You are on page 1of 4

1.0 1.

PENDAHULUAN. Latar Belakang Tugasan

Bagi tahun 2012, kerja kusus bagi opsyen Pengajian Sosial PISMP Semester 6 ialah berkaitan kajian Pertumbuhan dan Pembangunan mengikut organisasi yang diberi. Tajuk tugasan ini adalah seiring dengan matlamatnya iaitu guru pelatih dapat menghubungkait pengetahuan yang telah dipelajari di institut dengan pengalaman yang didapati melalui pemerhatian semasa menjalankan kajian. Oleh yang demikian, Kurikulum Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi ini mempunyai beberapa hala tuju yang perlu dicapai. Antaranya ialah untuk

meningkatkan pengetahuan dan profesionalisem guru pelatih sebagai pendidik terutama dalam aspek ekonomi dan global. Selain itu juga, melalui tugasan ini guru pelatih dapat mengikuti

perkembangan pertumbuhan ekonomi semasa melalui pembacaan jurnal, laporan dan dapatan kajian. Disamping itu, kerja kursus ini merupakan satu pendekatan kepada warga PISMP Semester 6 Kajian Sosial untuk menjalankan kajian luar melalui kaedah pemerhatian dan mengumpul data secara first hand di kawasan kajian.

1.2

Lokasi Kajian Di Pusat Urusan Zakat MAIDAM, Kuala Terengganu

Pusat Urusan Zakat MAIDAM, Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terengganu, Terengganu

Foto 1:

Lokasi kajian di Pusat Urusan Zakat MAIDAM, Kuala Terengganu

Pada 17 Julai 2012, kami telah menjalankan kajian yang bertajuk masalah kemiskinan dan strategi pembasmian di Malaysia di Pusat Urusan Zakat MAIDAM, Kuala Terengganu. Pusat ini didirikan di tingkat bawah Pusat Pentadbiran Islam dimana ia adalah sebahagian bangunan dalam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Kawasan kajian kami ini juga terletak di koordinat 518'39"N 1038'10"E iaitu berada pada arah tenggara IPG Kampus DatoRazali Ismail, Batu Rakit.. Jarak relatif perjalanan dari IPG Kampus DatoRazali Ismail, Batu Rakit ke kawasan kajian mengambil masa selama kira-kira 20 minit iaitu pada jarak 18 km. Dalam proses perlaksanaan kajian ini terdapat tujuh tajuk yang perlu dikaji melalui sesebuah organisasi. Kumpulan kami telah diberikan tajuk kajian seperti di atas. Manakala tajuk kajian bagi kumpulan yang lain pula ialah faktor pertumbuhan ekonomi, sektor ekonomi dalam pembangunan, aspek sosial dalam pembangunan di Malaysia, pelaburan modal manusia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, transformasi dan pembangunan ekonomi Malaysia dan globalisasi dan ekonomi Malaysia.

1.3

Konsep Kemiskinan

Pentakrifan kemiskinan tidak dapat dinyatakan secara tepat dan mutlak kerana ia merupakan satu istilah yang subjektif. Namun begitu, kemiskinan biasanya dikaitkan dengan kekurangan pendapatan, kesusahan dan ketidakmampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan harian. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, kemiskinan berasal daripada kata dasar miskin yang bermaksud tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), melarat dan papa. Secara umumnya kemiskinan ditakrifkan oleh Charles Booth (disebut dalam Holman, 1978:3) sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi. Definisi ini menjelaskan

hubungan antara kemiskinan dan ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan yang minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas. Ahli-ahli ekonomi pula menggunakan pendapatan sebagai asas ukuran bagi garis kemiskinan. Mereka menumpukan kepada garis pendapatan minimum yang diperlukan oleh isi rumah itu bukan sahaja untuk memenuhi zat tubuh badan tetapi juga untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang lain. Jika seseorang berada di bawah garis tertentu yang ditetapkan, maka ia dianggap miskin kerana garis pendapatan itu telah mengambil kira jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan keperluan asas di peringkat secukup hidup. Garis ini adalah membezakan mereka dengan golongan lain. Namun jumlah ini adalah agak sukar untuk dijadikan ukuran kerana taraf hidup sesuatu kawasan adalah berbeza. Contohnya di Malaysia, anggaran kemiskinan pada tahun 1997 adalah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan berikut: iaitu RM460 sebulan bagi saiz isi rumah 4.6 di Semenanjung, RM 633 sebulan bagi isi rumah 4.9 di Sabah dan RM 543 sebulan bagi saiz isi rumah 4.8 di Sarawak[1]. Ahli-ahli sosiologi pula tidak meletakkan pendapatan semata-mata sebagai asas ukuran mereka, tetapi juga pada faktor-faktor lain seperti agihan pendapatan dan peluang sosial. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada dalam

penghuraian sebab dan akibat kemiskinan yang dialami oleh sesuatu golongan. Contohnya aspek ketidakseimbangan sosial sebagai puncak kepada kepincangan ekonomi. Ketidaksamaan ini akan menjadi satu faktor kepada kepincangan sosial dalam masyarakat (Gunnan Myrdal, 1970). Sumbangan paling penting ahli sosiologi ialah bila mereka menentukan kemiskinan berdasarkan kepada kedudukan seseorang dalam masyarakat. Hal ini bermakna golongan miskin ialah yang berada

di peringkat paling bawah dalam struktur stratifikasi masyarakat (lower less person). Lewis (Moyniham, 1969:182) menjelaskan bahawa golongan kelas

bawahan ini mempunyai sifat dan ciri-ciri budaya tersendiri yang dikenali sebagai culture of poverty. Penjelasan ini memberikan gambaran tentang golongan miskin dan menunjukkan bahawa struktur stratifikasi masyarakat yang berbeza memainkan peranan penting kepada petunjuk kemiskinan dan ketaksamaan sosial. Dr. Syed Hussin Ali (1964) pula berkata, golongan miskin adalah mereka yang mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat. Golongan tersebut dikatakan miskin kerana pendapatan daripada kerja mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial yang dimiliki sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimun. Kesimpulannya, menurut beliau, terdapat tiga faktor yang dapat dijadikan ukuran dan perbezaan ekonomi antara golongan miskin dan masyarakat lain iaitu pendapatan, pemilikan dan kerjaya dan seterusnya struktur stratifikasi masyarakat[2]. Di Malaysia beberapa pengkaji seperti Chamsuri Siwar telah menggunakan tiga Pendekatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk mengenal pasti kemiskinan yang berlaku di Malaysia iaitu PGK Nasional RM425, PGK DBKL RM500 yang berasaskan kos sara hidup di bandar dan PGK RM700 sebagai patokan kelayakan bagi permohonan rumah kos rendah[3]. Golongan yang pendapatan seperti inilah akan diklasifikasikan sebagai golongan miskin jika pendekatan ini digunakan. Kemiskinan juga mempunyai dua dimensi yang berbeza iaitu pertamanya penggambaran situasi kekurangan bahan keperluan asasi manusia seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal. Dimensi kedua pula ialah penggambaran keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai sebarang modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa kemiskinan itu merupakan satu keadaan atau situasi yang meliputi unsur-unsur kekurangan makanan, pendapatan bulanan yang rendah, tahap kesihatan yang rendah, pengangguran, tahap pendidikan yang rendah, dan fikiran yang kolot. Konsep kemiskinan ini sedikit sebanyak terbentuk daripada persekitaran ekonomi dan sosial serta matlamat umum masyarakat yang cuba dicapai melalui dasar anti kemiskinan.

You might also like