EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN1

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tugasan Seni Dalam Pendidikan ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Hamdan bin Mahfoh selaku pensyarah kursus ini yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, menyiapkan tugasan ini dengan baik. Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping menyumbangkan idea-idea yang bernas . Terima kasih sekalung budi. tidak mungkin saya akan dapat

Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa

1|Page

EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN2

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 Pengenalan Aspek kepelbagaian sosio budaya etnik Bajau 2.1 2.2 Asal usul etnik Bajau Nilai dan Kepercayaan

Muka surat 3-4

4-6 7-8

2.3 2.4 2.5 3.0

Kematian Perkahwinan Kebudayaan dan Kesenian

9 – 10 10 – 11 12

Implikasi kepelbagaian budaya 3.1 3.2 3.3 Implikasi terhadap sekolah Implikasi terhadap guru Implikasi terhadap murid 14 – 15 15 – 18 18 – 20

4.0

Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya 20 – 23 23 23 – 24 24 - 25

5.0 6.0 7.0

Kesimpulan Refleksi Rujukan

2|Page

sikap dan nilai.Kristian (9. 3|Page .kepercayaan.politik.manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.Aziah dan Yaakob. dan peraturan tingkah laku.Dari segi agama.Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.kita patut bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasikan oleh nilai-nilai.Cina (24.Warganegara Malaysia terdiri darpada kumpulan etnik Bumiputera (67.1 peratus.banci penduduk di Malaysia sehingga 2010 ialah seramai 28. Kamus Dewan (2007).2 peratus bukan warganegara.saya telah memilih etnik yang terdapat di Sabah iaitu etnik Bajau .(1994) dalam Yahya (2007).Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.Iban mencatatkan 30. Untuk tujuan kerja kursus ini.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak.suku dan sub budaya yang lain.2007).adat resam.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN3 1.3%).3 peratus dengan diikuti dengan agama Buddha (19.5 peratus di Sabah.berkelakuan dan sebagainya.susunan organisasi ekonomi.Tegasnya.Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.7%).budaya boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial.Sagor et al. Selain itu.Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut masyarakat.4%).budaya menggambarkan cara hidup.Justeru itu.kepercayaan.akal budi atau cara berfikir.0 PENGENALAN Malaysia merupakan Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya.agama.8%).nilai.2%) dan Hindu (6.mendefinasikan budaya sebagai kemajuan fikiran.3%) dan lain-lain (0.kepercayaan dan sikap (Yahya.Dalam kalangan warganegara Malaysia.kumpulan etnik.India (7.6%).

Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN4 MASYARAKAT BAJAU Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Justeru itu. Sulu dan sebagainya. Riau-Lingga atau Maluku. ASAL USUL ETNIK BAJAU Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Sehingga tahun 1950-an. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu. Borneo Utara. terdapat dalam kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh sebab kesuluruhan Samah adalah beragama Islam. baik di Selatan Filipina. maka mereka adalah Melayu tulen. 4|Page . mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar. kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku. yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun. Hakikatnya. untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu. Oleh sebab bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro. Mereka juga bukan penganut agama Islam. air atau untuk membaiki lepa mereka. Johor. Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat).

Kaum Bajau kebanyakannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya 5|Page . bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah . Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir iaitu kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN5 Daripada segi bahasa dan pertuturan. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurangkurangnya 26 subdialek bahasa Bajau. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan. penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut.

hijau. muzik dan juga rekabentuk bangunan. kuning. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN6 telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. 6|Page . Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Bukan itu sahaja. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi akitviti ekonomi. pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material. 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. oren. Di Sabah. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah. perdagangan. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah. emas dan putih. bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. perhubungan sosial serta kebudayaan.

kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan. di samping memudahkan proses kelahiran kelak. suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga.  Melenggang perut Selain daripada pantang larang dan adat-adat seperti di atas. Antara pantang larang tersebut termasuklah iaitu wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.  Tanda Kelahiran Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Setelah tujuh bulan hamil. wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam kalangan 7|Page . Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan.  Berpantang Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung. menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut. menempah bidan.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN7 NILAI DAN KEPERCAYAAN 1 Kelahiran Sewaktu mengandung Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung. wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut. wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut dan mulai hari itu hingga hari ke-44 selepas kelahiran bayi. bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai.Sebaik sahaja bayi dilahirkan.  Menempah bidan Dalam masyarakat Bajau. antaranya ialah berpantang.

 Semasa Bersalin Apabila sudah tiba masanya. tembuni ibu dicuci. 8|Page . Di samping itu. si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Upacara ini diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.  Menanam Tembuni Pada hari kelahiran itu juga. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya  Berpantang Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin.Bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. dan menanam tembuni. terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat.  Naik Buai Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa. bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Adakalanya di bawah rumah tersebut. ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam kalangan masyarakat Bajau. Selain kenduri. Antaranya ialah si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. azan. maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN8 masyarakat Bajau. Selain bubur atau nasi tanpa lauk.

dikafan dan disembahyangkan. • Adat mengawal kubur Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme. • Selepas Kematian Apabila seseorang itu meninggal dunia. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. KEMATIAN Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. kini telah banyak memeluk agama Islam. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Namun demikian. Mengikut adat bajau.Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. 9|Page . budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. beberapa adat. seperti dimandi. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Pada masa itu..EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN9  Berkhatan Sebagai orang Islam.

pihak lelaki membawa sebentuk cincin. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Dalam majlis itu. Sebelum perkahwinan berlangsung.. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada. upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon  Meminang Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa 10 | P a g e . Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN10 PERKAHWINAN  Merisik Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu.

EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN11 MAJLIS PERKAHWINAN Pengantin Bajau Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam. KEBUDAYAAN DAN KESENIAN a. tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai limbai. Sebaik saja rombongan pengantin sampai. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya.TARIAN Tahukah anda. Tarian Limbai digerakkan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. 11 | P a g e ..

terdapat pelbagai jenis makanan. Penari melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat datang.Antaranya ialah kima.putu. MAKANAN TRADISI Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur 12 | P a g e . Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota rombongan pengantin naik ke rumah.tarian dan sebagainya.kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.antaranya lapiran.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN12 perarakan dihentikan sementara. lalu tarian Limbai dipersembahkan di depan pengantin. Ia adalah upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab kabul yakni pernikahan.dan Tompe atau tinompeh.seperti makanan tradisional. Limbai ialah tarian suku kaum Bajau yang menetap di daerah Kota Belud di bahagian pantai Barat Sabah. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut.Dari segi makanan. Ia juga sering dipersembahkan pada majlis keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan.

Manakala.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga ialah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Pati ubi itu kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali. samping dan destar. 13 | P a g e .makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak.sehingga warna kekuning-kuningan.Ia juga boleh dimakan bersama sayur. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN13 dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang. PAKAIAN TRADISIONAL Bagi pakaian tradisional suku Kaum Bajau. wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit.Selain itu.Berdasarkan gambar. seluar.

Selain itu. 14 | P a g e . Kelab Rukun Negara perlu ditubuh dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan. Beliau menambah. Menurut Najeemah (2006). pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Menurut Abdullah (2005). melalui pemahaman tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas. pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan murid daripada pelbagai kaum bagi member peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain. Seterusnya. mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN14 IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi. pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempattempat bersejarah Negara. meliputi daya usaha pendidikan. Antara program yang boleh dijalankan ialah acara mengibarkan Jalur Gemilang. pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan dan sebahagian daripada falsafah pendidikan. perpaduan nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita.

Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006). dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga. perbezaan individu memang menjadi suatu perkara yang jelas. emosi. guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid. tingkah laku. Menurut Mahani Razali. bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti Iban. sama ada sifat-sifat kognitif. Menurut Papalia (2001). dan bentuk tubuh badan. kemudian baru guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran. fizikal. moral. Menurut Mahani (2006). berat. khat dan sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum. sekolah perlu menganjurkan pertandingan reka cipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa kaum yang utama seperti Melayu.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN15 Selain itu. perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan individu dalam pendidikan. Kadazan. Abdul Rahman Abdul Aziz. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid. dalam konteks Negara Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum. Bidayuh dan lain-lain. IMPLIKASI TERHADAP GURU Pertama. Menurut Abdul Ghani Abdullah. ketinggian. guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan 15 | P a g e . wau. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik yang tersendiri. Abdul Rashid Mohamed (2007). manusia berbeza dari segi jantina. setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. sosial. kaligrafi. Guru perlu memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi.

Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. kekayaan. guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Kebijaksaan guru mengendalikan perbezaan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Sharifah dan Zuraidah (2011). Selain itu. Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat dari segi kuasa. guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Boon Pong Ying.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN16 individu murid. Menurut Noriati (2011). Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.Dalam membentuk nilai murid. Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil. murid perlu dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan. kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. etnik. mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. martabat. taraf sosial dan pencapaian. Jadi. pendapatan. politik. guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Seterusnya. Menurut Noriati. sikap serta tingkah laku yang sesuai. murid dibahagikan kepada kumpulan yang daripada pelbagai latar belakang. dan pekerjaan. guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada pelajaran dan rasa selamat di sekolah. melalui kaedah pembelajaran koperatif. Pada tahun 2005. Sebagai contoh. Kementerian 16 | P a g e . guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi. guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran yang diajar.

Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata 17 | P a g e . guru perlulah menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. 2011). maka gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur . Sekiranya nilai .menyayangi. Hal ini menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius membantu guru untuk menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran. guru perlu sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa berkomunikasi. bertolak ansur dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan. (Noriati.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN17 Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru melaksanakan penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd Najib. Jadi. sayang . kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam . Menurut Noriati (2011). 2007). Di samping itu. dengan penerapan nilai ini. Jadi. guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Daripada FPK tersebut. Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai seorang guru. Seterusnya. Selain itu.unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Selain itu. Pemilihan bahan sumber yang sesuai dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur sensitif dari aspek gender. guru tidak boleh menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. rohani.mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek.dalamnya kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia. jasmani dan emosi.nilai telah tertanam dalam kalangan murid. jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input semata . Sebagai contoh. budaya hormat-menghormati. etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa kepada salah faham antara guru dan murid.

Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling menghormati antara satu sama lain. interaksi antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa berada di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. dan murid harus sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN18 kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina mengikut batas-batas yang sepatutnya. 18 | P a g e . Jadi. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. IMPLIKASI TERHADAP MURID Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap rakan bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Laras bahasa yang tepat akan membantu murid berkomunikasi dengan lancar. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat majmuk di negara kita.

Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN19 Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. mementingkan aspek nilai-nilai murni. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. menyentuh emosi. menyeronokkan. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca permasalahan. Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal di dalam setiap kelas. Guru mesti mencuba 19 | P a g e oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku. disamping meningkat kecergasan mental. hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Kecekapan yang ditunjukkan rumahku’. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur. pengunaan bahasa badan. yang dibaluti perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti. Guru boleh dapat mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. telefon dan sebagainya. kreatif dan ininovatif dan bermatlamat. penulisan. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti. juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer. .

murid yang berbilang kaum ini. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi. Dengan mencampuradukkan murid.murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran.murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama.murid yang berbilang kaum. Kesabaran.. murid. Melalui kerjasama ini. proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. maka murid.murid ini berbeza bangsa dan agama.murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk budaya satu Malaysia. Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum. 20 | P a g e . Hal ini membawa makna walaupun murid. Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya. CADANGAN KE ARAH MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA 1. masing.murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Menyusun kumpulan murid.masing boleh menerima dan menghormati budaya rakan.rakan lain. pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Selain itu murid.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN20 membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru. kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama.

Selain itu. Oleh yang demikian. Selain itu.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN21 2. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid. Daya tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang. dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan. guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. ruang hasil kerja murid dan sebagainya.murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini.kelamaan akan menjadi budaya. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik. mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Sebagai contoh. dengan menggunakan diorama semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains. keselesaan. murid akan lebih tertarik dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan.ruangan seperti ini. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama. guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. kegembiraan. guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi keselesaan. sudut informasi. 3. Contohnya. guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya. Dengan wujudnya ruangan. Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya. dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid. Peralatan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada alat bantu mengajar. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia 21 | P a g e .

Oleh itu. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu.kaum yang pelbagai. 5. Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak. Dalam konteks ini. 4. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.kanak. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid. Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah.murid. apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu. salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( 22 | P a g e . India. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. Apabila guru dihormati. Bajau. guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada muridmuridnya. maka pelajaran akan lebih berkat lagi.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN22 kerana ada nilai menghormati guru di situ. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya. Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya. pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor. Menggunakan kaedah belajar sambil bermain. budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum. Cina. Oleh itu. fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah.

EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN23 melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. 23 | P a g e .Kepelbagaian ini mewujudkan Malaysia yang unik pada mata dunia dan menguji kepintaran para pemimpin negara untuk memupuk kepelbagaian itu menjadi suatu ikon yang berharga di negara ini.Marilah kita sama-sama membajai kepelbagaian ini dengan kuntum-kuntum perpaduan agar negara kita akan terus maju dan mencapai matlamat negara. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil. KESIMPULAN Sebenarnya kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia merupakan suatu rahmat kepada negara ini.

Saya sangat keliru dengan kehendak tugasan pada waktu itu.saya juga menghubungi rakan-rakan sekuliah untuk mendapatkan input tambahan dan saya juga menyertai forum di facebook yang membincang topik ini.Selepas pensyarah subjek ini menerangkan secara ringkas kehendak soalan tugasan tersebut barulah saya memahami tugasan tersebut serba sedikit.Aktiviti ini telah memudahkan saya menyiapakan tugasan ini dengan jayanya. 24 | P a g e .Saya cuba memahami kepelbagai budaya yang terdapat di dalam negara kita dan implikasinya kepada proses pendidikan di Malaysia. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk esei ini dalam buku. Penerangan yang diberikan semasa interaksi pertama agak jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Proses mengumpul maklumat ini berlaku sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini.Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan kawan-kawan sekuliah dan masing-masing memberikan input yang menjurus kepada melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang barulah segala kekeliruan dapat saya atasi.Sesungguhnya kepelbagaian budaya memberikan impak yang besar dan sistem pendidikan negara. Hal ini demikian kerana saya menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama. saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini..Di samping itu.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN24 REFLEKSI Alhamdulillah. jurnal. artikel dalam internet dan sebagainya.Hal ini disebabkan subjek ini merupakan subjek baru dan saya belum mengetahui tentang skop pembelajaran subjek ini.

Namun secara umumnya.Cina pula mewakili 25 peratus dan India pula 7 peratus dan yang selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak.kita boleh bahagikan etnik kepada 3 etnik yang besar iaitu Melayu. saya dapat mengetahui secara terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum. secara jujur saya mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada masa yang sama.Sebagai seorang guru yang mempunyai tanggungjawab yang bukan kepalang penting di sekolah iaitu guru Bahasa Melayu Tahun 6.Namun. Murut. Melayu Brunei di Sabah Melalui tugasan ini. Etnik Melayu merangkumi 55 peratus penduduk di Malaysia.Cina dan India.Guru sebagai insan yang telah diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi masyarakat madani berhadapan dengan cabaran yang besar dalam usaha menangani kepelbagaian budaya ini.Kadazandusun.saya telah mendapat pelbagai faedah terutamanya mengenai peranan guru dalam menangani kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam kelasnya. 25 | P a g e . saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik demografi penduduk di Malaysia.Hal ini demikian kerana saya terlibat dengan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Sebagai contoh.Melanau dan Orang Ulu di Sarawak.masalah itu telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Melalui dapatan ini.Jika seseorang guru gagal untuk menangani cabaran ini maka pasti hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum daripada akar umbi akan menemui kegagalan. agama dan sebagainya.Pelbagai etnik pasti menuntut keprihatinan yang bukan sedikit untuk menyediakan pendidikan yang sama rata dan adil kepada semua etnik. Di samping itu.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN25 Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini. Melalui penulisan esei ini. saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini. banyak input baru yang telah saya peroleh.Bidayuh. Bajau.Satu jumlah yang sangat besar.Mengikut Wikipedia. Antaranya ialah tentang etnik-etnik yang terdapat di Malaysia.di Malaysia terdapat 64 etnik .saya memang berasakan seolah-olah saya tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.

sebenarnya pihak yang paling penting dalam melakukan perubahan ini ialah ibu bapa mereka.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN26 Saya juga menyedari bahawa pihak kerajaan juga memainkan peranan yang besar dalam usaha memupuk perpaduan pada peringkat sekolah.Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit dalam memastikan segala program untuk perpaduan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif pelaksanaannya. Selain itu.Hal ini mungkin disebabkan oleh pemahaman yang cetek tentang rasional projek tersebut dilaksanakan ataupun oleh sebab politik demi kepentingan segelintir masyarakat yang tidak ingin melihat perpaduan terus utuh di Malaysia. 26 | P a g e .kegiatan kokurikulum dan melalui kurikulum yang dilaksana di sekolah.Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran telah melaksanakan banyak program untuk memupuk perpaduan ini antaranya program RIMUP.Antara contoh kegagalan program kerajaan ialah Sekolah Wawasan.Jika semua ibu bapa bertekad untuk menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kepda pembinaan negara Malaysia yang aman maka mereka mesti mengubah corak pemikiran mereka agar tidak menjurus kepada survival etniknya sahaja.Guru sebagai orang yang paling dekat dengan murid selain ibu bapa mereka mesti sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam amalan sehariannya agar dapat menjadi cerminan kepada nilai murni kepada murid-murid. saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni.Saya juga menyedari usaha murni pihak kerajaan dalam pemupukan perpaduan ini adakalanya tidak mendapat sambutan yang baik daripada khalayak.Ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggngjawab dalam melakukan perubahan kerana merekalah yang bertanggngjawab mencorakkan anak-anak mereka.Namun usaha daripada pihak guru sahaja tidak memadai andai ibu bapa dan masyarakat tidak memberikan kerjasama dalam merealisasikan aspirasi negara.Murid akan sentiasa melihat kepada guru mereka dalam mengamalkan sesuatu nilai murni. Saya berpendapat. menjadi contoh teladan dan sebagainya.Mereka mesti melihat perpaduan ini dalam konteks yang lebih luas yang melibatkan pembinaan negara bangsa yang dikagumi pada mata dunia.

27 | P a g e .Tiada kemajuan bakal dicapai jika perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rapuh.Kerapuhan perpaduan menjurus kepada kehancuran negara.maju dan progresif akan menjadi kenyataan.tanggungjawab kami bukan alang-alang besarnya.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN27 Saya amat berharap saya dan rakan-rakan guru yang lain akan dapat menjadi seorang guru yang mampu mendokong aspirasi negara ini untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.Saya sedar.Tanpa komitmen yang tinggi tidak mungkin saya akan dapat melahirkan murid-murid yang mencintai negaranya lebih daripada mencintai etniknya sahaja.semoga impian kita untuk melihat rakyat Malaysia bernaung di bawah payung 1 Malaysia yang aman. Akhirnya.Saya juga berharap agar masyarakat Malaysia akan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada pihak kerajaan dalam usaha menjadikan perpaduan sebagai asas kemajuan negara.Saya juga berharap agar segala usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010).t). Dicapai pada 15 Mac 2012 daripada http://www. Putrajaya Mohd Najib A. Edisi Keempat (2007). Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Kementerian Perpaduan. (2011).my Kamus Dewan. Kebudyaan. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Boon Pong Ying.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN28 RUJUKAN Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Yusof (2007). Majid.statistics. Kuala Lumpur : PTS Professional Noriati A. Ghafar & Ali Harun (2007). Konsep Pendidikan. Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi Nasional. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12 : 99-118 Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Kesenian dan Warisan. Rashid. 28 | P a g e . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan Konsep KBSM di Kalangan Guru. Najeemah Md. Bhd.gov.

Yaakob Daud (2007).penerangan. Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada http://pmr.my/ 29 | P a g e .gov. Kecerdasan Pelbagai. Teks Ucapan Penuh Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru.my Salhah Abdullah (2009). Aziah Ismail. Selangor : PTS Professional Muhyiddin Yassin (16 Mei 2011). Kuala Lumpur : PTS Professional Yahya bin Don. Mstar Online.com.mstar.Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai pada 16 Mac 2012 daripada ://www.EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN29 Perspektif Wawasan 2020 (t.t). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah di Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful