatif polisi fiskal dan kewangan.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Dasar fiskal mengembang atau menguncup akan menyebabkan perpindahan keluk IS

• Dasar kewangan pulan akan menganjakkan keluk LM sama ada ke kiri atau ke kanan.

Tesis Stagnasi

• Hansen berkongsi kerungsingan keynes bahawa perbelanjaan pelaburan akan semakin


menjadi tidak mencukupi untuk ekonomi mencapai potensi buruh penuh.

• Beliau memberi alasan bahawa kapasiti produktiviti ekonomi meningkat dengan


penambahan modal baru dan penggunaan teknologi lebih baik.

• Perbelanjaan pelaburan baru mesti bertumbuh, jika tidak akan menyebabkan tahap benar
output ekonomi jatuh dibawah potensinya.

• Mengikut Hansen adalah tidak mungkin perbelanjaan pelaburan akan mengembang


secukupnya dari satu tahun ke satu tahun di sepanjang dekad untuk memastikan ekonomi
beroperasi penuh dan bertumbuh pada kadar selesa.

• Hansen percaya bahawa kerajaan boleh mengatasi kecenderungan terhadap stagnasi


sekular melalui kewangan kompensatari.

• Dalam kata lain, perbelanjaan kerajaan boleh kompensate untuk pelaburan yang tidak
mencukupi dan mengisi ruang antara permintaan sektor swasta dan potensi output
(pendapatan).

Paul A. Samuelson (1915-)

• Dilahirkan di Chicago

• Belajar di universiti Chicago dan Harvad

• Dianugerah Nobel Praze pada tahun 1970.

• Menerbitkan buku teks pengenalan economics , dan buku ini menjadi inivasi dalam
pengajaran mikro dan makroekonomi.

• Menerbitkan pelbagai artikel yang merangkumi pelbagai topik seperti: teori kelakuan
pengguna, linear programming, sejarah teori ekonomi, ekonomi kebajikan, teori
perbelanjaan awam dan lain-lain.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Sumbangan beliau

1. Interaksi Pengganda-Pencepat

• Mengkaji interaksi antara prinsip pengganda dan pencepat.

• Interaksi ini menjadi salah satu asas teori kitaran perniagaan moden.

• Beliau berdebat bahawa turun naik output dan harga barang modal adalah lebih
besar dari barang penggunaan yang mereka keluarkan.

• Perubahan pendapatan(penggunaan) akan bergantung di atas saiz kecenderungan


mengguna sut(MPC) dan saiz keefisyenan pencepat.

• MPC menentukan pengganda, dan pengganda adalah perubahan perbelanjaan


pelaburan disebabkan oleh perubahan kadar pertumbuhan pendapatan.

• Samuelson menunjuk bahawa, bergantung ke atas nilai pengganda dan pencepat


dan sama ada atau tidak peningkatan pelaburan berterusan.

2. Algebra Mudah Penentu Pendapatan

• Y=C+I+G+X-M

• Nisbah peningkatan mereka kepada peningkatan pendapatan adalah


kecenderungan mengguna sut(MPC), kecenderungan mencukai sut dan
kecenderungan mengimport sut.

3. Teori perbelanjaan Awam

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


Harga
S

Pt

P
b
P
a
D

Da
Db
Kuant
Q iti
1

• Barang awam adalah sesuatu yang memasuki utiliti dua atau lebih orang.

• Kaedahnya tidak boleh dibahagikan, kos marginal adalah sifar apabila penambahan
pengguna terhadapnya.

• Andaikan terdapat 2 orang dalam negara, penyediaan barang awam pada tingkat Q,
jumlah kos akan ditanggung oleh kedua-dua prang tersebut, iaitu masing-masing Pa
dan Pb.

• Kuantiti optimum dicapai apabila D=S pada harga (kos penyediaan) di Pt dan kuantiti
yang disediakan di Q.

• Q adalah optimum kerana faedah sosial sut adalah sama dengan kos sosial sut.

KUMPULAN CHICAGO

• Bermula pada tahun 1946 apabila Milton Friedman memasuki Universiti Chicago.

• Tenet-tenet kumpulan ini berada dalam sempadan pemikiran dan idea-idea kumpulan
klasik-neoklasik.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Namun begitu Chicago memberikan perspektif yang berbeza dan kerana itu kumpulan ini
turut digelar sebagai “Klasik Baru”

• Idea Chicago diasaskan bertitik tolak dari perkembangan aliran pemikiran ekonomi
semenjak zaman Marshall yang menekankan kepada pembabitan kerajaan secara lebih
aktif dalam ekonomi.

Tenet-tenet Utama Kumpulan Chicago

1. Kelakuan Optimum

• Menekankan prinsip neo klasik bahawan orang ramai cuba memaksimumkan


kebajikan mereka.

• Orang ramai terlibat dengan gelagat pengoptimum pada masa membuat


keputusan.

• Individu adalah unit asas ekonomi yang akan bergabung membentuk unit-unit
yang lebih besar seperti keluargam kumpulan politik dll.

• Keutamaan individu adalah stabil dan tidak bergantung kepada pengaruh harga.

• Individu membuat pilihan rational.

• Pengguna, pekerja dan firma akan bertindakbalas terhadap insentif dan


disinsentif.

2. Harga dan upah sebagai anggaran persaingan jangka masa panjang.

• Harga dan upah menggambarkan opportunity costs kepada masyarakat pada


margin.

• Perbezaan di antara harga sebenar dan harga kompetitif yang desebabkan oleh
faktor monopoli dan monopolistik secara umumnya menurut Chicago tidak begitu
penting.

• Harga monopoli akan wujud dalan jangka panjang sekiranya kerajaan menyekat
persaingan secara kompetitif.

• Externaliti boleh diminimumkan dengan penwujudkan hak-hak harta yang jelas


dan menggalakkan private negotiations.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Institutional arrangement secara zahirnya telah berjaya mewujudkan sistem harga
dan upah yang cekap dan bebas dari pengaruh-pengaruh pasaran.

3. Orentasi matematik

• Analisi chicago menekankan penggunaan teori-teori matematik.

• Menggunakan kedua-dua kaedah keseimbangan partial oleh Marshallian dan


pendekatan keseimbangan umum oleh Walrasian.

4. Penolakan Keynesianism

• Ekonomi menurut Chicago adalah bersifat self-adjusting dan regulating.

• Kemelesetan ekonomi berlaku disebabkan oleh dasar kewangan yang tidak sesuai
dan bukan didorong oleh faktor perubahan perbelanjaan autonomous.

• Menurut Chicago Perubahan stok wang akan memberi kesan langsung terhadap
KDNK nominal.

• Chicago menyatakan bahawa teori inflasi tolakan kos adalah tidak betul kerana
inflasi sentiasa berlaku di mana-mana dalam fenomena kewangan.

5. Pembabitan terhad kerajaan

• Kerajaan kekal tidak cekap sebagai agen mencapai objektif ekonomi yang hanya
berupaya dilakukan oleh pihak swasta.

• Pegawai kerajaan lebih mementingkan kepentingan peribadi atau politik


berbanding kebajikan orang ramai.

Golongan yang mendapat faedah daripada sistem Chicago

1. Orang ramai

• Sistem pasaran kompetitif yang bebas akan mendatangkan kebebasan ekonomi


maksimum dan memberi kesejahteraan maksimum kepada ekonomi dan individu.

2. Golongan korporat

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Penggabungan korporat adalah elemen penting yang diperlukan dalam “market
for corporate control”.

• Monopoli tidak bersifat jangka pendek sahaja.

Milton Friedman (1912)

• Memenangi Nobel dalam ekonomi 1976.

1. Fungsi penggunaan

 Penggunaan isi rumah(C) menurut beliau ditentukan oleh pendapatan tetap dan
bukan pendapatan semasa.

 Pendapatan tetap adalah pendapatan purata yang dijangka diperoleh untuk tempoh
tahun tertentu.

 C akan hanya bertindak balas kepada perubahan dalam Y yang pada pendangan
orang ramai akan berkekalan untuk tempoh yang lama.

 MPC untuk perubahan Y semasa adalah lebih kecil dari yang dicadangkan oleh
teori Keynesian.

 Ini juga bererti pengganda pelaburan juga kecil yang seterusnya memberi
implikasi bahawa tuduhan ketidakstabilan dalaman ekonomi terlalu dibesar-
besarkan.

2. Teori kewangan

 Menurut friedman menyatakan bahawa terdapat 3 penentu untuk jumlah wang


yang akan dipegang oleh isi rumah dan pengusaha: (PJJ ms 498,499)

I. Jumlah kekayaan

 Apabila kekayaan atau pendapatan tetap meningkat, amaun wang


orang ramai ingin pegang sebagai baki tunai juga meningkat.

II. Kos memegang wang

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


o Kadar bunga

 Kadar bunga adalah kos untuk memegang wang tunai di


tangan, maka apabila kadar bunga meningkat, permintaan
wang akan berkurangan.

o Kadar inflasi jangkaan

 Jangkaan inflasi meningkat bermaksud pulangan aset-aset


benar akan meningkat, maka permintaan wang akan
berkurangan.

o Tingkat harga

 Peningkatan harga akan meningkatkan permintaan wang


kerana dengan duit yang sama barang yang dapat dinikmati
berkurangan, oleh itu, permintaan wang meningkat.

III. Keutamaan

 Keutamaan atau sikap asas, mengenai memegang dan mengguna tunai


adalah penentu ketiga pentingnya mengenai permintaan wang.

 Amaun permintaan wang berbeza terus dengan pendapatan tetap


sebentar dan tahap harga, tetapi secara songsang dengan kadar inflasi
jangkaan, dan secara signifikan dengan perubahan kadar faedah.

Teori Kuantiti wang moden

• Teori ini merupakan persepsi Friedman mengenai hubungan di antara stok wang(M)
dengan tingkat harga(P).

• Peningkatan dalam M akan membolehkan lebih banyak baki tunai dipegang oleh orang
ramai berdasarkan jumlah yang mereka inginkan.

• Menurut Friedmandalam usaha “membebaskan diri” dari memegang lebihan baki tunai di
tangan, tindakan ini akan mendorong peningkatan permintaan untuk barangan dan
perkhidmatan seterusnya meningkatkan output, maka tingkat harga akan meningkat.

• Dalam keadaan di mana ekonomi beroperasi pada tingkat output dan guna tenaga
semulajadi, dalam jangka panjang hanya P yang akan meningkat. Bila P meningkat,
permintaan wang akan bertambah.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Keseimbangan di antara SS dan DD wang akan dikekalkan pada tingkat P yang lebih
tinggi.

• Friedman tidak mengandaikan V(halaju) adalah konstan tetapi sebaliknya menyatakan


DD wang sangat stabil(lebih stabil daripada fungsi penggunaan).

• Inflasi adalah fenomena kewangan yang sentiasa berlaku di mana-mana dan disebabkan
oleh pertumbuhan kuantiti wang yang terlalu pantas.

Peraturan Kewangan

• Menurut Friedman, Federal Reserve adalah penyebab utama berlakunya kemelesetan


besar tahun 1930-an

1. Rekod prestasi terdahulu Federal Reserve

o Federal Reserve adalah sumber utama ketidak stabilan ekonomi yang berlaku

2. Keterbatasan pengetahuan ekonomi

o Berlaku time lags di antara perubahan dalam M dan perubahan dalam output dan
P yang sentiasa berubah dan sukar diramal.

3. Keyakinan

o Peraturan kewangan dapat mewujudkan keyakinan di kalangan


players(firma,pengguna,pekerja)

4. Meneutralkan Federal Reserve

o Peraturan kewangan akan melindungi dasar-dasar kewangan dari pengaruh dan


campurtangan kumpulan tertentu yang berpengaruh dan berkuasa.

Robert E.Lucas.Jr (1937-)

• Dilahirkan di Washington (Yakima) , pelajar di Universiti Chicago

• Mendapat hadiah Nobel pada tahun 1995 untuk sumbangannya dalam makroekonomi.

• B.A dan P.H.D dari universiti of Chicago.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


• Dipengaruhi oleh Friedman yang mengajar mikroekonomi dalam tahun 1 program
siswazah dan Foundation of Economics Analysis Samuelson.

Jangkaan Rasional

• Teori Friedman mengenai perhubungan inflasi dan penggunaan dengan andaian


jangkaan Adaptif.

• Orang ramai menentukan jangkaan mereka mengenai inflasi masa depan atas asas inflasi
masa lampau dan masa kini dan mengubah jangkaan mereka hanya apabila kejadian baru
berlaku.

• Agen ekonomi membentuk jangkaan rasional mengenai kejadian masa hadapan akibat
polisi stabilisasi semasa.

• Lucas menyatakan bahawa bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam pasaran
mencerminkan kepada kesilapan masa lalu, mengguna dan memproses kesemua
maklumat yang ada dan berjaya membuang kekerapan kesilapan dalam meramal tahap
harga masa hadapan.

• Orang ramai faham bahawa polisi fiskal dan kewangan mengembang menyebabkan
inflasi dan mereka akan bertindak serta merta mengubah jangkaan inflasi mereka.
Dengan kata lain, maklumat adalah sempurna.

Rajah 1 dibawah (perubahan AD yang tidak dijangka):

• Andaikan pada asal nya ekonomi berada di titik a, pertambahan perbelanjaan


pelaburan tidak dijangka meningkat. Peningkatan permintaan agregat AD1 kepada
AD2 .

• Pengeluar dengan serta merta mengalami peningkatan harga dan membuat keputusan
bahawa harga relatif harga lain, dan menjangka harga akan meningkat lagi, mereka
meningkatkan guna tenaga dan output ekonomi bergerak dari a ke b.

• Upah nominal telah berkurang , maka lebih murah, oleh itu firma menambah guna
tenaga.

• Akan tetapi, apabila buruh sudah mengetahui peningkatan harga pasaran akan
meminta upah yang lebih tinggi, maka kos firma meningkat menyebabkan penawaran

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


agregat beralih ke kiri menjadi AS2, ekonomi bergerak dari b ke c, permintaan buruh
berkurangan.

• Kesannya, dalam jangka masa panjang hanya satu garis menegak (ASLR) ke atas dari
Q1 melalui titik a dan c.

• Keadaan berlakunya apabila berlaku pengurangan permintaan agregat yang tidak


dijangka.

Rajah 1 (BNM meningkatkan Ms)

• BNM meningkatkan penawaran wang(Ms) supaya permintaan agregat dapat


mengembang dari AD1 kepada AD2.

• Kesudahan inflationary sudah dijangka, firma meningkatkan permintaan buruh untuk


meningkatkan output dengan harga pasaran yang lebih tinggi.

• Tekanan yang sama berlaku ke atas kosnya, dimana lama kelamaan pasaran buruh dan
input lain akan bertindak dan harga input meningkat, maka firma akan mengurangkan
permintaan input, ini dapat ditunjukkan dalam perpindahan keluk AS1 ke AS2.

• Ekonomi bergerak terus menerus dari titik a ke titik c di atas keluk penawaran agregat
jangka masa panjang(ASLR), dalam jangka panjang, peningkatan penawaran wang hanya
akan menyebabkan inflasi berlaku.

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG


ASLR AS2
Tingkat harga
AS1

P
2 c

b
AD2
P
1 AD1

Q1 Output
benar

Rajah 1 Analisis Penawaran Agregat Lucas

Disediakan oleh: TOH KIT SIANG

You might also like