You are on page 1of 15

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

EKONOMI MALAYSIA
(EEEX 3023)

NAMA PENSYARAH:
ENCIK ABDUL RAZAK

Tajuk Yang Dikaji :


Peranan Perusahaan Awam dalam Mencapai Dasar
Ekonomi Baru(DEB)

Nama Ahli kumpulan:


TOH KIT SIANG A113001
HO SHU PENG A113127
WONG PEI WUEN A111775
CHYE XIAO MEI A111751
DEFINISI PERUSAHAAN AWAM

Hanson (1965) mendefinisikan perusahaan awam (PA) sebagai sebuah organisasi yang
beroperasi berasaskan kepada prinsip komersil dan dikuasai secara menyeluruh atau
sebahagiannya oleh kerajaan. Manakala menurut Abdullah Sanusi (1980:136), perusahaan awam
di Malaysia ditakrifkan sebagai badan kerajaan yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan
perniagaan termasuk syarikat yang memegang amanah untuk Bumiputera.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1974:2) menggunakan istilah perusahaan awam


merujuk kepada perusahaan yang kerajaan mempunyai kepentingan majoriti dari segi pemilikan
dan pengurusan.

Mesyuarat pegawai-pegawai kanan dari negara sedang membangun yang dianjurkan oleh
Urusetia Komanwel di London 1979, mendefinisikan perusahaan awam sebagai,

“Any commercial, financing, industrial, agricultural or promotional under-taking – owned by a


public authority either wholly or through majority share-holding – which is engaged in a
production and sales of goods and services and whose affairs are capable of being recorded in
balance sheets and profit-loss accounts. Such undertaking may have diverse legal and corporate
forms such as departmental undertakings, public corporations statutory agencies established by
acts of parliament or joint stock companies registered under the company law.”

Dapat dirumuskan bahawa perusahaan awam merupakan suatu badan yang dimiliki dan
dikawal oleh kerajaan sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya, mempunyai bidang aktiviti
yang pelbagai seperti perindustrian, pertanian, perdagangan dan perniagaan serta mengeluar dan
menjual barangan atau perkhidmatan. Perjalanan badan ini adalah sebahagian atau sepenuhnya
dibiayai dengan hasil daripada aktiviti atau operasi badan tersendiri. Ia mempunyai bentuk
organisasi yang pelbagai seperti perbadanan awam, jabatan dan syarikat.
DASAR EKONOMI BARU

DEB ialah rangka rancangan jangka panjang pertama (RRJP1)yang pernah dilaksanakan dalam
ekonomi Malaysia(1971-1990). Pada asasnya, matlamat DEB seperti yang termaktub dalam
Rancangan Malaysia kedua RMK) dan Rancangan-rancangan Lima Tahun seterusnya,
mempunyai dua objektif utama:

i. Mengurang dan seterunya membasmi kemiskinan dengan menambakan


pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat
malaysia tanpa mengira kaum.
ii. Mempercepatkan penyusunan semuala masyarakat bagi memperbaiki keadaan
ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang serta menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi masing-masing. (RMK, 1971,1)

Strategi serampang dua mata di atas pula diprlukan untuk suatu matlamat terakhir yang lebih
penting iaitu perpaduan nasional.
OBJEKTIF 1

Pembasmian Kemiskinan

Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya


tragedi "Mei 13", bukan sahaja tidak berjaya mengatasi masalah kemiskinan malah
ianya pernah dikatakan telah memburukkan lagi masalah. Pembangunan ekonomi
yang pesat dlaam jangkamasa tersebut tidak dapat dinikmati bersama oleh
sebahagian besar penduduk negara. Kadar kemiskinan adalah tinggi sementara
agihan pendapatan adalah semakin tidak setara. Di samping itu terdapat beberapa
ciri kemiskinan tersebut yang boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi
negara seperti yang dimanifestasikan oleh tragedi "Mei 13" dahulu. Diantara ciri-ciri
tersebut termasuklah:

• Kadar dan bilangan isirumah miskin yang terlalu tinggi di kalangan kaum Bumiputera
berbanding dengan kaum bukan Bumiputera.

• Sebahagian besar daripada golongan miskin tersebut adalah terlibat di dalam sektor
pertanian.

• Golongan miskin ini juga merupakan sumebr utama kuasa politik kerajaan.

OBJEKTIF 2

Penyusunan Semula Masyarakat

Objektif penyusunan semula masyarakt dalam perspektif yang lebih luas meliputi:

• Pengurangan ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kumpulan-kumpulan etnik


utama dan antara kawasan bandar dan luar bandar,
• Penyusunan semula corak gunatenaga di semua peingkat dan kategori supaya
mencerminkan corak penduduk yang berbilang kaum.
• Penyusunan semula corak pemilikan dan pengusahaan dalam sektor syarikat supaya
"menjelang tahun 1990 kaum Bumiputera dan syarikat-syarikat kepentingan Bumiputera
akan memiliki 30% daripada stok-stok modal dalam syarikat-syarikat berhad dan
perbadanan –perbadanan awam;
PERANAN PENGUSAHAAN AWAM DALAM MENCAPAI DASAR EKONOMI BARU
(DEB)

Pertambahan pesat dalam jumlah perusahaan awam semenjak perlaksanaan DEB,


memperlihatkan penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi. Perusahaan awam telah melibatkan
diri dalam berbagai aktiviti yang seperti berikut:

• Perusahaan awam yang terlibat dalam bidang pertanian dan pembangunan wilayah seperti
Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pemulihan dan
Penyatuan Tanah Negara (FELCRA), RISDA KEJORA, Lembaga Kemajuan Terengganu
Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
• Perusahaan awam yang terlibat dalam perindustrian dan perniagaan seperti PERNAS dan
MARA.
• Perusahaan awam yang terlibat dalam kewangan seperti Bank Pertanian, Bank Simpanan
Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan
Bank Bumiputra.
• Perusahaan awam yang menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti Tenaga Nasional
Berhad (TNB), Keretapi Tanah Melayu (KTM), Lembaga Letrik Sarawak, dan Lembaga
Pelabuhan Kelang.
• Perusahaan awam yang terlibat dalam pembangunan usahawan seperti MARA.
• Perusahaan awam yang terlibat dalam penyelidikan seperti Lembaga Penyelidikan Getah,
Kemajuan Getah Malaysia, MARDI dan SIRIM.
• Perusahaan awam yang terlibat dalam pelesenan seperti Lembaga Pelesenan
Pengangkutan Jalan, Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit
(PORLA).
• Perusahaan awam yang bertujuan memajukan berbagai bidang ekonomi negeri-negeri di
Malaysia,seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.
• Perusahaan yang terlibat dalam pembangunan pelancongan dan kraftangan seperti
Lembaga Penggalakkan Pelancongan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan.
PENCAPAIAN PERUSAHAAN AWAM DALAM MATLAMAT DASAR EKONOMI
BARU

Antara tahun 1986 hingga 1990, didapati peruntukan kerajaan persekutuan dan
perbadanan awam bukan kewangan (PABK) bagi program DEB adalah bernilai RM69,000,000.
Daripada jumlah tersebut 75.3 peratus adalah untuk tujuan pembasmian kemiskinan dan lebihnya
diperuntukan untuk menyusun semula masyarakat.

(a) Pelaburan

Perusahaan awam di Malaysia ditubuhkan untuk memainkan peranan penting dari segi
penyusunan semula masyarakat. Ia mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu mengagihkan
semula pemilikan harta dan meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera. Pada tahun 1971
Bumiputera perseorangan dan agensi amanah hanya memiliki 4.3 peratus daripada jumlah modal
saham. Nilai ini jauh lebih rendah berbanding dengan 34.0 peratus bagi rakyat Malaysia lain dan
61.7 peratus bagi pemastautin asing.

Kaum Bumiputera majoriti berpendapatan rendah dan secara langsung kecenderungan


menabung mereka juga rendah berbanding dengan kaum lain. Sekiranya keadaan tersebut
diteruskan tanpa campurtangan kerajaan maka terlalu sukar bagi matlamat penyusunan semula
dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan
perusahaan awam.

Terdapat beberapa strategi untuk memindahkan hak milik dari kerajaan kepada orang
perseorangan. Kerajaan telah menetapkan supaya lebihan dari syarikat kerajaan dapat digunakan
untuk menggalakkan Bumiputera memiliki modal dalam sektor korporat. Didapati bahawa
saham syarikat yang memiliki oleh syarikat kerajaan dicatatkan sebagai saham yang dimiliki
oleh agensi amanah Bumiputera.

Beberapa agensi amanah telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk memegang


amanah untuk kaum Bumiputera iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKEN). Agensi amanah tersebut diharapkan akan
memiliki 25 peratus daripada bahagian Bumiputera sebanyak 30 peratus manakala 5 peratus
yang lebih adalah terdiri daripada Bumiputera perseorangan sama ada dalam bentuk saham
syarikat persendirian ataupun melalui saham dalam institusi kewangan dan unit amanah seperti
Skim Amanah Saham Nasional (ASN). Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah satu-satunya
agensi penting yang ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam memilih dan mengendalikan
portfolio saham di syarikat berhad di Malaysia yang dipegang sebagai amanah untuk Bumiputera
dan kemudiannya dijual kepada kaum Bumiputera perseorangan.

PNB melalui anak syarikatnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah diberi
tanggungjawab menilai, memilih dan membeli saham yang mempunyai potensi keuntungan yang
baik. ASNB telah memegang saham tersebut secara amanah dan kemudiannya dipindahkan
kepada Bumiputera. Sumbangan skim Amanah Saham Nasional sangat bermakna kerana
bersama-sama dengan syarikat Bumiputera swasta, ia telah berjaya meningkatkan hakmilik
Bumiputera perseorangan pada kadar 32.5 peratus dan 22.0 peratus bagi agensi amanah dalam
jangka masa Rancangan Malaysia Keempat. Perusahaan awam telah berjaya untuk meningkatkan
kepentingan Bumiputera dalam hakmilik modal saham.

Perusahaan awam juga berperanan penting menambahkan bilangan Bumiputera yang


terlibat dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Contohnya, MARA telah berjaya
membangunkan usahawan Bumiputera melalui progrom latihan, pemberian kredit, penyediaan
ruangniaga, dan khidmat nasihat. MARA telah mendirikan projek perniagaan yang kemudiannya
dijual kepada Bumiputera.

Didapati bahawa modal saham Bumiputera telah bertambah dari RM279.6juta dalam
tahun 1971 ke RM19,057.6juta dalam tahun 1988. Majoriti dari peningkatan Bumiputera adalah
disebabkan oleh penglibatan agensi amanah Bumiputera. Agensi ini telah mencatatkan kadar
pertumbuhan modal saham yang paling tinggi iaitu 39 peratus setiap tahun dan ia merupakan dua
kali ganda dari kadar pertumbuhan untuk negara secara keseluruhan.

Semenjak penubuhannya, PNB tidak sahaja membeli saham di pasaran terbuka tetapi
juga saham yang memiliki oleh perusahaan awam. Melalui masa, PNB telah mendapatkan saham
dari syarikat kerajaan yang menguntungkan. Syarikat yang dipilih untuk dipindahkan kepada
PNB perlu memenuhi kriteria seperti syarikat yang telah membuat keuntungan terkumpul, kadar
pulangan dalaman yang tidak kurang dari purata untuk industri, kedudukan kewangan yang
memuaskan dan aset sokongan setiap unit pada paras diatas nilai par.

Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya Amanah Saham Nasional
Berhad (ASNB) telah melancarkan Amanah Saham Nasional (ASN) dalam tahun 1981. ASNB
telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memasarkan trust units kepada pelabur Bumiputera. Pada
tahun 1985 lebih kurang 32 peratus daripada jumlah penduduk Bumiputera yang layak melabur
iaitu umur 18 tahun ke atas telah melabur dengan ASN.

Daripada jadual 1 didapati bahawa agensi amanah telah memainkan peranan yang sangat
penting dalam usaha mencapai matlamat DEB. Jadual menunjukkan bahawa Bumiputera
perseorangan masih belum berkeupayaan dan mampu lagi untuk melakukan pelaburan seperti
yang diharapkan. Bermakna, tanpa agensi amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan maka adalah
sukar untuk kepentingan kaum Bumiputera dapat meningkat.

Jadual 1

Kerakyatan Ta
hun
1971 1980 1985 1983
RAKYAT MALAYSIA
Jumlah Bumiputera 4.3 12.5 19.1 19.4
Perseorangan dan Agensi Amanah
- Bumiputera Perseorangan 2.6 5.8 11.7 13.0
- Agensi Amanah Bumiputera 1.7 7.4 6.4 …
Penduduk kaum Lain 34.0 44.0 54.9 56.0
RAKYAT ASING 61.78 42.9 26.0 24.6
Sumber: Ozay Mehmet (1996)

Dalam tahun 1981, PKEN dalam memainkan peranannya sebagai pemegang amanah
untuk kaum Bumiputera telah melabur sebanyak RM564juta dalam 321 syarikat. Daripada
jumlah syarikat tersebut, sebanyak 5 buah syarikat telah dipindahkan kepada kaum Bumiputera
melalui Skim Amanah Saham Nasional dan sebanyak 12 buah telah dipindah secara langsung
kepada pengusaha Bumiputera.

Sehingga tahun 1988, Kementerian Perusahaan Awam melalui program pelaburannya


telah membuat pelaburan dalam lebih kurang 480 buah syarikat yang terlibat dalam berbagai
aktiviti termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Pelaburan tersebut melibatkan
pemegangan ekuiti melebihi RM1.7billion (pada nilai par).

(b) Penyertaan Perusahaan Awam Dalam Bidang Perniagaan

Salah satu daripada matlamat utama DEB adalah sekurang-kurangnya 30 peratus dari
jumlah aktiviti perdagangan dan perniagaan dimiliki serta diusahakan oleh kaum Bumiputera.

Tiga program utama telah dijalankan oleh kerajaan melalui perusahaan awam. Program
pertama, dengan mengambil bahagian dalam beberapa perniagaan dan perusahaan telah
membolehkan satu kumpulan pengurusan Melayu muncul dan menyediakan tapak penyertaan
yang lebih luas untuk kaum Bumiputera dalam perniagaan dan perdagangan.

Program kedua oleh kerajaan ialah menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan tempat
perniagaan untuk usahawan Bumiputera. Diantara perusahaan atau agensi awam yang terlibat
ialah seperti UDA, MARA, dan Perbadanan Jaminan Kredit, Bank Bumiputera, Bank
Pembangunan, MIDF dan PKEN. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, sejumlah RM669juta
pinjaman oleh MARA, RM70juta oleh MIDF, dan RM15juta oleh UDA, RM294juta oleh Bank
Bumiputera dan RM127juta oleh Perbadanan Jaminan Kredit telah diberi kepada pengusaha
Bumiputera dalam Rancangan Melaya Kedua.

Program ketiga ialah menyediakan latihan dalam bidang perniagaan kepada kaum
Bumiputera untuk memebolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang perniagaan dan
perusahaan untuk tujuan bantuan kredit. Latihan dan bantuan teknikal daripada segi khidmat
nasihat dan perundingan bagi kegiatan perniagaan telah disediakan oleh MARA, MIDF, Pusat
Daya Pengeluaran Negara, ITM, Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Penyelidikan Perusahaan
Malaysia (SIRIM), Bank Pembangunan dan PERNAS Edar Sdn.Berhad.

(c) Pembangunan Pertanian

Dalam keluaran pertanian, banyak agensi perusahaan awam telah ditubuhkan khas untuk
membangunkan sektor pertanian. Diantara agensi tersebut adalah FAMA, FELDA, FELCRA dan
juga PKEN. Kementerian Perusahaan Awam (KPA) telah membangun sejumlah 242,015 hektar
dengan aktiviti utama seperti meningkatkan pertanian tanaman kontan dan akuakultur.
Perusahaan awam telah dapat menyumbang ke arah mencapai DEB daripada segi
pembasmian kemiskinan dan juga memberi latihan serta kemahiran dalam bidang pengurusan
ladang secara komersil dengan penglibatan dalam sektor pertanian. Aktiviti perladangan telah
dapat memberi peluang pekerjaan kepada 33,000 orang. Disamping memberi pekerjaan, rakyat
juga berpeluang mendapat hak milik tanah atau secara pegangan saham.

Aktiviti perladangan dilaksanakan melalui dua cara iaitu secara komersil dan secara
penyertaan rakyat. Pendekatan secara komersil adalah lebih menitik beratkan kepada pulangan
penglibatan agensi melalui sama ada pemilikan ladang atau pelaburan di dalam syarikat
perladangan. Kaedah penyertaan rakyat dalam ladang-ladang adalah bertujuan bukan sahaja
memiliki tanah tetapi juga menjadi petani moden.

KEMENTERIAN PENYELARAS PERBADANAN AWAM


Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan
tujuan,

I. Menyelaras dan mengawas dasar, rancangan dan projek-projek yang dikelolakan oleh

perbadanan awam supaya mencapai matlamat DEB.

II. Menyediakan garis-garis panduan tertentu kepada semua perbadanan awam.

III. Menilai aktiviti dari segi pelaksanaan DEB.

IV. Mengenal pasti dan memperbaiki masalah yang mereka hadapi dan masalah perhubungan
antara perbadanan.

V. Menjayakan kerjasama antara semua perbadanan dan antara perbadanan dengan pejabat
kerajaan.

VI. Mewujudkan keadaan yang sesuai bagi perkembangan aktiviti perusahaan awam.

Oleh sebab penubuhan perusahaan awam bukan semata-mata bermotifkan keuntungan


tetapi juga bermotifkan sosial, maka kejayaan perusahaan awam tidak boleh diukur dari segi
pencapaian keuntungannya sebaliknya sejauhmana ia telah memenuhi tujuan-tujuan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditubuhkan untuk tujuan
sosial dengan membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna Malaysia. Apabila badan ini telah
mencapai tujuannya, maka ia merupakan sebuah badan yang cekap dan berkesan dari segi kos
yang optimum dan pencapaian tujuan sosial.

PROGRAM PEMBANGUNAN SEKTOR AWAM


Program pembangunan perusahaan sektor awam dalam Rancangan Malaysia Ketiga
merupakan satu alat penting bagi kerajaan melaksanakan segala kewajipan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Program tersebut dirangka untuk membolehkan kerajaan melaksanakan projek-projek
baru dan menyatukan usaha-usaha yang telah dimulakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua
untu memperbanyakkan peluang pekerjaan dan menambahkan daya pengeluaran serta
meningkatkan pendapatan golongan miskin, mempercepatkan lagi usaha menyusun semula
masyarakat dan mendorong pembangunan yang pesat di kawasan yang mundur. Program-
program ini akan meluaskan lagi asas produktif dan infrastruktur ekonomi di samping
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam seluruh ekonomi terutamanya sektor pembuatan.

Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan sektor awam Rancangan Malaysia Ketiga


ialah sebanyak RM18.6 ribu juta, berbanding dengan RM9.8 ribu juta bagi Rancangan Malaysia
Kedua. Sebanyak RM2.2 ribu juta ialah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan dalam
negeri, sementara peruntukan bagi pembangunan sosioekonomi ialah sebanyak RM16.4 ribu
juta. Pembiayaan program perbelanjaan yang besar di bawah Rancangan Malaysia Ketiga
memerlukan dasar-dasar fiskal dan kewangan terus dilaksanakan dengan berhati-hati dan
bijaksana supaya kestabilan kewangan negara terjamin.
MALAYSIA: PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN AWAM MENGIKUT NEGERI PADA
TAHUN 1976-1980

Nilai matlamat Peratusan Peruntukan


(RM juta) (%) (RM juta)
Negeri yang berpendapatan
rendah

Kedah 1,037.6 6.3 854.1


Perlis 164.7 1.0 156.5
Kelantan 1,251.7 7.6 1,018.8
Terengganu 889.3 5.4 911.2
Melaka 494.1 3.0 327.7
Negeri yang berpendapatan
tinggi

Pulau Pinang 1,021.1 6.2 894.3


Perak 2,058.7 12.5 1,791.9
Selangor 1,413.1
Wilayah Persekutuan Kuala 2,173.9 13.21
Lumpur 1,490.0
Pahang 1,482.2 9.0 2,054.1
Negeri Sembilan 839.9 5.1 616.6
Johor 1,943.4 11.8 1,831.7
Sabah 1,383.4 8.4 1,452.3
Sarawak 1,729.3 10.5 1,657.0
Jumlah 16,469.3 100 16,469.3
Untuk berbagai-bagai negeri 2,058.6
Jumlah besar 18,554.9
*Matlamat optima bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak dapat diasingkan
kerana KDNK yang menentukan matlamat optima adalah berdasarkan negeri tersebut pada
keseluruhannya.

*Projek-projek untuk berbagai-bagai negeri adalah projek yang tidak dikhaskan bagi negeri
tertentu dan meliputi alat-alat pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Jadual di atas menunjukkan matlamat optimum dan peruntukan bagi negeri-negeri di


Malaysia yang telah dijalankan di bawah Racangan Malaysia Ketiga. Matlamat optimum ini
merupakan satu garis panduan kasar dalam memperuntukkan perbelanjaan di antara negeri-
negeri dalam usaha untuk mengurangkan secara progresif jurang pembezaan per kapita di negara
ini. Peruntukan bagi negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka adalah
kurang daripada perbelanjaan optimum yang diperlukan. Perhatian dan keutamaan akan
diberikan kepada usaha dalam menyediakan projek-projek yang berkesan untuk mengurangkan
kemiskinan dan keperluan untuk menambahkan lagi keupayaan negara supaya projek tersebut
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Peruntukan yang besar bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutaun dan Pahang diperlukan
dalam melaksanakan projek yang memnpunyai kepentingan jangka panjang bagi menambahkan
keupayaan pengeluaran seluruh ekonomi seperti pembaikan rangkaian utama lebuhraya negara,
pelabuhan dan perkhidmatan telekom negara.
Walau bagaimanapun, keutamaan harus ditumpukan terhadap projek yang dapat member
kesan segera untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum,
terutamanya bagi negeri yang berpendapatan rendah seperti keperluan untuk memajukan
pertanian pekebun kecil, memperbaiki infrastruktur, memperluaskan kemudahan pemasaran,
kredit dan usaha memproses keluaran pertanian serta meninggikan lagi mutu dan meluaskan
penyampaian perkhidmatan social.

MASALAH PERUSAHAAN AWAM


Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh perusahaan awam di Malaysia ialah
pertindihan fungsi antara pelbagai agensi. Sejak perlaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
banyak perusahaan awam telah ditubuhkan. Peningkatan pesat dalam jumlah perusahaan awam
telah membawa kepada masalah pertindihan fingsi. Masalah pertindihan fungsi ini menyukarkan
koordinasi disamping mewujudkan persaingan untuk memperolehi sumber yang terhad. Selain
itu, perusahaan awam juga menghadapi masalah kelambatan dalam perlaksanaan projek, bekalan
bahan mentah yang tidak mencukupi, masalah kewangan dan ketidakpuasan di kalangan
kakitangan.

Di samping itu, terdapat juga perusahaan awam yang tidak berupaya untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Masalah tersebut sering berlaku kepada perusahaan awam yang
baru ditubuhkan. Matlamat yang ditetapkan terutamanya bagi perusahaan awam yang masih
muda kadangkala terlalu tinggi tanpa mengambil kira keupayaan perlaksanaan. Objektif yang
terlalu tinggi menyukarkan perlaksanaan projek.

KESIMPULAN

Peranan perusahaan awam adalah sangat penting dalam menyelesaikan Masalah sosial
dan ekonomi yang berlaku seperti kemiskinan ,pengangguran dan lain-lain.

Selain itu dengan bantuan Perusahaan awam kedua-dua matlamat dalam DEB iaitu
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dapat dicapai dengan cekap dan
berkesan.

You might also like