You are on page 1of 11

fonetik fonologi 3 Fonem suprasegmental ialah bidang kajian bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran.

Fonem suprasegmental juga disebut sebagai fonem suprapenggalan dan merupakan cirri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem suprasegmental tidak boleh dipisahkan daripada fonem-fonem yang ditumpanginya, iaitu fonem yang kewujudannya harus bersama-sama dengan fonem segmental. Fonem suprasegmental terdiri daripada lima bunyi iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, ton dan intonasi. Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan ataupun suku kata. Tekanan merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan suku kata. Bunyi segmental tidak disertai dengan unsur tekanan ini. Bagi membezakan bunyi ataupun unsur tekanan ini, tanda *+ digunakan. Tekanan pada vokal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu. Selain itu, bunyi vokal juga turut disebut dengan lantang dan panjang. Kebiasaannya, dalam Bahasa Melayu juga tekanan kuat berlaku pada suku kata kedua dalam sesuatu perkataan. Contohnya: *kita+ *bapa+ *satu+ Walau bagaimanapun, terdapat bahasa asing yang menggunakan unsur tekanan ini bagi membezakan dua perkataan yang berlainan, iaitu pasangan minimal. Dalam Bahasa Inggeris, tekanan boleh membezakan makna antara perkataan. Contohnya: progress:memajukan(kata kerja) export:melakukan kerja eksport(kata kerja) progress:kemajuan(kata nama) export:barang yang dieksportkan(kata nama)

Dalam Bahasa Inggeris sangat jelas bahawa unsur tekanan padasuku kata yang berbeza merupakan bunyi suprasegmental yang distingtif. Fonem suprasegmental yang seterusnya ialah kepanjangan. Kepanjangan juga dikenali sebagai panjang pendek bunyi perkataan dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, kepanjangan tidak membezakan makna sesuatu perkataan. Namun, kepanjangan bunyi perkataan membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Kepanjangan bunyi perkataan ini dilambangkan dengan titik yang dipanggil sebagai mora. Jika lambang mora tersebut satu titik [.], kepanjangan bunyinya ialah setengah mora, lambang dua titik [:] satu mora dan jika lambangnya empat titik [::] bermakna dua mora. Perbezaan makna berlaku dalam bahasa Inggeris apabila kepanjangan digunakan. Contohnya: Sit(duduk) Ship(kapal) si:t(tempat duduk) shi:p(kambing biri-biri)

Jeda merupakan unsur senyap dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistrik,iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda turut dikenali sebagai persendian. Jeda atau persendian

ditandai dengan lambang [+] dalam perkataan. Manakala, dalam ayat,jeda ditandai dengan lambang [//]. Dalam bahasa Melayu, jeda digunakan sebagai pembeza rangkai kata dan juga ayat. Contohnya, frasa basuhkantin(basuhkan tin) dan basuhkantin(membasuh kantin) merupakan frasa yang sama tetapi berbeza makna apabila jeda digunakan dalam frasa tersebut. Lambang jeda harus digunakan bagi membezakan makna dalam rangkai kata dan ayat. Contohnya: Rangkai kata: Basuhkan+tin membasuhkan tin=tin yang dibasuh Basuh+kantin membasuh kantin=kantin yang dibasuh Ayat: #Saya membaca buku kakak#(Maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak) #Saya membaca buku // kakak(Maksudnya saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku) #Kami makan sate kambing#( Maksudnya kami makan sate daging kambing) #Kami makan sate// kambing(Maksudnya kami memberitahu kambing bahawa kami makan sate)

Dalam bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, unsur jeda turut membezakan makna. Contonya, ujaran aiskrim dan I scream mempunyai ujaran yang sama. Ujaran ini sukar dibezakan maknanya melainkan jeda digunakan. Contohnya: Ice cream /ais+kri:m/ I scream /ai+skri:m/ aiskrim saya menjerit

Seterusnya ialah intonasi. Intonasi ialah unsur naik atau turunnya suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Ayat bahasa Melayu mempunyai pelbagai intonasi dan lagu. Sebagai contoh, ayat berita menggunakan intonasi yang menurun pada akhir ayat. Manakala, ayat tanya pula menggunakan intonasi yang tinggi pada akhir ayat. Pertuturan seharian juga terdiri daripada ayat-ayat yang bersambung yang diucapkan. Ayat-ayat yang digunakan ini mempunyai intonasi dan melodi yang berbeza-beza. Penggabungan ciri-ciri suprasegmental juga akhirnya mencetuskan intonasi yang berbeza dalam pertuturan. Antara contoh intonasi pada ayat-ayat Melayu ialah: (i) Intonasi pada ayat penyata biasa

Frasa subjek pelajar itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala frasa predikat iaitu pengawas ditanda dengan tingkat 2-3. Tingkat intonasi yang berbeza pada subjek dan predikat dapat dilihat dengan jelas. Pada permulaan subjek, intonasinya berada dalam tingkat 2, kemudian naik kepada

tingkat 4 dan menurun semula pada permulaan predikat ataupun akhir suku kata kedua itu. Pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat pengawas pada tingkat yang ke 3. Hai ini menjelaskan dengan terperinci akan pemisahan frasa subjek dan predikat yang disebabkan oleh intonasi. (ii) a) b) Intonasi pada ayat perintah Pergi! Pergilah

Bagi intonasi ayat perintah pula, predikat lebih diutamakan berbanding dengan subjek. Misalnya, dalam ayat Pergi! muncul daripada ayat Awak pergi!. Dalam ayat asalnya, subjek atau kata ganti nama diri yang kedua iaitu awak telah digugurkan dan akhirnya tinggalnya predikatnya sahaja. Dalam ayat (a), perkataan Pergi! ditandakan dengan tingkat nada 2-3. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tingkat nada meningkat pada suku kata akhir. Manakala, dalam ayat (b) pula partikel -lah telah digunakan dalam ayat perintah tersebut bagi melembutkan kata perintah. Hal ini mengubah intonasi ayat perintah tersebut kepada tingkat yang lebih rendah pada akhir suku kata. Intonasi ditandakan dengan tingkat nada 2-3-1. (iii) Intonasi pada ayat tanya

(a) Pelajar itu pengawas?

Pengawaskah pelajar itu?

Generalisasinya, dalam bahasa Melayu, intonasi ayat tanya berada dalam tingkat nada 2-4-3-4. Seperti dalam ayat penyata, ayat tanya (a) iaitu Pelajar itu pengawas? Tingkat nadanya sama sampai akhir suku kata pengawas namun naik semula ke nada tingkat 4 selepas selesainya pengucapan ayat. Hal ini disebabkan pengaruh tanda soal di akhir ayat. Intonasi tersebut kebiasaannya ditgunakan dalam bentuk pertanyaan kepada pendengar agar pendengar atau orang yang ditanyakan menjawabnya. Dalam ayat tanya (b), partikel -kah digunakan pada banagian predikat ayat. Predikat diletakkan di hadapan ayat setelah menerima partikel -kah disebabkan kepentingannya. Intonasinya ditandakan dengan tingkat nada 2-3-1-4. (iv) Intonasi pada ayat terbalik atau sonsang

a)

Susunan biasa

: pelajar itu+pengawas

b)

Ayat sonsang

: Pengawas+pelajar itu

c)

Susunan sonsang dengan penambahan partikel -kah

Dalam bahasa Melayu, susunan biasanya ialah subjek+predikat. Namun, dalam pergaulan seharian, masyarakat sering menggunakan ayat sonsang atau ayat terbalik iaitu penggunaan predikat di depan ayat,manakala subjek di belakang. Dalam susunan sonsang ayat (b), nada pada bahagian predikat ayat kekal pada tingkat nada 2-3. Tingkat nada predikat tidak berubah tetapi tingkat nada subjek berubah dan menurun kepada 1. Dalam ayat (c), penggunaan partikel -kah dalam ayat menyebabkan tingkat nada menurun kepada 1 pada nada -kah. (v) Ayat aktif: Ibu belum menjahit baju Ayat pasif: Baju itu belum dijahit oleh ibu. Dalam ayat di atas, tingkat nada ayat pasif sama dengan ayat aktif iaitu 2-4-2-3. Bahagian pertama iaitu tingkat nada 2-4 merupakan subjek dan tingkat nada 2-3 ialah predikat bagi kedua-dua ayat tersebut. Ayat tanya aktif biasa dan ayat tanya pasif biasa ini turut mempunyai tingkat nada yang sama bagi subjek dan predikat iaitu 2-4 dan 2-3. Contohnya: Ayat tanya aktif biasa: Dia membuka bungkusan itu? Intonasi pada ayat pasif

Ayat tanya pasif biasa: Bungkusan itu dibukanya? Berbeza pula jika ayat pasif tersebut adalah ayat pasif bagi orang pertama dan kedua, tingkat pada intonasinya tidak sama. Contohnya: a) Saya membuka bungkusan itu

Nada intonasi:

b)

Saya buka bungkusan itu

Nada intonasi: c) Bungkusan itu saya buka

Berdasarkan contoh-contoh ayat yag telah diberikan, ayat (a) merupakan ayat aktif biasa, ayat (b) ialah ayat pasif songsang manakala ayat (c) merupakan ayat asal (b). iv) intonasi pada ayat yang panjang Kepanjangan sesuatu ayat tidak mempengaruhi intonasinya kerana polanya tetap sama. Tingkat nada suara disesuaikan dengan unit-unit frasa. Contohnya: Para pelajar itu menelaah pelajaran di perpustakaan.

Ayat contoh di atas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu frasa subjek, frasa predikat dan keterangan. Tingkat nada bagi ayat tersebut tanpa keterangan ialah 2-4-2-3 seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Namun setelah penambahan frasa keterangan di akhir ayat, nada yang diterimanya di akhir ayat ialah 1. Jadi, intonasi keseluruhannya ialah 2-4-3-1.

Walau bagaimanapun, ayat tersebut juga boleh diujarkan dengan menggunakan tingkat nada 2-3 pada frasa keterangan sekiranya frasa tersebut perlu ditegaskan. Contohnya:

TONA Tona ialah naik atau turunnya suara dalam pengucapan perkataan ataupun dapat diertikan sebagai unsur lagu dalam perkataan. Tona hanya digunakan untuk perkataan sahaja. Tona dapat membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Vietnam, bahasa Laos, bahasa Mandarin, bahasa Thai, bahasa Kampuchea dan lain-lain lagi. Tona dapat dilambangkan dengan dua jenis lambang ataupun tanda bagi membezakan keadaan bunyi perkataan sama ada tinggi atau rendah. Pertamanya ialah penggunaan lambang tona mendatar, tona meninggi, tona turun-naik, dan tona menurun. Contohnya: Tona datar Tona meninggi ma / Tona turun-naik ma Tona menurun maguni kuda ma \ marah ibu

Penggunaan tanda yang kedua ialah tanda nombor 1 sehingga 4 untuk menunjukkan perbezaan seperti berikut:

TONA Tinggi(sangat keras) Sederhana tinggi(keras) Rendah(lemah) Sangat rendah(sangat lemah)

NOMBOR 1 2 3 4

(b) Bunyi segmental merupakan bunyi yang dihasilkan oleh pernafasan, alat ucap dan pita suara. Bunyi segmental juga adalah bunyi-bunyi yang telah disegmen kepada unit-unit terkecil. Fon ditanda dalam kurungan [ ] fonetik untuk menandakan bahawa unsur tersebut adalah bunyi. Fonem segmental bahasa Melayu ialah 36. 27 daripadanya adalah fonem asli, manakala sembilan pula adalah konsonan pinjaman. Bunyi segmental ada empat jenis iaitu bunyi vokal, bunyi konsonan, bunyi diftong dan bunyi kluster. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam iaitu [a, e, i, o, u, +. Terdapat tiga jenis vokal iaitu vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang. Contoh bunyi vokal adalah:

vokal a e i o u

awal adik enak emak ibu onar ular

tengah dadu semak lemak rindu rona lusa

akhir suka sate

kiri

lesu

Terdapat 18 konsonan asli bahasa Melayu. Konsonan asli bahasa Melayu pula terbahagi kepada tujuh iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan getaran, konsonan sisian, konsonan nasal dan konsonan separuh vokal. Diftong merupakan bunyi vokal yang mengeluncur. Diftong pula dibahagikan kepada tiga iaitu [ai], [au] dan [oi]. Contoh penggunaan diftong dalam perkataan awal, tengah dan akhir adalah:

Diftong au ai oi

Awal aurat aising

Tengah

Akhir pulau

hairan

pantai sepoi

Seterusnya bunyi kluster. Bunyi kluster juga dikenali sebagai bunyi konsonan rangkap. Contoh konsonan rangkap adalah seperti berikut: ngyang nynyawa khkhusus Bunyi suprasegmental pula diinterprestasikan sebagai bunyi yang mengiringi bunyi segmental apabila kita mensegmen bunyi. Hal ini bermakna bunyi suprasegmental terhasil bersamasama dengan fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Bunyi suprasegmental terjadi dengan ciri-ciri seperti tekanan, kepanjangan, jeda, ton dan intonasi. (c)

exsport Export progress Progress

Mengeksport Benda yang dieksport Kemajuan Memajukan

Unsur tekanan merupakan bunyi suprasegmental yang telah dihasilkan bersama perkataan ataupun suku kata. Akan tetapi, bunyi segmental tidak disertai dengan tanda ini. Unsur tekanan ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa lain di dunia ini tetapi tidak bagi bahasa Melayu. Hal ini kerana, sama ada tekanan diberikan atau tidak, maksudnya tetap sama, Cuma intonasinya yang berubah. Contoh-contoh penggunaan tekanan dalam bahasa Inggeris dapat dilihat pada jadual di atas. Simbol bagi tekan adalah *+. Perkataan Inggeris tersebut berbeza maksud setelah dikenakan tekanan walaupun ejaannya masih lagi sama. Apabila tekanan berlaku pada awal suku kata dalam perkataan eksport, perkataan tersebut bermakna eksport. Begitu juga dengan perkataan progress yang membawa maksud kemajuan. Akan tetapi maksudnya berubah apabila tekanan tidak diberikan kepada suku kata yang pertama, sebaliknya suku kata yang kedua. Contohnya, dalam perkataan export dan progress. Penekanan pada suku kata kedua perkataan tersebut merubah maksudnya. Export bermaksud benda yang dieksport, manakala progress membawa maksud memajukan.

4(a) Bunyi Egresif dan bunyi Ingresif dibezakan berdasrkan arus udara. Egresif dibentuk dengan cara mengeluarkan arus udara dari dalam paru-paru. Manakala, bunyi ingresif pula dibentuk dengan cara menyedut udara ke dalam paru-paru. Egresif pulmonik merupakan bunyi yang terbentuk dengan arus udara egresif keluar dari paru-paru dengan mekanisma pulmonik. Mekanisma udara pulmonik dapat dijelaskan dengan udara yang keluar dari paru-paru sebagai sumber utamanya dihembuskan keluar dengan cara mengecilkan ruangan paru-paru oleh otot paru-paru dan rongga dada. Berdasarkan kajian, hampir semua bunyi bahasa dihasilkan dalam pertuturan melalui arus udara egresif pulmonik. Bunyi udara egresif pulmonik ini biasanya terdapat dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan kebanyakan bahasabahasa Nusantara. Egresif glotalik juga merupakan bunyi yang terbentuk dengan arus udara keluar tetapi dengan menggunakan mekanisma glotalik. Mekanisma glotalik dapat terjadi dengan cara merapatkan pita-pita suara sehingga glotis berada dalam keadaan yang rapat sekali. Selain itu, dalam egresif glotalik ini, seluruh rongga pangkal tenggorok(laring) disempitkan kemudian dinaikkan sehingga udara dalam rongga mulut dan rongga kerongkongan(faring) terhalang serta tertekan(tersekat). Di samping itu, saluran rongga mulut dan hidung turut ditutup. Jadi, udara yang terhalang tersebut dihembuskan keluar dengan cara membuka saluran rongga mulut. Menurut P.Latetoged(1993:25), egresif glotalik terdapat dalam kebanyakan bahasa di Afrika, India-Amerika dan Kaukasus. Bunyi yang terhasil dengan proses glotalik ini disebut sebagai bunyi ejektif. Dalam sistem tulisan, bunyi ejektif diberi tanda apostrofi di sebelah atas kanan. Contohnya, *p, t, k, s+. Seterusnya ialah ingresif glotalik. Ingresif glotalik merupakan bunyi bahasa yang terbentuk dengan arus udara ingresif iaitu udara masuk ke paru-paru dengan mekanisma glotalik. Bunyi yang terhasil disebut sebagai implosit. Bagi menghasilkan bunyi dengan arus udara ingresif glotalik, pita suara hendaklah dirapatkan sehingga glotis tertutup rapat sekali. Selain itu, rongga pangkal tenggorok yang disempitkan itu diturunkan. Ingresif glotalik ini biasanya digunakan dalam bahasa

Yoyolabal iaitu bahasa Indian-Amerika. Bagi proses yang lebih umum, rongga pangkal tenggorok yang disempitkan diturunkan tanpa disertai dengan penutupan dengan cara merapatkan pita suara. Penutupan hanya berlaku sedikit sahaja. Glotis hanya tertutup dengan suara tidak terlalu rapat. Pita suara turut bergetar. Contohnya ialah [b], [d] dan [g]. Ingresif velarik pula merupakan bunyi yang terbentuk dengan aru udara masuk ke paru-paru seperti ingresif glotalik tadi. Ingresif velarik ini disertai dengan mekanisma velarik. Melalui mekanisma ini, pangkal lidah dinaikkan dan ditempelkan pada lelangit lembut. Kedua-dua bibir dirapatkan. Selain itu, hujung lidah dan kedua-dua sisi lidah dirapatkan pada gigi atas atau gusi dalam. Selepas itu, hujung lidah dan kedua-dua sisi lidah yang merapat pada gigi gusi ini dilepaskan turut serta dibelakangan. Kemudian, bibir dibuka sehingga ada kerenggangan ruangan udara pada rongga mulut. Pangkal lidah tetap terkena pada lelangit lembut. Situasi inilah yang menyebabkan berlakunya bunyi klik sebagai akibat daripada proses ingresif velarik. Ingresif velarik ini terdapat dalam bahasa-bahasa Khoisa seperti Bosman dan Hottentot serta beberapa bahasa Bantu Selatan iaitu bahasa Xhosa dan bahasa Zulu. Sebagai contohnya, bahasa Zulu mempunyai 3 klik iaitu: i) ii) iii) (b) Bunyi bersuara mahupun bunyi tidak bersuara dipengaruhi oleh keadaan pita suara. Bunyi bersuara berlaku apabila udara keluar melalui pita suara semasa pita suara atau glotis agak rapat menyebabkan berlakunya getaran. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi bersuara. Semua vokal merupakan bunyi bersuara. Bunyi bersuara vokal berlaku apabila udara dar paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Selain itu, sesetengah konsonan menghasilkan bunyi bersuara. Contohnya konsonan [v], [b] dan [l]. Bunyi bersuara pula berlaku apabila glotis berada dalam keadaan renggang ataupun terbuka. Sewaktu udara keluar melalui glotis, tidak berlaku sebarang getaran. Bunyi tidak bersuara ini kebanyakannya terdapat dalam huruf konsonan. Contohnya ialah [f], [p], [s] dan lain-lain. (c) klik dental[] alveolar lateral[3] klik postalveolar[c]

Diftong menaik amboi Lambai tapai

Diftong menurun Kuih Gua Buah

Diftong terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Hal ini bermaksud terdapat gabungan antara dua vokal yang berlainan. Dalam bahasa Melayu terdapat 3 buah diftong iaitu [ai], [oi], dan [au]. Diftong juga diertikan sebagai bunyi rangkap vokal yang terdiri daripada satu vokal penuh dan satu vokal rangkap tidak selesai. Semasa menyebut perkataan yang mempunyai vokal diftong, posisi lidah amatlah penting. Diftong juga dibahagikan kepada dua iaitu diftong menaik dan diftong menurun. Diftong menaik terhasil apabila vokal pertama dihasilkan dengan cara tidak selesai, manakala vokal kedua dihasilkan secara sepenuhnya. Contohnya, kita dapat melihat dalam jadual di atas. Manakala, diftong menurun dihasilkan dengan cara vokal pertama dihasilkan sepenuhnya dan vokal kedua dihasilkan separuh penuh. Diftong naik terdapat dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Banjar Hulu dan Madula. Dalam bahasa Indonesia, diftong naiknya ialah [ai], [oi] dan [aU], dalam bahasa Banjar Hulu ialah [ai], [ui] dan [aU] manakala, dalam bahasa Madula pula [ai], [oi], [u]. Bahasabahasa ini Cuma mempunyai diftong menaik tetapi tidak ada diftong menurun. Dalam bahasa Inggeris pula, diftong naiknya ialah [ei], [i+ dan diftong turunnya ialah *i+ dan *u+. (d) Pembibiran merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pada bunyi semasa mengujarkan bunyi vokal belakang [u] dan [o]. Pembibiran turut dikenali sebagai labialisasi. Pembibiran berlaku dengan pembundaran bibir sebelum mengujarkan bunyi vokal belakang. Pembibiran ditandakan dengan lambang [w]. Jadi, mana-mana perkataan yang mempunyai vokal [u] selepas konsonan, tanda pembibiran haruslah diletakkan sebelum bunyi konsonan tersebut. berikut merupakan contoh penggunaan pembibiran dalam perkataan bahasa Melayu:
w

kuni tula

sewruli Pengglotisan adalah ciri suprasegmental yang berlaku sebelum penyebutan bunyi vokal. Glotalisasi atau pengglotalisasi berlaku pada awal bunyi vokal dalam satu-satu perkataan ataupun ayat yang dimulakan dengan perkataan yang mempunyai huruf vokal di depan. Alat artikulasi ini mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal tersebut sebelum mengujarkannya. Hal ini mengakibatkan udara terhenti sebentar pada glotis semasa menyebut bunyii perkataan tersebut. Simbolnya ialah []. Selain itu, glotalisasi turut terjadi antara dua vokal yang berdekatan dalam perkataan. Udara terhenti seketika pada glotis semasa kita menyebut bunyi vokal pertama sebelum menyebut bunyi vokal seterusnya. Glotalisasi pada deretan vokal tengah perkataan ditandakan dengan simbol *+. Contoh-contoh pengglotisan adalah seperti berikut:

Awal perkataan/ayat

Tengah-tengah perkataan

[#awal#], [#azam#], [#ekor#] [#aba tidur#]

saat, faedah, keajaan, sapaan

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, banyak aspek yang dikaji dalam fonetik dan fonologi. Beberapa bahagian di atas merupakan sebahagian daripada aspek yang dikaji dalam fonetik dan fonologi sesuatu bahasa. Dengan pendedahan dan penerangan yang diberikan, kita akan lebih memahami fonetik dan fonologi. Perkaitan dan maklumat yang paling jelas tentang fonetik dan fonologi adalah mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa. Dengan kajian ini, kita akan lebih mengetahui bunyi-bunyi dan sifat bunyi bahasa tersebut. http://beautifulsaviorlaura89.blogspot.com/2011/02/fonetik-fonologi-3.html

You might also like