P. 1
Kata Dasar Dan Kata Akar

Kata Dasar Dan Kata Akar

|Views: 69|Likes:
Published by shima

More info:

Published by: shima on Feb 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/13/2013

pdf

text

original

Kata Dasar dan Kata Akar Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat menerima

imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut kata akar. Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan. Kata akar ialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan,

manakala kata terbitan ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan bahawa kata akar boleh menjadi kata dasar, seperti: Kata Akar pakai angkat Kata Dasar pakaian angkatan

Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian (berpakaian), berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah Hassan, 2002). Perkataan terbentuk daripada dua unsur bahasa, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah morfem, bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi tidak mempunyai makna.

Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata dasar, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih.Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan

dan dari + pada (daripada). pemajmukan. pengajaran). . kaki + tangan (kakitangan). yang menyatakan bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan. gambar rajah (menggambarajahkan) Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002). ingat-ingat (teringat-ingat) d) Kata akar majmuk: surat khabar (persuratkhabaran). iaitu a) kata akar diimbuhkan: ajar (pengajar. kata akar berulang. setia + usaha (setiausaha). dan kata majmuk. raja (kerajaan) b) Kata akar dengan imbuhan: perkembang (perkembangan).penambahan atau imbuhan. penggandaan. Contohnya: a) Kata akar: tunjuk (pertunjukan). ajaran. kebumi (pengkebumian) c) Kata akar berulang: main-main (mempermain-mainkan). Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar. kata akar dengan imbuhan. dan pengakroniman. Rumusannya. diajar. b) kata akar digabungkan dengan kata akar lain: tanggung + jawab (tanggungjawab). kata terbentuk menerusi empat cara. iaitu pengimbuhan. dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-rumah) dan gunung (gunung-gunung). mengajar.

1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalamTatabahasa Dewan Edisi Baharu.8 Kata Dasar 2. Beliau menyatakan kata akar ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akartapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan.8. contohnya kata akar rama dan juang.7. misalnya tari yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe. 2.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam bukunya.Kata Akar 2. iaitu kata akar. .7. kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.7. Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Malaysia. kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.menjadi penari. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentuk imbuhan. 2. kata akar disebut sebagai “the root (racine) is the irreducible element common to all words of same family – the element in which the meaning common to all related words reaches the highest degree of abstraction and generality”. 2. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam bukuLinguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan. Kata akar ramaperlu digandakan menjadi rama-rama dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil.

A. kata tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di.Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar. Van Ophuijsen (1983) dalam buku Tatabahasa Melayuyang diterjemah oleh T. untuk dan yang. Beliau menambah lagi kata dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahaja seperti kata mas.9.W Kamil daripada buku yang berjudulMaleiche Spraakkunst juga mentakrifkan kata dasar sebagai kata yang menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang.9 Kata Tunggal 2. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Secara ringkasnya. dapat dibuat kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yang menjadi dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiap kata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works. tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih sederhana. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. 2. wang. moe dan koe. Beliau menyatakan “The radical is generally the common element in a series of related words and conveys the idea common to every word”.8.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. . Misalnya kata jalan ialah kata dasar bagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata. Daripada pendapat beliau ini. Kedua. pergi dan saya. kata tunggal yang merupakan unit bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kataitu. manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas. 2.3 Ch. iaitu kata akar. Pertama. kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yang bukan imbuhan. 2.8.

kata tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan.2 Menurut Drs.2. pergi. Beliau memberi contoh perkataan mandi.L Trask menyebut kata tunggal sebagai “singular word”. Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan kata. penggandaan (baik-baikdan gunung-ganang) dan pemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan (pelajar dan makanan). iaitu kata nama. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata seperti tin. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk.9. iaitu “In a language with the grammatical category of number. .3 R. tree and idea”. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia pula. suara serta masyarakat. that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talk about a single object such as dog. tulis dan baca yang tidak menerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain. 2. sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa. kata adjektif dan kata tugas. kata kerja. belum diberi imbuhan atau belum mengalami perubahan bentuk.9.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->